Selasa, 28 September 2010
MY-DAY TODAY...
Pagi lagi aku dah bangun, mandi dan hantar orang rumah aku ke stesen komuter. Balik je, aku lepak jap dalam keta. saja je tenangkan fikiran. Tanpa sedar jam dah masuk 6.15 pagi, aku cepat-cepat masuk rumah dan menunaikan solat subuh yang sepatutnya aku buat jam 5.51 tadi... sebab ada keje sikit, maka tangguh jap... hehehe, banyakknya dosa aku melengah-lengahkan solat wajib ni... entahlah... Semoga Allah mengampuni dosa2 ini... lepas wirid dan buat amal sikit, aku sarapan. Macam biasalah, Kopi Habbatussaudah, Kurma Badam, dan hari ini lain siit,... makananan dah takde. terpaksalah aku balun Maggi, (antara produk Yahudi Zionis)Ayam... campur telur...sedap la juga.... buat sementara ini boikot aku ke atas produk yahudi, tangguh ..hehehehe... gile... idea aku nak boikot produk yahudi ni... sambil2 tu aku tengok MHI...TV3-... dan time berita pagi..buletin utama laa... ada cite pasal Pulau Pinang, ketua menteri dia dapat sumbangan 1 juta dari satu badan perjudian dan disumbangkan kepada rakyat miskin tegar yang BUKAN MELAYU... hahahah nak tergelak aku dengan idea ketua pemimpin cina ini... PKR+ DAP la katakan... bukan aku nak hina sapa-sapa... kalau jadi pemimpin tu... kenalah adil, bantu semua rakyat, tidak kira bangsa dan agama... ini tak... ata sebab kononnya sumbernya tak halal, maka sumbangan tak halal itu di sumbangkan untuk rakyat yang bukan melayu... yang melayu ni pula ada seorang pemimpin nak cite pula pasal kerajaan Umar Abdul aziz... haiyya.... dia nak cite pasal kerajaan Islam... apa ingat, kerajaan Umar Abdul aziz tu ada bersekongkol dengan pemimpin bukan Islam ke??? dua-dua pun tak relevan!
betul lah kata Ketua Menteri Melaka, pagi tadi... buat parti dalam kacau bilau, maka pemerintahannya dan hasilnya pun kacau bilau! hahahaha..!!
aku dah muak dengan game politik kita ni....
aku merujuk je apa yang dalam berita tu.... korang-korang yang terasa tu...sorilah..... sapa makan cili dia lah terasa masinnya ...hehehehe oppsss... PEDASNYA! silap la pula!
anyway, hari ini aku mulakan kerja jam 8, (kononnya pekerja berintegriti la ni... hehehe) apapun.. aku kerja kerana Allah SWT sahaja... Boss aku cuma Allah... apa yang diperintahkan kepada aku itu adalah dari Allah selagi manaia tidak menentang Kitab Qur'an dan Sunnah nabi serta kelojikan akal waras manusia.... sambil2 tu aku minum pagi sambil buat kerja... malas aku nak join bebudak lain... minum sembang2mengumpat... buat dosa je... baik aku buat kerja sambil minum.. dapat gak pahala... kenyang dan puas hati aku...
ANYWAY AKU KEJE DULUAN YA.... apa2 hal nanti aku sambung petang karang... sj je amik masa...curi tulang sikit... hehehe...
Langgan:
Catatan (Atom)