TAMAN FIRDAUS DAN JAHANAM : SATU
KEPULANGAN ABADI.
OLEH : MOHAMED IBRAHEEM
BAHAGIAN
2
-----
PEREMPUAN TIDAK SUCI SELEPAS BERSALIN
“Begitu juga perempuan
baru bersalin, kotornya hingga ke empat puluh hari."
Lev 12:2 "Say to the people of Israel, If a woman conceives,
and bears a male child, then she shall be unclean seven days; as at the time of
her menstruation, she shall be unclean.
Lev 12:4 Then she shall continue for thirty-three days in the
blood of her purifying; she shall not touch any hallowed thing, nor come into
the sanctuary, until the days of her purifying are completed."
"Empat puluh hari
hasil campur dari tujuh hari dengan tiga puluh tiga hari, masa pantang tu, tak
boleh buat apa pun, walaupun zikir mengingati Tuhan, sehabis tempoh tersebut,
buatlah pula kenduri Akikah, sungguh taat masyarakat kita melaksanakan hukum
Bible." Aku berkata lagi, sinis.
KENDURI AKIKAH
"Ustaz, cerita yang ini lagi best, celok terus dari Bible -
Lev 12:6 dan 7.” Aku berkata. “Lihat
ayat-ayat ini.”
6 "And when the days of her purifying are completed,
whether for a son or for a daughter, she shall bring to the priest at the door
of the tent of meeting a lamb a year old for a burnt offering, and a young
pigeon or a turtledove for a sin offering,
7 and he shall offer it before the LORD, and make atonement for
her; then she shall be clean from the flow of her blood. This is the law for
her who bears a child, either male or female.
"Perlukah umat Islam
ikut hukum Bible dengan membuat Aqeqah, lepas itu fitnahkan pula diatas nama
Nabi?" Tanyaku lagi.
“Itukan sudah jadi lumrah
kita umat Islam Melayu. Dulu kamu pun
dikendurikan Aqeqah masa kamu dilahirkan dulu.
Kamu sudah lupa?” ujar Pak Rashid, menyindir.
“Saya tidak lupa hal itu, Pak Rashid. Hal itu sudah berlalu dan bukanlah kemahuan
saya untuk menerima perbuatan kedua orang tua saya yang hanya menurut ajaran
Habr agama.” Kataku, merenung wajah Pak Rashid.
“Begitu juga tidak disebut di dalam al-Qur'an mengenai Azan
dan Iqamah, atau telinga kanan dan telinga kiri oleh bapa kepada anak yang baru
lahir. Yang ada disebut adalah kata-kata
ibu Mariam kepada Tuhan selepas melahirkan anaknya (Mariam) yang bermaksud,
"Pemeliharaku, aku
telah melahirkannya, seorang anak perempuan." ...... "Dan aku namakan
dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada
syaitan yang direjam." (3:35-36).” Sambungku lagi.
Ustaz Harun diam tidak
bersuara. Matanya terkebil-kebil
merenungku.
“Apa yang disebut oleh ibu
Mariam itu adalah suatu pengajaran bagi kita semua. Mariam kemudiannya jadi
seorang gadis yang suci, dan ibu kepada Nabi Isa. Kembali kepada soalan pokok. Boleh dikatakan
semua anak orang Melayu diazan atau diiqamah setelah dilahirkan, menurut ajaran
pihak-pihak tertentu. Namun, amalan itu
tidak mampu untuk selamatkan ramai daripada mereka daripada kejahatan dan
kesumbangan yang menanti. Sehingga
mereka dewasa atau sampai umur tua, juga tidak mampu. Malah, yang paling malang sekali, sehingga ke
umur tua, adalah apabila mereka jadi ingkar kepada ajaran Tuhan. Walhal, Dia
disebut-sebut dalam azan atau iqamah, ke dalam telinga kanan atau kiri, menurut
jantina bayi, selepas dilahirkan. Demikianlah palsunya ajaran yang tidak
dianjurkan Tuhan. Seperti itu juga
dengan kenduri Aqiqah. Membazir saja. Yang untung hanya perut-perut yang
kosong!” kataku lagi.
BERSUNAT
"Selepas anak itu
besar pula, kita buat upacara bersunat, yang kita petik dari Bible." Kataku
lagi. “Lihat ayat-ayat ini...”
Lev 12:3 And on the eighth day the flesh of his foreskin shall
be circumcised."
Gen 17:14 Any uncircumcised male who is not circumcised in the
flesh of his foreskin shall be cut off from his people; he has broken my
covenant."
Gen 17:24 Abraham was ninety-nine years old when he was
circumcised in the flesh of his foreskin.
Gen 17:25 And Ish'mael his son was thirteen years old when he
was circumcised in the flesh of his foreskin.
Exod 4:25 Then Zippo'rah took a flint and cut off her son's
foreskin, and touched Moses' feet with it, and said, "Surely you are a
bridegroom of blood to me!"
“Semua itu ayat-ayat
Bible, tak ada satu pun ayat Quran yang disuruh bersunat baik lelaki mahupun
wanita, mengapakah ulamak-ulamak muktabar sanggup mencedok hukum dari Bible dan
melabelkannya terus atas nama Islam? Lihatlah perbuatan keji mereka." Aku
mula bertegas. “Dalam ayat 40:64. "Allah yang membuatkan untuk kamu, bumi,
sebuah tempat yang tetap, dan langit, bangunan; dan Dia membentuk kamu, dan
membentuk kamu dengan baik, dan merezekikan kamu dengan benda-benda yang baik.
Demikian itulah Allah, Pemelihara kamu, maka berkatnya Allah, Pemelihara semua
alam. Cuba Ustaz sendiri perhatikan,
Allah telah membentuk kita dengan baik, itu firman Allah, tapi kita hendak juga
ikut Bible. Betul tak?" Tanyaku pada Ustaz Harun.
“Seterusnya dalam ayat 3:78.
"Dan antara mereka, ada segolongan yang memutarbalikkan lidah mereka
dengan al-Kitab supaya kamu menyangkanya daripada sebahagian al-Kitab, sedang
ia bukanlah daripada al-Kitab; dan mereka berkata, "Ia daripada
Allah", tetapi ia bukanlah daripada Allah, dan mereka berkata dusta
terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya".
Dalam Ayat 2:120.
"Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak
juga orang-orang Kristian, sehingga kamu mengikuti anutan mereka. Katakanlah,
"Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar." Jika kamu mengikuti
keinginan mereka setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak
akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong."
Ayat 2:159.
"Orang-orang yang menyembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan petunjuk yang
Kami menurunkan, setelah Kami memperjelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab,
mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para pelaknat".
"Tadi kena celaka
tiga kali, sekarang pula kena laknat." Kataku lagi.
ASAL
WANITA
"Dalam Bible ada menceritakan akan kejadian wanita. Sila
lihat Gen 2:18~23". Kataku pada Ustaz Harun. Semua mata tertumpu pada
Bible.
18 Then the LORD God said, "It is not good that the man
should be alone; I will make him a helper fit for him."
19 So out of the ground the LORD God formed every beast of the
field and every bird of the air, and brought them to the man to see what he
would call them; and whatever the man called every living creature, that was
its name.
20 The man gave names to all cattle, and to the birds of the
air, and to every beast of the field; but for the man there was not found a
helper fit for him.
21 So the LORD God caused a deep sleep to fall upon the man, and
while he slept took one of his ribs and closed up its place with flesh;
22 and the rib which the LORD God had taken from the man he made
into a woman and brought her to the man.
23 Then the man said, "This at last is bone of my bones and
flesh of my flesh; she shall be called Woman, because she was taken out of Man."
"Tahukah Ustaz dalam
Sahih Bukhari Vol. 7. Hadis No. 114 : from Abu Hurairah - The Prophet said, ‘Whoever
believes in Allah and the Last Day should not hurt (trouble) his neighbor. And
I advise you to take care of the women, for they are created from a rib and the
most crooked portion of the rib is its upper part.’ Parti Kristian ini sungguh-sunguh
mempertahankan Bible?" Tanyaku lagi.
Allah telah berfiman
4:1."Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu yang mencipta kamu daripada
jiwa yang satu, dan daripadanya Dia menciptakan pasangannya, dan daripada
keduanya, ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan perempuan; dan takutilah
Allah yang kepada-Nya kamu saling meminta, dan rahim-rahim (pertalian darah);
sesungguhnya Allah menjagai kamu".
Allah telah berfiman 3:59.
"Sesungguhnya persamaan Isa di sisi Allah seperti persamaan Adam. Dia
menciptanya daripada tanah, kemudian Dia berkata padanya, "Jadilah",
maka jadilah dia".
"Tapi Ustaz, apa yang
Allah firman, kita tak mau ikut, masih nak percaya akan asal-usul wanita
daripada tulang rusuk Adam - apalah punya karut marut ni?" Komenku,
selamba.
“Dalam 22:5. "Wahai
manusia, jika kamu dalam keraguan mengenai Kebangkitan, maka sesungguhnya Kami
telah mencipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian
daripada dadih darah, kemudian daripada seketul daging, berbentuk dan tidak
berbentuk, supaya Kami memperjelaskan kepada kamu. Dan Kami menetapkan di dalam
rahim-rahim apa yang Kami mengkehendaki hingga satu tempoh yang dinyatakan,
kemudian Kami mengeluarkan kamu sebagai bayi, supaya kemudian kamu sampai
dewasa; dan antara kamu mati, dan antara kamu dikembalikan kepada umur yang
paling hina hingga mereka, setelah mengetahui sesuatu, tidak mengetahui
apa-apa. Dan kamu melihat bumi kehitaman, kemudian apabila Kami menurunkan air
kepadanya, ia bergetar dan menggelembung, dan menumbuhkan tiap-tiap jenis yang
menggirangkan". Kedatangan Quran
telah mengangkat darjat wanita dari diperlecah oleh Bible. Wanita yang berhaid
tidak boleh masak, bahkan kerusi yang dia telah duduk juga dikira najis. Wanita
juga larang bersuara di gereja. Samalah seperti tempat kita, wanita tidak boleh
bercakap dalam masjid, kerana suara wanita adalah aurat. Cuba buka 1Cor 14:34
"the women should keep silence in the churches. For they are not permitted
to speak, but should be subordinate, as even the law says".
"Ikut, jangan tak
ikut, inilah hadis yang memperincikan Quran." Kataku lagi.
TUDUNG
"Allah suruh menutup dada 24:31. "Dan katakanlah
kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka,
dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa
yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada
dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami
mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau
anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara
lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka,
atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka
yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti
aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka
menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui.
Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar
kamu beruntung."
"Tetapi ulamak pula
suruh menutup kepala. Hukum ini diambil dari Bible 1 Cor 11:5 hingga 6. Fahami
ayat-ayat ini.”
5 but any woman who prays or prophesies with her head unveiled
dishonors her head--it is the same as if her head were shaven.
6 For if a woman will not veil herself, then she should cut off
her hair; but if it is disgraceful for a woman to be shorn or shaven, let her
wear a veil.
"Dan ayat Bible 1 Cor
10 dan 13." Tambahku lagi.
10 That is why a woman ought to have a veil on her head, because
of the angels.
13 Judge for yourselves; is it proper for a woman to pray to God
with her head uncovered?
"Jadi ustaz mana yang
lebih utama – tutup dada ikut Quran atau tutup kepala ikut Bible?" Aku
bertanya lagi, tapi tiada bantahan buat seketika. Tiba-tiba sangkaan aku
meleset "Lelaki akan tergoda dengan rambut wanita." Wak Seman
mencelah.
"Wak, tolong jawap
dengan ikhlas, adakah Wak berahi bila melihat rambut wanita yang ikal mayang
atau Wak akan berahi melihat wanita yang memakai low cut sehingga boleh
ternampak alur "dada" wantia tersebut?" Tanyaku sambil merenung
Wak Seman yang terkebil-kebil bagai ayam berak kapur.
Sejurus kemudian, Wak
tersenyum, dia tergelak sedikit. Semua tersenyum melihat telatah Wak Seman.
"Mestilah buah dada!”
"Eh, Wak Brahim kata
"alur" dada, bukan buah dada. Ke situ pula orang tua ni!" Sampuk
Pak Rashid.
Semua tergelak seketika.
GANTUNG AYAT-AYAT SUCI SEBAGAI
TANGKAL, AZIMAT, TOLAK BALA DAN SEBAGAINYA.
"Cuba Wak sendiri tenggok warung Wak ni, Nama
"Allah" bersebelahan dengan nama "Muhammad", kenapa ni Wak?
Mengapa Wak letak nama Nabi Muhammad setaraf dengan nama Allah? Tanya ku. "Tangkal,
azimat, atau penghadang adalah pekerjaan orang Kristian. Ini adalah suruhan
Bible. Cuba lihat Deut 6:6-8."
6 And these words which I command you this day shall be upon
your heart;
7 and you shall teach them diligently to your children, and
shall talk of them when you sit in your house, and when you walk by the way,
and when you lie down, and when you rise.
8 And you shall bind them as a sign upon your hand, and they
shall be as frontlets between your eyes.
"Nah, sekarang lihat
pula Deut 11:20-21." Kataku lagi.
20 And you shall write them upon the doorposts of your house and
upon your gates,
21 that your days and the days of your children may be
multiplied in the land which the LORD swore to your fathers to give them, as
long as the heavens are above the earth.
"Elok koyak saja
gambar pemimpin-pemimpin tertinggi parti bulan tu. Mereka hanya berkiblatkan
Bible. Marilah kita masuk ke dalam Islam sepenuhnya dan sembah Allah,
satu-satunya Tuhan." Aku merayu dalam sindiran. "Lagi satu, bentuk pendewaan
berlebih-lebihan begini telah dilarang oleh Allah. Kemungkinan suatu hari nanti
manusia akan menjadi hamba kepada tulisan nama-nama itu sendiri. Banyak nyanyian,
nashid, berzanji, merhaban, Qasidah memuja-muji Nabi Muhammad secara tidak
dengan sepatutnya. Amalan ini sangat ditegah oleh Allah melalui Quran."
"Lawaknya, pada masa
itu kita tidak boleh hisap curut dan makan bawang, kerana Roh Nabi Muhammad
tidak suka pada benda-benda tersebut". Kata ku lagi. "Jika mereka fitnah Nabi sekali pun kita
diam, pasai mereka cakap Arab, kita pula tidak faham. Besar kemungkinan mereka
sendiri pun tak sedar mereka telah hina Nabi.
Cuba baca 18:110. Katakanlah, "Aku hanyalah seorang manusia yang
serupa dengan kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang
Satu. Maka hendaklah dia yang mengharapkan pertemuan dengan Pemeliharanya
membuat kerja-kerja kebaikan, dan dia tidak menyekutukan dalam penyembahan
kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun.
Seterusnya dalam ayat 3:79 dan 80. Tiadalah bagi seseorang manusia
bahawa Allah memberinya al-Kitab, dan Pemutus, dan Kenabian, kemudian dia
berkata kepada manusia, "Jadilah kamu hamba-hamba kepadaku selain daripada
Allah." Tetapi, "Jadilah kamu orang-orang rabani (yang menguasai)
dengan sebab kamu mengetahui al-Kitab, dan dengan sebab kamu mempelajarinya.
Dia tidak akan menyuruh kamu untuk mengambil malaikat-malaikat, dan Nabi-Nabi
sebagai Pemelihara-Pemelihara; adakah Dia menyuruh kamu supaya tidak percaya
setelah kamu Muslim?"
PERAYAAN
"Begitu juga apa bezanya perayaan HIJRAH dengan perayaan
PASSOVER, iaitu untuk mengingati kebebasan dan pelarian kaum Yahudi dari
pengabdian di Mesir. Apa pula bezanya perayaan MAAL HIJRAH dengan perayaan ROSH
HASHANAH yang disambut pada 1hb Tishri kalendar Yahudi dimana pada hari yang
kesepuluh mereka berpuasa dan menghabiskan hari itu dengan ibadah dan
sembahyang dan apakah pula bezanya NUZUL QUR’AN dengan PENTECOST, di mana orang
Yahudi merayakan turunnya Taurat di Gunung Sinai?" Aku melontar pertanyaan
demi pertanyaan. Agaknya kita orang Islam ini, tak cukup perayaan, sehingga
terpaksa mengimport perayaan kaum lain untuk menjadi perayaan kita?"
“Begitu juga dengan
perayaan-perayaan yang dirayakaan oleh umat Islam hari ini. Seperti Hari Raya
Puasa dan Hari Raya Haji yang tidak disebut langsung dalam Qur’an. Pun begitu, mungkin ada orang berkata
bahawa tidak juga disebut di dalam al-Qur'an tentang larangan menyambut hari
raya. Tidak dinafikan, mengadakan majlis untuk
sesuatu sambutan adalah baik. Suasananya riang gembira. Perut kenyang. Sanak
saudara, sahabat handai berjumpa dan bermesra.
Akan tetapi, ada pula golongan yang "mengagamakan" sesuatu
sambutan. Seperti mengadakan peribadatan khas, mandi khas, doa khas, apa yang
mendatangkan pahala, apa yang makruh, dan sebagainya. Mereka mensyariatkannya
pula. Ini yang tak betul.
Apa yang baik atau tidak
baik dalam hal ini adalah hanya hal-hal lojik dan baik untuk dilakukan. Ayat
yang menyebut tentang Perayaan hanya ada satu ayat yang jelas bukanlah satu
perayaan yang disambut oleh umat hari ini. Dan ia merupakan perayaan yang pertama dan
terakhir untuk umat Muslim di zaman nabi Isa.
"Berkata Isa putera
Mariam, 'Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja
hidangan dari langit, yang akan jadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan
yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki
untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki'" (5:114).
AMIN
"Bacalah mana-mana Quran, baik Arab ataupun terjemahan
lain, tidak termaktub Fatihah berakhir dengan "AMIN" dan buat
pengetahuan Ustaz dan sekelian yang ada, dalam senaskah Quran tidak ada
langsung satu pun satu doa yang Allah ajar diakhiri dengan perkataan
"Amin", tetapi "Amin" telah diulangi sebanyak 50 kali dalam
Bible. Masih tak sempurnakah Quran
sehingga "Amin" perlu dipinjamkan dari Bible dan dinobatkan sebagai
penutup Fatihah?" Kata ku dengan nada yang sangat terharu. Lihat ayat-ayat
ini.
"Lalu Ezra memuji Tuhan, Allah yang maha besar, dan semua
orang menyambut dengan, "Amin, Amin!" (Nehemia 8:7) ---- Num 5:22.27
Num 5:22.28 Deut 27:15.40 Deut 27:16.17 Deut 27:17.15 Deut 27:18.18 Deut
27:19.23 Deut 27:20.25 Deut 27:21.17 Deut 27:22.27 Deut 27:23.17 Deut 27:24.16
Deut 27:25.19 Deut 27:26.22 1Kgs 1:36.10 1Chr 16:36.18 Neh 5:13.42 Neh 8:6.14
Neh 8:6.15 Pss 41:13.13 Pss 41:13.15 Pss 72:19.15 Pss 72:19.17 Pss 89:52.7 Pss
89:52.9 Pss 106:48.19 Jer 28:6.6 Mark 16:20.24 Rom 1:25.26 Rom 9:5.26 Rom
11:36.19 Rom 15:33.9 Rom 16:27.13 1Cor 14:16.20 1Cor 16:24.10 2Cor 1:20.18 Gal
1:5.10 Gal 6:18.13 Eph 3:21.19 Phil 4:20.12 1Tim 1:17.19 1Tim 6:16.26 2Tim
4:18.25 Heb 13:21.33 Heb 13:25.7 1Pet 4:11.46 1Pet 5:11.10 2Pet 3:18.28 Jud
1:25.26 Rev 1:6.22
Oleh sebab ia tidak disyariatkan di dalam al-Qur'an, iaitu kitab
yang mengawal kandungan kitab-kitab sebelumnya, maka adalah wajar untuk tidak
memakai 'Amin' seperti yang dipakai dewasa ini. Dalam Qur’an, kita telah diajar
oleh ALLAH bagaimana menutup doa. Ajaran ALLAH tentang penutup DOA adalah
terdapat dalam ayat ini. “Sesungguhnya Engkau medengar Doa." (Q.S.3:38). “dan
kabulkanlah doaku.”(Q.S.14:40) “(dan akhir Doa mereka): Segala puji bagi Allah,
Pemelihara semua alam." (Q.S. 10:10).
OLEH itu, jangan kita sia-siakan amalan kita dengan mengikuti amalan
yang tidak termaktub dalam Wahyu ALLAH kepada Muhammad, Rasulullah dan penutup
nabi-nabi.”
Bukan sahaja doa penutup yang ALLAH ajarkan dalam Qur’an untuk
kita, malah doa pembukaan juga diajarkan.
Lihat ayat ini. “SUBHANAKA ALLAHUMMA” (Q.S. 10:10) Dan ayat ini boleh juga digunakan untuk
memulakan doa sebagai tambahan ayat di atas (QS10:10)
“Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam. Yang Pemurah,
Yang Pengasih. Merajai Hari Agama(Pengadilan). Engkau sahaja kami sembah, dan
kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan.” (Q.S. 1:1-4)
JANGGUT
"Macam itu juga kes janggut." Aku memandang pada
janggut Ustaz Harun yang lebat. Janggut Pak Rashid hanya sejemput. Janggut Lebai Ngah panjang lagi jarang dan
janggut Wak Seman pendek dan kontot, hitam dan putih berselang- seli.
"Oh, saya terhina
sunnah Bible dan Ustaz pula tersinggung, maafkan saya. Tahukah Ustaz, orang
yang tidak berjanggut tidak dimuliakan, dan tidak boleh jadi pemimpin di
Afganistan. Mereka akan ditangkap dan
disumbat ke dalam lokap sehingga janggut mereka tumbuh kembali. Ulamak jahat
telah mengambil ayat-ayat ini dari Bible dan mereka telah menobatkan identiti berjanggut
ini atas nama Islam." Kataku. “Orang
Barat Kristian juga telah terganggu dengan amalan Islam apabila kaum lelaki
menyimpan janggut. Selepas kejadian 11 September, ramai lelaki Islam yang
berjanggut telah jadi objek untuk disyaki dan diperiksa terus oleh polis dan
agensi penguatkuasaan undang-undang lain di seluruh Barat. Ini adalah lagi bukan ajaran Nabi atau
al-Quran. Sebaliknya menyimpan janggut untuk lelaki juga diambil daripada Bible
Kristian. Islam telah merasakan sesuai bahawa lelaki Islam patut menegakkan
amalan agama ini daripada Bible. Bible Kristian jelas menyatakan dalam
ayat-ayat ini…”
Imamat 19
27 Janganlah kamu
mencukur tepi rambut kepalamu berkeliling dan janganlah engkau merusakkan tepi
janggutmu.
Imamat 21
5 Janganlah mereka
menggundul sebagian kepalanya, dan janganlah mereka mencukur tepi janggutnya,
dan janganlah mereka menggoresi kulit tubuhnya
2 Samuel 10
5 Hal ini diberitahukan
kepada Daud, lalu disuruhnya orang menemui mereka, sebab orang-orang itu sangat
dipermalukan. Raja berkata: "Tinggallah di Yerikho sampai janggutmu itu
tumbuh, kemudian datanglah kembali."
Seketika aku berhenti, merenung wajah mereka satu demi satu. Pak Rashid mengurut-urut janggutnya sambil
khusyuk mendengar peneranganku. “Oleh itu, seperti golongan Taliban contohnya, tidak mengadakan
sesuatu yang baru apabila mereka mendesak kaum lelaki supaya berjanggut. Ajaran seperti itu didapati di dalam Bible
Kristian. Tidak syak lagi Nabi dan al-Quran tidak menyebut mengenai menyimpan
janggut bagi lelaki tetapi kerana perkembangan Islam selepas Nabi yang jadi
bukti kepada kebesaran Islam sebagai sebuah agama yang telah menyerapkan banyak
daripada jirannya, terutamanya Bible Kristian dan kitab-kitab Yahudi. Sarjana-sarjana Islam pada masa lampau telah
dengan sendiri membahas sama ada orang-orang Islam harus terus menegakkan
ajaran-ajaran Bible yang tidak didapati di dalam Quran mereka. Sesungguhnya mereka terikat dengan
sekatan-sekatan di dalam al-Quran yang sama jelas:
[Quran 2:120] “Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati
dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Kristian, sehingga kamu ikut anutan
mereka. Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar." Jika
kamu ikut keinginan mereka setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka
kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong.”
Orang-orang Islam
diberitahu di dalam al-Quran iaitu mereka tidak seharusnya ikut jalan
orang-orang Kristian dan Yahudi. Meskipun ada amaran tersebut, ia adalah risiko
mereka yang tinggi, suka menepuh bahaya dan cabaran bertoleransi sehingga
sarjana-sarjana Islam buat keputusan untuk terus menerima dan mengamal
ajaran-ajaran Bible Kristian. Al-Quran
sangat jelas menunjukkan orang-orang Islam tidak seharusnya ikut orang-orang
Kristian atau Yahudi:
[3:100] Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu taati
segolongan daripada orang-orang diberi al-Kitab , mereka akan kembalikan kamu,
sesudah keimanan kamu, kepada orang-orang tidak percaya.
[3:101] Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu
ayat-ayat Allah dibacakan, dan Rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa
berpegang teguh kepada Allah, dia diberi petunjuk pada jalan lurus.
Risiko ikut Bible Kristian disebatikan di dalam ajaran al-Quran
yang berikut:
[Quran 3:69] Ada segolongan daripada ahli Kitab menginginkan
untuk menyesatkan kamu, tetapi tiada yang mereka sesatkan melainkan diri-diri
mereka sendiri, dan mereka tidak sedar.
[Quran 3:70] Wahai ahli Kitab, mengapa kamu tidak percaya kepada
ayat-ayat Allah yang kamu sendiri saksikan ?
[Quran 3:71] Wahai ahli Kitab, mengapa kamu campuradukkan yang
benar dengan yang palsu, dan kamu sembunyikan yang benar sedang kamu
mengetahuinya?
Walaupun wujud
amaran-amaran serupa itu, namun sarjana-sarjana Islam, atas kepentingan untuk
mengekalkan harmoni dan kedamaian dengan saudara dan saudari Kristian mereka
telah memutuskan bahawa ajaran-ajaran Bible diterima dan harus dipegang dengan
kuat oleh orang-orang Islam yang baik.” Aku berkata dengan penuh hiba. “Oleh yang demikian, ketakutan orang-orang
Barat Kristian adalah tidak bertempat dan tidak berasas.”
Ustaz Harun
mengangguk-angguk. Seolah-olah faham
dengan maksud penerangan ku. "Demi
Allah, cuba Ustaz jelaskan janggut Nabi panjang mana?”
Ustaz Harun cuba angkat
tangan dan letak pada dada sekejap menghampiri dagu sekejap ke bawah sedikit,
sekejap tangan dia berhenti di bawah dada, dia sendiri tidak pasti, akhinya dia
turunkan tangan lalu mencapai rokok Marlboronya dan mengmbil sebatang lalu
dikepitkan ke bibir. Wajah itu kelihatan beriak hampa.
"Tidak ada sesiapa
yang seratus peratus pasti akan panjang janggut Nabi, itulah reka-rekaan
semata. Ini juga salah satu budaya Arab yang dinobatkan sebagai Sunnah nabi."
Kataku lagi. “Malangnya tuan-tuan semua
ikut dengan penuh setia dan patuh dengan idealogi ini. Puak-puak Kristian bermati-matian tidak mahu
ikut Bible. Ini kerana hukum Bible tidak logik dan mustahil untuk dilaksanakan,
sebaliknya ada golongan yang mengaku diri mereka Islam telah sanggup mempertahankan
hukum-hukum Bible. Peliknya umat yang
mengaku Islam hari ini." Kataku sambil mengeleng-gelengkan kepala.
“Berjanggut atau tidak, ia
tidak menggambarkan kita sebagai orang Islam atau pun tidak.”
KHARAJ
"Sebelum kita bincangkan Kharaj yang parti Ustaz ingin
laksanakan itu, mari kita buka Bible sekali lagi." Kataku, mengubah topik
seterusnya. “Lihat ayat-ayat ini… “
2 Sam 8:2 And he defeated Moab, and measured them with a line,
making them lie down on the ground; two lines he measured to be put to death,
and one full line to be spared. And the Moabites became servants to David and
brought tribute.
"Kalau Ustaz merujuk
pada kamus The Oxford Companion to the Bible, Oxf. Uni. Press 1993 mukasurat
780, mengatakan bahawa "David conquest of Moab, Aram and Hamath, where
David imposed taxation on the people defeated, cuba lihat dengan teliti, Deut
26:1-2 adalah tax bagi tanaman." Kataku lagi.
1"When you come into the land which the LORD your God gives
you for an inheritance, and have taken possession of it, and live in it,
2 you shall take some of the first of all the fruit of the
ground, which you harvest from your land that the LORD your God gives you, and
you shall put it in a basket, and you shall go to the place which the LORD your
God will choose, to make his name to dwell there.
"Nah, Kharaj - Land
Tax pula seperti saranan Parti Ustaz , iaitu 10% itu bulat-bulat diambil dari
Bible, sila rujuk Lev 27:32 And all the tithe of herds and flocks, every tenth
animal of all that pass under the herdsman's staff, shall be holy to the
LORD."
"Allah telah berfiman
dalam 3:100. "Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu mentaati
segolongan daripada orang-orang yang diberi al-Kitab, mereka akan mengembalikan
kamu, sesudah keimanan kamu, kepada orang-orang yang tidak percaya". Pada
ayat 3:101. "Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu
ayat-ayat Allah dibacakan, dan rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa
berpegang teguh kepada Allah, dia diberi petunjuk pada jalan lurus." Kata ku lagi.
"Nah, masih bertaut kuat dengan perlembagaan parti itu Ustaz?"
Ustaz Harun buat-buat
untuk tidak mendengar.
HALAL
DAN HARAM
Allah telah berfirman 5:3. "Diharamkan kepada kamu ialah
bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain
daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh
lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas,
kecuali kamu mengorbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk
berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan.
Pada hari ini orang-orang yang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu;
maka janganlah takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku
menyempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku mencukupkan rahmat-Ku ke atas
kamu, dan Aku merelakan Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa,
dalam kekosongan, dan tidak condong untuk bermaksud berbuat dosa, maka
sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih".
"Secara kesimpulanya
ustaz, Allah telah berfirman bahawa empat benda tak boleh dimakan iaitu
bangkai, darah, daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada
Allah. Manakala tujuh cara kematian adalah diharamkan iaitu, dicekik, dipukul,
jatuh lalu mati, yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, yang
dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah. Selain
dari empat benda tersebut dan tujuh cara kematian binatang tersebut adalah
Halal, itu jaminan Allah. Adakah Ustaz
setuju?" Tanya ku pada Ustaz.
Ustaz Harun tidak berani
berkata lagi. Dia melihat pada kotak rokoknya.
"Ustaz, cuba lihat
sambungan ayat tersebut 5:4. "Mereka menanyai kamu mengenai apa-apa yang
dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah
dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu mengajari, dengan
melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah mengajar kamu,
maka makanlah apa yang ia menangkapkan untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama
Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan.”
"Kalau nak bertarik
dari sini, anjing juga boleh dipelihara, takkan Ustaz lupa pada surah Al Kahfi
kot?" Tanyaku lagi. "Seterunya,
ayat 5:87. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengharamkan benda-benda
yang baik yang Allah menghalalkan bagi kamu, dan jangan mencabul; sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang mencabul. Ayat 5:88. Makanlah daripada
apa yang Allah merezekikan kamu, yang halal dan baik; dan takutilah Allah, yang
kepada-Nya kamu orang-orang Mukmin."
"Ayat 5:96 5:96. Dihalalkan bagi kamu adalah binatang buruan
laut, dan makanan daripadanya, sebagai suatu peruntukan bagi kamu, dan bagi
pengembara-pengembara. Tetapi diharamkan kepada kamu binatang buruan darat
selama kamu dalam kesucian haji (ihram); dan takutilah Allah yang kepada-Nya
kamu akan dikumpulkan."
"Adakah Ustaz setuju dengan
semua ayat-ayat tersebut?" Aku bertanya.
Ustaz Harun buat muka
Sardin.
"Malangnya Ustaz, ada
dikalangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sendiri, tidak memakan ikan yang tidak
bersisik, ketam dan udang.” Kataku.
Wak Seman, Lebai Ngah dan Pak Rashid mula berdongak-dongak
semacam ikan di air yang mencari udara segar. Aku tahu mereka mungkin terkejut,
tetapi tidak buat Ustaz Harun. Di Universiti Al-Azhar, dia pasti sudah belajar
tentang perbezaan antara mazhab.
"Kalau begitu, apa
yang kami pelajari, binatang dua alam dan sebagainya makruh untuk dimakan!"
Lebai Ngah mula bersuara.
"Ayat tadi yang kita
baca, ada sebut dua alam?" Tanyaku
pada Lebai Ngah.
"Tiada." Jawab
Lebai Ngah.
“Kalau begitu, esok kita
buat ketam batu stim, dan sup kaki katak, macam di Thailand, amacam?"
Cadangku pada Lebai Ngah.
"Lebai, jangan hang
masak katak, tapi buat sup beruk kat dia!" Ustaz Harun bersuara,
menyindir.
"Seperti ayat di atas,
saya tidak berani menghalalkan apa yang Allah telah mengharamkan, dan saya juga tidak berani juga mengharamkan apa
yang Allah telah halalkan!" Tegasku.
"Kalau beruk, buat
sup tak syok. Apa kata kita BBQ saja, cicah dengan sos. Walau pun gitu, saya
lebih suka ketam batu yang distimkan!" Aku memulangkan sindiran Ustaz Harun.
"Sekarang cuba
perhatikan Lev 11:9~22". Kata ku lagi. “Lihat ayat-ayat itu…”
09 "These you may eat, of all that are in the waters.
Everything in the waters that has fins and scales, whether in the seas or in
the rivers, you may eat.
10 But anything in the seas or the rivers that has not fins and
scales, of the swarming creatures in the waters and of the living creatures
that are in the waters, is an abomination to you. They shall remain an
abomination to you; of their flesh you shall not eat, and their carcasses you
shall have in abomination.
12 Everything in the waters that has not fins and scales is an
abomination to you. "And these you shall have in abomination among the
birds, they shall not be eaten, they are an abomination: the eagle, the
vulture, the osprey,
14 the kite, the falcon according to its kind,
15 every raven according to its kind,
16 the ostrich, the nighthawk, the sea gull, the hawk according
to its kind,
17 the owl, the cormorant, the ibis,
18 the water hen, the pelican, the carrion vulture,
19 the stork, the heron according to its kind, the hoopoe, and
the bat.
"Ayat ini pun puak
Sunnah Wal Jama’ah tidak sepakat, kerana ada imam muktabar mereka mengambil
pendirian Bible untuk membolehkan makan belalang dan sebagainya."
20 "All winged insects that go upon all fours are an
abomination to you.
21 Yet among the winged insects that go on all fours you may eat
those which have legs above their feet, with which to leap on the earth.
22 Of them you may eat: the locust according to its kind, the
bald locust according to its kind, the cricket according to its kind, and the
grasshopper according to its kind.
"Jadi Ustaz, kalau
nak makan beruk ke, gajah ke, harimau ke, kalau ia baik bagi kamu, makanlah.
Jangan pula kata itu halal dan itu haram tanpa nas dari Allah." Kataku
lagi. “Ayat 10:59. Katakanlah,
"Adakah kamu memikirkan rezeki yang Allah menurunkan untuk kamu, dan kamu
membuat sebahagiannya haram, dan sebahagiannya halal?" Katakanlah,
"Adakah Allah memberi izin kepada kamu, atau kamu mengada-adakan terhadap
Allah?”
Dalam Ayat 16:116.
"Dan janganlah mengatakan apa yang lidah kamu menyifatkan dengan dusta,
"Ini halal, dan ini haram," supaya kamu mengada-adakan dusta terhadap
Allah; sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah tidak
akan beruntung."
Aku sempat membacakan dua
buat ayat Quran bagi mereka.
"Kamu ni Brahim,
kalau Bible kata tak boleh makan babi, dan Quran pula kata kita tak boleh makan
babi, adakah kamu nak kata Quran ikut Bible?" Tiba-tiba saja membentak si
Ustaz.
"Ustaz, adakah ustaz
buat-buat lupa bahawa Allah telah berfirman pada 3:31, 6:92, 35:31 dan 46:30
yang Quran ini membenarkan kitab yang terdahulu. Ini bermakna bahawa kalau dalam Bible kata tak
boleh makan babi dan dalam Quran juga ada perintah yang sama, maka ayat Bible
itu ayat aslilah, iaitu Kristian tak boleh makan babi, tetapi masalahnya di sini
pula, Bible berlawanan dengan perintah Quran, dan Ustaz masih beria-ia juga nak
akur pada hukum Bible." Kataku selamba.
NABI
ISA DAN IMAM MAHDI
"Kalau macam tu, aku tak sabar-sabar untuk tunggu akan
kedatangan Nabi Isa dan Imam Mahdi, biar mereka datang balik untuk mendaulatkan
kembali Islam." Bentak Pak Rashid yang sekian lama membisu.
"Tunggu, jangan tak
tunggu!"
"Apasal hang cakap
macam tu?" Pak Rashid bertanya, pelik.
"Allah dah kata 5:116
dan 117. Dan apabila Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, adakah kamu
mengatakan kepada manusia, 'Ambillah aku dan ibuku sebagai tuhan-tuhan selain
daripada Allah'?" Dia berkata, "Kepada Engkau sanjungan! Tiadalah
bagiku untukku mengatakan apa yang aku tiada hak dengannya. Jika aku
mengatakannya, Engkau mengetahuinya, dengan mengetahui apa yang di dalam
jiwaku, dan aku tidak mengetahui apa yang di dalam jiwa Engkau; sesungguhnya
Engkaulah yang mengetahui yang ghaib. Aku hanya mengatakan kepada mereka apa
yang Engkau memerintahkan aku dengannya: 'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan
Pemelihara kamu.' Dan aku seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan
mereka; tetapi setelah Engkau mematikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke
atas mereka; Engkau saksi atas segala sesuatu".
19:33 dan 34.
"Kesejahteraan ke atasku, pada hari aku diberanakkan, dan hari aku mati,
dan hari aku dibangkitkan hidup. Itulah Isa putera Mariam, dengan perkataan
yang benar, yang mengenainya mereka ragu-ragu".
3:55. "Apabila Allah
berkata, "Wahai Isa, Aku akan mematikan kamu, dan menaikkan kamu
kepada-Ku, dan Aku membersihkan kamu daripada orang-orang yang tidak percaya.
Aku akan membuatkan orang-orang yang mengikuti kamu di atas orang-orang yang
tidak percaya hingga Hari Kiamat. Kemudian kepada-Ku kamu akan kembali, dan Aku
akan menghakimkan antara kamu mengenai apa yang padanya kamu
memperselisihkan".
Ayat 21:34 dan 35
"Kami tidak membuat sesuatu makhluk sebelum kamu untuk hidup
selama-lamanya; maka, jika kamu mati, adakah mereka akan hidup selama-lamanya?
Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati; dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan
kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan".
"Kepercayaan bahawa
Nabi Isa tidak mati dan akan turun bunuh Dajal berasal dari hadis, hadis ini
pula hasil daripada cedokan dari Bible Mark 13:24-27 "But in those days,
after that tribulation, the sun will be darkened, and the moon will not give
its light, and the stars will be falling from heaven, and the powers in the
heavens will be shaken. And then they will see the Son of man coming in clouds
with great power and glory. And then he will send out the angels, and gather
his elect from the four winds, from the ends of the earth to the ends of
heaven,
"Jadi, macam itulah
juga dengan kes Imam Mahdi. Ini adalah asas kepercayaan kaum Shiah yang
mengakui bahwa imam yang ke dua belas iaitu Muhammad ibn Hasan Al-Askari yang
ghaib itu akan muncul kembali sebagai Imam Mahdi untuk mentakbir dunia dengan
adil." Tambahku lagi. “Berbagai-bagai
versi pada cerita Imam Mahadi. Lain golongan manusia dan kepercayaan, lain pula
ceritanya. Namun, Imam Mahadi tidak
disebut di dalam al-Qur'an. Maka cerita mengenainya tidak harus diyakini.
Renungkanlah ayat-ayat ini, "Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an?
Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak
perselisihan." (4:82).
Imam Mahdi merupakan
kepercayaan golongan Syiah yang menunggu kedatangan Imamnya yang ke-12. Kepercayaan ini kemudiannya menyerap masuk ke
dalam pegangan orang Sunni, mungkin untuk "melawan" Mahdi orang
Syiah. Rujukan utama bagi kepercayaan
kepada Mahdi adalah hadis. Akan tetapi,
tidak semua kitab hadis ajar kepercayaan tersebut. Hanya kitab Sunan Abu Dawud dan Mishkat
al-Masabih menyebutnya. Masing-masing
mencatatkan dua hadis. Daripada hadis
(Nabi) mereka, adalah difahamkan bahawa Mahdi itu berketurunan Nabi, daripada
Fatimah, berdahi luas, dan hidungnya menonjol. Dia akan melimpahi bumi ini dengan kesaksamaan
dan keadilan seperti ia telah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman. Dia dikatakan akan memerintah selama tujuh
tahun. Itu bermakna Nabi telah
menyatakan sesuatu yang akan datang, atau yang ghaib, baginya. Sukar untuk mempercayainya kerana Allah telah menyatakan bahawa Nabi tidak tahu
perkara yang ghaib. Firman-Nya, "Katakanlah
(Muhammad), 'Aku tidak kata kepada kamu, aku mempunyai perbendaharaan Allah.
Aku tidak tahu yang ghaib, dan aku tidak kata kepada kamu, aku seorang
malaikat; aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku (al-Qur'an).'"(6:50).
Tidak juga baginda mengetahui
bahawa Presiden Obama sedang cuba jadi seperti seorang Mahdi kerana ambil
peranan sebagai ketua polis dunia untuk hapuskan golongan Pengganas termasuk daripada puak Islam yang sedang
mengancam keamanan dunia hari ini. Jadi Pak Rashid tunggulah terus, ya.”
Ujarku panjang lebar.
Pak Rashid terdiam
kemudian mengangguk faham.
"Nah, lima belas kes
telah kita bincang, Ijtihad mana yang nak dapat dua pahala dan Ijtihad mana
pula yang nak dapat satu pahala?" Tanyaku.
Ustaz Harun terdiam kaku. Melihat mereka lama terdiam kaku, aku berkata
lagi "Baiklah, kita sambung yang terakhir, ini Ijtihad Imam Khomini pula,
cuba tenggok, betulkah, kalau Ijtihad dia betul dapat dua pahala, kalau salah
dia dapat satu pahala atau sengaja dia nak tempah bala?" Aku cuba
berlawak.
SIKSA
KUBUR
"Kamu menghina Sunnah Nabi - Brahim, bawa mengucap, mati
nanti kamu mesti kena siksa kubur. Ular tu besar, kuku dia panjang berjela dan
taring dia sungguh bisa. Masa tu baru kamu tahu. Celuparnya mulut kamu,
Brahim." Bentak Ustaz Harun.
"Janganlah Ustaz kata
begitu. Saya percaya tidak ada ular dalam siksa kubur.” Kataku lagi. “Siksa kubur pun tidak wujud,
Ustaz!”
"Macam mana kamu
pasti? kamu tak mati lagi!" Ustaz cuba melawak.
"Laaaaa, kan dalam
Quran ayat 8:50. Jika kamu dapat melihat ketika para malaikat mematikan
orang-orang yang tidak percaya, dengan memukul muka-muka mereka, dan belakang
mereka, "Rasalah azab yang membakar… dan ayat 47:27. Maka bagimanakah ia,
apabila malaikat-malaikat mematikan mereka, memukul muka mereka dan belakang
mereka?"
"Itu masa nak
dimatikan. Lepas tu Allah telah berfirman pada ayat 36:51 hingga 53. "Dan
trompet ditiupkan; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka
kepada Pemelihara mereka. Mereka berkata, "Celakalah kami! Siapakah yang
membangkitkan kami daripada tempat tidur kami? Inilah apa Yang Pemurah
menjanjikan, dan para utusan berkata benar." Ia hanyalah satu Teriakan;
kemudian tiba-tiba, mereka kesemuanya dihadapkan kepada Kami". Kalau macam tu, orang yang mati berjuta-juta
tahun dahulu akan kena siksa sampai hari kiamat, yang mati sejam dua sebelum
kiamat, akan beruntunglah, azab kubur mereka sebentar sahaja, mana dia sifat
Allah yang Maha Adil lagi Maha Penyayang itu?" Aku tanya soalan logik
lagi.
"Kalau mati di lautan
atau mati dimakan binatang buas, selamatlah dari siksa kubur, kerana si mati
tak mempunyai kubur." Lebai Ngah berkata.
"Yang saya pasti,
setiap yang mati ada kuburnya, walaupun di dasar lautan, dalam perut haiwan,
atau di mana saja dan mereka akan dibangkitkan seperti ayat 22:7. Dan kerana
Saat pasti datang, tidak ada keraguan padanya, dan Allah membangkitkan sesiapa
sahaja yang di dalam kubur."
Ini semacam satu sokongan
buat ku. Ustaz Harun kerling pada Pak Rashid. Pak Rashid tersengih. Lebai Ngah
cuba buat muka serius.
Semua terdiam seketika
termasuk aku.
FATWA
IMAM KHOMINI
"Cuba Pak Rashid bayangkan, patutkah puak Shiah mengganggap
bahawa Imam Khomini adalah maksum. Saya sendiri meremang bulu tengkok bila
melihat pada serban dan janggutnya. Semua menjadi kagum tenggok dia, tetapi
malang seribu kali malang, bila dia buka sahaja mulut, Allah telah melondehkan
identiti dia, kalau tak percaya, sila lihat fatwanya yang jijik lagi
meloyakan." Kataku, buka topik lain pula.
"Setiap lelaki
dibolehkan mendapat kepuasan sex dari kanak-kanak, walaupun kanak-kanak
tersebut masih bayi. Bagaimanapun dia seharusnya tidak boleh menembusi kemaluan
tetapi dibolehkan untuk meliwat kanak-kanak tersebut. Kalau lelaki itu
menembusi lalu mencederakan kanak-kanak tersebut, dia seharusnya bertanggung-jawab
untuk memberi nafkah kepada kanak-kanak tersebut sepanjang hayat kanak-kanak
tersebut. Walaubagaimanapun, kanak-kanak perempuan ini, tidak boleh dihitung
sebagai salah satu dari empatnya isteri yang tetap. Lelaki ini juga tidak
dibolehkan berkahwin dengan saudara kanak-kanak perempuan tersebut." (Dari
buku Khomeini "Tahrirolvasyleh" Jilid 4, Darol Elm, Gom, Iran, 1990).
"Ada lebih baik bila
kanak-kanak perempuan mulai datang haid berkahwin di rumah suaminya daripada
rumah ayahnya. Si ayah yang mengahwini anak perempuannya pada usia begitu akan
mendapat tempat yang tetap di Firdaus." (Dari buku Khomeini
"Tahrirolvasyleh" Jilid 4, Darol Elm, Gom, Iran, 1990).
"Setiap lelaki boleh
mendapat kepuasan sex dengan haiwan seperti kambing biri-biri, lembu, unta dan
sebagainya. Walau bagaimanapun dia seharusnya membunuh binatang tersebut
selepas persetubuhan itu. Dia tidak boleh menjual daging bintang tersebut
kepada orang kampungnya, adalah lebih baik baginya supaya menjual daging
binatang tersebut kepada penduduk desa yang berdekatan." (Dari buku
Khomeini "Tahrirolvasyleh" Jilid 4, Darol Elm, Gom, Iran, 1990).
"Setiap lelaki yang
meliwat dengan haiwan seperti lembu, biri-biri betina atau unta, maka air
kencing dan sistem kumbuhan binatang tersebut tidak lagi suci. Ia menjadi najis
dan kotor. Oleh itu susunya tidak lagi boleh diminum. Haiwan tersebut
seharusnya dibunuh dan dibakar secepat mungkin."(Dari buku kecil hijau,
Sayings of Ayatollah Khomeini, Political, Phylosophica, Social and Religious
with a special introduction by Clive Irving, ISBN number 0-553-14032-9, page
47)." Kata ku, mengakhiri hujah.
Aku hanya memerhatikan,
mereka sedang berfikir.
QARDIANI
"Kamu tahu pasai Qardani, apakah mereka juga tak
betul?" Tanya Pak Rashid padaku.
"Sikit-sikit tahulah,
macam Mirza Ghulam Ahmad telah dilahirkan di-sabuah kampong bernama Qadian
di-Utara India pada tahun Masehi 1839 berasal dari keluarga Islam. Dia sering
mengalami berbagai penyakit baik jiwa atau jasmani dan lazim mengubati dirinya
dengan candu dan tonik arak anggur. Ia juga mengakui dirinya adalah Nabi Isa
al-Masih, Imam Mahdi bahkan sabagai kedatangan Nabi Muhammad yang kedua kalinya
dalam bentuk rupa Mirza untuk mengembang-kan ajaran Islam. Dalam pada itu ia
mendakwa telah menerima WAHYU dengan menyifatkan karangannya BRAHEEN-e-AHMADIYA
sebagai KITAB ALLAH. Dia telah menemui ajal-nya pada tahun 1908. Semasa hidupnya dia telah mengarang 80 buah
kitab dan kesemua kitab-kitab karangan Mirza Ghulam telah dihimpunkan dan
diberi tajuk 'ROOHAINI KHAZAIN' diterbit dan diedarkan oleh Pusat Aliran
Ahmadiyyah di London.”
Mirza Ghulam Ahmad telah mengatakan (petikan dari
Izala-e-Auham'ROOHAINI KHAZAIN ,jilid 3, ms. 114-472) yang :
1.Nabi Muhammad tidak mengerti makna Surah Al-Zilzal.
2.Para rasul yang lain juga telah berbuat salah dan berbohong.
3.Kesilapan juga didapati dalam wahyu yang diterima Rasulullah
kerana tidak memaklumkan tentang Ibnu-Maryam, Dajal, Ya'juj dan Ma'juj dan
Daabatul Ardh.
4.Braheen-e-Ahmadiyya dirujuk sabagai Kitab Allah dalam karangan
Mirza yang lain umpamanya dalam Roohani Khazain jilid 22. Ms 502. Contohnya…
" Inna Anzalnaahu Qareeban min alQadian wa bil Haq anzalnaahu"
{Sasungguhnya kami telah mengutus-nya[ Mira] di-Qadian dan mengutus-nya dengan
kebenaraan}. Ayat yang kononnya wahyu ini juga telah dikandungkan dalam
Braheen-e-Ahmadiyya dan dengan nyata mendakwa bahawa Qadian telah disebut
terdahulunya didalam Qur'an atau Hadis.
5.Rujukan kapada Makkah, Madinah dan Qadian didapati dalam
Al-Qur'an yang suci.
6.Al-Qur'an megandungi perkataan-perkataan yang kurang sopan. {
Mirza kini berusaha mempertahankan kata-kata kesat yang digunakan terhadap mereka
yang membangkangnya}". Kataku lagi.
Aku menarik nafas panjang.
Semua muka berkerut. Nyamuk tidak lagi menjadi teman sejati. "Tak cukup dengan fakta-fakta yang
merapu tu, dia tambah lagi ajaran dia dengan fakta-fakta gila seperti …
Ia merupakan kedatangan Nabi Muhammad yang kedua kalinya bahkan
lebih sempurna dan lebih berdarjat dari pengutusannya yang pertama (Roohani
Khazain jilid.16 ms 272).
Nabi Muhammad telah kembali ke dunia sabagai Mirza untuk
mengembangkan Islam (Roohani Khazain jilid.17 ms 249).
Penganut Ahmadiyya tidak harus membezakan antara Mirza Ghulam
dengan Nabi Muhammad kerana "sesiapa yang membezakan antara aku dan
Mustafa [Rasullulah] tidak pernah melihat atau mengenalku"(Roohani Khazain
jilid.16 ms 171).
Mirza kononnya menerima WAHYU: Muhammadur Rasoolullah wallazeena
ma'ahoo ashiddaohoo' ala alkuffar rohamao bainahum' dalam mana Tuhan telah menamakan
aku Muhammad dan Rasulullah (Roohani Khazain jilid.18 ms 207).
Sesiapa menjadi ahli Jama'at Mirza dengan tersendirinya dia
bertaraf Sahabat Rasulullah (Roohani Khazain jilid.16 ms 259).
Oleh sebab, Mirza Ghulam tidak lain orangnya dari Nabi Muhammad
maka apabila saorang Ahmadi mengucap KALIMA TAYYEBAH( Shahadah) maksud Muhammad
Rasululah ialah Mirza Ghulam Ahmad Qadiani (Kalimat al-Fasl oleh Mirza Basheer
Ahmad anak-nya Mirza Ghulam Ahmad Qadiani).
Si Mirza Ghulam Ahmad dilahirkan oleh Chiragh Bibi tetapi ia
mendakwa yang ianya adalah Isa ibn-Maryam. Mirza mengatakan pada mulanya Tuhan
telah merubahnya menjadi Maryam salama dua tahun. Salepas itu, Tuhan membuatnya
mengandung salama 10 bulan dengan meniup ruh Isa kadalam-nya dan akhir-nya dia
telah menukar menjadi Isa ibn-Maryam( Roohani Khazain jilid. 19ms 87-89).
Dia adalah Massel Maseeh serta mempunyai beberapa persamaan
dengan Isa ibn-Maryam (Roohani Khazain jilid.1 ms 593).
Nabi Isa ada-lah anak Yusuf Najjar (Roohani Khazain jilid.3 ms 254).
Nabi Isa telah wafat dan tidak lagi akan kembali (Roohani
Khazain jilid.3 ms402).
Nabi Isa ada-lah sa-orang pembohong, kerap kali menyebut
kata-kata lucah, pemabuk, perakus dan jahat, bukan orang yang salih atau
mencari kebenaran, dianya juga sombong dan angkuh dan mendakwa ketuhanan
dirinya (Roohani Khazain jilid.9 ms 289).
Sebenar-nya Nabi Isa tidak pernah memperlihatkan sabarang
mukjizat" (Roohani Khazain jilid.11 ms 290-291).
Tiga nenek moyang Nabi Isa ada-lah ahli zina dan pelacur dan
dari darah daging mereka Nabi Isa di-jadikan" (Roohani Khazain jilid.11 ms
291).
Nabi Isa menjadi gila kerana penyakit sawan" (Roohani
Khazain jilid.9 ms 417).
Aku lebih senang jika Nabi Isa tidak pernah diturunkan ke dunia
ini" (Roohani Khazain jilid.9 ms 417).
Aku lebih sempurna dari Isa ibn Maryam" (Roohani Khazain
jilid.1 ms 593).
"Aku mempunyai beberapa sifat yang menyerupai Jesus
….sifatku dan Jesus ibarat atom yang kembar atau dua benih dari pokok yang sama."
(Roohani Khazain jilid.1 ms 593).
"Qur'an adalah Kitab Allah dan sebutanku" (Iklan
bertarih 15 Mar 1897, Roohani Khazain jilid.22 ms 87).
Aku yakin akan wahyu yang aku terima sama saperti Qur'an dan
Torah"(Roohani Khazain jilid.17 ms 454 ).
"Asas dakwaan kami bukan Hadis dan Qur'an tetapi WAHYU yang
kami terima. Memang benar kami merujuk
kapada Hadis yang disahkan Qur'an bilamana ia memperkukuhkan dan TIDAK
BERCANGGAH DENGAN WAHYU KAMI. YANG LAINNYA KAMI KETEPIKAN SAPERTI SAMPAH
KERTAS" (Roohani Khazain jilid.19 ms 140).
"Bait-ul-Zikr (Masjid disebelah Bait-ul-Fikr, bilik yang
dimana Mirza berdiam dan mengarang kitab-kitabnya) sama saperti Harram-e-Kaaba,
'Wa man dakhalahoo kaan amina' {dan sasiapa yang memasukinya berada dalam
keamanan}" (Roohani Khazain jilid.1 ms 666-667).
Ayat 1 Surah 17 (Al-Isra) dari Al-Qur'an: "Maha suci Tuhan
yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Haram(di
Makkah) ka Masjid Aqsa (di Baitul Makdis)", erti and tujuannya adalah
Masjid yang dibina bapa Mirza Ghulam. (Himpunan iklan jilid. 3 ms 286).
"Kesemuanya telah terima dan percaya akan kenabianku
melainkan keturunan pelacur yang hati mereka itu telah ditutupi Tuhan"
(Kamalate Islam, Roohani Khazain jilid.5 ms 547).
"Sasiapa yang enggan percaya tentang Mirza Ghulam Ahmad
Qadiani telah ingkar terhadap Tuhan dan Rasul dan akan dimasukkan kadalam
Neraka" (Iklan oleh Mirza Ghulam Ahmad bertarih 25 Mai 1900).
"Aku adalah 'benih yang dengan kemahuan sendiri
ditanam/dipelihara' KERAJAAN INGGERIS. Kerajaan harus melindungi BENIH TANAMAN
INI…. Mesti mengarah kaki tangannya melayan AKU serta JAMA'AHKU dengan
kemudahan and pertolongan yang istimewa. Keluarga kami tidak pernah
teragak-agak menumpahkan darah mereka demi kepentingan Kerajaan Inggeris dan
tidak berhenti menggadai nyawa meraka sejak dahulu hingga kini" (Roohani
Khazain jilid.13 ms 350).
"Dari sejak remaja hingga kini usiaku 65 tahun, aku
sentiasa sibuk, dengan lidah dan penaku, dalam tugas penting bagi mengubah hati
orang Islam kapada cinta, tulus-ihlas and simpati terhadap Kerajaan Inggeris
dan melesapkan fahaman Jihad dari hati sibodoh (Orang Islam) "
(Kitab-ul-Bariyah, Roohani Khazain jilid.13 ms 350 ).
"….demi kepentingan Kerajaan Inggeris, sudahku menerbitkan
dan membahagi 50,000 keping kertas di negeri ini (India) dan negara Islam yang
lainnya (membahas Jihad) … kesudahannya beratus ribu manusia telah menggugurkan
fahaman Jihad yang kotor itu." (Roohani Khazain jilid .15 ms 114)".
Kata ku lagi sambil menarik nafas lega.
"Mak datuk, beraninya
dia?" Tiba-tiba saja perkataan itu keluar dari mulut sang lebai.
"Apa nak dihairankan
lagi Lebai, itulah akibat bila Quran dibuat barang hiasan." Kataku lagi.
BAB
5 : PUASA
Masing-masing masih tidak bergenjak dari bangku panjang itu.
Semua bebola mata bertumpu kepada Bible dan Quran. Satu lagi teko teh susu
panas dibawa keluar. Lebai Ngah, Ustaz Harun, Pak Rashid, dan Wak Seman dalam
keadaan yang sangat tertekan. Aku semakin bersemangat untuk berhujah
memandangkan mereka pula semakin setia untuk mendengar.
"Kalau begitu bagaimana pula cara kamu
berpuasa dan bersolat Brahim?" Lebai Ngah yang lama mendiamkan diri terus
menyoal.
Aku senyum kepadanya dan
membetulkan buntut yang sudah mula panas di tempat duduk bangku panjang. Kemudia aku bersuara dengan tenang.
"Pertama, puasa bila
Ramadan 2:185. "Bulan Ramadan yang padanya Al-Qur'an diturunkan untuk
menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada
Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang
menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau
dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain. Allah
menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu; dan
agar kamu mencukupkan bilangan, dan mengagungkan Allah, bahawa Dia telah
memberi petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih.”
"Kedua, dalam ayat
2:196. "Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu
dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan mencukur kepala kamu
sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit,
atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau
berkorban. Apabila kamu berasa aman, sesiapa yang menikmati umrah sehingga
Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia
tidak mendapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh
apabila kamu kembali. Itulah sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang
yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram. Dan takutilah Allah, dan
ketahuilah bahawa Allah keras dalam pembalasan sewajarnya."
"Ketiga 5:89.
"Allah tidak mempertanggungjawabkan kamu kerana sumpah kamu yang tidak
sengaja, tetapi Dia mempertanggungjawabkan kerana ikatan yang kamu buat dengan
sumpah-sumpah itu. Penebusannya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dengan
makanan yang biasa kamu memberikan keluarga kamu, atau memberi Pakaian mereka,
atau memerdekakan seorang hamba. Jika sesiapa tidak mendapatkannya, hendaklah
dia berpuasa tiga hari. Itulah penebusan bagi sumpah-sumpah kamu apabila kamu
bersumpah; jagalah sumpah-sumpah kamu. Begitulah Allah memperjelaskan kepada
kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu berterima kasih."
"Keempat dalam surah 5:95.
"Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membunuh binatang buruan sedang
kamu dalam kesucian haji (ihram); sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan
sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh,
daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil antara kamu,
sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebusan - memberi makan
orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia merasai
keburukan daripada pekerjaannya. Allah memaafkan apa yang telah lalu, tetapi
sesiapa mengulanginya, Allah akan melepaskan dendam kepadanya; Allah Perkasa,
Pendendam."
"Yang kelima Zihar
58:4. Tetapi sesiapa yang tidak mendapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa dua
bulan berturut-turut sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dan jika
sesiapa yang tidak boleh, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang
miskin - itu, supaya kamu mempercayai Allah dan rasul-Nya. Itulah hudud
(had-had) Allah; dan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang
pedih."
"Itulah kelima-lima
kes yang memerlukan puasa, jadi tidak ada puasa enam, puasa bulan putih, puasa
Isnin dan Khamis, puasa Rejab, puasa Shaaban dan entah apa-apa punya puasa yang
dilabelkankan atas nama Islam dan sebagai ganjaranya pula, sipengamalnya akan
mendapat pula pahala Nabi itu dan Nabi ini atau dia akan mendapat pahala setahunlah,
seumur hiduplah dan akhirnya diberi dengan ganjaran Syurga!"Kataku, puas.
"Ingat tak pada kes
tuan penasihat tadi?" Tanyaku ringkas.
"Perempuan yang
berhaid pun kena puasa, kan?" Ustaz Harun bertanya sambil menjeling
padaku. Ada nada jengkil dalam suaranya.
Aku lempar senyuman
padanya. "Tidak perlu, seperti kita bincangkan ayat yang pertama tadi
2:185. ".. dan sesiapa yang sakit (seperti gangguan yang mengakibatkan
kesakitan), atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang
lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran
bagi kamu; dan agar kamu mencukupkan bilangan.”. Jadi, perempuan datang bulan tidak perlu
puasa kerana kita faham apabila wanita mengalami haid. Mereka mengalami
kesakitan yang luar biasa. Ianya
termasuk gangguan dalam kesihatan." Kataku.
"Puasa pula dari
Fajar, sebelum matahari terbit sampai Malam, iaitu setelah matahari terbenam
sepenuhnya. Kerana ayat 2:187.
"Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri
kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah
mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat
kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang
Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga
benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada Fajar,
kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka
sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah had-had (hudud) Allah;
janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya
kepada manusia supaya mereka bertakwa." Tegasku.
“Kamu memang sah gila
Brahim!. Adakah kamu hendak memberitahu kami bahawa, perempuam yang datang haid
juga kena puasa!" Ustaz Harun mula naik benggang.
"Ustaz jangan marah
saya, perempuan yang datang haid boleh main bola jaring, berenang, menoreh
getah, pergi opis, makan, minum dan pergi kerja. Pasal apa tak boleh solat dan berpuasa?” Kata ku.
"Buktikan teori kamu
Brahim!" Perintah Lebai Ngah.
"Hanya ada tiga ayat
berkenaan dengan haid yang saya dapat cari dan ketiga-tiga ayat ini tidak
memberi cuti pada kaum Hawa, entahlah kalau ada Tuhan lain yang telah
mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak
mengizinkan…. (42:21)?" Aku pura-pura bertanya. “Lihat ayat-ayat ini…”
2:222. Mereka menanyai kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia
adalah gangguan; maka hendaklah kamu menjauhkan daripada perempuan-perempuan
semasa dalam haid, dan janganlah mendekati mereka sehingga mereka bersih.
Apabila mereka telah membersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka
sebagaimana Allah memerintahkan kamu." Sesungguhnya Allah menyukai
orang-orang yang bertaubat, dan Dia menyukai orang-orang yang membersihkan diri
mereka.
2:228. Perempuan-perempuan yang diceraikan akan menunggu sendiri
selama tiga haid, dan tidaklah halal bagi mereka untuk menyembunyikan apa yang
Allah menciptakan di dalam rahim mereka jika mereka mempercayai Allah dan Hari
Akhir. Pada masa itu suami-suami mereka adalah lebih berhak untuk mengembalikan
mereka jika mereka menghendaki untuk memperbetulkan. Bagi perempuan ada hak
yang baik seperti yang ke atas lelaki, tetapi para lelaki mereka adalah satu
darjat di atas mereka; Allah Perkasa, Bijaksana.
65:4. Bagi perempuan-perempuan kamu yang berputus asa daripada
haid selanjutnya, jika kamu ragu-ragu, maka tempoh mereka ialah tiga bulan, dan
mereka yang tidak datang haid hingga kini. Dan mereka yang hamil, tempoh mereka
ialah apabila mereka melahirkan kandungan mereka. Sesiapa bertakwa kepada
Allah, Dia akan membuatkan untuknya, daripada perintah-Nya, yang mudah.
"Ustaz, ayat 2:222
mengatakan "cuti dari melakukan hubungan sejenis" untuk bersama
suami, bukan cuti dari solat, cuti dari mengingati Allah, cuti dari berbuat
baik dan sebagainya. Tuhan palsu mana pula berani "cancel" hukum
Allah ini?" Aku sambung lagi.
"Lebai Ngah, ini
bukan teori, Ini ayat Quran yang sangat jelas." Kataku sambil memandang
pada Lebai Ngah.
.... BERSAMBUNG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!