The Alien - Link Select

Ahad, 27 November 2016

SULUKENYOGA ???

:: SULUKEN ::

SULUKEN :  
bermaksud, berzikir.  Ingat ALLAH dengan menyebut namanya berseorang dalam diri bersama ALLAH berserta kaedah kehidupan sebagai abdi Tuhan.

:: KAEDAH ::
Duduk tegak dalam keadaan bersila. Tangan berada di atas lutut dalam keadaan terbuka ke atas.
Menghadap kiblat
Muka  sedikit diangkat (20  darjah). Tumpuan difokus antara dua kening


:: TAFAKUR SULUKEN ::
Nafas Tarik perlahan dan lembut sehingga penuh paru-paru
Nafas hembus Perlahan dan lembut sehingga kosong paru-paru

Ketika menarik nafas.  Setkan minda untuk menegaskan ; “
“ALLAH Tiada Tuhan selain-Mu.  yang Esa, tiada sekutu bagi-Mu.”
Pastikan nafas itu bermula dna berakhir dalam ayat tersebut. Seiring bermulahnya  dan berakhirnya bacaan minda tadi.
Ketika menghembus nafas.  Setkan minda untuk menegaskan ;
“Tiada yang disembah selain-Mu.  Tiada kuasa selain Mu yang Agung.”

Ulanginya sebanyak  10 kali


Jangan peduli dgn aktiviti minda dan badan.  Duduk dengan releks tanpa gangguan.
Buat 2 kali sehari. 10 minit setiap kali

:: SOLAT SULUKEN ::

(*TARIK DAN HEMBUS NAFAS ADALAH LEMBUT DAN PERLAHAN - setting minda ialah kalimah ALLAH.  Zikirkan dalam minda dan hati.  Tutup mata dan Tumpukan perhatian pada titik antara dua kening dan gambarkan kalimah Alif Lam-Lam Ha di situ.)
Berdiri (Tarik nafas) - Mula
Angkat Tangan/ agungkan ALLAH, sentuh cuping telinga bawah dengan ibu jari dan bawah tangan ke dada. Tapak Tangan kiri di bawah tangan kanan (Hembus Nafas)
Tangan di dada (Tarik nafas)
Gerakan Tangan ke lutut untuk Rukuk(Hembus Nafas)
Rukuk (Tarik nafas)
Bangun dan gerakan tangan ke atas dan sentuh cuping telinga (Hembus nafas)
Agungkan ALLAH (Tarik Nafas)
Turunkan tangan dan gerakan ke bawah untuk Sujud (Hembus Nafas)
Sujud( Tarik Nafas)
Bangun duduk antara dua sujud (hembus nafas)
Duduk antara Dua Sujud(Tarik nafas)
Gerakan ke arah Sujud(Hembus nafas)
Sujud(Tarik Nafas)
Gerakan ke arah berdiri(Hembus nafas)
Berdiri(Tarik nafas)-akhir

Satu kitaran (Rakaat)

Buat 2 kitaran pada Fajar, Wusta dan Isyak
(Subuh 2K, Zohor 4K, Asar 4K, Maghrib 3K dan Isyak 4K) setiap hari
Pagi dan Petang bagi yang bukan Islam
Atau dalam keadaan masa lapang


:: MANFAAT ::

Kesihatan & Kekuatan Zahir dan Batin