Sunnah Rasulullah SAW Yang Perlu Diamalkan Umat
Islam
Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan
oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam dan ia menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu
menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu
cenderung ke arah ‘soleh wa musleh’.
.
1.
Senyuman
“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak
tersenyum daripada Rasulullah S.A.W.”
Abdullah bin Al-Harist R.A
[ H.R.S : Imam Tirmidzi Ra. A. ]
.
2.
Dahulukan Kanan
“Rasulullah S.A.W lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal
(perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi."
Daripada Saidatina Aisyah R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]
.
3.
Berpakaian
“Pakaian yang paling
disukai oleh Baginda S.A.W ialah pakaian Qamis.”
Ummu Salamah R.A
[ H.R.S : Imam Tirmidzi dan Imam Abu Daud Ra. A. ]
.
4.
Bercelak
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan
batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan
menumbuhkan bulu (mata).”
Daripada Ibnu Abbas R.A
.
5.
Memakai Cincin
“Rasulullah S.A.W memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.”
Khalifah Ali bin Abi Talib R.A
[ H.R.S : Imam Tirmidzi Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban Ra. A. ]
.
6.
Makan
“Rasulullah S.A.W makan menggunakan ketiga jari Baginda S.A.W. Selepas
makan Baginda menjilati ketiga-tiganya.”
Ka’ab bin Malik R.A
[ H.R.S : Imam Tirmidzi Abu Daud, Muslim dan Ahmad Ra. A. ]
.
7.
Minum
“Ketika
Rasulullah S.A.W minum, Baginda menarik nafas (menghela)
dua kali.”
Ibnu Abbas R.A
[ H.R.S : Imam Tirmidzi dan Abu Syaikh Ra. A. ]
.
8.
Bersilaturrahim
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Tahukah kamu tentang
sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang
paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat
kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat
mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang
memutuskan persaudaraan.”
[ H.R.S : Imam Majah Ra. A. ]
.
9.
Berjalan
“Apabila
Rasulullah S.A.W berjalan, tubuh Baginda tegak seperti
sedang menuruni tanah yang landai.”
Khalifah Ali bin Abi Talib R.A
[ H.R.S : Imam Tirmidzi dan Hakim Ra. A. ]
.
10.
Berkata
“Rasulullah
S.A.W mengulangi
perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).”
Anas Ibnu Malik R.A
.
11.
Tertawa
“Ketawa
Nabi Muhammad S.A.W hanyalah senyuman.”
Abdullah bin Harith R.A
[ H.R.S : Imam Tirmidzi Ra. A. ]
.
12.
Bergurau
“Betapa
baiknya Nabi S.A.W menggauli kami. Baginda S.A.W berkata kepada
saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh
burung Nughair?’”
Anas bin Malik R.A
[ H.R.S : Imam Tirmidzi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad Ra. A. ]
.
13.
Tidur
“Setiap kali hendak
tidur pada malam hari, RasulullahShalallahu ‘alaihi wasalam selalu
menadahkan kedua tapak tangan sambil
membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua
tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang
terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal
itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.”
Saidatina Aisyah R.A
[ H.R.S : Imam Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu
Majah, Nasa’i dan Ahmad Ra. A. ]
.
14.
Membaca al-Quran
"Rasulullah S.A.W membaca al-Quran dengan
sangat jelas kalimah demi kalimah."
Ya’la bin Mamlak daripada Ummu Salamah R.A
[H.R.S : Imam Tirmidzi, Bukhari, Abu Daud dan
Nasa’i Ra. A.]
.
15.
Ibadah
“Rasulullah S.A.W melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda
bengkak. Saya bertanya: “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau
mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan
datang?” Baginda S.A.W menjawab; ‘Tidakkah aku menjadi
hamba yang banyak bersyukur?’.”
Abu Hurairah R.A
[H.R.S : Imam Tirmidzi dan Ibnu Khuzaimah Ra. A.]
.
.
Sama-sama kita amalkan....
والله أعلم بالصواب
(Hanya
Allah Maha Mengetahui apa yang benar)