ALLAH S.W.T.
Berfirman :
“Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa
orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan
Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu...”
[ Q.S. AN-NISA’ 4 : 164 ]
Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W
Bersabda :
“(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua
puluh empat ribu (124,000) nabi.”
“Lalu berapa jumlah Rasul di antara
mereka?”
Rasulullah S.A.W menjawab; “Tiga ratus tiga
belas(312)”
“Siapa Rasul pertama di antara mereka?
Rasulullah S.A.W bersabda; “‘Adam.”
Daripada Abu Dzar Al-Ghifari R.A
[ H.R.S : Ibnu Hibban
& Imam Tarmizi Ra. A. ]
“Sesungguhnya Allah menurunkan seratus
empat puluh Shahifah, dan kepada
Nabi Syith A.S sebanyak 50 Shahifah.”
Daripada Abu Dzar Al-Ghifari R.A
[ KITAB : Tarikh Ath-Thabari 1/152 ]
Nabi
Syith A.S atau Seth (Hebrew: שֵׁת, Standard Šet, Tiberian Šēṯ; Bahasa Arab: شيث
Shith atau Shiyth; "Ditempatkan"), ialah merupakan anak lelaki ketiga
kepada Nabi Adam a.s. dan Zaujah, juga merupakan adik bongsu terakhir kepada
Habel dan Qabel. Nabi Syith A.S merupakan satu-satunya anak Nabi Adam yang
dilahirkan oleh Zaujah tidak mempunyai kembar (anak-anak lain dilahirkan kembar
dan berpasang-pasangan). Berdasarkan catatan Genesis 4:25, Seth/ Nabi Syith A.S
dilahirkan selepas tragedi pembunuhan
Habel oleh Qabel, Zaujah percaya akan kekuasaan Tuhan yang akan menggantingkan
Habel dengan yang lain, oleh itu Tuhan telah memberikan Nabi Syith A.S sebagai
pengganti. Nabi Syith A.S diangkat
sebagai salah seorang dari beribu-ribu Nabi yang diutuskan oleh Allah menurut
pandangan Islam, Kristian dan Yahudi. Dalam kitab Kejadian menyebut :
“Adam bersetubuh pula dengan isterinya (Hawa),
lalu perempuan itu melahirkan seorang anak laki-laki dan menamainya Seth, sebab
katanya: "Allah telah mengaruniakan kepadaku anak yang lain sebagai ganti
Habel; sebab Kain telah membunuhnya."
[ KITAB KEJADIAN 4 : 25 ]
Namun, apakah hal ini dicatat dalam Qur’an?
Mari kita ikuti sebuah cerita dan riwayat tentang Nabi
Syith A.S ini...
Menurut
ketiga-tiga agama samawi NABI SYITH A.S diangkat sebagai nabi selepas nabi
Adam. Dia merupakan anak Adam yang tiada kembarnya kerana Isteri Adam iaitu Zaujah (Zaujah) melahirkan
24 anak kembar. Masing-masing lelaki dan perempuan. Ada yang mengatakan 20 anak
kembar dan sebagainya. Zaujah setiap kali hamil semuanya kembar dua. Zaujah 20
kali melahirkan anak. Maka semuanya berjumlah
40 orang. Manakala, anak Adam semuanya
ada 41 orang. Ini termasuk Nabi Syith
A.S Nabi Setelah Nabi Adam A.S adalah Nabi
Syith A.S
Nabi
Syith A.S adalah Nabi yang soleh dan
berpengetahuan yang tinggi, kerana dia dianugerahi otak yang cerdas, dia banyak
belajar ilmu pengetahuan dari nabi Adam. Dari Nabi Syith A.S Ilmu pengetahuan
berkembang luas. Nabi Syith A.S menetapkan
kaedah-kaedah hukum. Sejak terjadinya perkara pergaduhan atau jenayah pertama
anak Adam Habil dan Qabil di muka bumi, maka sejak zaman Nabi Syith A.S sudah
ada ketetapan-ketetapan hukum jenayah. Nabi Syith A.S telah membuat timbangan sehingga setiap orang
dapat membagi makanan secara adil. Selain itu nabi Nabi Syith A.S juga telah mengembangkan ilmu hitung, ilmu
Falaq (perbintangan) sehingga pada masa nabi Nabi Syith A.S, ilmu pengetahuan
alam sudah berkembang dengan pesat.
Kisah Nabi Syith A.S bermula selepas nabi Adam dan Zaujah (HAWA)
bergaduh untuk menentukan jodoh antara anak-anaknya. Nabi Adam berasa dia
berhak menentukan anak yang mana berkahwin dan Zaujah pula mahu dia yang
menentukan jodoh anak-anaknya kerana dialah ibu mereka. Pertelingkahan ini berterusan sehingga ALLAH
S.W.T menurunkan wahyu kepada Adam untuk membuktikan siapa yang berhak. Atas
arahan ALLAH S.W.T, mereka pun membawa masing-masing satu kendi (bekas) mereka
mengeluarkan benih masing-masing dan diletakkan ke dalam kendi istimewa tersebut.
Kemudian diperam kendi tersebut beberapa lama.
Kemudian setelah berlalu beberapa masa, masing-masing pergi melihat
kendi-kendi tersebut.
Adam membuka kendi simpanannya, Dengan Kuasa ALLAH S.W.T dengan
gembiranya apabila terlihat bayi yang sangat comel. Adam membawa pulang anak comel
tadi dan diberi nama Nabi Syith A.S . Zaujah
pula pergi melihat kendinya. Tapi Kendi itu kering, tiada apa-apa di
dalamnya. Zaujah hampa dan kecewa. Ini bermakna Adam lah yang berhak menentukan
jodoh anak-anaknya. ketika Zaujah dalam kekecewaan inilah Iblis Laknatullah
datang untuk menggoda dan membantu. kata Iblis Laknatullah yang menyamar itu,
dia boleh memberi seorang anak yang comel juga seperti apa yang Adam perolehi.
Tanpa diketahui Adam, Zaujah pun bersetuju dgn tawaran Iblis Laknatullah tadi. Iblis
Laknatullah yang diberi Istidraj oleh ALLAH S.W.T, mampu mengeluarkan bayi yang
comel dari kendi Zaujah. Zaujah juga
membawa pulang bayi ini dan diberi nama Nabi Syith A.S juga.
Sekarang ada 2 bayi bernama Nabi Syith A.S . Adam menjadi bingung
dengan hal ini, maknanya kedua-dua anaknya dinamakan Nabi Syith A.S . Setelah
beberapa tahun dan anak-anaknya sudah besar, ALLAH S.W.T mewahyukan kepada Adam
supaya menyuruh anak-anak ini keluar dari rumah untuk mencari gambaran Syurga.
Bagi membuktikan yang mana Nabi Syith A.S yang sebenar dari ALLAH S.W.T untuk Adam. Maka
keluarlah anak-anak ini mencari gambaran Syurga. Seorang ke kanan dan seorang
ke kiri. Berjalanlah mereka ke dalam hutan atau padang pasir. Seorang Nabi Syith A.S Adam dan seorang lagi Nabi Syith A.S Zaujah(Zaujah)
Nabi Syith A.S Adam telah
bertemu dgn Malaikat yang menyerupai Manusia, dan bertanyakan Gambaran Syurga. Maka, Malaikat itu pun menceritakan Gambaran
Syurga. Manakala NABI SYITH A.S ZAUJAH
pula telah bertemu seorang Manusia juga, tapi yang dinyamarkan oleh Iblis
Laknatullah Laknatullah dan Nabi Syith A.S Zaujah ini bertanya tentang Gambaran Syurga. Diceritakan
oleh Iblis Laknatullah tadi tentang gambaran Syurga itu. (Sudah tentu Iblis
Laknatullah tahu kerana dia pernah duduk syurga sebelum kena laknat oleh ALLAH
S.W.T )
Apabila kedua-duanya bertemu jawapan. Mereka pun pulang ke rumah bertemu dengan Ibu
Bapa mereka. Maka diceritakan gambaran Syurga tadi kepada Adam dan Zaujah. Hasilnya cerita kedua-duanya sama
sahaja. Adam dan Zaujah memang tahu
itulah gambaran Syurga. Hal ini membuat
Adam jadi runsing lagi. Siapakah Nabi
Syith A.S miliknya yang sebenar? Tak
lama kemudian ALLAH S.W.T mewahyukan lagi kepada Adam, supaya menyuruh
anak-anak ini keluar mencari gambaran Neraka.
Maka, keesokan harinya mereka diarahkan Adam untuk mencari jawapan bagi
tugasan yang kedua ini. Maka keluarlah anak-anak ini mencari guru mereka
sebelum ini untuk mengetahui jawaban dari soalan Adam. Setelah mendapat jawapan. Anak-anak ini pulang kepangkuan ayah dan
bonda mereka. Maka berceritalah mereka
gambaran Neraka. Juga cerita dan
jawapannya yang sama.
Adam semakin runsing dan bingung.
Adam terus menunggu arahan dari ALLAH S.W.T. Sekali lagi ALLAH S.W.T mengarahkan Adam supaya
anak-anak ini keluar pergi mencari ANAK KUNCI SYURGA. Kata Adam, “Keluarlah kamu berdua mencari
‘Anak Kunci Syurga’, selagi kamu berdua tidak menemuinya, jangan sesekali
pulang!” tegas Adam. Seperti biasa, mereka pun melutut kepada guru mereka. Nabi
Syith A.S Adam bertemu Malaikat, dengan
tersenyum sang guru memberitahunya.
“Anak Kunci Syurga adalah “LAA ILAAHA ILLALLAH, MUHAMMADURRASULULLAH”. Dengan
girang Nabi Syith A.S Adam pulang ke rumah
dan memperdengarkan Adam akan ANAK KUNCI SYURGA yang juga Kalimah Tauhid kepada
ayahandanya. “Inilah anak kunci Syurga
wahai Ayahku,” kata Nabi Syith A.S Adam
dengan yakin dan girang. Anak inilah
apabila dewasa diangkat oleh ALLAH S.W.T sebagai Nabi,yang dikenali sebagai Nabi
Syith A.S A.S A.S. Nabi
Syith A.S A.S bin Adam selanjutnya adalah orang yang
dipercaya memegang risalah kenabian setelah Nabi Adam wafat. Sebagai seorang
Nabi, Nabi Syith A.S A.S menerima lembaran-lembaran wahyu dari ALLAH
S.W.T.
Menurut
Islam nabi Syith as merupakan "karunia/hadiah" yang diberikan Allah
kepada nabi Adam as setelah kematian Habil. Meskipun tidak disebutkan di dalam
Al Quran, umat Islam memandang nabi Syits as sebagai seorang nabi seperti
ayahnya, hanya dia bukanlah antara 25 nabi dan rasul yang wajib diimani oleh
umat Islam. Nabi Syith A.S adalah orang yang melanjutkan mengajar umat
manusia setelah kematian nabi Adam A.S. Literatur Islam menyatakan bila Nabi
Syith A.S lahir saat nabi Adam berusia
100 tahun lebih dan saat nabi Adam meninggal, baginda a.s telah berwasiat
memilih Nabi Syith A.S untuk melanjutkan
tugas kenabian membimbing umat manusia. Nabi Adam juga mengingatkan untuk merahsiakan
hal ini dari Qabil seorang pendengki yang telah membunuh saudaranya, Habil. Islam
seperti juga Yahudi dan Kristen berpendapat jejak silsilah keturunan manusia
kembali kepada Nabi Syith A.S, sebab Habil tidak meninggalkan keturunan
sedangkan keturunan Qabil dihancurkan pada Banjir Besar.
Beberapa
muslim percaya bahwa makam Nabi Syith A.S terletak di desa Al-Nabi Shayth (secara
harfiah berarti Nabi Syith A.S ) di mana sebuah masjid (yang dinamai dengan
namanya) dibangun di daerah tersebut. Dan makam Nabi Syith A.S terletak di dalamnya. Nabi Syith A.S adalah
saudara Habil dan Qabil, beliau dilahirkan setelah peristiwa kematian Habil
karena kejahatan saudaranya, Qabil. Nabi Syith A.S terpilih karena faktor kecerdasannya, ketakwaannya,
kezuhudannya dan kepatuhannya, sifat-sifatnya yang mulia inilah yang membuatnya
lebih unggul dibandingkan anak-anak Nabi Adam yang lainnya. Dikatakan bahwa
usia beliau mencapai 920 tahun. Ketika ajalnya datang dia berwasiat kepada
anaknya, Anusy, maka dia melaksanakan perintah Allah. Kemudian setelahnya
adalah anaknya, Qanin. Kemudian anaknya, Mahla’il, dialah orang yang diklaim
merupakan moyang bangsa Persia. Dia menguasai tujuh daerah, dia juga merupakan
orang pertama yang menebang pohon, membangun kota dan benteng besar. Dia yang
membangun kota Babilonia dan kota Sus Al-Aqsha, dikatakan bahwa dia mengalahkan
iblis dan bala tentaranya lalu mengusir mereka dari bumi. Ketika dia meninggal,
tampuk kepemimpinan diwariskan oleh anaknya, Yard. Ketika Yard wafat, dia
berwasiat kepada anaknya, Khanukh. Khanukh inilah yang kita kenal dengan nama
Idris Alaihissalam menurut pendapat yang masyhur.
Nabi
Syith A.S di lahirkan (sekitar 3630-2718
SM), meninggal pada usia 1042 tahun. Menikah dengan Azura (Hazurah), kemudian
mengandung seorang anak yang bernama Enos pada usia 105 tahun. Nabi Syith A.S atau Seth merupakan anak lelaki ketiga kepada
Nabi Adam a.s. dan Zaujah, juga merupakan adik bongsu terakhir kepada Habil dan
Qabil. Nabi Nabi Syith A.S merupakan
satu-satunya anak Nabi Adam yang dilahirkan oleh Zaujah tidak mempunyai kembar
(anak-anak lain dilahirkan kembar dan berpasang-pasangan). Nabi Syith A.S diangkat sebagai nabi selepas Nabi Adam
menjadikannya nabi kedua diatas muka bumi ini.Beliau yang dianggap sebagai
salah satu dari nabi-nabi dalam Islam. Ia juga termasuk guru Nabi Idris yang
pertama kali mengajarkan baca-tulis, ilmu falak, Menjinakkan kuda dan
lain-lain.
Pengarang
kitab Qasas al-Anbiya (hal. 59) menyebutkan bahwa setelah menderita sakit
selama 11 hari, Nabi Adam wafat. Ketika masih sakit, Nabi Adam berwasiat kepada
Nabi Syith A.S untuk menggantikan posisi
kepemimpinannya. Nabi Adam juga mengingatkan Nabi Syith A.S untuk menjaga kerahsiaan pelimpahan mandat ini
agar jangan sampai diketahui oleh Qabil, si pendengki.
Menurut
keterangan Ibnu ‘Abbas, ketika Nabi Syith A.S dilahirkan, Nabi Adam sudah berusia 930 tahun.
Nabi Adam sengaja memilih Nabi Syith A.S sebab anaknya yang satu ini memiliki kelebihan
dari segi keilmuan, kecerdasan, ketakwaan dan kepatuhan dibandingkan dengan
semua anaknya yang lain. Sebagai Nabi, Nabi Syith A.S menerima perintah-perintah dari Allah yang
tertulis dalam 50 sahifah. Demikian keterangan dari Hadits Nabi saw. yang
diriwayatkan oleh Abu Dzar al-Ghifari sebagaimana dikutip dalam Tarikh Thabari
(Jil. I, hal. 152).
Patut
kita perhatikan bahwa dalam memilih pemimpin, Nabi Adam menjadikan ketakwaan,
kecerdasan dan ketaatan sebagai kriteria utama. Nabi Adam mengenepikan faktor
usia, postur tubuh, kekuatan fisik dan aspek-aspek lainnya.
Nasehat
Nabi Adam A.S kepada Nabi Nabi Syith A.S
(1)
Janganlah kamu merasa tenang dan aman hidup di dunia. Karena aku merasa tenang
hidup di syurga yang bersifat abadi, ternyata aku dikeluarkan oleh Allah
daripadanya.
(2)
Janganlah kamu bertindak menurut kemahuan isteri - isteri kamu. Kerana aku
bertindak menurut kemahuan isteriku (Zaujah), sehingga aku memakan pohon
terlarang, lalu aku menjadi menyesal.
(3)
Setiap perbuatan yang kamu lakukan, renungkan terlebih dahulu akibat yang akan
ditimbulkan. Seandainya aku merenungkan akibat suatu perkara, tentu aku tidak
tertimpa musibah seperti ini.
(4)
Ketika hati kamu merasakan takut akan sesuatu, maka tinggalkanlah ia. Karena
ketika aku hendak makan buah khuldi (buah larangan), hatiku merasa takut,
tetapi aku tidak menghiraukannya, sehingga aku benar - benar menemui
penyesalan.
(5)
Bermusyawarahlah mengenai suatu perkara, karena seandainya aku bermusyawarah
dengan para malaikat, tentu aku tidak akan tertimpa musibah.
Semua yang terurai di atas adalah cara dan
sarana. Pembaca, bisa mencari cara dan sarana di tempat yang lebih baik. Namun
menjaga hati, wajib bagi kita. Karena, hatilah yang akan mewarnai seluruh
anggota badan lainnya, berikut output yang dihasilkannya.
Dalam
Kisah Lain di cetus kan :
Wahab
bin Munabbih mengatakan, ketika Adam meninggal, Nabi Syith A.S telah berusia
400 tahun. Dia telah diberi tabut, tali, pedang, dan kudanya yang bernama
Maimun yang telah diturunkan kepadanya dari surga. Apabila kuda itu meringkik,
semua binatang yang melata di bumi menyambutnya dengan tasbih. Nabi Syith A.S telah
diwasiati untuk memerangi saudaranya, Qabil. Dia pergi untuk memerangi Qabil
dan akhirnya perang itu pun berkecamuk. Itulah perang pertama yang terjadi
antara anak-anak Adam di muka bumi. Dalam peperangan itu, Nabi Syith A.S memperoleh
kemenangan dan dia menawan Qabil.
Qabil
sebagai tawanan berkata, “Wahai Nabi Syith A.S, jagalah persaudaraan di antara
kita.” Nabi Syith A.S berkata, “Mengapa engkau sendiri tidak menjaganya? Engkau
telah membunuh saudaramu, Habil.” Kemudian Qabil ditawan oleh Nabi Syith A.S;
kedua tanganya dibelenggu di atas pundaknya, dan dia ditahan di tempat yang
panas sampai meninggal. Anak-anak Qabil bermaksud menguburkannya. Tiba-tiba
Iblis datang kepada mereka dalam rupa malaikat. Iblis berkata kepada mereka,
“Jangan dikubur di dalam bumi.”
Iblis
membawakan dua batu hablur yang telah dilubangi tengah-tengahnya. Dia menyuruh
mereka memasukkan Qabil ke dalam ruang antara dua batu hablur itu,
memakaikannya pakaian terindah dan meminyakinya dengan ramuan-ramuan tertentu
sehingga dia tidak akan mengering. Lalu Iblis menyuruh mereka menyimpannya di
sebuah rumah, diletakkan di atas kursi yang terbuat dari emas dan memerintahkan
kepada setiap orang yang masuk ke rumah itu untuk bersujud kepadanya sebanyak
tiga kali. Iblis memerintahkan kepada mereka untuk merayakan upacara setiap
tahun untuknya dan berkumpul di sekitarnya. Kemudian Iblis mewakilkan urusan
ini kepada setan. Syaitan yang terkutuk itulah yang kemudian berkomunikasi
dengan mereka sehingga manusia terus-menerus sujud kepada Qabil. Oleh itu Qabil
adalah manusia pertama yang membunuh dan menjadi Berhala pertama dalam sejarah
kemanusiaan yang disembah oleh manusia lain.
Sementara
Nabi Syith A.S setelah dia menunaikan tugasnya memerangi Qabil, pulang ke
negeri Hindi (India) dan menetap di sana sebagai juru pemutus yang adil di
antara manusia.
Wahab
bin Munabbih mengatakan bahwa Zaujah (Hawa), istri Adam, meninggal di zaman
anaknya, Nabi Syith A.S Setelah meninggalnya Adam, Zaujah tidak hidup lama,
hanya setahun, dan meninggal di hari Jumat dalam waktu yang sama ketika dia
diciptakan. Diriwayatkan bahwa Zaujah dikuburkan berdekatan dengan Adam.
Setelah kepergian mereka, Allah menurunkan 50 sahifah kepada Nabi Syith A.S Dialah
orang pertama yang mengeluarkan kata-kata hikmah. Dialah yang pertama kali
melakukan transaksi dengan emas dan perak dan orang pertama yang memperkanalkan
jual beli, membuat timbangan, dan takaran. Dan dialah orang pertama yang
menggali barang tambang dari dalam bumi.
Selanjutnya,
Nabi Syith A.S mempunyai seorang anak
laki-laki yang diberi nama Anusy. Di kening Nabi Syith A.S terdapat cahaya Muhammad saw yang berpindah
kepadanya dari Adam. Setelah Anusy lahir, cahaya tersebut berpindah ke
keningnya. Oleh karena itu, Nabi Syith A.S tahu bahwa ajalnya sudah dekat. Dia melihat
rambut-rambut yang diberikan oleh Adam dan ternyata dia melihat rambut-rambut
tersebut telah memutih. Maka, pada tahun itu Nabi Syith A.S meninggal dunia
dalam umur 1042 tahun.
Wahab
bin Munabbih mengatakan, setelah Nabi Syith A.S meninggal, dia digantikan oleh anaknya, Anusy.
Sebelum meninggal, Nabi Syith A.S menyerahkan
tabut, tali, suhuf, dan cincin kepada Anusy. Anusy berperilaku dengan baik dan
memutuskan dengan benar. Kemudian dia menikah dengan seorang wanita yang
kemudian mengandung seorang anak. Setelah anak itu lahir, cahaya Muhammad saw
yang ada pada Anusy pindah ke wajahnya. Anak tersebut diberi nama Qainan. Anusy
terus melakukan kebiasaannya sampai dia menemui ajalnya. Sebelum meninggal, dia
serahkan tabut dan shuhuf kepada anaknya, Qainan. Dia memberi wasiat dan
mengangkatnya sebagai pengganti setelahnya.
Wahab
bin Munabbih mengatakan, setelah Qainan diangkat menjadi pemimpin setelah
bapaknya, dia muncul di antara manusia dengan adil. Menjalankan perilaku yang
baik, kemudian menikah dengan seorang wanita yang bernama Uthnuk. Dari
pernikahan tersebut, Uthnuk mengandung seorang anak laki-laki. Setelah lahir,
anak tersebut diberi nama Mahlaila dan cahaya Muhammad saw pindah ke keningnya.
Selanjutnya, Qainan sakit, yang membawanya kepada kematian. Maka, dia serahkan
tabut dan suhuf kepada anaknya dan mengangkatnya sebagai penggantinya.
Berikutnya Mahlaila meninggal dan cahaya beralih ke anaknya yang bernama Yarid.
Yarid pun meninggal dan cahaya itu berpindah ke anaknya yang bernama Ukhnukh,
yang kemudian dikenal dengan Idris.
*Manakala, Zaujah terus menunggu kepulangan Syith-nya. Rupa-rupanya Syith Zaujah yang menemui Si Iblis
Laknatullah tadi, gagal mendapat jawapan dari Iblis Laknatullah. Kerana anak kunci Syurga ini juga diketahui
oleh Adam. Iblis Laknatullah tidak mahu
mengajarnya kalimat Tauhid ini dan Syith Zaujah pergi mengikuti sang gurunya tadi
buat selamanya... Apakah Syith Zaujah yang mengikut Iblis Laknatullah ini
adalah Dajjal Al-Masikh yang bakal muncul dipersada Dunia tidak lama lagi???
Syith Zaujah ini merupakan satu-satunya makhluk yang terjadi hasil
dari kemampuan Iblis Laknatullah.- pasti ada rahsia besar tentang cerita ini...
-Nabi Syits tidak disebutkan secara jelas dan terang di dalam
Al-Qur’an dan riwayat-riwayat yang menjelaskan mengenai beliau terutama
bersumber dari ahli kitab Yahudi dan Nasrani atau riwayat Israiliyat yang tidak
dapat dipastikan keshahihannya. Ada pula riwayat dari tanah Jawa yang
menyebutkan bahwa beliau adalah putra Nabi Adam yang setelah ayahnya wafat,
maka beliau mengembara dan tiba di suatu daerah, lalu beliau menetap disitu
kemudian beranak pinak dan keturunan dari beliau inilah yang kemudian menjadi
leluhur raja-raja di tanah Jawa. Terhadap kisah gharib yang tak ada
asal-usulnya ini, cukuplah kita katakan, Allah-lah yang Maha Mengetahui hal-hal
yang ghaib.
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI MISTERI. MAKA, FIKIR-FIKIRKANLAH....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!