The Alien - Link Select

Selasa, 10 November 2009

UTC 2010



EMPAYAR ISLAM SULUKEN

Bersama menyokong UTC demi kemerdekaan tanahair berdaulat yang diberkati Allah...
Saya Khalifah Muhammad Umar Saifullah, Empayar Islam Suluken sentiasa menyokong usaha-usaha kemerdekaan Darul Islam Sulu dan semoga Allah memberkati dan merahmati Sultan Sulu...




PAHLAWAN ADAMUS- NOVEL BARU!

Semalam aku bercuti sehari untuk bertemu dengan pihak PTS Fortuna bagi membincangkan Agreement dan novel baru saya yang bertajuk PAHLAWAN ADAMUS . Insyallah novel ini akan diterbitkan pada penghujung bulan 12 tahun 2009... selewat-lewatnya bulan Januari 2010. Insyallah... cuma editor mahukan penjelasan tentang dua perkara. Insyallah semua itu boleh diselelsaikan dalam masa terdekat... Sehari suntuk aku merayau dengan kengkawan di Ampang.. siap pi tengok wayang 'PAPADOM' yang aku tak pernah terfikir untuk menontonnya. Tapi, berbaloi jugala... citenya memang best dan banyak pengajaran yang boleh dimanfaatkan...
jam 2 petang kami bergegas ke Wangsa Melawati. Tiba di situ dalam jam 4 kot... sebab sesat di Taman Melawati.. hehehehe....
En. Syafiq sedang menunggu di hadapan restoran Ayam goreng kukus. Setelah bersalam kami menuju ke atas dan mula berbincang dengan En. Nazri selaku ketua di Fortuna. Aku membaca Agreement yang disediakan. dan memandangkan finalpruf belum ada ...dan aku tidak berpuas hati dengan situasi... aku bawa agreement itu balik dan akan tandatanganinya setelah finalpruf itu dan ilustrasinya dapat dilihat. DALAM NOVEL INI AKU MENGGUNAKAN NAMA PENA -NAMA ASAL AKU...DAN BUKAN SILZACK KHAIROL SEPERTI YANG DIGUNAPAKAI DALAM NOVEL 'AKU BUKAN HISYAM'(diedit dan dikomen oleh--- http://fantasiarjuna.blogspot.com/2009/01/aku-bukan-hisyam.html). Novel SaiFai yang diterbitkan oleh KD itu aku akan sambung siri ke dua...Insyallah...
Kini aku menunggu dengan penuh debaran. Moga-moga Pahlawan Adamus dapat menembusi pasaran Malaysia dan rantau Asia... insyallah....
sama-sama lah kita doakan kejayaan novel ini....

YESUS DIUTUS MENGISLAMKAN BANI ISRAEL SAHAJA!

Yesus is Muslim

Yesus @ Nabi Isa itu Islam dan 11 sahabatnya...

Imran:[51]
"Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus(Islam)".
[52]
Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah ia:" Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?". Orang-orang "Hawariyyuun" (Penyokong-penyokong Nabi Isa- 11 orang sahaja. 1 orang lagi Yudas- pengkhianat) berkata: "Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).
[53]
"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)".

nah... Yesus is Islam... I love Yesus!

Yesus Untuk bani Israel pada zamannya sahaja

I Timotius 2 : 5 “Sebab, hanya ada satu Allah, dan hanya satu penengah antara Allah dengan manusia, manusia itu Kristus Yesus.”

Matius 15:24 Yesus menjawab, "Aku diutus hanya kepada bangsa Israel, khususnya kepada mereka yang sesat."

Matius 1:21 Maria akan melahirkan seorang anak laki-laki. Anak itu harus engkau beri nama Yesus, karena Ia akan menyelamatkan umat-Nya/ Kaumnya(Bani Israel) dari dosa mereka."

Yesus juga berkata dalam Markus 12 : 29 “Yesus menjawab, "Perintah yang pertama, ialah: 'Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.”

Maka, setiap ayat2 dalam Bibel dikhususkan untuk Bani Israel sahaja.

Matius 28:19 "Sebab itu pergilah kepada segala bangsa(bani Israel ada 12 bangsa/ suku) di seluruh dunia, jadikanlah mereka pengikut-pengikut-Ku. Baptiskan mereka dengan menyebut nama Bapa, dan Anak, dan Roh Allah."

maka Yesus atau nabi Isa a.s diutus oleh Allah untuk menyampaikan Islam kepada Bani Israel yang sesat dari hukum-hukum Taurat Nabi Musa dan kemudian setelah diangkat ke langit oleh Allah, Nabi Muhammad meneruskan usaha dakwah ini kepada seluruh Manusia di dunia tanpa mengira bangsa dan tempat!

"Nabi Muhammad S.A.W adalah Rahmat bagi sekalian alam."