The Alien - Link Select

Jumaat, 20 November 2015

SURAH AL-BAQARAH ???


Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

2:1. Alif Lam Mim.

2:2. Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan),

2:3. Yang percayai yang ghaib, dan lakukan solat, dan nafkahkan (belanjakan) sebahagian daripada apa Kami rezekikan mereka,

2:4. Yang percayai apa diturunkan kepada kamu, dan apa yang telah diturunkan sebelum kamu, dan mereka yakin akan akhirat.

2:5. Mereka itu adalah di atas petunjuk daripada Pemelihara mereka; mereka itulah orang-orang beruntung.

2:6. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya, sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu beri amaran kepada mereka, atau tidak beri amaran kepada mereka, mereka tidak percayai.

2:7. Allah letak penutup pada hati mereka dan pada pendengaran mereka, dan penudung pada penglihatan mereka, dan bagi mereka, azab yang besar.

2:8. Dan sebahagian manusia, ada yang berkata, "Kami percaya kepada Allah dan Hari Akhir"; tetapi mereka bukanlah orang-orang mukmin (yang percayai).

2:9. Mereka hendak tipu Allah dan orang-orang yang percaya, tapi hanya diri-diri mereka sendiri mereka tipu, dan mereka tidak sedar.

2:10. Di dalam hati mereka ada penyakit, dan Allah tambah penyakit mereka, dan bagi mereka azab yang pedih kerana mereka dustakan.

2:11. Apabila dikatakan kepada mereka, "Janganlah kamu buat kerosakan di bumi", mereka berkata, "Kami hanyalah orang-orang yang membetulkan."

2:12. Sesungguhnya, merekalah orang-orang yang buat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.

2:13. Apabila dikatakan kepada mereka, "Percayalah sebagaimana manusia percaya", mereka berkata, "Adakah kami akan percayai sebagaimana orang-orang bodoh percaya?" Sesungguhnya, merekalah orang-orang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.

2:14. Apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang percaya, mereka berkata, "Kami percaya", tetapi apabila mereka menyendiri kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata, "Kami bersama kamu; kami hanyalah orang-orang yang berolok-olok."

2:15. Allah akan memperolok-olokkan mereka, dan memandu mereka merayau-rayau membabi buta dalam kelampauan batas mereka,

2:16. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka perdagangan mereka tidak menguntungkan mereka, dan mereka bukanlah orang-orang yang dapat petunjuk yang benar.

2:17. Persamaan mereka seperti persamaan orang yang nyalakan api. Apabila ia menerangi yang di sekelilingnya, Allah hilangkan cahaya mereka, dan tinggalkan mereka dalam kegelapan, dengan tidak melihat.

2:18. Pekak, bisu, buta; maka mereka tidak akan kembali.

2:19. Atau seperti awan hujan dari langit, yang di dalamnya kegelapan, dan guruh, dan kilat. Mereka letak jari-jari mereka di dalam telinga mereka terhadap bunyi petir kerana takut akan mati; dan Allah meliputi orang-orang tidak percaya (kafir).

2:20. Kilat hampir-hampir sambar penglihatan mereka; setiap kali ia beri mereka cahaya, mereka berjalan di dalamnya, dan apabila menjadi gelap ke atas mereka, mereka berhenti; dan sekiranya Allah hendak, tentu Dia hilangkan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

2:21. Wahai manusia, sembahlah Pemelihara kamu yang mencipta kamu, dan orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa,

2:22. Yang buatkan bagi kamu bumi sebagai sofa, dan langit, bangunan, dan turunkan dari langit, air; dengannya Dia keluarkan buah-buahan untuk rezeki kamu. Maka janganlah adakan rakan-rakan bagi Allah dengan mengetahuinya.

2:23. Dan jika kamu dalam keraguan mengenai apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, maka datangkanlah sebuah surah yang serupa dengan ia, dan serulah (panggil) saksi-saksi kamu, selain daripada Allah, jika kamu orang-orang yang benar.

2:24. Dan jika kamu tidak buat, dan kamu tidak akan buat, maka takutilah Api, yang bahan bakarnya manusia-manusia dan batu-batu, disediakan bagi orang-orang tidak percaya.

2:25. Dan beri berita gembira kepada orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik (amal salih), bahawa bagi mereka taman-taman (jannah) yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki dengan buah-buahan, rezeki di dalamnya, mereka berkata, "Inilah yang kami diberi rezeki dari dahulu"; bahawa mereka didatangkan yang serupa (mutasyabihat) dengannya, dan di dalamnya, bagi mereka pasangan-pasangan yang dibersihkan, dan di dalamnya, mereka tinggal selama-lamanya.

2:26. Allah tidak malu buat persamaan, walaupun dengan seekor agas, atau apa yang lebih rendah. Bagi orang-orang yang percaya, mereka ketahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; tetapi bagi orang-orang tidak percaya, mereka berkata, "Apakah yang Allah hendaki dengan ini sebagai satu persamaan?" Dengannya Dia sesatkan ramai, dan dengannya Dia beri petunjuk kepada ramai, dan dengannya Dia tidak sesatkan kecuali orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan),

2:27. Orang-orang yang pecahkan perjanjian Allah setelah mengikatnya dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah perintah supaya dihubungkan, dan yang buat kerosakan di bumi. Merekalah orang-orang yang rugi.

2:28. Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya kepada Allah memandangkan kamu adalah orang-orang yang mati, lalu Dia hidupkan kamu, kemudian Dia matikan kamu, kemudian Dia hidupkan kamu, kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan?

2:29. Dia yang ciptakan untuk kamu semua yang di bumi, kemudian Dia beranjak ke langit dan mendatarkannya tujuh langit; dan Dia tahu segala sesuatu.

2:30. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan letak di bumi khalifah (pengganti)." Mereka berkata, "Adakah Engkau letak di dalamnya orang yang akan buat kerosakan di dalamnya dan tumpahkan darah, sedang kami sanjung dengan memuji-Mu dan panggil Engkau Suci?" Dia berkata, "Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu."

2:31. Dan Dia ajar Adam nama-nama, kesemuanya, kemudian Dia kemukakan kepadapara malaikat. Dia berkata, "Sekarang beritahu Aku nama-nama ini semua, jika kamu berkata benar."

2:32. Mereka berkata, "Engkau disanjung! Kami tidak ada pengetahuan melainkan apa yang Engkau ajar kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana."

2:33. Dia berkata, "Wahai Adam, beritahu mereka nama-namanya", maka setelah dia beritahu mereka nama-namanya, Dia berkata, "Tidakkah Aku kata kepada kamu bahawa Aku tahu perkara-perkara yang ghaib di langit dan bumi, dan Aku tahu apa yang kamu nampakkan dan apa yang kamu sembunyikan?"

2:34. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali Iblis. Ia enggan, dan ia sombong, dan ia jadi antaraorang-orang tidak percaya (kafir).

2:35. Dan Kami berkata, "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman (Jannah), dan makanlah daripadanya dengan senang di mana kamu hendak, tetapi jangan dekati pokok ini, supaya kamu tidak jadi orang-orang zalim."

2:36. Kemudian syaitan gelincirkan mereka daripadanya, dan keluarkan mereka dari dalam apa mereka berada, dan Kami berkata, "Turunlah kamu, sebahagian kamu jadi musuh bagi sebahagian yang lain, dan di bumi sebuah tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk suatu waktu."

2:37. Lalu Adam terima kata-kata tertentu daripada Pemeliharanya, dan Dia terima taubatnya; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

2:38. Kami berkata, "Turunlah kamu keluar darinya, kesemuanya. Jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, dan sesiapa yang ikut petunjuk-Ku, tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

2:39. Dan, orang-orang tidak percaya dan dustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya."

2:40. Wahai Bani Israil, ingatlah akan rahmat-Ku yang dengannya Aku telah rahmati kamu, dan tepatilah perjanjian-Ku dan Aku akan tepati perjanjian kamu, dan kepada-Ku-lah kamu berasa gerun.

2:41. Dan percayalah kepada apa yang Aku turunkan, yang mengesahkan apa yang bersama kamu, dan janganlah jadi yang pertama tidak percaya kepadanya, dan jangan jual ayat-ayat-Ku untuk harga yang sedikit; dan kamu takutilah Aku.

2:42. Dan janganlah campuradukkan yang benar dengan yang palsu, dan jangan sembunyikan yang benar sedang kamu mengetahuinya.

2:43. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan tunduklah bersama orang-orang yang tunduk.

2:44. Adakah kamu suruh manusia berlaku taat, dan lupakan diri-diri kamu sendiri, sedang kamu baca al-Kitab? Tidakkah kamu faham?

2:45. Kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat kerana ia adalah sungguh berat kecuali kepada orang-orang yang rendah hati,

2:46. Yang menyangka mereka akan temui Pemelihara mereka, dan bahawa kepada-Nya mereka kembali.

2:47. Wahai Bani Israil, ingatlah akan rahmat-Ku yang dengannya Aku telah rahmati kamu, dan bahawa Aku lebihkan kamu di atas semua alam,

2:48. Dan takutilah kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat bela jiwa yang lain sedikit pun, dan syafaat (pengantaraan) tidak diterima daripadanya, dan tidak juga sebarang keimbangan diambil daripadanya, dan tidak juga mereka ditolong.

2:49. Dan apabila Kami selamatkan kamu daripada keluarga Firaun; mereka kenakan kamu azab yang jahat, mereka korbankan anak-anak lelaki kamu, dan biarkan hidup perempuan-perempuan kamu, dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.

2:50. Dan apabila Kami belah laut untuk kamu, dan Kami selamatkan kamu, dan tenggelamkan keluarga Firaun, sedang kamu perhatikan.

2:51. Dan apabila Kami menemujanji dengan Musa empat puluh malam, kemudian kamu ambil untuk kamu Anak Lembu sesudahnya, dan kamu adalah orang-orang zalim.

2:52. Kemudian Kami maafkan kamu setelah itu, supaya kamu bersyukur (berterima kasih).

2:53. Dan apabila kami beri Musa al-Kitab, dan Pembeza, supaya kamu dapat petunjuk.

2:54. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, kamu telah menzalimi diri-diri kamu sendiri dengan ambilan Anak Lembu kamu, maka bertaubatlah kepada Pencipta kamu, dan bunuhlah diri-diri kamu sendiri (sesama sendiri). Itu lebih baik bagi kamu di sisi Pencipta kamu, dan Dia akan terima taubat kamu; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih."

2:55. Dan apabila kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan percayai kamu sehingga kami lihat Allah dengan nyata"; lalu halilintar ambil kamu, sedang kamu perhatikan.

2:56. Kemudian Kami bangkitkan kamu setelah kamu mati supaya kamu berterima kasih.

2:57. Dan Kami bentangkan awan untuk meneduhkan kamu, dan Kami turunkan manna dan salwa kepada kamu; "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami rezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka zalimkan.

2:58. Dan apabila Kami berkata, "Masuklah bandaraya ini, dan makanlah dengan senang daripadanya di mana sahaja kamu hendaki, dan masuklah pada pintu gerbang dengan bersujud, dan katakan, 'Tidak membebankan'; Kami akan ampunkan kamu atas pelanggaran-pelanggaran kamu, dan tambahkan kepada orang-orang buat baik."

2:59. Kemudian orang-orang buat kezaliman tukar satu ucapan yang bukan dikatakan kepada mereka; maka Kami turunkan kepada orang-orang buat kezaliman kemurkaan dari langit kerana kefasiqan mereka.

2:60. Dan apabila Musa memohon air untuk kaumnya, Kami berkata, "Pukullah batu dengan tongkat kamu"; lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang tahu tempat minum mereka. "Makan dan minumlah daripada rezeki Allah, dan janganlah kamu buat celaka di bumi dengan buat kerosakan."

2:61. Dan apabila kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan sabar dengan makanan yang satu macam; serulah (mohonlah) kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia keluarkan untuk kami daripada apa yang bumi tumbuhkan; herba hijau, dan mentimun, dan jagung, dan kekacang, dan bawang merahnya." Dia berkata, "Adakah kamu tukar yang lebih baik dengan yang lebih rendah? Turunlah ke Mesir; kamu akan dapati di sana apa yang kamu tanya." Dan, kehinaan dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah. Itu kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh para Nabi tanpa patut. Itu kerana mereka ingkar, dan mereka mencabuli.

2:62. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Kristian, dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik , maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

2:63. Dan apabila Kami ambil perjanjian kamu, dan naikkan di atas kamu Gunung, "Ambillah dengan kekuatan apa yang Kami berikan kamu, dan ingatlah apa yang di dalamnya supaya kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)."

2:64. Kemudian kamu berpaling sesudah itu. Jika tidak kerana pemberian dan pengasihan Allah kepada kamu, tentu kamu termasuk orang-orang yang rugi.

2:65. Dan sesungguhnya kamu tahu orang-orang antara kamu yang mencabuli Sabat, dan Kami berkata kepada mereka, "Jadilah kamu beruk, menyelinap dengan melarat."

2:66. Dan Kami membuatnya hukuman contoh bagi yang telah lepas, dan bagi yang terkemudian, dan satu teguran bagi orang-orang bertakwa.

2:67. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Sesungguhnya Allah, Dia perintah kamu, hendaklah kamu korbankan seekor lembu." Mereka berkata, "Adakah kamu ambil kami sebagai buah ejekan?" Dia berkata, "Aku berlindung pada Allah daripada aku jadi antara orang-orang bodoh."

2:68. Mereka berkata, "Serulah kepada Pemelihara kamu untuk kami supaya Dia jelaskan kepada kami yang manakah ia?" Dia berkata, "Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang tidak tua, dan tidak juga dara, yang pertengahan di antara yang demikian itu; maka buatlah apa yang kamu diperintah."

2:69. Mereka berkata, "Serulah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia jelaskan kepada kami apakah warnanya?" Dia berkata, "Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang keemasan, terang warnanya, menggembirakan orang-orang yang memandang."

2:70. Mereka berkata, "Serulah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia jelaskan kepada kami yang manakah ia; lembu serupa sahaja bagi kami, dan jika Allah hendaki, tentu kami akan dapat petunjuk."

2:71. Dia berkata, "Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang belum pernah dipakai untuk membajak bumi, atau untuk mengairi tanaman; sesuatu yang teguh, tanpa tanda yang mencacatkan padanya." Mereka berkata, "Sekarang kamu sudah datangkan yang benar." Lalu mereka korbankannya, dan hampir mereka tidak melakukannya.

2:72. Dan apabila kamu bunuh sesuatu jiwa, dan bertentangan di dalamnya, dan Allah keluarkan apa yang kamu sembunyikan,

2:73. Maka Kami berkata, "Pukullah dia dengan sebahagiannya." Begitulah Allah hidupkan orang-orang yang mati, dan Dia perlihatkan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu faham.

2:74. Kemudian hati kamu jadi keras setelah itu, dan menjadi seperti batu, atau lebih keras, kerana ada antara batu yang sungai-sungai memancar daripadanya, dan yang lain terpecah supaya air keluar daripadanya, dan yang lain terjatuh dalam ketakutan kepada Allah. Dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.

2:75. Adakah kamu sangat inginkan bahawa mereka akan percayai kamu, memandangkan ada segolongan daripada mereka yang mendengarkan perkataan (kalam) Allah, kemudian mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahuinya.

2:76. Dan apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang percaya, mereka berkata, "Kami percaya"; dan apabila mereka menyendiri kepada satu sama lain, mereka berkata, "Adakah kamu ceritakan kepada mereka apa yang Allah bukakan kepada kamu supaya mereka dengannya berdebat dengan kamu di sisi Pemelihara kamu? Tidakkah kamu faham?"

2:77. Tidakkah mereka tahu bahawa Allah tahu apa yang mereka rahsiakan, dan apa yang mereka siarkan?

2:78. Dan antara mereka yang ummiy (yang tidak diberi Kitab), tidak tahu al-Kitab melainkan hanya dengan khayalan, dan semata-mata sangkaan.

2:79. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata, "Ini daripada Allah," supaya mereka menjualnya untuk harga yang sedikit; kecelakaanlah bagi mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka tulis, dan kecelakaanlah bagi mereka kerana usaha-usaha mereka.

2:80. Dan mereka berkata, "Api tidak akan sentuh kami kecuali beberapa hari yang terhitung." Katakanlah, "Sudahkah kamu ambil satu perjanjian sehingga Allah tidak akan mungkiri perjanjian-Nya, atau kamu katakan terhadap Allah apa yang tidak kamu tahu?"

2:81. Ia, sesiapa yang usahakan kejahatan, dan diliputi pelanggarannya, mereka itulah penghuni-penghuni Api; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.

2:82. Dan, orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik , mereka itulah penghuni-penghuni Taman; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.

2:83. Dan apabila Kami ambil perjanjian Bani Israil: "Kamu tidak akan sembah sesuatu melainkan Allah, dan buat baik kepada ibu bapa, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin; dan katakan yang baik kepada manusia, dan lakukan solat, dan berikan zakat." Kemudian kamu berpaling, kecuali sedikit daripada kamu, dan kamu palingkan.

2:84. Dan apabila Kami ambil perjanjian kamu, bahawa janganlah kamu tumpahkan darah kamu sendiri, dan jangan juga usir diri-diri kamu sendiri daripada tempat-tempat tinggal kamu, kemudian kamu setuju, dan kamu sendiri saksikan .

2:85. Kemudian kamu ini, kamu bunuh diri-diri (sesama) sendiri dan usir segolongan kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka, dengan bantu-membantu terhadap mereka dalam dosa dan permusuhan, dan jika mereka datang kepada kamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, walaupun pengusiran mereka telah diharamkan. Adakah kamu percayai sebahagian al-Kitab, dan kamu tidak percaya kepada sebahagian yang lain? Maka apakah balasan ke atas orang-orang daripada kamu yang buat demikian itu, melainkan kerendahan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Kiamat, dikembalikan kepada azab yang paling keras, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.

2:86. Mereka itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan akhirat. Bagi mereka azab tidak diringankan, dan tidak juga mereka ditolong.

2:87. Dan kami beri Musa al-Kitab, dan selepasnya disusuli Rasul-Rasul, dan kami beri Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami kukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci); dan setiap kali datang kepada kamu seorang Rasul dengan apa yang jiwa kamu tidak inginkan, kamu menyombong, dan sebahagian kamu dustakan, dan sebahagian kamu bunuh?

2:88. Dan mereka berkata, "Hati kami tidak dikhatan." Tidak, tetapi Allah laknati mereka kerana ketidakpercayaan mereka; sedikit mereka yang percayai.

2:89. Apabila datang kepada mereka sebuah Kitab daripada Allah yang mengesahkan apa yang bersama mereka, dan mereka sebelum itu telah minta kemenangan terhadap orang-orang tidak percaya, maka apabila datang kepada mereka apa yang mereka kenali, mereka mengingkarinya; maka laknat Allah ke atas orang-orang tidak percaya.

2:90. Buruknya apa yang mereka jual diri-diri mereka dengannya, bahawa mereka tidak percaya kepada apa yang Allah turunkan, menyalahi bahawa Allah turunkan pemberian-Nya kepada siapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya. Mereka dipenuhi beban kemurkaan atas kemurkaan; dan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.

2:91. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Percayalah kepada apa yang Allah turunkan", mereka berkata, "Kami percayai apa diturunkan kepada kami", dan mereka tidak percaya kepada apa yang sesudah itu, sedang ia yang benar, yang mengesahkan apa yang bersama mereka. Katakanlah, "Mengapa pula kamu bunuh Nabi-Nabi Allah masa dahulu, jika kamu orang-orang mukmin?"

2:92. Dan Musa datang kepada kamu dengan bukti-bukti yang jelas, kemudian kamu ambil untuk kamu Anak Lembu sesudahnya, dan kamu adalah orang-orang zalim.

2:93. Dan apabila Kami ambil perjanjian kamu, dan naikkan di atas kamu Gunung: "Ambillah dengan kekuatan apa yang kami beri kamu, dan dengarlah." Mereka berkata, "Kami dengar dan kami tentang"; dan mereka diminumkan (diresapkan) Anak Lembu ke dalam hati mereka kerana ketidakpercayaan mereka. Katakanlah, "Buruknya apa yang iman kamu perintahkan kamu kepadanya, sekiranya kamu orang-orang mukmin."

2:94. Katakanlah, "Jika tempat kediaman akhir di sisi Allah itu khas untuk kamu, dan tidak untuk manusia lain, maka inginkanlah kematian jika kamu berkata benar."

2:95. Tetapi mereka tidak akan inginkannya selama-lamanya, kerana apa yang tangan-tangan mereka telah dahulukan; Allah tahu orang-orang zalim.

2:96. Dan kamu dapati mereka, manusia yang paling inginkan kehidupan, dan daripada orang-orang yang sekutukan, ada seorang daripada mereka beringinkan bahawa dia diberi umur seribu tahun; namun begitu, dia dengan dipanjangkan umur, tidak akan menyingkirnya daripada azab. Allah lihat apa mereka buat.

2:97. Katakanlah, "Sesiapa yang jadi musuh kepada Jibril, maka dialah yang turunkannya ke dalam hati kamu, dengan izin Allah, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan petunjuk, dan berita gembira bagi orang-orang mukmin."

2:98. Sesiapa yang menjadi musuh bagi Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya, dan Jibril, dan Mikail, maka sesungguhnya Allah, musuh bagi orang-orang tidak percaya.

2:99. Dan Kami turunkan kepada kamu ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan tiada yang tidak percaya kepadanya melainkan orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).

2:100. Mengapa, setiap kali mereka buat perjanjian, segolongan daripada mereka lemparkan perjanjiannya? Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak percayai.

2:101. Apabila datang kepada mereka seorang Rasul daripada Allah, mengesahkan apa yang bersama mereka, segolongan daripada mereka yang diberi Kitab melemparkan Kitab Allah ke belakang punggung mereka, seolah-olah mereka tidak tahu.

2:102. Dan mereka ikut apa yang syaitan-syaitan bacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir, dan apa diturunkan kepada dua malaikat Babil, Harut dan Marut; mereka tidak ajar seseorang tanpa mereka berkata, "Kami hanya cubaan, jangan kamu tidak percaya (kafir)." Daripada mereka, mereka belajar bagaimana mereka boleh pecahkan seorang lelaki dan isterinya, tetapi mereka tidak dapat mudaratkan seseorang dengannya, melainkan dengan izin Allah. Dan mereka pelajari apa yang mudaratkan mereka, dan tidak manfaatkan mereka, dengan mengetahui benar bahawa sesiapa membelinya, dia tidak ada bahagian di akhirat; buruknya apa yang mereka jual diri-diri mereka dengannya, jika mereka tahu.

2:103. Dan sekiranya mereka percaya dan bertakwa, satu ganjaran daripada Allah adalah lebih baik, jika mereka tahu.

2:104. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu berkata, "Awasilah kami", tetapi katakanlah, "Perhatikanlah kami"; dan dengarlah; bagi orang-orang tidak percaya, azab yang pedih.

2:105. Orang-orang tidak percaya daripada ahli Kitab, dan orang-orang yang sekutukan, tidak inginkan bahawa sebarang kebaikan diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu, tetapi Allah pilih untuk pengasihan-Nya siapa Dia hendaki; Allah mempunyai pemberian yang besar.

2:106. Dan apa sahaja ayat yang Kami hapuskan, atau jadikan lupa, Kami datangkan yang lebih baik, atau yang serupa dengannya. Tidakkah kamu tahu bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu?

2:107. Tidakkah kamu tahu bahawa kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan bahawa kamu tidak ada, selain daripada Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong?

2:108. Atau, adakah kamu hendak tanya Rasul kamu seperti Musa ditanya dahulu? Sesiapa yang tukar keimanan dengan ketidakpercayaan, sungguh dia sesat daripada jalan yang betul.

2:109. Kebanyakan daripada ahli Kitab ingin sekiranya mereka dapat kembalikan kamu sebagai orang-orang tidak percaya setelah keimanan kamu kerana dengki dalam jiwa mereka sesudah yang benar menjadi jelas bagi mereka. Namun begitu, kamu maafkanlah, dan ketepikanlah, sehingga Allah datangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

2:110. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan apa sahaja kebaikan yang kamu dahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan dapatinya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah lihat apa kamu buat.

2:111. Dan mereka berkata, "Tidak akan masuk Taman kecuali orang Yahudi, atau Kristian." Demikianlah khayalan mereka. Katakanlah, "Kemukakan bukti kamu jika kamu berkata benar."

2:112. Ia, sesiapa yang tundukkan wajahnya (mukanya / kehendaknya) kepada Allah, sedang dia seorang buat baik, maka upahnya adalah di sisi Pemeliharanya, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

2:113. Orang-orang Yahudi berkata, "Orang-orang Kristian tiada sesuatu", dan orang-orang Kristian berkata, "Orang-orang Yahudi tiada sesuatu"; dan mereka baca al-Kitab. Demikianlah juga orang-orang yang tidak tahu berkata, serupa ucapan mereka. Allah akan hakimkan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka selisihkan.

2:114. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang halangi masjid-masjid Allah supaya nama-Nya tidak disebut di dalamnya, dan berusaha untuk meruntuhkannya. Mereka tidak mungkin memasukinya, melainkan dengan takut-takut. Bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat, azab yang besar.

2:115. Kepunyaan Allah Timur dan Barat; ke mana sahaja kamu palingkan di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah Merangkumi, Mengetahui.

2:116. Dan mereka berkata, "Allah ambil kepada-Nya seorang anak." Dia disanjung! Tidak, kepunyaan-Nya apa yang di langit dan bumi, semuanya patuh kepada-Nya.

2:117. Pencipta langit dan bumi, dan apabila Dia tentukan sesuatu perkara, Dia hanyalah berkata padanya, "Jadilah", maka jadilah ia.

2:118. Dan orang-orang yang tidak tahu berkata, "Mengapa Allah tidak berkata-kata kepada kami? Mengapa satu ayat (isyarat) tidak datang kepada kami?" Demikianlah berkata orang-orang sebelum mereka, seperti ucapan mereka ini; hati mereka serupa. Namun demikian, Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang yakin.

2:119. Kami utus kamu dengan yang benar, pembawa berita gembira, dan pemberi amaran. Kamu tidak akan ditanya mengenai penghuni-penghuni Jahim.

2:120. Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Kristian, sehingga kamu ikut anutan mereka. Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar." Jika kamu ikut keinginan mereka setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong.

2:121. Orang-orang yang kepada mereka kami beri al-Kitab membacanya dengan bacaannya yang benar, mereka percayainya; dan sesiapa yang tidak percaya kepadanya, merekalah orang-orang yang rugi.

2:122. Wahai Bani Israil, ingatlah akan rahmat-Ku, yang dengannya Aku telah rahmati kamu, dan bahawa Aku lebihkan kamu di atas semua alam.

2:123. Dan takutilah kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat bela jiwa yang lain sedikit pun, dan tidak diterima keimbangan daripadanya, dan tidak bermanfaat syafaat (pengantaraan) kepadanya, dan tidak juga mereka ditolong.

2:124. Dan apabila Pemeliharanya menguji Ibrahim dengan kata-kata tertentu, dan dia tunaikannya, Dia berkata, "Sesungguhnya Aku buat kamu seorang imam (ketua) bagi manusia." Berkatalah dia, "Dan daripada keturunanku?" Dia berkata, "Perjanjian-Ku tidak mencapai orang-orang zalim."

2:125. Dan apabila Kami buatkan Rumah untuk jadi tempat berkunjung bagi manusia, dan tempat aman, dan, "Ambillah bagi kamu medan Ibrahim untuk tempat solat." Dan Kami buat perjanjian dengan Ibrahim dan Ismail, "Bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud."

2:126. Dan apabila Ibrahim berkata, "Pemeliharaku, buatkan ini sebuah negeri yang aman, dan berilah rezeki penduduknya dengan buah-buahan, untuk mereka yang percaya kepada Allah dan Hari Akhir antara mereka." Dia berkata, "Sesiapa yang tidak percaya aku akan berikan kesenangan sedikit, kemudian Aku akan paksa dia kepada azab Api; betapa buruknya satu kepulangan!"

2:127. Dan apabila Ibrahim, dan Ismail bersamanya, menaikkan dasar-dasar Rumah, "Wahai Pemelihara kami, terimalah ini daripada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui,

2:128. Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkan kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

2:129. Wahai Pemelihara kami, bangkitkan di kalangan mereka seorang Rasul, seorang daripada mereka, yang akan bacakan mereka ayat-ayat Engkau, dan ajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan sucikan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana."

2:130. Maka siapakah yang mengundur diri daripada anutan Ibrahim kecuali dia yang membodohkan dirinya sendiri? Sesungguhnya Kami telah memilihnya di dunia ini, dan di akhirat, dia termasuk orang-orang yang salih (baik).

2:131. Apabila Pemeliharanya berkata kepadanya, "Tunduk patuhlah", dia berkata, "Aku tundukkan diriku kepada Pemelihara semua alam."

2:132. Dan Ibrahim wasiatkan anak-anaknya dengan ini, dan Yaakub, "Wahai anak-anakku, Allah telah pilih untuk kamu agama; maka jangan kamu mati kecuali dalam kemusliman."

2:133. Kenapa, adakah kamu saksi-saksi apabila kematian datang kepada Yaakub? Apabila dia berkata kepada anak-anaknya, "Apakah yang kamu akan sembah sesudahku?" Mereka berkata, "Kami akan sembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu, Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, Tuhan Yang Satu; kepada-Nya kami muslim."

2:134. Itu umat yang telah berlalu; baginya apa yang mereka usahakan, dan bagi kamu, apa yang kamu usahakan; kamu tidak ditanya mengenai apa mereka buat.

2:135. Dan mereka berkata, "Hendaklah kamu jadi Yahudi atau Kristian, dan kamu akan dapat petunjuk." Katakanlah, "Tidak, tetapi anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan dia bukan orang yang sekutukan."

2:136. Katakanlah, "Kami percaya kepada Allah, dan apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan apa diberi kepada Musa dan Isa, dan apa diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."

2:137. Jika mereka percaya kepada yang serupa dengan kepadanya kamu percaya, maka sungguh mereka dapat petunjuk yang benar; tetapi jika mereka berpaling, maka mereka hanya dalam perpecahan; Allah mencukupi bagi kamu terhadap mereka, dan Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

2:138. Celupan Allah; dan siapakah yang mencelup lebih baik daripada Allah? Dia kami sembah.

2:139. Katakanlah, "Adakah kamu berdebat dengan kami mengenai Allah, dan Dia, Pemelihara kami dan Pemelihara kamu? Bagi kami amalan-amalan (perbuatan) kami, dan bagi kamu, amalan-amalan kamu; kepada-Nya kami tuluskan.

2:140. Atau, adakah kamu kata, 'Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak - mereka adalah orang-orang Yahudi, atau mereka orang-orang Kristian'?" Katakanlah, "Adakah kamu yang lebih tahu, atau Allah? Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang sembunyikan kesaksian yang diterima daripada Allah? Dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat."

2:141. Itu umat yang telah berlalu; baginya apa yang mereka usahakan, dan bagi kamu, apa yang kamu usahakan; kamu tidak ditanya mengenai apa mereka buat.

2:142. Orang-orang bodoh antara manusia akan berkata, "Apakah yang memalingkan mereka daripada kiblat (haluan) yang mereka hadap dahulu?" Katakanlah, "Kepunyaan Allah Timur dan Barat; Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki pada jalan lurus."

2:143. Demikianlah Kami buat kamu satu umat yang di tengah, supaya kamu jadi saksi-saksi ke atas manusia, dan supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu; dan Kami tidak tentukan kiblat yang kamu hadapkan melainkan supaya Kami tahu siapa yang ikut Rasul, dan siapa yang balik di atas tumit-tumitnya. Sebenarnya ia sungguh berat, kecuali kepada orang-orang yang Allah beri petunjuk; tetapi Allah tidak akan biarkan iman kamu disia-siakan. Sesungguhnya Allah Lembut kepada manusia, Pengasih.

2:144. Kami lihat kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke langit; sungguh Kami akan palingkan kamu kepada kiblat yang kamu puas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram (Masjid Suci); dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. orang-orang diberi al-Kitab tahu bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka kerjakan

2:145. Namun begitu, jika kamu datangkan kepada orang-orang diberi al-Kitab tiap-tiap ayat, mereka tidak akan ikut kiblat kamu; kamu bukanlah pengikut kiblat mereka, dan bukanlah mereka pengikut-pengikut kiblat satu sama lain. Jika kamu ikut keinginan mereka setelah pengetahuan datang kepada kamu, sungguh, kamu termasuk orang-orang zalim.

2:146. Orang-orang yang kepada mereka kami beri al-Kitab, mereka kenalinya seperti mereka kenali anak-anak lelaki mereka, dan sesungguhnya segolongan daripada mereka sembunyikan yang benar, sedang mereka mengetahuinya.

2:147. Yang benar adalah daripada Pemelihara kamu, maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.

2:148. Tiap-tiap orang ada haluannya yang dia palingkan; maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan. Di mana sahaja kamu berada, Allah akan datangkan kamu semua. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

2:149. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.

2:150. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya, supaya manusia tidak ada hujah terhadap kamu, kecuali orang-orang buat kezaliman antara mereka; dan janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, dan supaya Aku sempurnakan rahmat-Ku ke atas kamu, dan supaya kamu dapat petunjuk.

2:151. Sebagaimana juga Kami utus di kalangan kamu, daripada kamu sendiri, seorang Rasul untuk bacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan untuk sucikan kamu, dan untuk ajar kamu al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan untuk ajar kamu apa yang kamu tidak tahu.

2:152. Maka ingatlah pada-Ku, Aku akan ingat padamu, dan berterimakasihlah kepada-Ku, dan janganlah kamu tidak percaya kepada-Ku.

2:153. Wahai orang-orang yang percaya, kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat; sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.

2:154. Dan janganlah kata terhadap orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, "Mereka sudah mati", bahkan mereka hidup, tetapi kamu tidak sedar.

2:155. Sungguh, Kami akan uji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan kamu beri berita gembira kepada orang-orang yang sabar,

2:156. Orang-orang yang, apabila mereka ditimpa penderitaan, berkata, "Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan kepada-Nya kami kembali."

2:157. Mereka itu, ke atas mereka adalah salawat (keberkatan), dan pengasihan daripada Pemelihara mereka, dan mereka itu, merekalah orang-orang yang dapat petunjuk yang benar.

2:158. Safa dan Marwa adalah antara tanda-tanda Allah, maka sesiapa lakukan Haji di Rumah, atau berkunjung (umrah), tidak salah ke atasnya untuk bertawaf antara keduanya; dan sesiapa kerjakan kebaikan dengan sukarela, maka sesungguhnya Allah Mensyukuri (Berterima Kasih), Mengetahui.

2:159. Orang-orang yang sembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan petunjuk yang Kami turunkan, setelah Kami jelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para pelaknat,

2:160. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan menunjukkan dengan jelas. Terhadap mereka, Aku akan terima taubat; Aku Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

2:161. Tetapi orang-orang tidak percaya dan mati dengan tidak percaya, ke atas merekalah laknat Allah, dan para malaikat, dan manusia kesemuanya,

2:162. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya; azab tidak akan diringankan untuk mereka; tiada tangguh akan diberi kepada mereka.

2:163. Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

2:164. Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, dan kapal yang berlayar di laut dengan manfaat kepada manusia, dan air yang Allah turunkan dari langit, dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan Dia taburkan di merata-rata di dalamnya segala yang merayap, dan perkisaran angin dan awan yang dipaksakan antara langit dan bumi, sungguh, adalah ayat-ayat (tanda-tanda) bagi kaum yang faham.

2:165. Tetapi ada manusia yang ambil untuk mereka rakan-rakan, selain daripada Allah, dengan mencintainya sebagaimana Allah dicintai, tetapi orang-orang yang percaya, mencintai Allah dengan lebih cinta. Sekiranya orang-orang buat kezaliman dapat lihat, ketika mereka melihat azab, bahawa kekuatan kesemuanya adalah kepunyaan Allah, dan bahawa Allah amat keras dalam azab.

2:166. Apabila orang-orang yang diikuti berlepas diri daripada pengikut-pengikut mereka, dan mereka lihat azab, dan tali-tali mereka diputuskan.

2:167. Dan orang-orang yang ikut berkata, "Sekiranya bagi kami dapat kembali lagi, kami berlepas diri daripada mereka, sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami." Begitulah Allah akan lihatkan kepada mereka amalan-amalan mereka; aduhai kesalnya mereka! Mereka tidak akan keluar dari Api.

2:168. Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

2:169. Ia hanya suruh kamu pada kejahatan dan kesumbangan, dan supaya kamu katakan terhadap Allah apa yang kamu tidak tahu.

2:170. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah turunkan", mereka berkata, "Tidak, kami akan ikut apa yang kami dapati bapa-bapa kami buat." Apa? Dan jika bapa-bapa mereka tidak faham sesuatu, dan mereka tidak dapat petunjuk?

2:171. Persamaan orang-orang tidak percaya seperti persamaan orang yang teriak kepada apa yang tidak mendengar, kecuali satu panggilan dan seruan; pekak, bisu, buta - mereka tidak faham.

2:172. Wahai orang-orang yang percaya, makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami rezekikan kamu, dan berterimakasihlah kepada Allah, jika Dia kamu sembah.

2:173. Hanyalah benda-benda ini yang Dia haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan, dan tidak menderhakai, maka tidaklah berdosa kepadanya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

2:174. Orang-orang yang sembunyikan apa-apa daripada al-Kitab yang Allah turunkan kepada mereka, dan menjualnya untuk harga yang sedikit, mereka itulah yang tidak makan melainkan Api di dalam perut-perut mereka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada Hari Kiamat, dan tidak juga sucikan mereka; bagi mereka, azab yang pedih.

2:175. Mereka itulah orang-orang yang beli kesilapan dengan petunjuk, dan azab dengan ampunan; betapa sabarnya mereka menahan Api!

2:176. Itu adalah kerana Allah turunkan al-Kitab dengan yang benar, dan orang-orang yang berselisih mengenai al-Kitab adalah dalam perpecahan yang jauh.

2:177. Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu palingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberi harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan merdekakan hamba, dan lakukan solat, dan beri zakat, dan mereka yang tepati perjanjian mereka, apabila mereka buat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam musibah, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar.

2:178. Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan (ditetapkan) bagi kamu ialah pembalasan (qisas), mengenai orang yang dibunuh - orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan; tetapi, jika sesuatu dimaafkan kepadanya oleh saudaranya, maka hendaklah mengikutinya dengan baik, dan hendaklah bayarannya dibuat dengan baik. Itu adalah satu keringanan bagi kamu daripada Pemelihara kamu, dan satu pengasihan; dan sesiapa mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih.

2:179. Dalam pembalasan (qisas) ada kehidupan untuk kamu, wahai orang-orang empunya minda, supaya kamu bertakwa.

2:180. Dituliskan bagi kamu, apabila seseorang antara kamu didatangi kematian, dan dia tinggalkan kebaikan (harta), supaya buat wasiat memihak kepada ibu bapanya, dan sanak saudara dengan baik - suatu kewajipan kepada orang-orang bertakwa.

2:181. Sesiapa tukar setelah mendengarnya, dosanya adalah kepada orang-orang yang menukarnya. Sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.

2:182. Jika seseorang takut akan penyimpangan, atau dosa, daripada orang yang berwasiat itu, lalu dia membetulkan antara mereka, maka tidaklah ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

2:183. Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan bagi kamu berpuasa sebagaimana dituliskan bagi orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa.

2:184. Pada hari-hari yang terhitung; dan jika sesiapa antara kamu sakit, atau jika dia dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari lain; dan bagi orang-orang yang tidak boleh, ditebus dengan memberi makan seorang miskin, tetapi lebih baik baginya, yang buat kebaikan dengan sukarela, bahawa kamu berpuasa adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu tahu.

2:185. Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain. Allah hendakkan kemudahan bagi kamu, dan tidak hendak kesukaran bagi kamu; dan agar kamu cukupkan bilangan, dan agungkan Allah, bahawa Dia beri petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih.

2:186. Dan apabila hamba-hamba-Ku tanya kamu mengenai Aku, Aku lebih dekat untuk sahut seruan orang yang menyeru apabila dia seru kepada-Ku; maka hendaklah mereka sahut Aku, dan hendaklah mereka percayai Aku supaya mereka menjadi benar.

2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah tahu bahawa kamu khianati diri-diri kamu sendiri, dan terima taubat kamu, dan maafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah tuliskan (tetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan jangan campuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itu had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

2:188. Dan janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan cara palsu, dan kamu menawarkannya kepada hakim-hakim, supaya kamu dapat makan, dengan dosa, sebahagian daripada harta manusia yang lain sedang kamu mengetahuinya.

2:189. Mereka tanya kamu mengenai bulan-bulan baru. Katakanlah, "Mereka adalah waktu-waktu yang ditetapkan bagi manusia, dan Haji." Ia bukanlah ketaatan untuk datang ke rumah-rumah dari belakangnya, tetapi ketaatan adalah untuk jadi bertakwa; maka datangilah rumah-rumah dari pintu-pintunya, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.

2:190. Dan berperanglah di jalan Allah terhadap orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu mencabuli; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang mencabul.

2:191. Dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu jumpa mereka, dan usirlah mereka dari mana sahaja mereka mengusir kamu; penganiayaan (fitnah) adalah lebih besar daripada pembunuhan, dan janganlah memerangi mereka di Masjidil Haram sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itu balasan ke atas orang-orang tidak percaya.

2:192. Tetapi, jika mereka berhenti, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

2:193. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama adalah untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan kecuali kepada orang-orang zalim.

2:194. Bulan haram untuk bulan haram, dan perkara-perkara yang suci menuntut akan pembalasan (qisas). Sesiapa serang kamu, maka seranglah dia serupa seperti dia menyerang kamu; dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang bertakwa.

2:195. Dan nafkahkanlah (belanjakanlah) di jalan Allah, dan janganlah lemparkan diri-diri kamu dengan tangan-tangan kamu sendiri ke dalam kebinasaan, tetapi buat baik; sesungguhnya Allah suka orang-orang buat baik.

2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalang, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan cukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu rasa aman, sesiapa yang nikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak dapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itu sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam balasan-Nya.

2:197. Haji adalah pada bulan-bulan yang diketahui; sesiapa yang tetapkan untuk Haji padanya, tidak boleh bercampur dengan isterinya, dan tidak boleh buat fasiq, dan tidak boleh berbantahan semasa dalam Haji. Dan apa-apa kebaikan kamu buat, Allah mengetahuinya, dan berbekallah kamu, tetapi bekal yang paling baik ialah takwa; maka kamu takutilah Aku, wahai orang-orang empunya minda.

2:198. Tidak salah ke atas kamu jika kamu mencari pemberian daripada Pemelihara kamu. Apabila kamu bertolak dari Arafah, ingatlah Allah di sisi Monumen Suci, dan ingatlah pada-Nya oleh kerana Dia beri petunjuk kepada kamu, sedang sebelum itu kamu adalah orang-orang yang sesat.

2:199. Kemudian bertolaklah dari mana manusia bertolak, dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

2:200. Apabila kamu sudah laksanakan peribadatan kamu, ingatlah Allah sebagaimana kamu ingati bapa-bapa kamu, atau lebih ingat. Antara manusia ada yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berikan kami di dunia", dan tiadalah baginya bahagian di akhirat.

2:201. Dan antara manusia ada yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berikan kami di dunia yang baik, dan di akhirat yang baik, dan lindungilah kami daripada azab Api."

2:202. Mereka itu, mereka akan dapat bahagian daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah cepat buat hitungan.

2:203. Dan ingatlah akan Allah selama hari-hari tertentu yang terhitung. Jika sesiapa bercepat-cepat dalam dua hari, itu tidaklah berdosa baginya; dan jika sesiapa melambatkannya, ia bukanlah satu dosa padanya, jika dia bertakwa. Dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.

2:204. Dan antara manusia, ada yang ucapannya terhadap kehidupan dunia menarik hati kamu, dan dia bersaksikan Allah atas apa yang di dalam hatinya, padahal dialah yang paling degil dalam pertengkaran.

2:205. Dan apabila dia berpaling, dia berusaha di bumi untuk buat kerosakan padanya, dan untuk musnahkan tanaman, dan anak-anak pokok; dan Allah tidak suka kerosakan.

2:206. Dan apabila dikatakan kepadanya, "Takutilah Allah", kemuliaan mengambilnya dalam dosanya. Maka cukuplah untuk dia Jahanam - betapa buruknya buaian!

2:207. Dan antara manusia ada yang jual diri-diri mereka kerana inginkan kepuasan hati Allah; dan Allah Lembut kepada hamba-hamba-Nya.

2:208. Wahai orang-orang yang percaya, masuklah ke dalam kesejahteraan kesemua kamu, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

2:209. Tetapi jika kamu tergelincir, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada kamu, maka ketahuilah bahawa Allah Perkasa, Bijaksana.

2:210. Apakah mereka nanti-nantikan, melainkan bahawa Allah akan datang kepada mereka dalam lindungan awan, dan malaikat-malaikat? Perkara telah diputuskan, dan kepada Allah semua perkara dikembalikan.

2:211. Tanyalah Bani Israil berapa banyaknya bukti-bukti yang jelas yang Kami beri mereka. Sesiapa tukar rahmat Allah setelah ia datang kepadanya, maka sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.

2:212. Dinampakkan indah bagi orang-orang tidak percaya (kafir) ialah kehidupan dunia, dan mereka ejek orang-orang yang percaya; tetapi orang-orang bertakwa adalah di atas mereka pada Hari Kiamat; dan Allah beri rezeki kepada sesiapa Dia hendaki tanpa hitungan.

2:213. Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah bangkitkan Nabi-Nabi sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia turunkan bersama mereka Kitab dengan yang benar untuk Dia hakimkan antara manusia mengenai apa yang mereka selisihkan. Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana angkuh antara mereka; kemudian Allah beri petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka selisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki pada jalan lurus.

2:214. Atau, adakah kamu sangka kamu akan masuk Taman (Jannah) tanpa datang kepada kamu yang sama dengan orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu? Mereka disentuh musibah dan kesusahan, dan mereka digoncangkan sehingga Rasul dan orang-orang yang percaya bersamanya berkata, "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah dekat.

2:215. Mereka tanya kamu mengenai apa yang mereka patut nafkahkan. Katakanlah, "Apa sahaja kebaikan kamu nafkahkan adalah untuk ibu bapa, dan sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang musafir, dan apa sahaja kebaikan kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."

2:216. Dituliskan (ditetapkan) bagi kamu berperang, walaupun ia adalah kebencian bagi kamu, dan mungkin kamu benci sesuatu yang lebih baik bagi kamu, dan mungkin kamu suka sesuatu yang lebih buruk bagi kamu; Allah tahu, dan kamu tidak tahu.

2:217. Mereka tanya kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, "Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada pembunuhan." Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu hingga mereka palingkan kamu daripada agama kamu, jika mereka boleh. Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni-penghuni Api; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.

2:218. Tetapi orang-orang yang percaya, dan orang-orang yang hijrah, dan berjuang di jalan Allah, merekalah yang mempunyai harapan daripada pengasihan Allah; dan Allah Pengampun, Pengasih.

2:219. Mereka tanya kamu mengenai arak dan judi. Katakanlah, "Pada keduanya dosa besar, dan beberapa manfaat kepada manusia, tetapi dosanya adalah lebih besar daripada manfaatnya." Dan mereka tanya kamu mengenai apa yang mereka patut nafkahkan. Katakanlah, "Yang berlebihan." Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat kepada kamu supaya kamu fikirkan.

2:220. Dunia dan akhirat. Mereka tanya kamu mengenai anak yatim. Katakanlah, "Untuk membetulkan urusan mereka adalah baik, dan jika kamu bercampur dengan mereka, maka mereka itu adalah saudara-saudara kamu. Allah tahu benar orang yang buat kerosakan daripada orang yang membetulkan; dan sekiranya Allah hendak, tentu Dia menyulitkan kamu. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana."

2:221. Jangan kahwin perempuan-perempuan yang sekutukan sehingga mereka percayai; hamba perempuan yang mukmin adalah lebih baik daripada perempuan yang sekutukan, walaupun dia menarik hati kamu. Dan jangan kahwin orang-orang lelaki yang sekutukan sehingga mereka percayai. Hamba yang mukmin adalah lebih baik daripada orang yang sekutukan, walaupun dia menarik hati kamu. Mereka itu menyeru ke Api, dan Allah menyeru ke Taman, dan ampunan, dengan izin-Nya, dan Dia jelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka ingat.

2:222. Mereka tanya kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu jauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan jangan dekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka sudah bersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah perintahkan kamu ." Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertaubat, dan Dia suka orang-orang yang bersihkan diri mereka.

2:223. Perempuan-perempuan kamu adalah tanaman bagi kamu; maka datangilah tanaman kamu seperti yang kamu hendaki, dan dahulukanlah untuk diri kamu; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa kamu akan menemui-Nya. Berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.

2:224. Janganlah buat Allah satu penghalang, melalui sumpah-sumpah kamu, untuk menjadi taat, dan bertakwa, dan membetulkan antara manusia. Allah Mendengar, Mengetahui.

2:225. Allah tidak pertanggungjawabkan kamu atas sumpah kamu yang tidak sengaja, tetapi Dia pertanggungjawabkan kamu atas apa yang hati-hati kamu usahakan; dan Allah Pengampun, Penyantun.

2:226. Bagi orang-orang yang bersumpah memantangkan diri daripada perempuan-perempuan mereka, mereka tunggu empat bulan. Jika mereka kembali, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

2:227. Tetapi jika mereka memutuskan untuk bercerai, maka sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.

2:228. Perempuan-perempuan yang diceraikan akan tunggu sendiri selama tiga haid, dan tidaklah halal bagi mereka untuk sembunyikan apa yang Allah cipta di dalam rahim mereka jika mereka percayai Allah dan Hari Akhir. Pada masa itu suami-suami mereka adalah lebih berhak untuk kembalikan mereka jika mereka hendak membetulkan. Bagi mereka ada hak yang baik seperti ke atas lelaki, tetapi para lelaki mereka adalah satu darjat di atas mereka; Allah Perkasa, Bijaksana.

2:229. Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian tahan dengan baik, atau lepaskan dengan baik. Tidaklah halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa kamu sudah beri kepada mereka kecuali keduanya takut bahawa mereka tidak dapat lakukan had-had (hudud) Allah. Jika kamu takut mereka tidak dapat lakukan had-had Allah, maka tidak salah ke atas mereka untuk dia (isteri) menebus dengannya. Itu had-had Allah; jangan mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang zalim.

2:230. Jika dia ceraikannya, dia (isteri) tidak halal baginya sesudah itu sehingga dia kahwin suami lain. Kemudian jika dia (suami baru) ceraikannya, maka tidak salah ke atas mereka untuk kembali kepada satu sama lain, jika mereka sangka mereka akan lakukan had-had Allah. Itu had-had Allah; Dia jelaskannya bagi kaum yang tahu.

2:231. Apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, maka tahanlah mereka dengan baik, atau lepaskan mereka dengan baik; jangan tahan mereka dengan paksa untuk mencabuli; sesiapa yang buat demikian itu menzalimi dirinya sendiri. Jangan ambil ayat-ayat Allah dalam olok-olokan, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan al-Kitab, dan Kebijaksanaan, yang Dia turunkan kepada kamu untuk menegurkan kamu. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah tahu segala sesuatu.

2:232. Apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, jangan halangi mereka daripada kahwini suami-suami mereka, apabila mereka sudah saling setuju antara mereka, dengan baik. Dengan ini ditegurkan sesiapa antara kamu yang percayai Allah, dan Hari Akhir. Itu lebih suci dan lebih bersih bagi kamu; Allah tahu, dan kamu tidak tahu.

2:233. Para ibu akan susukan anak-anak mereka dua tahun genap, bagi  orang  yang  hendak sempurnakan susuan. Adalah atas bapa untuk beri rezeki dan pakaian mereka dengan baik. Tiada jiwa dibebankan melainkan menurut kesanggupannya. Seorang ibu tidak akan disusahkan untuk anaknya, dan tidak juga seorang bapa untuk anaknya, dan atas waris, serupa dengan yang demikian. Tetapi jika keduanya hendak, dengan persetujuan bersama dan rundingan, untuk tidak susukan, maka tidak ada kesalahan ke atas mereka. Dan jika kamu hendak cari penyusu bagi anak-anak kamu, tidak salah ke atas kamu asal sahaja kamu serah apa yang kamu beri dengan baik; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah lihat apa kamu buat.

2:234. Dan orang-orang antara kamu yang mati dan tinggalkan isteri-isteri, mereka akan tunggu sendiri selama empat bulan dan sepuluh hari. Apabila mereka sampai tempoh mereka, maka tiadalah kesalahan ke atas kamu mengenai apa mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik. Allah sedar apa kamu buat.

2:235. Tidak ada kesalahan ke atas kamu mengenai lamaran kepada perempuan-perempuan yang kamu tawari, atau sembunyikan di dalam diri kamu. Allah tahu bahawa kamu akan mengingat-ingati mereka, tetapi janganlah berjanji dengan mereka secara rahsia tanpa kamu ucapkan perkataan yang baik, dan jangan kamu putuskan untuk ikatan perkahwinan sehingga kitab (kepastian) sampai tempohnya; dan ketahuilah bahawa Allah tahu apa yang di dalam diri kamu; maka takutilah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Pengampun, Penyantun.

2:236. Tidak ada kesalahan ke atas kamu jika kamu ceraikan perempuan-perempuan sedang kamu belum sentuh mereka, dan tidak juga tetapkan sebarang bahagian untuk mereka; namun demikian, berilah peruntukan untuk mereka - orang yang mewah menurut kemampuannya, dan orang yang miskin menurut kemampuannya - satu peruntukan dengan baik; satu kewajipan bagi orang-orang buat baik.

2:237. Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh mereka, dan kamu sudah pun tetapkan bagi mereka bahagian yang ditentukan, maka (berilah) setengah daripada apa kamu telah tetapkan, kecuali jika mereka maafkan, atau dia maafkan yang di tangannya ikatan perkahwinan; bahawa kamu maafkan adalah lebih dekat dengan takwa. Janganlah lupakan pemberian sesama kamu. Sesungguhnya Allah lihat apa kamu buat.

2:238. Peliharalah salawat (doa mohon ampun), dan solat di tengah, dan berdirilah kamu patuh kepada Allah.

2:239. Jika kamu dalam ketakutan, maka sambil berjalan kaki, atau menunggang. Apabila kamu telah aman, ingatlah akan Allah sebagaimana Dia telah ajar kamu apa yang kamu tidak tahu.

2:240. Dan orang-orang antara kamu yang mati dan tinggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka buat wasiat untuk isteri-isteri mereka, peruntukan untuk setahun tanpa mengeluarkannya; tetapi jika mereka keluar, maka tidak salah ke atas kamu mengenai apa mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik; Allah Perkasa, Bijaksana.

2:241. Bagi wanita-wanita yang diceraikan, (diberi) peruntukan dengan baik sebagai suatu kewajipan bagi orang-orang bertakwa.

2:242. Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya bagi kamu supaya kamu faham.

2:243. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang keluar dari tempat tinggal mereka, beribu-ribu ramainya, kerana takut akan mati? Allah berkata kepada mereka, "Matilah!" Kemudian Dia hidupkan mereka. Sesungguhnya Allah mempunyai pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak berterima kasih.

2:244. Maka berperanglah di jalan Allah, dan ketahuilah bahawa Allah Mendengar, Mengetahui.

2:245. Siapakah dia yang akan pinjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, dan Dia akan gandakan untuknya dengan banyak? Allah menggenggam dan menjulurkan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

2:246. Tidakkah kamu renungkan pembesar-pembesar Bani Israil selepas Musa ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka, "bangkitkan untuk kami seorang raja dan kami akan berperang di jalan Allah." Dia berkata, "Mungkin sekali, bahawa jika perang dituliskan (ditetapkan) bagi kamu, kamu tidak akan berperang?" Mereka berkata, "Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, yang telah diusir daripada tempat tinggal kami, dan anak-anak kami?" Maka, apabila perang dituliskan bagi mereka, mereka berpaling kecuali sedikit antara mereka; dan Allah tahu orang-orang zalim.

2:247. Kemudian Nabi mereka berkata kepada mereka, "Sesungguhnya Allah bangkitkan Thalut bagi kamu sebagai raja." Mereka berkata, "Bagaimanakah patut bagi dia menjadi raja kepada kami, yang lebih berhak daripadanya pada kerajaan, memandangkan dia tidak diberi harta yang banyak?" Dia berkata, "Sesungguhnya Allah memilihnya di atas kamu, dan tambahkannya dengan luas dalam pengetahuan dan tubuh. Allah beri kerajaan kepada siapa Dia hendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui."

2:248. Dan Nabi mereka berkata kepada mereka, "Ayat (tanda) kerajaannya ialah bahawa tabut (peti) akan datang kepada kamu, di dalamnya suatu ketenangan daripada Pemelihara kamu, dan satu sisa daripada apa yang keluarga Musa dan keluarga Harun tinggalkan yang dibawa oleh malaikat-malaikat. Sungguh, pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin."

2:249. Dan apabila Thalut berangkat dengan tentera, dia berkata, "Allah uji kamu dengan sebuah sungai; sesiapa minum daripadanya adalah bukan daripada aku, dan sesiapa yang tidak rasainya, dia adalah daripada aku, kecuali orang yang ceduk seceduk dengan tangannya." Tetapi mereka minum daripadanya, kecuali sedikit antara mereka; dan apabila dia menyeberanginya, dan orang-orang yang percaya bersamanya, mereka berkata, "Kami tidak ada kekuatan pada hari ini terhadap Jalut dan tenteranya." Berkata orang-orang yang sangka akan temui Allah, "Berapa kalikah satu golongan yang sedikit telah kalahkan satu golongan yang banyak, dengan izin Allah? Dan Allah berserta orang-orang yang sabar."

2:250. Maka, apabila mereka pergi kepada Jalut dan tenteranya, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya (kafir)."

2:251. Dan mereka kalahkan mereka, dengan izin Allah, dan Daud bunuh Jalut; dan Allah beri kepadanya kerajaan dan kebijaksanaan, dan Dia ajarnya apa yang Dia hendaki. Sekiranya Allah tidak usir manusia, sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain, tentu rosaklah bumi, tetapi Allah mempunyai pemberian kepada semua alam.

2:252. Ini adalah ayat-ayat Allah Kami bacakan kamu dengan benar, dan sesungguhnya kamu adalah daripada para utusan.

2:253. Dan Rasul-Rasul itu, sebahagian Kami lebihkan di atas sebahagian yang lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia naikkan darjat. Dan kami beri Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami kukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci). Dan sekiranya Allah hendak, tentu orang-orang yang datang selepas dia tidak berperang sesama sendiri, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; tetapi mereka selisihkan dengan sebahagian mereka percaya dan sebahagian tidak percaya; dan sekiranya Allah hendak, tentu mereka tidak berperang sesama sendiri, tetapi Allah buat apa sahaja Dia hendaki.

2:254. Wahai orang-orang yang percaya, nafkahkanlah daripada apa yang Kami rezekikan kamu, sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada persahabatan, dan tiada juga syafaat (pengantaraan); dan orang-orang tidak percaya - merekalah orang-orang zalim.

2:255. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Kekal. Mengantuk tidak mengambil-Nya, dan tidak juga tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di dalam langit dan apa yang di dalam bumi. Siapakah dia yang akan mengantara di sisi-Nya, kecuali dengan izin-Nya? Dia tahu apa yang sebelum mereka, dan apa yang sesudah mereka, dan mereka tidak tahu sesuatu daripada pengetahuannya, kecuali apa yang Dia hendaki. Takhta-Nya merangkumi langit dan bumi, dan Dia tidak rasa tertekan menjaga keduanya; Dia Yang Tinggi, Yang Agung.

2:256. Tidak ada paksaan dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa yang tidak percaya kepada Thagut, dan percayai Allah, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui.

2:257. Allah ialah Wali (Pelindung) orang-orang yang percaya; Dia keluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang tidak percaya, wali mereka ialah Thagut, yang keluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan; mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

2:258. Tidakkah kamu renungkan orang yang debat Ibrahim mengenai Pemeliharanya kerana Allah beri kepadanya kerajaan, ketika Ibrahim berkata, "Pemeliharaku ialah Dia yang menghidupkan dan mematikan." Berkata, "Aku menghidupkan dan mematikan!" Ibrahim berkata, "Allah datangkan matahari dari timur, maka datangkanlah ia dari barat!" Lalu orang tidak percaya tercengang. Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

2:259. Atau, seperti orang yang melalui sebuah bandaraya yang telah roboh di atas junjung-junjungnya. Dia berkata, "Bagaimanakah Allah hidupkan ini setelah ia mati?" Maka Allah matikannya seratus tahun, kemudian Dia bangkitkannya kembali, dengan berkata, "Berapa lamakah kamu tinggal?" Dia berkata, "Saya tinggal sehari, atau sebahagian hari." Berkatalah Dia, "Tidak, kamu telah tinggal seratus tahun. Lihatlah pada makanan dan minuman kamu - ia tidak basi, dan lihatlah pada keledai kamu. Begitulah Kami buat kamu satu ayat bagi manusia. Dan lihatlah pada tulang-tulang, bagaimana Kami akan susunkannya, dan kemudian kelubunginya dengan daging." Maka, apabila telah jelas kepadanya, dia berkata, "Saya tahu bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu."

2:260. Dan apabila Ibrahim berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkan kepadaku bagaimana Engkau hidupkan orang-orang yang mati." Dia berkata, "Kenapa, tidakkah kamu percayai?" Dia berkata, "Ia, tetapi supaya hatiku tenteram." Berkatalah Dia, "Ambil empat ekor burung, dan jinakkanlah mereka kepada kamu, kemudian letaklah sebahagian mereka di atas tiap-tiap bukit, kemudian serulah mereka, dan mereka akan datang kepada kamu dengan segera. Dan adakah kamu tahu bahawa Allah Perkasa, Bijaksana?"

2:261. Persamaan orang-orang yang nafkahkan (belanjakan) harta mereka di jalan Allah seperti persamaan sebutir biji yang tumbuhkan tujuh tangkai bijirin. Pada tiap-tiap tangkai bijirin, ada seratus biji. Maka Allah gandakan kepada sesiapa Dia hendaki; Allah Merangkumi, Mengetahui.

2:262. Orang-orang yang nafkahkan harta mereka di jalan Allah, kemudian tidak ikut apa yang mereka nafkahkan dengan celaan dan gangguan, upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

2:263. Ucapan yang baik, dan ampunan, adalah lebih baik daripada sedekah yang diikuti gangguan; dan Allah Kaya, Penyantun.

2:264. Wahai orang-orang yang percaya, jangan batalkan sedekah kamu dengan celaan dan gangguan, seperti orang yang nafkahkan hartanya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan dia tidak percayai Allah dan Hari Akhir. Persamaan dia seperti persamaan batu yang licin yang di atasnya tanah, kemudian hujan lebat menimpanya, dan tinggalkannya tandus. Mereka tidak ada kuasa ke atas sesuatu daripada apa yang mereka usahakan. Allah tidak beri petunjuk kepada kaum tidak percaya.

2:265. Tetapi persamaan orang-orang yang nafkahkan harta mereka dengan inginkan kepuasan hati Allah, dan untuk teguhkan diri mereka, adalah seperti persamaan sebuah kebun di atas bukit; hujan lebat menimpanya, dan ia berikan hasilnya dua kali ganda. Jika tiada hujan lebat menimpanya, namun demikian, embun; dan Allah lihat apa kamu buat.

2:266. Adakah sesiapa antara kamu beringinkan mempunyai sebuah kebun (jannah) palma dan anggur, dengan sungai-sungai mengalir dari bawahnya, dan segala macam buah-buahan di dalamnya untuknya. Kemudian umur tua menimpanya, dan dia mempunyai keturunan, tetapi lemah. Kemudian angin puyuh mengandungi api menimpanya, dan ia terbakar. Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat kepada kamu supaya kamu fikirkan.

2:267. Wahai orang-orang yang percaya, nafkahkanlah daripada benda-benda yang baik yang kamu usahakan, dan daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan janganlah bermaksud yang buruk-buruk daripadanya untuk kamu nafkahkan, sedang kamu tidak akan mengambilnya sendiri melainkan kamu picingkan sebelah mata padanya; dan ketahuilah bahawa Allah Kaya, Terpuji.

2:268. Syaitan janjikan kamu kemiskinan dan suruh kamu pada kesumbangan, tetapi Allah janjikan kamu ampunan-Nya dan pemberian-Nya; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.

2:269. Dia beri kebijaksanaan (Hikmah) kepada siapa Dia hendaki, dan sesiapa diberi Kebijaksanaan, dia diberi banyak kebaikan, dan tiada yang ingat, kecuali orang-orang empunya minda.

2:270. Dan apa sahaja nafkah yang kamu nafkahkan, atau apa sahaja nazar yang kamu nazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya; dan tidak ada penolong bagi orang-orang zalim.

2:271. Jika kamu nampakkan sedekah kamu, ia sangat baik, tetapi jika kamu rahsiakan, dan beri orang-orang fakir (yang memerlukan), maka itulah lebih baik bagi kamu, dan akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu; Allah sedar apa kamu buat.

2:272. Bukan atas kamu jadikan mereka dapat petunjuk, tetapi Allah beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki. Dan apa-apa kebaikan kamu nafkahkan adalah untuk diri kamu sendiri, dan kerana demikianlah kamu nafkahkan, hanya inginkan Wajah Allah; dan apa-apa kebaikan kamu nafkahkan, akan dibayar kepada kamu sepenuhnya, dan kamu tidak akan dizalimi.

2:273. Bagi orang-orang fakir yang terkepung di jalan Allah, dan yang tidak boleh berpergian di bumi; orang bodoh sangka mereka kaya kerana mereka tidak meminta-minta, tetapi kamu kenali mereka dengan tanda mereka; mereka tidak minta kepada manusia dengan mendesak, dan apa-apa kebaikan kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

2:274. Orang-orang yang nafkahkan harta mereka, malam dan siang, secara rahsia dan secara terbuka, upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

2:275. Orang-orang yang makan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu kerana mereka kata, "Jual beli adalah serupa dengan riba." Allah halalkan jual beli dan haramkan riba. Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa ulanginya, mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

2:276. Allah hapuskan riba, tetapi sedekah, Dia besarkan. Allah tidak suka setiap orang yang berdegil dalam ketidakpercayaan, yang berdosa.

2:277. Orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan lakukan solat, dan beri zakat, upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

2:278. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan tinggalkanlah riba yang belum diselesaikan, jika kamu orang-orang mukmin.

2:279. Tetapi jika kamu tidak buat, maka ketahuilah pernyataan bahawa Allah akan berperang dengan kamu, dan Rasul-Nya; namun begitu, jika kamu bertaubat, kamu akan dapat harta kamu dengan tidak menzalimi, dan tidak dizalimi.

2:280. Dan jika ada yang mempunyai kesukaran, berilah dia tangguh hingga masa senang; tetapi jika kamu sedekahkan, itulah yang lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu tahu.

2:281. Dan takutilah akan satu hari di mana kamu dikembalikan kepada Allah, kemudian tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia telah usahakan, dan mereka tidak dizalimi.

2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia tulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan jangan kurangkan sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh imlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) imlakkan dengan adil, dan serulah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu puas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan ingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu jalankan di antara kamu; maka tidak salah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu lakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah tahu segala sesuatu.

2:283. Dan jika kamu dalam perjalanan, dan kamu tidak dapati seorang penulis, maka adakanlah satu cagaran yang dipegang. Tetapi jika sebahagian kamu percayai sebahagian yang lain, hendaklah orang yang dipercayai tunaikan amanatnya, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya. Dan jangan sembunyikan kesaksian, dan sesiapa sembunyikannya, maka hatinya berdosa; dan Allah tahu apa kamu buat.

2:284. Kepunyaan Allah segala yang ada di langit, dan di bumi. Sama ada kamu nampakkan apa yang di dalam diri kamu, atau kamu sembunyikan, Allah akan hitungkannya kepada kamu. Dia ampun siapa Dia hendaki, dan azab siapa Dia hendaki; Allah berkuasa atas segala sesuatu.

2:285. Rasul percaya kepada apa diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya, dan orang-orang mukmin, dan tiap-tiap seorang percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya. "Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara Rasul-Rasul-Nya." Mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat. Wahai Pemelihara kami, kurniakanlah kami ampunan-Mu; kepada Engkau kepulangan."

2:286. Allah tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Baginya apa yang ia usahakan, dan ke atasnya apa yang ia usahakan. "Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau pertanggungjawabkan kami jika kami lupa, atau buat kesilapan. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau bebankan kami sebagaimana Engkau telah bebankan orang-orang sebelum kami. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau bebankan kami melebihi apa yang kami ada kekuatan untuk memikul, dan maafkanlah kami, dan ampunkanlah kami, dan kasihanilah kami; Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya (kafir)."