The Alien - Link Select

Selasa, 30 November 2010

PUISI : KAMU

Kamu...
Tanpa mengira siapa kamu
Berlalu masa itu seiring usiamu...
Hari akan terus berjalan seperti lumrahnya
Berbagai peristiwa yang terjadi, dan pasti akan terjadi.
Di setiap lorong-lorong hidup
Kamu mencari keakuan diri sendiri agar dimengerti
KAMU, BAGAIMANA HARI INI?
SEMOGA SEJAHTERA ATAS KAMU
Moga kamu diberkati dan dirahmati Tuhan.
Moga hidupmu tiada ranjau memeritkan
Moga hidupmu terus bersemi di pentas dunia ini.
Teruskan jalanmu
Mengejar mentari hari
Mengejar mentari rembulan
Agar kamu hidup di bawah cahayanya
Agar kamu menikmati dunia yang fana ini...

Nikmatinya
Laluinya dengan semangat yang tidak kunjung hilang.
Laluinya dengan destinasi yang pasti
Laluinya dengan azam kukuh di sanubari.
Siang hari, kamu berdiri
Malam hari, kamu bermimpi
Menenun semangat diri agar terus tetap berseri
Di pentas ini kamu yakin diri sendiri
Mencambah harapan di tunas senyumanmu.
Aku ternanti-nanti kata-katamu
Agar berdiri bersamaku
Berjalan disisiku
Kerna aku tidak mahu
Kau berlari dan berjalan di hadapan atau di belakangku.
Mari!
Berjalanlah di sisiku...
Biar kita melangkah dengan gah
terus ke hadapan yang pasti penuh pancaroba dunia.
Dan teruskan melangkah dan melangkah...
Melangkah...
Melangkah...
Dan...
terus melangkah...



C -Hakcipta terpelihara oleh Suluken Corporation

JOM... KENALI NEGERI SABAH!


Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di bahagian utara Kepulauan Borneo dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Sabah juga dikenali sebagai 'Negeri Di Bawah Bayu' kerana kedudukan negeri tersebut yang berada di bahagian luar dan selatan zon ribut.
Keluasan
- Jumlah 76,115 km²
Populasi
- Anggaran 2010 3,271,921
- Kepadatan 43/km²
Sejarah
- Di bawah Kesultanan Brunei dan Sulu Abad ke-19
- British North Borneo 1882
- Pendudukan Jepun 1941-1945
- Pengaruh British 1946
- Pembentukan ke dalam Malaysia
Parti memerintah Barisan Nasional
- Yang di-Pertua Negeri Ahmadshah Abdullah
- Ketua Menteri Musa Aman

Huruf pertama plat kenderaan SA1
SB2
SD3
SK4
SS5
ST6
SU7
SG8

Kod panggilan kebangsaan
087a
088b
089c

Etimologi
Asal-usul nama ‘Sabah’ diperolehi daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai ‘pisang saba’ iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat kaum Bajau, yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau di negeri tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.

Menurut legenda dari masyarakat Bajau di Ѕabah, perkataan SABAH mula-mula digunakan oleh masyarakat Вajau di sekitar antara pesisir pantai barat dan pantai timur Ѕabah hinggalah ke kepulauan Ѕulu pada zaman dahulu dan telah mengambil keputusan untuk menetap di tempat tersebut iaitu Ѕabah dan enggan kembali ke Ѕulu apabila pertahanan dan tentera Кerajaan Ѕulu di Tawi-Tawi yang merupakan Pusat Pertahanan Terakhir Kerajaan Sulu telah mengalami kekalahan di tangan tentera Sepanyol yang ketika itu sedang berperang dengan Кerajaan Sulu dengan bantuan tentera British dan Kerajaan Brunei.Datu Paduka Mat Salleh pahlawan Sabah terbilang bersama-sama dengan pengikutnya yang terdiri daripada pahlawan-pahlawan Bajau ,Ѕuluk dan Irranun telah mendarat di Kinabatangan. Sewaktu sampai di Kinabatangan mereka telah menjumpai pohon-pohon pisang yang tumbuh subur di kawasan Sungai Kinabatangan. Mereka tidak mengetahui nama sebenar dan jenis pokok pisang yang mempunyai buah yang bersegi-segi dan agak besar itu.Dalam bahasa Bajau di Ѕabah, buah pisang disebut sebagai Sabbah atau Sappah. Mereka seringkali menyebut dan menamakan tempat yang mula-mula mereka tempati itu sebagai Sabah dan nama itu terus digunakan dalam bahasa harian mereka sehingga ia digunakan untuk merujuk negeri yang ada pada masa sekarang.

Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Pendek kata, nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi.

Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara' secara rasmi pada tahun 1881. Ibu negeri Sabah yang pertama ialah Kudat ( 1881 ). Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 selepas negeri tersebut menyertai Malaysia.

Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah sebagai 'Seludang'. Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah (Brunei)ketika itu dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin merujuk kepada Pulau Borneo.

Sabah terdiri daripada 6 daerah pentadbiran atau Bahagian, yang dahulu dikenali sebagai "Residensi" iaitu:

Kudat
Pantai Barat - Utara & Selatan
Pedalaman
Sandakan
Tawau
Bandar-bandar utama di Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Keningau, Papar, Sipitang, Tuaran, Penampang, Semporna, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau.

Penduduk Sabah terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, di mana kumpulan etnik terbesar adalah kaum Kadazandusun (satu pertiga) dan diikuti oleh Bajau,Мurut, dan kaum-kaum minoriti lain.

Bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Melayu, namun terdapat bahasa-bahasa lain yang ditutur; seperti Bahasa Ιnggeris , dan bahasa ibunda mereka masing-masing. Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan utama, Bahasa Melayu Sabah yang digunakan oleh masyarakat Sabah terdapat sedikit perbezaan daripada Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu Baku).

Sabah adalah satu kawasan yang berbukit bukau. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah pada ketinggian 4,095 meter.

Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881Dari Kesultanan Sulu dan telah menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888. Walaubagaimanapun hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan Borneo Utara sehingga merdeka pada 31 August 1963. Negeri-negeri Semenganjung Malaysia, Sabah, Sarawak, dan Singapura menyatukan Malaysia pada 16 September 1963.

Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat Sabah. Semasa zaman penjajahan British, Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton.

Kerajaan negeri
Negeri Sabah ditadbiri oleh Dewan Undangan Negeri dan Jemaah Menteri / Kabinet Negeri. Dewan Undangan Negeri merupakan kuasa tertinggi dalam menetapkan polisi di dalam negeri. Kabinet Negeri bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh pelbagai Ahli Dewan Undangan Negeri (60 kawasan) yang dipilih rakyat melalui Pilihanraya Umum setiap lima tahun. Ia diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Jabatan Ketua Menteri adalah tiang pentadbiran negeri yang meletakkan pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta lain-lain jabatan
Bahagian Bahagian Pedalaman • Bahagian Kudat • Bahagian Sandakan • Bahagian Tawau • Bahagian Pantai Barat

Bandar raya Kota Kinabalu (ibu negeri)

Bandar Beaufort • Beluran • Bingkor • Bongawan • Donggongon • Inanam • Kalabakan • Keningau • Kimanis • Kinabatangan • Kinarut • Kota Belud • Kota Marudu • Kuala Penyu • Kudat • Kunak • Kundasang • Lahad Datu • Membakut • Menggatal • Nabawan • Papar • Pensiangan • Pitas • Putatan • Ranau • Sandakan • Sapulut • Semporna • Sepanggar • Sindumin • Sipitang • Tambunan • Tamparuli • Tawau • Telipok • Telupid • Tenom • Tuaran • Weston

Pulau Pulau Balambangan • Pulau Banggi • Pulau Gaya • Pulau Jambongan • Pulau Kapalai • Pulau Lankayan • Pulau Layang Layang • Pulau Libaran • Pulau Ligitan • Pulau Mabul • Pulau Malawali • Pulau Sebatik • Pulau Selingan • Pulau Sipadan • Pulau Tabawan • Pulau Tiga• Pulau Timbun Mata

SETERUSNYA... KITA AKAN MENGENALI DAERAH-DAERAH DALAM NEGERI DIBAWAH BAYU INI lain kali... kita akan masuk satu demi satu tempat yang perlu anda kenali tentang Sabah... Insyallah...
aku nak keje dulu... biasalah.. keje hakiki kena buat juga.. ye tak?