The Alien - Link Select

Khamis, 30 Mac 2017

SURAH AD-DUKHAN / ASAP ???

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

44:1. Ha Mim.

44:2. Demi Kitab yang jelas.

44:3. Kami turunkannya pada satu malam yang diberkati; Kami selamanya memberi amaran,

44:4. Di dalamnya segala urusan yang bijaksana ditentukan,

44:5. Sebagai satu urusan daripada Kami; Kami selamanya utus,

44:6. Sebagai satu pengasihan daripada Pemelihara kamu; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui,

44:7. Pemelihara langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya, jika kamu yakin.

44:8. Tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia menghidupkan dan mematikan; Pemelihara kamu dan Pemelihara bapa-bapa kamu yang dahulu.

44:9. Tidak, tetapi mereka adalah dalam keraguan, bermain-main.

44:10. Maka berjaga-jagalah akan satu hari apabila langit mendatangkanasap yang jelas,

44:11. Menutupi manusia; ini adalah azab yang pedih.

44:12. "Wahai Pemelihara kami, hilangkanlah azab daripada kami; kami adalah orang-orang mukmin."

44:13. Bagaimanakah peringatan bagi mereka, sesungguhnya Rasul yang jelas telah datang kepada mereka,

44:14. Kemudian mereka berpaling daripadanya, dan mereka berkata, "Seorang yang diajar, dirasuk!"

44:15. "Sungguh, Kami hilangkan sedikit azab itu; sungguh, kamu mengulangi!"

44:16. Pada hari apabila Kami serang dengan serangan yang besar, kemudian Kami lepaskan dendam Kami.

44:17. Kami telah pun sebelum mereka uji kaum Firaun, dan seorang Rasul yang mulia telah datang kepada mereka,

44:18. "Serahkanlah kepadaku hamba-hamba Allah; aku, bagi kamu, adalah seorang Rasul yang dipercayai,"

44:19. Dan, "Janganlah kamu meninggi terhadap Allah; sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan satu kuasa yang nyata,

44:20. Dan aku berlindung pada Pemeliharaku dan Pemelihara kamu, khuatir kalau-kalau kamu merejam aku.

44:21. Tetapi jika kamu tidak percayai aku, maka jauhilah aku!"

44:22. Dan dia menyeru Pemeliharanya, "Mereka ini kaum yang berdosa."

44:23. "Maka berjalanlah kamu dengan hamba-hamba-Ku pada sebahagian malam; sesungguhnya kamu akan diikuti.

44:24. Dan tinggalkanlah laut itu tenang; merekalah tentera yang ditenggelamkan."

44:25. Mereka tinggalkan berapa banyaknya taman (jannah), dan mata air,

44:26. Dan ladang-ladang yang telah disemai, dan betapa mulianya medan,

44:27. Dan kemewahan, di dalamnya mereka bergembira,

44:28. Begitulah; dan Kami wariskannya kepada kaum yang lain.

44:29. Langit tidak, dan tidak juga bumi menangis untuk mereka, dan tidak juga mereka ditangguhkan.

44:30. Dan Kami selamatkan Bani Israil daripada azab yang hina,

44:31. Daripada Firaun; sesungguhnya dia tinggi, termasuk orang-orang yang membazir (berlebihan).

44:32. Dan Kami pilih mereka daripada satu pengetahuan di atas semua alam,

44:33. Dan beri mereka ayat-ayat yang di dalamnya ujian yang nyata.

44:34. Mereka ini, benar-benar mereka berkata,

44:35. "Tiadalah ia, melainkan kematian kami yang pertama, dan kami tidak akan dihidupkan.

44:36. Datangkanlah bapa-bapa kami, jika kamu berkata benar!"

44:37. Adakah mereka lebih baik, atau kaum Tubba, dan orang-orang sebelum mereka yang Kami telah musnahkan? Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa.

44:38. Kami tidak cipta langit dan bumi dan semua yang di antara keduanya dengan bermain-main,

44:39. Kami tidak cipta keduanya melainkan dengan benar; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.

44:40. Sesungguhnya Hari Ketetapan jadi waktu mereka yang ditetapkan, kesemuanya,

44:41. Hari di mana seorang tuan tidak berguna sedikit pun kepada peliharaannya, dan mereka tidak akan ditolong,

44:42. Kecuali orang yang Allah mengasihani; sesungguhnya Dialah Yang Perkasa, Yang Pengasih.

44:43. Sesungguhnya pokok zaqum,

44:44. Makanan orang yang berdosa,

44:45. Seperti leburan tembaga merah yang menggelegak di dalam perut,

44:46. Seperti air yang mendidih menggelegak.

44:47. "Ambillah dia, dan tolaklah dia sampai di tengah-tengah Jahim,

44:48. Kemudian curahlah di atas kepalanya azab air yang mendidih!"

44:49. "Rasalah! Sesungguhnya kamu seorang yang perkasa, yang mulia.

44:50. Inilah apa yang mengenainya kamu meragui."

44:51. Sesungguhnya orang-orang bertakwa berada di sebuah medan yang aman,

44:52. Di dalam taman-taman dan mata-mata air,

44:53. Memakai pakaian sutera dan broked, berada berhadapan muka.

44:54. Begitulah; dan Kami jodohkan mereka dengan pengiring-pengiring yang bermata lebar,

44:55. Di dalamnya mereka seru segala buah-buahan, dengan aman.

44:56. Mereka tidak akan merasakan di dalamnya kematian, kecuali kematian yang pertama. Dan Dia lindung mereka daripada azab Jahim,

44:57. Pemberian daripada Pemelihara kamu; itulah kemenangan yang besar.

44:58. Sesungguhnya Kami memudahkan ia dengan lidah (bahasa) kamu, supaya mereka mengingati.


44:59. Maka berjaga-jagalah; mereka juga berjaga-jaga.

Ahad, 19 Mac 2017

SURAH PERHIASAN / AZ-ZUKHRUF ???

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

43:1. Ha Mim.

43:2. Demi Kitab yang jelas,

43:3. Sesungguhnya, Kami membuatnya sebuah Qur'an bahasa Arab supaya kamu faham.

43:4. Dan sesungguhnya ia adalah di dalam ibu Kitab, di sisi Kami; sungguh tinggi, bijaksana.

43:5. Adakah Kami akan ketepikan Peringatan daripada kamu, kerana kamu adalah kaum yang membazir (berlebihan)?

43:6. Berapa banyaknya Nabi yang Kami telah utus di kalangan orang-orang dahulu kala?

43:7. Tetapi tiada seorang Nabi datang kepada mereka, tanpa mereka memperolok-olokkannya.

43:8. Maka Kami musnahkan orang yang lebih kuat daripada mereka dan contoh orang-orang dahulu kala berlalulah.

43:9. Jika kamu tanya mereka, "Siapakah yang cipta langit dan bumi?" mereka akan berkata, "Yang Perkasa, Yang Mengetahui, cipta mereka."

43:10. Dia yang buatkan bumi untuk menjadi sebuah buaian untuk kamu, dan Dia buatkan jalan-jalan untuk kamu di dalamnya, supaya kamu dapat petunjuk,

43:11. Dan yang turunkan dari langit air menurut ukuran; dan Kami hidupkan dengannya tanah (negeri) yang sudah mati; begitulah kamu akan dikeluarkan,

43:12. Dan yang mencipta pasangan-pasangan, kesemuanya, dan buatkan untuk kamu, kapal dan binatang ternak, seperti yang kamu tunggang,

43:13. Supaya kamu duduk di atas punggungnya, dan kemudian mengingatkan rahmat Pemelihara kamu apabila kamu duduk di atasnya, dan berkata, "Dia disanjung, yang tundukkan ini untuk kami, dan kami sendiri tidak setanding dengannya,

43:14. Sesungguhnya kepada Pemelihara kami, kami balik."

43:15. Namun begitu, mereka adakan bagi-Nya sebahagian daripada hamba-hamba-Nya sendiri! Manusia nyatalah tidak berterima kasih (kafir).

43:16. Atau, adakah Dia pilih untuk-Nya, daripada apa dia cipta, anak-anak perempuan, dan Dia memilihkan untuk kamu, anak lelaki?

43:17. Dan apabila salah seorang antara mereka diberi berita gembira dengan apa yang dia samakan dengan Yang Pemurah, mukanya (wajahnya) jadi hitam, dan dia tercekik di dalam dirinya.

43:18. Apa, orang yang dibesarkan di tengah-tengah perhiasan, dan bila tiba pertengkaran, tidak kelihatan?

43:19. Dan mereka buatkan malaikat-malaikat, yang mereka itu sendiri hamba-hamba Yang Pemurah, perempuan. Apa, adakah mereka saksikan ciptaan mereka? Kesaksian mereka akan ditulis, dan mereka akan ditanya.

43:20. Mereka berkata, "Sekiranya Yang Pemurah hendak, tentu kami tidak sembah mereka." Mereka tidak ada pengetahuan mengenai itu; mereka hanya menduga.

43:21. Atau, adakah Kami beri mereka sebuah Kitab sebelumnya yang padanya mereka berpegang?

43:22. Tidak, tetapi mereka berkata, "Kami dapati bapa-bapa kami atas satu umat, dan kami dapat petunjuk atas bekas-bekas mereka."

43:23. Begitulah, Kami tidak utus sebelum kamu seseorang pemberi amaran ke sesebuah bandaraya, melainkan bahawa orang-orangnya yang hidup mewah berkata, "Sesungguhnya kami dapati bapa-bapa kami atas satu umat, dan kami atas bekas-bekas mereka."

43:24. Katakanlah, "Apa, walaupun aku datang dengan petunjuk yang lebih baik daripada yang kamu dapati pada bapa-bapa kamu?" Mereka berkata, "Kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya."

43:25. Maka Kami lepaskan dendam kepada mereka; dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang dustakan.

43:26. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, dan kaumnya, "Sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa kamu sembah,

43:27. Kecuali Yang memulakan aku; dan Dia akan beri petunjuk kepadaku."

43:28. Dan dia membuatnya satu kata yang kekal pada keturunannya, supaya mereka kembali.

43:29. Tidak, tetapi Aku beri kesenangan hidup mereka ini dan bapa-bapa mereka, sehingga yang benar datang kepada mereka, dan Rasul yang jelas.

43:30. Dan apabila yang benar datang kepada mereka, mereka berkata, "Ini sihir, dan kepadanya kami adalah orang-orang tidak percaya."

43:31. Mereka berkata, "Mengapakah al-Qur'an ini tidak diturunkan kepada sesetengah lelaki yang terkemuka di dua bandaraya?"

43:32. Apa, adakah mereka yang membahagikan pengasihan Pemelihara kamu? Kami membahagikan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan naikkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain dalam darjat, supaya sebahagian mereka ambil yang lain dalam perhambaan; dan pengasihan Pemelihara kamu adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.

43:33. Dan sekiranya manusia bukan umat yang satu, tentu Kami buatkan untuk orang-orang tidak percaya kepada Yang Pemurah, bumbung-bumbung rumah mereka daripada perak, dan tangga-tangga, yang di atasnya mereka menaiki,

43:34. Dan pintu-pintu rumah mereka, dan sofa-sofa yang di atasnya untuk bersandar,

43:35. Dan perhiasan-perhiasan; sesungguhnya semua ini tiadalah melainkan kesenangan kehidupan dunia, dan akhirat di sisi Pemelihara kamu adalah bagi orang-orang bertakwa.

43:36. Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami tentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai,

43:37. Dan mereka halangi mereka daripada jalan, dan mereka sangka mereka dapat petunjuk,

43:38. Sehingga, apabila dia datang kepada Kami, dia berkata, "Aduhai, sekiranya antara aku dan kamu sejauh dua Timur!" Buruknya teman yang dipercayai!

43:39. Ia tidak bermanfaat kepada kamu pada hari ini kerana kamu buat zalim; kamu adalah orang-orang yang bersekutu dalam azab.

43:40. Apa, adakah kamu akan jadikan orang yang pekak mendengar, atau adakah kamu akan beri petunjuk kepada orang yang buta, dan orang yang dalam kesesatan yang nyata?

43:41. Sama ada Kami hilangkan kamu, Kami akan lepaskan dendam kepada mereka,

43:42. Atau, Kami lihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa yang Kami janjikan mereka, sesungguhnya Kami mempunyai kuasa terhadap mereka.

43:43. Maka berpegangteguhlah kamu pada apa yang diwahyukan kepada kamu; sesungguhnya kamu adalah di atas jalan lurus.

43:44. Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi kamu, dan bagi kaum kamu; dan sungguh, kamu akan ditanya.

43:45. Tanyalah orang-orang daripada Rasul-Rasul Kami yang Kami utus sebelum kamu: adakah Kami buatkan, selain daripada Yang Pemurah, tuhan-tuhan untuk disembah?

43:46. Dan Kami utus Musa dengan ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, dan dia berkata, "Sesungguhnya aku adalah Rasul Pemelihara semua alam."

43:47. Tetapi apabila dia datang kepada mereka dengan ayat-ayat Kami, tiba-tiba mereka mengetawakannya.

43:48. Dan tiada satu ayat yang Kami lihatkan kepada mereka melainkan ia yang lebih besar daripada saudaranya; dan Kami ambil mereka dengan azab supaya mereka kembali.

43:49. Dan mereka berkata, "Wahai ahli sihir, serulah kepada Pemelihara kamu untuk kami dengan perjanjian yang Dia buat dengan kamu supaya kami benar-benar dapat petunjuk."

43:50. Tetapi apabila Kami hilangkan daripada mereka azab, tiba-tiba mereka mungkiri ketaatan mereka.

43:51. Dan Firaun umumkan kepada kaumnya, dia berkata, "Wahai kaumku, bukankah kepunyaanku kerajaan Mesir, dan sungai-sungai ini yang mengalir di bawahku? Apa, tidakkah kamu lihat?

43:52. Atau, tidakkah aku yang lebih baik daripada lelaki ini, yang keji, dan hampir tidak dapat menjelaskan?

43:53. Mengapa pula gelang-gelang emas tidak dilemparkan kepadanya, atau malaikat-malaikat tidak datang bersama dia untuk bergabung?"

43:54. Maka dia menggelisahkan kaumnya, dan mereka mentaatinya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasiq.

43:55. Maka, apabila mereka telah buat Kami murka, Kami lepaskan dendam kepada mereka, dan Kami tenggelamkan mereka kesemuanya,

43:56. Dan buat mereka sesuatu yang telah lalu, dan Kami jadikan mereka satu contoh bagi orang yang kemudian.

43:57. Dan apabila putera Mariam dijadikan satu contoh, tiba-tiba kaum kamu menghalanginya,

43:58. Dan berkata, "Apa, adakah tuhan-tuhan kami yang lebih baik, atau dia?" Mereka tidak menyebutnya kepada kamu, kecuali untuk membantah; tidak, tetapi mereka adalah kaum yang suka bertengkar.

43:59. Dia hanyalah seorang hamba yang Kami rahmati, dan Kami buat dia untuk menjadi satu contoh bagi Bani Israil.

43:60. Sekiranya Kami hendaki, tentu Kami lantik malaikat-malaikat di kalangan kamu untuk menjadi pengganti-pengganti di bumi.

43:61. Ia adalah pengetahuan mengenai Saat; janganlah ragu-ragu mengenainya, dan ikutlah aku. Inilah jalan lurus.

43:62. Janganlah syaitan menghalangi kamu; ia, bagi kamu, musuh yang nyata.

43:63. Dan apabila Isa datang dengan bukti-bukti yang jelas, dia berkata, "Aku datang kepada kamu dengan kebijaksanaan, dan supaya aku menjelaskan kepada kamu sebahagian apa yang dalamnya kamu selisihkan; maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.

43:64. Sesungguhnya Allah, Dia Pemeliharaku dan Pemelihara kamu; maka sembahlah Dia; inilah jalan lurus."

43:65. Tetapi golongan-golongan antara mereka berselisih; maka kecelakaanlah bagi orang-orang buat kezaliman kerana azab hari yang pedih.

43:66. Tidaklah mereka menanti-nanti melainkan Saat, bahawa ia akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak sedar?

43:67. Sahabat-sahabat pada hari itu jadi musuh kepada satu sama lain, kecuali orang-orang bertakwa,

43:68. "Wahai hamba-hamba-Ku, pada hari ini tidak ada ketakutan pada kamu, dan tidaklah kamu bersedih."

43:69. Orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat Kami, dan memuslimkan diri-diri mereka,

43:70. "Masuklah ke Taman (Jannah), kamu dan isteri-isteri kamu, berjalan dengan gembira!"

43:71. Dikelilingkan kepada mereka, pinggan-pinggan leper daripada emas, dan piala-piala, dan di dalamnya apa yang jiwa inginkan, dan yang menyeronokkan mata. "Dan di dalamnya kamu tinggal selama-lamanya.

43:72. Inilah Taman yang kamu diwariskan kerana apa kamu buat.

43:73. Di dalamnya kamu dapati buah-buahan yang banyak, dan daripadanya kamu makan."

43:74. Tetapi orang-orang yang berdosa akan tinggal selama-lamanya di dalam azab Jahanam,

43:75. Itu tidak diringankan daripada mereka, dan di dalamnya mereka berputus asa.

43:76. Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka sendiri adalah orang-orang zalim.

43:77. Dan mereka memanggil, "Wahai Malik, hendaklah Pemelihara kamu mengakhirkan kepada kami!" Dia berkata, "Sesungguhnya kamu akan menetap."

43:78. "Kami telah datangkan kepada kamu yang benar, tetapi kebanyakan kamu benci pada yang benar."

43:79. Atau, adakah mereka fikirkan sesuatu perkara? Kami juga fikirkan.

43:80. Atau, adakah mereka sangka Kami tidak dengar rahsia mereka, dan bicara rahsia mereka? Ia, Rasul-Rasul Kami ada di sisi mereka untuk menuliskannya.

43:81. Katakanlah, "Jika Yang Pemurah mempunyai seorang anak, maka aku yang pertama menyembahnya.

43:82. Pemelihara langit dan bumi disanjung, Pemelihara Arasy, di atas apa yang mereka terangkan!"

43:83. Kemudian tinggalkanlah mereka bersendiri untuk terjun dan bermain-main sehingga mereka menemui hari mereka yang mereka dijanjikan.

43:84. Dan Dia yang di langit Tuhan, dan di bumi Tuhan; Dia Yang Bijaksana, Yang Mengetahui.

43:85. Berkatnya Dia, yang bagi-Nya kepunyaan kerajaan langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya; di sisi-Nya pengetahuan mengenai Saat, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

43:86. Orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak ada kuasa pengantaraan, kecuali orang yang saksikan pada yang benar, dan mereka tahu.

43:87. Jika kamu tanya mereka, "Siapakah yang cipta kamu?" mereka akan berkata, "Allah." Bagaimanakah pula mereka dipalingkan?

43:88. Dan ucapannya, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya mereka ini adalah kaum yang tidak percayai."


43:89. Namun begitu, maafkan mereka, dan katakan, "Salam!" Kelak mereka akan tahu.

Khamis, 9 Mac 2017

ILMU PAGAR DIRI ZAHIR DAN BATIN ???



Memagar diri dengan AYAT QUR'AN iaitu Ayat Takhta ALLAH juga dikenali umum sebagai Ayat Qursyi.
BACA  Bismillah dan ayat Qursyi sambil menarik nafas. Sekali nafas sekali bacaan.

“ALLAHU LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUMU. LAA TA’KHUDZUHUU SINATUW WA LAA NAUUM. LAHUU MAA FISSAMAAWAATI WA MAA FIL ARDHI. MAN DZAL LADZII YASFA’U ‘INDAHUU ILLAA BI IDZNIHI. YA’LAMU MAA BAINA AIDIIHIM WA MAA KHALFAHUM. WA LAA YUHITHUUNA BI SYAI-IN MIN ‘ILMIHII ILLAA BI MAASYAA-A. WASI’A KURSIYYUHUSSAMAAWAATI WAL ARDHA. WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL ‘ALIYYUL AZHIIM.”

TERJEMAHAN :
2:255. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Kekal. Mengantuk tidak mengambil-Nya, dan tidak juga tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di dalam langit dan apa yang di dalam bumi. Siapakah dia yang akan mengantara di sisi-Nya, kecuali dengan izin-Nya? Dia tahu apa yang sebelum mereka, dan apa yang sesudah mereka, dan mereka tidak tahu sesuatu daripada pengetahuannya, kecuali apa yang Dia hendaki. Takhta-Nya merangkumi langit dan bumi, dan Dia tidak rasa tertekan menjaga keduanya; Dia Yang Tinggi, Yang Agung.

Apabila bacaan tamat, nafas yang ditarik juga tamat pada masa yang sama. Tahan nafas dan baca doa dalam hati.

“Subhanaka Ya ALLAH, Ya Rabbil ‘Aalamiin.  Jadikanlah Di diri zahir dan batinku ini seperti Kota Cahaya,  yang tidak dapat dikhianati oleh Syaitan Jin, Syaitan manusia  dan kejahatan haiwan serta kejahatan seluruh makhluk-Mu. Ya Rahmaanirrahiim, Ya Maalikiyawmiddin , iyyakana’buduu waiyyakanasta’in, Innaka sami’udduaa, Ya Rabbi Taqabbal -du’aai walhamduka yA Allahirrabbil ‘Aalamiin.”


Hembus nafas perlahan-lahan, bayangkan cahaya yang putih yang silau memenuhi seluruh tubuh zahir dan batin mu. amalkan setiap awal pagi dan awal malam. 



ANYASYALLAH besar manfaatnya untuk sesiapa yang mengamalkannya.

Rabu, 1 Mac 2017

DOA UNTUK WARGANEGARA DAN NEGARA MALAYSIA ???

DENGAN NAMA ALLAH YANG PEMURAH, YANG PENGASIH.
ALLAH DISANJUNG, SUCI ALLAH DARI SEGALA PENYEKUTUAN. TIADA TUHAN SELAIN ALLAH YANG ESA DAN TIADA SEKUTU BAGI ALLAH. TIADA SESUATU YANG DISEMBAH SELAIN ALLAH DAN TIADA KUASA SELAIN ALLAH YANG AGUNG.

ALLAH, TUHAN YANG SENTIASA MERAHMATI DAN MEMBERKATI MUHAMMAD RASULULULLAH DAN PENUTUP NABI-NABI.

SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI DOSA-DOSA WARGANEGARA DAN NEGARA MALAYSIA
SEMOGA ALLAH MERAHMATI DAN MEMBERKATI RAJA, WARGANEGARA DAN NEGARA MALAYSIA
SEMOGA ALLAH MEMUSNAHKAN MUSUH-MUSUH WARGA DAN NEGARA MALAYSIA, SAMA ADA DI DALAM ATAU DILUAR NEGARA INI.
SEMOGA ALLAH MELINDUNGI WARGANEGARA DAN NEGARA MALAYSIA INI DARI HASAD DENGKI SYAITAN JIN DAN SYAITAN MANUSIA DARI NEGARA-NEGARA DI SEKITARNYA.
SEMOGA ALLAH MENGEKALKAN KEMERDEKAAN WARGA DAN NEGARA MALAYSIA
SEMOGA ALLAH MENGEKALKAN PERPADUAN, KASIH SAYANG ANTARA WARGANEGARA DAN KEDAMAIAN NEGARA MALAYSIA.
SEMOGA ALLAH MEMULIHARA DAN MEMELIHARA WARGANEGARA DAN KEDAULATAN NEGARA MALAYSIA PADA SETIAP DETIK DAN MASA.

SEMOGA ALLAH YANG SENTIASA MENDENGAR DOA-DOA, MENGABULKAN DOA INI
KESEJAHTERAAN KEPADA PARA UTUSAN ALLAH
SEGALA PUJI BAGI ALLAH, YANG TIADA TUHAN SELAIN ALLAH,
TUHAN, PEMELIHARA YANG MEMILIKI NAMA-NAMA YANG INDAH
TUHAN, PENGUASA SELURUH ALAM YANG AGUNG.

SEGALA PUJI BAGI ALLAH