Sabtu, 21 Mei 2016

SOLAT TANPA HADIS ???

Ingat bahawa QUR’AN adalah kitab yang cukup jelas, pejelasan atas segala sesuatu, petunjuk dan pengasihan, berita gembira bagi orang-orang Muslim.  Lihat ayat-ayat ini….
6:114. Apa, adakah aku akan cari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang turunkan kepada kamu KITAB yang cukup JELAS; dan orang-orang yang kepada mereka Kami beri Kitab tahu bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.
16:89. Dan pada hari Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi ke atas mereka daripada diri-diri mereka sendiri, dan Kami datangkan kamu sebagai saksi ke atas mereka itu. Dan Kami turunkan kepada kamu al-Kitab, PENJELASAN BAGI SEGALA SESUATU, dan petunjuk, dan pengasihan, dan sebagai berita gembira, bagi orang-orang Muslim.
5:48. Dan Kami turunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkan antara mereka menurut apa yang Allah turunkan, dan jangan ikut keinginan mereka untuk abaikan yang benar yang datang kepada kamu.
6:38. Kami tidak alpakan sesuatu di dalam al-Kitab.
20:52. “… Pemeliharaku tidak sesat, dan tidak juga lupa.”
12:1. Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat Kitab yang jelas.
44:58. Sesungguhnya Kami memudahkan ia dengan lidah (bahasa) kamu, supaya mereka mengingati.
7:3. Ikutlah apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu,
45:6. Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan percayai?
Siapa yang tidak percaya … bolehlah tunggu balasan ALLAH.
4:56. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, Kami pasti akan panggang mereka di Api. Setiap kali kulit-kulit mereka hangus kesemuanya, Kami tukar dengan kulit-kulit lain, supaya mereka rasakan azab. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.

SOLAT DISEBUT DALAM QUR’AN SEBANYAK 67 KALI.

Pakaian
Pakaian untuk solat adalah yang baik atau cantik kerana ketika itu umat berhadapan serta berkomunikasi dengan Penciptanya. Malahan, Allah telah menyuruh ambil perhiasan di setiap masjid, yang bermaksud tempat sujud. Dan sujud dilakukan juga dalam solat. Firman-Nya, 

"Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid" (7:31).


WARAS
4:43. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu tahu apa yang kamu ucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan, sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu telah sentuh perempuan, dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu; sesungguhnya Allah Pemaaf, Pengampun.
23:1-2. Beruntunglah orang-orang mukmin,Yang dalam solat mereka, mereka merendahkan hati;

WUDUK
5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkan diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu sentuh perempuan, dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu dan tangan kamu dengannya. Allah tidak hendak buat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia hendak bersihkan kamu, dan supaya Dia sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.

KIBLAT
2:144. Kami lihat kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke langit; sungguh Kami akan palingkan kamu kepada kiblat yang kamu puas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram (Masjid Suci); dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. orang-orang diberi al-Kitab tahu bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka kerjakan.

SOLAT UNTUK ALLAH
6:162. Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan matiku, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam.
20:14. Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukan solat untuk mengingati Aku.
23:1-2 Beruntunglah orang-orang mukmin, Yang dalam solat mereka, mereka merendahkan hati (Khusyuk);
17:46. Dan Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian."

Solat adalah hanya untuk Allah. Lalu hanya nama-Nya harus diseru. Firman-Nya,

"Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama paling baik." (17:110)

"Masjid-masjid adalah kepunyaan Allah; maka janganlah seru, berserta Allah, sesiapa pun." (72:18)

WAKTU SOLAT
Penjelasan dimulakan dengan memperihalkan nama bagi tiap-tiap solat. Terdapat hanya tiga nama solat di dalam al-Qur’an, iaitu Solat Fajar (24:58), Solat Isyak (24:58), dan Solat Wusta, atau solat yang di tengah (2:238). Tiga nama solat ini menunjukkan waktunya juga. Waktu-waktunya dijelaskan lagi dengan sebuah ayat lain berbunyi:
"Dan lakukan solat pada dua tepi siang, dan awal malam." (11:114)
Solat yang pada waktu tepi siang pertama ialah solat fajar, sementara solat wusta, atau solat yang di tengah, pada tepi siang yang kedua. Solat yang dilakukan pada awal malam itu ialah solat isyak.

Perkataan "wusta" ingin dijelaskan lagi di sini. Ia bermakna "di tengah",  Ditengah antara dua SOLAT. di tepi siang kedua.  Waktu yang pendek ini dikenali umum sebagai akhir siang sebelum matahari terbenam. Oleh kerana al-Qur’an menjelaskan sendiri, maka waktu solat wusta  dalam 11 : 114 di atas.

Lantas, waktu solat wusta adalah dari sebelum terbenam matahari hingga terbenam matahari, iaitu di tepi siang yang kedua.


BACA QUR’AN
29:45. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab, dan lakukan solat; solat melarang kesumbangan dan mungkar. Mengingat Allah adalah lebih besar; dan Allah tahu apa yang kamu kerjakan.
3:113. Tidaklah mereka semua sama; sebahagian daripada ahli Kitab adalah satu umat yang tegak, yang baca ayat-ayat Allah pada tengah malam, dan sujud.
18:27. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Kitab Pemelihara kamu; tiada yang dapat tukar kata-kata-Nya. Selain daripada Dia, kamu dapati tiada perlindungan.
16:98. Apabila kamu baca al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
23:97-98. dan katakan, "Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku."
*walaupun tiada ditentukan ayat mana yang dibaca pada permulaan solat.  Al-Fatihah adalah surah pertama dalam Qur’an dan pembukaan Qur’an.  Maka ia dibaca dalam solat. Kita berhak memilih ayat mana yang sesuai untuk dibaca dalam solat. Yang jelas solat adalah untuk memohon pertolongan, menyanjung dan memuji ALLAH.  Maka ayat-ayat yang berkaitan boleh dibaca.
*17:111. “Dan agungkanlah Dia seagung-agungnya.”-  perkataan ALLAHUAKBAR- boleh digunakan setiap kali posisi solat berubah. Atau pun nama “ALLAH”  atau Ar-RAHMAN(17:110)
*56:74. Maka sanjunglah nama Pemelihara kamu, Yang Agung.-  adalah kalimat SUBHANARABBIAL ADZHIIM adalah sesuai dan menurut ayat ini.
*87:1. Sanjunglah nama Pemelihara kamu, Yang Tinggi, - kalimat SUBHANA RABBIAL A’LA  adalah sesuai menurut ayat ini.
*50:40. Lafazlah sanjungan-Nya pada malam hari, dan pada hujung-hujung sujud.
*3:18. Allah saksikan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, dan para malaikat, dan orang-orang yang berpengetahuan, yang tegakkan keadilan; tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.--- “Aku bersaksi tiada tuhan selain ALLAH”. Kalimat ini sesuatu menurut ayat itu.

Baca ayat seterusnya  17 : 111
17:111. "Segala puji bagi Allah yang tidak ambil seorang anak, dan yang tidak ada sebarang sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga sebarang wali (pelindung) daripada kerendahan diri."

Bacaan di dalam Solat boleh dipetik daripada mana-mana ayat yang sesuai yang berjumlah dengan banyak di dalam al-Qur’an. Pilihan adalah berdasarkan keperluan dan selera sendiri kerana solat adalah suatu alat perhubungan yang amat peribadi antara hamba dan Pemeliharanya.
Sebagai contoh, ayat yang lazim diucapkan umat Islam pada permulaan solat mereka berbunyi "Inna solati wanusuki wamahyaaya wamamaati lillaahi rabbil aalamiin" yang bermakna, "Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, dan hidupku, dan matiku, untuk Allah, Pemelihara semesta alam". Ini sebenarnya adalah ayat 6:162 di dalam al-Qur’an.
Akan tetapi, di dalam al-Qur’an ayat tersebut bermula dengan kata "qul" atau "katakanlah", iaitu "Qul inna solati wanusuki..." atau "Katakanlah, ‘Sesungguhnya solatku, dan ibadahku ...." 
tinggalkan kata "qul" atau "katakanlah" pada ayat ini di dalam solat adalah wajar kerana ketika itu umat bercakap dengan-Nya. Mahukah kita menyuruh Dia dengan "Katakanlah ..."?
Justeru itu, pada ayat-ayat lain seperti "Qul a’udzu birabbin naas ...." (Surah 114) yang bermaksud "Katakanlah, ‘Aku berlindung kepada Pemelihara manusia ....’", atau "Qul huwal laahu ahad ..." (Surah 112) yang bermakna "Katakanlah, ‘Dialah Allah yang satu ...", haruslah ditinggalkan qulnya juga kerana meninggalkannya adalah amat munasabah.


Sesetengah pihak mendakwa bahawa solat adalah masa untuk membaca al-Qur’an. Ini tidak benar, kerana amalan kerjakan solat dan membaca al-Qur’an adalah dua perintah Tuhan yang berlainan, seperti yang disebut di dalam ayat 73:20. Seterusnya ada juga orang yang mendakwa bahawa mana-mana ayat al-Qur’an boleh dibaca dalam solat. Ini juga tidak benar. Sebagai contoh, bolehkah dibaca ayat al-Qur’an yang berikut di dalam solat:
"Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukan solat untuk mengingati Aku." (20:14)

Mahukah diucap kata-kata tersebut kepada Allah, walaupun ia ayat al-Qur’an?

DAN PILIHLAH MANA-MANA SURAH YANG BERMULA DENGAN ‘QUL’- BACALAH AYATNYA TANPA PERKATAAN QUL. TERUTAMANYA  SURAH AL-IKHLAS, AL-FALAQ DAN AN-NAAS. INI BOLEH DIJADIKAN BACAAN SELAIN AL-FATIHAH.


NADA SUARA
Nada suara dalam solat tidaklah terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah tetapi di pertengahan, dan ini adalah untuk semua solat. Firman-Nya:
"Dan jangan kamu lantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu." (17:110)

SERUAN
Solat dimulakan dengan menyeru Nama-Nya, seperti Allah, atau Ar-Rahman (Yang Pemurah) atau mana-mana nama-Nya yang indah yang diajar di dalam al-Qur’an (nama Allahu Akbar tiada di dalamnya). Firman Allah:
"Katakanlah, ‘Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama paling baik.’ Dan jangan kamu lantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu."  (17:110)
Ayat yang menyusulinya menetapkan apa yang harus diucap selepas seruan itu, iaitu:

"Dan katakan, ‘Segala puji bagi Allah yang tidak ambil seorang anak, dan yang tidak ada sebarang sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga sebarang wali (pelindung) daripada kerendahan diri.’" (17:111)


POSISI DAN LAKU SOLAT (berdiri, rukuk dan sujud)
2:238. Peliharalah salawat (doa mohon ampun), dan solat di tengah, dan BERDIRILAH kamu khusyuk patuh kepada Allah.
3:39. Dan malaikat-malaikat memanggilnya, sedang dia BERDIRI untuk menyembah di mihrab, "Allah beri kamu berita gembira dengan Yahya yang mengesahkan satu Kata Allah, dan seorang ketua, dan jujur serta suci daripada kejahatan nafsu berahi, dan seorang Nabi, dan seorang yang salih.
4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan lakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka BERDIRI bersama kamu, dan hendaklah mereka ambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka SUJUD, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum sembah datang, dan sembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang tidak percaya ingin kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan serbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidak salah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk letakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah sediakan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.
22:26. Dan apabila Kami menempatkan untuk Ibrahim tempat Rumah, "Janganlah kamu sekutukan Aku dengan sesuatu. Dan kamu bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang BERDIRI, dan orang-orang yang TUNDUK/RUKUK, orang-orang yang SUJUD.
48:29. Muhammad adalah Rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dia, keras terhadap orang-orang tidak percaya, pengasih sesama mereka. Kamu lihat mereka TUNDUK-RUKUK, SUJUD mencari pemberian daripada Allah, dan kepuasan hati. Tanda mereka adalah pada muka-muka (wajah) mereka, bekas sujud. Itu persamaan mereka di dalam Taurat, dan persamaan mereka di dalam Injil - seperti sebiji benih yang keluarkan tunasnya, dan menguatkannya, dan ia membesar dengan tegap, dan tegak di atas ganggangnya, menakjubkan penyemai-penyemai, supaya melaluinya Dia menimbulkan marah orang-orang tidak percaya. Allah janjikan orang-orang antara mereka, yang percaya dan buat kerja-kerja baik , dengan ampunan dan upah yang besar.

2 RAKAAT SOLAT
4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan lakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka ambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum sembah datang, dan sembah bersama kamu,

Cara solat di dalam al-Qur’an adalah senang serta mudah diubah menurut keadaan dan keikhlasan diri. Umpamanya bilangan rakaat. RAKAAT tidak disebut sama sekali di dalam al-Qur’an.  ia istilah bukan quranik, dan dengan ini ia beri peluang kepada umat untuk menunjukkan keikhlasan dalam lakukan solat mereka, sama ada untuk memanjangkan atau memendekkannya.


AKHIR SOLAT

"Dan Dia, Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Bagi-Nya segala pujian pada permulaan dan akhir, dan bagi-Nya juga Putusan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan."  
(28:70)
10:10. akhir seruan mereka, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam."
- Dibaca ketika dalam sujud terakhir.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!