SALAMUN ALAIKUM....
SEKIRANYA, perkataan ‘UMMIY’ itu bermaksud ‘BUTA
HURUF’ dalam ayat ini….
7:157. “Orang-orang yang ikut Rasul, Nabi yang
UMMIY, yang mereka dapati tertulis dengan mereka di dalam Taurat dan Injil,
yang menyuruh mereka pada yang baik, dan melarang mereka daripada yang mungkar,
dan menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik, dan mengharamkan mereka
yang buruk-buruk, dan membebaskan mereka daripada beban-beban mereka, dan
belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang percaya
kepadanya, dan meneguhkannya, dan menolongnya, dan ikut cahaya yang diturunkan
bersamanya; merekalah orang-orang beruntung."
*Nabi Muhammad adalah UMMIY!
Dan ayat ini…
62:2. “Dia yang bangkitkan pada KAUM yang UMMIY,
seorang Rasul di kalangan mereka untuk bacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, dan
sucikan mereka, dan ajar mereka Kitab dan Kebijaksanaan, walaupun sebelum itu
mereka adalah dalam kesesatan yang nyata,”
*KAUM YANG UMMIY adalah ORANG ARAB di sekitar
Nabi Muhammad.
Kalau UMMIY bermaksud buta huruf (tidak pandai
membaca dan menulis). Maka, secara
lojiknya,…
“TIADA CATATAN DAN TULISAN DARI ZAMAN NABI
HINGGA NABI WAFAT.”
Jadi, persoalannya
ialah…
Dari mana datangnya
tulisan ayat-ayat Qur'an dan tulisan-tulisan artifak sejarah Islam yang ada
pada hari ini kalau Nabi dan Kaumnya adalah buta huruf atau Ummiy?
Dari mana datangnya
catatan hadis-hadis yang kononnya dicatat oleh para sahabat nabi pada zaman itu?- pada hal nabi dan kaumnya adalah
UMMIY.
Apakah hadis-hadis
nabi dan ayat-ayat Qur’an telah ditulis oleh penulis yang bukan kaumnya?
Apakah kemungkinan besar
ditulis oleh Kaum Yahudi dan Nasrani, musuh-musuh Islam sendiri?
Dari manakah,
imam-imam hadis seperti Bukhari, Muslim, Ibnu Hakim dan Tirmizi, mendapat rujukan
hadis-hadis nabi bertulis kalau Nabi dan Kaumnya adalah buta Huruf atau
UMMIY???
*SEKIRANYA ADA PIHAK YANG MASIH BERKERAS DAN
BERTEGAS UNTUK MENGEKALKAN MAKSUD UMMIY SEBAGAI BUTA HURUF, MAKA IA PERLU
MENJAWAB 4 SOALAN DI ATAS!
DENGAN KEMUNCULAN PELBAGAI TULISAN DARI ZAMAN
NABI SEPERTI NASKAH-NASKAH AYAT-AYAT QUR’AN DAN HADIS-HADIS PARA SAHABAT NABI
YANG MENJADI RUJUKAN IMAM-IMAM HADIS DI KEMUDIAN ZAMAN NABI, SUDAH CUKUP
MENGGAMBARKAN BAHAWA TAFSIRAN UMMIY SEBAGAI : BUTA HURUF ADALAH TIDAK SESUAI
MENURUT PENGERTIAN AYAT DAN SEJARAH ISLAM HARI INI.
TETAPI SEKIRANYA UMMIY ITU DITERJEMAH DENGAN
LEBIH LUAS DAN DALAM MAKNANYA MENURUT KONSEP KEDUA-DUA AYAT TERSEBUT SEBAGAI :
“BUTA KITAB DARI TUHAN”
YANG BELUM MENERIMA
KITAB DARI TUHAN.
KITA AKAN DAPATI IA
SANGAT SESUAI DENGAN APA YANG KITA SAKSIKAN HARI INI. ADANYA CATATAN BERTULIS AYAT-AYAT QUR’AN DAN
HADIS-HADIS YANG DITULIS OLEH PARA SAHABAT YANG MERUPAKAN KAUMNYA.
MENURUT QUR’AN, NABI
SESUNGGUHNYA MAHIR MENULIS DAN MEMBACA.
OLEH ITU NABI BUKANLAH UMMIY ATAU BUTA HURUF. MALAH, KAUMNYA ORANG ARAB JUGA BUKAN UMMIY
ATAU BUTA HURUF. SEJARAH MEMBUKTIKAN,
BAHAWA KAUM ARAB ADALAH KAUM YANG TINGGI KESUSASTERAANNYA. SYAIR DAN PUISI MENJADI MAINAN MEREKA. MALAH
ADA YANG TERBAIK DAN TERINDAH DITULIS DAN DIGANTUNGKAN DI DINDING KAABAH. INI ADALAH FAKTA SEJARAH YANG TIDAK DAPAT
DISANGKAL DAN SELARI DENGAN QUR’AN, APABILA UMMIY ITU DITAFSIRKAN SEBAGAI ‘BUTA
KITAB DARI TUHAN’.
BANGSA ARAB, yang
bermula dari Nabi Ibrahim kepada anaknya ISMAIL. Ismail merupakan seorang NABI dan Rasul yang
pertama di kalangan bangsa Arab, YANG TIDAK DIBERI KITAB dari ALLAH. Nabi Ismail hanya mewarisi ajaran dari SUHUF
nabi Ibrahim. Meneruskan legasi Ibrahim sebagai nabi dan Rasul bagi bangsa
Arab. Oleh itu bermula dari Nabi Ismail
yang tidak diberi kitab sehinggalah kepada Nabi Muhammad yang merupakan
Rasulullah dan Nabi terakhir dalam kerajaan ALLAH yang akhirnya menjadi Nabi
dan Rasul yang pertama diberi Kitab dari Tuhan.
Sebelum menerima kitab dari ALLAH itu, Nabi Muhammad digelar UMMIY atau
Yang belum menerima kitab dari Tuhan dan belum mengetahui apa-apa ajaran dari
kitab Tuhan (Q.S.7:157, 29:48). Tetapi
Nabi Muhammad sudah mahir menulis menulis dan membaca (Q.S 25:5)
Begitu juga dengan Kaumnya yang UMMIY iaitu orang Arab juga
belum menerima dan belum mengetahui sebarang kitab ketuhanan dari Tuhan (Q.S. 62:2). Tetapi mereka sudah mahir menulis dan membaca
syair-syair dan puisi-puisi mereka sendiri.
Tetapi malangnya fakta-fakta ini telah ditutupi oleh
ajaran-ajaran hadis lahwa hari ini yang mendakwa bahawa nabi adalah…
“BUTA HURUF, TIDAK TAHU MEMBACA DAN MENULIS!”
Tidak disangka, mereka memburukkan dan memfitnah nabi dengan
menggunakan hadis-hadis yang bersandar pada nama nabi itu sendiri. Tetapi Al-Qur’an adalah AL-FURQAN, kitab
inilah yang membezakan yang Haq dan batil.
Setelah mengkaji dan membaca Qur’an.
Akhirnya tersingkaplah kebenarannya bahawa Nabi Muhammad adalah Ummiy
yang bermaksud :
“Yang belum menerima kitab dari Tuhan dan belum diberi pengetahuan
dari kitab Tuhan.”
WAHYU DAN AYAT-AYAT
ALLAH
Wahyu dan ayat-ayat ALLAH yang turun adalah bertahap kepada Nabi,
dari satu ayat menjadi satu Surah, dari satu surah menjadi banyak surah dan
kemudiaan dari banyak-banyak surah dihimpun membentuk satu KITAB.
Oleh itu, selagi ia belum sempurna kesemua ayat itu turun kepada
nabi maka ia belum dipanggil ‘kitab’ secara lojiknya. Walaupun frasa nama ‘ KITAB’ dan AL-Qur’an
disebut dalam ayat-ayat yang diwahyukan itu.
Ia hanya satu gambaran bahawa pada akhirnya apabila semua ayat sudah
turun kepada nabi, ia akan menjadi sebuah KITAB yang boleh dibaca.
Oleh itu selagi ayat-ayat ini belum sempurna turun kesemuanya
dan menjadi kitab yang boleh dibaca, selama itu jugalah nabi digelar UMMIY,
yang belum menerima kitab Tuhan. Nabi
hanya menerima ayat demi ayat utnuk dibentukmenjadi sebuah kitab. Begitu juga kaumnya yang UMMIY, selagi kitab itu
tak sempurna dengan berkumpulnya seluruh ayat Qur’an dalam satu kitab, mereka
juga digelar kaum yang UMMIY, yang belum menerima kitab Tuhan.
NABI SEBENARNYA PANDAI MENULIS DAN MEMBACA
Makna perkataan al-Qur'an ummiy telah
dikelirukan oleh para ulama palsu Islam zaman dahulu. Mereka mengertikan
kalimat tersebut kepada buta huruf. Lalu Nabi Muhammad, "Nabi yang
ummiy" (7:157-158), dikatakannya tidak pandai membaca dan menulis. Ajaran
mereka diterima tanpa ragu oleh hampir seluruh umat Islam sejak dari zaman
dahulu hingga ke hari ini.
Sebenarnya, ajaran itu palsu.
Kepalsuannya dapat didedahkan dengan menggunakan sumber rujukan utama bagi
bahasa Arab iaitu kitab al-Qur'an. Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat
ummiy akan buktikan bahawa ajaran mereka bukan sahaja palsu tetapi berbau
fitnah yang amat besar dalam Islam. Antara ayat yang dimaksudkan berbunyi:
"Dia yang bangkitkan pada kaum
yang ummiy seorang Rasul di kalangan mereka untuk bacakan ayat-ayat-Nya kepada
mereka," (62:2).
UMMIY
Kaum yang ummiy yang disebut di dalam
ayat itu adalah kaum Arab. Orang-orang Arab pada zaman Nabi Muhammad difahamkan
berada di tahap tinggi dalam kesusasteraan dengan karya-karya sastera yang
bermutu dipamer dan digantung di Kaaba. Tentu itu tidak menggambarkan orang
Arab jahiliah ketika itu berada dalam keadaan buta huruf. Mereka dikatakan
jahililiah hanya dalam kepercayaan bukan dalam pelbagai bidang lain.
Kalimat ummiy, menurut al-Qur'an,
bermaksud orang-orang yang tidak, atau belum, diberi sebarang Kitab oleh Allah.
Ia juga bermaksud kaum Arab seperti yang telah disebut.
Kaum Yahudi pula telah diberi tiga
buah Kitab melalui beberapa orang Nabi mereka. Mereka dipanggil ahli Kitab.
Tetapi jiran mereka, orang-orang Arab, belum diberi sebarang Kitab pun sebelum
al-Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad. Lantaran, orang-orang Arab dikatakan
ummiy sebab belum menerima Kitab Allah.
untuk menjelaskan lagi dipetik sebuah
ayat yang menunjukkan dengan jelas perbezaan antara ahli Kitab (orang yang
telah diberi Kitab) dengan kaum ummiy (yang belum diberi Kitab) atau buta
Kitab. Firman-Nya:
"Dan daripada ahli Kitab ada
yang, jika kamu percayakan dengan satu timbunan, dia akan kembalikan kepada
kamu; dan antara mereka ada yang, jika kamu percayakan dengan satu dinar, dia
tidak akan kembalikan kepada kamu, kecuali kamu selalu berdiri di atas
(menagih) dia. Itu kerana mereka berkata, 'Tidak ada jalan atas kami terhadap
orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab, iaitu orang Arab).' Mereka berkata
dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya." (3:75)
Ayat di atas menunjukkan keengganan
sesetengah orang Yahudi (ahli Kitab) untuk kembalikan "hutang" kepada
orang Arab, yang ummiy (yang tidak diberi Kitab, atau buta Kitab), atas sebab
"tidak ada jalan" bagi mereka terhadap orang ummiy. Sikap macam itu
seakan sama dengan apa yang disemat di iman sesetengah orang Islam terhadap
orang yang mereka anggap kafir pada hari ini.
Satu lagi ayat al-Qur'an dipetik untuk
memantapkan lagi hujah dalam menunjukkan perbezaan tersebut, berbunyi:
"dan katakan kepada orang-orang
diberi al-Kitab , dan orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab), 'Sudahkah
kamu tunduk patuh?'" (3:20)
Maka jelaslah iaitu kalimat ummiy
tidak bermakna buta huruf, lantas, Nabi Muhammad bukanlah seorang yang tidak
tahu membaca dan menulis. (Sila rujuk Kalimat ummiy di dalam al-Qur'an.)
MEMBACA
Selanjutnya, terdapat banyak ayat di
dalam al-Qur'an yang mengisahkan Nabi disuruh oleh Allah supaya membaca
ayat-ayat-Nya kepada orang-orang yang berada di kelilingnya. Itu menunjukkan
Nabi pandai membaca. Antara ayat yang dimaksudkan adalah enam yang berikut:
"Dan kamu (Muhammad) bacakan
kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya ...." (5:27)
"Katakanlah, 'Marilah, aku
(Muhammad) akan bacakan apa yang Pemelihara kamu mengharamkan kamu ....'"
(6:151)
"Demikianlah Kami utus kamu
(Muhammad) kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk
bacakan mereka apa yang Kami wahyukan kamu ...." (13:30)
"Dan sebuah al-Qur'an yang Kami
bahagi-bahagikan, untuk kamu (Muhammad) membacakannya kepada manusia
berjarak-jarak, dan Kami turunkannya dengan satu penurunan." (17:106)
"Aku (Muhammad) hanya diperintah
untuk sembah Pemelihara tanah ini, yang Dia jadikannya suci; kepunyaan-Nya
segala sesuatu. Dan aku diperintah supaya jadi antara orang-orang yang muslim,
dan untuk baca al-Qur'an ...." (27:91-92)
"Wahai ahli Rumah, Allah hanya
hendak hilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk bersihkan kamu,
sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu
daripada ayat-ayat Allah ...." (33:33-34). Di sini, Nabi didapati
membacakan ayat-ayat Allah kepada isteri-isterinya di rumah-rumah mereka.
Malahan, Rasul-Rasul Allah yang lain
didapati pandai membaca kerana mereka ditugaskan untuk membaca ayat-ayat-Nya
kepada manusia. Tugas itu adalah juga tugas Nabi Muhammad. Dua ayat yang
berikut jelaskannya:
"Kemudian orang-orang tidak
percaya dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga apabila mereka
datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada
mereka, 'Tidakkah Rasul-Rasul datang kepada kamu daripada kalangan kamu
sendiri, dengan membacakan kamu ayat-ayat Pemelihara kamu, dan beri amaran
kepada kamu terhadap pertemuan hari kamu ini?' Mereka berkata, 'Ia, benar
....'" (39:71)
"Dia yang bangkitkan pada kaum
yang ummiy (orang Arab) seorang Rasul (Muhammad) di kalangan mereka untuk
bacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka," (62:2)
Tambahan pula, adalah sukar untuk
menerima hakikat bahawa seorang Nabi pilihan-Nya tidak tahu membaca walhal Dia
menyuruhnya dan manusia lain supaya mengamalkan tabiat membaca, seperti
firman-Nya - "Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta,"
(96:1)
MENULIS
Bukan sahaja didapati, di dalam
al-Qur'an, yang Nabi pandai membaca, malah, baginda juga didapati pandai
menulis. Kebenaran itu telah diakui sendiri oleh orang-orang tidak percaya yang
tinggal bersamanya. Firman-Nya:
"Mereka berkata, 'Dongeng
orang-orang dahulu kala, yang dia tulis, yang diimlakkan kepadanya pada waktu
awal pagi dan petang.'" (25:5)
Terjemahan ayat tersebut telah
menimbulkan keraguan sesetengah pihak. Betulkah ayat itu diterjemahkan? Untuk
mengikis keraguan, pertama, dikemukakan sebuah tafsir kepada ayat yang sama,
oleh Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus (Tafsir Quran Karim, cetakan ke-19, 1979,
halaman 525) yang berbunyi:
"Mereka berkata: (Qur'an ini)
kabar-kabar dongeng orang-orang dahulu kala, yang dituliskan oleh Muhammad dan
dibacakan (didiktekan) orang kepadanya pagi-pagi dan petang." (25:5)
Kedua, kalimat yang diterjemahkan
kepada "menulisnya" ialah iktataba. Kalimat itu penting kerana,
difahamkan, mempunyai pengertian "menulis nota terutamanya apabila orang
kedua sedang mengimlakkan."
Dan akhir sekali, terdapat sebuah lagi
ayat yang bukan sahaja menyokong ayat 25:5 tadi bahkan mampu untuk hapuskan
sama sekali keraguan terhadap Nabi yang dikatakan kini pandai membaca dan
menulis, termasuk membaca dan menulis Kitab. Firman-Nya:
"Tidak sebelum ini kamu
(Muhammad) baca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika
demikian, tentulah orang-orang yang ikut yang palsu menjadi ragu-ragu."
(29:48)
Ia menegaskan, Nabi tidak pernah
membaca dan menulis sebarang Kitab sebelum menerima al-Qur'an. Bermaksud,
selepas menerima al-Qur'an baginda telah membaca, dan menulis Kitab dengan
tangan kanannya.
Seterusnya, ayat itu tidak menunjukkan
pula bahawa baginda tidak pernah membaca dan menulis sesuatu yang selain
daripada Kitab sebelum menerima al-Qur'an (misalan, membaca dan menulis apa
yang diperlukan dalam urusan perdagangannya).
Dengan adanya bukti-bukti yang jelas
daripada Allah, maka terdedahlah fitnah yang kian lama dilakukan oleh para
ulama palsu Islam ke atas Nabi Muhammad yang mereka siarkan sebagai seorang
yang tidak tahu membaca dan menulis, atau buta huruf. Sesungguhnya mereka
menghina Nabi dengan buat demikian meskipun mereka mendakyahkan iaitu merekalah
orang-orang yang paling mengasihinya.
“Yang mendengar ucapan, dan ikut yang
paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah beri petunjuk
kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang empunya minda.” (Q.S. 39:18 )
“BUKA MINDA MU, FIKIRKAN!”
SEGALA PUJI BAGI ALLAH
YANG PENGASIH, YANG PEMURAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!