Meneliti sihir dan adanya jin dalam tubuh
Bagaimana hendak membezakan orang yang
tersihir dengan orang yang kemasukan jin? Orang yang tersihir biasanya,
mengeluhkan sesuatu yang tertentu yang datang begitu tiba-tiba, misalnya dia
tiba-tiba membenci isterinya, padahal dia begitu mencintainya. Kebencian itu
muncul tanpa sebab-sebab yang jelas. Atau mengeluh kerana rasa sakit pada
seluruh tubuhnya yang datang dengan tiba-tiba. Lazimnya ia merupakan sihir yang
disertai keterlibatan jin. Jin seperti ini adalah jin jenis yang merbahaya.
Sedangkan orang kemasukan jin, kalau tidak
tiba-tiba menyendiri, pasti masih bergaul di tengah orang ramai, namun mengamuk
dan melakukan kejahatan. Wajahnya akan berubah dari saat ke saat, yang
kadang-kadang merah, kadang-kadang hitam. Perubahan warna itu kadang-kadang terjadi
hanya pada sebahagian wajahnya. Di samping itu akan disertai mimpi-mimpi yang
menakutkan, bahkan bertentangan, misalnya dia merasa jatuh dari tempat yang
tinggi tetapi terlihat begitu takut dan kesakitan. Atau mengigau dengan
mengucapkan perkataan-perkataan yang tidak kaharuan.
Di bawah ini adalah cara yang boleh
mengetahui adanya sihir atau kemasukan jin dengan menguji si pesakit,
berdasarkan ayat Al-Qur’an.
1. Bacalah AYAT akhir Surah Ibrahim pada
telapak tanganmu :
2. Lanjutkan dengan akhir Surah Al-Mu’minin :
3. Selanjutnya teruskan Surah Al-Falaq :
4. Seterusnya Surah An-Nas :
Ketika membaca ayat-ayat di atas, letakkan
mulutmu di telapak tangan kananmu, sehingga nafasmu atau sebahagian dari
ludahmu mengenainya. Kemudian hulurkan telapak tanganmu itu di depan mata si
pesakit DAN mintalah dia melihatnya.
Kalau
si pesakit itu sama sekali tidak boleh melihatnya atau penglihatannya silau
atau nanar atau melihat tapak tanganmu berwarna sangat merah atau hitam atau
melihat banyak salib di telapak tanganmu itu atau tiba-tiba kepalanya terasa
pening atau menunjukkan suatu gejala yang muncul secara tiba-tiba, maka si
pesakit itu tidak diragukan, terkena sihir ataupun kemasukan atau kedua-duanya
sekali.
Yang berkaitan
dengan hubungan suami-isteri
Ambillah tujuh
lembar daun sirih hijau atau daun teratai. Tumbuklah sehingga lumat. ( Boleh
juga dilakukan menggunakan mesin blender ).
Masuk tumbukan
daun sirih atau daun teratai itu dalam satu mangkuk besar. Isi dengan air
secukupnya untuk minum dan membasuh seluruh badan.
Letakkan telapak
tangan kananmu pada air yang sudah diisi tumbukan daun sirih.
Sentuhkan bibirmu
pada mangkuk, sehingga nafas atau air ludahmu mengenainya.
Bacakan ayat
berikut ini dan arahkan pada air tersebut :
1.) Ayat Kursi :
2.) Lanjutkan
dengan Surah Al-Kafirun :
3.) Lalu Surah
Al-Ikhlas :
4.) Berikutnya
Surah Al-Falaq :
5.) Selanjutnya
Surah An-Nas :
6.) Berikutnya,
ayat sihir dalam Surah Al-A’raf :
7.) Lalu ayat
sihir dalam Surah Yunus ayat 79 – 82 :
8.) Terakhir, ayat
sihir dalam Surah Thaha ayat 65 – 69 :
Setelah selesai
bacaan ayat-ayat di atas, minumlah air itu kepada si sakit, kemudian mandikan
ia dengannya. Ulangi seminggu kemudian dan sesudah itu, Insya’ Allah, sihir itu
tidak akan datang lagi.
.
Mengusir atau
membunuh jin
Bagaimana caranya
untuk mengusir atau membunuh Jin yang jahat dan membangkang? Orang yang berusaha
mengusir atau membunuh jin, tidak boleh tidak, haruslah orang yang betul-betul
bertakwa kepada Allah, percaya akan pertolonganNya, selalu mematuhi
ketentuanNya, dan selalu dalam keadaan berwhudu’. Menyingkirkan segala macam
gambar atau patung dari tempat yang akan dijadikan tempat rawatan.
Sebab,
gambar-gambar dan patung-patung itu memiliki daya tarik yang kuat bagi jin.
Jika si pesakit seorang wanita, maka hendaknya dia memintanya berwhudu’, lalu
berbaring dengan kedua kakinya ditutupi selimut. Sebagai usaha berhati-hati,
hendaknya diletakkan mushaf di atas kepala si pesakit tepat di arah pandangan
matanya, sehingga jin tidak keluar dari tubuhnya lalu menghalang pandangan
matanya.
Ada baiknya juga
jika dletakkan mushaf di arah antara pusat dan auratnya. Selanjutnya hendaklah
meminta kepada salah seorang yang soleh untuk memegang hujung telapak kaki
kirinya atau telapak kaki kanan dan kirinya jika diperkirakan jinnya lebih dari
satu, atau jinnya mengaku beragama Islam dan mengatakan bahawa dia adalah jin
Sufi, yang merupakan jenis jin sangat berbahaya. Kemungkinan besar, jin jenis
ini adalah jin yang sangat mudah menerima kebenaran Islam dan bersedia keluar
dari tubuh si pesakit kerana tunduk atas perintah Allah.
Di tengah-tengah
bacaan Ayat Ruqyah itu tadi, bolehlah anda memohonkan kutukan Allah untuknya,
( *** Anda boleh
mengulanginya dengan kutukan kepadanya yang berbunyi, “Aku mengutukmu dengan
kutukan Allah yang sempurna,” sebagaimana halnya, anda pun boleh mendo’akan
kehancurannya. )
atau mengajaknya
berdialog. Tetapi kalau lemah, dia akan diam saja. Kalau dia mahu berbicara,
ajaklah dia masuk Islam. Mudah-mudahan melalui dirimu, Allah memberi petunjuk
kepadanya.
Tetapi kalau dia
bertahan dalam kekafirannya, maka diharapkan tidak begitu saja membunuhnya.
Ingatlah akan Firman Allah : Tidak ada paksaan dalam memasuki Agama Islam:
Biasanya dia akan meminta izin kepadamu untuk keluar. Kalau sudah begitu,
katakan kepadanya, “Keluarlah dari ibu jari kaki sebelah kiri.” Kemudian
ambillah minyak wangi dan urutlah ibu jari kaki kiri itu sebanyak tiga atau
empat kali, agar dia keluar dari pintu yang anda bukakan melalui urutan
tersebut, sesudah dia berjanji untuk tidak mengulangi kezalimannya.
Jika ada jin degil
dan lemah, sehingga tidak mahu berbicara, dan bagaimana hendak mengetahui
bahawa dia telah keluar, ulangi bacaan-bacaan di atas. Kalau si pesakit sekali
lagi merasakan kesakitan atau pening, sesak nafas atau lehernya dicekik, atau
lumpuh pada bahagian anggota tubuhnya, atau sekujur tubuhnya menunjukkan
kejang-kejang atau melihat si pesakit berusaha menutupkan jari-jarinya pada
matanya, maka cegahlah dia melakukan hal itu. Sebab, yang demikian itu
merupakan was-was yang dibuat jin tersebut dari dalam dirinya agar jin tersebut
boleh menutupi matanya. Semuanya itu merupakan bukti bahawa jin ada dalam
tubuhnya, dan bahawasanya dia telah berdusta.
Tiba di situ
bolehlah mengusirnya dengan mengambil segelas air. Letakkan bibirmu di gelas,
lalu bacalah Ayat Kursi, sepuluh ayat pertama surah Ash-Shaffat, Al-Falaq dan
An-Nas, lalu minumkan air itu kepada si pesakit. Saat itu, maka jin tersebut
akan mati dalam tubuh si pesakit. Segera ulangi mengambil air dan membacakan
ayat-ayat tersebut beberapa kali, lalu minumkan kepadanya satu gelas air yang
dicampur dengan garam, agar jin yang mengeram dalam perutnya dapat dimuntahkan.
Kalau si pesakit tidak dapat muntah, tetapi ini jarang terjadi, maka jin
tersebut akan keluar saat si pesakit buang hajat di kamar mandi.
.
Cara mengusir jin
yang tinggal dalam rumah
Jika kita
benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 )
perkara yang harus kita lakukan :-
1) Hendaklah ada
dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di
rumah itu bacalah ayat tersebut :
1.) Bacaan ini
hendaklah diulang sebanyak tiga kali.
Aku ingatkan
kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah
dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah
kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun.
2) Setelah itu
jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah
bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya
dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut
:
2.) Kemudian
bacalah ayat-ayat lanjutan ini.
Dengan nama Allah,
kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang
dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami
berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari
kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan
jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang
menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu
yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari,
dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari
dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala
sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari
kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk
yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang
lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh
Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang
kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan
dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.
Aku berlindung
kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang
direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. “Demi
(kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang
dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya
Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara
keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias
langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya
sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu
tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka
dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa
yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi
(pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.
Selepas itu
bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air
itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera
keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas
dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.
Janganlah kita
meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir
dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah
kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang
sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon
perlindungan dengan kekuasaan-Nya.
.
Tanda-tanda
gangguan jin
Tanda-tanda pada
waktu tidur
Sangat susah tidur
pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
Rasa cemas dan
sering terbangun pada waktu malam.
Mimpi yang buruk
atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta
pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
Mimpi yang sangat
menyeramkan.
Mimpi melihat
berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa,
serigala atau tikus.
Gigi geraham yang
berbunyi pada waktu tidur.
Tertawa, menangis
atau memekik pada waktu tidur.
Berperasaan sedih
pada saat tidur.
Berdiri serta
berjalan ketika tidur tanpa sedar.
Mimpi seolah-olah
akan jatuh dari tempat yang tinggi.
Mimpi sedang
berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
Bermimpi melihat
orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
Bermimpi melihat
hantu.
Tanda-tanda pada
waktu sedar
Kepala selalu
pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung,
gigi, tekak atau perut.
Selalu lupa dari
zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
Fikiran yang kacau
/ Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
Rasa sakit pada
salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.
.
Berbagai gangguan
jin
Gangguan
sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami
berbagai macam saraf yang tersumbat.
Gangguan tidak
secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti
tangan, kaki atau lidah.
Gangguan yang
berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu
yang sangat lama.
Gangguan seketika,
iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi
buruk.
.
.
Di antara penyebab
gangguan jin
Jin lelaki
kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan
jatuh cinta kepada orang lelaki.
Kerana kezaliman
manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu
barang dari tempat yang tinggi.
Kezaliman yang
dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang
berhubungan dengan perkara ini jin tidak akan dapat mengganggu manusia kecuali
manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat (gembira)lalai
dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.
.
.
Sebab-sebab
masuknya jin ke dalam diri manusia
Kadang-kadang
terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu
dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula
kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara
yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama’ yang membicarakannya.
Berlakunya perkara
tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti
sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia
sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas,
atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk
jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman
dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai
dalam kehidupan manusia yang bodoh.
Jika keadaan
tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang
keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan
kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah
perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada
mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah
dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.
Kepada mereka juga
harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja
menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal
itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas
bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat
kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di
tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.
.
.
Cara jin masuk ke
dalam tubuh manusia
Jin adalah sejenis
makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana
itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga.
Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah :
Ertinya,“Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala”. ( Ar-Rahman: 15 )
Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan
hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.
Ketika jin masuk
ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia
dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para
doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena
penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat
aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang
ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu
memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.
.
.
Perlindungan
terhadap gangguan
Sentiasa berzikir
dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah
kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan
semakin menjauinya.
Mengucapkan
“Bismillah” pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
Hendak melompat
dari tempat yang tinggi.
Terjumpa sesuatu
di atas tanah.
Memasuki tempat
yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
Berzikir kepada
Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada
waktu makan.
Tidak membunuh
ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia
keluar dari rumah.
Tidak mendengar
nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan
perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
Tidak memandang
wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan
muhrimnya.
Jangan tinggal di
rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan
tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit
dan terbenam.
Jangan membuang
air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
Jangan sekali-kali
menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
Hindarkan dari
melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi
syaitan.
Sifat-sifat yang
harus ada bagi perawat
Harus mempunyai
akidah yang benar, bersih dan jernih.
Harus mewujudkan
tauhid yang murni, baik dalam ucapan mahupun dalam perbuatan.
Harus mempunyai
keyakinan bahawa firman Allah sangat berpengaruh untuk menghalau jin dan
syaitan.
Harus mengetahui
hal ehwal jin dan syaitan.
Harus mengetahui
tempat-tempat pintu masuk jin dan syaitan.
Orang yang akan
mengubati sebaiknya orang yang sudah menikah.
Harus menjauhi
perkara yang diharamkan, kerana dengan perkara yang haram tersebut syaitan
menyerang manusia.
Harus mengerjakan
dan melaksanakan berbagai macam ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, kerana
amal tersebut akan dapat mengalahkan syaitan.
Harus sentiasa
mengingat Allah Yang Maha Agung, berzikir kepada-Nya, kerana zikir adalah
merupakan benteng yang sangat kukuh dalam menghadapi syaitan yang terkutuk.
Semuanya ini tidak akan dapat dilaksanakan jika tanpa mengetahui berbagai macam
zikir dan doa harian sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. serta
sentiasa mengamalkannya, seperti doa masuk rumah dan masjid, doa keluar dari
rumah dan masjid, doa waktu mendengar suara ayam berkokok, doa ketika mendengar
suara keldai, doa pada waktu melihat bulan purnama, doa waktu naik kenderaan
dan sebagainya.
Harus sentiasa
memagar diri dengan cara mendekatkan diri kepada Allah.
.
Ayat-ayat pagar
diri sebelum melakukan perawatan
Sebelum memulakan
rawatan, pagar diri anda dan mintalah pertolongan dari Allah S.W.T dengan
membaca Al-Istiadzah dan ayat-ayat di bawah ini :-
أَعُوْذ ُباِللَّهِ مِنَ الشَّيْطَا ِن الرََّجِيْمِ
Aku berlindung
dari Allah dari syaitan yang direjam.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَِن الرَّحِيْمِِ
Dengan nama Allah
yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
بسم الله توكلت على الله لا حول و لا قوة الا بالله العلي العظيم
Dengan nama Allah
aku bertawakal kepada-Nya. Tiada upaya dan kekuatan (atas kami) melainkan Allah
Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi.
Ayat ini diulang
bacaannya sebanyak 3 kali
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شئ في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم
Dengan nama Allah,
yang dengan nama-Nya akan terhalanglah segala di bumi dan di langit, untuk
menimpakan bencana, dan ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
اعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق
Aku berlindung
dengan kalimah-kalimah (ayat-ayat) Allah yang sempurna dari semua kejahatan
yang dicipta-Nya.
.
.
Kemudian mulakan
perawatan
Cara pertama :
Sebelum perawatan dilakukan
Menyiapkan keadaan
yang benar. Keluarkanlah gambar-gambar yang ada di dalam rumah, kerana dengan
demikian malaikat akan berkenan masuk ke dalam rumah.
Mengeluarkan serta
membakar segala bentuk azimat yang ada pada orang yang terkena kerasukan
tersebut.
Membersihkan
tempat dari lagu-lagu dan bunyi alat muzik.
Membersihkan
tempat dari perkara yang akan melanggar syariat, seperti orang lelaki yang
memakai emas dan perempuan yang tidak tutup aurat.
Memberi pelajaran
tentang akidah kepada orang yang kerasukan jin tersebut serta keluarganya,
sehingga menghapuskan rasa ketergantungan hatinya kepada selain Allah.
Menjelaskan
tentang cara pengubatan yang dilakukan tidaklah sama dengan pengubatan tukang
sihir atau dukun, kemudian menjelaskan pula bahawa di dalam Al Qur’an terdapat
ubat penawar serta rahmat, sebagaimana yang telah diberitahukan oleh Allah
S.W.T.
Memerhatikan
keadaan dengan mengadakan beberapa pertanyaan kepada orang yang terkena
kerasukan jin tersebut serta melihat tanda-tandanya. Pertanyaan-pertanyaan
tersebut misalnya :
Apakah engkau
melihat beberapa ekor binatang dalam mimpi?
Berapa ekor binatangkah
yang kamu lihat?
Apakah dalam
mimpimu itu ada binatang yang mengejarmu?
Apakah mimpimu itu
adalah mimpi yang menakutkan?
Apakah mimpimu itu
seolah-olah kamu merasakan akan jatuh dari tempat yang sangat tinggi?
Apakah dalam
mimpimu itu kamu berjalan di tempat yang menakutkan?
Teruskanlah dengan
pertanyaan tentang semua tanda-tanda pada waktu tidur dan pada waktu sedar
(jaga) sehingga kita yakin bahawa orang yang akan diubati itu memang
benar-benar kerasukan jin. Dari pertanyaan-pertanyaan yang diberikan kita dapat
mengira berapa jumlah jin yang mengganggunya. Misalnya, setiap ia bermimpi ia
selalu melihat dua ekor ular, ini bererti ada dua jin yang mengganggunya.
Demikianlah jika
jin yang ada di dalam tubuh seseorang itu tidak mahu berbicara. Akan tetapi
jika telah dijelaskan tentang dirinya dan berkata melalui lidah orang yang
kerasukan jin tersebut, maka tidak perlu lagi dilakukan pertanyaan-pertanyaan
seperti tersebut di atas, kerana perkaranya sudah jelas.
Sebelum melakukan
pengubatan dianjurkan berwudhuk terlebih dahulu begitu juga jika ada orang yang
bersama dengan anda.
Jika yang akan
diubati itu adalah seorang perempuan, janganlah anda memulai pengubatannya
sebelum orang yang akan diubati itu berpakaian menutup aurat.
Janganlah anda melakukan
pengubatan terhadap seseorang perempuan jika tanpa disertai oleh muhrimnya.
Janganlah anda
memasukkan seorang perempuan (seperti ke dalam bilik) jika tanpa disertai oleh
muhrimnya.
Berdoalah kepada
Allah, semoga Allah membantu anda untuk mengeluarkan jin dari tubuh orang yang
sedang diubati tersebut.
.
.
Ayat-ayat ruqyah
Cara kedua :
Pertengahan perawatan
Letakkanlah tangan
kanan anda di atas kepala orang yang kerasukan jin tersebut kemudian
membacakannya di telinga kanannya dengan ayat-ayat ( Ayat Ruqyah ) di bawah ini
:
1. Surah
Al-Fatihah ( ayat 1-7 ) :
2. Surah
Al-Baqarah ( ayat 1-5 ) :
3. Surah Al-Baqarah
( ayat 102 ) :
4. Surah
Al-Baqarah ( ayat 163-164 ) :
5. Surah
Al-Baqarah ( ayat 255 ) :
6. Surah
Al-Baqarah ( ayat 285-286 ) :
7. Surah Al-‘Imran
( ayat 18-19 ) :
8. Surah Al-A’raf
( ayat 54-56 ) :
9. Surah Al-A’raf
( ayat 117-122 ) :
10. Surah Yunus (
ayat 81-82 ) :
11. Surah Thaha (
ayat 69 ) :
12. Surah
Al-Mukminin ( ayat 115-118 ) :
13. Surah
As-Shaffat ( ayat 1-10 ) :
14. Surah Al-Ahqaf
( ayat 29-32 ) :
15. Surah
Ar-Rahman ( ayat 33-36 ) :
16. Surah Al-Hasyr
( ayat 21-24 ) :
17. Surah Al-Jin (
ayat 1-9 ) :
18. Surah
A1-Ikhlas ( ayat 1-4 ) :
19. Surah Al-Falaq
( ayat 1-5 ) :
20. Surah An-Nas (
ayat 1-6 ) :
Ayat2 ruqyah di
atas ini sangat berpengaruh pada jin sehingga akan menghalau dan menjauhkannya
atau menghadirkannya.
Cara ketiga :
Setelah perawatan dilakukan
Cara untuk
mengetahui hadirnya jin
Untuk mengetahui
hadirnya jin, maka perhatikan tanda-tanda ini :
Orang yang
kerasukan jin tersebut memejamkan kedua matanya atau membuka sebesar-besarnya
atau berkedip dengat sangat cepat.
Tubuhnya gementar
dengan sangat kuat atau gementar ringan pada hujung jarinya.
Meronta-ronta
dengan kuat.
Memekik atau
menjerit.
Menyebut namanya.
Setelah
memperhatikan tanda-tanda itu, maka mulailah bertanya kepadanya seperti
pertanyaan di bawah ini :
Siapa namamu?
Apakah Agamamu?
Apakah sebabnya
kamu masuk ke dalam tubuh orang ini?
Apakah kamu
bekerja dengan tukang sihir?
Di manakah kamu
berada di dalam tubuh ini?
.
.
Cara hadapi jin
beragama Islam
Bila anda
menghadapi jin yang beragama Islam maka lakukanlah dua cara iaitu
menganjurkannya dan memperingatkannya. Lakukanlah sesuai dengan sebab maksudnya
ke dalam tubuh tersebut. Jika sebab masuknya adalah kerana kezaliman manusia
kepadanya maka beritahukanlah kepadanya bahawa orang ini tidak mengetahuinya
dan tidak sengaja menyakiti sehingga tidak patut dia dihukum.
Bila masuknya ke
dalam tubuh seseorang itu kerana mabuk cinta kepada manusia, maka jelaskan
kepadanya bahawa perbuatannya itu hukumnya haram. Hendaklah dijelaskan pula
tentang balasan Allah terhadap orang yang berbuat demikian pada hari kiamat.
Kemudian beritahukan kepadanya tentang ancaman seksa Allah dan balasan yang
akan Allah berikan.
Bila penyebab
masuknya itu kerana kezaliman terhadap manusia maka beritahukanlah kepadanya
akan hukuman yang berat yang akan ditimpakan oleh Allah terhadap
hamba-hamba-Nya yang zalim.
Jika jin yang ada
di dalam tubuh seseorang itu mahu menjawab dan mahu keluar, maka ucapkanlah
Al-hamdulillah, tetapi sebelum ia keluar dia harus berjanji kepada Allah, janji
tersebut haruslah anda yang mengucapkan dan melalui lidah orang yang kerasukan
jin itu, jin tersebut mengikutinya, ucapan janji itu ialah :
“Saya berjanji
kepada Allah SWT bahawa saya akan keluar dari tubuh orang ini dan tidak akan
datang lagi kepadanya, juga saya tidak akan masuk ke dalam tubuh kepada salah
seorang dari kaum Muslimin. Jika saya mengingkari janji saya, maka saya akan
dilaknat oleh Allah SWT, para malaikat dan seluruh manusia.”
Setelah itu haruslah
anda pastikan bahawa jin itu benar-benar keluar, kerana banyak di antara jin
yang berbohong, kecuali bagi jin yang benar-benar berlindung kepada Allah.
Bacakanlah penangkal sekali lagi. Jika orang yang kerasukan jin itu masih
terpengaruh mendengar bacaan Al-Quran serta jarinya masih juga gementar, maka
yang demikian itu sebagai tanda bahawa jin itu masih berada dalam tubuhnya.
Jika tidak ada pengaruhnya, jin tersebut telah keluar.
.
.
Cara hadapi jin
kafir
Langkah pertama
yang harus dilakukan, hendaklah anda jelaskan Islam kepadanya secara lengkap,
kemudian suruhlah dia masuk Islam tanpa paksa. Jika dia telah masuk Islam, maka
suruhlah dia bertaubat dan jelaskan kepadanya bahawa taubat yang sempurna itu
ialah melepaskan diri dari berbuat zalim dan hendaklah keluar dari jasad orang
ini.
Langkah yang
kedua, jika dia masih tetap dengan kekafirannya, maka janganlah dia dipaksa
supaya masuk ke dalam Islam, akan tetapi perintahkanlah dia supaya keluar dari
jasad tersebut. Jika ia keluar, maka bacalah Al-hamdulillah. Jika ia tetap
degil, maka ancamlah dia atau boleh anda memukulnya. Akan tetapi janganlah anda
memukul, jika sekiranya anda tidak ‘arif dalam hal itu atau anda tidak dapat
memastikan bahawa pukulan anda itu benar-benar mengenai jin, sebab ada jenis
jin yang dapat mengelak ketika di pukul, sehingga pukulan tersebut mengenai
orang yang kerasukan itu. Jika ingin memukul, lakukanlah pada bahagian tangan,
punggung dan jari.
Langkah yang
ketiga, bacalah surah-surah yang menyakiti jin seperti ayat Al-Kursi, surah
Yasin, surah As-Saffat, surah Ad-Dukhan, surah Al-Jin, surah Al-Hasyr, surah
Al-Humazah dan surah Al-A’la.
Pada umumnya
setiap surah-surah atau ayat yang menyebutkan syaitan atau menyebutkan tentang
neraka dan seksa, akan menyakiti jin. Bila dia sudah menjawab, maka hentikanlah
bacaan ayat Al-Qur’an tersebut atau memberhentikan pukulan, dan memintakanlah
kepadanya supaya ia berjanji kepada Allah dan perintahkanlah ia supaya keluar
dari jasad orang yang dimasukinya itu.
Sebelum mengakhiri
proses pengubatan ini, hendaklah anda mengambil perhatian terhadap kelakuan
jin….. ( muka sebelah )
.
.
Perhatian dengan
kelakuan jin
Kadang-kadang ada
jin yang datang sambil memekik, mengancam dan berjanji. Dalam menghadapi hal
ini janganlah anda takut, akan tetapi pukullah dia dan berilah pelajaran
kepadanya, mudah-mudahan dengan izin Allah, jin tersebut akan diam.
Kadangkala jin itu
mencaci-maki anda, maka janganlah anda marah kepadanya.
Kadangkala jin itu
memuji anda, bahawa andalah orang yang yang soleh dan dia akan keluar demi
menghormati anda. Apabila mendengar perkataan yang demikian ini, maka hendaklah
anda katakan: “Aku adalah seorang hamba yang lemah, keluarlah engkau kerana
taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.”
Kadangkala ada
pula jin pengganggu itu membantah. Dalam menghadapi hal ini hendaklah anda
ambil setengah gelas air kemudian dekatkanlah air itu ke mulut anda dan
bacakanlah ayat-ayat Al-Qur’an iaitu: Sursh Yasin, As-Shaffat, Ad-Dukhan dan Al
Jin. Selepas itu siramilah air tersebut kepadanya, maka jin tersebut akan merasa
kesakitan serta patuh kepada anda dengan izin Allah, dia akan keluar dari tubuh
orang tersebut.
Jika anda ingin
tahu tentang akidah jin tersebut tanpa menanyakannya, maka bacakanlah kepadanya
ayat di bawah ini : ( Sebahagian dari Surah Al-Maidah – Surah 5 : Ayat 72 )
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ | 72
Sesungguhnya telah
kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera
Maryam”.
Kadangkala ada jin
yang lari pada waktu mengucapkan janji. Dalam menghadapi hal ini hendaklah
bacakan berulang-kali di telinga orang yang kerasukan jin tersebut dengan ayat
Al-Qur’an iaitu : (Ar-Rahman 33-36)
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ (33) فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (34) يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ (35) فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ | 36
Hai jemaah jin dan
manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka
lintasilah, kamu tidak akan dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Kepada kamu, (jin dan
manusia) dilepaskan nyalaan api dan cairan tembaga maka kamu tidak akan dapat
menyelamatkan diri (daripadanya). Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu
dustakan?”
Kadangkala ada jin
yang ingin keluar tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya, dalam menghadapi hal
ini, maka hendaklah anda membaca Surah Yasin serta azan di telinga orang yang
kemasukan jin tersebut.
Ayat-ayat
Al-Qur’an yang dibacakan itu hendaklah dengan bacaan yang benar, khusyuk dan
dengan suara yang dapat didengar.
Jika jin itu
meminta sesuatu syarat baru dia akan keluar dari jasad orang yang dimasukinya
itu, maka perhatikanlah dahulu apa syarat yang dimintanya. Jika syarat yang
dimintanya itu supaya taat kepada perintah Allah seperti: “Saya akan keluar
dari tubuh orang ini dengan syarat dia mahu menjaga solatnya atau dia mahu
menutup auratnya”. Jika demikian itu syarat yang dimintanya, maka turutilah
dia, akan tetapi haruslah anda jelaskan kepadanya, bahawa ketaatan tersebut
bukanlah kerana mentaatinya akan tetapi kerana taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
Jika permintaan syaratnya itu supaya melakukan kemaksiatan, maka janganlah
diikuti, bahkan hukumlah dia.
Jika Allah telah
mengluarkan jin tersebut dari tubuh orang yang kerasukan jin itu, maka
perintahkanlah kepada orang yang kerasukan jin itu, begitu juga orang yang hadir,
supaya sujud syukur kepada Allah SWT kerana telah bebasnya dari penganiayaan
tersebut. Begitu juga dengan diri anda haruslah melaksanakan sujud syukur
tersebut, kerana Allah SWT telah memperkenankan permohonanmu untuk
menyingkirkan kezalimannya.
Jika anda telah
berhasil mengeluarkan jin tersebut dengan izin Allah, maka janganlah anda
katakan: “Saya telah berhasil mengeluarkan jin tersebut”, akan tetapi
karakanlah: “Allah telah mengeluarkan atau menghalaunya”. Anda haruslah
berhati-hati dalam hal ini dan janganlah anda sampai terpedaya dengan rayuan
syaitan.
Hendaklah anda
selalu membaca buku-buku yang berkenaan dengan masalah jin, seperti buku
“Risalatul Jin” karangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan lain-lain.
.
.
Perbuatan haram
ketika menghalau jin
Mengadakan majlis
bersuka ria di atas permintaan jin dan meminta berbagai macam permintaan yang
pelik-pelik seperti perhiasan emas, ayam, kambing atau lembu. Dikatakan dengan
majlis persembahkan ini dapat menghalau jin tersebut.
Mengabulkan segala
permintaan jin yang masuk ke dalam diri seseorang. Seperti meminta
disembelihkan binatang dan sebagainya.
Memohon bantuan
kepada jin suruhannya supaya mengeluarkan jin yang ada dalam tubuh seseorang.
Kerana jin pengganggu itu lebih kuat dari tukang sihir itu.
Bersumpah kepada
jin penganggu itu atas nama tuannya dari bangsa jin, kerana jin itu ada
mempunyai banyak tuan dan pemimpin. Dengan menggunakan nama pemimpin atau
ketua, mereka akan merasa takut lalu keluar dari tubuh orang yang dimasuki itu.
Memasukkan jin
pengganggu ke dalam penjara – Cara mengadakan pendekatan dengan pemimpin para
jin, dipinta pemimpin jin itu untuk memasukkan jin pengganggu ke dalam penjara
tersebut sehingga dia tidak lagi menganggu orang yang kerasukan jin itu.
Menyeksa dan
membunuh jin pengganggu
Berakhirlah proses
melakukan pengubatan dengan penggunaan Ayat Ruqyah, Terkabul hendaknya…..Insya’
Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!