ALLAH
S.W.T
Berfirman
:
"Maka
pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang
tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang
yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah)
sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan)
tanda-tanda kekuasaan Kami!"
[
Q.S.YUNUS 10 : 92 ]
RASULULLAH
NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda
:
“Sesungguhnya
ALLAH S.W.T menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit
( menerusi hujan ) ke bumi iaitu Besi, Api, Air dan Garam.”
Daripada
Abdullah Bin Umar Al-Khattab R.A
[
H.R.S : Imam Abu Muhammad al-Husain Ibn Mas'ud
al-Farrâ` al-Baghawiy Ra. A. ]
“Penghulu
segala lauk-pauk kamu ialah Garam. Tiadalah akan baik makanan itu melainkan
dengan Garam."
Daripada Anas Bin Malik R.A
[
H.R.S : Imam Ibnu Majah Ra. A. ]
"Sesiapa
yang memulakan minum & makan dengan memakan secubit garam, ALLAH S.W.T akan
hindarkan 330 jenis penyakit, yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut
dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH S.W.T sahaja."
[
H.R.S : Imam Abu Bakar Al-Bazzar Ra. A. ]
“Antara
tanda-tanda kekuasaan ALLAH itu ialah Dia menciptakan Garam dalam Laut yang
kemudiannya menjadi salah satu asbab mengapa tubuh Firaun tidak reput di dunia
ini. Terjaminnya jasad Fir’aun dari kerosakkan adalah kerana Garam Laut itu
lebih mempengaruhi jasadnya untuk tidak musnah. Tetapi askar-askarnya yang lain
musnah bukan sebab garam tetapi sebab unsur lain. Tetapi dalam hal Fir’aun, Garam menjadi salah
satu asbab tubuhnya masih kekal sehingga kini dan dipamerkan di Muzium. Lihat
sahaja bagaimana Fir’aun-fir’aun lain yang dimumiakan. Mereka menggunakan garam! Inilah rahsia GARAM yang pada zaman Islam ia
telah dibongkar melalui sunnah-sunnah nabi Muhammad S.A.W.”
Garam,
juga dikenali sebagai garam makan atau garam batu, ialah sejenis galian yang
komponen utamanya ialah natrium klorida. Ia penting untuk kehidupan manusia dan
haiwan dalam kuantiti kecil, namun berbahaya jika berlebihan. Rasa garam
(masin) merupakan salah satu daripada rasa asas manusia. Garamlah yang
menyebabkan laut terasa masin.
Kebanyakan
garam digunakan sebagai garam makan, dan berfungsi sebagai penyedap makanan
namun sejak akhir-akhir ini garam juga digunakan dalam industri perubatan.
Sebagai contoh, kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan sesuatu komposisi
kimia yang berlebihan dalam badan pesakit.
Garam
juga merupakan satu komposisi kimia yang berupaya untuk dijadikan sebagai bahan
dagangan. ini adalah kerana garam pada masa kini merupakan satu bahan yang amat
diperlukan sama ada digunakan dalam bidang perubatan, pertanian mahupun dalam
bidang pembuatan makanan.
Pada
masa dahulu harga garam adalah sangat mahal.Ini adalah kerana terdapat sebuah
negara yang membayar gaji tenteranya dengan garam dan dari situlah kata nama
'gaji' dalam bahasa Inggeris dicipta iaitu 'salary' yang diambil daripada
perkataan Latin yang bermaksud 'garam'
Selain
itu, pada zaman penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu pada awal 1940-an, garam
juga boleh dikategorikan sebagai barang mewah. Ini adalah sesebuah rumah
ataupun keluarga boleh dianggap mewah dan berada jika mempunyai garam kerana
pada masa itu garam amat sukar untuk diperolehi.
Natrium
klorida, juga dikenali dengan garam biasa, garam makan atau halit, adalah satu
sebatian kimia yang menyebabkan kemasinan laut dan juga cecair dalaman dalam
organisma multisel. Sebagai perencah utama dalam garam makan, ia biasanya
digunakan sebagai pengawet makanan, contohnya ikan masin, dll.
Antara
kegunaan garam dalam perubatan Islam:
Dalam
kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari
badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:
1.
PENYAKIT GHOUT – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir
laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 –
2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang
bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain. Guna cara yang sama
seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut.
Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.
2.
ANTI - MABUK semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air
suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan
3.
PENCETUS TENAGA BADAN : Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat
seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.
Boleh juga diminum ketika hendak tidur di waktu malam.
4.
PENCUCI PERUT : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.
5.
UBAT GIGI yang mujarab : secubit garam
untuk memberus gigi di selepas makan atau selepas bagun tidur dan pada waktu
alam ketika hendak tidur. Walaupun ada
gigi yang berlubang atau sakit, hanya dengan beberapa kali berkumur dengan air
garam selama 3 kali baca Al-Fatihah pasti akan meneutralkan kesakitan dna
membunuh kuman dna bakteria mulut.
6. UBAT KETIAK:
dua cubit garam dan sedikit air panas. Digaulkan sehingga suam dna
dilumur atau dibasakan ketiak akan menghilang bau ketika dengan cepat. Gunakan setiap hari ketika hendak tidur.
7.
UBAT KELUMUMUR: sesudu garam kasar
dengan air suam segelas. Gunakan untuk mencucui rambut dan biarkan sehingga ia
kering sendiri.
8. PAGAR AURA GARAM : Dengan baca BISMILLAH 7 Salawat Nabi - Garam
kasar ditabur disekeliling rumah kediaman akan menghalang anasir dan kuasa2
hitam jahat seperti Syaitan Jin dan Manusia serta serangga dan kuman2
disekeliling rumah.
9.
Anak yang selalu mengigau, ambil segenggam garam kasar diletakkan di dalam
piring kemudian diletakkan di sebelah atas kepala anak tersebut semasa
tidurnya. Insyaalah tidak mengigau lagi.
10.
Tabur garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di hutan/pantai.
Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan benda/kain tebal
kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin.
Amalan
Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini
dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk
menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
Pada
zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam
.Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan
mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .Apabila dipenjarakan,
mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam
.Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap
lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.
Dalam
Hadis riwayat Al – Bazzar juga turut menjelaskan tentang cara pengambilan garam
mengikut sunnah, guna ibu jari dan jari telunjuk, diikuti jari manis, jari
kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam.
Sekiranya
anda mencubit garam itu dari bekasnya, garam itu khas untuk anda sahaja. Garam
tersebut tidak boleh dicampur dengan orang lain kerana ia berkaitan dengan
sistem penghadaman dan energi anda. Kalau perlu asingkan dari bekasnya.
Namun
demikian, janganlah pula kita tersilap dalam memilih garam untuk dijadikan
amalan sunnah. Mengikut kajian yang dijalankan oleh para pakar sains pemakanan,
garam gurun (garam asli ) yang dijadikan amalan oleh Nabi tidaklah sama
kandungannya dengan garam yang kita gunakan seharian untuk tujuan memasak.
Garam
biasa mempunyai kandungan sodium yang tinggi dan campuran asid dan kotoran lain
yang boleh memudaratkan kepada penggunanya apatah lagi kepada mereka yang telah
berpenyakit.
Garam
gurun sebenarnya mengandungi potassium, magnesium dan lisina yang tinggi
manakala kandungan sodiumnya pula rendah. Perbezaan ini boleh dilihat dengan
mendedahkan garam biasa dan garam gurun kepada udara. Garam gurun akan bertukar
menjadi cecair dalam masa kira-kira 12 jam manakala garam biasa terus tiada
perubahan daripada bentuk asalnya.
Amalan
mengambil secubit garam gurun (garam asli) sebelum dan selepas makan akan
menggalakkan setiap makanan yang dimakan seperti protein akan dicerna dan
diurai kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu dan dipam atau diberikan
tekanan melalui sistem pembersihan buah pinggang.
Spekulasi
yang mengatakan bahawa garam menjadi punca darah tinggi adalah salah. Punca
darah tinggi terjadi disebabkan cara penggunaan garam yang salah ketika
memasak. Kebanyakan orang akan memasukkan garam ke dalam masakan seperti gulai
dan sebagainya ketika memasak, sedangkan cara yang betul adalah dengan
membiarkan gulai tersebut selama 10 minit selepas di angkat dari api, kemudian
barulah garam dimasukkan ke dalam gulai tersebut.
Ini
kerana pantang garam adalah suhu panas, kerana apabila garam dipanaskan maka
sifat ‘ion negatif’ akan rosak. Ini bermakna yang hilang adalah ‘klorida (CL)
berion negatif’, yang tinggal hanyalah natrium ion positif yang bersifat asid.
Yang diperlukan dalam garam adalah klorida dan ion negatif, kerana klorida
inilah yang memegang zat besi dan oksigen.
Jika
klorida di dalam garam berkurangan, ini bermakna oksigen di dalam garam akan
berkurangan. Apabila oksigen di dalam garam berkurangan ini akan menyebabkan
darah tidak boleh bergerak sendiri. Seterusnya jantung terpaksa pam darah
dengan kuat. Pengurangan oksigen akan menambah karbon dioksida di dalam darah.
Inilah yang di panggil darah tinggi.
Selain
itu, jin takut kepada garam disebabkan garam mempunyai kandungan oksigen yang
tinggi. Oksigen adalah tertakluk di dalam sifat nur. Jadi, inilah penyebab
kepada jin atau syaitan takut dengan garam.
Disebabkan
itu juga, garam digunakan untuk menghalau jin, syaitan dan sewaktu dengannya.
Berdasarkan hadis-hadis yang disebutkan tadi, menjelaskan bahawa garam suatu
unsur yang dianugerahkan oleh Allah demi kebaikan untuk kegunaan manusia, malah
mempunyai banyak khasiat terhadap kesihatan. Tanpa garam sudah tentu setiap
masakan atau lauk pastinya tidak sedap dan terasa tawar. Sebab itulah garam
dikatakan ‘penghulu segala lauk’.
Garam
Sunnah dan Pengamalannya. * Ambil secubit garam sunnah mengikut panduan yang
diberikan . Guna ibu jari dan jari teliunjuk, diikuti jari manis , jari
kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam ( 4 X ).
Kalau boleh jangan campur dengan orang lain . Kalau anda mencubit garam itu
dari bekasnya . Ia khas untuk anda sahaja . Berkaitan dengan sistem penghadaman
dan energy anda. Kalau perlu asingkan dari bekasnya. Amal sebelum dan selepas
makan dapat hindari 330 jenis penyakit paling kurang , kusta , gila, sakit
gigi, keracunan, sakit kepala ,melancarkan sistem penghadaman secara semulajadi
dan selebihnya hanya ALLAH S.W.T yang mengetahui ( cara perubatan Rasulullah
SA.W ). Cara lain – Ambil satu sudu kecil teh garam sunnah cairkan dan minum
dalam keadaan perut kosong . Kemudian minum air mineral sebanyak banyaknya 2
hingga 3 liter padu air sepanjang hari.
KELEBIHAN
GARAM AMALAN RASULULLAH S.A.W MEMAKAN SECUBIT GARAM SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN
KINI DIBUKTIKAN OLEH SAINS BAHAWA TABIAT INI MENAMBAHKAN KEBERKESANAN PERUT
UNTUK MENGHADAM MAKANAN DAN MENGHINDARKAN PERUT DARI MENYERAP RACUN. Ternyata
berkesan menghilangkan pelbagai penyakit. Garam Bukit Tulen sebagai minuman
Kesihatan LARUTAN TEPU GARAM BUKIT TULEN (SOLE BRINE) TERAPI KRISTAL Tubuh
manusia memerlukan garam termasuk elemen
-elemen
kelumit. Meminum larutan garam dari hablur garam bukit tulen dapat merangsang
sistem pencernaan dan metabolisma. Larutan ini juga dipercayai : 1) Menyumbang
tenaga semulajadi yang tersimpan dalam struktur hablur garam dan tubuh dapat
menggunakannya selama 24 jam. 2) Membantu memperseimbang kealkalian / keasidan
dalam tubuh dan meneutralkan tekanan darah. 3) Membantu melarutkan dan menyah
mendapan yang boleh mengakibatkan pembentukan "batu" dan pelbagai jenis
rheumatisme seperti arthritis, batu hempedu dan batu karang. 4) Membantu
meredakan rasa ketagihan. Ketagihan gula dan alkohol hilang sebaik sahaja
pengambilan awal larutan tepu garam bukit tulen. Profesor Peter Ferreira,
seorang pakar biofizik berbangsa German telah menjalankan beberapa jenis
ujian-ujian klinikal ke atas pesakit-pesakit yang mengambil larutan tepu Garam
Bukit pada setiap hari dan Melaporkan keputusan berikut: a) Pesakit-pesakit
mengalami kehilangan Logam-logam berat dari tubuh seperti Plumbum,
Merkuri(Raksa) dan Arsenik b) Pengungkaian enapan-enapan Kalsium c) Proses
detoksifikasi perlahan tetapi berkesan d) Memperseimbang pH darah. RENDAMAN
KAKI GARAM BUKIT TULEN TERAPI KRISTAL Rendaman kaki Garam Bukit Tulen Terapi
Kristal sangat sesuai digunakan semasa sedang berehat sambil menonton TV dan
membaca. Ia sangat berkesan untuk melegakan keletihan dan kelenguhan. Kekerapan
menggunakannya dapat mengembalikan kesegaran anda. 1. Melancarkan peredaran
darah seluruh badan. 2. Membantu membuang toksin dari badan dan dapat
mengelakkan virus. 3. Melegakan kesakitan otot, lenguh-lenguh, sakit-sakit
sendi, sengal-sengal dan kekejangan otot kaki. 4. Mengurangkan kesakitan dan
keletihan kaki setelah seharian berdiri dan berjalan. 5. Membantu merawat tumit
kaki yang merekah. 6. Mengurangkan pening, migrain, angin, lemak 7.
Menghilangkan gatal-gatal, kaki berair (kulat air), kaki pecah, kaki berbau 8.
Melancarkan perjalanan darah, mengurangkan toksid, lemak/kolestrol di samping
mengaktifkan perjalanan darah. 9. Mengurangkan kesakitan dari sakit gout Amalan
mandi dengan air garam bukit adalah satu keperluan harian untuk merasai
kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang
telah kehilangan tenaga dan getarannya.Berendam dengan air garam bukit tulen
akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis
bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh.
Jin
dan Syaitan amat takut dan sensitif terhadap Garam. Mereka lemah dna mati apabila dibasahi air
garam yang dibacakan Bismillah. Ini merupakan perubatan sihir yang sangat
efektif.Pelbagai
penyakit dapat disembuhkan dan dicegah melalui pengambilan garam cara Sunnah
nabi Muhammad SAW. Ajaran
bahawa Garam mengakibatkan DARAH TINGGI adalah ajaran orang kafir dan munafiq
yang mahu memusnahkan sunnah nabi dan Islam secara perlahan-lahan. Ini merupakan fitnah yang menular kemas
dikalangan umat Islam hari ini....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!