Wuduk atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum. Pengertian wuduk pada syarak adalah :-
Membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat
Hukum berwuduk adalah:
Wajib
Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.
Sunat
Ketika hendak mandi wajib
Hendak membaca al Quran, hadis dan buku
Ketika hendak tidur
Ketika marah
Cara berwuduk di dalam Islam berbeza sedikit mengikut mazhab:
Menurut Mazhab Syafie
Fardu/Rukun wuduk ada enam:
Niat
Membasuh muka
Membasuh kedua tangan hingga ke siku
Menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut di dalam hadnya
Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
Tertib
Menurut Mazhab Hambali
Fardu/Rukun wuduk ada tujuh:
Niat
Membasuh muka
Membasuh dua tangan hingga ke siku
Menyapu semua kepala
Membasuh dua kaki
Tertib
Berturut-turut
Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya adalah:
Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).
Hilang akal, sama ada sementara atau kekal.
Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan telapak tangan.
Tidur, kecuali apabila dalam keadaan duduk dan tidak berubah kedudukannya
Berikut merupakan cara-cara mendapatkan wuduk yang lebih sempurna:
Mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan
Mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali
Tidak berkata-kata
Menghadap kiblat
Berniat
Membaca basmalah
Membasuh telapak tangan hingga ke pergelangan
Berkumur
Menggosok gigi (bersiwak)
Membersihkan hidung
Membasuh muka
Membasuh tangan hingga ke siku
Mengusap sebagian kepala
Mengusap kedua telinga; luar dan dalam
Membasuh kaki hingga ke buku lali
Membaca doa sesudah berwuduk
Bersolat sunat wuduk sebanyak 2 raka'at.
Tertib (berurutan)
Menghadap ke arah Kiblat.
Membaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu'.
Berkumur atau bersugi.
Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
Menyapu air ke kepala.
Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'.
Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya.
Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
Berjimat ketika menggunakan air.
Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.
Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.
Ingatlah… setiap kali berwuduk disunatkan bagi kamu untuk bersugi atau memeberus gigi, atau sekurang-kurangnya berkumur-kumur dengan sedikit air garam atau ubat gigi yang wangi dan mewangikan mulut. Berkumur ubat gigi dalam 30 saat adalah memadai.
Sebelum memulakan wuduk baca ayat2 ini dan niat wuduk.
“Bismillahirrahammanirrahiim. Alhamdulillahirabbil a’alaminn… wa shallallahu alaa Muhammad. (Baca lah Niat wuduk dalam hati.)”
Ketika mencuci kedua belah tangan berdoalah dalam hati kepada Allah SWT. “Ya Allah (3kali), Ampunilah dosa-dosa tanganku ini dan permudahkanlah segala urusan dunia dan akhirat ku dengannya. Ya Allah Kurniakanlah aku rezeki yang halal dan terbaik untukku melaluinya (Usaha2yang dilakukan oleh tangan).
Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini sepertimana Engkau mengampuni dosa-dosa Mulut dan lidah Rasulullah SAW."
Ketika membasuh hidung. Bacalah niat/doa : “Ya Allah ampunilah dosa-dosa hidungku ini sepertimana Engkau mengampuni dosa-dosa hidung Rasulullah SAW.
Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, Kurniakanlah Nur pada wajah ku ini seperti mana Engkau memuliakan Rasulullah SAW dengan Nur-Mu.”
Ketika membasuh Tangan/ lengan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini seperti mana Engkau mempermudahkan Rasulullah SAW atas urusannya."
Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini"
Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang mahsyar dengan ArasyMu seperti mana Engkau melindungi Rasulullah SAW dari terik mentari Mahsyar."
Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini seperti mana Engkau mengampuni dosa-dosa telinga Rasulullah SAW."
Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim Dan ampunilah dosa-dosa kaki kanan ku ini seperti mana Engkau mengampuni dosa-dosa kaki kanan Rasulullah SAW."
Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat. Lindungi aku dari melangkah ke Neraka –Mu sepertimana Engkau melindungi Rasulullah SAW. Ampunilah dosa-dosa akki kiri ku seperti mana Engkau mengampuni dosa2 kaki kiri Rasulullah SAW"
Bacalah doa Wuduk seperti biasa.
Khasiat wuduk
Antara tip muka bercahaya yang membekas kepada kehidupan ialah kesan wuduk. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya umatku kelak akan dipanggil di hari kiamat dalam keadaan putih cemerlang kerana kesan daripada air wuduk. Jangan pandang kecil pada yang bernama pengampunan Allah sebab itulah pintu segala kebaikan dan kebajikan.Cuba lihat ibadat wuduk mendidik bersih hati dan nilai integriti. Wuduk biasanya dilakukan secara sendirian, tidak ada orang lain.
Secara amnya kita mendapati wuduk adalah salah satu langkah wajib atau syarat untuk memastikan solat atau sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam itu dianggap sah.Serta memastikan kebersihan anggota badan dan kesucian rohani dan jiwa itu sentiasa terpelihara.Namun demikian terdapat fadhilah lain juga boleh diperolehi oleh orang yang bersifat ikhlas dan menyempurnakan wuduknya dengan baik sekali.Misalnya:
Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361))
Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?".
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimanakah wuduk zahir dan batin itu?."
Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengna air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:-
Bertaubat
Menyesali dosa yang telah dilakukan
Tidak tergila-gilakan dunia
Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
Tinggalkan sifat berbangga
Tinggalkan sifat khianat dan menipu
Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata , "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap ke kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan ALLAH, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal Mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Sampaikanlah walau pun satu ayat.
Sampaikanlah kisah ini kepada sahabat-sahabat kita yang lain..........
Selasa, 7 Julai 2009
Langgan:
Catatan (Atom)