Isnin, 30 November 2015
SEKUTU ALLAH MENURUT QUR'AN ???
Amalan
sekutukan Allah lazimnya dikaitkan dengan menyembah patung atau berhala. Akan
tetapi, penjelasan daripada kitab al-Qur'an adalah lebih luas. Ia mengaitkan
dengan apa saja, selain daripada Allah, yang dianggap berkuasa seperti Tuhan
serta disembah atau ditaati. Oleh itu seseorang boleh terjerumus ke dalam
lembah sekutukan Allah tanpa disedar.
Untuk
mengenali siapa atau apa yang diterangkan sebagai sekutu Allah, maka semua ayat
al-Qur'an yang mengandungi kalimat-kalimat bersabit dengannya seperti sekutu,
sembah, seru, patung, berhala, tuhan, pemelihara, jin, syafaat dan kotor telah
dikaji.
Hasil daripada
kajian tersebut ialah senarai di bawah yang mengandungi enam belas jenis sekutu
Allah. Mereka adalah seperti berikut:
1. Patung atau
Berhala:
Contoh ialah
patung yang disembah oleh bapa Nabi Ibrahim dan yang diukir oleh pengikut Nabi
Musa. Ayat-ayat-Nya adalah:
"Dan
apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar, 'Adakah kamu ambil patung-patung
untuk tuhan-tuhan?'" (6:74).
"Kemudian
dia keluarkan bagi mereka Anak Lembu yang hanya berjasad, berbunyi seperti
lembu; dan mereka berkata, 'Inilah tuhan kamu, dan tuhan Musa, yang dia
lupa'" (20:88).
Berhala juga
terdapat semasa kerjakan ibadah Haji (22:30) dan ia pun boleh jadi seorang
insan yang dianggap tempat untuk dapat rezeki (29:17).
2. Jin:
Maksud firman
Allah:
"...
mereka adakan bagi Allah, sebagai sekutu-sekutu, jin, padahal Dia yang cipta
mereka" (6:100).
Jin dibagaikan
sekutu Allah untuk memperolehi kesenangan (6:128) dan perlindungan (72:6).
3. Nabi:
Maksud firman
Allah:
"Dia
tidak akan suruh kamu ambil malaikat-malaikat dan Nabi-Nabi sebagai
Pemelihara-Pemelihara; adakah Dia suruh kamu supaya tidak percaya setelah kamu
muslim?" (3:80).
Nabi diangkat
seperti Pemelihara (atau rab dalam bahasa al-Qur'an), atau Tuhan, dengan
menganggapnya berkuasa menetapkan hukum agama, buat orang dapat petunjuk,
mempunyai kuasa syafaat, dan sebagainya.
Mengenai
malaikat pula, kemungkinan ia dijadikan seperti Tuhan kerana disangka dapat
memberi perlindungan, pertolongan, dll.
4. Ambil kitab
selain daripada al-Qur'an sebagai petunjuk:
Maksud firman
Allah:
"Katakanlah,
'Perkara apakah paling besar dalam kesaksian?' Katakanlah, 'Allah adalah saksi
antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran
kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar saksikan
bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?' Katakanlah, 'Aku tidak saksikan.'
Katakanlah, 'Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa
kamu sekutukan'" (6:19).
Di sini Allah
disekutukan dengan mengambil kitab yang selain daripada Kitab-Nya, al-Qur'an.
Atau, ikut petunjuk selain daripada petunjuk-Nya. Tiga ayat yang berikut
jelaskannya lagi. Perkataan-perkataan di dalam kurungan adalah selitan daripada
penulis untuk menjelaskan maksud:
"Itu
petunjuk Allah; Dia beri petunjuk dengannya kepada siapa Dia hendaki daripada
hamba-hamba-Nya; sekiranya mereka orang-orang yang sekutukan (yang mengambil
selain daripada petunjuk Allah iaitu al-Qur'an), nescaya sia-sialah bagi mereka
apa yang mereka telah buat" (6:88).
"Ikutlah
apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; tidak ada tuhan
melainkan Dia, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang sekutukan (yang
ikut selain daripada al-Qur'an)" (6:106).
"Ia
(al-Qur'an) beri petunjuk pada yang benar. Kami percaya kepadanya, dan kami
tidak akan sekutukan (tidak ambil selain daripada al-Qur'an) Pemelihara kami
dengan sesiapa" (72:2).
5. Pengantara,
atau Syafaat:
Maksud firman
Allah:
"Sesungguhnya
kamu datang kepada Kami bersendirian, seperti Kami cipta kamu pada kali
pertama, dan kamu tinggalkan apa yang Kami kurniakan kepada kamu di belakang
punggung kamu. Kami tidak lihat bersama kamu pengantara-pengantara kamu,
orang-orang yang kamu dakwa untuk jadi sekutu-sekutuantara kamu. Pertalian
antara kamu diputuskan, dan apa yang kamu dakwakan telah hilang daripada
kamu" (6:94).
Pengantara
diwujudkan untuk menjadi penghubung di antara orang yang mewujudkannya dengan
Tuhan. Lazimnya penghubung atau orang tengah itu adalah orang alim. Orang
tengah seperti itu diharamkan dalam agama Allah, kerana yang mengantara
hanyalah Allah sendiri. Firman-Nya:
"Dan
berilah amaran dengannya kepada orang-orang yang takut bahawa mereka akan
dikumpulkan kepada Pemelihara mereka; tidak ada bagi mereka, selain daripada
Allah, seorang wali (pelindung) dan tiada juga seorang pengantara, supaya
mereka bertakwa" (6:51).
6. Pelindung
(wali) selain Allah:
Maksud firman
Allah:
"Katakanlah,
'Siapakah Pemelihara langit dan bumi?' Katakanlah, 'Allah.' Katakanlah, 'Adakah
kamu ambil untuk kamu yang lain selain daripada Dia sebagaiwali (pelindung)
kamu yang tidak berkuasa untuk manfaatkan atau mudaratkan diri-diri mereka
sendiri?' Katakanlah, 'Adakah orang yang buta dengan orang yang boleh lihat
sama, atau adakah gelap dengan cahaya sama?' Atau, adakah mereka adakan bagi
Allah sekutu-sekutu yang cipta seperti ciptaan-Nya supaya ciptaan itu serupa
kepada mereka?' Katakanlah, 'Allah Pencipta segala sesuatu, dan Dia Yang Satu,
Yang Menakluki'" (13:16).
Tujuan adakan
wali (pelindung) ialah untuk mendekatkan diri dengan Allah, seperti dijelaskan
oleh sebuah firman Allah bermaksud:
"Tidakkah
kepunyaan Allah agama yang tulus? Dan orang-orang yang mengambil wali-wali
(pelindung-pelindung) selain daripada Dia - 'Kami hanya sembah mereka supaya
mereka dekatkan kami dalam kedekatan dengan Allah' - sesungguhnya Allah akan
hakimkan antara mereka mengenai apa yang padanya mereka selisihkan.
Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada pendusta, yang berdegil dalam
ketidakpercayaan" (39:3).
Perhatikan
kegunaan perkataan "menyembah mereka" walaupun orang-orang itu
mengaku adanya Allah dan tentu sekali menyembah-Nya. Ramai manusia telah
dijadikan wali oleh sesetengah orang Islam supaya dapat mendekatkan diri dengan
Tuhan.
7. Penolong
selain Allah:
Maksud firman
Allah:
"Namun
begitu, mereka ambil selain daripada Allah tuhan-tuhan supaya mereka
ditolong" (36:74).
Perkataan
"tuhan" di situ diguna sebagai sindiran oleh Allah. Kerana : "pertolongan hanyalah daripada Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana"
(3:126).
8. Menyeru
selain Allah:
Maksud firman
Allah:
"Dan
apabila orang-orang yang sekutukan melihat sekutu-sekutu mereka, mereka
berkata, 'Wahai Pemelihara kami, mereka inilah sekutu-sekutu kami, yang kami
seru selain daripada Engkau.' Mereka lemparkan kembali kepada mereka ucapan,
'Sesungguhnya kamu sebenarnya pendusta-pendusta'" (16:86).
Yang diseru
hanyalah manusia yang serupa dengan penyeru. Mereka tidak mengaku disekutukan
dengan Allah pada hari kemudian. Mungkin yang diseru itu adalah orang alim
juga, yang kononnya keramat, dan sudah meninggal dunia. Ayat-ayat berikut
jelaskannya:
"Orang-orang
yang kepada mereka kamu seru, selain daripada Allah, ialah hamba-hamba yang
serupa dengan kamu; serulah mereka dan hendaklah mereka sahut kamu, jika kamu
berkata benar" (7:194).
"Dan
orang-orang yang mereka seru, selain daripada Allah, tidak cipta sesuatu sedang
mereka sendiri diciptakan, sudah mati, tidak hidup, dan tidak sedar bila mereka
akan dibangkitkan" (16:20-21).
9. Orang alim:
Maksud firman
Allah:
"Katakanlah,
'Perlihatkan kepadaku orang-orang yang kamu hubungkan dengan-Nya sebagai
sekutu-sekutu! Tidak sekali-kali; bahkan Dia Allah, Yang Perkasa, Yang
Bijaksana'" (34:27).
Orang-orang
yang difikirkan ada hubungan dengan Allah selalunya mereka yang tinggi
darjatnya seperti nabi, Rasul, para sahabat mereka, syeikh-syeikh dan
sebagainya. Mereka disekutukan walaupun mereka sendiri hendakkan petunjuk
daripada Allah! Firman-Nya:
"Katakanlah,
'Adakah daripada sekutu-sekutu kamu orang yang beri petunjuk pada yang benar?'
Katakanlah, 'Allah, Dia beri petunjuk pada yang benar; dan yang manakah lebih
wajar untuk diikuti - orang yang beri petunjuk pada yang benar, atau orang yang
tidak beri petunjuk kecuali dia dapat petunjuk? Mengapakah kamu, bagaimanakah
kamu hakimkan?'" (10:35).
Di akhirat
nanti, orang-orang yang disekutukan dengan Allah tidak sedar bahawa mereka
telah disekutukan. Firman Allah:
"Dan pada
hari Kami kumpulkan mereka kesemuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang
yang sekutukan, 'Pergilah ke tempat kamu, kamu dansekutu-sekutu kamu!' Kemudian
Kami pisahkan mereka, dan sekutu-sekutu mereka berkata, 'Bukanlah kami yang
kamu sembah,'" (10:28)
10. Habr atau
ulama agama:
Maksud firman
Allah:
"Atau,
adakah mereka punyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai
agama, yang dengannya Allah tidak izinkan" (42:21).
Orang-orang
yang memandai-mandai mensyariatkan sebagai agama adalah hanya para habr atau
ulama agama. Mereka memakai gelaran seperti "Imam" atau
"Maulana" atau "Syeikhul" dan sebagainya. Mereka juga
diangkat sebagai pemelihara atau tuhan oleh pengikut-pengikut mereka, menurut
ayat yang berikut:
"Mereka
ambil habr (ulama agama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai
pemelihara-pemelihara selain daripada Allah ..... tidak ada tuhan melainkan
Dia; Dia disanjung, di atas apa mereka sekutukan" (9:31).
Oleh kerana
ajaran manis mereka, atas nama Islam sebenar, serta kelalaian
pengikut-pengikutnya, maka apabila diseru kepada Allah satu-satunya,
pengikut-pengikutnya tidak percaya, tetapi jika mereka disekutukan dengan-Nya,
mereka percaya pula.
Kerana ajaran
mereka juga pengikut-pengikut melawan Allah dengan cara menolak ajaran-Nya.
Sila renungkan dua ayat yang berikut:
"Itu
adalah kerana, apabila diseru kepada Allah satu-satunya, kamu tidak percaya;
tetapi jika yang lain disekutukan dengan-Nya, maka kamu percayai. Putusan
adalah bagi Allah, Yang Tinggi, Yang Besar" (40:12).
"Kemudian
pada Hari Kiamat, Dia aibkan mereka, dengan berkata, 'Di manakah
sekutu-sekutu-Ku, orang-orang yang kerana mereka kamu melawan?'" (16:27).
11. Memecahkan
agama kepada golongan atau mazhab:
Orang-orang
yang memecahkan agama dan jadi bergolongan atau mazhab adalah yang sekutukan
Allah, menurut ayat Allah di bawah ini:
"Berkesesalanlah
kepada-Nya. Dan kamu takutilah Dia, dan lakukan solat, dan janganlah jadi
daripada orang-orang yang sekutukan, Daripada orang-orang yang memecahkan agama
mereka, dan jadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa
yang di sisi mereka" (30:31-32).
Boleh jadi
kerana kebanggaan tersebut, mereka yang sekutukan benci kepada seruan agar
jangan berpecah belah dalam agama, seperti bunyi firman Allah yang berikut:
"Dia
syariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia wasiatkan Nuh dengannya, dan
apa yang Kami wahyukan kamu, dan apa yang Kami wasiatkan Ibrahim dengannya, dan
Musa, dan Isa: 'Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya.'
Amatlah benci bagi orang-orang yang sekutukan pada apa yang kepadanya kamu seru
mereka" (42:13).
12.
Mengharamkan apa yang Allah tidak haramkan:
Maksud dua
firman Allah:
"Orang-orang
yang sekutukan akan berkata, 'Sekiranya Allah hendak, tentu kami tidak jadi
orang-orang yang sekutukan, dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak juga kami
haramkan sesuatu'" (6:148)
"Orang-orang
yang sekutukan berkata, 'Sekiranya Allah hendak, tentu kami tidak sembah,
selain daripada Dia, sesuatu, kami dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak
juga kami haramkan, selain daripada Dia, sesuatu.' Begitulah orang-orang
sebelum mereka telah buat; tiadalah atas Rasul-Rasul, melainkan untuk sampaikan
yang jelas" (16:35).
Ini sering
berlaku kerana Rasul dikatakan mengharamkan sesuatu juga. Rasul tidak
mengharamkan selain daripada apa yang Allah haramkan. Tugas Rasul hanyalah
sampaikan mesej Allah. (Sila rujuk ayat 5:92 dan 24:54 juga). Kenyataan ini
sukar diterima oleh ulama-ulama palsu dan pengikut-pengikutnya. Antara mereka,
ada pula yang memperolok-olokkan ayat-ayat Allah tersebut.
13. Keinginan
sendiri atau ego:
Maksud firman
Allah:
"Sudahkah
kamu lihat orang yang mengambil keinginannya (atau egonya) menjadi tuhannya?
Adakah kamu jadi wakil kepada mereka?" (25:43).
Ego dijadikan
tuhan dengan menurutinya sambil kehendak Allah tidak dipedulikan. Ada pula
orang yang egonya didorong oleh sesuatu ilmu yang ada padanya. Firman Allah:
"Sudahkah
kamu lihat orang yang mengambil keinginannya untuk menjadi tuhannya, dan Allah
sesatkan dia atas satu pengetahuan, dan letak satu penutup pada pendengarannya,
dan hatinya, dan letak satu penudung pada penglihatannya? Siapakah yang akan
beri petunjuk kepadanya selepas Allah? Apa, tidakkah kamu mengingati?"
(45:23).
14. Anak yang
salih:
Maksud firman
Allah:
"Tetapi
apabila Dia beri mereka anak yang salih, mereka adakan bagi-Nya sekutu-sekutu,
pada apa yang Dia telah beri mereka. Tingginya Allah daripada apa yang mereka
sekutukan!" (7:190)
Bukankah ulama
palsu ajar bahawa anak yang salih (baik) itu dapat menolong ibu bapanya di alam
barzakh dan di akhirat? Atau, bagaimana anak yang salih itu disekutukan dengan
Allah?
15. Kebun atau
harta kekayaan:
Terdapat orang
yang sekutukan Allah setelah dikurniakan-Nya kebun yang mendatangkan hasil
lumayan, atau setelah dikurniakan harta kekayaan yang banyak.
Ayat-ayat
berikut ceritakan bagaimana pemilik kebun sekutukan Allah:
"Dan
buatlah bagi mereka satu persamaan: dua lelaki - bagi seorang daripada mereka,
kami beri dua kebun anggur, dan kelilingkan keduanya dengan pohon-pohon palma,
dan di antara keduanya, Kami adakan sebuah ladang yang sudah disemai.
"Masing-masing
daripada dua kebun itu mendatangkan hasilnya, dan tidak menzalimkan daripadanya
sedikit pun; dan Kami pancarkan di celah-celahnya sebuah sungai. Maka dia
mempunyai buah-buahan; dan dia berkata kepada temannya, sedang dia berbual-bual
dengannya, 'Aku mempunyai lebih banyak harta daripada kamu, dan kumpulan yang
lebih gagah.'
"Dan dia
masuk kebunnya, dengan menzalimi dirinya sendiri; dia berkata, 'Aku tidak
sangka ini akan binasa selama-lamanya ........ dan jika aku benar-benar
dikembalikan kepada Pemeliharaku, aku pasti akan dapati tempat balik yang lebih
baik daripada ini.'
"Berkata
temannya sedang dia berbual-bual dengannya ...... "Kenapa, apabila kamu
masukkebun kamu, kamu tidak mengatakan, 'Seperti yang Allah hendaki; tidak ada
kekuatan melainkan dengan Allah'? Jika kamu melihat aku lebih sedikit daripada
kamu dalam harta dan anak-anak" ......
"Dan
buah-buahannya diliputi semuanya, dan pada waktu pagi dia memulas-mulas
tangan-tangannya, kerana apa yang dia nafkahkan (belanjakan) padanya, dan ia
roboh di atas junjung-junjungnya, dan dia berkata, 'Aduhai, sekiranya aku tidak
sekutukan Pemeliharaku dengan sesiapa jua!'" (18:32-42).
Kerana sombong
dan angkuh, dan melupakan kuasa Tuhan maka kebunnya dibinasakan.
16. Setelah
diselamatkan daripada kecemasan atau mudarat:
Ayat-ayat
Allah yang berkaitan berbunyi:
"Katakanlah,
'Allah selamatkan kamu daripadanya, dan daripada segala kecemasan; kemudian
kamu sekutukan'" (6:64).
"Kemudian,
apabila Dia hilangkan mudarat daripada kamu, tiba-tiba segolongan antara kamu
sekutukan Pemelihara mereka," (16:54.
"Apabila
mereka naik ke kapal, mereka seru Allah, dengan menuluskan agama mereka
untuk-Nya; tetapi apabila Dia selamatkan mereka ke darat, tiba-tiba mereka
sekutukan," (29:65).
"Apabila
mudarat sentuh manusia, mereka seru Pemelihara mereka dengan berkesesalan
kepada-Nya; kemudian, apabila Dia rasakan kepada mereka pengasihan
daripada-Nya, tiba-tiba segolongan daripada mereka sekutukan Pemelihara
mereka," (30:33).
Bagaimana pula
Allah disekutukan setelah Dia selamatkan daripada kecemasan atau mudarat?
Adakah dengan mengadakan majlis-majlis kesyukuran yang mengingati orang-orang
mati serta sedekahkan amalan dan bacaan kepada mereka, atau menyanjung Nabi,
atau kedua-duanya sekali? Mungkinkah juga kerana ego yang menyatakan mereka
terselamat kerana kebijaksanaannya?
Senarai sekutu
Allah yang dikumpul daripada ajaran al-Qur'an berakhir dengan contoh keenam
belas di atas. Namun, perbincangan mengenainya dipanjangkan sedikit lagi, untuk
menyebut, antaranya, mengenai dosa sekutukan Allah. Itu lebih baik dijelaskan
dengan ayat Allah sendiri berbunyi,
"Allah
tidak ampun apa-apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia ampun yang selain itu
kepada siapa Dia hendaki. Sesiapa sekutukan Allah, sungguh dia ada-adakan dosa
besar" (4:48).
Dosa
orang-orang yang sekutukan Allah tidak diampun mungkin kerana mereka adalah
najisa atau najis dalam bahasa Melayu. Kalimat itu muncul hanya sekali di dalam
al-Qur'an dan ia ditujukan kepada orang-orang yang sekutukan Allah. Bagi mereka
tidak patut diminta ampun atas dosa mereka, oleh sesiapa saja, termasuk Nabi
sendiri. Dua ayat yang berikut jelaskannya:
"...
orang-orang yang sekutukan adalah najis" (9:28).
"Tidak
patut bagi Nabi dan orang-orang yang percaya minta ampun bagi orang-orang yang
sekutukan, walaupun mereka sanak saudara yang dekat, setelah jadi jelas bagi
mereka bahawa mereka itu akan jadi penghuni-penghuni Jahim" (9:113).
Bisikan untuk
sekutukan Allah adalah halus, sehingga kebanyakan daripada orang-orang yang
mengaku percaya, atau beriman, pun terperangkap dengannya. Renungkanlah ayat
berikut:
"Dan
kebanyakan mereka tidak percayai Allah, melainkan mereka sekutukan-Nya"
(12:106).
Barangkali
mereka inilah yang tidak mengaku menyekutukan Allah di akhirat kelak tatkala
ditanya oleh Allah. Firman-Nya:
"Dan pada
hari Kami kumpulkan mereka kesemuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang
yang sekutukan, 'Di manakah sekutu-sekutu kamu yang kamu dakwakan?' Kemudian
tiadalah pertikaian mereka, melainkan mereka berkata, "Demi Allah,
Pemelihara kami, bukanlah kami orang-orang yang sekutukan'" (6:22-32).
Sumpah bohong
mereka boleh jadi dilakukan di dunia ini juga. Mereka tidak mengaku bahawa
mereka sedang sekutukan Allah. Allah disanjung di atas apa-apa yang mereka
menyekutukan!
Penulis Bacaan
31 Julai 2002
Sabtu, 28 November 2015
SURAH AL-MAIDAH ???
Dengan nama Allah,
Yang Pemurah, Yang Pengasih.
5:1. Wahai orang-orang yang percaya, tepatilah perjanjian kamu.
Dihalalkan bagi kamu ialah haiwan ternak, kecuali apa yang
dibacakan kepada kamu, supaya kamu tidak anggap binatang buruan dibolehkan
untuk diburu sedang kamu dalam haram (ihram). Sesungguhnya Allah tetapkan hukum
apa sahaja Dia hendaki.
5:2. Wahai orang-orang yang percaya, jangan langgar tanda-tanda
Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga
orang-orang yang kunjungi Rumah Suci bermaksud mencari
daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu
telah selesaikan, maka burulah binatang buruan. Jangan kerana kebencian pada
suatu kaum yang halangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk
mencabul. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan jangan
tolong-menolong dalam buat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah;
sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.
5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging
babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang
dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang
ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan
patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan
anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang tidak percaya berputus
asa daripada agama kamu; maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku.
Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan
rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka
sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat
dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
5:4. Mereka tanya kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi
mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi
kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu ajar, dengan melatih anjing untuk
memburu, dengan mengajarnya seperti Allah ajar kamu, maka makanlah apa yang ia
tangkap untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah
Allah; sesungguhnya Allah cepat buat hitungan."
5:5. Pada hari ini, benda-benda yang baik dihalalkan bagi kamu,
dan makanan orang-orang diberi al-Kitab adalah halal bagi kamu, dan dihalalkan
bagi mereka, makanan kamu. Begitu juga wanita-wanita yang mukmin, dalam
pernikahan, dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab
sebelum kamu, jika kamu beri mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan,
bukan dalam zina, atau menjadikannya teman rahsia. Sesiapa yang tidak percaya
dalam keimanan, amalannya jadi sia-sia, dan di akhirat dia termasuk orang-orang
yang rugi.
5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk
solat, basuhlah muka kamu dan tangan kamu hingga siku, dan
sapulah kepala kamu dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam
junub, bersihkan diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau
jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu sentuh perempuan,
dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu
tanah yang baik, dan sapulah muka kamu dan tangan kamu dengannya. Allah tidak
hendak buat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia hendak bersihkan kamu, dan
supaya Dia sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.
5:7.
Dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan perjanjian-Nya yang Dia buat
dengan kamu apabila kamu berkata, "Kami dengar, dan kami taat." Dan
takutilah Allah; sesungguhnya Allah tahu apa yang di dalam dada.
5:8. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang
yang menegakkan di hadapan
Allah, saksi-saksi untuk keadilan. Janganlah kebencian pada kaum mendesak kamu
untuk tidak berlaku adil; berlakuadillah, itu lebih dekat dengan takwa. Dan
takutilah Allah; sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.
5:9.
Allah janjikan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, bagi mereka
ampunan dan upah yang besar.
5:10. Dan orang-orang tidak percaya dan dustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni-penghuni Jahim.
5:11.
Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila
satu kaum bermaksud untuk menjulurkan kepada kamu tangan-tangan mereka, dan Dia
tahan tangan-tangan mereka daripada kamu; dan takutilah Allah; dan kepada Allah
hendaklah orang-orang mukmin tawakal.
5:12. Allah
telah ambil perjanjian Bani Israil, dan Kami bangkitkan antara mereka dua belas
ketua puak. Dan Allah berkata, "Aku berserta kamu. Sungguh, jika kamu
lakukan solat, dan beri zakat, dan percaya kepada Rasul-Rasul-Ku, dan teguhkan
mereka, dan kamu pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, Aku akan lepaskan
kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke
taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Sesiapa yang tidak percaya
sesudah itu antara kamu, sungguh, dia sesat daripada jalan yang betul."
5:13.
Maka kerana memecahkan perjanjian mereka, Kami laknatkan mereka, dan jadikan
hati mereka keras. Mereka kelirukan perkataan-perkataan daripada
makna-maknanya, dan mereka lupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah
diingatkan; dan kamu tidak akan berhenti melihat pengkhianatan daripada mereka,
kecuali sedikit antara mereka. Namun begitu, maafkanlah mereka dan
ketepikanlah; sesungguhnya Allah suka orang-orang buat baik.
5:14.
Dan dengan orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang
Kristian," Kami ambil perjanjian mereka, tetapi mereka lupakan sebahagian
daripada apa yang mereka telah diingatkan. Maka Kami timbulkan di kalangan
mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat; dan Allah pasti akan
beritahu mereka apa yang mereka kerjakan.
5:15.
Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan
kepada kamu banyak perkara yang kamu sembunyikan daripada Kitab, dan banyak
yang dimaafkan. Telah datang kepada kamu daripada Allah satu cahaya, dan sebuah
Kitab yang jelas.
5:16.
Allah beri petunjuk kepada siapa ikuti kepuasan hati-Nya pada jalan-jalan
kesejahteraan, dan keluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan
izin-Nya; dan Dia beri petunjuk kepada mereka pada jalan lurus.
5:17.
Merekalah orang-orang tidak percaya, yang berkata, "Sesungguhnya Allah,
Dia ialah al-Masih putera Mariam." Katakanlah, "Siapakah pula yang
akan batalkan Allah dalam apa jua jika Dia hendak musnahkan al-Masih putera
Mariam, dan ibunya, dan kesemua yang di bumi? Kepunyaan Allah kerajaan langit
dan bumi, dan apa yang di antara keduanya, dengan mencipta apa yang Dia
hendaki. Allah berkuasa atas segala sesuatu."
5:18.
Dan berkata orang-orang Yahudi, dan orang-orang Kristian, "Kami adalah
anak-anak Allah, dan kekasih-kekasih-Nya." Katakanlah, "Mengapa pula
Dia azab kamu kerana kesalahan-kesalahan kamu? Tidak, kamu adalah makhluk
daripada ciptaan-Nya; Dia ampun siapa Dia hendaki, dan Dia azab siapa Dia
hendaki." Kerana kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan apa yang di
antara keduanya; kepada-Nya kepulangan.
5:19.
Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan
kepada kamu pada satu masa jeda antara Rasul-Rasul, supaya kamu tidak kata,
"Telah tidak datang kepada kami sebarang pembawa berita gembira, dan tidak
juga sebarang pemberi amaran." Sungguh, telah datang kepada kamu pembawa
berita gembira, dan pemberi amaran; Allah berkuasa atas segala sesuatu.
5:20. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku,
ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia
lantik di kalangan kamu Nabi-Nabi, dan Dia lantik kamu jadi raja-raja, dan dia
beri kamu yang Dia tidak beri seseorang pun di semua alam.
5:21.
Wahai kaumku, masuklah Bumi Suci yang Allah tuliskan (tetapkan) untuk kamu, dan
jangan kembali (murtad) ke belakang kamu, untuk balik sebagai orang-orang yang
rugi."
5:22.
Mereka berkata, "Wahai Musa, di dalamnya ada kaum yang gagah perkasa, dan
kami tidak akan masuk sehingga mereka keluar darinya. Jika mereka keluar
darinya, kami akan masuk."
5:23.
Berkata dua orang lelaki antara orang-orang yang takut kepada Allah, yang Allah
rahmati, "Masuklah temui mereka melalui pintu gerbang. Apabila kamu masuk,
kamulah orang-orang yang mengalahkan, dan tawakallah kepada Allah, jika kamu
orang-orang mukmin."
5:24.
Mereka berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan masuk selama-lamanya, selagi
mereka berada di dalamnya. Pergilah, kamu dan Pemelihara kamu, dan
berperanglah; kami akan duduk di sini."
5:25.
Berkata, "Wahai Pemeliharaku, aku tidak menguasai sesiapa, kecuali diriku
dan saudaraku. Pisahkanlah antara kami dan kaum yang fasiq (tidak mempedulikan
perintah Tuhan)."
5:26. Berkatalah Dia, "Maka ia diharamkan kepada mereka
selama empat puluh tahun sedang mereka merayau-rayau di bumi; maka jangan kamu
dukacita terhadap kaum yang fasiq."
5:27.
Dan kamu bacakan kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya;
ketika mereka persembahkan satu qurban, lalu ia diterima daripada seorang
daripada mereka, dan tidak diterima daripada yang lain. Seorang berkata,
"Sungguh, aku akan bunuh kamu," Berkata yang lain, "Allah hanya
terima daripada orang-orang bertakwa.
5:28.
Sungguh, jika kamu menjulurkan tangan kamu kepadaku, untuk membunuhku, aku
tidak akan menjulurkan tanganku kepada kamu untuk membunuh kamu. Sesungguhnya
aku takut kepada Allah, Pemelihara semua alam.
5:29. Aku hendak supaya kamu dibebankan
dengan dosaku dan dosa kamu, dan jadi penghuni-penghuni Api; itulah balasan
ke atas orang-orang zalim."
5:30.
Kemudian jiwanya mendorongnya untuk membunuh saudaranya, dan dia membunuhnya,
dan jadi antara orang-orang yang rugi.
5:31. Kemudian Allah kirim seekor burung gagak, dengan mencakar-cakar di atas bumi, untuk
perlihatkan kepada dia bagaimana dia akan sembunyikan mayat saudaranya yang
aib. Dia berkata, "Celakalah aku! Tidakkah aku mampu untuk menjadi seperti
burung gagak ini, untuk aku sembunyikan mayat saudaraku yang aib?" Dan dia
jadi antara orang-orang yang menyesal.
5:32.
Oleh kerana itu, Kami tuliskan (tetapkan) untuk Bani Israil bahawa sesiapa bunuh satu jiwa, bukan untuk
membalas atas satu jiwa yang dibunuh, dan bukan juga kerana kerosakan yang
dilakukan di bumi, adalah seakan-akan dia membunuh manusia kesemuanya; dan
sesiapa menghidupkannya, seakan-akan dia hidupkan manusia kesemuanya.
Rasul-Rasul Kami telah pun datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas,
kemudian ramai antara mereka sesudah itu adalah orang-orang yang membazir
(berlebihan) di bumi.
5:33. Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi
Allah dan Rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk buat kerosakan - mereka dibunuh, atau disalib, atau
tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau mereka
dibuang daripada bumi. Itu suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan di
akhirat, bagi mereka azab yang besar.
5:34.
Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu menguasai mereka. Maka
ketahuilah bahawa Allah Pengampun, Pengasih.
5:35. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan carilah
jalan untuk dekat dengan-Nya, dan berjuanglah di jalan-Nya agar kamu
beruntung.
5:36.
Sesungguhnya orang-orang tidak percaya, walaupun bagi mereka kesemua yang di
bumi, dan yang serupa dengan itu bersama itu, untuk tebus diri mereka daripada
azab Hari Kiamat dengannya, ia tidak akan diterima daripada mereka; bagi
mereka, azab yang pedih.
5:37.
Mereka hendak keluar dari Api, dan mereka tidak akan keluar darinya; bagi
mereka, azab yang kekal.
5:38. Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan
keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka usahakan, dan hukuman
contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana.
5:39. Sesiapa bertaubat sesudah kezalimannya, dan dia membetulkan,
Allah akan terima taubatnya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
5:40.
Tidakkah kamu tahu bahawa kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi? Dia azab
siapa Dia hendaki, dan ampun siapa Dia hendaki; dan Allah berkuasa atas segala
sesuatu.
5:41. Wahai Rasul, janganlah mereka sedihkan kamu, yang bersegera
dalam ketidakpercayaan,
daripada orang-orang yang berkata dengan mulut mereka, "Kami
percaya", tetapi hati mereka tidak percayai, dan daripada orang-orang
Yahudi, yang dengar yang dusta, yang dengar kaum lain, yang tidak datang kepada
kamu, dengan kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan
berkata, "Jika kamu diberi yang ini, ambillah ia, dan jika kamu tidak
diberi, maka berhati-hatilah kamu." Sesiapa yang Allah hendak mencubanya,
kamu tidak berkuasa untuk menolongnya sedikit pun terhadap Allah. Mereka itulah
orang-orang yang hati mereka Allah tidak hendak bersihkan; bagi mereka
kerendahan di dunia, dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar,
5:42.
Yang dengar yang dusta, dan makan yang haram. Jika mereka datang kepada kamu,
hakimkan antara mereka, atau berpaling daripada mereka; jika kamu berpaling
daripada mereka, mereka tidak akan mudaratkan kamu sedikit pun; dan jika kamu hakimkan,
maka putuskan dengan adil antara mereka; sesungguhnya Allah suka orang yang
adil.
5:43.
Dan bagaimanakah mereka angkat kamu jadi hakim sedang mereka ada Taurat, yang
di dalamnya terdapat hukum Allah, kemudian sesudah itu mereka berpaling? Mereka
bukanlah orang-orang mukmin.
5:44.
Sesungguhnya Kami telah turunkan Taurat, di dalamnya petunjuk dan cahaya;
dengannya Nabi-Nabi yang tundukkan diri hakimkan perkara untuk orang-orang
Yahudi; seperti dilakukan rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr
(ulama agama) yang diperintah untuk memegang Kitab Allah, dan mereka adalah
saksi-saksi ke atasnya. Maka jangan kamu takut kepada manusia, tetapi kamu
takutilah Aku, dan jangan jual ayat-ayat-Ku untuk harga yang sedikit. Sesiapa
tidak hakimkan menurut apa yang Allah turunkan, maka mereka itulah orang-orang
tidak percaya (kafir).
5:45. Dan di dalamnya Kami tuliskan
(tetapkan) untuk mereka bahawa jiwa untuk jiwa, dan mata untuk mata, dan
hidung untuk hidung, dan telinga untuk telinga, dan gigi untuk gigi, dan untuk
luka ada pembalasan (qisas); tetapi sesiapa bersedekah dengannya, maka ia
adalah baginya satu penebus. Dan sesiapa tidak hakimkan menurut apa yang Allah
turunkan, maka mereka itulah orang-orang zalim.
5:46.
Dan Kami utus, menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, mengesahkan
Taurat yang sebelumnya; dan Kami beri kepadanya Injil, di dalamnya petunjuk dan
cahaya, dan mengesahkan Taurat yang sebelumnya, sebagai satu petunjuk, dan satu
teguran bagi orang-orang bertakwa.
5:47.
Maka hendaklah ahli Injil hakimkan menurut apa yang Allah turunkan di dalamnya.
Sesiapa tidak hakimkan menurut apa yang Allah turunkan, maka mereka itulah
orang-orang fasiq.
5:48.
Dan Kami turunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, mengesahkan Kitab
sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkan antara mereka menurut apa yang Allah
turunkan, dan jangan ikut keinginan mereka untuk abaikan yang benar yang datang
kepada kamu. Bagi setiap kamu, Kami tentukan satu peraturan, dan satu jalan
yang terbuka. Sekiranya Allah hendak, tentu Dia buat kamu satu umat; tetapi
supaya Dia uji kamu dalam apa Dia beri kamu. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam
kebajikan; kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia beritahu kamu apa
yang padanya kamu selisihkan.
5:49.
Dan hakimkan antara mereka menurut apa yang Allah turunkan, dan jangan ikut
keinginan mereka, dan berhati-hatilah terhadap mereka, supaya mereka tidak goda
kamu daripada sebarang apa yang Allah turunkan kepada kamu. Tetapi jika mereka
berpaling, maka ketahuilah bahawa Allah hanya hendak timpakan kepada mereka
kerana sebahagian daripada kesalahan mereka; sesungguhnya kebanyakan manusia
fasiq.
5:50.
Adakah putusan jahiliah yang mereka inginkan? Dan siapakah lebih baik
putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?
5:51. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah ambil orang-orang
Yahudi, dan orang-orang Kristian, sebagai wali (sahabat); mereka adalah
wali-wali satu sama lain. Sesiapa antara kamu yang
jadikan mereka sahabat-sahabatnya adalah daripada mereka. Sesungguhnya Allah
tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
5:52.
Kamu lihat orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit bersegera kepada
mereka, dengan berkata, "Kami takut giliran buruk timpa kami."
Mudah-mudahan Allah datangkan kemenangan, atau perintah daripada-Nya, dan kemudian
mereka dapati diri-diri mereka, kerana apa yang mereka rahsiakan di dalam diri
mereka, penuh sesal.
5:53.
Dan orang-orang yang percaya akan berkata, "Adakah ini orang-orang yang
bersumpah dengan Allah, dengan sumpah segenap hati, bahawa mereka berserta
kami?" Amalan-amalan mereka jadi sia-sia; mereka jadi orang-orang yang
rugi.
5:54.
Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad)
daripada agamanya, maka Allah akan datangkan satu kaum yang Dia cintai, dan
mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap
orang-orang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan
celaan mana-mana pencela. Itu pemberian Allah; Dia berikannya kepada siapa Dia hendaki; dan Allah
Merangkumi, Mengetahui.
5:55.
Wali (sahabat) kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, dan orang-orang yang percaya
yang lakukan solat, dan mereka
beri zakat, dan mereka tunduk.
5:56.
Sesiapa jadikan Allah sahabatnya, dan Rasul-Nya, dan orang-orang yang percaya,
maka golongan Allah, merekalah orang-orang yang menang.
5:57.
Wahai orang-orang yang percaya, jangan ambil sebagai wali-wali
(sahabat-sahabat) kamu daripada orang-orang diberi Kitab sebelum kamu dan
orang-orang tidak percaya, yang ambil agama kamu dalam ejekan dan sebagai satu
permainan; dan takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.
5:58.
Dan jika kamu panggil kepada solat, mereka ambilnya dalam ejekan, dan sebagai
satu permainan; itu kerana mereka adalah kaum yang tidak faham.
5:59.
Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, adakah kamu dendami kami kerana kami percaya
kepada Allah, dan apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan sebelumnya,
dan bahawa kebanyakan kamu adalah orang-orang fasiq?"
5:60. Katakanlah, "Bolehkah aku beritahu kamu, sebagai
ganjaran di sisi Allah, yang lebih buruk daripada itu?
Sesiapa Allah laknatkan, dan padanya Dia murka, dan jadikan antara mereka beruk
dan babi, dan penyembah-penyembah Thagut - mereka itu lebih buruk tempatnya,
dan lebih jauh sesat daripada jalan yang betul."
5:61.
Apabila mereka datang kepada kamu, mereka berkata, "Kami percaya";
tetapi mereka masuk dengan ketidakpercayaan, dan mereka keluar dengannya; Allah
sangat-sangat tahu apa yang mereka sembunyikan.
5:62.
Kamu lihat kebanyakan daripada mereka bersegera dalam dosa dan permusuhan, dan
bagaimana mereka makan yang haram; buruknya apa mereka buat!
5:63.
Mengapakah rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ulama agama)
tidak larang mereka daripada ucapan dosa, dan makan yang haram? Buruknya apa
yang mereka kerjakan!
5:64. Orang-orang Yahudi berkata, "Tangan Allah
terbelenggu." Yang terbelenggu ialah tangan-tangan mereka, dan mereka
dilaknati kerana apa mereka kata. Tidak, tetapi tangan-Nya terjulur; Dia
nafkahkan sebagaimana yang Dia hendaki. Dan apa diturunkan kepada kamu daripada
Pemelihara kamu akan tambah kepada kebanyakan antara mereka, dalam kelampauan
batas, dan ketidakpercayaan; dan Kami lempar di kalangan mereka, permusuhan dan
kebencian, sampai Hari Kiamat. Setiap kali mereka nyalakan api untuk perang,
Allah padamkannya. Mereka berusaha di bumi untuk buat kerosakan padanya; dan
Allah tidak suka orang-orang yang buat kerosakan.
5:65.
Tetapi sekiranya ahli Kitab percaya dan bertakwa, tentu Kami lepaskan mereka
daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan tentu Kami masukkan mereka ke Taman
Kebahagiaan.
5:66.
Sekiranya mereka lakukan Taurat dan Injil, dan apa diturunkan kepada mereka
daripada Pemelihara mereka, tentu mereka akan makan apa yang di atas mereka,
dan apa yang di bawah kaki mereka. Antara mereka adalah umat yang adil, tetapi
kebanyakan antara mereka, adalah jahat apa mereka buat.
5:67. Wahai Rasul, sampaikanlah apa-apa diturunkan kepada kamu
daripada Pemelihara kamu kerana, jika kamu tidak buat, tidaklah kamu sampaikan
Mesej-Nya. Allah lindung
kamu daripada manusia. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum tidak
percaya.
5:68. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, kamu tiada di atas
sesuatu, sehingga kamu lakukan Taurat dan Injil, dan apa diturunkan kepada kamu
daripada Pemelihara kamu." Dan apa diturunkan
kepada kamu daripada Pemelihara kamu akan tambah kepada kebanyakan daripada
mereka dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan; maka jangan dukacita
terhadap kaum tidak percaya.
5:69. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang
Yahudi, dan Sabiin, dan orang-orang Kristian, sesiapa yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja
baik , maka tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
5:70. Dan Kami telah ambil perjanjian Bani Israil, dan Kami utus
Rasul-Rasul kepada mereka. Setiap kali datang kepada mereka seorang Rasul, dengan apa
yang jiwa mereka tidak inginkan, segolongan mereka dustakan, dan segolongan
lain mereka bunuh.
5:71.
Dan mereka sangka tidak akan jadi cubaan; mereka jadi buta, dan jadi pekak.
Kemudian Allah terima taubat mereka; kemudian mereka jadi buta lagi, kebanyakan
daripada mereka jadi pekak; dan Allah lihat apa mereka buat.
5:72. Merekalah orang-orang tidak percaya, yang berkata,
"Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam." Berkata
al-Masih, "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Pemeliharaku dan
Pemeliharamu. Sesungguhnya sesiapa sekutukan Allah, Allah akan haramkannya
Taman, dan tempat menginapnya ialah Api; orang-orang zalim tidak ada
penolong-penolong."
5:73. Orang-orang tidak percayalah yang berkata, "Allah ialah
yang ketiga daripada yang Tiga." Tidak ada tuhan selain Tuhan Yang Satu. Jika mereka tidak berhenti daripada
apa mereka kata, tentu akan sentuh orang-orang antara mereka yang tidak
percaya, azab yang pedih.
5:74.
Tidakkah mereka bertaubat kepada Allah, dan minta ampunan-Nya? Allah Pengampun,
Pengasih.
5:75.
Al-Masih putera Mariam, hanyalah seorang Rasul; Rasul-Rasul sebelum dia telah
berlalu. Ibunya seorang wanita yang benar; mereka berdua makan makanan.
Perhatikan bagaimana Kami jelaskan ayat-ayat kepada mereka, kemudian perhatikan
bagaimana mereka berpaling.
5:76.
Katakanlah, "Adakah kamu sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak
boleh mudaratkan, atau manfaatkan kamu? Dan Allah, Dia Yang Mendengar, Yang
Mengetahui."
5:77.
Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, jangan kamu berlebih-lebihan dalam agama
kamu, selain daripada yang benar, dan jangan ikut keinginan kaum yang telah
sesat sebelumnya, dan sesatkan ramai, dan sesat lagi daripada jalan yang
betul."
5:78.
Telah dilaknati orang-orang tidak percaya daripada Bani Israil oleh lidah Daud,
dan Isa putera Mariam; itu adalah kerana keingkaran mereka, dan pencabulan
mereka.
5:79.
Mereka tidak saling melarang daripada sebarang kemungkaran yang mereka lakukan;
sungguh buruk apa mereka buat!
5:80.
Kamu lihat kebanyakan daripada mereka jadikan orang-orang tidak percaya sebagai
sahabat-sahabat mereka. Buruknya apa yang mereka dahulukan untuk diri-diri
mereka sendiri, kerana kemurkaan Allah kepada mereka, dan dalam azab mereka
tinggal selama-lamanya.
5:81.
Sekiranya mereka percayai Allah, dan Nabi, dan apa diturunkan kepada mereka,
tentu mereka tidak ambil mereka sebagai wali-wali (sahabat-sahabat); tetapi
kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang fasiq.
5:82.
Sungguh, kamu dapati manusia yang paling keras permusuhannya terhadap
orang-orang yang percaya ialah orang-orang Yahudi, dan orang-orang yang
sekutukan; dan sungguh kamu dapati mereka yang paling dekat dalam kasih sayang
terhadap orang-orang yang percaya ialah orang-orang yang berkata, "Kami
adalah orang-orang Kristian"; itu adalah kerana sebahagian mereka adalah
paderi-paderi dan rahib-rahib, dan mereka tidak sombong.
5:83. Dan apabila mereka dengar apa diturunkan kepada Rasul, kamu lihat mata-mata mereka mencucurkan air
mata kerana mereka kenali yang benar. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara
kami, kami percaya, maka tuliskanlah kami antara para saksi.
5:84.
Tidakkah kami patut percayai Allah, dan yang benar yang datang kepada kami, dan
inginkan supaya Pemelihara kami masukkan kami berserta kaum yang salih?"
5:85.
Dan Allah ganjari mereka kerana apa mereka kata, dengan taman-taman yang di
bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah
balasan ke atas orang-orang buat baik.
5:86.
Tetapi orang-orang tidak percaya, dan dustakan ayat-ayat Kami, mereka itu
penghuni-penghuni Jahim.
5:87. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah haramkan
benda-benda yang baik yang Allah halalkan bagi kamu, dan jangan mencabul;
sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang mencabul.
5:88. Makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, yang halal
dan baik; dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu orang-orang mukmin.
5:89. Allah tidak pertanggungjawabkan kamu kerana sumpah kamu yang
tidak sengaja, tetapi Dia pertanggungjawabkan kerana ikatan yang
kamu buat dengan sumpah-sumpah itu. Penebusnya ialah memberi makan sepuluh
orang miskin dengan makanan yang biasa kamu beri keluarga kamu, atau memberi
pakaian mereka, atau merdekakan seorang hamba. Jika sesiapa tidak dapatkannya,
hendaklah dia berpuasa tiga hari. Itu penebus bagi sumpah-sumpah kamu apabila
kamu bersumpah; jagalah sumpah-sumpah kamu. Begitulah Allah jelaskan kepada
kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu berterima kasih.
5:90.
Wahai orang-orang yang percaya, arak, judi, berhala-berhala dan ramalan
anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka
jauhilah ia agar kamu beruntung.
5:91. Syaitan hanya hendak sebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi,
dan untuk halangi kamu daripada Peringatan Allah, dan daripada solat. Mahukah
kamu berhenti?
5:92. Dan taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul, dan
berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa atas
Rasul Kami hanyalah untuk sampaikan yang jelas.
5:93. Tidak salah ke atas orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , mengenai apa yang
mereka makan jika mereka bertakwa, dan percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan
kemudian bertakwa, dan percaya, kemudian bertakwa, dan buat baik; Allah suka
orang-orang buat baik.
5:94. Wahai orang-orang yang percaya, sungguh, Allah uji kamu
dengan sesuatu
daripada binatang buruan yang tangan-tangan kamu, dan tombak-tombak kamu capai,
supaya Allah tahu siapa yang takut kepada-Nya yang dalam keadaan ghaib. Sesiapa
yang mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih.
5:95. Wahai orang-orang yang percaya, jangan bunuh binatang buruan
sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang bunuh
dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah
bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil antara
kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebus - memberi makan
orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia rasai
keburukan daripada pekerjaannya. Allah maafkan apa yang telah lalu, tetapi
sesiapa ulanginya, Allah akan lepaskan dendam kepadanya; Allah Perkasa,
Pendendam.
5:96. Dihalalkan bagi kamu adalah binatang buruan laut, dan
makanan daripadanya, sebagai suatu peruntukan bagi kamu, dan bagi
pengembara-pengembara. Tetapi diharamkan kepada kamu binatang buruan darat
selama kamu dalam haram (ihram); dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu akan
dikumpulkan.
5:97. Allah buatkan Kaabah, Rumah Suci, sebagai satu penetapan
bagi manusia,
dan bulan haram, dan pemberian, dan rantai-rantai leher; itu, supaya kamu tahu
bahawa Allah tahu semua yang di dalam langit, dan semua yang di dalam bumi, dan
bahawa Allah tahu segala sesuatu.
5:98.
Ketahuilah bahawa Allah keras dalam balasan-Nya, dan bahawa sesungguhnya Allah
Pengampun, Pengasih.
5:99.
Adalah hanya atas Rasul untuk sampaikan, dan Allah tahu apa yang kamu
nampakkan, dan apa kamu sembunyikan.
5:100.
Katakanlah, "Yang buruk dengan yang baik tidak sama, meskipun
berlimpah-limpah yang buruk menarik hati kamu." Maka takutilah Allah,
wahai orang-orang empunya minda agar kamu beruntung.
5:101.
Wahai orang-orang yang percaya, janganlah tanya sesuatu yang, jika ia
dinampakkan kepada kamu, akan sakitkan hati kamu; namun begitu, jika kamu tanya
mengenainya ketika al-Qur'an sedang diturunkan, akan dinampakkan kepada kamu.
Allah maafkannya; dan Allah Pengampun, Penyantun.
5:102.
Satu kaum sebelum kamu telah bertanyakannya, kemudian jadilah mereka
orang-orang tidak percaya (kafir).
5:103.
Allah tidak tentukan Bahirah, dan tidak juga Saaibah, dan tidak juga Wasilah,
dan tidak juga Haam, tetapi orang-orang tidak percaya ada-adakan dusta terhadap
Allah, dan kebanyakan mereka tidak faham.
5:104.
Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah kepada apa yang Allah
turunkan, dan Rasul," mereka berkata, "Cukuplah bagi kami apa yang
kami dapati pada bapa-bapa kami." Apa? Meskipun bapa-bapa mereka tidak
tahu sesuatu, dan mereka tidak dapat petunjuk?
5:105.
Wahai orang-orang yang percaya, jagalah jiwa kamu sendiri. Orang yang sesat
tidak mudaratkan kamu jika kamu dapat petunjuk yang benar. Kepada Allah kamu
kembali, kesemuanya, dan Dia akan beritahu kamu apa kamu buat.
5:106. Wahai orang-orang yang percaya, kesaksian antara kamu apabila
salah seorang daripada kamu
ditimpa maut, apabila dia berwasiat, ialah dua orang empunya keadilan antara
kamu, atau dua yang lain daripada selain kamu, jika kamu berpergian di bumi,
dan bencana maut timpa kamu. Kemudian kamu akan tahan mereka sesudah solat, dan
mereka akan bersumpah dengan Allah, jika kamu ragu-ragu: "Kami tidak akan
menjualnya untuk suatu harga, walaupun ia sanak saudara yang dekat, dan kami
tidak juga akan sembunyikan kesaksian Allah, kerana jika demikian, tentu kami
termasuk orang-orang yang berdosa."
5:107. Jika didapati bahawa kedua-duanya benar dengan dosa, maka
dua yang lain akan berdiri di tempat mereka, daripada orang-orang yang
paling dekat dengan mereka yang berkenaan, lalu mereka bersumpah dengan Allah:
"Kesaksian kami lebih benar daripada kesaksian mereka, dan kami tidak
mencabuli; jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang zalim."
5:108. Maka ia lebih dekat bahawa mereka akan datangkan kesaksian
yang sebenarnya, atau mereka takut bahawa sesudah sumpah mereka, sumpah akan dikembalikan. Takutilah Allah, dan dengarlah; Allah tidak
beri petunjuk kepada kaum yang fasiq.
5:109.
Pada hari apabila Allah kumpulkan Rasul-Rasul, dan berkata, "Apakah
sahutan yang kamu diberi?" Mereka berkata, "Kami tidak ada
pengetahuan; sesungguhnya Engkaulah yang Mengetahui yang ghaib."
5:110.
Ketika Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke
atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku kukuhkan kamu dengan Roh Qudus
(Suci), untuk berkata-kata kepada manusia dalam buaian dan dewasa, dan apabila
Aku ajar kamu al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil, dan apabila
kamu cipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan
kamu hembus ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan
kamu sembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu
keluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku; dan apabila Aku tahan Bani Israil
daripada kamu ketika kamu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas,
lalu orang-orang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan
sihir yang nyata.'
5:111.
Dan ketika Aku wahyukan pengikut-pengikut yang setia, 'Percayalah kepada-Ku,
dan Rasul-Ku'; mereka berkata, 'Kami percaya, dan saksilah Engkau akan
kemusliman kami.'"
5:112.
Dan apabila pengikut-pengikut yang setia berkata, "Wahai Isa putera
Mariam, bolehkah Pemelihara kamu turunkan kepada kami sebuah meja hidangan dari
langit?" Dia berkata, "Kamu takutilah Allah, jika kamu orang-orang
mukmin."
5:113.
Mereka berkata, "Kami hendak memakan daripadanya, dan hati kami jadi
tenteram, supaya kami tahu bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya
kami adalah antara para saksinya."
5:114.
Berkata Isa putera Mariam, "Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada
kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan jadi bagi kami satu perayaan,
yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau.
Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi
rezeki."
5:115.
Allah berkata, "Sesungguhnya Aku turunkannya kepada kamu; sesiapa antara
kamu sesudah itu yang tidak percaya, sungguh Aku akan azab dia dengan azab yang
dengannya Aku azab tiada seseorang daripada semua alam."
5:116.
Dan apabila Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, adakah kamu kata
kepada manusia, 'Ambillah aku dan ibuku sebagai tuhan-tuhan selain daripada
Allah'?" Dia berkata, "Kepada Engkau sanjungan! Tiadalah bagiku
untukku kata apa yang aku tiada hak dengannya. Jika aku katakannya, Engkau
ketahuinya, dengan ketahui apa yang di dalam jiwaku, dan aku tidak ketahui apa
yang di dalam jiwa Engkau; sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui yang ghaib.
5:117.
Aku hanya kata kepada mereka apa yang Engkau perintahkan aku dengannya:
'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.' Dan aku seorang saksi ke
atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah Engkau matikan aku,
Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas segala sesuatu.
5:118.
Jika Engkau azab mereka, mereka adalah hamba-hamba Engkau; jika Engkau ampun
mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana."
5:119.
Allah berkata, "Inilah harinya di mana orang-orang yang benar dimanfaatkan
dengan kebenaran mereka. Bagi mereka, taman-taman yang di bawahnya mengalir
sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya. Allah sangat
puas hati terhadap mereka, dan mereka sangat puas hati terhadap-Nya; itulah
kemenangan yang besar."
5:120. Kepunyaan
Allah kerajaan langit dan bumi, dan apa-apa di dalamnya, dan Dia berkuasa atas
segala sesuatu.
Langgan:
Catatan (Atom)