The Alien - Link Select

Khamis, 17 April 2014

RAHSIA DIRI MELALUI TULISAN ???

Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada syaratnya. Alah, bukannya susah. Tapi tulisan yang hendak di'baca' itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja.

[Tulisan berubah-ubah]
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

[Kecondongan tulisan]
Tegak - Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

Condong ke kanan - Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

Condong ke kiri - Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

[Saiz tulisan]
Besar - Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.

Kecil - Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.

Semakin lama semakin besar - Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.

Semakin kecil - Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!

[Bentuk tulisan]
Lebar - Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

Tulisan kurus - Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

Tulisan bersegi empat - Otak matematik rupanya dia ni.

Tulisan bulat - Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

Bersambung - Pemikirannya berdasarkan logik.

Bercerai cerai - Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!

[Jarak tulisan]
Tulisan jauh - Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.

Tulisan rapat - Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.

[Ruangan di tepi] Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :
Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.

Ruang muka surat sebelah kiri kecil - Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!

Ruang muka surat kanan kecil - Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Penuh satu muka surat - Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ide bernas yang boleh dikongsi bersamanya.

TANDA TANGAN DAN RAHSIANYA ???

Makna Tersirat Di Sebalik Tandatangan


Setiap orang pasti mempunyai identiti tersendiri bagi tandatangan masing-masing. Tapi sedarikah kita yang setiap tandangan itu sebenarnya sedikit sebanyak mewakili sifat yang terdapat pada diri kita. Itulah yang dikatakan rahsia yang terdapat pada tandatangan. Setiap cara, titik dan garisan pada tandatangan mempunyai rahsia tersendiri. Walaupun kebiasaannya 'first impression' kita akan melihat kekemasan dan cantiknya sebuah tandatangan. Jom kita cuba selidik segala kebenaran rahsia tandatangan.


1. Satu garisan di bawah tanda tangan
Seorang yang sangat yakin
Ada personaliti yang hebat
Agak mementingkan diri sendiri
Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tanda tangan
Anda romantik
Mudah bertukar pasangan macam tukar baju
Memilih kecantikan (bagi lelaki)
Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)

3. Satu titik di bawah tanda tangan
Anda kelihatan mudah dan tenang
Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati

4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan
Seronok dengan kehidupan
Ikut gaya dan cara sendiri
Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
Anda sentiasa berusaha supaya smart
Suka berselindung
Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
Anda cepat menukar pandangan dan idea

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
Seorang yang sangat prihatin
Tidak pentingkan diri sendiri
Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
Seorang pemikir
Seorang yang mudah serik

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
Seorang yang sangat baik
Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan
Tegas dengan pendapat sendiri
Ada semangat yang tinggi



9. Tanda tangan yang menggunakan huruf Arab mewakili nama.
Seorang yang tegas, beragama
seorang pemikir dan punya idea yang luas
bersemangat tinggi dalam kehidupan, yakin dan pembersih.  Penyayang dalam hal agama.
cenderung kepada seni dan tegas dengan pendirian
pendengar yang baik dan mudah sesuai dalam semua keadaan.






Tanda Tangan Yang Berakhir Ke Atas

Wah, korang yang mempunyai tanda tangan seperti ini memang seorang yang bercita-cita tinggi dan mempunyai impian yang besar dalam kehidupan! Keinginan korang ini membuatkan korang mempunyai sikap yang positif iaitu rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa. Setiap perkara yang korang lakukan sering kali membuahkan hasil yang baik disebabkan kesungguhan dan kesabaran korang untuk mencapai kejayaan



Tanda Tangan Bercorak Bulat

Bulat menggambarkan seorang yang suka berfikir. Walaupun ada masanya masalah yang korang hadapi itu boleh diselesaikan dengan mudah. Tetapi korang tetap banyak berfikir untuk menyelesaikan masalah itu daripada segi positif atau negatif. Sikap korang itu memang bagus, tetapi jangan sampai diri korang pula tertekan nanti..Jadi penyelesaiannya sudah ada di depan mata, jadi jangalah pula menyusahkan diri sendiri. Itu lebih mudahkan.


Tanda Tangan Yang Bersimbol Love Atau Bunga

Pergh.. beruntung la siapa yang berkawan dengan korang nie! Penuh dengan kemesraan dan kasih sayang. Korang seorang kawan yang baik dan pendengar yang setia. Sebab itu semua orang senang berdamping dengan korang. Pendek kata, jika rakan-rakan kamu mempunyai masalah, koranglah yang akan menjadi pakar perundingnya dan nasihat-nasihat korang itu pastinya bernas.


Tanda Tangan Berbentuk Kartun Lucu

betullah korang nie.. Karakter korang ini seringkali membuatkan rakan-rakan sekeliling tidak kering gusi apabila bersama korang. Ada sahaja topik yang menjadi perbualan hangat antara korang dan rakan-rakan. Sikap korang itu memang bagus kerana menjadi penghibur kepada rakan-rakan.. Cuma yang kurang bagusnya, golongan seperti ini mempunyai sikap sambil lewa jika sesuatu perkara itu perlu serius apabila dibincangkan.


Tanda Tangan Yang Berakhir Ke Bawah

hmm.. ini sebenarnya seorang yang kreatif. Tetapi yang bahayanya, kamu juga seorang yang kuat berangan tentang perkara yang tidak masuk akal. kalau berangan sedikit utnuk kebaikan tidak ada salahnya. Mungkin ia dapat membantu melahirkan idea-idea yang bagus. Tetapi berangna kosong sehingga menjejaskan pelajaran tidak baik untuk korang. Kurangkan sikit sikap yang suka berangan itu..


Tanda Tangan Lurus

tanda tangan yang lurus menggambarkan keperibadian yang baik pada korang.. Seorang yang jujur dalam melakukan sesuatu perkara. Pada korang bercakap dengan betul dan tidak berbohong itulah yang sebaik-baiknya. Sedia menerima akibat baik dan buruknya terhadap sesuatu perbuatan yang kamu lakukan. Korang benci pada orang yang suka menipu dan pengkhianat. Korang juga percaya, setiap perbuatan yang baik itu, pasti mendapat balasan yang baik di kemudian hari..


Tanda Tangan Ringkas

Pantas! satu perkataan yang boleh mengungkap diri yang sebenar. Korang seorang yang pantas dan cekap dalam melakukan tugasan. Biasanya akan berfikir panjang terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan. Ringkas dan mudah adalah prinsip kamu. Tak payah nak pening kepala membuat suatu perkara yang susah. Kalau dah ada depan mata, rebut saja peluang yang ada.


Tanda Tangan Abstrak

Golongan ini mempunyai tanda tangan yang sukar untuk difahami oleh orang lain. Tanda tangannya langsung tidak ada kena mengena dengan namanya sendiri.. Ini memang sangat seni. jadi tidak hairanlah tanda tangan korang juga mempunyai bentuk yang unik. Korang seorang yang perahsia. Banyak tentang diri korang tidak diketahui oleh orang lain. Orang seperti ini akan cuba sedaya upaya menyelesaikan masalahnya sendiri tanpa menyusahkan orang lain.




Info grafologi

Grafologi adalah seni menilai karakter dan keperibadian seseorang menerusi tulisan tangan dan tanda tangan mereka. Ia boleh memberi petunjuk kehidupan seseorang mengenai perniagaan, kehidupan, keluarga dan hubungan, kesetiaan, kejujuran dan semangat serta apa saja.

Ia adalah sesuatu yang saintifik. Tulisan tangan juga dikenali sebagai tulisan otak (brain writing). Otak memberi arahan pada tindakan menulis. Jika berlaku ketidakupayaan yang menyebabkan seseorang tidak dapat menggunakan tangan, individu terbabit masih boleh menulis dengan meletakkan pen pada gigi atau jari kaki. Hakikatnya, otak yang membantu kita menulis, tangan hanyalah medium untuk melaksanakannya.

Ketepatan pakar grafologi menganalisis tulisan dan tanda tangan bergantung pada kepakaran dan bakat pakar terbabit sebagaimana pakar psikologi klinikal. Seseorang ahli grafologi memerlukan tempoh kira-kira lapan tahun untuk benar-benar mahir dalam bidang ini.


Jadi, macam mana tandatangan korang atau orang yang rapat disekeliling. Adakah benar segala rahsia tandangan yang dikupas di atas ?? Pasti ada yang tersenyumkan dan tak kurang pula mencebik kan. ahahaha....Segala terserah kepada diri sendiri untuk menilainya sebab setiap orang pasti lebih kenal diri sendiri.