Sekadar
perkongsian untuk semua. Akibat beberapa sebab seperti selalu berbuat maksiat,
jin akan cepat berdamping dengan orang-orang seperti ini. Tidak hairan jika ada
jin betina suka kepada lelaki yang suka buat maksiat. Apabila seseorang manusia
lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:
20 tanda
Lelaki di cintai Jin Betina
1)
Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini sikap
mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat beremosi seperti
pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah, pemalu, mudah putus asa dan
sebagainya.
2) Sangat
suka menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak ramai. Tanda yang boleh
diperhatikan ialah apabila anda berada dikhalayak ramai tambah pula kalau anda
menjadi tumpuan masyarakat ialah sekurang-kurangnya jari anda akan menggeletar.
Kalau yang lebih teruk anda boleh jadi menggeletar seluruh badan dan menjadi
sangat panik.
3) Suka
mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik. Contohnya anda selalu
membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan,
tidak kiralah samada perempuan tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang
anda pernah lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.
4) Suka
bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam.
5) Suka
duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama.
6) Sering
merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri
tidak tahu siapa orang tersebut.
7) Anda
akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada
wanita yang baru atau pun telah lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat
oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali
dipandang. Dan perasaan cinta tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat
sangat.
8) Anda
akan selalu didatangi oleh wanita samada yang anda kenali atau tidak. Wanita
yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda ketika anda mula mahu
melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan anda antara tidur dan
jaga. Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau
senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari itu.
9) Anda
kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan
kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka
ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia
suatu perkara yang benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan
semakin sayang kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda
dengan amat ketat.
Dan kalau
ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak, anda akan selalu termimpikan
anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya
sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda menghampiri atau menjadi gila. Atau
anda akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin
bisa ataupun dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.
10) Kalau
melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda
dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan merasakan bahawa betul-betul
berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka
menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri
sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya.
11) Apabila
anda bangun pagi anda dapat merasakan seolah-olah anda ditemani oleh seseorang
dan anda juga dapat merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang
wanita.
12) Apabila
anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan
dengan seseorang walaupun anda sedar bahawa anda tidur berseorangan.
13)
Kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin
yang mencintai dan mendampingi anda. Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut
hati apabila memandang anda seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita
cantik. Dan cahaya kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila
jin tersebut menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang
diamalkan mula memberikan kesan.
14)
Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk, kemungkinan anda akan mengalami
kerasukan atau kesurupan dimana anda dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh
cinta pada anda.
15) Anda
juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana
sahaja anda pergi.
16) Orang
lain juga akan perasan seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang
wanita sedang menemani anda. Tetapi apabila menghampiri bayangan hitam atau
kelibat wanita tidak kelihatan.
17)
Sekiranya jin yang mencintai anda merupakan jin yang kuat sifat cemburunya,
maka anda kemungkinan akan dihalang dari berkahwin kerana dia tidak mahu
berkongsi kekasihnya dengan orang lain.
18)
Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin, maka ia akan cuba memporak perandakan
rumah tangga anda. Anda dan isteri akan selalu bergaduh walaupun disebabkan
perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya menjadikan anda dan isteri bercerai
supaya anda hanya menjadi miliknya.
19) Nafsu
anda juga akan menjadi tidak terkawal. Anda akan selalu menginginkannya tidak
kira masa dan tanpa sebab yang munasabah. Dan tidak mustahil kalau jin betina
itu menjadikan isteri anda terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya anda
akan memuaskan nafsu anda dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia
antara faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol,
terutamanya kalau jin tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.
20) Kalau
ditakdirkan anda mendapat anak, tak mustahil ia akan mendatangi anak tersebut
seperti mana-mana cara yang dilakukan oleh anda ketika mendatangi anak anda,
terutamanya kalau anak itu anak lelaki.
Jadi apa
yang boleh saya simpulkan dalam keseluruhan artikel ini ialah tidak mustahil
berlakunya keadaan di mana jin yang mencintai manusia, tidak kiralah jin betina
mencintai manusia lelaki atau sebaliknya. InsyaAllah dalam artikel terbaru saya
akan saya kongsikan pula dengan pembaca tanda-tanda jin jantan menyintai
seorang wanita.
Adalah
sebaiknya kita amalkan membaca ayat-ayat untuk pendinding diri dari gangguan
atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang dapat kita lakukan. Yang
selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon perlindungan-Nya dari
kejahatan makhluk jin ini.