Mari kita mengenali planet bintang matahari yang selamanya menjadi cahaya kita dalam hidup di dunia yang sementara ini... walaupun hanya sedikit maklumat.. tetapi ia sudah cukup untuk kita tahu siapa itu MATAHARI!
Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.
Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat.
Gambar sinar-X matahariMatahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahari ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindung. Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria.
Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnet bumi, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultraungu dan inframerah. Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itu mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.
Arab: الشمس
Belanda: zon
Bosnia: Sunce n.
Breton: Heol m.
Bulgaria: Слънце (Sləntse) n.
Cherokee: ᏅᏓᎡᎨᎯ (nvdaegehi)
Croatia: Sunce n.
Czech: Slunce n.
Esperanto: suno
Estonia: päike
Faroe: sól
Finland: Aurinko
Gamilaraay: yaraay
Greek: ήλιος (ílios) m.
Hungary: nap
Iceland: sól
Inggeris: sun
Itali: sole m.
Jepun: 太陽 (たいよう, taiyō)
Jerman: Sonne p.
Korea: 해 (hae)
Lakota: apawi
Latvia: Saule
Lithuania: saulė n.
Ojibwa: giizis
Perancis: soleil m.
Portugis: sol m.
Poland: słońce n.
Rusia: Солнце (Sólntse n.
Serbia:
Cyril: Сунце n.
Rumi: Sunce n.
Slovenia: sonce n.
Sepanyol: sol m.
Sunda: panonpoe
Sweden: sol n.
Telugu: సూర్యుడు (sooryuDu)
Vietnam: Mặt Trời, T1hái Dương
BAHASA MELAYU : MATAHARI ATAU SURIA.
Ahad, 20 Februari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan