Vegetarian ialah amalan
pemakanan yang mengecualikan segala daging haiwan, termasuk ternakan, buruan,
ikan, kerang-kerangan atau krustasia, serta keluaran sampingan
penyembelihan.[1] Sebab-sebab memilih amalan vegetarian boleh berkaitan dengan
moral, agama, budaya, etika, estetik, persekitaran, masyarakat, ekonomi,
politik, citarasa, atau kesihatan.
Terdapat beberapa jenis
pemakanan vegetarian ini, termasuk yang mengecualikan telur dan/atau mana-mana
keluaran usaha haiwan seperti tenusu dan madu. Contohnya, amalan vegan
mengecualikan kesemua produk haiwan dari pemakanan. Mengikut takrif yang lebih
ketat, produk haiwan tidak digunakan sebagai pakaian juga, sama ada penghasilan
pakaian atau benda-benda seumpamanya melibatkan nyawa haiwan atau tidak
(tenusu, telur, madu, bulu, sutera, bulu kapas, dsb.) [2] A generic term for
both vegetarianism and veganism, as well as for similar diets, is
"Plant-based diets".[3]
Pemakanan vegetarian
telah didapati memuaskan keperluan khasiat untuk semua peringkat umur,
sementara kajian-kajian selidik berskala besar telah membuktikan bahawa amalan
vegetarian memanjangkan umur, menyihatkan badan, dan banyak mengurangkan risiko
barah dan penyakit-penyakit lain.[4]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!