Sabtu, 28 Mei 2016

Q.S. ORANG-ORANG ROM / AR-RUM ???

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

30:1. Alif Lam Mim.

30:2. Orang-orang Rom dikalahkan,

30:3. Di bumi yang dekat; dan, setelah kekalahan mereka, mereka akan mengalahkan,

30:4. Dalam beberapa tahun. Bagi Allah adalah Perintah, sebelum dan sesudah, dan pada hari itu, orang-orang mukmin gembira,

30:5. Dengan pertolongan Allah; Allah tolong sesiapa Dia hendaki; dan Dia Yang Perkasa, Yang Pengasih.

30:6. Janji Allah! Allah tidak mungkiri janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

30:7. Mereka tahu bahagian yang lahir daripada kehidupan dunia, tetapi terhadap akhirat, mereka lalai.

30:8. Apa, tidakkah mereka fikirkan di dalam diri-diri mereka? Allah tidak ciptakan langit dan bumi, dan apa yang di antaranya, melainkan dengan yang benar, dan satu tempoh yang telah dinyatakan; namun begitu, kebanyakan manusia tidak percaya kepada pertemuan dengan Pemelihara mereka.

30:9. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Mereka lebih kuat daripada mereka dalam kekuatan, dan mereka membajak bumi dan memakmurkannya dengan lebih banyak daripada apa yang mereka sendiri makmurkan; dan Rasul-Rasul mereka datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; dan Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka zalimkan.

30:10. Kemudian, kesudahan orang-orang yang buat jahat ialah kejahatan, kerana mereka dustakan ayat-ayat Allah, dan memperolok-olokkannya.

30:11. Allah memulakan ciptaan, kemudian kembalikannya semula, kemudian kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

30:12. Pada hari apabila Saat datang, orang-orang yang berdosa berputus asa.

30:13. Mereka tidak akan ada pengantara-pengantara di kalangan sekutu-sekutu mereka, dan mereka tidak percaya kepada sekutu-sekutu mereka.

30:14. Pada hari apabila Saat datang, pada hari itu, mereka berpecah belah.

30:15. Bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , mereka berjalan dengan gembira di padang yang cukup pengairannya.

30:16. Tetapi bagi orang-orang tidak percaya, dan dustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan di akhirat, mereka dihadapkan ke dalam azab.

30:17. Maka Allah disanjung, waktu kamu berpetang, dan waktu kamu berpagi.

30:18. Bagi-Nya segala puji di langit dan di bumi, pada waktu petang dan waktu zuhur kamu.

30:19. Dia keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan keluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Dia hidupkan bumi setelah ia mati; begitulah kamu akan dikeluarkan.

30:20. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia cipta kamu daripada tanah; kemudian tiba-tiba, kamu jadi manusia, bertaburan di merata-rata.

30:21. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia ciptakan untuk kamu, daripada diri-diri kamu sendiri, isteri-isteri, supaya kamu berehat pada mereka, dan Dia adakan antara kamu, cinta dan pengasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

30:22. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah ciptaan langit dan bumi, dan perbezaan dalam lidah (bahasa) kamu, dan warna. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang tahu.

30:23. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah tidur kamu pada waktu malam dan siang hari, dan kamu inginkan sebahagian daripada pemberian-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mendengar.

30:24. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah Dia perlihatkan kepada kamu kilat, untuk ketakutan dan harapan, dan Dia turunkan dari langit air, dan Dia hidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang faham.

30:25. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa langit dan bumi berdiri dengan perintah-Nya; kemudian, apabila Dia seru kamu dengan satu seruan, kamu seketika itu, dari bumi, kamu keluar.

30:26. Dan kepunyaan-Nya sesiapa di langit dan di bumi; semua patuh kepada-Nya.

30:27. Dan Dia yang mulakan ciptaan, kemudian kembalikannya semula, dan hal itu amat mudah bagi-Nya. Bagi-Nya persamaan yang tertinggi di langit dan bumi; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

30:28. Dia buatkan untuk kamu persamaan daripada diri-diri kamu sendiri: adakah bagi kamu, antara yang tangan-tangan kanan kamu miliki, sekutu-sekutu, dalam apa yang Kami rezekikan kamu, supaya kamu jadi sama padanya, dengan kamu takuti mereka seperti kamu takut pada diri-diri (sesama) kamu sendiri? Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang faham.

30:29. Tidak, tetapi orang-orang buat kezaliman ikut keinginan mereka, tanpa pengetahuan; maka siapakah yang akan beri petunjuk kepada orang yang Allah sesatkan? Mereka tidak ada penolong-penolong.

30:30. Maka tegakkanlah wajah kamu kepada agama, seorang yang lurus - keaslian Allah yang dengannya memulakan manusia. Tidak ada pertukaran dalam ciptaan Allah. Itu agama yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

30:31. Berkesesalanlah kepada-Nya. Dan kamu takutilah Dia, dan lakukan solat, dan janganlah jadi daripada orang-orang yang sekutukan,

30:32. Daripada orang-orang yang pecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa di sisi mereka.

30:33. Apabila mudarat sentuh manusia, mereka seru Pemelihara mereka dengan berkesesalan kepada-Nya; kemudian, apabila Dia rasakan kepada mereka pengasihan daripada-Nya, tiba-tiba segolongan daripada mereka sekutukan Pemelihara mereka,

30:34. Supaya mereka tidak berterima kasih (kafir) pada apa yang kami beri mereka. "Gembiralah kamu; sesungguhnya kamu pasti akan tahu."

30:35. Atau, adakah Kami telah turunkan sebarang kuasa kepada mereka, lalu ia kata apa yang mereka sekutukan dengan-Nya?

30:36. Dan apabila Kami merasakan kepada manusia pengasihan, mereka gembira dengannya; tetapi jika keburukan menimpa mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka sendiri dahulukan, tiba-tiba mereka berputus asa.

30:37. Tidakkah mereka lihat bahawa Allah menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa Dia hendaki? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang percayai.

30:38. Maka berikan sanak saudara haknya, dan orang miskin, dan musafir; itulah lebih baik bagi orang-orang yang hendak Wajah Allah; mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.

30:39. Dan apa yang kamu beri dalam riba, supaya ia menambahkan harta manusia, ia tidak bertambah di sisi Allah; tetapi apa yang kamu beri dalam zakat, dengan hendakkan wajah Allah, maka itulah yang melipatgandakan.

30:40. Allah ialah Dia yang cipta kamu, kemudian Dia rezekikan kamu, kemudian Dia matikan kamu, kemudian Dia hidupkan kamu; adakah daripada sekutu-sekutu kamu yang buat sesuatu daripada yang demikian itu? Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan!

30:41. Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri usahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa mereka buat, supaya mereka kembali.

30:42. Katakanlah, "Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka; kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang yang sekutukan."

30:43. Maka tegakkanlah muka kamu kepada agama yang betul, sebelum datang satu hari daripada Allah yang tidak dapat dikembalikan; pada hari itu, mereka dipisah-pisahkan.

30:44. Sesiapa tidak percaya, maka atasnyalah ketidakpercayaannya; dan sesiapa buat kerja-kerja baik, maka untuk diri-diri merekalah mereka buat persediaan,

30:45. Supaya Dia balas orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik daripada pemberian-Nya; Dia tidak suka orang-orang tidak percaya.

30:46. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia utuskan angin dengan memberi berita gembira, dan supaya Dia merasakan kepada kamu daripada pengasihan-Nya, dan supaya kapal-kapal berlayar dengan perintah-Nya, dan supaya kamu mencari pemberian-Nya; supaya kamu bersyukur (berterima kasih).

30:47. Sesungguhnya, Kami telah utus sebelum kamu Rasul-Rasul kepada kaum mereka, dan mereka datangkan kepada mereka bukti-bukti yang jelas; kemudian Kami lepaskan dendam kepada orang-orang yang berdosa; dan menjadi kewajipan kepada Kami menolong orang-orang mukmin.

30:48. Allah ialah Dia yang mengutus angin, yang menggiatkan awan, dan Dia menjulurkannya di langit sebagaimana yang Dia hendaki, dan membuatnya berkecai; kemudian kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan apabila Dia timpakan dengannya kepada sesiapa daripada hamba-hamba-Nya yang Dia hendaki, tiba-tiba mereka gembira,

30:49. Walaupun sebelum ia diturunkan kepada mereka, sebelum itu, mereka telah berputus asa.

30:50. Maka perhatikanlah bekas-bekas daripada pengasihan Allah, bagaimana Dia hidupkan bumi setelah ia mati; sesungguhnya Dia yang hidupkan yang mati, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

30:51. Tetapi jika Kami utuskan angin, dan mereka melihatnya jadi kuning, mereka sesudah itu tetap tidak percaya.

30:52. Kamu tidak akan jadikan orang yang mati mendengar, dan tidak juga kamu jadikan orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka berpaling, berundur.

30:53. Kamu tidak akan beri petunjuk kepada orang yang buta daripada kesesatan mereka, dan tidak juga kamu jadikan sesiapa mendengar, kecuali orang yang percayai ayat-ayat Kami, dan jadi muslim.

30:54. Allah ialah Dia yang cipta kamu daripada keadaan lemah, kemudian Dia buatkan setelah keadaan lemah, kekuatan, kemudian setelah kekuatan, Dia buatkan berkeadaan lemah dan beruban; Dia cipta apa yang Dia hendaki, dan Dia Yang Mengetahui, Yang Berkuasa.

30:55. Pada hari apabila Saat datang, orang-orang yang berdosa bersumpah bahawa mereka tidak tinggal lebih sesaat; begitulah mereka dipalingkan.

30:56. Tetapi orang-orang diberi pengetahuan dan keimanan berkata, "Kamu telah tinggal menurut Kitab Allah sampai Hari Kebangkitan. Inilah Hari Kebangkitan, tetapi kamu tidak tahu."

30:57. Maka pada hari itu, alasan mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang buat kezaliman , dan tidaklah mereka diberi keredaan.

30:58. Sesungguhnya Kami buatkan untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan; dan jika kamu datangkan kepada mereka satu ayat, orang-orang tidak percaya pasti akan berkata, "Tiadalah kamu, melainkan orang-orang yang buat kepalsuan."

30:59. Begitulah Allah tutup hati orang-orang yang tidak tahu.


30:60. Maka sabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah benar; dan janganlah orang-orang yang tidak yakin gelisahkan kamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!