The Alien - Link Select

Isnin, 6 Julai 2009

JOM PUASA!

"TIDAK KU JADIKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAH KEPADA-KU"

Puasa secara amnya boleh diertikan sebagai menahan diri daripada makanan atau minuman untuk suatu jangkamasa yang tertentu.
Puasa dalam agama Islam.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan niat. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

Puasa dalam agama Kristian
Dalam Katolik, puasa bermakna mengurangkan pengambilan makanan kepada satu hidangan besar (yang mungkin tidak mengandungi daging pada hari Jumaat Lent) dan dua hidangan kecil (diambil pada waktu pagi dan petang). Mengambil makanan di antara waktu makan ini tidak dibenarkan. Berpuasa dimestikan untuk penganutnya pada hari tertentu. Berpuasa sepenuhnya bermakna mengelakkan daripada memakan daging untuk sehari. Berpuasa separuh bermaksud mengambil daging hanya sekali pada hari tersebut. Kepada sesetengah Katolik, berpuasa bermaksud tidak makan apa saja kecuali minum air.

Paus Pius XII pada mulanya melonggarkan beberapa peraturan berkenaan puasa pada tahun 1956. Pada tahun 1966, Paus Paul VI menukar peraturan ketat berpuasa dalam agama Katolik Kristian. Dia mengesyorkan berpuasa bergantung kepada situasi ekonomi tempatan, dan semua penganut Katolik berpuasa secara sukarela. Di Amerika Syarikat, hanya terdapat dua hari yang wajib berpuasa - Rabu Ash dan Good Friday. Hari Jumaat Lent pula adalah hari menahan diri daripada memakan daging. Ajaran pastor sejak tahun 1966 adalah puasa secara sukarela semasa Jumaat Lent dan menahan diri daripada makan dan minum pada hari Jumaat lain. Apabila kesihatan atau kerja seseorang terganggu, peraturan ini tidak dimestikan.

Penganut Roman Katolik juga dimestikan mematuhi Puasa Eukaris yang bermakna tidak mengambil apa-apa melainkan minum air atau ubat selama sejam sebelum Eukaris (Holy Communion). Amalan pada masa dulu adalah berpuasa dari tengah malam sehingga pada hari upacara tersebut tetapi kerana upacara pada waktu tengahari menjadi kebiasaan, berpuasa untuk ini diubah kepada berpuasa selama tiga jam. Peraturan terkini memestikan berpuasa hanya selama sejam, walaupun begitu beberapa penganut Katolik masih mematuhi peraturan lama.

Puasa dalam agama Yahudi
Rencana utama: Ta'anit
Puasa untuk umat Yahudi bermakna menahankan diri keseluruhannya dari makanan dan minuman, termasuk air. Gosok gigi diharamkan pada puasa hari besar Yom Kippur dan Tisha B'Av (lihat di bawah), tetapi dibenarkan pada puasa hari kecil. Memakan ubat pada umumnya tidak dibenarkan, kecuali di mana suatu arahan doktor akan melarangkan ketahanan diri. Umat Yahudi yang mengamal berpuasa sampai ke enam hari pada satu tahun. Dengan pengecualian Yom Kippur, puasa tidak dibenarkan pada Shabbat, kerana rukun menyimpan Shabbat adalah mengikut bible ditentukan dan mengatasi hari-ari puasa berinstitusi rabbi kemudian. Yom Kippur adalah satu-satunya rukun yang mana ditentukan dalam Torah

Puasa dalam agama lain
Amalan berpuasa tidak terhad kepada orang Islam sahaja. Penganut-penganut agama lain turut berpuasa, sebagai contoh agama Hindu, Kristian dan Yahudi. Apa yang membezakan puasa-puasa ini ialah cara perlaksanaan dan juga waktu berpuasa. Namun, tujuan dan matlamat puasa adalah sama, iaitu mendekatkan diri dengan Tuhan.

Puasa dan kesihatan
Ramai juga orang di zaman moden ini yang berpuasa atas sebab-sebab kesihatan, sama ada untuk menjalani pemeriksaan/pembedahan atau untuk menyihatkan badan.

Satu contoh yang utama ialah apabila pesakit dikehendaki berpuasa selama beberapa jam sebelum menjalani pembedahan atau prosedur-prosedur yang memerlukan penggunaan ubat bius. Ini kerana makanan di dalam perut boleh mengurangkan keberkesanan ubat bius itu. Satu lagi contoh ialah apabila menjalani sesetengah pemeriksaan kesihatan, biasanya kita akan diminta berpuasa supaya garis dasar (baseline) dapat dikenal pasti.

Ada juga orang yang berpuasa sebagai salah satu cara berdiet. Biasanya mereka perlu berpuasa agak lama, sekurang-kurangnya seminggu sebelum ia berkesan. Namun, mereka mungkin masih mengambil makanan sihat, seperti jus buah-buahan ataupun sayur-sayuran.
Kajian Puasa
Sebuah kajian yang agak baru ke atas tikus mendapati bahawa berpuasa selang sehari (Puasa Daud), dan memakan dua kali ganda lebih banyak pada hari-hari tidak berpuasa memberikan kawalan insulin yang lebih baik dan ketahanan neuron daripada kecederaan. Kesan-kesan ini hampir sama dengan tikus-tikus yang diberi diet kalori terhad. Ini mungkin bermakna berpuasa selang sehari merupakan satu alternatif kepada pengehadan kalori untuk hidup yang lebih sihat dan lama.

Ini adalah kerana badan manusia menggunakan lebih kurang satu pertiga keseluruhan tenaga semasa masa jaga. Apabila badan sentiasa menggunakan tenaga tetapi tiada makanan yang diambil, badan manusia akan mencari sumber tenaga yang lain, seperti glukosa daripada simpanan glikogen di dalam limpa, asid lemak daripada lapisan lemak yang disimpan, dan akhirnya daripada tisu-tisu protein yang penting. Badan manusia tidak mempunyai masalah untuk bergantung dengan asid lemak, tetapi otak dan sistem saraf bergantung kepada glukosa. Apabila simpanan glukosa ini telah hampir habis, badan manusia mula menghasilkan ketone bodies (acetoactate, hydroxy-butyrate, and acetone) daripada protein. Kehabisan sumber protein ini boleh menyebabkan kematian. Jadi, para doktor amat menggalakkan pemakanan yang berkhasiat sahaja apabila hendak berpuasa.

Selain itu, terdapat beberapa lagi kebaikan berpuasa untuk kesihatan, seperti:

memberi kerehatan kepada perut untuk meningkatan kecekapan
menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik di dalam darah manusia
mengurangkan/menghapuskan ketagihan terhadap arak dan rokok
Hasilnya, kesihatan manusia akan bertambah baik. Berat badan dan risiko-risiko penyakit yang berkaitan dengan kegemukan dapat dikurangkan, dan umur seseorang itu boleh bertambah panjang

Puasa dan politik
Puasa yang disebabkan oleh faktor politik ini (atau lebih dikenali sebagai mogok lapar) kelihatannya direka oleh Mohandas Gandhi (Mahatma Gandhi).

Mogok lapar ini telah digunakan oleh ramai orang di seluruh dunia, termasuklah Martin Luther King Jr. di Amerika dan Lanza del Vasto di Itali. Fenomena ini turut berlaku di Malaysia.

SALAH satu cara untuk mengatasi ketagihan rokok seperti yang dibincangkan dalam buletin ini adalah dengan cara berpuasa. Berpuasa sangat digalakkan kerana dalam hal ini ia merupakan satu bentuk latihan keazaman serta kesungguhan di samping manjalani amalan berhenti merokok secara berperingkat-peringkat. Dari kajian mendalam dalam bidang perubatan, berpuasa dianggap sebagai suatu bentuk terapi semula jadi yang boleh mengatasi beberapa masalah akibat pemakanan tidak betul disebabkan lebihan makanan yang seringkali timbul di negara maju dan membangun. Di antara masalah ini termasuklah penggumpulan lemak di saluran darah (Atherosclerosis), tekanan darah meningkat (Hypertension) penyakit jantung alahan dan penyakit kencing manis (diabetes).

Merokok dapat disamakan sebagai proses memasukkan bahan beracun dengan cara hisapan ke dalam tubuh. Melalui menghisap sebatang rokok tidak kurang dari 3,800 jenis racun akan disedut ke dalam tubuh semasa seseorang itu merokok. Secara semulajadi, bahan racun yang dihisap masuk akan dikeluarkan dari tubuh melalui proses perkumuhan (ekskresi) air kencing, najis atau pernafasan.

Jika tabiat ini dilakukan secara berterusan setiap hari, maka jumlah racun yang dihisap akan melebihi jumlah yang berupaya dikeluarkan oleh badan. Ini akan menghasilkan penggumpulan bahan racun di dalam badan. Kalau kita mempertimbangkan cara kemasukan racun melalui saluran lain seperti makanan atau minuman maupun udara tercemar, maka pertambahan racun di dalam tubuh tidak dinafikan meningkat berkali ganda. Dalam mengurangkan beban bahan racun yang terkumpul dalam badan maka alternatif yang ada ialah mengurangkan kemasukan bahan racun melalui saluran pernafasan atau pemakanan. Oleh itu amalan berpuasa selain dari memenuhi tanggungjawab agama, bertujuan untuk mencegah kemasukan bahan racun. Selain itu membolehkan badan melakukan proses pembersihan racun yang sedia terkumpul dalam badan. Keadaan yang berlaku semasa berpuasa dapat diumpamakan sebagai memberi rehat kepada badan daripada bekerja pada maksimum dalam mengeluarkan bahan racun yang memasuki tubuh.

Dari sudut lain pula, salah satu aktiviti berpuasa mencegah diri daripada mengambil makanan selama hampir 14 jam yang membolehkan organ penghadaman seperti perut, usus, pankreas, kelenjar hempedu dan hati berehat dari aktiviti pencernaan makanan. Tambahan pula, organ hati dalam keadaan tiada bahan yang perlu dihadamkan akan berubah kepada lebih aktiviti pembersihan seperti menukarkan simpanan lelemak di dalam badan kepada bentuk penjanaan tenaga yang diperlukan oleh badan.

Semasa berpuasa, bahan yang tersimpan di dalam badan akan disalurkan kepada bentuk yang lain yang digunakan oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi badan. Sebagai contoh, semasa berpuasa, simpanan tenaga dalam bentuk glikogen di dalam badan akan ditukarkan kepada glukosa dan seterusnya dimetabolismakan untuk menghasilkan tenaga. Dalam hal ini, proses penggunaan bahan simpanan atau bahan yang sedia ada dalam tubuh dikenali juga sebagai proses asas pemulihan (detoxification).

Walaupun banyak kajian menunjukkan bahawa puasa dapat memulihkan sesetengah penyakit, terdapat juga keadaan penyakit yang boleh diburukkan dalam berpuasa. Dalam hal ini wajarlah pesakit tersebut mendapat perhatian dan pemeriksaan doktor sebelum memulakan puasa.


Puasa pun dah nak dekat dah... so, marilah kita berpuasa sunat Rejab dan Syaaban sebagai latihan permulaan kita menempuh hari-2 puasa di bulan Ramadhan kelak...