The Alien - Link Select

Khamis, 27 Ogos 2015

Q.S. AN-NAHL 16 : 1-7 ???


ALLAH S.W.T
Berfirman :
Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha suci Allah dan Maha tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan.  Ia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya  :"Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku.    Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaku".  Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; Maha Tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan. Ia menciptakan manusia dari air benih, tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya.  Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya juga kamu makan.  Dan bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, keindahan ketika kamu membawanya balik untuk berihat, dan ketika kamu membawanya keluar.  Dan binatang-binatang itu pula membawa barang-barang kamu ke mana-mana negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya melainkan dengan menanggung susah payah. Sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya.

 [ Q.S. AN-NAHL 16 : 1-7 ]