BAB 6 : SOLAT / ISRA
"Kalau begitu
Brahim, macam mana kamu solat dengan menggunakan Quran sahaja, kerana Quran
tidak memerincikan cara laku solat?" Pinta Pak Rashid.
"Dia lupa hadis
yang mashur yang mutafa’alaik "solatlah kamu seperti mana kamu lihat aku
solat." Ujar sang Ustaz, senyum sinis.
"Solat, ini kes
panjang dan sensitif. Tetapi, Anyasya-ALLAH saya akan terangkan bagaimana saya
solat, berpandukan pada Quran satu-satunya, pada masa yang sama Pak Rashid
bandinglah pula dengan cara Pak Rashid." Aku cuba berlawak.
"Apa yang
terdapat di dalam kitab-kitab karangan ulamak hanyalah hadis-hadis seperti dari
si anu yang diriwayatkan oleh imam si anu katanya, ‘pada satu hari sewaktu aku
sedang berbual-bual dengan si anu aku ternampak Rasulullah mencuit-cuit jari
telunjuknya sewaktu beliau sedang duduk’, dan dari si anu yang diriwayatkan
oleh imam si anu katanya ‘pada satu hari sewaktu Nabi sedang bersolat aku lihat
beliau meletakkan kedua-dua tangannya ke atas pusatnya’ atau dari si anu,
katanya ‘pada satu hari sewaktu Nabi sedang berdiri aku lihat beliau meluruskan
kedua-dua tangannya ke bawah.’" Kataku lagi.
"Cuba perhati
baik-baik di sini. Yang amat ketara cara dan kaedah hadis-hadis dikumpul tadi
langsung tidak memberi keyakinan bahawa apa yang ditulis itu benar-benar datang
daripada Rasulullah atau wahyu Ilahi sepertimana yang ditegaskan oleh para
ulamak. Ia lebih menyerupai tulisan atau
karangan orang-orang yang suka mengintai dan mengintip. Selain itu, cara Nabi
menunjukkannya pula nampak begitu tidak acuh, seolah-olah beliau tidak peduli
kalau ada orang yang melihatnya atau tidak." Kataku lagi.
"Soalannya di
sini cara manakah satu Nabi bersolat, adakah semua ini hanya rekaan-rekaan para
ulamak saja?" Tanya Pak Rashid.
"Ya!".
Jawabku ringkas dan tegas. “Sudah Pasti!”
"Cepat, jangan
cuba berdalih, ceritakan pada kami bermula dari Israk dan Mikraj lagi, masa
Nabi mula mendapat perintah solat lima kali sehari semalam." Bentak Pak
Rashid, tidak sabar.
"Errr, maaf saya
tak berapa pasti". Kataku, sambil senyum tenang.
"Cakap saja
berapi-api, perintah solat melalui Isra dan Mikraj pun tak tahu, Ngah, engkau bagi tau pada budak ni pasai
Israk dan Mikraj." Kata Ustaz Harun
sambil kerling dengan ekor matanya kepadaku.
Dengan undangan
seringkas itu, Lebai Ngah mula berkhutbah.
"Isra ialah
perjalanan Nabi secara mendatar Nabi dari Mekah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem.
Dari sana Nabi terus di Mi'raj ke langit dengan menaiki haiwan yang dikenali
sebagai Buraq dan sebelum malam berakhir Nabi telah kembali ke Mekah. Kejadian ini berlaku pada 27 Rejab (bulan ke
7) tahun 621 AD. Masa itu umur Nabi ialah 50 tahun. Bila Nabi berjumpa dengan
Tuhan, Nabi telah diberi syariat solat 50 waktu sehari semalam padanya dan pada
umatnya. Bila Nabi hendak turun ke bumi
melalui syurga ditingkat tujuh, Nabi Musa telah bertanya kepada Nabi Muhammad
apakah yang telah dititahkan oleh Allah kepadanya. Nabi Muhammad pun
menerangkan akan ibadah solat 50 waktu sehari semalam itu. Nabi Musa berkata
walaupun umatnya besar dan kuat namun, umatnya tidak dapat melakukan solat
sebanyak itu, lalu Nabi Musa mencadangkan supaya Nabi Muhammad pergi berjumpa
Tuhan dan meminta supaya ibadat itu di kurangkan. Sekali lagi Nabi Muhammad berjumpa dengan Tuhan.
Lalu setelah mendengan rayuan Nabi
Muhammad, ibadah solat dikurangkan sebanyak 45 kali sehari semalam dan bila
Nabi Muhammad hendak turun ke bumi melalui syurga di tingkat tujuh, Nabi Musa
telah bertanya kepada Nabi Muhammad yang berapakah kali ianya dikurangkan, lalu
Nabi menjawap empat puluh lima kali.
Sekali lagi Nabi Musa
berkata yang walaupun umatnya besar dan kuat namum umatnya tidak dapat
melakukan solat sebanyak empat puluh lima kali, lalu Nabi Musa mencadangkan
supaya Nabi Muhammad sekali lagi pergi berjumpa dengan Tuhan dan minta supaya
ibadat itu di kurangkan.
Demikianlah proses
itu berlanjutan sebanyak sembilan kali. Bila Nabi Muhammad hendak turun ke bumi
melalui syurga di tingkat tujuh, Nabi Musa telah bertanya kepada Nabi Muhammad
yang berapakah kali ianya dikurangkan, lalu Nabi Muhammad menjawab hanya
tinggal lima kali sahaja. Sekali lagi Nabi
Musa berkata yang walaupun umatnya besar dan kuat namum umatnya tidak dapat
melakukan solat sebanyak itu, lalu Nabi Musa mencadangkan supaya Nabi Muhammad
pergi berjumpa Tuhan sekali lagi dan minta supaya ibadat itu di kurangkan. Demi
kerana malunya, Nabi Muhammad telah membatalkan hasratnya untuk mengadap Tuhan.
Oleh kerana, satu kebaikan diganda sepuluh, maka lima solat didarab dengan
sepuluh kali maka ianya berjumlah juga sebanyak lima puluh kali kali solat.
Pahala ini sebagaimana pahala suruhan pertama iaitu lima puluh kali solat jaga."
Hujah Lebai Ngah bersungguh-sungguh.
"Bangkanglah
lagi, jangan tak bangkang." Ustaz Harun perli akusambil mencapai kotak
rokoknya.
Aku dongak keatas
sekejap sambil tersengih, lalu mengeliat, keratap, teretup bunyinya. Terasa
segar sedikit bahagian lengan yang lenguh. "Baiklah, hujah saya yang
pertama, Buraq tidak ada dalam Qur’an dan kalau hadis Lebai Ngah ini benar lagi
membenarkan, mengapa pula tak diceritakan pula cara Nabi turun ke bumi, kembali
ke Mekah menaiki apa? dan apakah pula terjadi pada Buraq itu?" soal
ku. "Hujah saya yang kedua, Nabi
Muhammad menerima Qur’an sekitar umur 40 tahun, jadi macam mana Lebai Ngah kata
Nabi menerima perintah solat pada umur Nabi 50 tahun. Jurang sepuluh tahun itu
tersangat lamalah."
"Hujah saya yang
ketiga, adakah ini bermakna Tuhan tidak tahu untuk memerintahkan sekali sahaja.
Iaitu solat lima kali sehari semalam, dan bukan sebanyak lima puluh kali sehari
semalam di mana akhirnya menjadi lima juga, adakah ini juga bermakna Tuhan
mempermain-mainkan Nabi?"
"Hujah saya yang
keempat, mengapa pula Nabi Musa menjadi penasihat kepada Nabi Muhammad,
tidakkah Lebai nampak unsur-unsur Israiliat di sini?"
"Hujah saya yang
lima, adakah dengan hadis tadi bermakna Nabi Muhammad atau Nabi Musa lebih
mengetahui perihal umat mereka berbanding Allah yang maha mengetahui?"
"Hujah saya yang
keenam, bagaimanakah mungkin Nabi Muhammad melawat Masjidil Aqsa, sedangkan
ianya dibina oleh Khalifah Umar selepas sembilan belas tahun dan dinamakan
Masjidil Aqsa oleh Abdul Walid Bin Abdul Malik, tujuh puluh tiga tahun selepas kewafatan
Nabi Muhammad? Buat pengetahuan semua yang ada, nama Masjidil
Aqsa tersebut juga diambil dari Al-Qur’an (17:1) lalu dinamakan Masjidil Aqsa
oleh Abdul Walid Bin Abdul Malik. Lojiknya kawasan itu adalah Bukit Moria menurut
Bible dan ia dulunya adalah Haikal Sulaiman.
Dibina oleh Umar al-Khattab selepas wafatnya nabi Muhammad. Belum ada nama lagi masa itu. Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul
Malik, barulah ia dinamakan sebagai Masjidil Al-Aqsa atau ‘Tempat Sujud Yang Lebih
Jauh’ berdasarkan ayat 1 surah Bani israil."
"Hujah saya yang
ketujuh, ada satu cerita menarik di sini, seperti yang dinukilkan oleh Ibn
Ishak. Sebagai yang kita ketahui Ibnu Ishak seorang Tabi’in yang lahir di
Madinah pada tahun 85H / 704M dan meninggal di Baghdad pada tahun 151H / 768M, adalah
di antara orang paling awal menulis biografi Nabi Muhammad. Dia menulis di antara lainnya, Nabi
memberitahu kepada isterinya perihal Isra semasa Nabi bangun untuk solat Fajr,
dan perjalanan itu berlaku bila Nabi tidur selepas solat Isya, dalam cerita
lain pula, diceritakan bahawa sebelum Nabi naik ke langit Nabi solat Isya dulu.
Hairan juga, Nabi dah solat bertahun-tahun baru dapat arahan untuk solat?"
"Hujah saya yang
kelapan, mengikut Bible, Nabi Ibrahim sedang berdebat dengan Tuhan bagi pihak
Sodom (umat Nabi Lut) untuk tidak memusnahkan mereka jika ada lima puluh orang
beriman diantara mereka, akhirnya tawar menawar ini menjadi sepuluh orang.
Bible RSV Kejadian 18:20 hingga 32 mengatakan :
20: Maka berfirmanlah
TUHAN: "Kerana dengungan terhadap Sodom dan Gomora besar dan dosa mereka
sangat berat,
21: Aku akan pergi
melihat apakah mereka telah melakukan semuanya menurut jeritan yang telah
datang kepadaku; dan jika tidak, saya akan tahu. "
22 Maka berpalinglah
orang-orang itu dari sana dan pergi ke Sodom. tetapi Abraham masih berdiri di
hadapan TUHAN.
23 Kemudian Abraham
mendekat, dan berkata, "Patutkah engkau membinasakan orang benar dengan
orang fasik?
24: Anggap terdapat
lima puluh orang yang benar di dalam kota; Adakah anda akan memusnahkan tempat
itu dan tidak membiarkannya untuk lima puluh orang yang benar di dalamnya?
25: Jauhlah dari
padamu untuk berbuat demikian, untuk membunuh yang benar
dengan orang fasik,
supaya orang benar seperti orang jahat! Jauh dari kamu! Tidakkah Hakim dari
seluruh bumi berbuat demikian? "
26 Maka berfirmanlah
TUHAN: "Sekiranya aku mendapati di Sodom lima puluh orang yang benar di
kota, Aku akan melepaskan seluruh tempat itu untuk mereka."
27: Abraham menjawab,
"Lihatlah, saya telah mengambil keputusan untuk berbicara kepada Tuhan,
saya yang debu dan abu.
28: Kira lima
daripada lima puluh orang yang benar tidak berkesudahan? Adakah engkau akan
memusnahkan seluruh kota kerana kekurangan lima? "Dan ia berkata,"
Aku tidak akan membinasakannya jika aku mendapati empat puluh lima di sana.
"
29 Sekali lagi ia
berbicara kepadanya, dan berkata, "Sekiranya ada empat puluh orang di
sana." Dia menjawab, "Demi empat puluh saya tidak akan
melakukannya."
30. Kemudian dia
berkata, "Janganlah Tuhan marah, dan saya akan berkata, tiga puluh orang
di sana." Dia menjawab, "Saya tidak akan melakukannya, jika saya
mendapati tiga puluh di sana."
31. Dia berkata,
"Sesungguhnya aku telah mengambil keputusan untuk berbicara kepada Tuhan,
kalau ada dua puluh orang di sana." Dia menjawab, "Untuk dua puluh
aku tidak akan memusnahkannya."
32. Kemudian dia
berkata, "Janganlah Tuhan marah, dan saya akan berbicara lagi tetapi
sekali ini, sepuluh ditemui di sana." Dia menjawab, "Demi sepuluh
kali aku tidak akan memusnahkannya."
"Mari kita lihat
persamaan tersebut dengan Quran 29:31 dan 32. "Dan apabila rasul-rasul
Kami datang kepada Ibrahim dengan berita gembira, mereka berkata, "Kami
akan memusnahkan penduduk bandar raya ini, kerana penduduknya orang-orang yang zalim.
Berkata, "Lut di dalamnya." Mereka berkata, "Kami sangat
mengetahui siapa di dalamnya. Kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya,
kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tinggal."
"Ayat 11:74
hingga 76. Maka, apabila rasa takut telah pergi daripada Ibrahim, dan berita
gembira datang kepadanya, dia berdebat dengan Kami mengenai kaum Lut. Ibrahim
adalah penyantun, lembut hati, berkesesalan. "Wahai Ibrahim, berpalinglah
daripada ini. Sesungguhnya perintah Pemelihara kamu telah datang, dan datang
kepada mereka azab yang tidak dapat dikembalikan."
"Cuba Lebai Ngah
tengok kedua-dua ayat diatas, Nabi Ibrahim cuba "mengingkatkan" para
malaikat yang Nabi Lut ada di dalam bersama kaumnya. Dia cuba berdebat, tetapi sayang, hajat
hatinya tak kesampaian. Arahan dari
Allah ialah "Wahai Ibrahim, berpalinglah daripada ini. Sesungguhnya
perintah Pemelihara kamu telah datang, dan datang kepada mereka azab yang tidak
dapat dikembalikan." Dalam Quran itu tidak ada soal tawar menawar dengan
Tuhan, tapi dalam Bible ada unsur tawar-menawar, macam hadis solat,
tawar-menawar dari lima puluh jadi lima."
"Hujah saya yang
kesembilan 11:114. "Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal
malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu
peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.”. Surah Hud ini adalah Surah
Makkiyah, betul tak ustaz? Maknanya, nabi telah menerima arahan menunaikan
solat ketika di Mekah lagi. Dan teori
hadis yang menyatakan penerimaan perintah solat 50 waktu yang ahirnya jadi 5
waktu adalah kontradik dengan surah Hud :114 ini. Solat di dua tepi siang adalah Solat Fajar
dan Solat wusta. Manakala solat pada
awal malam adalah solat Isyak menurut Qur’an itu sendiri.”
"Hujah saya yang
kesepuluh. Solat pula telah diperintahkan sejak zaman Nabi Ibrahim lagi dan
Nabi Muhammad dikehendaki untuk meneruskan amalan solat tersebut. Lihat
ayat-ayat ini…
21:73. Dan melantik
mereka untuk menjadi imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan
Kami mewahyukan mereka perbuatan kebajikan, dan melakukan solat, dan memberikan
zakat, dan Kami mereka sembah.
22:78. Dan
berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah memilih kamu,
dan tidak meletakkan ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu,
Ibrahim; Dia menamakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya
rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu menjadi saksi ke atas manusia. Maka
lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada
Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang
sangat baik.” - Oleh itu, dalam dua ayat itu tadi, jelas menunjukkan solat
telah diperintahkan sejak Ibrahim lagi dan keseluruhan nabi-nabi yang diutus
sesudah Ibrahim hanya menerima syariat solat ini dengan patuh. Bagaimana mereka
solat? Bukti kaedah solat itu boleh kita lihat sendiri dalam Qur’an. Yang
diamalkan oleh nabi Muhammad SAW.”
“Hujah saya yang
kesebelas. Nama-nama solat secara rasmi
disebut dalam dua ayat. Walaupun
nama-nama lain yang lazim digunakan untuk solat, seperti Zuhur, Asar, Maghrib
dan Subuh, tercatat di dalam al-Qur’an, namun mereka tidak dikaitkan dengan
solat, atau waktu solat. Umpamanya nama "maghrib", ia bukan sahaja
bukan nama solat, tetapi juga bukan nama waktu. Ia sebenarnya adalah suatu arah,
iaitu barat, seperti yang ditunjukkan pada ayat Allah berbunyi:
"Kepunyaan Allah
Timur(Masyrik) dan Barat(Maghrib)" (2:115)
Zohor pula di dalam
al-Qur’an adalah waktu berehat pada tengah hari, apabila pakaian ditanggalkan.
Firman-Nya, "Wahai orang-orang yang percaya, hendaklah mereka yang
tangan-tangan kanan kamu miliki, dan mereka di antara kamu yang belum cukup
umur, minta izin kepada kamu tiga kali - sebelum solat Fajar, dan apabila kamu
tanggalkan pakaian kamu pada waktu Zohor, dan selepas solat isyak - tiga kali
aurat (penelanjangan) bagi kamu." (24:58)
Sementara
"Asar" di dalam al-Qur’an bermaksud "masa" atau
"waktu" dan tiada kaitan dengan solat seperti yang terdapat pada ayat
yang berbunyi "Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian,"
(103:1-2). Bukan sahaja tidak disebut
nama solat Maghrib, atau solat Zohor, atau solat Asar di dalam al-Qur’an,
tetapi juga, turut tidak disebut adalah nama "solat Subuh". Subuh dan
Fajar, seperti nama dan sebutan bunyinya yang berlainan, adalah dua masa atau waktu yang
berlainan. Waktu subuh adalah sebelum
fajar, iaitu waktu akhir malam. Perkataan ‘subuh’ terdapat pada ayat-ayat
11:81, 74:34, 81:18 dan 100:3, dan didapati tiada kaitan dengan solat langsung. Jadi hanya ada tiga nama solat yang disebut
dengan jelas iaitu Solat Fajar dan Solat Isyak dalam surah 24 : 58 dan solat Wusta dalam Surah 2.238.”
"Hujah saya yang
kedua belas dan terakhir ialah "Ayat 4:101-103 menjelaskan tentang solat
ringkas dan solat masa peperangan. Ayat itu juga mengatakan solat Qasar dan masa
peperangan itu sempurna apabila seseorang itu berdiri sehingga selesai sujud.
Kalau kita menyebutnya sebagai "satu rakaat", maka solat tersebut
ialah satu rakaat dan solat yang sempurna mestilah lebih daripada satu rakaat,
kerana solat Qasar yang tidak boleh dilakukan dalam keadaan biasa." Kataku
lagi.
"Sahih Bukhari
1/346 mengatakan bahawa pada permulaannya, semua solat hanya dua rakaat sahaja.
Kita tidak memerlukan hadis sebagai panduan beribadat, tetapi hadis ini sesuai
dengan ayat Quran 4:102."
"Saya percaya
Syaitan tidak boleh menyelewengkan atau mengubah seratus peratus dari ajaran
yang asal." Kataku lagi. "Sebagai contoh, dalam 'wuduk' Syaitan cuma
membuat beberapa tambahan kepada ajaran Tuhan, begitu juga haji di mana syaitan
telah membuat sedikit tambahan seperti melontar jumrah, begitu juga dalam bab
puasa, syaitan cuma mengubah sedikit waktu bermula dan berbuka, mungkinkah
syaitan juga telah menambahkan rakaat solat dari dua yang asal kepada tiga atau
pun empat?" Tanyaku lagi.
"Kamu ni dah merepek
habis Brahim!" Bentak si Ustaz.
"Apanya merepek,
mari kita buat sedikit ujikaji pada solat kita." Kataku, buat saranan.
"Uji… jangan tak
uji!" Pintas si Ustaz lagi.
"Jika Qur’an
17:110 mengatakan suara hendaklah sederhana dalam solat. Maka solat yang tanpa
suara dan bisu itu bukanlah dari ajaran Quran, adakah kita setuju?"
Tanyaku pada mereka, meletakkan piawaian dan syarat hujah ku kali ini. Semua kepala mula mengangguk setuju. Walaupun
agak perlahan tapi aku yakin mereka setuju.
"Kita melakukan
solat Subuh (Fajr) sebelum matahari terbit dua rakaat dengan bersuara, ini
mengikut Qur’an, lalu, kita solat Zohor dan Asar dalam keadaan bisu, bererti
kedua-dua solat itu adalah suatu tambahan baru, manakala bagi, Solat Wusta yang
sepatutnya dilakukan sebelum matahari terbenam sebanyak 3 rakaat dalam solat
Maghrib, dua rakaat bersuara, ini mengikut Quran dan satu rakaat bisu yang
merupakan ajaran baru, dan terakhir sekali ialah Solat Isyak di awal malam. Di
mana dua rakaat permulaan bersuara yang mengikut ajaran Quran dan dua rakaat
terakhir pula yang bisu merupakan satu tambahan." Jelasku. "Sebentar tadi kita dah bincang ayat
11:114 bahawa hanya ada tiga solat dalam satu hari, manakala orang kita juga
melakukan tiga solat yang bersuara iaitu dua rakaat solat Fajr, dua rakaat
solat Wusta dan dua rakaat solat Isyak, bolehkah kita kata, ini juga secara
kebetulan?"
"Habis apa sebab
pompuan diam masa solat?" Sampuk si Wak Seman.
"Dalam
sembahyang ia dikatakan aurat, tapi dalam mesyuarat suara mereka lantang tak apa,
itu bukan aurat?" Aku terpaksa menyindir.
"Nabi Muhammad
hanya mengikut perintah itu. 16:123. Kemudian Kami mewahyukan kamu,
"Ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukan orang yang
menyekutukan."
"Jadi, kami
salah lagilah, hang sajalah yang betul?!" Ustaz Harun cuba mendapat
kepastian dengan nada yang agak tinggi.
"Allah dan
KitabNya sahaja yang betul!" Aku cuba memulangkan paku buah keras.
"Habis tu, masa
Isra apa yang berlaku?" Tanya Lebai Ngah bersunguh-sungguh.
"Memperlihatkan
sebahagian daripada ayat-ayat Tuhan!" Jawabku ringkas, lalu kubacakan
ayat-ayat tersebut…. “17:1. Dia disanjung, yang memperjalankan hamba-Nya pada
waktu malam hari dari Masjidil Haram (Masjid Suci) ke masjid yang lebih jauh di
mana sekitarannya Kami memberkati, supaya Kami memperlihatkan kepadanya
sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang
Mengetahui.”
"Brahim, kalau
macam tu, macam mana hang solat?" Tanya sang Ustaz, sinis.
"Pertama, Allah
terangkan burung pun tahu masa solat mereka, malulah kalau manusia tidak tahu
waktu solat mereka, sehingga terpaksa melaungkan azan. 24:41. "Tidakkah
kamu melihat bagaimana segala yang di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan
burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing, dia mengetahui
solatnya, dan sanjungannya; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat. Seperti yang kita bincangkan ambil empat
anggota wudu, kemudian palinglah pada Masjil Haram seperti ayat 2:114 dan
2:149-250." Jelasku, menjawab soalan Ustaz Harun.
“Solat kamu tidak
baca niat ke?” soal Ustaz Harun.
“Niat-niat ini tidak
perlu Ustaz. Segala amal ibadah kita
seperti solat ini telah diakui oleh ALLAH sebagai ibadah untuk menyembah hanya
kerana ALLAH semata-mata. Lihat surah 51:
56. “Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan untuk sembah Aku.”
Cukuplah dengan
mendirikan solat pada waktu yang ditetapkan itu. Tidak ada solat selain solat pada waktu yang
ditetapkan itu. Masing-masing sudah ada
nama solat pada waktu yang ditetapkan.” Jawabku.
“Seterusnya cuba
lihat ayat 4:142. "Orang-orang munafik hendak menipu Allah, tetapi Allah,
Dia yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri
dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan tidak mengingat Allah,
kecuali sedikit.", dan jangan pula buat seperti ayat 5:58. "Dan jika
kamu memanggil kepada solat, mereka mengambilnya dalam ejekan, dan sebagai satu
permainan; itu ialah kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami."
Tambahku lagi.
"Kalau kita
lakukan juga maka 8:35. "Dan solat mereka di Rumah tidak lain hanyalah
siulan dan tepukan tangan; maka kamu rasalah azab kerana ketidakpercayaan
kamu!", 107:4 hingga 5. "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang
menyembah, Orang-orang yang, pada solat mereka, mereka lalai.". Kemudian
harus juga diketahui waktu solat, 11:114. "Dan lakukanlah solat pada dua
tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan
kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat."
"Wey, Brahim,
ikut ayat tu hanya ada tiga waktu, mana lagi dua!?" Cepat sahaja Lebai
Ngah memintas.
"Itu yang saya
faham hanya ada tiga waktu." Kataku lagi.
"Tapi yang aku
tahu, satu dunia buat lima waktu!" Sampuk Pak Rashid.
"Kalau begitu,
satu dunia betul, Quranlah yang silap!" Aku menyindir lagi. "Itu yang
saya faham, nak ikut tak ikut itu perihal masing-masing. Inilah ujian
Allah." Aku terpaksa bertegas.
"Shiah juga buat
tiga waktu, awak ni puak Shiah ke?" Ustaz Harun menambah, kerut kening.
"Demi Allah saya
bukan Shiah, Sunnah Wal Jama’ah dan entah apa berentah." Aku terpaksa
bertegas. "Ustaz, jangan
pusing-pusing, balik kepada persoalan solat. Nah, sekarang ada tiga waktu yang
jelas. Dua berada di tepi siang iaitu solat Fajar di tepi siang pertama dan
solat Wusta berada ditepi siang kedua,. Nama yang di tengah tu seperti Allah
berfirman pada ayat 2:238. "Peliharalah salawat(segala solat) dan solat di
tengah (Solat Wusta), dan berdirilah kamu patuh kepada Allah." Juga terletak ditengah antara dua solat,
solat Fajar dan Solat Isyak dan Solat Isyak pula dilakukan pada awal malam atau
waktu maghrib bagi Ustaz.”
“Solat Isyak kamu
waktu orang berpuasa berbuka, Brahim?!” soal Ustaz Harun.
“Ya, betul. Kerana waktu awal malam adalah saat matahari
gelincir untuk terbenam. Ia dikira sudah memasuk zon malam. Pada saat inilah puak Sunni berbuka
puasa. Kebetulan atau tidak memang ia
adalah zon malam menurut pengiraan pembahagian masa siang dan malam menurut
Qur’an. Sama halnya Solat Fajar yang berakhir
tatkala matahari terbit sepenuhnya, waktu siang bermula. Maka, apabila matahari terbenam. Saat itulah
malam bermula dengan awal malam di mana saya solat solat Isyak dan berbuka
puasa sekiranya saya berpuasa pada bulan Ramadhan.”
“Jadi, kamu solat
Fajar, bermula terbit Fajar hingga sebelum matahari terbit, juga tepi siang pertama.
Solat Wusta di tepi siang kedua, sebelum matahari terbenam dan solat Isyak
setelah matahari terbenam yang juga di awal malam?” Ustaz Harun bersuara, mengulas peneranganku
sebentar tadi.
Aku mengangguk.
“Tepat, Ustaz!”
"Cara kamu solat
tak serupa dengan kami!" Ustaz Harun berkata lagi, menggeleng-geleng
kepala.
"Memang tak
serupa pun Ustaz…" Kataku, lembut dan sinis. “Perhatikan waktu siang dan
malam, ya Ustaz. Allah dah tentukan waktu-waktu solat seperti yang
difirmankanNya dalam Qur’an.”
"Kami buatkan malam dan siang sebagai dua
ayat; kemudian Kami hapuskan ayat malam, dan Kami buatkan ayat siang untuk
melihat supaya kamu cari pemberian daripada Pemelihara kamu, dan supaya kamu
tahu bilangan tahun, dan hitungan; dan segala sesuatu Kami jelaskan dengan
cukup jelas.” 17:12.
Dalam sehari ada 24
jam, dalam sehari juga ada siang dan malam.
Pembahagian jam bagi siang adalah 12 jam dan malam pula mendapat
bahagian yang sama iaitu 12 jam kalau di negara kita ini. Oleh itu, sekiranya matahari terbit pada jam
7 pagi, maka secara lumrahnya matahari akan terbenam pada jam 7 petang. Ini menepati masa yang diperuntukan sebanyak
12 jam siang. Untuk menentukan waktu
solat yang tepat bagi ‘2 TEPI
SIANG’. Kita wajib faham sistem 24 jam
sehari ataui 12 jam siang dan 12 jam malam ini.
"Dan lakukan
solat pada dua tepi siang, dan awal malam..." 11:114
Kata kuncinya ialah
Siang, zon yang merujuk kepada matahari terbit dan sebelum terbenam. Tepi siang
pertama ditentukan olehNya adalah tepat pada waktu Fajar seperti yang digambarkan dalam surah
Al-Baqarah : 187. Waktu Fajar adalah permulaan bagi siang. Ia digelar tepi siang pertama.
Oleh itu, Sekiranya,
Waktu Fajar atau siang bermula pada jam 6 pagi.
Maka waktu siang akan berakhir pada tepat 12 jam bermula dari jam 6
pagi, iaitu tepat pada jam 6 petang. Dan
dari contoh ini, waktu tepi siang kedua ialah pada jam 6 petang. Ini memenuhi
peruntukan 12 jam untuk siang hari.
Sekiranya waktu solat
Fajar ditentukan dari mula terbit Fajar hingga matahari terbit iaitu dalam
lebih kurang dari jam 6 pagi hingga jam 7 pagi ketika matahari terbit. Maka waktu solat Fajar itu ada tempoh masa
selama sejam atau lebih. Waktu Fajar dan Waktu Subuh adalah berbeza. Renungkan ayat ini, 2:187.”… Dan makan dan
minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam,
pada Fajar…”. Waktu ini adalah permulaan Siang atau tepi siang, Cahaya garisan
sinar matahari pertama seperti benang putih di yang jelas kelihatan pada benang
hitam. Ia menunjukkan waktu akhir malam.
Renungkan pula
perkataan Subuh. Dalam 74:34. “Dan subuh
(pagi) apabila ia menyinari.” Jadi waktu
Subuh, ini keadaannya matahari sudah bersinar dan lebih cerah sinarannya
berbanding waktu Fajar. Ia menunjukkan waktu akhir Fajar. Manakala Tepi siang kedua ialah pada waktu
Petang - akhir siang iaitu pada waktu sebelum matahari terbenam (Masih dalam
zon Siang). Selepas matahari terbenam adalah waktu malam di mana orang berpuasa
berbuka seperti mana digambarkan dalam AL-BAQARAH 2 : 187.
Manakala, Solat Wusta yang bermaksud ‘di tengah’ yang ditunaikan ditengah
- di antara dua solat iaitu Solat Fajar dan Solat Isyak, tepat pada jam 6
hingga 7 petang. Ini mencukupi 12 jam peruntukan untuk siang : jam 7 pagi –jam
7 malam jumlah semuanya 12 jam). Baki
dari 24 jam sehari adalah, 12 jam lagi adalah peruntukan untuk waktu malam. Menurut surah Al- Muzzammil : 20 , Malam
dibahagikan kepada tiga. ALLAH menggunakan sistem 1/3 malam, 2/3
malam dan separuh malam(1/2). Oleh itu malam ada 12 jam. Malam
bermula dari jam 7 petang pada waktu matahari terbenam hingga jam 7 pagi
pada waktu matahari terbit. Ini juga cukup 12 jam seperti mana siang ada
12 jam.
"Pemelihara kamu tahu bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga
malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada
orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah tentukan malam dan siang..."[Q.S.
AL-MUZZAMMIL : 20]
Saya gelar ianya, SISTEM
MUZZAMMIL 20. Berikut ialah pembahagian
malam menurut sistem ini. 1/3 malam kali
dengan 12 jam : setiap bahagian malam
akan mendapat 4 jam. Oleh itu, jam 7 hingga jam 11 malam ada 4 jam. Dari jam 11 hingga jam 3 pagi ada 4 jam dan
dari jam 3 pagi hingga jam 7 pagi ada 4 jam.
jumlah kesuluruhannya adalah 12 jam untuk malam. 2/3 malam pula merujuk
kepada jam 3 pagi dalam sistem ini. Dan 1/2 malam ialah tepat pada jam 1 pagi
kalau dikira dari jam peruntukan 12 jam bermula dari jam 7 malam hingga 7 pagi
siang. Oleh itu sekiranya waktu solat lebih awal berbanding dari terbit
matahari iaitu sebelum jam 7 pagi.
Waktu solat tepi siang kedua akan berakhir pada jam 6 petang. Ini merupakan pembahagian adil dari segi jam
dan waktu siang dan malam.
Oleh itu, untuk menentukan di mana awal malam berada. Kita akan akan
ikut sistem 1/3 ini. Menurut sistem ini 4 jam pertama dari malam adalah
awal malam, 4 jam seterusnya adalah kegelapan tengah malam atau tengah malam
dan 4 jam selepas itu adalah akhir malam. Oleh
itu, Solat yang dilakukan pada awal malam rentang waktunya adalah bermula dari
jam 7 hingga jam 11 malam. Ini merupakan ‘Awal Malam’. Dalam surah
11 : 114, “..dirikanlah solat… dan pada awal malam(Zulafan minalail) .
Maka waktu kita solat dari jam 7 hingga jam 11 malam. Solat yang
ditunaikan di awal malam adalah solat ISYAK. Kerana ISYAK bermaksud SENJA
atau “AWAL MALAM.”
"Dan mereka datang kepada bapa mereka pada waktu ISYAK (‘ISHAAN:
AWAL MALAM); mereka menangis." [ QS.12 : 16 ]. Isyak(ishaan) Yang bermula ketika ‘matahari terbenam hingga kegelapan malam’ - Selari
dengan ayat ayat ini yang menerangkan lagi bagaimana situasi dan kiraan bermula
untuk awal malam. iaitu dari terbenam matahari hingga kegelapan malam. "Lakukan
solat (Sholaata) dari terbenam matahari hingga kegelapan malam..." [Q.S.
17 : 78]
Matahari terbenam dalam jam 7 ke atas dan Selepas jam 11 malam akan jadi
lebih gelap.-KEGELAPAN MALAM. Oleh itu, jelas di sini dari pengiraan siang dan
malam, pembahagian masa dan wahyu yang diutarakan sebagai dalil. Saya
memutuskan bahawa waktu-waktu solat 3 waktu adalah seperti berikut. SOLAT
FAJAR : Jam 6-7 pagi. SOLAT WUSTA
: Jam 6-7 petang dan SOLAT ISYAK : JAM 7-11 malam.”
Semua terdiam dengan penenrangan ku yang lebih detil bagaikan seorang
pensyarah di hadapan kelas yang mengajar pelajar-pelajarnya. Aku lanjutkan
tanpa memberi mereka peluang untuk bersuara.
"Quran itu
lengkap, tolong pastikan juga 4:43 "Wahai orang-orang yang percaya,
janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui
apa yang kamu mengucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi
satu jalan, sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan,
atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu telah menyentuh
perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan)
dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu;
sesungguhnya Allah adalah Pemaaf, Pengampun." Kataku.
"Sila perhatikan
ayat 17:110. Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Ar-Rahman; apa
sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama yang paling baik." Dan janganlah
kamu melantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi
carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu."
Aku mula berhujah.
"Kepunyaan Allah nama-nama yang paling baik, maka berserulah kepada-Nya
dengannya, dan tinggalkanlah orang-orang yang mencercai nama-nama-Nya. Mereka
akan dibalas apa yang mereka buat." (Q 7:180)
"Supaya manusia
tidak tersilap dan tidak tertipu, Allah telah mengajar di dalam kitabNya
bagaimana Dia harus diseru, iaitu ‘Allah’ atau ‘Ar-Rahman’ (Q 17:110).
Malangnya meraka tidak suka dengan perintah ini dan telah menggantikannya
dengan seruan baru iaitu "Allahu Akbar", walaupun ‘AKBAR’ tidak disebut
oleh Allah swt sebagai di antara "asma’ul husnaNya" di dalam Al
Quran. Malah di dalam sembilan puluh sembilan nama-nama Allah (asma’ul husna)
yang para ulamak senaraikan pun tidak juga terdapat nama "AKBAR"
ini." Kataku lagi.
"Ingatlah ayat
2:75 "Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal
segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah
mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui?"
"Nah, siapa yang
mabuk sekarang?" Aku bertanya.
"Justeru, hasil daripada ajaran kitab-kitab yang dipercayai sahih
tadi maka terciptalah berbagai-bagai variasi solat seperti yang dilakukan oleh
pengikut-pengikut imam dan mazhab masing-masing. Sebagai bukti ada yang
meluruskan tangan ke bawah, ada yang meletaknya ke atas pusat, ada pula yang
meletaknya ke atas dada, ada yang memakai ketayap, ada yang memakai serban dan
ada yang tidak menutup kepala sama sekali, ada jamaah yang membaca doa qunut
ada yang tidak, ada yang membaca ‘iftitah’ ala Syafii, ala Hanafi, ala Shiah,
tapi ‘iftitah’ saya ialah membaca sambungan daripada ayat atas 17:111.
"Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah yang tidak mengambil seorang
anak, dan yang tidak ada sebarang sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga
sebarang wali (pelindung) daripada kerendahan diri. Dan agungkanlah Dia
sebesar-besarnya.”
"Orang baca ada
yang kuat ada, ada yang terpaksa pakai mikrophon dan ada yang terkumat-kamit
macam bomoh yang sedang jampi, tapi saya disuruh untuk mencari cari jalan di
tengah seperti ayat 17:110."
"Sebelum tu
mintalah pelindungan Allah dari syaitan yang direjam seperti ayat 16:98, 23:97
dan 23:98. Biasalah berdiri dengan
khusyuk, “... berdirilah karena Allah (dalam solatmu) dengan khusyu`.” 2 : 238 dan, ada tunduk atau rukuk dan sujud seperti
dalam ayat ini “Wahai orang-orang yang
beriman, rukuklah serta Sujudlah dan beribadatlah kepada Tuhan kamu, serta
kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di
akhirat).” 22 : 77.
Dan, saya tidak ingat
selain ALLAH dan tidak menyeru nama lain, selain Allah…
“Sesungguhnya Akulah
Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukan solat
untuk MENGINGATI Aku.” 20 : 14
"Masjid-masjid
adalah kepunyaan Allah; maka janganlah SERU, berserta Allah, sesiapa pun.” 72 :
18
"Serulah Allah,
atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama paling
baik. Dan jangan kamu lantangkan dalam solat kamu,…” 17:110.
Bab rakaat-rakaat
seperti yang dinyatakan dalam surah 4 : 102, dua kali berdiri, dua kali rukuk
dan dua kali sujud. Lepas sujud, cara
laku solat tamat di situ.
Tahiyat-tahiyat, saya tak mainlah.
Arahan Tuhan amat jelas bagi saya bagi saya. Solat itu adalah satu
bentuk perhubungan terus saya dengan Tuhan saya. Lagipun dalam pengkajian saya
solat, puasa atau pun haji ini hanya diperintahkan hanya pada orang-orang yang
telah beriman sahaja." Kataku lagi.
"Ayat 72:18
"Masjid-masjid adalah kepunyaan Allah; maka janganlah seru, berserta
Allah, sesiapa pun", cuba lihat betul-betul, jangan seru sesiapa pun
beserta Allah di dalam masjid-masjidNya (solat) kerana solat adalah untuk Dia
semata-mata. Nah, lagi satu bukti di dalam ‘bacaan Tahiyat’ mereka berkata
begini: "Assalamu alaika aiyuhan nabi…" yang bermaksud
"Sejahtera ke atas kamu wahai nabi…". Amat jelas di sini pada masa
mereka sedang berkata-kata atau berkomunikasi dengan Allah, mereka mengambil
kesempatan ini untuk berkomunikasi dan menyeru pula kepada nabi di dalam solat
mereka. Ini melanggar titah perintah Allah di dalam ayat 72:18 tadi. Dengan
lain erti kata mereka telah menjadikan kedudukan Muhammad sebagai rakan kongsi
Allah dan mereka amat gembira dengan perbuatan itu." Kataku.
"Sila rujuk ayat
39:45 "Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka meluatlah
hati orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, tetapi apabila orang-orang
selain daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka bergembira."
Kemudian kuteruskan
bacaan ayat 12:106 "Dan kebanyakan mereka tidak mempercayai Allah,
melainkan mereka menyekutukan-Nya."
"Kami tak buat
macam tu, hang salah paham Brahim. Kami tidak menyeru Nabi di dalam solat kami
tetapi apa salahnya kami mendoakan kesejahteraan ke atasnya?"
"Oh, kena doa
pada Nabi, kalau macam tu, Nabi sendiri tak tahu di mana dia sendiri akan
berada, Syurga atau Neraka. Kalau banyak orang berdoa, maka barulah dia dapat
masuk Syurga. Inilah hujah puak
Kristian, yang Nabi Muhammad sendiri tak tahu tempatnya di akhirat kelak, supaya selamat puak Kristian kata ikut saja
Jesus, anak Tuhan. Sejahtera ke atas
kamu ‘Wahai’ Nabi, cuba fikirkan pengertian perkataan ‘Wahai’ ini. Adakah ia
berupa doa kepada Tuhan atau seruan kepada nabi?" Aku melontar pertanyaan.
"Dalam solat
mereka, mereka kerap selawat pada Nabi, hujah ini diciplak dari ayat 33:56
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya ‘yusallu’ ke atas nabi. Wahai
orang-orang yang beriman ‘sallu’lah kamu kepadanya…". Mengikut sesetengah
ulamak ia bermaksud ‘selawat’ (bahasa Arab). Ada yang kata ‘berdoa’ (asal dari
bahasa Arab) dan ada pula yang kata ‘rahmat’ (juga bahasa Arab)." Kataku
lagi. "Di dalam Qur’an, setiap kali
perkataan ‘Nabi’ dirujukkan kepada Muhammad, kita akan dapati Allah mengarahkan
perkataan itu semasa Nabi masih hidup saja (tidak pernah selepas beliau wafat).
Ini sangat jelas dan ketara. Oleh yang demikian, soalan pertama yang perlu
dijawab ialah apakah rasionalnya Allah berselawat ke atas nabi yang hidup dan
menyuruh kita berbuat demikian ke atas nabi yang sudah mati? Lagipun, dalam teks Qur’annya, tidak menyebut
nama Muhammad. Tetapi merujuk kepada
nama jawatan ‘Nabi’ itu. Ini juga bermaksud umum. Maknanya semua nabi adalah terlibat dalam
perintah ALLAH ini. Nabi bukan Muhammad
seorang sahaja."
"Yang kedua di
manakah dalilnya perintah yang menyuruh orang-orang yang beriman berbuat
demikian di dalam solat dan juga dalam keadaan-keadaan tertentu seperti bila
memakan ubat, berjabat tangan, bercampur dengan isteri dan lain-lain
lagi?"
"Ketiga,
bagaimanakah pula cara yang betul atau terbaik untuk kita selawat ke atas Nabi,
kerana dalam kitab karangan ulamak ada berpuluh macam versi?”
"Yang terakhir,
kalaulah benar hadis dikatakan menjelaskan ayat-ayat Qur’an maka tunjuklah
hadis yang menjelaskan cara selawat dilakukan?" Aku lontar cabaran. “Walau bagaimanapun selawat yang dibaca ialah
"Allahumma salliala saidina Muhammad" yang bermaksud "(Wahai)
Tuhan kami, selawatlah ke atas saidina Muhammad". Rasanya macam kurang ajar punya umat. Allah
suruh mereka ‘sallu’ ke atas nabi tapi mereka suruh Dia juga selawat ke
atasnya. Sekali lagi, adakah Nabi
sendiri berselawat ke atas dirinya sendiri di dalam solat baginda?"
"Memang mereka
tidak sedar bahawa di dalam solat mereka hanyalah membebel; bercakap-cakap
dengan Tuhan, dengan Nabi dan mereka bercakap dengan diri mereka sendiri. Maka
apakah begini solat yang dilakukan oleh Rasulullah?"
"Kamu yang gila
atau kami yang gila.” Mulut Pak Rashid terkumat-kamit.
"Gila bukan
persoalnya Pak Rashid, soalnya ialah Allah kata jangan kamu solat kalau tak
tahu apa yang kamu ucapkan. Macam orang mabuk, cuba Pak Rashid sendiri jadi
hakim adakah sesuai semua ayat Quran di baca masa solat?" Tanyaku pada Pak
Rashid.
"Kalau kamu tak
baca ayat Qur’an, kamu nak baca apa Brahim, Kitab Hindu?" Tanya Pak
Rashid.
"Berani Pak
Rashid baca ayat-ayat begini dalam solat, seperti ayat-ayat ini?...
15:49/50. Beritahu hamba-hamba-Ku
bahawa Akulah Yang Pengampun, Yang Pengasih. Dan bahawa azab-Ku adalah azab
yang pedih.
20:14.
"Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah
Aku, dan lakukanlah solat untuk mengingati Aku."
21:92.
"Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka
sembahlah Aku."
23:52. Sesungguhnya
umat kamu ini umat yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka takutilah
Aku."
29:56. Wahai
hamba-hamba-Ku yang percaya, sesungguhnya bumi-Ku luas; maka Aku hendaklah kamu
sembah!
38:78. Ke atas kamu
laknat-Ku hingga Hari Agama (Pengadilan)."
Cukup dengan enam
ayat diatas, tepuk dada tanya selera, siapa yang sembah siapa. Nampak gaya
Tuhan kena sembah Pak Rashid. Begitulah terjadi setiap kali Ramadan menjelang,
akan terbacalah ayat ini kerana imam akan khatam satu Qur’an dan makmum pula
hanya tahu meng"amin"kan" sahaja, angguk setuju macam itik nila
pulang petang. Lagi satu Pak Rashid, tak
payahlah menceritakan kisah Abu Lahab kepada Tuhan, tak payah menceritakan kisah
orang-orang Quraisy kepada Tuhan, tak payah menceritakan kisah Tentera Bergajah
kepada Tuhan, tak payah menceritakan tentang hari kiamat kepada Tuhan."
Kataku lagi.
"Apa salahnya
kalau kita baca surah yang memuji kebesaran Allah? Pula tu, seronok sangat
menjemput imam import, dari Yala dan negara Arab, upahnya mahal, mungkin kerana
suaranya sedap, tapi dia sendiri tak tahu apa yang dibacanya." Kataku,
menyindir.
Aku menghirup saki
baki kopi yang sejuk. Semua mata tertumpu pada ku.
"Habis kamu tak azan,
qomat, macam kat Masjid?" Tanya sang Ustaz lagi.
"Azan dan Qomat
ini bukanlah ajaran dalam Qur’an. Maaf
cakap, macam burung-burung tekukur dalam pertandingan. Masjid telah dijadikan medan rasmi untuk
menyeru sekutu-sekutu Allah. Masjid telah dijadikan tempat untuk menghentam dan
mengkafirkan orang lain. Cuba tengok ayat ini pula 9:107. "Dan orang-orang
yang mengambil masjid dalam pertentangan, dan ketidakpercayaan, dan memecahkan
orang-orang mukmin, dan tempat memerangkap orang-orang yang telah memerangi
Allah dan rasul-Nya sebelumnya; mereka bersumpah, "Kami tidak menghendaki
sesuatu melainkan kebaikan"; dan Allah mempersaksikan bahawa mereka adalah
pendusta-pendusta." Jawabku.
"Ayat di atas
"memecahkan orang-orang mukmin", samalah macam masjid kita, orang
yang bukan dari team politik Lebai, akan dihentam habis-habisan dan fatwa demi
fatwa akan dikeluarkan dari atas mimbar masjid. Seolah-olah ia adalah arahan
agama, sebagai contoh kenduri si Salim, habis ayam dan nasi minyak terpaksa
dibuang kedalam sungai kerana fatwa mengkafirkan Salim atas alasan yang dia
bersongkol dengan puak kerajaan, lepas tu tok imam pula berkata "Ini
kerana mengikut mutiara hadis, orang Islam dikira murtad bila bersengkol dengan
puak kafir".
"Cuba tengok
ayat tersebut lagi "Kami tidak menghendaki sesuatu melainkan
kebaikan", sama tak macam Tok Imam kita tu, nak nasihat konon atas dasar
kebaikan, tetapi apa pula yang Allah berfirman? ‘Mereka adalah
pendusta-pendusta’.” Aku terpaksa bertegas.
"Patutlah tak
nampak muka kamu kat masjid, sejak kamu kembali dari Jordan." Pak Rashid
bersuara lagi.
"Betullah tu Pak
Rashid, sambungan ayat itu 9:108. "Janganlah berdiri di dalamnya
selama-lamanya. Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah
lebih wajar untuk kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat lelaki-lelaki
yang ingin membersihkan diri mereka; dan Allah menyukai orang-orang yang
membersihkan diri mereka.”.
“Walaupun itu arahan
Tuhan khususnya pada Nabi Muhammad, biarlah saya sujud di mana sahaja, ayat
9:17. Tidaklah patut bagi orang-orang yang menyekutukan untuk memakmurkan
masjid-masjid Allah, dengan menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri, akan
ketidakpercayaan; mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan di
dalam Api, mereka tinggal selama-lamanya." Kataku lagi. "Bagi saya bumi Allah luas, tempat sujud
tidak dikhususkan hanya pada masjid, pada ayat 2:115. Kepunyaan Allah Timur dan
Barat; ke mana sahaja kamu berpaling di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah
Merangkumi, Mengetahui".
Aku cuba mengakhiri
perbualan. "Oleh itu, tolong jangan usir saya bila solat saya tak sama
dengan Ustaz dan sekian yang ada kerana pada ayat 6:52. "Dan janganlah
mengusir orang-orang yang menyeru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang,
kerana menghendaki wajah-Nya. Tidak ada sama sekali perhitungan mereka kepada
kamu, dan tidak ada sama sekali perhitungan kamu kepada mereka, bahawa kamu
patut mengusir mereka, dan menjadi antara orang-orang yang zalim." Kataku
lagi.
“Dalam ayat 5:58
"Dan jika kamu memanggil kepada solat, mereka mengambilnya dalam ejekan,
dan sebagai satu permainan; itu ialah kerana mereka adalah kaum yang tidak
memahami".”
"Nanti dulu,
habis… apa aku nak buat sekarang?" Wak Seman yang sekian lama diam mula
bersuara.
"Baca dulu
Qur’an, perintah solat, puasa dan sebagainya bermula dengan "Wahai
orang-orang beriman…, jadi dulu orang yang percaya pada Tuhan, baru mula
beramal. Cuba lihat ayat-ayat ini "Sesiapa yang membutakan diri daripada
Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan syaitan untuk menjadi teman
yang dipercayai, Dan mereka menghalangi mereka daripada jalan, dan mereka
menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk." (43:36,37)
"Katakanlah,
"Bolehkah kami memberitahu kamu siapakah yang menjadi yang paling rugi
dalam amalan mereka?" (18:103)
"Orang-orang
yang usahanya menjadi sesat di dalam kehidupan dunia sedang mereka menyangka
bahawa mereka berbuat perbuatan baik." (18:104)
"Mereka itulah
orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Pemelihara mereka, dan
pertemuan denganNya; amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan pada Hari
Kiamat, Kami tidak menegakkan bagi mereka sebarang penimbangan." (18:105)
"Allah amat
benci kepada orang-orang yang bodoh (10:100), akhir sekali, berhentilah
daripada membangkitkan soalan bagaimana hendak solat dengan berpandukan Quran
sahaja."
Kataku sambil
menghirup saki baki kopi yang telah lama sejuk.
SOLAT PADA HARI JUMAAT / JUMUAHT/
BERKUMPUL
“Jadi, kamu tak solat
Jumaat la ni?” tanya Ustaz Harun, pula.
“Ustaz, Solat Jumaat yang
diamalkan oleh golongan Sunni seperti Ustaz dan yang lain-lain adalah tidak
termaktub dalam Qur’an. Lihat ayat ini, ramai ulama yang salah faham dengan
ayat ini setelah menyekutukan Qur’an dengan Hadis-hadis rekaan manusia. Dalam Surah Al Jumuaht 62:9. “Wahai
orang-orang yang percaya, apabila dipanggil untuk solat pada hari berkumpul
(min yawmiljumuaht), bersegeralah kepada mengingat Allah, dan tinggalkanlah
jual beli; itu lebih baik bagi kamu jika kamu tahu".
“Nah, bukankah ayat itu
meyebut Solat pada hari Jumaat?” kata Wak Seman pula. “Macama mana pula kamu
kata takde solat Jumaat?”
“Kalau begitu, Wak. Ayat ini akan bertentangan dengan ayat tiga waktu solat. Sebentar tadi kita dah bincang ayat 11:114
bahawa hanya ada tiga solat dalam satu hari. 11:114. "Dan lakukanlah solat
pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan
kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu
ingat." Dari ayat itu sahaja, jelas
menunjukkan waktu solat pada waktu dua tepi siang. Tepi siang pertama ialah waktu Fajar di mana
kita solat Fajar dan waktu tepi siang
kedua adalah waktu sebelum matahari terbenam iaitu di waktu petang atau disebut
waktu Asar. Itu pun waktunya sebelum
matahari terbenam di mana kita akan solat Wusta, solat pertengahan antara dua
solat iaitu solat Fajar dan solat Isyak.
Manakala, solat pada waktu awal malam ialah Solat isyak. Jadi, memang tidak wujud solat di tengahari
atau solat Zohor apatah lagi waktu tersebut digunakan untuk solat Jumaat pada
hari Jumaat. Nama solat Zohor, solat
Asar, maghrib dan Subuh tidak disebut langsung dalam Qur’an. Jadi waktu solat pada hari atau waktu
berkumpul itu tidak ditentukan pada waktu tengahari atau zohor.
Wak. Jumuaht bermaksud berkumpul. Ia tidak merujuk pada kiraan atau nama hari
dalam Bahasa Arab. Lihat sendiri, Hari
Ahad bermaksud hari satu, membawa maksud hari pertama. Isnin atau Isnaini, hari
kedua. Selasa atau Thalasa, hari
ketiga. Rabu atau Arba’a, hari keempat. Khamis, hari keempat. Sittah atau hari keenam, dan Sab’ah atau
Sabtu, hari ke tujuh. Di zaman nabi
dulu ada bazaar atau pasar yang berlangsung selalunya beberapa hari dalam
sebulan. Dalam ayat itu menjelaskan
suasana pasar tersebut. Semua orang arab
yang berniaga berada di situ selama tempoh itu.
Jadi Nabi mengajak solat berkumpul pada waktu tersebut. Waktu-waktu berkumpul atau solat Berjumuaht
itu terletak pada ketiga-tiga waktu solat dalam surah 11 : 114. Iaitu solat Fajar, Solat Wusta dan Solat
Isyak. Ia bukanlah merujuk kepada hari
Jumaat seperti yang orang-orang hari ini fahami. Kita pun tidak tahu siapa yang menukarkan
hari Sittah itu menjadi hari Jumaat pada hari ini. Hadis-hadis rekaan manusia telah
memanipulasikan ayat ini dengan mengadakan Solat Jumaat yang tidak pernah
disebut oleh Allah dalam Qur’an.”
“Tetapi dalam hadis ada
menyebut tentang solat Jumaat ini. Di
buat oleh Nabi dan para sahabat malah jutaan umat Islam hari ini juga solat
Jumaat pada hari Jumaat.” Ujar Ustaz Harun, tidak puas hati.
“Ada dua hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah.
Menariknya, dalam hadis yang pertama, bahawa Jumaat adalah hari
perayaan, bukannya solat, telah dimulakan oleh seorang Yahudi! Manakala yang
kedua, memberitahu kita bahawa Jumaat (sekali lagi solat tak disebut tetapi
hanya sambutan) telah dicipta hanya untuk membuktikan bahawa umat Islam adalah
yang utama. Lihat hadis-hadis rekaan ini.
Hadith 1.43 diceritakan
oleh Umar bin al-Khattab dalam kitab Sahih al-Bukhari. “Sebaik sahaja seorang Yahudi berkata kepada
saya, "Wahai ketua-orang yang beriman! Terdapat satu ayat dalam kitab suci
anda yang dibaca oleh anda semua (umat Islam), dan telah ia telah diturunkan
kepada kami, kami akan mengambil hari itu (Pada yang ia diturunkan) sebagai
hari perayaan. " Umar ibn al-Khattab bertanya "Apa ayat
itu?" Orang Yahudi itu menjawab,
"Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku telah cukupkan
nikmatKu kepada kamu, dan telah memilih untuk anda, Islam sebagai agama
kamu." (5: 3)
Umar menjawab, "Tidak syak lagi, kita
tahu bila dan di mana ayat ini telah diturunkan kepada Nabi (saw) itu ialah
hari Jumaat dan Rasulullah sedang berdiri di Arafah (iaitu hari Haji).”
Hadith kedua bernombor
2.1. Daripada Abu Hurairah dalam kitab
Sahih al-Bukhari. “Bahawa Rasulullah berkata: "Kita (umat Islam) adalah
yang terakhir (datang) tetapi (akan) yang pertama pada hari kiamat walaupun umat-umat
yang telah diberi kitab-kitab suci di hadapan kita. Dan ini adalah hari mereka (Jumaat) sambutan
yang diwajibkan kepada mereka tetapi mereka berselisih mengenainya. Oleh itu,
Allah memberikan kita petunjuk untuk itu (Jumaat) dan semua orang yang berada
di belakang kami dalam hal ini: orang-orang Yahudi '(hari kudus) esok (iaitu
Sabtu) dan Kristian (adalah) hari selepas esok (iaitu Ahad) .
Ustaz, sudah jelas
hadis-hadis itu bertentangan dengan Qur’an.
Tambahan pula, kalau ustaz rujuk pada hadis Israk Mihraj ustaz tu. kita dapati solat lima waktu yang
diperintahkan itu tidak menyebut nama solat Jumaat ataupun waktu solat Jumaat
yang boleh diselitkan masa solat ke dalam salah satu dari lima waktu solat
mengikut hadis rekaan manusia. Hadis
Jibril mengimami solat yang menyusul selepas itu juga tidak menyebut nama solat
Jumaat. Apakah Tuhan dan Jibril terlupa?
Di sinilah ustaz Nampak kejahilan periwayat-periwayat hadis lahwa. Bukan sahaja kontradik dengan Qur’an malah
saling kontradik antara satu dengan yang lain.” Jelasku lagi.
Pak Rashid dan Wak Seman
mengangguk, faham.
Ustaz Harun pula berwajah
tidak puas hati tetapi kelihatan akur dengan hujahku. “Memang kamu tidak solat
Jumaat la ni?!”
“Saya tidak akan melakukan
sesuatu yang bukan perintah Allah, Ustaz.” Kataku lagi.
“Jadi bagaimana dengan
Solat hari Raya Puasa, Raya haji dan solat-solat sunat yang lain?” tanya Pak Rashid pula.
”Tidak ada ayat di dalam
al-Qur'an yang menyebut mengenai Solat Hari Raya Puasa atau Haji, dan
solat-solat sunat anjuran hadis, apatah lagi menyuruh mengamalkannya. Renungkan ayat ini, "Allah amat benci kepada orang-orang yang bodoh (10:100), akhir sekali, berhentilah daripada membangkitkan soalan bagaimana hendak solat dengan berpandukan Quran sahaja."
Kataku sambil menghirup saki baki kopi yang telah lama sejuk.
BAB
7 ; SYAHADAH
"La Ila Ha Ill Lallah, Muhammadan Rasullulah." Lebai Ngah mengucap panjang. "Apa ni, semua yang kami buat semua tak kena buat kamu?!”
"Apa nak buat Lebai,
ini bukan pendapat saya. Saya dengar shahadah Lebai Ngah pun semacam
sahaja." Kataku selamba.
"Adakah hang nak kata
shahadah aku pula tak betul ?" Tanya si Lebai Ngah.
"Nak jawab cara Sunni
atau cara Syiah? Kerana kedua-dua puak ini ada puluhan punya versi." Aku
cuba meminta kepastian.
"Syahadah suku kaum
Ahlul Sunnah wal Jamaah diasaskan oleh Abu Hurairah. Syahadah suku kaum Ahlul
Sunnah ini mula sekali diceritakan di dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah.
(Sila rujuk Mishkat ul Masabih, Jilid 1, Bab 1, hadis no. 27, Terjemahan oleh
Maulana Fazlul Karim. Penerbit: The Book House, Lahore, Pakistan), ada hadis Tirmizi untuk huraian yang pasti
berbeza beza tentang cerita syahadah ini.
Hadis mengenai syahadah
berbunyi demikian: Pada satu hari Abu Hurairah telah pergi ke depan khalayak
ramai dan mengatakan bahwa Rasulullah telah menyuruhnya menyampaikan sesuatu
yang baru iaitu syahadah, berbunyi seperti berikut: 'Asy hadu anlaa ilaha
ilallahu wa asy hadu anna muhammadar rasulullah, ada hadis lain pula kata
syahadah ialah 'wa asy hadu anna muhammadan abduhu wa rasuluhu' dan ada juga
hadis yang lain lagi dalam sahih Bukhari yang berkata 'lailaha ilallah
muhammadar rasululah'. Hadis lain pula dalam sahih Muslim kata 'lailaha
ilallah' sahaja. Ada lagi hadis sahih Muslim kata 'aslamtu wajhiya lillah'. Dan
banyak lagi versi yang ditemui dalam pelbagai hadis riwayat manusia.
Apabila Saidina Umar
Al-Khattab mendengar syahadah Abu Hurairah, Umar terus menumbuk Abu Hurairah
dan menjatuhkannya. Kemudian Umar memijak leher Abu Hurairah dan mencabar
apakah niat Abu Hurairah dengan syahadah demikian?
Ini bukannya kali pertama
Abu Hurairah dipukul oleh Saidina Umar. Hadis-hadis
yang lain menceritakan bahawa Saidina Umar pernah memukul Abu Hurairah atas tuduhan
Abu Hurairah mencuri duit!
Walaubagaimanapun, Abu
Hurairah menjerit dalam kesakitan dan menghulurkan sepasang kasut kulit ke arah
Umar. 'Kasut ini kepunyaan Rasulullah' kata Abu Hurairah dan diberi kepadanya
oleh Rasulullah sebagai cap mohor untuk mengesahkan Abu Hurairah ditugaskan
untuk menyampaikan syahadah.
Setelah melihat kasut kepunyaan Rasulullah, Umar pun mulai reda
dari marahnya dan orang ramai di sekitarnya pun bergembira dan terus menerima
syahadah Abu Hurairah itu. Cerita atau
hadis yang karut marut belaka ini adalah asas kepada syahadah suku kaum Ahlul
Sunnah sehingga hari ini. Inilah
asal-usul syahadah selipar kulit." Kata ku lagi.
"Saja nak tanya, Nabi
ada berapa pasang kasut? Mestilah
banyak, kerana setiap kali Abu Hurairah (Abu=Bapa, Hurairah=Kucing) keluar, dia
akan membawa sepasang kasut Rasullulah. Ikut
logik, adakah para sahabat Nabi akan percaya, dengan hanya tengok pada kasut?"
Tambahku lagi.
Pak Rashid tersengih.
Ustaz Harun pula buat-buat tak dengar.
"Kita sambung lagi,
dalam satu adegan yang lain (juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah) ianya dilaporkan
bahawa setelah memukul Abu Hurairah, Saidina Umar mencabar Nabi jika benar
Rasulullah menghantar Abu Hurairah dengan kasutnya sebagai mohor untuk
menyampaikan syahadah, dan apabila Rasulullah mengakuinya, Saidina Umar telah
membantah Nabi pula dan mengatakan bahawa syahadah yang sedemikian akan
mengakibatkan orang Islam menjadi pemalas!" Aku menambah lagi. "Cuba bayangkan Saidina Umar sanggup
melawan cakap Nabi, pula tu dia sanggup kondem Nabi, adakah Saidina Omar
terlupa, bahawa Muhammad itu seorang Nabi?"
"Cuba Lebai ambil Qur’an
tu dan buka, baca ayat 9:101. "Dan antara orang-orang Arab yang di
sekeliling kamu, mereka adalah orang-orang munafik; dan sebahagian daripada
penduduk Kota menjadi berani dalam kemunafikan. Kamu tidak mengetahui mereka,
tetapi Kami mengetahui mereka, dan Kami akan mengazab mereka dua kali, kemudian
mereka dikembalikan kepada azab yang besar."
"Lebai, ayat ini
menjelaskan ada orang Arab munafik di sekeliling Nabi Muhammad, dan sebahagian
dari penduduk kota tu dah jadi berani dalam kemunafikan, tetapi Nabi sendiri
kenal mereka dan mereka akan kena azab dua kali." Kataku.
47:30. "Sekiranya
Kami mengkehendaki, tentu Kami memperlihatkan mereka kepada kamu, kemudian kamu
akan mengenali mereka dengan tanda mereka; dan sungguh, kamu akan kenal mereka
pada ucapan mereka yang memutarbelitkan; dan Allah mengetahui
amalan-amalan kamu."
"Lebai, sekiranya
Allah mengkehendaki, tentu Allah akan memperlihatkan puak-puak munafik kepada
Nabi barulah dapat cam mereka, seperti tanda-tanda khusus, di antaranya ialah
pada ucapan mereka yang memutarbelitkan." Jelas ku lagi. "Lebai, tahukah Lebai apa tanda ucapan
yang memutarbelitkan itu?"
Aku pura-pura bertanya dan
bila Lebai Ngah menggeleng-gelengkan kepalanya, aku menggambil kesempatan untuk
meneruskan hujah. “Lihat ayat 63:1. "Apabila orang-orang munafik datang
kepada kamu, mereka berkata, "Kami mempersaksikan bahawa kamu benar-benar
rasul Allah." Dan Allah mengetahui bahawa kamu adalah benar-benar
rasul-Nya, dan Allah mempersaksikan bahawa orang-orang munafik adalah
benar-benar pendusta-pendusta."
Masing-masing diam
menunggu kata-kata ku seterusnya.
Melihat suasana yang yang kutunggu-tunggu itu aku meneruskan hujah.
"Tanda ucapan mereka
ialah "Muhammad rasul Allah". Aku menjawab soalan ku sendiri.
Semua mata terbeliak
memandangku.
Aku diam seketika. Biarkan
mereka menghadam baik-baik apa yang aku katakan itu. Kemudian aku menambah lagi
satu ayat. "Allah telah berfirman
bahawa orang munafik ini pada segi luaran sahaja nampak hebat, tapi bila buka
mulut sahaja, tembelang pun pecah, seperti ayat 63:4. "Apabila kamu
melihat mereka, tubuh-tubuh mereka mengagumkan kamu; tetapi apabila mereka
berkata, kamu mendengar ucapan mereka
dan mereka seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka menyangka bahawa tiap-tiap
teriakan adalah terhadap mereka. Mereka adalah musuh; maka berhati-hatilah
terhadap mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan!"
"Kagum tak kalau
tengok tubuh meraka berbalut jubah putih, hitam atau hijau, pula tu pakai pula
bolero, serban pula ada yang tinggi sampai sekaki, kayu sugi pula sentiasa
dalam kocek, janggut pula bersambung dengan misai dan bau minyak atar menusuk
hidung. Tasbih pula sentiasa dibilang macam sami Budda dalam gambar kung-fu. Kalau begitulah pakaian Nabi, rasanya Nabi
berasal darimana? China, India atau Pakistan?" Aku cuba bertanya.
"Budak ni, aku sekeh
kang, percuma saja. Kalau macam tu
Syahadah kami juga salahlah?" Ustaz Harun menumbuk meja, wajahnya Nampak
tegang.
"Sabar, Ustaz, sabar!" Pak Rashid
dan Lebai Ngah cuba menenagkan Ustaz Harun.
Aku lempar senyuman ikhlas
padanya. "Sabarlah Ustaz. Jangan
marahkan saya. Ustaz sebenarnya bukan tak puas hati dengan saya. Ustaz tak puas
hati dengan Allah. Lihat ayat ini 22:72
"Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang
jelas, kamu mengenali pada muka orang-orang yang tidak percaya akan penolakan;
hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan mereka ayat-ayat
Kami. Katakanlah, "Bolehkah aku
memberitahu kamu sesuatu yang lebih buruk daripada yang itu? Api - Allah
menjanjikannya kepada orang-orang yang tidak percaya - satu kepulangan yang
buruk!"
Ustaz Harun terdiam. Semua
bola mata masih terbeliak.
"Teruskan hujah
kamu". Kata Pak Rashid.
"Sebenarnya Ustaz,
kesemua para Nabi hanya membawa satu wadah yang sangat jelas, iaitu manusia
hanya ada satu Tuhan sahaja, iaitu "Tiada Tuhan Melainkan Allah"
seperti (2:163) (2:255) (3:2) (3:6) (3:18) (3:62) (4:87) (6:102) (6:106)
(7:158) (9:31) (9:129) (10:90) (11:14) (13:30) (16:2) (20:8) (20:14) (21:25)
(21:87) (23:23) (23:116) (27:26) (28:70) (28:88) (35:3) (37:35) (38:65) (39:6)
(40:3) (40:62) (40:65) (44:8) (47:19) (59:22/23) (64:13) (73:9). Ustaz kajilah ayat-ayat yang saya beri
rujukan itu dalam Qur’an."
"Ustaz, dalam ayat
16:123. Kemudian Kami mewahyukan kamu, "Ikutlah anutan Ibrahim, seorang
yang lurus, dan bukan orang yang menyekutukan." Dan dalam 2:130.
"Maka siapakah yang mengundurkan diri daripada anutan Ibrahim kecuali dia
yang memperbodohkan dirinya sendiri? Sesungguhnya Kami telah memilihnya di
dunia ini, dan di akhirat, dia termasuk orang-orang yang salih (baik)."
Aku cuba berhujah, menenangkan semula emosi yang Ustaz Harun yang tiba-tiba
menggelupur. "Nabi Muhammad sendiri
diperintahkan ikut anutan Nabi Ibrahim, dan Allah telah berfirman, sesiapa yang
tidak mahu mengikut anutan Nabi Ibrahim adalah orang yang memperbodohkan diri
mereka sendiri, cuba Ustaz lihat, 2:131. "Apabila Pemeliharanya berkata
kepadanya, "Tunduk patuhlah", dia berkata, "Aku menundukkan
diriku kepada Pemelihara semua alam."
"Belum tepatkah lagi
Syahadah macam ini, dan dalam dua ayat berturutan Allah telah berfirman yang
kita semua telah pun bershahadah 7:172. "Dan apabila Pemelihara kamu mengambil
daripada Bani Adam, daripada punggung mereka, keturunan mereka, dan menjadikan
mereka saksi-saksi ke atas jiwa mereka, "Bukankah Aku ini Pemelihara
kamu?" Mereka berkata, "Ia, kami menyaksikan"; supaya kamu tidak
mengatakan pada Hari Kiamat, "Bagi kami, kami lalai mengenai yang
ini."
7:173. Atau, supaya kamu
tidak mengatakan, "Bapa-bapa kami adalah orang-orang yang mempersekutukan
dari dahulu, dan kami keturunan sesudah mereka. Apa, adakah Engkau akan memusnahkan kami kerana
perbuatan orang-orang yang mengikuti yang palsu?"
"Siapa yang berani
berbohong, kalau nak masuk Islam kena bersyahadah?" soalku lagi.
"Nabi suruh
kata!" Ustaz Harun macam kehilangan modal.
"Apa yang Nabi
berkata hanyalah ayat-ayat Quran yang sangat jelas. Itulah ayat-ayat Allah yang
dituturkan melalui lidah Nabi Muhammad sendiri. Lain pada itu, hanyalah
perkataan "saya dengar dari dia. Dia dengar dari ayahnya, dari datuknya,
dari moyangnya. Moyangnya pula dengar sahabat moyangnya, dan dia dengar pula
dari Rasullulah berkata bla, bla, bla …." Kataku lagi.
"Ustaz faham apa yang
saya kata?" Tanyaku, merenung mata Ustaz Harun di bawah sinar lampu
kalimantang yang masih setia menjadi saksi perbincangan kami pada malam yang
semakin dingin itu. "Entah
Rasullulah kata entahkan tidak, atau mereka mengintip perilaku Rasullulah dan
mereka catit dalam kitab mereka, sebab itulah ia ada banyak versi, semuanya
tidak selari. Cuba baca kitab hadis. Syahadah ada macam-macam versi. Kitab
Shiah lagi berani, nama Ali pun diturut-sertakan sekali." Kataku semakin
berani.
Melihat mereka mendiamkan
diri, aku ambil kesempatan lagi. "Qur’an hanya satu versi, dibaca oleh
Nabi Muhammad dengan lidahnya sendiri, sesuatu yang pasti dan diberi gerenti
oleh Allah, tapi manusia lebih gemar mencari pada sesuatu yang tak pasti."
"Nabi tidak berani
mengatakan selain dari Quran!" Aku membuat penjelasan. "Kalau Nabi
buat juga 11:35. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya."
Katakanlah, "Jika aku mengada-adakannya, maka atas akulah dosaku, dan aku berlepas diri
daripada dosa-dosa yang kamu buat."
Ayat 13:37.
"Begitulah Kami menurunkan sebagai satu kehukuman dalam bahasa Arab. Dan
jika kamu mengikuti keinginan mereka, setelah pengetahuan yang datang kepada
kamu, maka kamu tidak ada wali (pelindung) terhadap Allah, dan tidak ada yang
mempertahankan."
Ayat 46:8. "Atau
mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Katakanlah, "Jika aku
mengada-adakannya, kamu tidak ada kuasa
untuk menolong aku terhadap Allah sedikit pun. Dia sangat mengetahui apa yang
kamu melakukan padanya; cukuplah Dia sebagai saksi antara aku dan kamu; Dia Yang Pengampun, Yang Pengasih."
"Dan jika Nabi buat
juga apa yang Allah tidak suruh maka 69:44 hingga 47. Sekiranya dia mengada-adakan terhadap Kami
sebarang ucapan, Tentu Kami mengambilnya dengan tangan kanan, Kemudian pasti
Kami memotong urat jantungnya, Dan tiadalah seseorang daripada kamu yang dapat
menghalangi dia." Sekali lagi aku terpaksa mengulanginya.
Semua terpaku. Malam bertambah pekat, seteko lagi kopi hitam dihidangkan. Cengkerik
sudah tidak lagi menyanyi riang. Hanya sekali-sekali memecah keheningan malam.
"Nampak gaya kamu
macam menolak hadis!" Pak Rashid mula bersuara.
"Macam mana tiba-tiba
soal hadis pula terkeluar?" Aku bertanya kehairanan.
"Sebilangan besar
daripada para ulamak berkata bahawa menolak hadis tidak dianggap kafir kerana
hadis bersifat Zanni iaitu pengumpulannya bersifat meragukan dan tidak muktamat
dan bukan seperti Quran yang bersifat Qati'i iaitu pengumpulannya bersifat
putus dan muktamad, tetapi, setengah daripada kalangan mereka pula berpendapat
adalah kafir menolak hadis yang Mutawatir (banyak perawi) sahaja. Pandangan ini boleh dipertikaikan kerana para
ulamak sendiri tidak sepakat tentang mana hadis Mutawatir dan mana hadis tidak
Mutawatir." Jelasku.
Pak Rashid kerut kening.
"Ada juga ulamak yang terlalu alimlah
konon, berkata walaupun menolak hadis Ahad (satu perawi) sudah dianggap kafir,
seperti fatwa Imam Shafie, tetapi dia juga berkata hadis Ahad yang dimaksudkan
tersebut ialah hadis Amaliah, (cara pelaksanaan ibadat) sebaliknya, jika
menolak hadis Ilmiah (ghaib, ketuhanan, atau hari akhirat) tidak pula dianggap
kafir." Kataku lagi. "Si Imam
Abu Hanifah pula berfatwa menolak hadis Ahad baik Amaliah atau Ilmiah tidak
dianggap kafir seperti Imam Muhammad Abduh, Sheikh Mahmud Shalut, Sheikh Mohammad al-Ghazali dan lain-lain. Nah,
sekarang jelas si Abu Hanifah berselisih pendapat dengan si Shafie." Kataku
lagi.
"Dalam menangani
permasalahan ulamak silam ini, al-Azhar dalam fatwa dikeluarkan oleh Yang
diPertua Jawatankuasa, Sheikh Abdullah al-Meshid pada 1 Feb 1990 berkata, apa
yang dianggap wajib dan haram itu tidak dapat ditentukan kecuali melalui dalil
yang meyakinkan dan bersifat putus dari segi penentuan dan penghujahan. Hal
demikian tidak dapat dilaksanakan oleh sunnah kecuali kecuali yang dianggap
Mutawatir, tetapi ia (Mutawatir) hampir tidak diketahui kerana tidak ada
sepakatan ulamak megenainya. Menurut fatwa itu juga, siapa yang mengikari
sunnah sebagai dapat menentukan hukum wajib dan haram secara berasingan adalah
mengingkari apa yang ulamak berbeza pendapat mengenainya dan ia tidak terbilang
daripada perkara yang sedia ada yang sedia maklum dalam ugama tidak dianggap
kafir." Kataku lagi.
"Kamu bohong. Aku
lulusan al-Azhar pun tak perasan fatwa ini!" Bantah sang Ustaz.
"Apalah gunanya kalau
saya bohong. Masalah dengan kita ialah
kita malas membaca dan kurang membuat penyelidikan ilmiah, lepas itu turut pula
tanpa usul periksa. Fatwa panjang
berjela itu ada di dalam kitab Sheikh Mohammad al-Ghazali iaitu Turathuna
al-Fikri Fi Maizani asy-Syar'i wa al-Aqli, muka surat 176-179." Kataku
lagi.
Semua yang ada kerling
pada Ustaz. Ustaz tertunduk diam.
"Jom, kita balik pada
bab hadis yang kita bincangkan itu. Dalam Qur’an ini ada banyak perkataan
hadis. Tolong Pak Rashid membaca ayat Arabnya berserta dengan terjemahannya
sekali. Ayat 4:87 "Allah, tidak ada
tuhan melainkan Dia. Dia pasti akan mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat, yang
tidak ada keraguan padanya. Dan siapakah yang lebih benar hadisnya daripada
Allah?"
Ayat 7:185 "Tidakkah
mereka merenungkan dominion langit dan bumi, dan apa sahaja yang Allah cipta,
dan boleh jadi tempoh mereka sudah dekat? Maka dengan hadis apakah yang mereka, sesudah
ini, akan mempercayai?"
Ayat 12:111
"Sesungguhnya dalam cerita-cerita mereka adalah pelajaran bagi orang-orang
yang mempunyai minda; ia bukanlah hadis
yang diada-adakan, tetapi satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan
penjelasan bagi segala sesuatu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang
mempercayai."
Ayat 31:6 "Antara
manusia, ada yang membeli hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan daripada
jalan Allah tanpa pengetahuan, dan untuk mengambilnya dalam olok-olokan; mereka
itu, bagi mereka, azab yang hina."
Ayat 39:23 "Allah
menurunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab, yang serupa
(mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang
yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka
menjadi lembut pada mengingati Allah. Itulah
petunjuk Allah, dengannya Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia
mengkehendaki; dan sesiapa yang Allah menyesatkan, maka tidak ada baginya yang
memberi petunjuk."
Ayat 45:6 "Itulah
ayat-ayat Allah yang Kami membacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis
apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan mempercayai?"
Ayat 68:44 "Maka
tinggalkanlah Aku bersama orang yang mendustakan hadis ini! Kami akan menarik
mereka sedikit demi sedikit dari arah yang mereka tidak mengetahui."
Ayat 77:50 "Maka
dengan hadis apakah sesudah ini yang mereka akan mempercayai."
"Kalau saya
ringkaskan, "Qur’an adalah hadis yang terbaik", kalau tak mahu juga
beriman, Allah bertanya lagi, dengan
hadis apakah lagi, yang kita nak beriman?" Tegasku lagi.
Mereka diam, akur dengan
hujah-hujahku.
"Kalau begitu orang
yang yang beramal dengan Qur’an adalah orang yang percaya pada Hadis Allah dan
orang-orang yang mempercayai hadis-hadis Ulamak pula, adalah orang yang Anti- Hadis
Allah, mahukah Pak Rashid bersetuju
dengan kenyataan saya yang paling mudah ini?" Tanyaku pada Pak Rashid.
Sekali lagi tiada yang
sanggup memberi jawapan sebarang jawapan.
BAB 8 : SYAFAAT
"Aku juga hairan Brahim, kalau ikut macam kamu buat ini
bolehkan kamu mendapat syafaat Nabi diakhirat kelak?" Bertanya pula si
Lebai Ngah.
"Lebai, dalam Quran
tidak disebut pasal syafaat Nabi. Saya ingin bertanya kepada Lebai Ngah, Nabi manakah
yang Lebai maksudkan itu?" Tanyaku.
Lebai Ngah menjeling pada
Ustaz Harun, "Nabi Muhammadlah". Katanya pantas, sepatah.
"Lebai, Allah telah
berfirman, untuk orang-orang beriman supaya jangan membeza-bezakan Nabi. 2:136
2:285 3:84 4:152 tetapi ada golongan yang suka sangat membeza-bezakan darjat
sesetengah Nabi seperti ayat 4:150. Orang-orang yang tidak percaya kepada
Allah, dan rasul-rasul-Nya, dan menghendaki untuk membuat perbezaan antara
Allah dan rasul-rasul-Nya, dan berkata, "Kami mempercayai sebahagian, dan
kami tidak percaya kepada sebahagian", dan menghendaki untuk mengambil di
antara ini dan itu, satu jalan."
"Lebai, orang beriman
tidak dibenarkan untuk membeza-bezakan Nabi, tetapi hanya Allah yang tahu
darjat mereka disisi-Nya. Dalam ayat 2:253 "Dan rasul-rasul itu,
sebahagian Kami melebihkan di atas sebahagian yang lain. Sebahagian ada yang
kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia menaikkan darjat. Dan Kami
memberikan Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami mengukuhkan dia
dengan Roh Suci. Dan sekiranya Allah menghendaki, tentu orang-orang yang datang
selepas dia tidak berperang sesama sendiri, setelah bukti-bukti yang jelas
datang kepada mereka; tetapi mereka memperselisihkan, dan sebahagian mereka
percaya, dan sebahagian tidak percaya; dan sekiranya Allah menghendaki, tentu
mereka tidak berperang sesama sendiri, tetapi Allah buat apa sahaja yang Dia
mengkehendaki.". Kataku lagi. Lalu dalam ayat 2:123 "Dan takutilah
kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat membela jiwa yang lain
sedikit pun, dan tidak diterima keimbangan daripadanya, dan tidak bermanfaat
syafaat (pengantaraan) kepadanya, dan tidak juga mereka ditolong."
Ayat 2:254 "Wahai
orang-orang yang percaya, nafkahkanlah daripada apa yang Kami merezekikan kamu,
sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada persahabatan,
dan tiada juga syafaat (pengantaraan); dan orang-orang yang tidak percaya -
merekalah orang-orang yang zalim."
Ayat 19:87 "Dengan
tanpa kuasa syafaat (pengantaraan), kecuali orang-orang yang telah mengambil dengan
Yang Pemurah perjanjian."
Ayat 20:109 "Pada
hari itu, syafaat (pengantaraan) tidak bermanfaat kecuali orang yang kepadanya
Yang Pemurah memberi izin, dan ucapannya Dia sangat berpuas hati".
Ayat 39:44. Katakanlah,
"Bagi Allah kepunyaan syafaat (pengantaraan) kesemuanya. Kepunyaan-Nya
kerajaan langit dan bumi; kemudian kepada-Nya kamu akan dikembalikan."
"Itulah salahnya
kita, telalu taksub pada kitab-kitab lain dan meletak kepercayakan seratus
persen pada ulamak, Tuan Guru atau pun Kiai. Mereka telah memperkotak-katikkan pola hidup
kita. Kita diajar supaya ikut sahaja,
tidak boleh berfikir, otak tergadai, mata hati menjadi buta, Qur’an yang terbentang di depan mata
diabaikan. Mungkin Qur’an dimuliakan setahun sekali, itu pun untuk
dipertandingan, di hadapan halaman Masjid Jamek kita tu, hadiah tu bagilah
lembu ke atau kambing. Betul tak?" Aku mula berleter.
"Itu semua kerja
baik, kita ajar orang baca Qur’an." Sampuk Pak Rashid.
"Ajar orang baca Qur’an
bukan ajar orang faham Qur’an. Akhirnya, jadilah macam burung kakak tua si Ah
Seng, bezanya burung kakak tua si Ah Seng tak tahu baca, kita pula tahu baca. Maknanya haram sepatah tak faham." Aku
mula menyindir.
"Habis, musabakoh tu
tak baiklah?" Tanya sang Ustaz.
"Yang terpenting, Qur’an
diturunkan bukan untuk disyairkan, dilagukan, dihafalkan, dan bukan juga untuk
dipertandingkan. Apa yang Allah hendak ialah supaya kita laksanakan kata-kata-Nya
dalam kehidupan kita seharian, barulah selamat dunia akhirat." Kataku
selamba.
"Syaitan hanya
mengaku sebagai tuan penasihat kepada Adam. Dalam ayat 7:20 dan 21.
"Kemudian syaitan membisikkan kepada mereka, untuk menampakkan kepada
mereka apa yang disembunyikan daripada mereka, bahagian-bahagian aib mereka.
Berkata, "Pemelihara kamu melarang kamu daripada pokok ini hanya supaya
kamu menjadi malaikat-malaikat, atau kamu menjadi makhluk-makhluk yang hidup
berkekalan." Dan ia bersumpah kepada mereka, "Sesungguhnya aku, kepada
kamu, adalah penasihat." Kataku lagi.
"Macam tulah kerja
sekutu-sekutu buat, kalau nak baca Quran, kena baca kitab ini dan itu dulu,
kalau nak kenal Allah kena kenal segala mak-nenek punya ilmu dulu, kalau nak
beramal pada Allah kena dengar kata ulamak itu dan ini, barulah kita dapat
dekat diri dengan Allah." Kataku selamba bersama sindiran yang dalam.
Secankir lagi teh panas
dihidangkan. Kali ini Lebai Ngah pula memenuhi semua cawan-cawan kosong. Aku fikir mungkin dia dahaga atau
setidak-tidaknya dia menahan tension. Masuk
ni dah lima atau enam teko bersilih ganti.
Perut pun dah terasa penuh.
Suasana tidak lagi tegang
seperti biasa dan tidak ada berbicara. Mungkin aku berleter sendirian. Teringat
kata pensyarah ku semasa di universiti dulu, kalau orang tidak bertanya, hanya
ada dua kemungkinan pertama dia faham kesemua isi kandungnya dan kemungkinan
yang kedua ialah dia tidak faham satu apa pun langsung dan dia buat tidak tahu
sahaja.
BAB
9 : MATI DAN SELEPASNYA
"Habis tu kalau Syafaat pun tak ada, mati pula tak ada
siksa kubur, apa yang bakal jadi? Aku ni kalau nak tanya pun tak berapa reti. Titian Siratul Mustakim ada tak? Padang Mashar
ada tak?" Pak Rashid mula bertanya padaku sambil dia kerling sekali lagi
pada Ustaz Harun.
"Mana ada Titian Siratul
Mustakim yang secara otomatik dapat membesar jika orang beriman melaluinya, dan
menjadi sehalus rambut dibelah tujuh jika orang yang kafir melaluinya, dan mana
dia bukti kita akan dikumpulkan di Padang Mashar?" Tanyaku lagi. "Siratul Mustakim ada pada surah Fatihah
1:6. Tunjukkanlah kami jalan lurus," dan itu hanya doa, bukan titi!"
Seterusnya aku terus membaca ayat-ayat ini. “Dalam ayat 2:28 "Bagaimanakah kamu
boleh tidak percaya kepada Allah memandangkan kamu adalah orang-orang yang
mati, lalu Dia menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia
menghidupkan kamu, kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan?"
75:3 dan 4 "Apa,
adakah manusia menyangka bahawa Kami tidak akan mengumpulkan tulang-tulangnya?
Kami berkuasa untuk membentukkan semula jari-jarinya."
58:6 "Pada hari
apabila Allah membangkitkan mereka kesemuanya, kemudian Dia memberitahu mereka
apa yang mereka telah buat. Allah menjumlahkannya, dan mereka melupakannya.
Allah saksi atas segala sesuatu."
22:7 "Dan kerana Saat
pasti datang, tidak ada keraguan padanya, dan Allah membangkitkan sesiapa
sahaja yang di dalam kubur."
81:10 hingga 13
"Apabila naskhah-naskhah gulungan dibukakan, Apabila langit dibuka,
Apabila Jahim dinyalakan, Apabila Taman didekatkan"
36:51 hingga 53 "Dan
trompet ditiupkan; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka
kepada Pemelihara mereka. Mereka berkata, "Celakalah kami! Siapakah yang
membangkitkan kami daripada tempat tidur kami? Inilah apa Yang Pemurah
menjanjikan, dan para utusan berkata benar." Ia hanyalah satu Teriakan;
kemudian tiba-tiba, mereka kesemuanya dihadapkan kepada Kami."
70:43 "Pada hari
mereka keluar dari makam-makam dengan cepat, seakan-akan mereka bersegera
kepada berhala-berhala mereka."
54:7 dan 8
"Menjatuhkan pandangan mereka, mereka keluar dari makam-makam mereka,
seakan-akan mereka belalang-belalang yang bertaburan, Berlari dengan
menjulurkan leher mereka kepada penyeru. Orang-orang yang tidak percaya berkata,
"Ini, hari yang sukar!"
45:27 hingga 29
"Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi. Dan pada hari apabila Saat
datang, pada hari itu, orang-orang yang mengerjakan yang palsu akan rugi. Dan
kamu akan melihat tiap-tiap umat melutut; tiap-tiap umat dipanggil kepada
Kitabnya, "Pada hari ini, kamu dibalas apa yang kamu telah buat. Inilah
Kitab Kami, yang berkata-kata terhadap kamu yang benar; Kami mencatat segala
apa yang kamu buat."
69:19 hingga 26
"Kemudian bagi orang yang diberi kitabnya di tangan kanannya, dia akan
berkata, "Mari, bacalah kitabku! Sesungguhnya aku menyangka bahawa aku
akan menemui perhitunganku. "Maka dia berada dalam kehidupan yang
memuaskan hati, Di dalam Taman yang tinggi, Tandan-tandannya dekat untuk
dicapai. "Makan dan minumlah dengan puas dan cukup kerana apa yang kamu
telah mendahulukan dahulu pada hari-hari yang lalu." Tetapi bagi orang
yang diberi kitabnya di tangan kirinya, dia akan berkata, "Sekiranya aku
tidak diberi kitabku, Dan tidak mengetahui perhitunganku!"
17:13 dan 14 "Dan
tiap-tiap manusia, Kami ikat ramalannya pada lehernya; dan Kami mengeluarkan
untuknya, pada Hari Kiamat, sebuah kitab yang dia menemuinya terbuka.
"Bacalah kitab kamu! Cukuplah dengan jiwa kamu sendiri pada hari ini sebagai
penghitung terhadap kamu."
19:68 "Demi Pemelihara
kamu, sungguh Kami akan mengumpulkan mereka, dan syaitan-syaitan, kemudian Kami
mengarakkan mereka di sekeliling Jahanam dengan melutut."
19:72 "Kemudian Kami
menyelamatkan orang-orang yang bertakwa; dan orang-orang yang zalim, Kami
meninggalkan di dalamnya, sambil melutut."
9:35 "Pada hari
mereka dipanaskan di dalam api Jahanam, di mana dahi mereka, dan lambungan
mereka, dan punggung mereka, akan dicap, "Inilah apa yang kamu simpan
untuk diri-diri kamu; maka rasalah apa yang kamu simpan."
19:86 "Dan menghalau
orang-orang yang berdosa ke Jahanam, dalam keadaan dahaga."
39:71 "Kemudian
orang-orang yang tidak percaya dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam,
sehingga apabila mereka datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan
penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, "Tidakkah rasul-rasul datang
kepada kamu daripada kalangan kamu sendiri, dengan membacakan kamu ayat-ayat
Pemelihara kamu, dan memberi amaran kepada kamu terhadap pertemuan hari kamu
ini?" Mereka berkata, "Ia, benar; tetapi kata azab telah wajar ke
atas orang-orang yang tidak percaya."
39:72 "Dikatakan,
"Masuklah pintu-pintu Jahanam, untuk tinggal di dalamnya
selama-lamanya." Buruknya tempat tinggal orang-orang yang menyombongkan
diri!"
20:74 "Sesiapa yang
datang kepada Pemeliharanya sebagai seorang yang berdosa, baginya Jahanam; di
dalamnya dia tidak mati, dan tidak juga hidup."
38:56 dan 57
"Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu buaian yang buruk! Semua ini;
maka mereka merasainya - air yang mendidih dan nanah."
39:60 "Dan pada Hari
Kiamat, kamu melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah, muka-muka mereka
menjadi hitam; tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang yang
sombong?"
4:56 "Sesungguhnya
orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, Kami pasti akan
memanggang mereka di Api. Setiap kali kulit-kulit mereka hangus kesemuanya,
Kami menukarkan dengan kulit-kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah adalah Perkasa, Bijaksana.”
22:19 hingga 22
"Inilah dua penyangkal yang bertengkar mengenai Pemelihara mereka. Bagi
orang-orang yang tidak percaya, bagi mereka, pakaian-pakaian daripada api yang
dipotongkan, dan dicurahkan ke atas kepala mereka, air yang mendidih, Yang
dengannya, apa sahaja yang di dalam perut mereka dan kulit-kulit mereka dicairkan.
Bagi mereka pencangkuk-pencangkuk besi. Setiap kali mereka menghendaki, dalam
kesengsaraan mereka, untuk keluar darinya, mereka dikembalikan ke dalamnya, dan
"Rasalah azab yang membakar!"
40:71 hingga 73
"Apabila belenggu dan rantai berada pada leher mereka, dan mereka diheret,
Ke dalam air yang mendidih, kemudian di dalam Api mereka dibakar, Kemudian
dikatakan kepada mereka, "Di manakah mereka yang kamu menyekutukan?"
5:10 "Dan orang-orang
yang tidak percaya dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah orang-orang
Jahim."
73:12 hingga 13
"Kerana di sisi Kami ada belenggu-belenggu, dan Jahim, Dan makanan yang
mencekik kerongkong, dan azab yang pedih,"
69:30 hingga 32
"Ambillah dia, dan belenggukanlah dia, Dan kemudian panggangkanlah dia di
dalam Jahim, Kemudian pada rantai tujuh puluh hasta panjangnya, selitkan
dia!"
76:4 "Sesungguhnya
Kami menyediakan bagi orang-orang tidak percaya, rantai-rantai, dan
belenggu-belenggu, dan yang Menyala."
88:4 hingga 6
"Dipanggang di api yang menghanguskan, Diberi minum di mata air yang
mendidih, Tidak ada makanan bagi mereka kecuali pohon berduri."
37:62 hingga 67
"Adakah itu lebih baik sebagai satu sajian atau pokok zaqum? Kami
membuatnya sebagai satu cubaan bagi orang-orang yang zalim. Ia adalah pokok
yang keluar di akar Jahim, Seludang-seludangnya seperti kepala-kepala syaitan,
Dan mereka memakannya, dan dengannya memenuhkan perut-perut mereka, Kemudian di
atasnya mereka mendapat minuman campuran air yang mendidih,"
44:43 hingga 48
"Sesungguhnya pokok Zaqum, Makanan orang yang bersalah, Seperti leburan
tembaga merah yang menggelegak di dalam perut, Seperti air yang mendidih
menggelegak. "Ambillah dia, dan tolaklah dia sampai di tengah-tengah
Jahim, Kemudian curahlah di atas kepalanya azab air yang mendidih!"
56:52 hingga 55 "Kamu
akan memakan daripada pokok Zaqum, Memenuhkan perut-perut kamu dengannya, Dan
minum di atasnya air yang mendidih, Dengan meminumnya seperti unta minum."
18:29. "Katakanlah,
"Yang benar adalah daripada Pemelihara kamu; maka hendaklah sesiapa yang menghendaki,
percaya; dan hendaklah sesiapa yang menghendaki, tidak percaya."
Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang yang zalim, api, yang gejolaknya
meliputi mereka; jika mereka meminta pertolongan, mereka diberi pertolongan
dengan air yang seperti leburan tembaga merah, yang melecurkan muka-muka mereka
- betapa buruknya minuman, dan betapa buruknya tempat istirahat!"
17:97 "Sesiapa yang
Allah memberi petunjuk, dia mendapat petunjuk yang benar; dan sesiapa yang Dia
menyesatkan, kamu tidak akan mendapati bagi mereka wali-wali
(pelindung-pelindung), selain daripada Dia. Dan Kami akan mengumpulkan mereka
pada Hari Kiamat di atas muka-muka mereka; buta, dan pekak, dan bisu; tempat
menginap mereka ialah Jahanam, dan setiap kali ia pudar, Kami menambahkan bagi
mereka yang Menyala."
Selanjutnya aku membaca
surah 7 ayat 40 hingga 52. "Orang-orang
yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan menyombongkan diri terhadapnya,
pintu-pintu langit tidak akan dibuka untuk mereka, dan tidak juga mereka akan
masuk Taman sehingga unta melintasi lubang jarum. Begitulah Kami membalas
orang-orang yang berdosa. Jahanam menjadi buaian mereka, dan di atas mereka,
penutup-penutup. Begitulah Kami membalas orang-orang yang zalim. Dan
orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan - Kami tidak
membebani sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya; mereka itulah
orang-orang Taman, di dalamnya tinggal selama-lamanya. Kami mencabutkan
perasaan dendam yang ada di dalam dada mereka; dan di bawah mereka mengalir
sungai-sungai, dan mereka berkata, "Segala puji bagi Allah yang memberi
kami petunjuk kepada ini; sekiranya Allah tidak memberi petunjuk kepada kami,
tentu kami tidak akan mendapat petunjuk. Sesungguhnya rasul-rasul Pemelihara
kami telah datang dengan yang benar." Dan diumumkan, "Inilah Taman
yang kamu diwariskan kerana apa yang kamu telah buat." Orang-orang Taman
memanggil orang-orang Api, "Kami mendapati apa yang Pemelihara kami
menjanjikan kami adalah benar. Adakah kamu mendapati apa yang Pemelihara kamu
menjanjikan kamu itu benar?" Mereka berkata, "Ia." Dan kemudian
seorang penyeru antara mereka menyeru, "Laknat Allah adalah ke atas
orang-orang yang zalim, Yang menghalangi daripada jalan Allah, dan menginginkan
ia bengkok, dan tidak percaya kepada akhirat." Dan antara keduanya ada
tabir, dan di atas Benteng adalah lelaki-lelaki yang mengenali masing-masing
dengan tanda mereka yang memanggil orang-orang Taman, "Salamun
alaikum!" Mereka belum memasukinya, dan mereka sangat menginginkannya. Dan
apabila penglihatan mereka dipalingkan ke arah orang-orang Api, mereka berkata,
"Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau meletakkan kami bersama kaum yang
zalim." Dan orang-orang di atas Benteng memanggil lelaki-lelaki tertentu
yang mereka kenal dengan tanda mereka, dengan berkata, "Apa yang kamu
mengumpulkan tidak berguna, dan tidak juga apa yang kamu menyombongkan".
"Adakah ini orang-orang yang kamu bersumpah bahawa Allah tidak akan sampai
dengan pengasihan? Masuklah ke Taman; tiadalah ketakutan pada kamu, dan
tidaklah kamu bersedih." Orang-orang Api memanggil orang-orang Taman,
"Curahkanlah kepada kami air, atau daripada apa yang Allah merezekikan
kamu!" Mereka berkata, "Allah mengharamkan mereka kepada orang-orang
yang tidak percaya, Yang menjadikan agama mereka sebagai satu hiburan, dan satu
permainan, dan yang kehidupan dunia telah menipu mereka." Maka pada hari
ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka lupa akan pertemuan hari mereka
ini, dan mereka menyangkal ayat-ayat Kami. Dan Kami telah mendatangkan kepada
mereka sebuah Kitab yang Kami menjelaskan, berdasarkan pengetahuan, menjadi
satu petunjuk, dan satu pengasihan, bagi kaum yang mempercayai." Kata ku
lagi.
"Ini bukanlah suatu
aturcara yang lengkap. Kalau betul-betul nak faham lagi, tolonglah baca Quran.
Jangan biarkan diri kita tertipu, tambah-tambah lagi kalau si penipu tu tahu
cakap Arab, dan dihiasi pula dengan serban, jubah dan celak. Takut nanti bila
dah kena panggang macam BBQ, barulah nak tebus diri dia dengan anak-pinak dia,
isteri dia atau semua umat bumi." Kata ku lagi.
"Cuba lihat ayat ini
70:11 hingga 14. "Sedang mereka saling melihat antara mereka. Orang yang
berdosa menginginkan bahawa dia dapat menebus dirinya daripada azab hari itu
dengan anak-anaknya, Dan isterinya yang temannya, dan saudaranya, Dan keluarganya
yang melindunginya, Dan sesiapa yang di bumi, kesemuanya, untuk
menyelamatkannya." Kataku lagi.
....BERSAMBUNG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!