Kalimat jin di dalam al-Qur'an
JIN diterjemah daripada janna, jinn,
dan jinnah. Kesemua daripada akar yang sama iaitu jim nun nun. Kalimat jannah
atau Taman dan beberapa yang lain, termasuk rasuk, turut terbit daripada akar
tersebut.
Ayat-ayat yang mengandungi perkataan
jin di dalam al-Qur'an adalah seperti di bawah ini:
Janna:
Daripada kalimat ini terbit dua
perkataan iaitu jann (diterjemah kepada "jin") dan majnun (diterjemah
kepada "rasuk"). Terdapat lima ayat mengandungi jann iaitu:
15:27. Dan jin, Kami cipta sebelumnya
daripada api yang membakar.
55:15. Dan Dia cipta jin daripada api
yang tiada asap.
55:39. Pada hari itu, tiada yang akan
ditanya mengenai kesalahannya, tidak manusia dan tidak juga jin.
55:56. Di dalamnya perawan-perawan
yang menahan gerlingan mereka, yang belum disentuh sebelum mereka oleh manusia
atau jin.
55:74. Yang belum disentuh sebelum
mereka oleh manusia atau jin,
Jinn:
6:100. Namun begitu, mereka adakan
bagi Allah, sebagai sekutu-sekutu, jin, padahal Dia yang cipta mereka. Mereka
andaikan bagi-Nya anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan tanpa sebarang
pengetahuan. Dia disanjung! Tingginya Dia di atas apa mereka terangkan.
6:112. Begitulah Kami adakan bagi
tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang
mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu;
dan sekiranya Pemelihara kamu hendak, tentu mereka tidak membuatnya. Maka
tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.
6:128. Pada hari Dia kumpulkan mereka
kesemuanya: "Wahai golongan jin, kamu telah banyak ambil daripada
manusia." Kemudian wali-wali mereka di kalangan manusia berkata,
"Wahai Pemelihara kami, sebahagian kami telah dapat kesenangan daripada
sebahagian yang lain, dan kami telah sampai tempoh yang Engkau tentukan bagi
kami." Dia berkata, "Apilah tempat tinggal kamu, di dalamnya tinggal
selama-lamanya"; kecuali seperti yang Allah hendaki; sesungguhnya
Pemelihara kamu Bijaksana, Mengetahui.
6:130. "Wahai golongan jin dan
manusia, tidakkah Rasul-Rasul datang daripada kamu sendiri yang ceritakan
kepada kamu ayat-ayat-Ku, dan beri amaran kepada kamu mengenai pertemuan hari
kamu ini?" Mereka berkata, "Kami saksikan terhadap diri-diri kami
sendiri." Mereka ditipu oleh kehidupan dunia, dan mereka saksikan terhadap
diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang tidak percaya.
7:38. Berkata, "Masuklah kamu
kepada umat-umat yang telah berlalu sebelum kamu, daripada jin dan manusia, ke
dalam Api." Setiap kali sesuatu umat masuk, ia laknatkan saudaranya
sehingga, apabila mereka semua sudah berkumpul di dalamnya, yang terakhir
daripada mereka berkata kepada yang pertama, "Wahai Pemelihara kami,
mereka inilah yang sesatkan kami, maka berikan mereka azab dua kali ganda
daripada Api." Berkata, "Bagi masing-masing dua kali ganda, tetapi
kamu tidak tahu."
7:179. Kami ciptakan untuk Jahanam
banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya;
mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai
telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang
ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah
orang-orang yang lalai.
17:88. Katakanlah, "Jika manusia
dan jin berkumpul untuk datangkan yang serupa dengan al-Qur'an ini, mereka
tidak akan dapat datangkan yang serupa dengannya, walaupun mereka membantu satu
sama lain."
18:50. Dan apabila Kami berkata kepada
para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud,
kecuali Iblis; ia adalah daripada jin, dan ia lakukan kefasiqan terhadap
perintah Pemeliharanya. Apa, adakah kamu ambil ia dan keturunannya untuk
menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, selain daripada Aku, sedang mereka
musuh bagi kamu? Betapa buruknya pengganti bagi orang-orang zalim!
27:17. Dan tenteranya dikumpulkan
kepada Sulaiman, daripada jin, dan manusia, dan burung, dengan berbaris.
27:39. Ifrit, daripada jin, berkata,
"Saya akan datangkannya kepada kamu sebelum kamu berdiri dari tempat kamu;
saya mempunyai kekuatan untuknya, dan saya dipercayai."
34:12. Dan kepada Sulaiman, angin;
peraliran paginya sebulan perjalanan, dan peraliran petangnya sebulan
perjalanan. Dan Kami buatkan mata air leburan tembaga kuning mengalir baginya.
Dan daripada jin, ada yang bekerja di hadapannya, dengan izin Pemeliharanya;
dan sesiapa antara mereka menyimpang daripada perintah Kami, Kami akan
merasakan kepada mereka azab yang Menyala.
34:14. Dan apabila Kami tentukan kematian
kepadanya, tiada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya, melainkan haiwan
daripada bumi yang makan tongkatnya; dan apabila dia jatuh, jin lihat dengan
jelas bahawa sekiranya mereka tahu yang ghaib, tentu mereka tidak tetap dalam
azab yang hina.
34:41. Mereka berkata, "Engkau
disanjung! Engkau Wali (Pelindung) kami, selain daripada mereka; tidak, tetapi
mereka sembah jin; kebanyakan mereka mukmin pada mereka."
41:25. Dan Kami tentukan bagi mereka
teman-teman yang dipercayai, dan mereka menampakkan indah bagi mereka apa yang
di hadapan mereka, dan yang di belakang mereka. Maka wajarlah ke atas mereka
Ucapan yang mengenai umat-umat yang telah berlalu sebelum mereka, daripada jin
dan manusia; sesungguhnya merekalah orang-orang yang rugi.
41:29. Dan orang-orang tidak percaya
berkata, "Wahai Pemelihara kami, perlihatkan kepada kami mereka yang
sesatkan kami, kedua-dua jin dan manusia, dan kami akan letak mereka di bawah
kaki kami supaya mereka jadi antara orang-orang yang lebih rendah."
46:18. Mereka itu adalah orang-orang
yang wajar ke atas mereka Ucapan yang mengenai umat-umat yang telah berlalu
sebelum mereka, daripada jin dan manusia; merekalah orang-orang yang rugi.
46:29. Dan apabila Kami palingkan
kepada kamu sekumpulan jin untuk mendengarkan al-Qur'an; dan apabila mereka
menghadirinya, mereka berkata, "Diamlah!" Kemudian, apabila ia telah
selesai, mereka berpaling kepada kaum mereka, memberi amaran.
51:56. Aku tidak cipta jin dan manusia
melainkan untuk sembah Aku.
55:33. Wahai golongan jin dan manusia,
jika kamu boleh tembus pembatasan langit dan bumi, tembusilah ia! Kamu tidak
menembusinya kecuali dengan satu kuasa.
72:1. Katakanlah, “Diwahyukan kepadaku
bahawa sekumpulan jin mendengarkan lalu mereka berkata, ‘Sesungguhnya kami telah
dengar sebuah al-Qur’an yang mengagumkan,
(Surah 72 ialah Surah Jin)
72:5. Dan kami sangka manusia dan jin
tidak akan mengatakan dusta terhadap Allah.
72:6. Tetapi ada lelaki-lelaki
tertentu daripada manusia yang meminta perlindungan kepada lelaki-lelaki
tertentu daripada jin, dan mereka menambahkan mereka dalam kekejian,
Jinnah:
11:119. Kecuali orang-orang yang
kepada mereka Pemelihara kamu kasihani. Untuk itulah Dia cipta mereka, dan
sempurnalah pelaksanaan kata Pemelihara kamu, "Sungguh, Aku akan penuhi
Jahanam dengan jin dan manusia kesemuanya."
32:13. "Sekiranya Kami hendak,
tentu Kami beri tiap-tiap jiwa petunjuknya; tetapi sekarang Ucapan daripada-Ku
adalah wajar - 'Sungguh, Aku akan penuhi Jahanam dengan jin dan manusia
kesemuanya.'
37:158. Mereka adakan satu pertalian
keluarga antara Dia dan jin; dan jin tahu bahawa mereka akan dihadapkan.
114:6. Daripada jin dan manusia."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!