The Alien - Link Select

Khamis, 4 Jun 2015

GEMPA BUMI ADALAH MUSIBAH DAN UJIAN ALLAH ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat),....” 
[ Q.S. AL-ZALZALAH 99 : 1 ]

Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk.   [ Q.S. AL-ANBIYAA 21 : 31 ]

“…Sungguh akan Kami uji (iman) kalian dengan kesusahan dan (dengan) kesenangan. Dan hanya kepada Kamilah kalian akan dikembalikan…” 
[ Q.S. AL-ANBIYAA 21 : 35 ]

Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk, 
[ Q.S. AN-NAHL 16 : 15 ]

Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik.
[ Q.S. LUKMAN 31: 10 ]

“Apakah kalian mengira akan (dapat) masuk Syurga sedang belum datang kepada kalian (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kalian? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan serta DIGONCANG sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. 
[ Q.S. AL BAQARAH 2 : 214 ]



RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
 “Tidak berlaku kiamat sehinggalah terjadinya perang antara dua kelompok besar yang menyebabkan kematian yang amat banyak, sedangkan seruan mereka adalah sama,
…dan terjadi banyak GEMPA BUMI…”. 
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam bukhari & Imam Muslim Ra. A. ]

 “…Dan sebelum kiamat terjadi kematian yang dahsyat dan sesudahnya pula berlaku tahun-tahun gempa bumi.” 
Daripada Salamah bin Nufail al-Sakkuni R.A katanya: 
[ H.R.S : Imam Ahmad, al-Darimi, al-Tabarani, al-Bazzar, Abu Ya’la, Ibn Hibban dan al-Hakim Ra. A. ]

“Ya Ibnu Hawalah, jika kamu melihat khilafah telah turun di Bumi Suci, maka sesungguhnya telah hampirlah GEMPA BUMI, bala bencana dan perkara-perkara besar, dan kiamat pada hari itu lebih hampir kepada manusia berbanding hampirnya tanganku ini dari kepalamu.”
Daripada Abdullah ibn Hawalah R.A
[ H.R.S : Imam Ahmad, Abu Dawud dan al-Hakim Ra. A. ]

“Musibah berupa apa saja yang menimpa orang Muslim akan menyebabkan ALLAH  menghapuskan dosanya, walaupun (musibah itu) hanya berupa duri yang menusuknya.”
Daripada Saidatina Aisyah R.A 
[ H.R.S : Imam bukhari Ra. A. ]


“Demi ALLAH, kalau tidak ada gunung-ganang sebagai pasak dan tiang seri Bumi, pasti seluruh makhluk di permukaan Bumi akan binasa.  Maka bersyukurlah kamu kepada yang menciptakan gunung-gunung yang kukuh untuk kamu dan bagi kemudahan kamu di dunia.”
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A





KOTA KINABALU: Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi. Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.
JUMAAT, 5 JUN 2015 @ 7:58 AM

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280


Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.
Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.


Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang).

Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, namun kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan apa-apa kerosakan. Gempa bumi kecil juga akan mengiringi gempa bumi besar, dan boleh berlaku sama ada sebelum atau selepas gempa bumi besar tersebut. Ia dipanggil gempa susulan.
Ahli seismologi mengkaji bahagian gempa bumi seperti geseran pada garisan memanjang yang mengakibatkan gempa bumi, apa-apa yang berlaku pada permukaan bumi, cara tenaga bergerak dari dalam bumi ke permukaan bumi dan cara tenaga ini menyebabkan kemusnahan.
Dengan mengkaji bahagian dan proses pembentukan gempa bumi, ahli seismologi mengetahui kesan dan cara meramal kemunculan agar kemusnahannya tidak begitu ketara.Gempa bumi tektonik disebabkan oleh perlepasan tenaga yang terhasil daripada geseran batuan di keretakan memanjang sepanjang batuan sempadan plat tektonik. Tenaga dihasilkan oleh tekanan antara batuan dikenali sebagai kecacatan tektonik. Kesan ini adalah seperti gelang getah ditarik dan dilepaskan dengan tiba-tiba.Gempa bumi gunung berapi berlaku berdekatan dengan gunung berapi tetapi mempunyai cara keretakan memanjang yang sama dengan gempa bumi tektonik. Gempa bumi gunung berapi disebabkan oleh pergerakan magma ke atas dalam gunung berapi, di mana geseran pada batu-batuan menghasilkan gempa bumi.
Semasa magma bergerak ke permukaan gunung berapi, ia bergerak dan memecahkan batu-batuan. Ia mengakibatkan gegaran yang berterusan yang boleh bertahan dari beberapa jam hinggalah beberapa hari.
Gempa bumi gunung berapi berlaku di kawasan yang berdekatan dengan gunung berapi, seperti Pergunungan Cascade di barat Laut Pasifik, Jepun, Tanah Tinggi Iceland, dan titik merah gunung berapi seperti Hawaii.
Gempa bumi adalah getaran atau gegaran pergerakan permukaan bumi. Gempa bumi biasanya disebabkan oleh pergerakan rekahan geologi, kecacatan zon quasi-planar di kerak bumi. Perkataan gempa bumi juga digunakan untuk menunjukkan kawasan punca. Permukaan bumi sentiasa bergerak dalam pergerakan tektonik, dan gempa bumi berlaku disebabkan tekanan melebihi keupayaan bahan bumi menanggungnya. Keadaan ini sering dijumpai di sempadan plat tektonik di mana kerak bumi atau lithosphere terpisah. Kejadian yang berlaku di sempadan plat dikenali sebagai gempa bumi interplat; gempa bumi dalam plat lithosphere dikenali sebagai gempa bumi intraplat.
Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, tetapi kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan kerosakan. Gempa bumi yang kuat mampu menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang besar melalui beberapa cara termasuk retakkan pecah (fault rupture), getaran bumi (gegaran) banjir disebabkan oleh tsunami, empangan pecah, pelbagai jenis kerosakan muka bumi kekal seperti tanah runtuh, tanah lembik, dan kebakaran atau perlepasan bahan beracun. Dalam gempa bumi tertentu, sesuatu cara kemusnahan lebih menonjol, dan dalam sejarah setiapnya menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang teruk, tetapi kebanyakan gempa bumi, gegaran merupakan paling menonjol dan juga merupakan punca utama kerosakan.