TIPS SIHAT : JANGAN
LAKUKAN PERKARA INI SELEPAS MAKAN!
JANGAN MANDI!
Apabila anda mandi,
suhu bandan kita akan meningkat. Untuk menghadapi keadaan ini, badan anda akan
menghantar darah lebih kepada kulit anda daripada biasa. Ini boleh menggangu
proses pencernaan anda dan menjadikan sistem metabolisme anda menjadi perlahan.
Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan
menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ia bukan sahaja akan
melemahkan sistem pencernaan di dalam perut malah boleh membuat kita buncit. Masa terbaik untuk mandi adalah 30 minit sebelum
atau selepas anda makan.
JANGAN MINUM TEH O
ATAU PUN TEH SUSU!
Setengah daripada
anda akan minum secawan teh panas selepas makan dan ia adalah sebahagian
daripada rutin anda selepas makan, Tetapi kajian menunjukkan bahawa minuman
yang tidak berbahaya ini akan menggangu penyerapan zat besi dan mineral yang
memainkan peranan penting dalam badan manusia. Oleh itu, kanak-kanak, wanita
hamil dan mereka yang menderita kekurangan zat besi harus mengelak daripada
minum teh dalam masa sejam selepas makan. Adalah lebih baik anda gantikan teh
dengan secawan teh yang sudah sedia maklum tidak boleh diminum dengan perut
kosong atau kalau boleh hadkannya kepada segelas air kosong.
JANGAN TIDUR!
Mitos bahawa makan
sebelum tidur akan menyebabkan berat badan meningkat telah lama dinafikan.
Namun bagaimanapun, anda tidak boleh mengabaikan bahaya akibat makan sebelum
tidur. Jangan terus tidur atau baring sebaik sahaja selepas makan. Selain akan
menyebabkan kenaikan berat badan ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus
kerana ketika tidur, penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik. Tidur
dengan perut yang penuh akan menyebabkan penyakit seperti pedih ulu hati,
sendawa dan keasidan yang tinggi, Di samping itu, ia telah membuktikan bahawa
tidur selepas makan tengah hari atau makan malam boleh meningkatkan risiko
strok. Pakar bersetuju bahawa ia adalah lebih baik jika tidur tidak kurang
daripada 2 jam selepas makan.
JANGAN BERSENAM!
Tidak kira betapa
menariknya idea dengan memberikan badan anda tenaga dengan makanan kemudian
pergi keluar bersenam, jangan lakukannya. Beban bersenam dengan perut penuh
akan membawa kepada rasa tidak selesa seperti tersedu dan loya atau juga kesan
yang lebih serius seperti peningkatan risiko trauma dan sawan. Jika anda tidak
boleh menahan diri anda dari terus bersenam selepas makan, ia adalah lebih baik
jika anda menghadkan diri kepada berjalan kaki dan mulakan senaman anda
sekurang-kurangnya dua jam kemudian.
JANGAN MEROKOK!
Hampir semua sistem
dalam badan anda akan terlibat dalam proses pencernaan yang aktif. Pada ketika
ini, nikotin akan diserap secara dua kali ganda dan sekaligus menambahkan semua
kesan berbahayanya. Di samping itu, ia membuktikan bahawa tembakau boleh
menghalang penyerapan vitamin dan mineral, termasuk kalsium dan vitamin C dan D
bahkan mengurangkan khasiat dari makanan yang paling sihat. Sudah tentu, ia
lebih baik jika boleh merokok sepenuhnya tetapi jika anda sentiasa merokok dan
tidak boleh berhenti merokok selepas makan, berikan badan anda 30 minit tanpa
merokok SELEPAS MAKAN ATAU SEBELUM MAKAN.
JANGAN MAKAN
BUAH-BUAHAN!
Makan buah-buahan
sejurus selepas mengambil makanan berat akan menyebabkan perut kembung. Untuk
pemakanan yang lebih sihat, buah-buahan boleh diambil 1 hingga 2 jam SELEPAS makan
atau seeloknya 1 jam SEBELUM makan.
JANGAN MINUM AIS!
Minum air yang
mengandungi ais sebelum, semasa dan selepas makan akan melambatkan proses
pencernaan perut kerana air sejuk akan
membekukan makanan berminyak yang baru dimakan. Apabila lemak-lemak ini
terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran sehingga
menyebabkan lemak berkumpul dan mengundang pelbagai penyakit terutama KANSER dan
SERANGAN JANTUNG.
JANGAN MELONGGARKAN
TALI PINGGANG!
Melonggarkan tali
pinggang selepas makan secara tiba-tiba
boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat. Kes sebegini kerap dilakukan
kerana berasa terlalu kenyang selepas makan. Jika ingin longgarkan tali
pinggang, seeloknya lakukan sebelum makan.
DR. X
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!