QUR’AN ITU RASUL HARI INI
Dan bahawa Rasul, menurut
al-Qur'an, didapati berada di kalangan masyrakat dewasa ini. Firman Allah,
"Bagaimanakah kamu boleh
tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah dibacakan, dan Rasul-Nya
berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi
petunjuk pada jalan lurus." (3:101)
Kerana Rasul dikatakan hadir
pada hari ini maka dia disangka hanya terdiri daripada orang-orang yang
menyampaikan ayat-ayat Allah, yang bilangannya didapati begitu ramai.
Sedia maklum bahawa ayat-ayat
Allah yang diturunkan, antara lain, beri petunjuk kepada manusia pada jalan
lurus. Tugas itu, apabila direnungkan tidak hanya mampu dilaksana oleh Rasul
jenis manusia kerana sebuah Kitab pun mampu buat demikian. Lalu Kitab itu boleh
juga dianggap sebagai Rasul, seperti ditunjukkan dalam kandungan Peringatan
berbunyi,
"Wahai ahli Kitab,
sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepada kamu banyak
perkara yang kamu sembunyikan daripada Kitab, dan banyak yang dimaafkan. Telah
datang kepada kamu daripada Allah satu cahaya, dan sebuah Kitab yang jelas.
Allah beri petunjuk kepada
siapa ikut kepuasan hati-Nya pada jalan-jalan kesejahteraan, dan keluarkan
mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan izin-Nya; dan Dia beri petunjuk
kepada mereka pada jalan lurus."
(5:15-16)
(5:15-16)
Rasul dikatakan telah datang
dan apa yang dikatakan telah datang di situ dijelaskan lagi dengan frasa sebuah
Kitab yang jelas. Justeru, ayat tersebut dengan jelas membawa mesej iaitu Rasul
adalah Kitab.
Lihat fungsi Rasul
Kami tidak utus kamu
melainkan kepada seluruh manusia sebagai pembawa berita gembira PEMBAWA BERITA
GEMBIRA, dan PEMBERI AMARAN; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
[Q.S.34:28]
"Wahai ahli Kitab,
sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami,
menjelaskan kepada kamu pada satu masa jeda antara Rasul-Rasul, supaya kamu
tidak kata, 'Telah tidak datang kepada kami sebarang pembawa berita gembira, dan tidak juga sebarang pemberi amaran.' Sungguh, telah
datang kepada kamu PEMBAWA BERITA
GEMBIRA, dan PEMBERI
AMARAN; Allah berkuasa atas segala sesuatu."
[Q.S.5:19]
LIHAT FUNGSI QUR’AN PULA
MENURUT QUR’AN ITU SENDIRI
"Sebuah Kitab yang
ayat-ayatnya dijelaskan sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab bagi kaum yang tahu,
PEMBERI BERITA GEMBIRA,
dan PEMBERI AMARAN, tetapi kebanyakan mereka berpaling, dan tidak
mendengar."
[Q.S.41:3-4]
JADI, DARI SEGI FUNGSI
RASUL…
QUR’AN ITU ADALAH RASUL HARI INI, SELEPAS
KEWAFATAN RASUL MANUSIA IAITU NABI MUHAMMAD.
OLEH ITU IKUTILAH DAN
BERIMANLAH KEPADA QUR’AN SEBAGAI RASUL HARI INI YANG KEKAL SELAMANYA.
SIAPA YANG TIDAK MAHU
BERIMAN KEPADA QUR’AN YANG MENJADI RASUL SELEPAS KEWAFATAN RASUL MANUSIA IAITU
NABI MUHAMMAD … LIHAT APA ANCAMAN ALLAH KE ATAS YANG TIDAK MAHU BERIMAN KEPADA
QUR’AN.
“… tetapi sesiapa yang tidak beriman kepadanya,
sedang dia seorang daripada golongan-golongan, maka janji temunya ialah API.
Maka jangan kamu dalam keraguan daripadanya; ia adalah yang benar daripada
Pemelihara kamu, tetapi kebanyakan manusia tidak percayai.”
[Q.S. 11:17]
OLEH ITU TAATILAH RASUL
INI SELAMANYA. BUKAN SAHAJA RASUL DARI JENIS MANUSIA YANG WAJIB DITAATI, TETAPI
RASUL DALAM BENTUK KITAB YANG BERFUNGSI SAMA SEPERTI RASUL.
“Wahai orang-orang yang
percaya, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul,..”
[Q.S.4:59]
“… Dan Kami utus kamu kepada manusia
sebagai Rasul, dan cukuplah Allah jadi saksi.”
[Q.S.4:79]
“Sesiapa taati Rasul, sesungguhnya dia
taati Allah; dan sesiapa berpaling, maka Kami tidak utus kamu untuk jadi
penjaga kepada mereka.”
[Q.S. 4:80]
Katakanlah(Rasul),
"Jika kamu cintai Allah, ikutlah aku, dan Allah akan cintai kamu, dan
ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu; Allah Pengampun, Pengasih."
[Q.S. 3:31]
[Q.S. 3:31]
IKUT RASUL ADALAH SAMA
DENGAN MENTAATI RASUL ITU. HAL INI
DIJELASKAN OLEH ALLAH DENGAN PENEGAS DARI-NYA AGAR RASUL BERKATA SEPERTI AYAT
INI…
Katakanlah, "Taatlah
kepada Allah, dan Rasul." [Q.S. 3:32]
SEMUA AYAT YANG MENYEBUT
PERKATAAN ‘TAAT’ DISABITKAN DENGAN PANGKAT ATAU GELARAN RASUL DAN BUKANNYA
MUHAMMAD, MESKIPUN BAGINDA ADALAH RASUL.
RASUL DIPERINTAHKAN UNTUK
SAMPAIKAN MESEJ-MESEJNYA. RASUL TELAH TAAT KEPADA ALLAH.
"Wahai Rasul, sampaikanlah
apa-apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu kerana, jika kamu tidak
buat, tidaklah kamu sampaikan Mesej-Nya. Allah lindung kamu daripada manusia.
Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum tidak percaya. "
(5:67)
(5:67)
INI MEMBAWA MAKSUD AGAR
MESEJ ALLAH YANG DITERIMA OLEH RASUL SAHAJA YANG WAJIB DITAAT, BUKAN SELAIN
ITU. MESEJ-MESEJ INI ADALAH DALAM QUR’AN
SEPENUHNYA.
…. Katakanlah, "Allah
adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya
aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. …… (6:19)
“Sesungguhnya Kami datangkan kepada mereka Ucapan supaya mereka
mengingati.”
[Q.S. 28:51]
DAN IA MERUPAKAN UCAPAN
RASUL YANG MULIA.
"Sesungguhnya ia
adalah ucapan Rasul yang mulia"
[Q.S.69:40)
ORANG IKUT KITAB DAN
BERPEGANG KEPADA KITAB INI JUGA TIDAK DISIA-SIAKAN.
“Dan orang-orang yang berpegang teguh pada Kitab, dan
melakukan solat - sesungguhnya Kami tidak sia-siakan upah orang-orang yang
membetulkan.”
[Q.S. 7:170]
RASUL TELAH MENTAATI ALLAH DENGAN MENERIMA MESEJ-MESEJ-NYA DAN
MENYAMPAIKANNYA KEPADA KITA.
“… Aku hanya ikut apa yang
diwahyukan kepadaku daripada Pemeliharaku; inilah bukti yang nyata daripada
Pemelihara kamu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang percayai.'"
[Q.S.7:203]
IS2016