Isnin, 29 Ogos 2016

TAMAN FIRDAUS DAN JAHANAM : SATU KEPULANGAN ABADI 1 ???


TAMAN FIRDAUS DAN JAHANAM : SATU KEPULANGAN ABADI.
OLEH : MOHAMED IBRAHEEM

BAHAGIAN 1

BAB 1 : SALAM

Aku masih belum dapat melelapkan kedua-dua belah mataku ini. Sebelum aku ke Jordan tiga tahun lepas, kampung ini begitu aman dan sunyi. Ada yang bekerja membanting tulang di ladang getah dan ada yang telah menjadi penternak berjaya. Tak kurang pula yang hanya menangkap ikan darat dan menjualnya di simpang tiga, hanya untuk mencari sesuap rezeki bagi menyara keluarga tercinta.  Teringat juga dimasa kecilku. Aku leka dengan tali air, bendang dan muara. Mereka menjadi teman sejati ku. Sebelum aku ke sana, aku mesti singgah di warung ayah Tasha untuk membeli ais kepal berinti kacang merah, sedapnya tidak terhingga. Pasti menjilat jari!
Kisah lama terhenti bila sang nyamuk berlabuh di pipi. Aku bersyukur kerana dua puluh lapan hari aku di sini, yang tinggal hanya beberapa hari lagi, saki baki cuti, yang perlu aku habiskan di kampung kelahiran ku, Kampung Sungai Murni.
Aku amat kecewa suasana tidak lagi seperti dulu. Gegendang telinga ini masih terdengar rintihan dua imam, kenduri si Salim yang dipulaukan, kambing Joyah yang hilang, harga getah meruncing, dan yang terbaru si Samiah, jiran muda sebelah rumah sudah pula menjadi janda, entah mengapa musibah telah melanda satu demi satu, tanpa henti.
Esok aku akan ambil bubu di muara, sebelum tu singgah dahulu di warung Wak Seman. Beli kopi "O" pekat dan roti bakar calit mentega sebagai sarapan. Aku terbayang wajah Tasha, anak dara Wak Seman, dia pasti tertunduk malu setiap kali bersua dengan ku. Harap-harap esok dia akan tolong ayahnya di warung kopi atau setidak-tidaknya dia akan bersimpuh dengan kain batiknya di tangga kayu beranda.
Tiba-tiba hatiku jadi sayu, bila tahu kisah diriku diperkatakan orang. Aku sudah tidak seperti dulu. Aku dikatakan pembawa gila isim akibat pembawakan ideologi baru. ‘Lantaklah’Bisik suara hatiku. 
Esoknya aku bangun awal. Aku meniti batas untuk ke warung Wak Seman. "Macam tu juga!" Bisik hati kecil ku. Jelas kelihatan Wak Seman, Pak Rashid dan Lebai Ngah duduk bersembang semeja. Aku tak mahu singgah diwarung kopi kerana firasat ku mula membisikan bahawa mereka sedang mengata-gata pada ku lagi.
Tangan dihulur, pinggang dicekak, berkerut kening Wak Seman mengeluar pendapat. "Apa dia tau – baru balik dari Jordan sudah berani membangkang Lebai Ngah."
"Nanti dulu, Seman oiiii!" pintas Pak Rashid. "Tu pun dia, panggil dia! mari sebentar Brahim, Lebai Ngah pun ada dekat sini, banyak sangat kami dengar pasai kamu ni Brahim. Kami mahu dengar dari mulut kamu sendiri, Lebai Ngah pun ada di sini." Pelawa Pak Rashid.
Aku dipersimpangan dilema. Kali ini aku terjebak. Perlukah aku menolak undangan mereka? atau haruskah aku memberanikan diri? ‘Haq tetap haq, batil mesti ditentang!’ Bisik hati kecil ku.
"Salamun Alaikum". Aku menyapa sekelian yang ada.
"Cuba Lebai dengar apa dia kata tadi, dia kata ‘Salamun Alaikum’, kita kata Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh." Bentak Pak Rashid sambil kerling pada ku.
"Dari mana kamu dapat perkataan tu Brahim?" Tanya Lebai Ngah padaku.
"Qur’an." Kataku sepatah.
"Ayat mana tu?" Tanya si Lebai.
"Betul tu Lebai, budak Brahim ni, cuba mengajar ayat-ayat Qur'an kepada kita. Dia tak tahu, kita dah makan garam dulu!" Wak Seman, si taukeh warung menyampuk sakan.
"Lebai, kalau saya ringkaskan, Quran ialah satu Pembeza, untuk hambaNya (25:1). Qur'an itu mulia (55:77), indah (85:21), bijaksana (36:2). Ayat Kitab yang jelas (12:1).Satu penurunan daripada Pemelihara semua alam (26:192). Di dalamnya tiada keraguan dan menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa (2:2). Satu perkataan yang menetapkan (86:13). Satu bentuk kehukuman (13:37). Kami yang menurunkan Peringatan tersebut dan Kami yang menjaganya (15:9). Satu teguran, satu penyembuhan bagi apa yang di dalam dada, satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi orang-orang mukmin (10:57). Kebijaksanaan (Hikmah) yang Pemelihara kamu mewahyukan kamu (17:39). Ia adalah di dalam ibu Kitab, di sisi Kami; sungguh tinggi, bijaksana (43:4) Satu cahaya, yang dengannya Kami memberi petunjuk kepada siapa yang Kami mengkehendaki (42:52). Satu penyembuhan, satu pengasihan bagi orang mukmin, dan bagi orang zalim, ia dalam kerugian (17:82). Kitab yang tidak ada sebarang kebengkokan (18:1). Memberi amaran akan bencana yang keras daripada-Nya, dan untuk memberi berita gembira kepada orang mukmin (18:2) Yang menyuruh mereka pada yang baik, dan melarang kemungkaran, menghalalkan benda yang baik, mengharamkan yang buruk, membebaskan mereka daripada beban dan belenggu mereka (7:157). Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan benar, mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya dan hakimkanlah menurut apa yang Allah menurunkan, jangan mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar (5:48), antara yang persoalan yang menarik untuk difikirkan ialah ia adalah satu Peringatan yang diberkati, yang Kami menurunkan; maka adakah kamu sekarang menolaknya ? (21:50) dan inilah Ahsan-al-Hadith (39:23), iaitu hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab". Kata ku lagi.
Masing-masing diam menanti kata-kataku seterusnya. 
Aku lanjutkan semula.  “Oleh kerana Al-Qur'an adalah wahyu Allah (42:7), untuk menjadi pedoman hidup dan sumber hukum bagi setiap Muslim (4:105; 5:49,50; 45:20), maka dengan Kitab ini juga saya akan bacakan ayat 6:54 yang menyatakan "Dan apabila orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)." Pemelihara kamu menuliskan (menetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu membuat kejahatan dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih."
Masing-masing diam, menunggu.  Mungkin terkejut dengan peneranganku yang panjang lebar.
"Salahkah kalau saya ikut arahan Tuhan?" Aku bertanya.
"Salah tu, memang tak salah, tapi Assalamualaikum Warah Matullah Hi Walbarakatuh itu kan lebih baik dan lebih sempurna.  Itu  yang Nabi ajar pada sahabat-sahabat baginda, seterusnya para sahabat  muktabar telah membukukan perkataan tadi lalu terjadilah apa yang dipanggil buku hadis." Lebai berkata. Wak Seman, dan Pak Rashid mengangguk-angguk tanda setuju, macam itik nila pulang petang.
Wak Seman dan Pak Rashid mulai tersengih. Gigi-gigi jarang yang dipenuhi dengan karat nikotin rokok jelas kelihatan. “Lebai akan meratah si Brahim hidup-hidup. Lebai dah 20 tahun mengajar di pondok. Sekarang dia menjadi pengetua dipondok Darul Wal-Sunnah. Sapa tak kenal Lebai Ngah, cukup terkenal dengan fatwanya.  Dulu kerap masuk TV dan ceramah di radio, sekarang ini dia di barisan pembangkang.”
"Lebai, sedarkah apa yang Lebai katakan ini?"Aku bertanya spontan.
Wajah Lebai mula bertukar warna. Merah padam jadinya.
“Tahukah Lebai perkataan ini konsistan dari manusia, hingga ke malaikat, di akhirat dan mereka yang berada di Al-Akraf pun berkata dengan perkataan yang sama. Lebih menarik lagi bila Tuhan juga memberi salam sedemikian rupa.” Aku mula berhujah.
Mereka terdiam. Aku mengambil kesempatan ini sebaiknya, kerana bukan senang nak berdebat dengan puak tua-tua keladi ini, yang amat terkenal dengan slogan parti songsang mereka. Siapa yang tidak menyokong parti mereka adalah puak sesat dan akan masuk Neraka.
"Cubalah Lebai fikirkan, 7:46. Dan antara keduanya ada tabir, dan di atas Benteng adalah lelaki-lelaki yang mengenali masing-masing dengan tanda mereka yang memanggil orang-orang Taman, "Salamun alaikum!" Mereka belum memasukinya, dan mereka sangat menginginkannya." Kemudian Lebai, malaikat akan menyeru pula kepada orang-orang yang berbuat baik supaya masuk ke Syurga dengan berkata 13:24. Salamun alaikum, kerana kamu telah bersabar." Sangat baiknya tempat kediaman muktamad. Dan dalam ayat berikutnya 16:32. Yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka berkeadaan baik, dengan berkata, "Salamun alaikum! Masuklah ke Taman kerana apa yang kamu telah buat.  39:73 Kemudian orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Taman, sehingga apabila mereka datang kepadanya, dan pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, “Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)! Kamu telah maju dengan baik; masuklah untuk tinggal selama-lamanya.”
Kemudian Lebai, di dalam Syurga tidak ada percakapan sia-sia kerana Allah telah berfirman di dalam Quran 10:10. "Seruan mereka di dalamnya, "Engkau disanjung, ya Allah", dan salam hormat mereka, "Salam", dan akhir seruan mereka, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam." Dan dalam surah Yasin yang kita baca pun ada menyebutkan salam Allah 36:58. "Salam!"  ialah perkataan daripada Pemelihara yang Pengasih." Itu yang Allah ajar, Lebai Ngah beranikah untuk tidak patuh dengan perintahNya?” Tanya ku pada si Lebai.
Pak Rashid mula mengganguk. Lebai Ngah pula mula nampak mati kutu. Telinganya bertambah merah. Dia membetulkan serban hijau yang hampir lusuh itu, seterusnya pula dia membelai pula janggutnya yang hanya beberapa helai itu. "Jadi salahkah jika aku ingin mengucapkan Assalamualaikum WarahMatullah Hi Wlabarakatuh?" Lebai seolah-olah ingin meminta satu kepastian.
"Salah!" Jawapku sepatah.
"Mengapa salah?" Tanya Lebai Ngah lagi, terkejut dan Nampak sangat tidak puas hati dengan jawapanku.
"Kerana dalam 58:8. "Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang dilarang daripada pembicaraan rahsia, kemudian mereka mengulangi apa yang mereka telah dilarang padanya, dan mereka berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari rasul? Kemudian, apabila mereka datang kepada kamu, mereka memberi salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu; dan mereka berkata, "Mengapa Allah tidak mengazab kita kerana apa yang kita mengatakan?" Cukuplah bagi mereka Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu kepulangan yang buruk!" Kata ku, seterusnya aku bertanya kembali. "Kenapa susah sangat untuk Lebai nak ikut salam seperti yang Allah ajarkan itu?"
"Quran sendiri kata kita kena pegang pada hadis, oleh itu hadis yang mengajar Assalamualaikum WarahMatullah Hi Walbaraakatuh." Ujar si tuan Lebai.
"Lebai, kalau hadis bertentangan dengan Quran, Lebai nak pilih yang mana?" Tanyaku lagi.
Lebai hanya membeliakan kedua-dua matanya. Lebai tahu, semua ulamak-ulamak seluruh dunia baik dari zaman sesudah Nabi wafat hingga ke kiamat sekalipun, dari golong Sunnah Wal Jamaah hingga ke Shiah pasti akan mengakui kalau hadis bertentang dengan Quran, maka secara otomatik hadis itu tertolak.
"Takkan kamu pura-pura tak tahu, apa sahaja yang rasul beri kamu, ambillah, apa sahaja yang dia melarang kamu daripadanya, hentikanlah!" Lebai mula naik berang.
"Minta maaflah banyak-banyak Lebai Ngah, janganlah Lebai Ngah ambil sebahagian sahaja daripada ayat untuk berhujah, ayat itu dari surah 59 ayat 7 “Segala apa rampasan perang yang Allah memberi rasul-Nya daripada penduduk bandar-bandar raya adalah kepunyaan Allah, dan rasul-Nya, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, supaya ia jangan bergilir antara orang-orang kaya antara kamu. Apa sahaja yang rasul memberi kamu, ambillah; apa sahaja yang dia melarang kamu daripadanya, hentikanlah. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya". Kata ku lagi.
"Ini perihal kes rampasan perang, Lebai. Katakanlah kalau harta rampasan perang sebanyak seratus keping wang emas, tujuh puluh ekor kuda, enam belas baju besi, dan lapan buah lembing.  Bagaimana Nabi hendak membahagikan harta tersebut sama rata.  Kalau Nabi bagi saya baju besi mungkin saya tak dapat kuda, mungkin pula Lebai akan dapat kuda, Pak Rashid pula mungkin akan mendapat sepuluh keping wang emas.  Apa yang penting, buat Nabi ialah tunaikan perintah Allah seperti ayat 59:7.  Kita dan masyarakat mesti akur pada agihan Nabi, kerana sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya!"  Kataku menutup hujah.
"Ucapan salam yang selalu kita sebut itu kan sama saja maksudnya." Ujar Pak Rashid pula. "Lagipun, ramai yang buat sejak dari kamu belum lahir lagi, Brahim."
"Pak Rashid, beginilah.  Seperti yang terdapat di dalam al-Qur'an, ejaan bagi beri salam hormat, iaitu salamun alaikum dan salam adalah tanpa huruf alif lam. Sebenarnya, bagi semua kalimat salam yang terkandung di dalam ajaran Tuhan tidak mengandungi huruf alif lam kecuali satu sahaja (yang mengandungi alif lam) iaitu pada ayat 59:23. Pada ayat tersebut, kalimat al-salam atau disebut assalam diguna untuk Nama Tuhan. Itu satu-satunya nama Tuhan, Assalam, yang tercatat di dalam al-Qur'an.  Justeru itu, kalimat Assalam dan Salam adalah tidak sama. Saya tidak setuju atau rela untuk menyamakan kedudukan antara nama-Nya yang mulia dengan cara beri salam antara hamba-hamba-Nya.  "Kami tidak alpakan sesuatu di dalam al-Kitab…" (6:38) “Sesungguhnya Kami buatkan untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan…." (30:58) "Satu perkataan yang menetapkan." (86:13) “Kitab yang cukup jelas.”(6:114) “Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat al-Kitab, dan al-Qur'an yang jelas.” (15:1). Tambahan pula, ajaran Tuhan sudah cukup terperinci dengan di mana diletak-Nya alif lam dan di mana tidak diletak huruf-huruf tersebut. Dalam perbezaan ejaan tentu ada perbezaan maksud.  Sebaliknya, kalau terdapat orang menyatakan mereka sama, kerana mengikut kata sesetengah orang, maka terpulanglah baginya, sama ada dia mahu ikut ajaran Tuhan atau ajaran lain.  Mengapa susah sangat untuk ikut ajaran Tuhan yang mudah, lagi diberkati?" Kata ku menutup semula hujah yang terbuka tadi.
"Aku tak puas hati. Malam karang kita berjumpa disini. Aku akan bawa Ustaz Harun Hashim sekali. Dia tu bekas universiti Al-Azhar. Dia ada PHD. Dia regu kamu." Kata Lebai Ngah lagi. "Jangan lupa lepas Isyak, jangan pula kamu lupa!"
Pesan Lebai Ngah berkali-kali sambil mencapai basikal mininya. Dia terus mengayuh cepat. Sesekali dia menoleh kebelakang, mungkin masih tak puas hati agaknya.
Aku minta diri sambil berkata "Salamun Alaikum". Wak Seman, dan Pak Rashid jelas terpinga-pinga. Adakah mereka sedang memikirkan bagaimana hendak menjawap salam yang amat janggal sekali bagi mereka itu. Aku terus berlalu. Menuju ke muara. Melihat bubu. Entah mengena entahkan tidak.



BAB 2 – MAHZAB

Alhamdulilah – bubu ku hampir separuh penuh dengan muatan sepat dan keli. Esok bolehlah minta emak buat gulai lemak cili api. Tambah pula dengan cili padi dan pucuk ubi. Enaknya tidak terperi. Matahari telah lama pergi. Bulan pula silih berganti. Aku harus pergi. Ada tamu sedang menanti.
Di warung, seperti yang dijanjikan. Lebai Ngah, Ustaz Harun ditemankan dengan Pak Rashid dan Wak Seman sedang menunggu di warung. Asap rokok tembakau jawa dan bau curut menyusuk hidung.  Aku membetulkan cermin mata ku.
"Brahim, kamu ini bermazhab apa?" Ustaz Harun mula memecah keheningan malam. Aku belum melabuhkan punggung di bangku panjang. 
"Salamun Alaikum" ucap ku dengan perlahan-lahan.  Aku pun mencari tempat untuk melabuh punggung, maklumlah, bangku panjang telah berusia lanjut. Aku harus berhati-hati. Namun kedua-dua bola mata aku liar terus memerhatikan gerak mulut mereka. Ada yang terkumat-kamit, ada yang tidak bergerak dan ada yang terus mengatakan "Wa’alaikumus Salam Waroh Matullah Hi Walbarakatuh".
"Dosa!"Kataku ringkas.
Bebola mata Ustaz Harun hampir tersembol keluar dari rongganya. "Mengucap Brahim!"
"Kita ini mazhab Sunnah Wal Jama’ah, Mahzab yang diperakui." Lebai Ngah mula berhujah.
"Izinkan saya tanya satu soalan kepada Lebai dan Ustaz Harun. Nabi Muhammad bermazhab apa?  Shafie, Hambali, Hanafi, Maliki, Qardani, Mutazillah, Khawarij atau Shiah?" Tanya ku.
"Nabi tidak pernah bermahzab. Semua mazhab hanya datang setelah Nabi wafat." Jawab  Ustaz Harun, yakin.
“Alhamdulilah, kalau Nabi Muhammad sendiri tidak bermazhab, Allah pun tak suruh kita bermahzab, kenapa pula kita mesti untuk bermazhab?" Kata ku dengan nada perlahan.
"Errrr… Kita kena bermazhab pasai bahasa Quran itu tinggi, bukan taraf kita untuk mengkajinya, imam-imam muktabar sudah mengkaji Quran, kita ikut sajalah arahan mereka." Ustaz Harun mula berceramah. “Serahkan kepada yang pakar!”
"Ya… ya…" suara-suara menyokong datang dari pelbagai arah.
Tanpa mempedulikan mereka. Dengan wajah yang tenang aku membuka beg galas, mengeluarkan Quran dan aku letakkannya di atas meja. Mata ku masih liar memerhatikan gerak-geri mereka. Aku beri pada Ustaz Harun. Ustaz sambut dengan selamba.
"Cuba lihat 6:159. "Orang-orang yang membuat pecahan dalam agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, kamu bukanlah daripada mereka dalam apa-apa pun. Urusan mereka hanyalah kepada Allah, kemudian Dia akan memberitahu mereka apa yang mereka telah buat".
Mereka diam, menunggu.
“Adakah ayat ini susah benar hendak difaham sehingga memerlukan ulamak atau tuan guru untuk menghuraikan dan manafsir pada kita?" Aku bertanya pada Ustaz Harun lagi.
Tiada jawapan dari mulut mereka.  Semuanya diam tidak bersuara.
"Cuba tenggok ayat 19:37 pula. "Tetapi golongan-golongan berselisih sesama mereka, kemudian kecelakaanlah bagi orang-orang yang tidak percaya kerana senario hari yang besar." Lanjut ku lagi.
"Cuba Ustaz perhatikan baik-baik, tiap-tiap golongan asyik berselisih sesama mereka, UMNO dengan PAS, Sunnah dengan Shiah, masing-masing asyik mengatakan merekalah puak yang terbaik di sisi Allah, maka dengan egonya pula mereka akan berfatwa bahawa selain dari puak mereka adalah puak kafir yang menyesatkan." Kata ku lagi.
"Jika saya tanya, puak manakah yang paling benar di sisi Allah, semua manusia akan berlumba-lumba mendakwa bahawa puak mereka sajalah di jalan yang benar. Tidak ada satu manusia sekali pun yang sanggup mengakui yang merekalah dari puak yang songsang, betul tak?"  Tanya ku lagi.

"Ustaz lupakah bahawa Allah telah berfirman 30:32."Daripada orang-orang yang memecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa yang di sisi mereka." Dan dalam satu ayat yang lain pula 43:65. "Tetapi golongan-golongan antara mereka berselisih; maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang membuat kezaliman kerana azab hari yang pedih."Kata u lagi.
Aku pandang pula Wak Seman yang masih diam membatu. "Wak Seman, suatu masa dahulu, ada terjadi satu peperangan besar kerana mempertahankan hujah yang wajarkah "Bismillah" itu patut dibaca kuat ataupun perlahan di permulaan Fatihah. Ratusan pejuang kedua-dua pihak terbunuh, kemudian perang lagi kerana fahaman fanatik Sunni dan Shiah.  Ini terjadi kerana masing-masing mempertahankan ideologi masing-masing. Kaki cucuk adalah ulamak-ulamak syaitan dari puak-puak mereka sendiri, yang mengeluarkan fatwa bahawa darah mangsa mereka adalah halal, dan kalau mereka pula yang terbunuh, mereka akan mendapat ganjaran syurga, tapi sorrylah, Allah sendiri menjanjikan mereka dengan azab yang pedih."
"Astagfirullah." Sepatah perkataan keluar dari mulut Pak Rashid.
“Oleh itu, saya ingin membuat satu kenyataan disini, bahawa berdasarkan ayat-ayat di atas, maka saya tidak bermahzab!" Kataku, tegas.
Ada mulut yang terlopong besar, terkejut dengan kata-kataku yang tiba-tiba meledak tegas.
"Kamu sesat!" Pintas Pak Rashid cepat, rona wajahnya berubah.
"Kalau dengan Qur’an itu, saya sesat, saya rela, saya akur!" Bentak ku, suara ku sedikit merendah dan tegas berbanding tadi.
Angin sejuk kian terasa. Bunyi cengkerik sesekali memecah keheningan malam. Aku hanya menanti hujah bantahan. Mungkin mereka sedang memerah otak untuk mematikan hujah ku. 
"Jika kamu tak bermazhab, adakah kamu ikut mana-mana tarekat?" Tanya Wak Seman.
"Saya sempat meyelamatkan diri saya dari mulut buaya, takkan pula saya nak menjerumuskan diri saya dalam mulut naga? Cuba Wak semak Surah 72 ayat 11 hingga 15."  Kata ku lagi.
"Dan sebahagian daripada kami adalah yang salih, dan sebahagian daripada kami tidaklah demikian; jalan-jalan (tarekat) kami berlainan. Sesungguhnya kami menyangka bahawa kami tidak dapat mengandaskan Allah di bumi, dan tidak juga mengandaskan-Nya dengan melarikan diri. Apabila kami mendengar petunjuk, kami percaya kepadanya; dan sesiapa yang mempercayai Pemeliharanya, Dan sebahagian daripada kami muslim, dan sebahagian daripada kami menyimpang. Mereka yang tunduk patuh mencari kelurusan hati, Tetapi bagi mereka yang menyimpang, mereka menjadi kayu api untuk Jahanam!" Aku membaca ayat itu kepada mereka.
Wak Seman mengangguk.
"Tak mahulah Wak, saya tak mahu jadi kayu api buat Jahanam." Kata ku lagi. Aku cuba berseloroh.
"Dahlah kamu tak bermahzab, tidak pula bertarekat, kamu pula tak tahu bahasa Arab, macam mana kamu hendak memahami Quran? Bahasa Quran itu tinggi!" kata Wak Seman.
Berdesing telingaku bila Wak Seman berkata begitu.
"Perlu tahu bahasa Arab baru boleh faham Quran ke Wak? Adakah Wak ingat Abu Jahal, Abu Lahab, Firaun, Haman dan Qarun tak faham bahasa Arab? Adakah isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut dan bapa Nabi Ibrahim pun tak paham bahasa Arab?"
"Sebenarnya mereka pilih untuk tidak beriman. Wak harus faham, Syurga bukan dibuat khas untuk orang yang tahu berbahasa Arab, manakala Neraka bukan pula bukan dicipta untuk mereka yang tidak tahu berbahasa Arab!" Tegasku. "Isteri Firaun tahu juga tahu bahasa Arab, tapi, Alhamdulilah, dia pilih untuk beriman.  Wak, udah lah tu, janganlah asyik mengatakan bahawa bahasa Quran tinggi hingga kita tidak boleh faham, adakah Wak tahu siapa yang mengajar Quran?"
"Guru Qur’anlah!" Bentak Wak Seman.
"Kalau saya mengatakan 55:1."Yang Pemurah, Mengajar Al-Qur'an". Apa Wak nak bantah?" Tanya ku lagi.
"Adakah kamu ingat Allah mengajar Quran kepada kamu, Brahim?" Tiba-tiba sahaja Ustaz Harun mencelah, cuba untuk menyokong hujah Wak Seman.
"Allah telah berfirman 40:57. "Sungguh, ciptaan langit dan bumi adalah lebih besar daripada ciptaan manusia; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya." Ustaz, kalau Allah sendiri telah mengatakan bahawa ciptaan manusia ini kecil, adakah pula untuk mengajar hamba-Nya pula menjadi suatu tugasan yang mustahil bagi Allah?" Tanya ku lagi.
Wak Seman menghulur tangan kanan. Urat-urat tua membaluti kulitnya yang berkerdut, manakala bulu roma perang pula menghiasi seluruh tangan tuanya itu.
"Cuba Wak baca ayat 12:1 & 12:2" pinta ku.
"Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat Kitab yang jelas. Kami menurunkannya sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu faham". Wak Seman mula membaca Quran dengan dialek Jawanya.
"Bagaimana Wak, adakah Wak faham maksud ayat itu?" Tanya ku. Wak Seman hanya mengganguk.
"Apa yang Wak faham?" Tanya ku lagi.
"Apa yang aku baca tadi, aku fahamlah, Tuhan kata, ayat-ayat Kitab yang jelas, Quran diturunkan dalam bahasa Arab supaya kita paham. " Jawab Wak Seman.
"Kalau macam tu, Alhamdulilah, senanglah kerja saya." Kata ku sambil kerling pada Ustaz Harun. "Nabi Muhammad adalah orang Arab, Qur’an pula turun dalam bahasa Arab untuk Nabi Muhammad sampaikan pada kaumnya yang bertutur bahasa Arab. Ini adalah supaya semua orang faham, tetapi, kalaulah pada masa itu, Quran diturunkan dalam bahasa Jawa, apa nak jadi?"
Aku cuba bermain logik.
"Aku tak faham apa yang hang cuba kata Brahim, hang ni dah gila!" Sang Ustaz komen, cukup tak puasa hati.
"Apa yang saya cuba kata ialah, kalau Quran diturunkan dalam bahasa Jawa sekali pun, maka lihat 41:44. "Jika Kami membuatnya sebuah Qur'an dalam bahasa asing, tentu mereka berkata, "Mengapakah ayat-ayatnya tidak dijelaskan? Adakah dalam bahasa asing sedang orangnya Arab?" Katakanlah, "Bagi orang-orang yang percaya, ia adalah satu petunjuk, dan satu penyembuhan; tetapi orang-orang yang tidak mempercayai, di dalam telinga mereka ada sumbatan, dan bagi mereka, ia adalah satu kebutaan; mereka itu, mereka dipanggil dari tempat yang jauh.” Kata ku lagi.
"Manakala dalam ayat 18:57 pula, Allah telah berfirman melalui lidah nabiNya yang bermaksud "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang diperingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya, lalu dia berpaling daripadanya, dan melupakan apa yang tangan-tangannya mendahulukan? Sesungguhnya Kami meletakkan penudung pada hati mereka supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka sumbatan; dan walaupun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya."
Lalu aku sambung lagi "27:1. Tha Sin. Inilah ayat-ayat Al-Qur'an,  dan sebuah Kitab yang jelas." Dan dalam surah 54 sahaja, ada 4 ayat iaitu 17,22, 32 dan 40 mangatakan, "Sesungguhnya Kami memudahkan Al-Qur'an untuk Peringatan.  Adakah sesiapa yang mengingatinya?"
Mereka diam tidak berkata apa.
"Saya rasa tak susah untuk memahami ayat tersebut, betulkan Wak?" Tanya ku lagi.
Wak Seman mengangguk, tanda setuju.
“Sebenarnya bahasa bukan satu isu, Qur’an itu mudah untuk difahami oleh semua manusia yang waras, tetapi syaitan-syaitan yang berserban tinggi telah memesongkan manusia pada ajaran Tuhan." Kata ku.
Ustaz Harun Bin Hashim terdiam.  Matanya tepat memandang ke arah ku. Dia seolah-olah ingin menelan aku hidup-hidup.  Aku tak kisah semua itu.  Apa yang aku pasti Tuhan tidak tipu hambaNya.  
Ujian baru sahaja tamat ke atas Wak Seman.  Dia mula faham Qur’an dengan bahasanya sendiri, tidak seperti hari-hari yang  lalu di mana dia baca Qur’an dalam bahasa Arab, bahasa yang dia sendiri tak faham.



BAB 3 : WUDUK / SUNNAH

Malam masih muda.  Air kopi dan teh panas saling berganti.  Kretek, curut dan rokok daun tembakau jawa pula menjadi penghalau nyamuk yang setia. Masing-masing tidak berubah tempat. Masing-masing diikat dengan rasa ingin tahu dengan apa yang kami bincangkan.
"Bagaimana kamu berwuduk, Brahim?"  Tanya Ustaz Harun. Tiba-tiba pasal wuduk pula dibawa ke meja perbincangan.
Aku senyum, berdehem membetulkan serak suara yang mula menguasai. Aku mulai bersuara, menjawab soalan Ustaz Harun. "Allah telah berfirman 5:6. "Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkanlah diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu, dan tangan kamu dengannya. Allah tidak menghendaki untuk membuat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia menghendaki untuk membersihkan kamu, dan supaya Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih."
"Jadi kalau macam tu, kentut batal tak wuduk?" Tanya sang Ustaz.
"Kentut tak batal wuduk kerana orang kentut tak pergi cari tandas." Kataku sinis.
"Kamu tahu macam mana nak basuh muka, berapa kali nak basuh?" Tanya Ustaz Harun.
"Kalau Ustaz nak tahu muka itu ada di mana, tolong suruh anak kecil seusia empat tahun itu basuh muka.  Itulah muka, kemudian basuhlah sekadar Ustaz larat, tapi jangan pula membazir, takut jadi teman syaitan seperti ayat 17:27 sudahlah." Sindirku, terus berhujah.
"Kamu jangan kurang ajar, Brahim!" Ustaz Harun mula meninggikan suara.
"Saya kata begitu kerana Ustaz cuba memperbodohkan minda Ustaz sendiri. Walaupun Ustaz tahu di mana muka, tapi Ustaz nak ulamak memberitahu Ustaz di mana letaknya muka Ustaz." Kataku lagi.
"Kalau aku nak basuh tiga kali apa salahnya? itu Sunnah!" Kata Pak Rashid. 
Semua bersetuju kecuali aku.
"Kalau begitu baik mandi sekali. Itu lebih bersih, tapi Allah berfirman seperti ayat itu "Dia menghendaki untuk membersihkan kamu, dan supaya Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih". Inilah ujian. Allah kata cukup dengan empat anggota kerana Allah hendak menyempurnakan rahmatNya ke atas kita supaya kita berterimakasih - ikut atau ingkar!" Kataku, selamba.
"Agak-agak Pak Rashid, bila Pak Rashid tanya soalan begitu pada Nabi, apa jawapan Nabi?" Tanya ku.
"Tentulah Nabi basuh seperti apa yang Allah suruh!" Pintas Ustaz Harun cepat.
"Kalau begitu basuh saja empat anggota. Itu arahan Allah. Itu yang Nabi buat. Itu juga Nabi ajar, tetapi, kalau rasa tak cukup lagi, maka silalah ikut arahan tuhan-tuhan lain." Kataku lagi.
"Malas aku nak layan budak ni. Cakapnya berbelit!" Bentak Ustaz Harun.
"Siapa yang berbelit? tadi Ustaz mengaku nak basuh lebih kerana Sunnah Nabi, untuk pahala yang lebih konon, sekarang Ustaz kata empat bahagian cukup.  Yang mana satu yang betul ni?" Aku pura-pura bertanya.
Ustaz harun, diam. Serba salah untuk menjawab.
"Ustaz, izinkan saya jelaskan di sini, tidak ada Sunnah Nabi kerana 6:50. Katakanlah, "Aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'. Aku tidak mengetahui yang ghaib, dan aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku seorang malaikat'; aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku." Katakanlah, "Adakah orang yang buta dengan orang yang melihat sama? Tidakkah kamu memikirkan?.  Seterusnya dalam ayat yang lain 7:188. Katakanlah, "Aku tidak ada kuasa untuk memanfaatkan diriku atau memudaratkan, kecuali seperti yang Allah mengkehendaki. Sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentu aku mengambil banyak kebaikan, dan keburukan tidak akan menyentuhku. Aku hanyalah seorang pemberi amaran dan pembawa berita gembira bagi kaum yang mempercayai."
"Seterusnya, surah 72 ayat 21 hingga 23, Katakanlah, "Sesungguhnya aku tidak memiliki kuasa kepada kamu, sama ada untuk kemudaratan atau untuk kelurusan. Katakanlah, "Daripada Allah, yang melindungi aku tiada sesiapa, dan aku mendapati, selain daripada-Nya, tiada perlindungan, Melainkan satu Penyampaian daripada Allah, dan Mesej-Mesej-Nya. Dan sesiapa mengingkari Allah dan rasul-Nya, baginya api Jahanam; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya, dan selamanya." Kataku lagi.
“46:9. Katakanlah : Aku bukanlah yang baru antara rasul-rasul, dan aku tidak mengetahui apa yang akan diperbuatkan terhadapku, atau terhadap kamu. Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku; aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."
Allah telah menitah perintah untuk  Nabi supaya membuat keyataan rasmi pada kaumnya bahawa dia sendiri adalah di antara para rasul, dia sendiri tidak mengetahui apa yang akan diperbuatkan terhadapnya sendiri, atau terhadap orang lain.  Nabi hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadanya, dan dia sendiri pula hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas." Kata ku lagi.
"Manakala dalam ayat 10:15. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, "Datangkanlah Al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia." Katakanlah, "Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak mengikuti apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku mengingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar."
"Ustaz, dalam ayat ini,  mereka beri cadangan kepada Nabi supaya Nabi memilih ayat itu sendiri. 7:203. "Dan apabila kamu tidak mendatangkan kepada mereka satu ayat, mereka berkata, "Mengapakah kamu tidak pilih sendiri?" Katakanlah, "Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku daripada Pemeliharaku; inilah bukti yang nyata daripada Pemelihara kamu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang mempercayai."
"Ustaz, dalam ayat 38:70, Nabi berkata "Hanya ini yang diwahyukan kepadaku, bahawa aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas." Kataku lagi. "Oleh itu, perlukah kita menukar syariat Allah seperti ayat 42:21. Atau, adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak mengizinkan? Jika tidak kerana Kata Ketetapan, tentu ia diputuskan antara mereka. Bagi orang-orang yang zalim, azab yang pedih.” 
Kalau Nabi sendiri mengaku tidak ada Sunnahnya, siapa pula yang memandai-mandai berkata ini semua Sunnah Nabi? Kalaulah benar Nabi berani menokok tambah hukum Allah, macam Allah kata empat bahagian, tetapi Nabi buat lapan bahagian, tahukah Pak Rashid apa Allah akan buat pada Nabi?"
"Entah!" selamba sahaja Pak Rashid menjawap.
Ustaz Harun buat-buat tercenggang.
"Jawapan itu ada pada ayat 69, ayat 44 hingga 47. Sekiranya dia mengada-adakan terhadap Kami sebarang ucapan, Tentu Kami mengambilnya dengan tangan kanan, Kemudian pasti Kami memotong urat jantungnya, Dan tiadalah seseorang daripada kamu yang dapat menghalangi dia."
Aku terus menyambung hujah. “Ayat ini serius Ustaz, kalau Nabi berani menokok tambah pada sebarang arahan Allah, Allah akan mematikan Nabi dengan memotong urat jantungnya!"
"Kamu tidak faham Brahim." Ustaz Harun cuba berceramah. "Sunnah itu sebagai pelengkap Quran!"
"Sudahlah Ustaz, ayat-ayat ini dibaca sendiri di hadapan Ustaz, lagi-lagi Ustaz buat-buat tak faham, baiklah kalau begitu, saya minta tolong Ustaz untuk membuat satu kenyataan rasmi di sini bahawa Quran itu tidak lengkap,  dan perlu ada Sunnah lain untuk memperlengkapkan Quran!"
Aku cuba memusing belitan hujah Ustaz Harun sebagaimana belitnya serban dia, begitulah belitan lidahnya. Ustaz Harun tersentak. Sekali lagi dia tersandar di tiang warung. Dia terdiam seketika. Aku menghirup saki-baki kopi yang telah lama sejuk. Ustaz tidak berani membuat keyataan tersebut,  mungkin dia teringat ayat yang melarang supaya jangan berlebihan dalam agama.
"Buat pengetahuan Ustaz, Nabi hanya menyampaikan sesuatu yang jelas bukan tinggalkan sesuatu yang menjadi keraguan pada kita.  Lepas tu kita pula mengambil keraguan tersebut lalu bertengkar dan berbunuh sesama kita, atas dasar yang masing-masing sendiri tidak pasti. Macam tu pun boleh, macam ini pun boleh. Akhirnya kita bercelaru, bergolong-golongan, berpecah-pecah sampai hari ini. Cuba lihat ayat 5:67. "Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu kerana, jika kamu tidak buat, tidaklah kamu menyampaikan Mesej-Nya. Allah melindungi kamu daripada manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya." Kataku lagi.

"Nabi sendiri membuat pengumuman dengan lidahnya sendiri bahawa 7:68. Aku menyampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan aku adalah penasihat kamu yang setia". Selanjutnya Allah telah berfirman dalam ayat 34:28. "Kami tidak mengutus kamu melainkan kepada seluruh manusia sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya." Hujah aku berakhir di situ. 
Masing-masing diam, cuba menghadam hujah-hujah ku.  "Sebenarnya Ustaz, Nabi kita adalah seorang penasihat yang setia, manakala syaitan juga ingin untuk menjadi penasihat manusia juga. Masing-masing cuba menasihat manusia, oleh itu kita sebagai manusia mempunyai dua pilihan, ikut Nabi atau ikut syaitan. Tolong buka ayat 7:19, 20 & 20 sekali lagi.”
Ustaz Haun membaca. "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman, dan makanlah dari mana kamu menghendaki, tetapi jangan mendekati pokok ini supaya kamu tidak termasuk orang-orang yang zalim. Kemudian syaitan membisikkan kepada mereka, untuk menampakkan kepada mereka apa yang disembunyikan daripada mereka, bahagian-bahagian aib mereka. Berkata, "Pemelihara kamu melarang kamu daripada pokok ini hanya supaya kamu menjadi malaikat-malaikat, atau kamu menjadi makhluk-makhluk yang hidup berkekalan.  Dan ia bersumpah kepada mereka, "Sesungguhnya aku, kepada kamu, adalah penasihat."
"Allah melarang Adam dari mendekati pokok itu. Syaitan pun datang dan memperjelaskan "sebab musabab" Allah melarang dari mendekati pohon itu, lepas itu dia mengaku bahawa dialah penasihat bagi Adam." Kata ku lagi. "Semenjak dari peristiwa tersebut, kerja tuan penasihat ini berlarutan hingga hari ini dan sampai kiamat. Cuba Ustaz lihat, kalau Allah kata empat bahagian basuhan cukup, syaitan kata tak cukup lagi. Jika kamu nak pahala lebih maka kamu basuhlah lebih, kerana Nabi buat lebih."
"Penghujung ayat 5:6 tadi "… supaya Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih." Takkan tak cukup lagi dengan janji Allah?" Kata ku selamba.
"Brahim, apa yang aku faham, kesemua ucapan dan perbuatan Nabi hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. Tak begitu Brahim?" Pak Rashid pula mencuba memecah kesunyian malam.
"Kalau semua ucapan dan perbuatan Nabi itu wahyu, bila Nabi suruh isterinya memasak lauk kegemarannya, adakah itu juga wahyu dari Allah? kalau Nabi sakit dan minta ubat pada isterinya adakah ini juga wahyu dari Allah? kalau Nabi nak "itu" dari isterinya adakah itu juga wahyu yang diwahyukan kepadanya?" Pintas ku.
"Pak Rashid, sebenarnya ayat itu berbunyi begini. Surah 53 ayat 2 hingga 10. Teman kamu tidak sesat, dan tidak juga silap, Dan tidak juga berkata-kata daripada keinginannya. Ini tidak lain hanyalah satu wahyu yang diwahyukan, Yang mengajar dia, yang sangat dalam kekuatan, Sangat kuat; dia tegak mengambang, Di horizon yang tinggi, Kemudian mendekati dan turun, Jarak dua ibu panah, atau lebih dekat, Kemudian mewahyukan hamba-Nya, apa yang dia mewahyukan. Hatinya tidak berdusta pada apa yang dia lihat.  Nah, Allah telah memerintahkan Nabi supaya memberitahu pada kaumnya bahawa Nabi tidak sesat, dan Nabi tidak merepek. Nabi tak akan berkata sesuatu mengikut nafsu dia. Malaikat Jibrail pula yang mengajarnya, dan jarak mereka berdua tersangatlah dekat. Itulah proses penurunan Quran." jelas ku.
Semua mendiamkan diri. Mereka mula menyemak Qur’an. Qur’an pula berlegar dari satu tangan ke tangan yang lain. Aku hanya sempat memerhatikan Quran itu digilirkan. – Alhamdulilah, aku terus membacakan ayat 25:30. “Rasul berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil Al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan."

"Mengapa perlu Nabi mengadu kepada Allah di akhirat nanti bahawa umatnya telah mengambil Qur’an sebagai satu yang tidak diacuhkan, cubalah kita berfikir sejenak?" Aku melontar pertanyaan ini.


BAB 4 : HUKUM BIBLE

Masing-masing tidak berubah tempat. Beberapa pasang bola mata masih memerhati pada ku.  Bau kretek dan curut sudah menjadi sebati. Asap berkepul-kepul memenuhi ruang warung. Aku agak, dengan asap rokok yang menguasai ruang warung,  semua nyamuk telah rebah menyembah bumi. Lebai Ngah, Ustaz Harun, Pak Rashid, dan Wak Seman masih menjadi penghuni setia di depan ku.
"Kalau begitu apa pasal ulamak-ulamak tu tulis kitab-kitab?" Lebai Ngah kembali bersuara.  "Mereka bangun malam, sembahyang berakaat-rakaat dan berpuasa pula di siang hari hanya untuk menulis sebuah kitab semata-mata mencari keredo’an Allah." Wak Seman pula menyampuk.
"Oh, mencari keredo’an Allah dengan kitab-kitab yang bercanggah dengan Qur’an tu ke?" Tanya ku.
"Budak bertuah ni tak sayang mulut. Ishk, aku sepak kang!" Bentak Ustaz Harun.
Aku lempar senyuman padanya lalu berkata. "Sebagai permulaan, Allah kata mereka akan mendapat tiga kali celaka dalam ayat 2:79.  Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata, "Ini daripada Allah," supaya mereka menjualnya untuk harga yang sedikit; kecelakaanlah bagi mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka menulis, dan kecelakaanlah bagi mereka kerana usaha-usaha mereka." Kata ku lagi.  “Dalam 9:9. Mereka menjual ayat-ayat Allah untuk harga yang sedikit, dan menghalangi daripada jalan-Nya; sesungguhnya amatlah jahat apa yang mereka buat."
"Mengapa Ustaz marah saya bila saya kata kitab-kitab tersebut bercanggah dengan hukum Allah?" Aku minta penjelasan.
"Mereka imam besar, imam hebat, bukan setaraf dengan kamu, takkan pula mereka ingin menyesatkan kita, lainlah orang macam kamu!" Ustaz mula menyindir.
"Kalau Ustaz nak marah sekalipun,  janganlah pada saya, saya hanya membaca ayat-ayat-Nya. Kalau nak marah juga, marah sajalah pada Tuhan." Aku merayu simpati dalam sinis.  "Macam si Nik Aziz yang berfatwa bahawa Allah telah mencarut dalam Qur’an. Dia sanggup menipu menggunakan nama Allah, hanya untuk mempertahankan sebuah buku yang ditulis oleh anak buahnya."
"Woi, nama Nik Aziz jangan sekali kau sebut. Dia tu ulamak besar!"  Sampuk Pak Rashid lagi.
"Maaflah, Pak Rashid. Saya terlupa.  Adakah dia tu maksum?” Tanya ku lagi.  “Kalau macam tu, dia lebih hebat dari Nabi, kerana Nabi sendiri kena tegur oleh Allah di beberapa tempat dalam Qur’an."
Pak Rashid tertunduk bisu. Matanya liar, mungkin mencari idea untuk hujahnya. "Dia orang ilmuan," katanya lagi. "Hang tak baca biograpi dia?" Tanya Pak Rashid bertalu.
"Baca, nak saya ulas buku tu?" Tanya ku lagi, sambil senyuman kulemparkan padanya.
"Kalau berani!" Sepatah kata Pak Rashid, mencabar.
"Baiklah, buku biografi Dato’ Nik Aziz Nik Mat ditulis untuk mengampu. Susur galur keluarga Nik Aziz (muka 6) dalam salasilah ini terdapat seorang Puteri bernama Puteri Sadong yang telah membunuh suaminya bernama Raja Abdullah dan seorang lagi ahli salasilah ini yang bernama Raja Abdul Rahim telah mengganti Raja Abdullah. Raja Abdul Rahim seorang pemerintah yang zalim sehingga membawa implikasi kepada pembunuhan baginda sendiri." Keadaan juga malap ketika pemerintahan Long Sulaiman. Beliau terbunuh dalam satu perselisihan faham dan ditikam oleh mentuanya sendiri.  Pembunuhan, komplot dan perselisihan faham telah mengambil tempat dalam warisan sejarah ini yang turut mempunyai mitosnya yang tersendiri sehingga membuat Dewan Ulama PAS terpaksa berdiam diri, bilamana Nik Aziz mengatakan bahawa "keturunan raja Jembal dilarang makan rebung buluh betung…" Mengikut mitos ini pula sesiapa keturunan Raja Jembal yang makan rebung buluh betung akan diserang "kudis besar di seluruh badan". Di sini letaknya satu jalan untuk Nik Aziz membuktikan kesahihan salasilahnya. Nik Aziz dikatakan melanjutkan pelajaran ke "Universiti Deobond, India" pada 1952. Sebenarnya tidak pernah wujud sebuah "Universiti Deobond" di India. Deoband di utara Uttar Prodesh memang masyhur dengan Madrasah Darul Ulum Deoband yang melatih pelajar India menjadi ‘ulama’. Selain dari Deoband, madrasah Darul Ulum juga terdapat di Lucknow, Hyderabad, Mumbai dan tempat lain di India. Walaupun masyhur, madrasah ini tidak bertaraf universiti (jamiah).  Sesudah habis belajar Nik Aziz kembali ke kampung "dengan berpakaian kemas, bertali leher dan berkasut kilat". Hampir seminggu beliau tidak dapat mandi apabila melihatkan air perigi yang begitu keruh." Kata ku lagi.

"Nah,  saya nak bagi pula fatwa Nik Aziz melawan perintah Tuhan.  Pertama,  pada muka surat 45, Nik Aziz berkata "Akidah adalah satu manifestasi atau konsekuensi daripada, iman" dan juga bahawa "rentetan daripada iman itu akan melahirkan suatu penyerahan diri kepada Allah secara total". Maksudnya, seseorang perlu beriman dulu sebelum dia boleh menyerah diri (Islam) kepada Allah, sebaliknya, ajaran Allah dan Rasul-Nya pula berbunyi demikian: "Orang Arab berkata, kami sudah beriman. Katakanlah, kamu belum beriman tetapi katakanlah kami sudah menyerah diri kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun amalanmu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang" (Surah 49:14)." Kata ku lagi.

"Kedua, tentang masalah kemiskinan di Kelantan, Nik Aziz berkata, kemiskinan tidak boleh dibasmi dan istilah 'membasmi kemiskinan’ adalah khayalan (muka 135).  Ini kerana kemiskinan "adalah ciptaan Tuhan yang mesti diterima oleh manusia".  Dalam Ucapan persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan, 23 April 1991, Datuk Nik Aziz Nik Mat, misalnya pernah berkata dalam ucapanya sebagai Menteri Besar: "Membasmi kemiskinan adalah satu perkara yang berada di luar kebolehan manusia kerana ia adalah ciptaan Tuhan yang mesti diterima oleh manusia. Kemiskinan tidak boleh dibasmi tetapi hanya boleh dikurangkan. Oleh itu istilah membasmi kemiskinan adalah khayalan", sebaliknya Allah telah menegaskan "Syaitan menjanjikan kamu kemiskinan dan menyuruh kamu pada kesumbangan, tetapi Allah menjanjikan kamu keampunan-Nya dan pemberian-Nya dan Allah Merangkumi, Mengetahui" (2: 268).  Oleh itu jelas di sini, Nik Aziz telah menjanjikan kemiskinan seperti janji syaitan." Kata ku sambil menghirup saki-baki kopi.

"Anehnya, tidak ada juga industri kain jubah, topi kopiah, atau industri serban tok guru yang dibangunkan oleh kerajaan PAS, malah, kain sejadah, kain jubah dan kopiah juga diimport dari Taiwan dan China. Tetapi, golongan-golongan penipu ini masih mengaku kononnya MEMBANGUN BERSAMA ISLAM walaupun kilang kain batik rakyat sendiri tertutup.  Mereka berpegang kepada falsafah songsang padang pasir yang sedikit sekali berkaitan dengan ajaran Allah dan Rasul-Nya."  Kata ku lagi.

"Ayat (3:112) Mereka itu ditimpa kehinaan di mana mereka berada, kecuali (mereka berpegang) dengan tali dari Allah dan tali (perdamaian) dari manusia; dan mereka itu kembali dengan mendapat kemurkaan dari Allah serta ditimpa kemiskinan. Demikian itu, kerana mereka kafir akan ayat-ayat Allah dan membunuh nabi-nabi tanpa kebenaran.  Demikian itu, sebab mereka itu derhaka dan melampaui batas." Kata ku lagi.

"Walapun Tuhan kata macam tu, tetapi orang bodoh berani pula berkata: "Kemiskinan adalah suatu fenomena atau sunnah alam yang kekal berjalan seiring dengan rentetan hidup setiap manusia" semata-mata untuk mengelak rakyat jelata daripada menyoalkan kegagalan mereka membasmi kemiskinan." Kata ku lagi.

"Adakah bencana kemiskinan yang menimpa penduduk Kelantan terhasil daripada kedaifan pemikiran Nik Aziz yang rela mendusta ayat Allah supaya lebih mudah membohongi orang mengenai kemiskinan dan bekerjasama dengan syaitan?" Tanya ku pada mereka.

Malangnya tiada hujah bantahan.

"Ketiga, Nik Aziz merakamkan keseronokan menggila PAS memenangi Kelantan pada 1990. Dia menyifatkan kemenangan itu hasil daripada "kerjasama antara malaikat di langit dengan para pengundi di bumi" sebaliknya, kejayaan PAS di Kelantan melalui pertolongan Tengku Razaleigh dan lebih daripada 250,000 ahli UMNO yang menyokong Tengku Razaleigh pada masa itu. Jadi malaikat PAS sebenarnya ialah Tengku Razaleigh dan lebih daripada 250,000 ahli UMNO". Kata ku lagi.

"Keempat, Nik Aziz pula mengatakan "Islam dan sistem politiknya tidak perlu bersandar atau bersaing dengan sebarang fahaman, ideologi atau isme-isme rekaan manusia." Ini satu lagi kes cakap tak serupa bikin oleh PAS sebab agama sosialisme anutan DAP sekarang bersuara dengan begitu lantang bahawa PAS tidak akan dibenarkan bertanding lebih daripada satu pertiga kerusi Parlimen supaya PAS tidak berpeluang menubuhkan kerajaan Islam." Kata ku.

"Demikianlah antara kandungan biografi Nik Aziz yang ditulis oleh seorang tukang bodek yang tanpa segan silu menulis dalam prakata biografi ini,  "Pengalaman dan dasawarsa masa tidak dapat membohongi diri saya bahawa beliau (Nik Aziz) sememangnya seorang personaliti yang menjadi idola setiap lapisan masyarakat...".  Tujuannya ialah untuk menjunjung Nik Aziz menjadi 'idola' atau berhala yang pemberi panduan bagi pengikutnya yang daif, dan sudah tentu biografi ini akan diletakkan di suatu tempat yang sangat tinggi, sila perhatikan firman Allah "Syaitan telah menguasai mereka, dan menjadikan mereka melupakan Peringatan Allah.  Mereka itu golongan syaitan; sesungguhnya golongan syaitan, merekalah orang-orang yang rugi!" (58:19)". Kata ku lagi.
Kucapai mencapai teko kopi, tuang dalam cawan. Semua mata tertumpu padaku.  Aku buat muka selamba.
"Tadi, nombor berapa?"  Tanya ku.
"Empat!" Jawap si Lebai.
"Kelima, setelah Nik Aziz dikritik hebat, dia telah mempertahankan dirinya disebuah stadium, antara hujahnya ialah: Dia ambil ayat 2:18, "Pekak, bisu, buta; maka mereka tidak akan kembali". (2) (2:65), "Dan sesungguhnya kamu mengetahui orang-orang antara kamu yang mencabuli Sabat, dan Kami berkata kepada mereka, "Jadilah kamu beruk, menyelinap dengan melarat." (3) (7:179) "Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai". (4) Masa di Hudaibiyyah. Hudair bin Warqa’ bercakap perkara yang paling tidak menyenangkan hati Rasulullah, dan tidak menyenangkan menteri-menteri Nabi termasuk Saidina Abu Bakar. Bila Saidina Abu Bakar mendengar perkataan-perkataan yang pelik keluar daripada Hudair, memperlekeh-lekehkan Islam sambil dia pegang janggut Nabi, lepas itu dia tolak dengan hulu pedang.  Lepas itu dia kata lagi perkataan-perkataan yang tidak menyenangkan.

Lalu Saidina Abu Bakar bangun dan berkata "unsus-bunzur-latt" di depan Nabi. ‘Unsus’ maknanya jilat, hisap olehmu. ‘Buzur’ maknanya kemaluan. ‘Latt’ nama bagi tuhan musyrik Quraisy.  Maknanya "hisap oleh mu kemaluan Latt".  Ini perkataan mencarut yang keluar dari mulut Saidina Abu Bakar di depan Nabi, dan Nabi tak berkata apa-apa. Nabi bagi peluang kepada Saidina Abu Bakar mencarut di depan dia sendiri. Nabi tak kata apa walaupun perkataan yang begitu sekali hina. Cerita ini ada dalam "Sirah Nabawiyyah" karangan Dr. Said Ramadhan Al Butti.  Apa yang boleh dihujahkan lagi, ayat 2:18, 2:65 dan 7:129 tidak ada perkataan mencarut dan cabul sama sekali. Cuba guna akal kita yang waras untuk menghakim hujah Nik Aziz." Kata ku panjang.
"Aku pun tak nampak mencarut di sini" kata si Lebai pada Pak Rashid.
"Lebai, apa yang pasti Quran itu bahasanya indah, sebagai contoh, seperti ayat 5:6. … atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu menyentuh perempuan …, lihat perkataan "menyentuh", begitu indah sebagai ganti ‘bersetubuh’.” Kata ku lagi.
"Habis macam mana kamu nak komen hadis tadi?" Tanya sang Ustaz.
"Ustaz, masa di Hudaibiyyah, kalaulah benar Saidina Abu Bakar bersikap demikian, maka dia bukan orang yang bertakwa, seperti ayat 49:3. "Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suara mereka di sisi rasul Allah, mereka itulah orang-orang yang hatinya Allah uji untuk takwa (takut kepada Tuhan); bagi mereka, keampunan dan upah yang besar", dan kalau benar Nabi diam tanda bersetuju dengan Syaidina Abu Bakar maka, 49:7. "Dan ketahuilah bahawa rasul Allah adalah di kalangan kamu. Jika dia mentaati kamu dalam kebanyakan urusan, kamu akan menderita; tetapi Allah menjadikan cinta pada keimanan kepada kamu, menampakkannya indah di dalam hati kamu, dan Dia menjadikan kamu benci pada ketidakpercayaan (kekafiran), dan kefasiqan, dan keingkaran.  Mereka itu, merekalah yang berfikiran waras." Jawab ku.
"Nampak tak, Allah kata kalau Nabi ikut emosi Abu Bakar dengan memaki hamun, kamu akan menderita. Apa yang pasti 68:4. "Sesungguhnya kamu (Muhammad) adalah di atas budi pekerti yang besar". Saya rasa Nik Aziz percaya pada cerita karut marut." Kata ku ringkas.
"Yang keemam ialah kenyataan Nik Aziz yang termuat dalam akhbar rasmi Pas keluaran 16-31 Ogos 2001, semasa menyampaikan ceramah sempena Jubli Emas Pas peringkat Negeri Selangor di Taman Melewar pada 29 Jun 2001, dia kata, bahawa di Semenanjung Tanah Melayu dulu, alim ulama kita telah menyemaikan benih Islam tahun 1951 dengan menubuh Pas pada tahun itu. (Fikrah Harakah, 16-31, muka 3, para 2). Nak kata merapu pun boleh, nak kata gila pun boleh, adakah dia ingat benih Islam hanya baru disemai oleh ulama Pas ketika mereka menubuh Pas pada tahun 1951 dan ini kerana kita semua mengetahui bahawa benih Islam mula disemai di Malaysia melalui saudagar Arab, Parsi dan India sejak dari kurun yang ke 13 lagi dan satu lagi adakah beliau tidak mahu mengiktiraf dan tidak mengenangkan jasa ulama yang telah menjadi guru beliau dan sebaliknya hanya mengiktiraf jasa ulama yang menubuhkan Pas pada tahun 1951 saja?" Kata ku.

"Yang ketujuh Nik Aziz telah berkata pada 23 Januari 1999: ”Jika DAP ikhlas nak tolong Pas, saya terima. Usahlah DAP, syaitan pun boleh saya terima. Pada Februari 1999 pula Nik Aziz mengulangkan sekali lagi bahawa beliau sanggup berkawan dengan syaitan.

Nik Aziz berkata: ``...Dan bersungguhnya ambo baru ni, ambo kata kita akan terima siapa dia nak sokong kita hatta syaitan sekalipun. Bila ambo kata lagu ni, ada seorang. Hai! Dia kata kecek ni cermat sikit kan jadi rosak akidah. Orang hok kecek ni orang Kelantan juga. Baru jadi timbalan menteri. Dianya hok parti rosak akidah, dia beringat kita takut rosak akidah.'' (Ceramah Nik Aziz di Kota Bharu pada Februari 1999).

Ini kerana beliau sendiri ketika dapat menguasai Kelantan dalam pilihan raya umum tahun 1990 mendakwa Pas mendapat pertolongan malaikat, tetapi dalam pilihan raya umum tahun 1997 dia sanggup pula bekerjasama dengan syaitan untuk mendapat kemenangan dan memerintah Malaysia." Kata ku lagi.
Tiba-tiba Wak Seman tersenyum.
"Wak, Mungkin untuk tujuan mendapatkan simpati orang ramai, Nik Aziz telah meminjam lidah syaitan untuk berucap demikian. Dengan itu beliau sanggup berbohong dan berdusta seperti sentiasa dilakukan oleh syaitan dan suku sakatnya." Kata ku lagi.  "Wak, yang lebih gila ni, Dalam ceramah yang sama (Februari 1999) Nik Aziz mendakwa mengucap Ahad, Ahad, Ahad iaitu Tuhan satu, Tuhan satu, Tuhan satu itu adalah sama dengan menyebut Pas, Pas, Pas – hok, itu baru hujah yang kesembilan." Kata ku.
"Ok, lah, yang kesepuluh pulak, ketika dia menyampaikan ceramah di Kampung Delima, Wakaf Bharu, Tumpat pada 14 September 1999 Nik Aziz berkata, masuk Islam itu bererti masuk Pas, malah Tok Guru ini juga sering mendakwa dalam beberapa ceramah pada masa lalu bahawa mengundi UMNO haram tetapi mengundi Pas halal, menentang UMNO atau kerajaannya halal tetapi menentang Pas dan kerajaan haram dan macam-macam karut-marut lagi." Kata ku.
"Akhir sekali yang kesebelas, dia mengeluarkan hukum dengan mendakwa bahawa jika seseorang itu mati kerana melawan UMNO maka matinya adalah syahid. Fatwa ini terbit dari ceramah Hadi Awang pada 7 April 1983 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Ucapan ini telah dicetak dan disebarkan dalam kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kemumin dan Dewan Undangan Negeri Selising, Kelantan pada September 1983. Menurut Ustaz Omar Khalid, seorang bekas pemimpin PAS, katanya: Dia sendiri pernah mendengar Nik Aziz ada berkata: Jika melawan UMNO, tiba-tiba mati, maka matinya itu dikira syahid." Kata ku lagi.
"Brahim, hang ragut sekali nama Tuan Guru Hadi Awang?" Tanya sang Ustaz, tidak senang dengan kata-kata ku.
"Apa nak buat, pukat Tarik." Kata ku sambil menoleh pada Pak Rashid.
"Apa pula salah dia?" Tanya Wak Seman.
"Wak nak tahu, di antara fatwa-fatwa Hadi Awang pula, pertama, berkelahi dengan penyokong BN adalah diharuskan.  Fatwa ini dibuat oleh Hadi Awang dalam ceramahnya secara terbuka pada 24 September 1983 di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu.  Dia berhujah dengan ayat 2:251. "Dan mereka mengalahkan mereka, dengan izin Allah, dan Daud membunuh Jalut; dan Allah memberinya kerajaan dan kebijaksanaan, dan Dia mengajarnya apa yang Dia mengkehendaki. Sekiranya Allah tidak mengusir manusia, sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain, tentu rosaklah bumi,  tetapi Allah mempunyai pemberian kepada semua alam.  Kedua, dalam "Amanat Hadi", membawa kepada peristiwa berdarah di Memali, Baling, Kedah pada 19 November 1985, seramai 18 orang termasuk Ibrahim Libya telah terkorban kerana terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang yang mengkafirkan UMNO.  Amanat Hadi Awang telah melahirkan golongan pelampau agama yang berperwatakan seperti taksub kepada pemimpin mereka, keras kepala, keras hati, degil, bertindak keras tidak bertempat, bersikap kasar dan agressif terhadap orang lain, jahat sangka terhadap orang lain, gemar menabur fitnah dan mengkafir sesama Islam."
"Ketiga, Haji Hadi juga dalam ucapannya pada 7 April 1981 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu telah menegaskan: "Kita tidak payah menukar agama. Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku."
"Keempat, sandiwara hudud PAS ialah kenyataan Abdul Hadi Awang sebagaimana dilaporkan dalam Utusan Malaysia 7 Mac 2000 iaitu "hukum hudud adalah salah satu aspek daripada 0.0001 hukum Allah". Mengapakah sebelum Abdul Hadi memerintah Terengganu, UMNO dihukum tidak Islamik atau kafir kerana tidak melaksanakan hudud yang dianggap begitu besar? Sekarang apabila sudah mendapat kuasa, hudud yang dianggap begitu besar dahulu telah berubah menjadi begitu kecil untuk PAS sehingga nilainya 1/10,000 (satu persepuluh ribu) daripada hukum Islam?"
Kata ku lagi, "Wak, saya bacakan kepada Wak, Amanat Haji Hadi Awang "Saudara-saudara sekelian, percayalah! Kita menetang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN, bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyyah.  Oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati dalam Islam.  Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku." Kata ku lagi.
Semua terdiam seketika, menghadam fakta-fakta yang aku utarakan kepada mereka. Suasana semakin sunyi. Malam semakin menganjak ke larut malam.  Aku teruskan hujah ku tanpa mempedulikan asap rokok yang mengitari ku, seakan mau melindungi aku dari serangan nyamuk yang banyak di sekeliling warung itu.  "Sebenarnya ada banyak ulamak PAS yang suka buat fatwa seperti, sesiapa yang menentang PAS dia menentang Islam kerana Islam itu PAS dan PAS itu Islam. Fatwa ini bermula dari risalah kecil tulisan Almarhum Khaidir Khatib yang disebarkan menjelang pilihanraya umum 1969. Sehingga hari ini fatwa ini berjalan sebara berterusan. Kempen-kempen setiap kali menjelang pilihanraya pensyarah-pensyarah PAS mendakwa bahwa parti PAS sahaja yang memperjuangkan Islam. Fatwa ini secara sedara atau tidak sedar telah menguasai pemikiran rakyat, termasuk golongan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi dan kakitangan kerajaan. Timbul perasaan berdosa jika tidak menyokong PAS, dan fatwa-fatwa sampingan seperti tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO, diharamkan makan daging binatang ternakan yang disembelih orang UMNO, tidak boleh belajar dan mendengar kuliah-kuliah dari guru-guru dan ustaz UMNO dan tidak sah akad nikah dengan imam yang dilantik oleh Majlis Agama dibawah kerajaan UMNO." Kata ku jujur.
"Semua ulamak bagi hang ni semuanya penipu, betulkan Brahim?" Sindir sang Ustaz.
Aku tergelak kecil, sambil mencapai cawan kopi. Kuhirup lagi kopi yang dah suam itu.  Kemudian aku memandang mereka semua, kemudian kembali ke wajah Ustaz.  "Banyak ulamak penipu, Ustaz!”
"Sebagai permulaan, Allah kata celaka, maka tempat pulangannya juga celakalah, dan kekal terus di dalamnya.  Kita sudah tertipu dengan fahaman masuk Neraka Jahanam sekejap, lepas kena azab, kita akan masuk pula syurga. Sebenarnya Ustaz, kalau dah masuk Neraka Jahanam itu, maka terpaksalah tinggal di dalamnya buat selama-lamanya, macam Yahudi dan Nasrani berkata yang mereka juga akan masuk neraka, tetapi hanyalah untuk beberapa hari sahaja." Kata ku lagi.
"Kamu ni merepek benarlah Brahim." Ustaz Harun membantah sakan.
"Baiklah, Ustaz. Lihat 4:169. Kecuali jalan ke Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya dan selamanya, dan itu bagi Allah adalah mudah.  9:63. Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa menentang Allah dan rasul-Nya, maka baginya api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya? Itulah kerendahan yang besar. 9:68. Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki, dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang yang tidak percaya, dengan api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya. Cukuplah itu bagi mereka; Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka, azab yang kekal. 16:29. Maka masuklah pintu-pintu Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya." Buruknya tempat tinggal orang-orang yang sombong! 43:74. Tetapi orang-orang yang berdosa akan tinggal selama-lamanya di dalam azab Jahanam. 72:23. Melainkan satu Penyampaian daripada Allah, dan Mesej-Mesej-Nya. Dan sesiapa mengingkari Allah dan rasul-Nya, baginya api Jahanam; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya, dan selamanya.  98:6. Orang-orang yang tidak percaya daripada ahli Kitab, dan orang-orang yang menyekutukan berada di dalam api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya; mereka itulah seburuk-buruk makhluk.
Ustaz Harun, terdiam lama. Wajahnya berkerut memikirkan hujahku.
"Cukup setakat itulah Ustaz, Allah telah berfirman kalau masuk Jahanam maka ia akan tinggal kekal didalamnya buat selama-lamanya. Sah, kita sudah kena tipu dek fatwa jahat ulamak-ulamak,  yang memutarbelitkan ayat-ayat Allah. Allah kata kekal, mereka kata sebentar saja. Haruskah kita dengar mereka yang telah menobat diri mereka sendiri sebagai Ustaz, Tok Guru, Tuan Guru, Kiai atau Ulamak." Kata ku selamba.
Tiba-tiba yang tadi agresif tadi telah mulai diam. Tunduk, seperti sedang memikirkan sesuatu. Aku pasti otak mereka sedang mula bekerja setelah sekian lama disejuk-bekukan, dikongkong, dijajah, diperkuda dan diperkotak-katikan oleh sekutu-sekutu Tuhan.  Aku pasti, otak mereka telah mendapat oksigen baru atau setidak-tidaknya minyak pelincir sentatik.
"Itulah namanya Ijtihad para ulamak. Kalau ijtihad mereka betul mereka mendapat dua pahala, kalau tidak betul, mereka mendapat satu pahala." Ustaz Harun mula mencabar, kembali bersemangat setelah terdiam seketika.
"Baiklah saya akan buktikan, Ijtihad ulamak-ulamak besar itu sonsang. Mereka lebih faham dan taat Bible dari Quran. Di masa yang sama Ustaz cuba jelaskan ‘betul dapat dua pahala, salah dapat satu pahala’, bolehkan Ustaz?" Ujar ku.


ZINA

“Dalam 24:2. Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan daripada orang-orang mukmin mempersaksikan azab mereka."  Ustaz setuju dengan ayat Quran ini?" Tanya ku.
"Ya, kalau belum kawin seratus sebatan, jika sudah berkahwin maka direjam kedua-duanya sehingga mati di pasar atau tempat laluan awam." Kata Ustaz Harun dengan selamba.  "Mengikut hadis Bukhari 8:82:816.  Saydina `Umar R.A. pernah bersumpah bahawa ayat rejam asalnya wujud dalam Al-Quran sebelum ianya dimansukhkan bacaan tetapi kekal hukumnya. Ayat itu bermaksud: "Lelaki dan perempuan dewasa (muhsan/berkahwin) apabila berzina maka rejamlah kedua-duanya sekaligus sebagai balasan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". `Umar mengatakan, "Kami telah membaca dan kami telah memahaminya, Rasulullah S.A.W. merejam dan kami pun merejam selepasnya. Aku bimbang selepas berlalunya suatu tempoh masa, ada manusia yang berkata `kami tidak dapati hukum rejam dalam kitab Allah', maka mereka sesat kerana meninggalkan satu kewajipan yang diturunkan Allah dalam kitab-Nya. Demi Allah, sekiranya aku tidak khuatir manusia akan menuduh `Umar menambah sesuatu dalam kitab Allah, nescaya aku akan tulis semula ayat rejam itu." Sumpah `Umar ini diriwayatkan dengan sanad paling sahih oleh Ashab Al-Sittah (imam-imam yang merakam enam kitab hadis terkemuka)."
Aku tersenyum kecil lalu aku mengeluarkan Bible dari dalam beg galasku. Tiba-tiba semua muka berubah.  Hati kecil ku cuba menyelam bisikan-bisikan hati mereka.
"Ini buku orang Kristian!" Suara garau Pak Rashid memecah keheningan malam. "Mana boleh baca, berdosa. Haram!"
"Memang benar Pak Rashid, tidak membaca Bible, walau bagaimanapun, ingin saya menjelaskan disini bahawa Pak Rashid dan orang kampung kita sangat akur pada hukum Bible hingga mereka sanggup bermati-matian mempertahankan hukuman-hukuman tersebut." Jelas ku lagi.
"Hang dah sewel mamat, mana ada aku ikut Bible?" Pak Rashid mulai serius.
Semua bebola mata hampir tersembul keluar. Dahi mereka berkerut. Entah apa yang mereka fikirkan. Hanya Allah Maha Mengetahui.
"Sebelum saya buka Bible ini, sekali lagi saya nak tanya, perlukah kita merejam orang yang berzina seperti saranan Ustaz Harun tadi?" Aku bertanya.
"Mestilah setuju seratus peratus setuju. Itulah menifesto parti kami dan enekman yang bakal kami laksanakan di kampung ini." Ustaz Harun mula berceramah politik.
Aku terus membaca RSV - Deut 22: 21~24. “21 then they shall bring out the young woman to the door of her father's house, and the men of her city shall stone her to death with stones, because she has wrought folly in Israel by playing the harlot in her father's house; so you shall purge the evil from the midst of you. 22 "If a man is found lying with the wife of another man, both of them shall die, the man who lay with the woman, and the woman; so you shall purge the evil from Israel. 23 "If there is a betrothed virgin, and a man meets her in the city and lies with her, 24 then you shall bring them both out to the gate of that city, and you shall stone them to death with stones, the young woman because she did not cry for help though she was in the city, and the man because he violated his neighbor's wife; so you shall purge the evil from the midst of you.”
"Ustaz nak ikut Hudud yang mana? Hudud Quran 24:2 dengan 100 sebatan atau Hudud Bible iaitu dengan merejam penzina dengan batu sampai mati?" Tanya ku lagi.
Aku membaca pula ayat 4:25. "Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki; Allah sangat mengetahui mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan berilah mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau mengambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka telah dinikahi dan jika mereka melakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang menakuti dosa zina; dan lebih baik bagi kamu jika kamu bersabar. Allah Pengampun, Pengasih".
"Bagaimana pula Ustaz nak separuhkan "hukum rejam sampai mati"? Cukup dengan rejam sampai kepala pecah setengah atau sampai sebelah mata tersembul keluar? Cuba Ustaz jelaskan?" Aku minta penjelasan.
Melihat Ustaz Harun terdiam lama, aku memberi cadangan "Bagi saya mudah sahaja Ustaz, saya akan separuhkan dari seratus sebatan tersebut dan hasilnya ialah lima puluh sebatan." Kata ku ringkas. "Nah, kalau mengikut Hadis dari Omar tadi, Qur’an sudah tidak lengkap, tidak terpelihara dan cacat. Betul tak?" Aku bertanya. Namun, tidak ada jawapan yang ku terima.
"Isk, isk….. logik juga hujah kamu Brahim." Wak Seman mula nampak yakin.
"Tak teringin saya nak berbohong pun, hadith Ibn Maja 36/144 dan Ibn Hanbal 3/61;5/131, 132, 183;6/269 menceritakan bahawa bahagian ayat Quran tentang rejam itu sebenarnya ada tetapi telah dimakan dek kambing. Saya pun hairan kerana hadis itu bercanggah sama sekali dengan janji Tuhan 15:9. "Kamilah yang menurunkan Peringatan, dan Kamilah yang menjaganya." Kata ku lagi.
"Adakah kambing, iskkk, kambing makan Quran, tak logik, tak logik". Kata Lebai Ngah, menggeleng-geleng kepalanya. 
"Itulah hadis yang di dakwa sebagai pelengkap Qur’an." Sindir ku pada Ustaz Harun.



AQIDAH

"Konsep Aqiqah tidak ada dalam Quran. Konsep Aqidah ada hanya dalam Bible Hebrew. Mengikut kamus The Oxford Companion to the Bible mukasurat 43 menyatakan bahawa "Aqedah: The Hebrew word for Binding and the common designation for Genesis 22:1 ~19. in which God tests Abraham by commanding that he sacrifice his sons Isaac. Abraham "binds" Isaac - verse 9". Aku berkata lagi.

The New Testament refers to the Aqedah not as example of a redemptive sacrificial death but rather as an example of faith.

01 After these things God tested Abraham, and said to him, "Abraham!" And he said, "Here am I."

02 He said, "Take your son, your only son Isaac, whom you love, and go to the land of Mori'ah, and offer him there as a burnt offering upon one of the mountains of which I shall tell you."

03 So Abraham rose early in the morning, saddled his ass, and took two of his young men with him, and his son Isaac; and he cut the wood for the burnt offering, and arose and went to the place of which God had told him.

04 On the third day Abraham lifted up his eyes and saw the place afar off.

05 Then Abraham said to his young men, "Stay here with the ass; I and the lad will go yonder and worship, and come again to you."

06 And Abraham took the wood of the burnt offering, and laid it on Isaac his son; and he took in his hand the fire and the knife. So they went both of them together.

07 And Isaac said to his father Abraham, "My father!" And he said, "Here am I, my son." He said, "Behold, the fire and the wood; but where is the lamb for a burnt offering?"

08 Abraham said, "God will provide himself the lamb for a burnt offering, my son." So they went both of them together.

09 When they came to the place of which God had told him, Abraham built an altar there, and laid the wood in order, and bound Isaac his son, and laid him on the altar, upon the wood.

10 Then Abraham put forth his hand, and took the knife to slay his son.

11 But the angel of the LORD called to him from heaven, and said, "Abraham, Abraham!" And he said, "Here am I."

12 He said, "Do not lay your hand on the lad or do anything to him; for now I know that you fear God, seeing you have not withheld your son, your only son, from me."

13 And Abraham lifted up his eyes and looked, and behold, behind him was a ram, caught in a thicket by his horns; and Abraham went and took the ram, and offered it up as a burnt offering instead of his son.

14 So Abraham called the name of that place The LORD will provide; as it is said to this day, "On the mount of the LORD it shall be provided."

15 And the angel of the LORD called to Abraham a second time from heaven,

16 and said, "By myself I have sworn, says the LORD, because you have done this, and have not withheld your son, your only son,

17 I will indeed bless you, and I will multiply your descendants as the stars of heaven and as the sand which is on the seashore. And your descendants shall possess the gate of their enemies,

18 and by your descendants shall all the nations of the earth bless themselves, because you have obeyed my voice."

19 So Abraham returned to his young men, and they arose and went together to Beer-sheba; and Abraham dwelt at Beer-sheba.

"Nah, seterusnya mari pula kita tengok ayat-ayat Bible yang berikut". Pintaku lagi.

Heb 11:17 By faith Abraham, when he was tested, offered up Isaac, and he who had received the promises was ready to offer up his only son,

Rom 4:16 That is why it depends on faith, in order that the promise may rest on grace and be guaranteed to all his descendants--not only to the adherents of the law but also to those who share the faith of Abraham, for he is the father of us all,

The Oxford Companion to the Bible juga menyatakan bahawa "From antiquity the Aqedah has been portrayed in the arts, for example ait appears on a wall painting of the third century CE Synagogue at Dura-Europos and on a floor mosaic of the sixth century Synagogue at Beth-Alpha".

"Ustaz, seperti yang saya kata, dalam Quran tidak ada perkataan dan konsep Aqedah, yang ada hanyalah perkataan serta konsep "Iman", jadi nak ikut yang mana, Quran dengan "Iman" atau Bible dengan " Aqedah"?” Tanya ku lagi.
Semua yang ada tiba-tiba mati kutu, mereke membaca Bible, sambil mengangguk-anguk.




MURTAD

"Murtad, kena bunuh, itu yang agenda parti tuan-tuan memperjuangkan. Betul tak?" Tanya ku lagi. Masing-masing takut bersuara, cuma Ustaz sahaja berani mengangguk tanda setuju.
"Bagaimana untuk menghukum si murtad?"Tanyaku lagi.
"Rejam!" Jawap Ustaz sepatah, tegas. "Mengikut Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 - Kerajaan Negeri Kelantan", (3) Sesiapa yang disabitkan melakukan kesalahan irtidad (murtad), hendaklah sebelum dijatuhkan hukuman ke atasnya dikehendaki oleh Mahkamah supaya bertaubat dalam tempoh yang tidak kurang daripada tiga hari setelah dia didapati salah.  (4) Sekiranya dia enggan bertaubat dan masih lagi berterusan dengan pendiriannya terhadap perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan itu, maka Mahkamah hendaklah mengisytiharkan hukuman bunuh ke atasnya dan memerintahkan supaya hartanya sama ada diperolehi sebelum atau selepas dia melakukan kesalahan itu dirampas untuk dipegang bagi keperluan Baitul-Mal:" (Bahagian I, perenggan 23)". Sang Ustaz cuba berceramah tentang draf hudud partinya.

"Ini merupakan satu lagi hukuman yang dipelajari daripada seorang ulama jahiliah yang bernama Uzair. Puak-puak Yahudi memanggil dia "anak Tuhan" (9:30) yang hidup kira-kira 2,000 tahun sebelum al-Quran diturunkan. Apapun, hukuman ini adalah hukuman jahiliah, dan Tuhan telah bertanya "Adakah putusan jahiliah yang mereka menginginkan? Dan siapakah yang lebih baik putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?" (5:50).  Si Uzair, ini memandai-mandai membuat hukum agama. Allah sendiri berfirman bahawa Dia sendiri akan menghukum orang murtad seperti yang tersurat di dalam firman-Nya yang bermaksud "Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itulah pemberian Allah; Dia memberinya kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui" (5:54)".  Kata ku lagi.
"Ayat 2:256. Tidak ada paksaan dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa yang tidak percaya kepada Thagut, dan mempercayai Allah, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui". Kata ku lagi.  Ayat 10:99. Dan sekiranya Pemelihara kamu mengkehendaki, sesiapa yang di bumi tentu percaya, kesemua mereka, kesemuanya. Adakah kamu akan memaksa manusia sehingga mereka menjadi orang-orang mukmin (yang mempercayai)?". Kata ku lagi.
“Ayat 4:137. Orang-orang yang percaya, kemudian tidak percaya, kemudian percaya, kemudian tidak percaya, kemudian bertambah dalam ketidakpercayaan (kekafiran), Allah tidak akan mengampuni mereka, dan tidak juga memberi petunjuk kepada mereka pada sebarang jalan". Kata ku lagi.
"Kalau dah rejam sampai mati, ayat Tuhan 4:137 tidak mungkin terlaksana, kerana orang itu dah mati, mustahilkan, jadi sekali lagi terbukti yang Quran ini mempunyai cacat cela!" Kata ku lagi."Nah, kalau dia dihukum mati, bagaimana nak jalankan seruan Tuhan supaya dia diuruskan dengan bijaksana, tegur mereka dengan baik dan berdebat dengan mereka dengan cara yang lebih baik, adalah mustahil nak nasihatkan orang dah mati, betul tak? Cuba lihat ayat 16:125. "Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat mengetahui orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk". Kata ku lagi. "Sekarang cuba lihat pula apa yang Bible sarankan, seperti ayat Deut 17:1~5".

1 "You shall not sacrifice to the LORD your God an ox or a sheep in which is a blemish, any defect whatever; for that is an abomination to the LORD your God.

2 "If there is found among you, within any of your towns which the LORD your God gives you, a man or woman who does what is evil in the sight of the LORD your God, in transgressing his covenant,

3 and has gone and served other gods and worshiped them, or the sun or the moon or any of the host of heaven, which I have forbidden,

4 and it is told you and you hear of it; then you shall inquire diligently, and if it is true and certain that such an abominable thing has been done in Israel,

5 then you shall bring forth to your gates that man or woman who has done this evil thing, and you shall stone that man or woman to death with stones.

"Deut 13:6~10 ada juga seterusnya menceritakan akan bab Murtad." Kata ku lagi.

6 "If your brother, the son of your mother, or your son, or your daughter, or the wife of your bosom, or your friend who is as your own soul, entices you secretly, saying, 'Let us go and serve other gods,' which neither you nor your fathers have known,

7 some of the gods of the peoples that are round about you, whether near you or far off from you, from the one end of the earth to the other,

8 you shall not yield to him or listen to him, nor shall your eye pity him, nor shall you spare him, nor shall you conceal him;

9 but you shall kill him; your hand shall be first against him to put him to death, and afterwards the hand of all the people.

10 You shall stone him to death with stones, because he sought to draw you away from the LORD your God, who brought you out of the land of Egypt, out of the house of bondage.
"Wah, rasa-rasanya parti ini taat sungguh pada hukum-hukum Bible. Parti Kristian ke ni?" Tanya ku sambil menoleh kepada Ustaz Harun. “Dalam 2:217. ....... Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah orang-orang Api; di dalamya mereka tinggal selama-lamanya. 47:25. Orang-orang yang kembali (murtad) ke belakang mereka setelah petunjuk menjadi jelas bagi mereka, syaitanlah yang menghasut mereka, dan memanjangkan angan-angan mereka. Jangan takut, Allah sendiri dah bagi gerenti, tapi kalau tak percaya pada yang ghaib, susahlah hendak percaya ayat 5:54. "Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itulah pemberian Allah; Dia memberinya kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui". Kata ku.
"Betul juga, yang mana lebih baik, seratus orang Islam yang beriman atau dua ratus orang yang hanya mengaku dirinya Islam, itu pun akibat terpaksa?” Sampuk Lebai Ngah.
"Kekadang saya terfikir juga, adakah kekuasaan Allah itu begitu terbatas sehingga manusia terpaksa menjaga agamaNya bagi pihak diriNya?" Aku berhujah.  "Quran, ada menceritakan perihal pemuda-pemuda mukmin pengikut Nabi Isa lari dari penganiayaan pihak berkuasa Kristian yang sudah menyeleweng dan bersembunyi dalam sebuah gua, mereka ini akan direjam sampai mati atau dipaksa menukar agama mereka, jika mereka tertangkap (18:20), dan satu lagi cerita perihal Nabi Ibrahim. Bila beliau merosakkan patung-patung kaumnya, beliau hendak dihukum bakar oleh kaumnya, tetapi Tuhan telah menyelamatkan beliau daripada api itu. (21: 68-69), apa yang saya nak hujahkan di sini ialah hukum rejam dan bakar adalah hukuman orang kafir zaman jahiliah."
"Jadi, siapa pula yang memandai-mandai yang mengambil hukuman rejam ni?" Lebai Ngah bertanya. "Ahli-ahli hukum yang muncul setelah Imam Shafie (150-204 Hijrah), yang bertanggungjawab menjadikan Sunnah Nabi sebagai sumber hukum setaraf dengan Quran, mereka juga bersandar semata-mata kepada sebuah hadis riwayat Bukhari yang menyatakan: ''Barangsiapa yang murtad, bunuhlah dia'', lantas kita mempunyai satu pilihan – ikut hukum Allah atau ikut hukum ulamak.”  Kataku lagi.
"Sebelum buat pilihan tu silalah semak ayat 5:50."Adakah putusan jahiliah yang mereka menginginkan? Dan siapakah yang lebih baik putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?" Kata ku lagi.  “Begitu juga perempuan baru bersalin, kotornya ( tempoh berpantang ) hingga ke empat puluh hari."


…. BERSAMBUNG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!