The Alien - Link Select

Rabu, 16 Januari 2008

tak solat!!!!

"TIDAK KU JADIKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAH KEPADA-KU"

bila ingat balik firman Allah tu... rasa bersalah sangat hari ni... aku terlepas SOLAT SUBUH!!!! WARRRGGHHH!!!! Dah la hari ni mesti puasa.... tak sahur dan tak posa pun... Terlajak tidur pagi tadi..
dah bangun dah...tapi lelap jap...terus bangun balik dah jam 7.15 minit... waduhhh!!! Astaghfirullah... Lepas tgk cite Click malam tadi, aku betul-betul penat dan tertidur masa tgk cite tu... Sebelum aku tgk cite TV3-bersama mu.... kali ini lagi sedih paparannya... sian... namun saya respek TV3 sebab siarkan mende-mende ni... SYABAS TV3!!!! sekurang-kurangnya akan buka minda aku dan tahu ada ramai yang hidup lebih melarat berbanding aku yang dulu.... Alhamdulillah... sekarang ni walaupun keje tak bepa ada pangkat(Pangkat terendah dlm organisasi) aku bahagia dengan keje ni dan hidup aku lebih banyak ditumpukan kepada rohani... Subhanallah.. banyak hikmah disebalik ketentuan-Nya... Kawan chatting pun ramai...leh la bertukar2 pendapat...
aku cow dululaa... blog akupun sekarang rasanya dah complete... nanti sambung lagi..
salam...

TUDUNG?

Bukan sahaja dlm Al-Qur'an yang memerintahkan kita (Wanita) untuk menutup kepala dan bertudung malah di dalam Bible sendiri memerintahkan penganutnya agar menutup kepala (Ayat yang membawa maksud ke arahnya) dibawah ini:
1 Corinthians 11:5, menjelaskan bahawa, “Setiap wanita yang bersembahyang atau beramalan dengan kepalanya tidak ditutup tidak memuliakan kepalanya, dan itulah dan adalah sama seperti jikalau rambutnya dicukur.”-BIBLE.
Dalam Islam, tudung atau kerudung merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita. Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Setelah seseorang wanita memeluk Islam maka wajib baginya bertudung sebagai sebahagian dari menutup aurat. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada :
surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya."
Aku tengok kat Malaysia ni.. ramai yang pakai tudung tak betul... Tudung adat! bukan tudung agama Islam..
BERIKUT IALAH PERBUALAN SAYA DENGAN SEORANG KAWAN SPESEL...
green eye: 1 Corinthians 11:5, menjelaskan bahawa, “Setiap wanita yang bersembahyang atau beramalan dengan kepalanya tidak ditutup tidak memuliakan kepalanya, dan itulah dan adalah sama seperti jikalau rambutnya dicukur.”
green eye: awak faham ayat di atas?
wahida ieda: paham..
green eye: awak tudung camner ?
green eye: tudung tutupke ?
green eye: atau tudung jenis bungkus?
wahida ieda: tudung bungkus tu mcmana?
green eye: tudung bungkus..
green eye: tu macam kita bungkus buah yang pakai plastik..
green eye: bungkus yang masih nampak bentuknya.. dan rupa sebelah dalamnya..
green eye: tutup pula ialah yang jenis menutup sama ada bentuk dan rupa asalnya
wahida ieda: sy pakai tudung biasa je
wahida ieda: tutup kot
wahida ieda: sbb xde la smpai bole nampak bentuk.
wahida ieda: hihi
green eye: rupa dalam tu nampak tak dari luar ?
green eye: tudung labuh tak?
green eye: tudung labuh adalah tudung yang menepati firman Allah tu..
green eye: terdapat pada :surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya."
green eye: maknanya.. hujung tudung tu mestilah selari dan sama ukuran dengan labuhnya... depan belakangnya.
green eye: bukan macam sekarang ni...
green eye: bahagian lengan atas tidak terlindung dan menampakkan bentuk buah di sebelah sisi..
green eye: masih nampak bentuk badan tu kan ?
green eye: tujuannya tudung sampai ke dada tu..
green eye: agar..
green eye: dapat melindungi bahagaian depan dada dan belakangnya sekali..
green eye: kita kena pk lojik laa.
green eye: dan pertimbangan suasana semasa..
wahida ieda: btul tu.
Rasa-rasa anda???
Aku kadang-kadang hairan ngan manusia ni... Manusia suka buat undang-undang sendiri untuk kepentingan sendiri tanpa peduli kepentingan orang lain. Sedangkan undang-undang Tuhan mereka ketepikan. Tetapi mengaku pula sebagai hamba tuhan. Pelik dan Bodoh!
Contohnya bila hukum HUDUD mahu dilaksanakan oleh PAS. Pihak ini akan memberontak pula, tidak mahu dengan pelaksanaan hukum itu... Tetapi yang peliknya mereka tuidak pula mahu memperbetulkan hukum2 itu berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis yang kononnya sebagai bahan rujukan utama dan tidak pula menguatkuasakannya seperti PAS. Pelik dan bodoh pihak-pihak macamni... Yang paling bodoh sekali ialah apabilamahukan pula keamanan dan tidak mahu jenayah berleluasa. BODOH!.... Ada undang2 Tuhan tak nak pakai! Buat undang-undang sendiri ? DEMI ALLAH ! TIDAK ADA UNDANG-UNDANG MANUSIA YANG MAMPU BAWA KEAMANAN SEPERTI MANA UNDANG-UNDANG TUHAN. Tuhan lebih tahu keperluan makhluk ciptaan-Nya. Dah tu.. tiba-tiba pula makhluk ciptaan-Nya menjadi lebih bodoh dari seekor keldai!.... KELAKAR!