The Alien - Link Select

Selasa, 7 Ogos 2012

KUIH KETAYAP HIJAU ???

TETIBA aku teringin nak cuba resipi kuih kegemaran aku ni...  bila nak buat?  tak pasti lagi, tengah cari masa .. hehehhe...

Resepi Cara Nak Masak KUIH KETAYAP. Berikut adalah resepi kuih ketayap yang diwarisi zaman berzaman. Resepi kuih ketayap ini boleh diubah mengikut citarasa masing2.
resepi kuih ketayap

resepi kuih ketayap
Bahan-Bahan untuk masak kuih ketayap:
Bahan inti:
150 gm gula merah
¾ cawan air
½ biji kelapa parut
garam
daun pandan 1 cawan tepung gandum
1 ½ cawan santan
1 biji telur
2 helai daun pandan

Cara:
Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Masukkan sedikit tepung gandum agar inti ini melengas. Angkat dan ketepikan. Untuk kulitnya, masukkan tepung gandum dan telur di dalam mangkuk. Kemudian masukkan santan dan kacau hingga sebati. Jika suka bolehlah dimasukkan air daun pandan.( Resepi kuih ketayap yang biasa menggunakan daun pandan, ia juga boleh diganti dengan pewarna lain) Tapis adunan ini. Panaskan kuali yang telah dilengser dengan sedikit minyak. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan. Buat sehingga selesai semuanya. Kemudian ambil kuih dadar tadi dan masukkan inti di tengah-tengahnya. Kemudian lipatkan bahagian atas dan bawah lalu gulung ketayap kemas-kemas. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan kuih ketayap anda.
Anda juga boleh meletakkan sedikit durian didalam kuih ketayap anda.
Selamat mencuba resepi kuih ketayap. Cuba jangan tak cuba..

Tiada ulasan: