The Alien - Link Select

Rabu, 9 September 2009

MUHAMMAD DALAM KITAB-KITAB AGAMA LAMA.


Buku ini amat mengujakan aku. Rupa-rupanya, tanpa disedari ada juga hamba Allah yang meneruskan usaha Sheihk Ahmad Deedat yang murni itu. Semoga kita semua beroleh hidayah dan petunjuk melalui buku ini. tahniah juga pada penulis buku ini. nampaknya kebuntuan harapan manusia sudah mulai pudar dan kini bercahaya semula dengan pemecahan rahsia ramalan kitab-kitab suci masing-masing tentang Manusia yang dijanjikan Tuhan itu.
Kita sendiri dengan akal bijak dan waras mengakui seorang manusia yang akan datang sebagai Rasul Tuhan yang terutama dan terakhir iaitu Rasulullah Muhammad SAW yang juga dikenali sebagai Buddha Maitreya(Buddha), atau Narashangsa(Hindu) dan Shiloh(Kristian) serta Nabi akhir yang dijanjikan(Zoroeaster). Dengan menggunakan kitab agama-agama ini, penulis telah menyingkap kebenaran ramalan atau nubuat tentang Rasulullah SAW yang diramalkan oleh semua nabi-nabi (Nabi Isa-Dituhankan oleh pengikutnya selepas pemergiannya, Nabi Siddharta Gautama dan pelopor agama Hindu-mungkin juga seorang Nabi Allah SWT yang asalnya adalah Islam tetapi telah didewa-dewakan oleh pengikutnya.)
Semua agama dalam dunia ini asalnya adalah Islam. tetapi pengikut-pengikutnya terlalu taksub dan akhirnya Iblis menyelinap di hati-hati mereka sehingga akhirnya menjadikan mereka itu sebagai dewa atau akhirnya menjadi Tuhan ataupun menjadi jelmaan Tuhan. tetapi Rasulullah SAW diutus Allah untuk membetulkan semua ini. Tidak cukup dengan penegasan dalam Al-Qur'an tenatng kerasulan Muhammad. Malah diabadikan dalam setiap kitab agama(Kristian, Hindu, Buddha) terdahulu. tetapi otak dan akal fikiran manusia yang disesatkan oleh Iblis dan Syaitan menjadikan mereka tidak mampu menerima hakikat kebenaran ini.
Selepas membaca buku ini. Maka, mengapakah kamu masih tidak beriman?
SHAH ALAM 9 Sept. - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menegur kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa tidak mengikut proses sepatutnya dalam melaksanakan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.

Beliau berkata, Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor ketika ini dilihat mengamalkan cara yang kurang sesuai bagi membolehkan rumah ibadat itu dibina di kawasan Seksyen 23 meskipun kerajaan negeri telah memperoleh lokasi baru bagi menggantikan lokasi asal yang mendapat bantahan keras daripada penduduk.

Menurut beliau, dalam pembangunan rumah ibadat bukan Islam di kawasan umat Islam, kerajaan negeri sepatutnya mendapatkan pandangan penduduk berhampiran kawasan itu terlebih dahulu, bukannya persetujuan daripada Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariaman di Seksyen 19.

Ini kerana katanya, penduduk Melayu dan Islam berhampiran kawasan berkenaan merupakan golongan yang terpaksa menerima kewujudan rumah ibadat Hindu itu di kawasan mereka yang tidak pernah ada selama mereka tinggal di situ.

"Jadi perkara inilah yang perlu diberi perhatian. Dapatkan pandangan penduduk setempat dan jika mereka setuju barulah dapatkan pandangan jawatankuasa kuil dan seterusnya dibincangkan dalam mesyuarat Exco," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan negeri mencari tapak baru kuil berkenaan bagi menggantikan tapak cadangan asalnya yang mendapat bantahan majoriti penduduk Islam Seksyen 23 sehingga mencetuskan pergaduhan sebelum ini.

Tambah Mohamad Khir, bantahan penduduk Islam Seksyen 23 terhadap kerajaan negeri sehingga hampir mencetuskan pergaduhan adalah berpunca daripada sikap kerajaan negeri yang sambil lewa dengan prosedur pelaksanaan berkaitan dengan pembinaan rumah ibadat bukan Islam.

Ini kerana katanya, tapak cadangan asal berhampiran dengan kawasan penduduk Islam yang diputuskan oleh kerajaan negeri sebelum ini dibuat tanpa mengambil kira pandangan penduduk Islam di kawasan itu terlebih dahulu.

Sebaliknya beliau memberitahu, tapak cadangan asal kuil itu diputuskan hanya menerusi perbincangan antara kerajaan negeri dengan jawatankuasa kuil Seksyen 19, tidak termasuk penduduk Seksyen 23.

"Mereka patut tahu dan faham apa maksud pendengaran awam sebenarnya. Pendengaran awam ialah mendapatkan pandangan penduduk yang akan menerima projek dan pembinaan rumah ibadat itu di kawasan mereka," jelasnya.

Abdul Khalid ketika bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini memberitahu kerajaan negeri tidak akan mengadakan perbincangan dengan para penduduk berhampiran Seksyen 23 di sini berhubung tapak baru kuil Sri Maha Mariaman yang dicadang dipindahkan ke kawasan itu dari Seksyen 19, buat masa ini.

Menurut Abdul Khalid, perbincangan dengan penduduk mengenai cadangan baru itu tidak menjadi keutamaan kerana sebelum kerajaan negeri membuat sebarang keputusan ia haruslah mendapatkan persetujuan daripada Jawatankuasa Kuil Seksyen 19 terlebih dahulu. Apa ni????

PENULIS :
Sebagai MB… dia adalah HAMBA kepada rakyat . Rakyatlah sebenarnya yang menjadi ketuanya. MB cuma satu jawatan yang Allah amanahkan untuk beliau ini menjadi wakil bagi menguruskan keperluan rakyat. Bukan menindas kepentingan dan hak asasi Umat Islam. Kita sebagi umat Islam mestilah rasa sedih sangat apabila saudara seagama kita di seksyen 23 tu menghadapi masalah dan bala seperti ini. Sepatutnya persetujuan dari ‘tuan rumah’ kenalah ada dulu. Barulah bina Kuil kalau tuan rumah tu setuju. Kalau tidak. Tak payah! Cari tempat lain…. Banyak lagi tempat lain di Shah Alam ni…

Esok di padang Mahsyar nanti. Jawablah depan Allah. Mengapa nak bina satu lagi patung untuk mensekutukan Allah Wahai MB Selangor Khalid?... dah jelas dah Islam adalah agama Allah… bukannya Hindu!
Isu ini amat sensitif… aku harap MB kita ni gunalah akal fikiran dan Iman yang Allah kurniakan tu… Kepentingan Agama Allah hendaklah didahulukan. Memandangkan Allah yang bagi anda jawatan MB selangor ni… Datuk Khir Toyo lebih berfikiran matang berbanding MB kita sekarang ni...

Aku pun tak tahu dah apa nak jadi dengan ummat Muhammad di akhir zaman ini…
Cukuplah Allah sebagai wakilku dalam isu ini... kepada-Nya lah aku ini kembali.

BANTULAH SAYA...


Pada kengkawan yang kenal mohon sedikit sumbangan untuk rawatan kimoterapi anak saya

Sumbangan ikhlas anda amat diperlukan :

Mazian Binti Musni (ibu aiman)

Maybank A/C No : 164490068229

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt....Doa dan sumbangan anda amat diharapkan. Terima kasih. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas sumbangan dan doa anda.
Wassalam!
untuk maklumat lanjut... sila hubungi
Norzihan Ahmat
Pembantu Tadbir Kesetiausahaan
Bahagian Perkhidmatan Maklumat
Ptar 1, UiTM
40450 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-55443713 / hp : 019-3447885