The Alien - Link Select

Rabu, 30 Mac 2016

SURAH PEMBEZA / AL-FURQAN ???


Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

25:1. Berkatnya Dia yang turunkan Pembeza kepada hamba-Nya agar dia menjadi seorang pemberi amaran bagi semua alam.

25:2. Yang kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi; Dia tidak ambil kepada-Nya seorang anak, Dia tidak ada sekutu dalam kerajaan; dan Dia cipta segala sesuatu, kemudian Dia tentukannya dengan satu penentuan.

25:3. Namun begitu, mereka ambil untuk mereka tuhan-tuhan, selain daripada-Nya, yang tidak cipta sesuatu sedang mereka sendiri diciptakan; dan mereka tidak berkuasa atas mudarat atau manfaat kepada diri-diri mereka sendiri; dan mereka tidak berkuasa atas kematian, dan tidak juga kehidupan, dan tidak juga kebangkitan.

25:4. Orang-orang tidak percaya berkata, "Ini tidak lain kecuali fitnah yang dia ada-adakan, dan kaum yang lain membantunya." Maka mereka mendatangkan kezaliman dan dusta.

25:5. Mereka berkata, "Dongeng orang-orang dahulu kala, yang dia tulis, yang diimlakkan kepadanya pada waktu awal pagi dan petang."

25:6. Katakanlah, "Yang turunkannya, yang tahu rahsia di langit dan bumi; sesungguhnya Dialah Pengampun, Pengasih."

25:7. Dan mereka berkata, "Apakah yang kena dengan Rasul ini, bahawa dia memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar? Mengapa seorang malaikat tidak diturunkan kepadanya untuk menjadi pemberi amaran bersamanya?

25:8. Atau, mengapakah harta simpanan tidak dilemparkan kepadanya, atau kebun (jannah) yang daripadanya dia makan?" orang-orang zalim berkata, "Kamu hanyalah ikut seorang lelaki yang kena sihir!"

25:9. Perhatikan bagaimana mereka buat persamaan-persamaan terhadap kamu, dan menjadi sesat, dan tidak boleh dapatkan jalan!

25:10. Berkatnya Dia yang, jika Dia hendaki, akan buatkan untuk kamu yang lebih baik daripada yang itu - taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, dan Dia jadikan untuk kamu istana-istana.

25:11. Tidak, tetapi mereka dustakan Saat; dan Kami sediakan bagi orang yang dustakan Saat dengan yang Menyala.

25:12. Apabila ia lihat mereka dari tempat yang jauh, mereka dengar gelegaknya, dan keluhannya.

25:13. Dan apabila mereka dilemparkan, diikat bersama dalam belenggu, ke dalam tempat yang sempit di Api, mereka menyeru di sana untuk kebinasaan.

25:14. "Jangan seru pada hari ini untuk satu kebinasaan, tetapi serulah kebinasaan yang banyak!"

25:15. Katakanlah, "Adakah itu lebih baik, atau Taman Yang Kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa, dan ia adalah balasan bagi mereka dan kepulangan?"

25:16. Bagi mereka, di dalamnya apa yang mereka hendaki, tinggal selama-lamanya; ia adalah satu janji yang mengikat Pemelihara kamu, dan hendaklah ditanya.

25:17. Pada hari Dia kumpulkan mereka, dan apa-apa yang mereka sembah, selain daripada Allah, dan berkata, "Adakah kamu yang sesatkan mereka ini, hamba-hamba-Ku, atau adakah mereka sendiri yang sesat daripada jalan?"

25:18. Mereka berkata, "Engkau disanjung! Tidaklah patut bagi kami ambil untuk kami wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Engkau; tetapi Engkau telah beri kesenangan hidup mereka dan bapa-bapa mereka sehingga mereka melupakan Peringatan, dan mereka adalah kaum yang keji."

25:19. Maka mereka dustakan apa yang kamu kata, dan kamu tidak boleh palingkannya, dan tidak juga dapatkan sebarang pertolongan. Sesiapa antara kamu yang buat zalim, Kami akan rasakan kepadanya azab yang besar.

25:20. Dan Kami tidak utus sebelum kamu para utusan melainkan mereka memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar; dan Kami buatkan sebahagian kamu jadi satu cubaan bagi sebahagian yang lain, "Mahukah kamu sabar?" Pemelihara kamu melihat.

25:21. Berkata orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami, "Mengapakah malaikat-malaikat tidak diturunkan kepada kita, atau mengapakah kita tidak melihat Pemelihara kita?" Mereka sombong di dalam diri-diri mereka, dan jadi penghina, dengan penghinaan yang besar.

25:22. Pada hari mereka melihat malaikat-malaikat, tidaklah ada berita gembira pada hari itu bagi orang-orang yang berdosa; mereka berkata, "Satu larangan yang terlarang!"

25:23. Kami hadapkan apa-apa amalan yang mereka buat, dan membuatnya debu yang bertaburan.

25:24. Penghuni-penghuni Taman pada hari itu adalah lebih baik tempat menginap mereka, lebih baik tempat istirahat mereka.

25:25. Pada hari langit berpecah belah dengan awan-awan, dan malaikat-malaikat turun, dengan penurunan.

25:26. Kerajaan pada hari itu, Kerajaan yang benar, kepunyaan Yang Pemurah, dan ia adalah hari kesukaran bagi orang-orang tidak percaya.

25:27. Pada hari orang yang zalim menggigit tangan-tangannya, dengan berkata, "Aduhai, sekiranya aku telah ambil jalan bersama Rasul!

25:28. Celakalah aku! Sekiranya aku tidak ambil si polan sebagai sahabat!

25:29. Sesungguhnya dia sesatkan aku daripada Peringatan setelah ia datang kepadaku; syaitan adalah pengabai manusia."

25:30. Rasul berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan."

25:31. Begitulah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi musuh di kalangan orang-orang yang berdosa; tetapi Pemelihara kamu mencukupi sebagai pemberi petunjuk, dan sebagai penolong.

25:32. Orang-orang tidak percaya berkata, "Mengapakah al-Qur'an tidak diturunkan kepadanya semua sekali gus?" Begitulah, supaya Kami teguhkan hati kamu dengannya, dan Kami bacakannya dengan bacaan sebenar.

25:33. Mereka tidak datang kepada kamu dengan sebarang persamaan melainkan Kami datangkan kepada kamu yang benar, dan penjelasan (tafsir) yang lebih baik.

25:34. Orang-orang yang akan dikumpulkan ke Jahanam di atas muka-muka mereka, mereka berada di tempat yang lebih buruk dan lebih jauh sesat daripada jalan.

25:35. Kami beri Musa al-Kitab, dan melantik bersama dia saudaranya Harun sebagai wazir.

25:36. Dan Kami berkata, "Pergilah kepada kaum yang dustakan ayat-ayat Kami"; kemudian Kami binasakan mereka dengan kebinasaan yang sebenar-benarnya.

25:37. Dan kaum Nuh, apabila mereka dustakan Rasul-Rasul, Kami tenggelamkan mereka, dan Kami buat mereka menjadi satu ayat bagi manusia; dan Kami sediakan bagi orang-orang zalim, azab yang pedih.

25:38. Dan Ad, dan Tsamud, dan penduduk Ras, dan antara yang demikian, generasi-generasi yang banyak.

25:39. Dan masing-masing Kami jadikan persamaan-persamaan, dan masing-masing Kami binasakan, dengan kebinasaan.

25:40. Sesungguhnya mereka telah mendatangi bandar raya yang dihujani hujan yang buruk; apa, tidakkah mereka melihatnya? Tidak, tetapi mereka tidak mengharapkan kebangkitan.

25:41. Dan apabila mereka melihat kamu, mereka hanya ambil kamu dalam ejekan, "Apa, inikah dia yang Allah bangkitkan sebagai seorang Rasul?

25:42. Sesungguhnya dia hampir-hampir sesatkan kita daripada tuhan-tuhan kita, tetapi kita sabar pada mereka." Kelak mereka akan tahu, apabila mereka melihat azab, siapa yang lebih jauh sesat daripada jalan.

25:43. Sudahkah kamu lihat orang yang mengambil keinginannya menjadi tuhannya? Adakah kamu jadi wakil kepada mereka?

25:44. Atau, kamu sangka kebanyakan daripada mereka mendengar atau memahami? Mereka, tidak lain, adalah seperti binatang ternak; tidak, mereka lebih jauh sesat daripada jalan.

25:45. Tidakkah kamu renungkan Pemelihara kamu, bagaimana Dia menjulurkan bayang-bayang? Sekiranya Dia hendak tentu Dia membuatnya tetap berdiam. Kemudian Kami buatkan matahari untuk menjadi satu panduan kepadanya.

25:46. Kemudian Kami menariknya kepada Kami, dengan tarikan perlahan-lahan.

25:47. Dia yang buatkan malam bagi kamu untuk menjadi pakaian, dan tidur untuk rehat, dan siang Dia buatkan untuk kebangkitan.

25:48. Dan Dia yang utus angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya; dan Kami turunkan dari langit air yang bersih,

25:49. Supaya Kami hidupkan tanah yang mati, dan memberi minum daripadanya, daripada apa yang Kami ciptakan, binatang ternak dan manusia yang ramai.

25:50. Sesungguhnya Kami mengulang-ulanginya di kalangan mereka supaya mereka mengingati; namun begitu, kebanyakan manusia menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.

25:51. Sekiranya Kami hendak, tentu Kami bangkitkan di tiap-tiap bandar raya, seorang pemberi amaran.

25:52. Maka jangan taati orang-orang tidak percaya, tetapi berjuanglah terhadap mereka dengan perjuangan yang besar.

25:53. Dan Dia yang membiarkan dua laut, yang ini bersih dan enak, rasanya menggembirakan, dan yang ini masin dan pahit, dan Dia letak di antara mereka satu barzakh (tembok), dan satu larangan yang terlarang.

25:54. Dan Dia yang ciptakan daripada air, manusia, dan membuatnya sekeluarga melalui darah dan perkahwinan; Pemelihara kamu Berkuasa.

25:55. Dan mereka sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak manfaatkan mereka, dan tidak juga mudaratkan mereka; dan orang tidak percaya adalah penyokong menentang Pemeliharanya.

25:56. Dan Kami tidak utus kamu, melainkan sebagai pemberi berita gembira, dan pemberi amaran.

25:57. Katakanlah, "Aku tidak minta upah kepada kamu untuk ini, ia hanyalah bagi orang yang hendak akan ambil kepada Pemeliharanya satu jalan."

25:58. Tawakallah (percayakanlah) kepada Yang Hidup, Yang Tidak Mati, dan sanjunglah dengan memuji-Nya. Cukuplah dengan Dia menyedari kesalahan-kesalahan hamba-hamba-Nya,

25:59. Yang cipta langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya, dalam enam hari, kemudian duduk di atas Arasy, Yang Pemurah; maka tanyalah yang maklum mengenainya!

25:60. Tetapi apabila dikatakan kepada mereka, "Sujudlah kamu kepada Yang Pemurah", mereka berkata, "Dan apakah ia Yang Pemurah? Adakah kami akan sujud kepada apa yang kamu perintahkan kami?" Dan ia menambahkan mereka dalam pelarian.

25:61. Berkatnya Dia yang meletakkan di langit gugusan bintang, dan Dia letak pada mereka sebuah lampu, dan bulan yang memberi cahaya.

25:62. Dan Dia yang buatkan malam dan siang silih berganti bagi orang yang hendak mengingati, atau hendak berterima kasih.

25:63. Hamba-hamba Yang Pemurah ialah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan yang, apabila orang-orang bodoh berucap kepada mereka, mereka berkata, "Salam",

25:64. Yang melalui malam dengan bersujud kepada Pemelihara mereka, dan berdiri.

25:65. Yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, Engkau palingkanlah daripada kami azab Jahanam; sesungguhnya azabnya adalah penderitaan yang paling ngeri,

25:66. Buruknya ia sebagai sebuah tempat menginap, dan sebuah tempat tinggal."

25:67. Yang, apabila mereka nafkahkan (belanjakan) tidak membazir, dan tidak juga kikir, tetapi di antara yang demikian itu, dengan satu pendirian yang saksama,

25:68. Yang tidak menyeru tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dengan patut, dan tidak juga berzina, kerana sesiapa yang buat demikian itu akan temui harga dosa.

25:69. Akan dilipatgandakkan azab untuknya pada Hari Kiamat, dan dia tinggal di dalamnya, terhina selama-lamanya.

25:70. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan buat amalan (kerja-kerja) yang baik; bagi mereka itu, Allah akan tukar kejahatan-kejahatan mereka dengan yang baik, dan Allah Pengampun, Pengasih.

25:71. Dan sesiapa bertaubat, dan buat kerja-kerja baik , dia benar-benar bertaubat kepada Allah dalam taubat.

25:72. Dan orang-orang yang tidak saksikan yang dusta, dan apabila mereka melalui percakapan yang sia-sia, mereka melaluinya dengan mulia,

25:73. Dan orang-orang yang apabila mereka diingatkan dengan ayat-ayat Pemelihara mereka, tidak jatuh padanya, pekak dan buta,

25:74. Yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang bertakwa."

25:75. Mereka itu dibalas dengan bilik yang tertinggi, kerana mereka sabar, dan mereka akan terima di dalamnya salam hormat, "Salam!"

25:76. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya; adalah baik sebagai sebuah tempat menginap, dan sebuah tempat tinggal.

25:77. Katakanlah, "Pemeliharaku tidak pedulikan kamu sekiranya tiada seruan kamu. Maka sesungguhnya kamu telah dustakan, dan pasti ia akan mengikat."


Daftar Surah

Khamis, 24 Mac 2016

KALIMAH IMAN???


ALLAH S.W.T
Berfirman :
"Tidak ada tuhan melainkan Allah"
[ Q.S. 37:35 ]
"Allah saksikan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, dan para malaikat, dan orang-orang yang berpengetahuan, yang tegakkan keadilan; tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Perkasa, Yang Bijaksana" [ Q.S. 3:18 ]
“Maka ketahuilah kamu bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah, dan mintalah ampun untuk kesalahan kamu, dan untuk orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan. Allah tahu ulang-alik kamu, dan tempat tinggal kamu.”
[ Q.S. 47 : 19 ]

"Dan Kami utus kamu (Muhammad) kepada manusia sebagai Rasul, dan cukuplah Allah jadi saksi"
[ Q.S. 4:79 ]

"Dia yang mengutus Rasul dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia pertinggikannya di atas setiap agama.  Cukuplah Allah sebagai saksi"
[ Q.S. 48:28 ]

"Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata, 'Kami saksikan bahawa kamu benar-benar Rasul Allah.' Dan Allah tahu bahawa kamu adalah benar-benar Rasul-Nya, dan Allah saksikan bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar pendusta-pendusta"
[ Q.S. 63:1 ]

Katakanlah, "Wahai manusia, aku adalah Rasul Allah kepada kamu semua, yang bagi-Nya kerajaan langit dan bumi. Tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka percayalah kepada Allah, dan Rasul-Nya, Nabi yang ummiy, yang percayai Allah dan kata-kata-Nya, dan ikutlah dia supaya kamu dapat petunjuk."
[ Q.S. 7:158 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Perbanyakkanlah mengucap kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH.”
Daripada Abu Hurairah RA
 [ H.R.S : Imam Ahmad & Tabrani Ra. A. ]

 “Sebaik-baik zikir ialah LAA ILAAHA ILLALLAH. dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah.”
Daripada Jabir bin AbdullahR.A
[ H.R.S : Imam Tirmizi Ra. A. ]

“Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan Laa ilaha illallah (Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah S.W.T) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti ditengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman”.
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

“Dahulu Bani Israel dipimpin oleh para nabi, ketika wafatnya seorang nabi maka datanglah nabi setelahnya, namun tidak ada nabi lagi setelahku.”
Daripada Abu Hurairah RA
[ H.R.S : Imam Bukhari &  Muslim Ra. A.]

“Sesungguhnya akan datang pada umatku tiga puluh pembohong, semuanya mengaku sebagai nabi, padahal akulah penutup para nabi (khaatam an nabiyyin), tak ada lagi nabi setelahku.”
Daripada Tsauban RA
[ H.R.S : Imam Abu Daud & Tirmidzi Ra. A.]

“Akulah batu bata tersebut, dan aku adalah penutup para nabi.”
Daripada Abu Hurairah RA

[ H.R.S : Imam Bukhari &  Muslim Ra. A.]


“Tiada Tuhan selain ALLAH, tiada sekutu bagiNya.  Muhammad itu Rasulullah dan penutup kenabian.”
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A.

Selasa, 22 Mac 2016

QUR'AN ???

ALLAH S.W.T 
Berfirman :
"Maka berpegang teguhlah kamu pada apa yang diwahyukan kepada kamu; sesungguhnya kamu adalah di atas jalan lurus. Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi kamu, dan bagi kaum kamu; dan sungguh, kamu akan ditanya." 
[ Q.S 43:43-44 ]
"Katakanlah (Muhammad), 'Perkara apakah paling besar dalam kesaksian?' Katakanlah, 'Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai.'" 
[ Q.S 6:19 ]
"Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah dibacakan, dan Rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi petunjuk pada jalan lurus." 
[ Q.S 3:101 ]

"Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepada kamu pada satu masa jeda antara Rasul-Rasul, supaya kamu tidak kata, 'Telah tidak datang kepada kami sebarang pembawa berita gembira, dan tidak juga sebarang pemberi amaran.' Sungguh, telah datang kepada kamu pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; Allah berkuasa atas segala sesuatu." 
[ Q.S 5:19 ]

"Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab bagi kaum yang tahu,
pemberi berita gembira, dan pemberi amaran, tetapi kebanyakan mereka berpaling, dan tidak mendengar." 
[ Q.S 41:3-4 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W 
Bersabda : 
"Sebaik-baik HADIS adalah Kitab Allah (Al-Qur'an), dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah SAW, dan paling jeleknya perkara adalah semua perkara yang baru, dan setiap perkara yang baru adalah bid’ah, dan semua bid’ah itu sesat”.
[ H.R.S : Imam Muslim dan Imam Baihaqi Ra.A. ]

“Kutinggalkan kepadamu dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab ALLAH (Al Quran) dan petunjukku (‘ltrah Ahlul Baitku).”
Daripada Ibnu ‘Abbas R.A & Zaid bin Al-Arqam RA
[ H.R.S : Imam al-Hakim & Imam Muslim Ra. A. ]

"Sampaikanlah dariku walau satu ayat,… barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah kuucapkan maka bersedialah menepati tempat duduknya di Neraka."
Daripada Abu Hurairah, Abdullah Bin Mas’ud dan Ummu Salamah RA
[ H.R.S : Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Hibban, Abu Dawud, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Ad-Darimi dan Ahmad ]

Selasa, 15 Mac 2016

DOA MAKAN ???


ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Dan janganlah makan apa yang padanya nama ALLAH  tidak disebut; ia adalah kefasiqan. Syaitan-syaitan mewahyukan wali-wali mereka untuk membantah kamu, dan jika kamu taati mereka, kamulah orang-orang yang sekutukan.”
[ Q.S. BINATANG TERNAK / AL-AN’AM 6 : 121 ]

"Dan akhir seruan mereka, ‘Segala puji bagi Allah (ALHAMDULILLAH), Pemelihara semua alam.’"
 [ Q.S. YUNUS 10 : 10 ]

RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Apabila seseorang di antara kamu memakan makanan, hendaklah membaca:“Dengan nama Allah.”  Apabila seseorang itu terlupa untuk membacakan doa pada permulaannya ia makan, maka hendaklah ia membaca: “Dengan (menyebut) nama Allah dari awal dan di akhir (aku makan).”
[ AL-HIKMAH  H.R.S : IMAM ABU DAUD, TIRMIZI  Ra. A. ]

 “Wahai Ghulam, bacalah “Bismillah”, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang ada di hadapanmu.”
Daripada ‘Umar bin Abi Salamah R.A
 [ AL-HIKMAH  H.R.S : IMAM BUKHARI & MUSLIM Ra. A. ]

“sesungguhnya, Syaitan menghalalkan makanan yang tidak disebutkan nama ALLAH padanya.”
Daripada Huzaifah R.A
[ AL-HIKMAH  H.R.S : IMAM IMAM ABU DAUD  Ra. A. ]

“Sesungguhnya Allah Ta’ala sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan Tahmid (ALHAMDULILLAH ) sesudah makan dan minum.”
Daripada Anas bin Malik R.A
 [ AL-HIKMAH  H.R.S : IMAM MUSLIM Ra. A. ]

“Apabila kamu makan dan minum, maka janganlah kamu lupa akan Nama ALLAH untuk disebut padanya.  Berdoalah seperti yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW.  Semoga ALLAH memberkati kamu dengan makanan dan minuman itu, menjadi seorang Muslim yang baik.” 

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A

Isnin, 14 Mac 2016

SALAMUN ALAIKUM ???


Allah mengajar hamba-hamba-Nya. Dia mengajar melalui al-Kitab yang diturunkan kepada Rasul. Al-Kitab mengandungi petunjuk yang lengkap kepada jalan lurus. Tiada satu pun dilupakan-Nya, baik besar mahupun kecil, termasuk amalan salam hormat sesama manusia.

"Salam hormat" dalam bahasa Melayu adalah "hayya" dalam bahasa al-Qur'an, atau Arab. Kalimat itu disebut sebanyak sepuluh kali dan didapati pada tujuh ayat Kitab tersebut. Bilangannya banyak, lantas menunjukkan salam hormat antara sesama manusia adalah penting dan berfaedah.

Buat permulaan, diturunkan di bawah ini tiga daripada ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat hayya, atau salam hormat berbunyi,

"Seruan mereka di dalamnya (syurga), 'Engkau disanjung, ya Allah', dan salam hormat mereka, 'Salam', dan akhir seruan mereka, 'Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam'" (10:10).

"bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, dimasukkan ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dengan izin Pemelihara mereka; salam hormat mereka di dalamnya, 'Salam!'" (14:23).

"Salam hormat mereka, pada hari mereka temui-Nya, ialah 'Salam!' Dan Dia sediakan bagi mereka upah yang mulia'" (33:44).

Salam, atau salaam dalam lafaz Arab, adalah bunyi salam hormat di akhirat bagi orang-orang yang dimasukkan ke dalam syurga. Itu juga salam hormat pada hari orang-orang mukmin menemui Allah. Ia disebut "Salam" (sin lam mim) bukan "As-Salam" (alif lam sin lam mim) kerana kalimat yang kedua itu adalah nama Tuhan (59:23).

Salam bermaksud "sejahtera" atau "kesejahteraan" atau "peace" dalam bahasa Inggeris.

Salam hormat tadi, yang diguna di akhirat, didapati diguna di dunia ini juga. Ayat-ayat Allah yang menunjukkan kegunaannya adalah:

"Rasul-Rasul Kami telah datang kepada Ibrahim dengan berita gembira; mereka berkata, 'Salam!' Dia berkata, 'Salam'" (11:69).

"Hamba-hamba Yang Pemurah ialah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan yang, apabila orang-orang bodoh berucap kepada mereka, mereka berkata, 'Salam'" (25:63).

Daripada ayat-ayat tersebut dapat dipelajari bahawa "Salam" diguna kepada orang-orang yang percaya kepada Allah dan ayat-ayat-Nya, seperti Nabi Ibrahim, dan juga kepada orang-orang tidak percaya, atau orang-orang bodoh.

Salam hormat yang dianjur oleh Allah, yang diberkati-Nya dan baik, harus menjadi pakaian manusia di dunia ini. Itu adalah perintah-Nya. Perintah tersebut terkandung di dalam ayat berikut:

"Apabila kamu masuk rumah, berilah salam kepada diri-diri (sesama) kamu dengan salam hormat daripada Allah, yang diberkati dan baik. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham" (24:61).

Sebaliknya pula, Dia murka terhadap orang-orang yang tidak menggunakan salam hormat yang telah diajar-Nya. Kemurkaan-Nya tersirat di dalam ayat berbunyi,

"Kemudian, apabila mereka datang kepada kamu, mereka beri salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu" (58:8).

Begitulah beratnya salam hormat ajaran Allah di sisi-Nya. Selain ucapan "Salam" Dia juga ajar serta menyuruh ucapkan kalimat Salamun alaikum yang bermaksud Sejahtera ke atas kamu. Suruhan tersemat pada ayat bererti,

"apabila orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu (Muhammad), katakanlah, 'Salamun alaikum'" (6:54).

Nabi telah ucapkan Salamun alaikum, atas perintah Allah, kepada orang-orang yang percayai ayat-ayat al-Qur'an, yang datang kepadanya. Salam yang diajar kepadanya, dan kepada semua hamba-hamba-Nya di dunia ini, adalah "diberkati dan baik" (sila rujuk ayat 24:61 yang disebut tadi).

Seperti itu juga diucap dalam situasi lain, seperti tatkala menarik diri daripada orang-orang bodoh, iaitu mereka yang tidak percayai ayat-ayat al-Qur'an, yang bercakap sia-sia mengenai agama. Firman-Nya:

"Apabila mereka dengar percakapan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya, dan berkata, 'Bagi kami amalan-amalan kami, dan kamu, amalan-amalan kamu. Salamun alaikum! Kami tidak inginkan orang-orang bodoh'" (28:55).

"Kum" pada "salamun alaikum" adalah untuk jamak. Kepada seorang sahaja disebut "ka", seperti Nabi Ibrahim menyebut dalam ucapan kepada bapanya berbunyi "Salamun alaika (Sejahtera ke atas kamu)." Pengajaran didapati pada ayat Allah bermaksud,

"Dia berkata, 'Salaamun alaika!' Aku akan minta ampun untuk kamu kepada Pemeliharaku; sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku" (19:47).

Seterusnya, salam yang diajar Tuhan menjadi tanda untuk mengenali sama ada seseorang berada dalam keadaan baik atau buruk - sama ada dia masuk syurga atau neraka. Tanda dikenali ketika dia didatangi malaikat untuk mematikannya. Kepada orang baik, malaikat-malaikat beri salam hormat menurut ajaran Tuhan. Ayat di bawah menjelaskannya:

"Yang malaikat-malaikat matikan sedang mereka berkeadaan baik, dengan berkata, 'Salamun alaikum! Masuklah ke Taman kerana apa kamu buat'" (16:32).

Bagi orang dalam keadaan buruk pula, dia tidak diberi salam, tetapi hanya kata-kata yang mengancam, sebagaimana digambarkan di dalam dua ayat berikut:

"Jika kamu dapat lihat ketika orang-orang zalim dalam sengsara kematian, dan malaikat-malaikat menjulurkan tangan-tangan mereka, 'Keluarkanlah jiwa kamu! Hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan kerana kamu kata yang tidak benar terhadap Allah, dan sombong terhadap ayat-ayat-Nya'" (6:93).

"Jika kamu dapat lihat ketika para malaikat mematikan orang-orang tidak percaya, dengan memukul muka-muka mereka, dan belakang mereka, 'Rasalah azab yang membakar,'" (8:50).

Salamun alaikum pun diucap di akhirat, kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam Taman (syurga). Tiga ayat di bawah membuktikannya:

"Dan di antara keduanya ada tabir, dan di atas Benteng adalah lelaki-lelaki yang mengenali masing-masing dengan tanda mereka yang memanggil penghuni-penghuni Taman, 'Salamun alaikum!' Mereka belum memasukinya, dan mereka sangat menginginkannya" (7:46).

"'Salamun alaikum, kerana kamu telah sabar.' Sangat baiknya tempat kediaman muktamad" (13:24).

"Kemudian orang-orang bertakwa kepada Pemelihara mereka dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Taman, sehingga apabila mereka datang kepadanya, dan pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, 'Salamun alaikum! Kamu telah maju dengan baik; masuklah untuk tinggal selama-lamanya'" (39:73).

Salam yang diterima harus dibalas. Ia dibalas dengan salam yang serupa atau yang lebih baik. Perkara ini bukan remeh kerana Allah buat hitungan ke atasnya. Demikian itulah maksud firman Allah yang menyusul,

"Dan apabila kamu dihormati dengan salam hormat, maka berilah salam hormat yang lebih baik daripadanya, atau kembalikan ia; sesungguhnya Allah buat hitungan atas segala sesuatu" (4:86).

Sebagai contoh, pada ayat 11:69 yang telah disebut terlebih dahulu, dipelajari bahawa Nabi Ibrahim membalas dengan kata "Salam" kepada ucapan "Salam" malaikat-malaikat yang datang.

Mungkin sebutan "Salamun alaikum" adalah apa yang dimaksudkan dengan membalas salam yang lebih baik bagi "Salam" pada contoh yang baru disebut.

Sekiranya diberi salam dengan "Salamun alaika" atau "Salamun alaikum" pula, maka ia dibalas dengan yang serupa kerana, pada hemat penulis, tiada lagi yang lebih baik daripada itu, yang diajar Allah.

Ajaran Allah melalui ayat-ayat al-Qur'an dibuat-Nya jelas supaya hamba-hamba-Nya faham (ayat 24:61 tadi). Namun, timbul pula ajaran baru dengan salam yang lebih panjang setelah ditambah beberapa patah perkataan pada ajaran Allah, berbunyi,

As-salamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam yang pendek pun diajar juga, berbunyi,

As-salamu alaikum.

Ajaran baru terbit dari kitab karangan manusia zaman dahulu, seperti Bukhari, yang bukan seorang Nabi atau seorang Rasul, mahupun seorang Arab. Dia orang Parsi, dan tinggal kira-kira dua ratus tahun selepas Nabi wafat.

Contoh ajaran Bukhari diturunkan di bawah ini setelah di-copy and paste (maaf, ia dalam bahasa Inggeris) daripada CD terbitan "Islamic Computing Centre, London (1994)" yang tersurat seperti berikut:

Narrator    :  AbuHurayrah
Reference :  SAHIH AL-BUKHARI
Hadith no  :  8.246
Full_text    :  The Prophet (peace_be_upon_him) said, "Allah created Adam in His image, sixty cubits (about 30 meters) in height. When He created him, He said (to him), 'Go and greet that group of angels sitting there, and listen to what they will say in reply to you, for that will be your greeting and the greeting of your offspring.' Adam (went and) said, 'As-salamu Alaykum (Peace be upon you).' They replied, 'As-salamu Alaykum wa Rahmatullah (Peace and Allah's Mercy be on you).'  So they added 'Wa Rahmatullah.'"

The Prophet (peace_be_upon_him) added, "So, whoever will enter Paradise, will be of the shape and image of Adam. Since then the creation of Adam's (offspring) (i.e. stature of human beings) is being diminished continuously up to the present time."

Penulis tidak ingin memperbanyakkan kata atas kekeliruan yang hadir pada "Hadis Nabi" tersebut, seperti ketinggian Adam yang dikatakan 30 meter (yang mungkin setinggi atau lebih tinggi daripada haiwan dinosaur), atau penggunaan kalimat "As-Salam", atau petunjuk daripada malaikat, atau ketiadaan kata "wabarakatuh" pada tulisan Bukhari.


Akan tetapi, yang ingin dikatakan seterusnya ialah mengenai pilihan. Kini umat didatangi dua cara untuk memberi dan membalas salam. Umat kena pilih satu sahaja sebab Tuhan hanya satu. Pilihan haruslah memikirkan tentang siapa empunya syurga dan neraka. Dan bahawa umat tidak akan hidup lagi sesudah mati untuk membetulkan kesilapan dalam buat pilihan itu.