SOLAT
5 WAKTU DALAM QUR’AN
ALLAH
S.W.T
Berfirman
:
“....Kemudian
apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah
SOLAT itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya SOLAT itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas
orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”
[ Q.S.
AN-NISA’ 4 : 103 ]
Peliharalah
kamu segala Solat, khasnya Solat Wusta
(solat Pertengahan) dan berdirilah kerana Allah dengan taat dan khusyuk.
[ Q.S.
AL-BAQARAH 2 : 238 ]
“Maka
BERTASBIH-lah (solat) kepada ALLAH semasa kamu berada pada WAKTU MALAM (Isyak) dan semasa kamu berada pada WAKTU SUBUH. Serta
pujilah Allah yang berhak menerima segala puji di langit dan di bumi, dan juga pada
WAKTU PETANG (Asar) dan semasa kamu berada pada WAKTU ZUHUR.”
[ Q.S.
AR-RUM 30 : 17-18 ]
“Dan dirikanlah SOLAT PADA DUA HUJUNG SIANG dan pada WAKTU-WAKTU
YANG BERHAMPIRAN dengannya dari WAKTU MALAM.”
[ Q.S.
HUD 11 : 114 ]
“Dirikanlah olehmu solat KETIKA GELINCIR MATAHARI (Solat
Zuhur), hingga waktu GELAP MALAM (Solat Isyak) dan Bacaan Fajar (Solat Subuh) sesungguhnya
Bacaan Fajar itu adalah disaksikan.”
[ Q.S. AL-‘ISRA 17 : 78 ]
”...Dalam tiga masa; (iaitu) sebelum SOLAT FAJAR dan ketika
kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari (Istiwa), dan sesudah SOLAT ISYAK.”
[ Q.S. AN-NUR 24 : 58 ]
RASULULLAH
NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda
:
“Malaikat
Jibril A.S telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau BERSOLAT ZUHUR bersamaku
ketika TERGELINCIR MATAHARI dan SOLAT ‘ASAR ketika bayang-bayang sesuatu benda
telah sama panjangnya dengan sesuatu itu, dan SOLAT MAGHRIB ketika TERBENAM
MATAHARI dan SOLAT ‘ISYA’ ketika
TERBENAM SYAFAQ (iaitu cahaya merah) dan SOLAT SUBUH ketika terbit FAJAR. Pada
keesokan harinya, Jibril A.S bersolat
bersama saya SOLAT ZUHUR ketika bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan SOLAT
‘ASAR ketika bayang-bayang sesuatu berkedudukan dua kali panjangnya dan SOLAT
MAGHRIB ketika orang berbuka puasa dan SOLAT ‘ISYA’ ketika sepertiga malam dan
SOLAT SUBUH ketika menguning cahaya pagi. Kemudian Jibril A.S berkata: Inilah
waktu solat Nabi-Nabi sebelum engkau. Waktu solat adalah di antara waktu ini.”
[ H.R.S
: Imam Bukhari Ra. A. ]
"Jibril turun
(datang), lalu ia jadi Imam saya, dan saya solat bersama dia, saya solat
bersama dia, saya solat bersama dia, saya solat bersama
dia, dan saya solat bersama dia.” Beliau hitung dengan jari beliau lima kali solat.
Daripada Abu Mas'ud RA
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]
*Jilid 3. Hadis Nombor 1434.
"Waktu
ZUHUR bermula dari tergelincir matahari
di mana bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya selagi tidak masuk
waktu ASAR, waktu asar pula berakhir sehingga cahaya matahari menjadi kuning
(matahari hampir terbenam), waktu SOLAT
MAGHRIB pula akan berakhir sehingga hilang awan merah dilangit sebelah barat.
Waktu ISYAK pula berakhir sehingga pertengahan dari setengah malam. Waktu SOLAT
SUBUH pula ialah dari terbit FAJAR sehingga terbit matahari."
Daripada Abdullah bin Amru R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]
‘Jibril
A.S berkata kepada Rasulullah SAW : “Bangunlah dan lakukan solat.” Maka beliau
melakukan solat Zhuhur ketika matahari tergelincir. Kemudian waktu Ashar
menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka beliau SAW
melakukan solat Ashar ketika panjang bayangan segala benda sama dengan panjang
benda itu. Kemudian waktu Maghrib menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan
lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Maghrib ketika matahari terbenam.
Kemudian waktu Isya` menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.”
Maka beliau SAW melakukan solat Isya` ketika syafaq (mega merah) menghilang.
Kemudian waktu Shubuh menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.”
Maka beliau SAW melakukan solat Subuh ketika waktu fajar merekah/ menjelang.’
Dari
Jabir bin Abdullah R.A
[ H.R.S
: Imam Ahmad, Nasai dan Tirmizi Ra. A. ]
DALAM BIBLE pula nabi Isa dicatatkan berdoa pada waktu-waktu tertentu :
Pagi-pagi benar, waktu hari masih
gelap, ia bangun dan pergi ke luar. Ia pergi ke tempat yang sunyi dan BERDOA di
sana.
( MARKUS 1 : 35 )
SOLAT SUBUH / FAJAR
Dan setelah orang banyak itu
disuruhnya pulang, pada Tengahari, Jesus naik ke atas bukit untuk BERDOA seorang
diri. Ketika hari petang, ia BERDOA sendirian di situ.
( MATIUS 14 : 23 )
SOLAT ZOHOR, ASAR DAN MAGHRIB
Pada waktu itu pergilah Jesus ke
bukit untuk BERDOA dan semalam-malaman dia BERDOA kepada Allah.
( LUKAS 6 : 12 )
SOLAT ISYAK DAN TAHAJJUD
Maka ia
maju sedikit, lalu SUJUD dan BERDOA, katanya: "Ya Bapa-Ku, jikalau
sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari padaku, tetapi janganlah seperti
yang kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki."
( MATIUS
26 : 39 )
Nabi Isa
Sujud dan berdoa....
Secara
terperincinya, waktu-waktu bagi setiap solat fardhu adalah seperti berikut:
1. Waktu Zuhur
bermula dengan tergelincir matahari (zawal), iaitu matahari condong daripada
tengah-tengah langit ke arah barat dengan keadaan sesuatu benda mempunyai
sedikit bayang ketika matahari terpacak dan matahari mula condong ke arah
barat. Waktu Zuhur berakhir apabila bayang sesuatu benda menjadi sama panjang
dengannya.
2. Waktu ‘Asar (solat
al-wusta) bermula dengan berakhirnya waktu Zuhur, iaitu apabila bayang sesuatu
benda yang sama panjang dengan benda itu mula bertambah dengan pertambahan yang
paling minimum. Ia berakhir dengan terbenamnya matahari.
3. Waktu
Maghrib, ia bermula dengan terbenam matahari dan berterusan sehingga hilang
cahaya syafaq (cahaya merah) dengan tidak kelihatan sedikitpun kesannya.
4. Waktu ‘Isya’
bermula dengan tamatnya waktu Maghrib, iaitu hilang syafaq ahmar (cahaya merah)
dan berterusan hingga munculnya fajar sadiq, iaitu beberapa ketika sebelum naik
fajar.
5. Waktu Subuh
bermula dengan muncul fajar sadiq dan berterusan hinggalah naik matahari
(syuruq). Fajar sadiq ialah cahaya putih yang menyerlah mengikut garis lintang
ufuk.
PENGERTIAN SOLAT
Solat dari segi
bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan.
Dari segi
syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan
yang dimulai
dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan
syarat-syarat
tertentu. Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun
qawliyy. Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai
rukun fi‘liyy dan perlakuan selain
daripada perkataan dan perbuatan dikenali sebagai rukun qalbiyy.
Oleh itu....
“Solat terdiri
dari Niat, Tasbih, Doa, Salawat dan bacaan ayat-ayat Qur’an serta Salam pada
akhirnya untuk mengingati ALLAH dan berkomunikasi dalam posisi dan
gerakan-gerakan tubuh zahir dan batin tertentu dan didirikan pada masa yang
telah ditentukan oleh ALLAH S.W.T.”
APAKAH ANDA
SUDAH BERSEDIA UNTUK SOLAT?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!