BAHAGIAN
5
BAB
11 : QUR’AN SEBAGAI SUMBER HUKUM
"Sahaja aku nak tanya kamu, sebentar tadi sebelum kamu
sentuh bab mati, kamu telah mengatakan bahawa Qur’an sahajalah sumber hukum. Tolong hurai sekejap kat aku. Boleh tak?" pinta Pak Rashid.
"Macam syahadah yang
kita telah bincangkan. Cuba Pak Rashid tengok di rumah Pak Rashid sendiri, di sebelah
nama Allah pasti ada nama Muhammad. Kalau
dilihat ayat 39:45. "Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka
meluatlah hati orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, tetapi apabila
orang-orang selain daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka bergembira."
Kataku.
"Macam tu juga, mesti
ada satu kitab lain disamping Quran. 2:213. "Manusia adalah umat yang
satu, kemudian Allah membangkitkan Nabi-Nabi sebagai pembawa berita gembira dan
pemberi amaran, dan Dia menurunkan bersama mereka Kitab dengan yang benar untuk
Dia menghakimkan antara manusia mengenai apa yang mereka memperselisihkan.
Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas
datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara mereka; kemudian Allah memberi
petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang
dalamnya mereka memperselisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah memberi petunjuk
kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus." Kataku. "Cuba renung pada ayat-ayat ini. Ayat 3:23. Tidakkah kamu merenungkan
orang-orang yang diberi sebahagian al-Kitab, mereka diseru kepada Kitab Allah
supaya ia menghakimkan antara mereka, kemudian segolongan antara mereka
berpaling, dan mereka memalingkan.
Ayat 4:105. Sesungguhnya
Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar supaya kamu menghakimkan
antara manusia dengan apa yang Allah memperlihatkan kepada kamu. Maka janganlah
kamu menjadi pembela pengkhianat-pengkhianat.
Ayat 5:49/50. Dan
hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah
mengikuti keinginan mereka, dan berhati-hatilah terhadap mereka, supaya mereka
tidak menggoda kamu daripada sebarang apa yang Allah menurunkan kepada kamu.
Tetapi jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa Allah menghendaki hanya
untuk menimpakan kepada mereka kerana sebahagian daripada kesalahan mereka;
sesungguhnya kebanyakan manusia fasiq. Adakah putusan jahiliah yang mereka
menginginkan? Dan siapakah yang lebih baik putusannya daripada Allah bagi kaum
yang yakin?
Ayat 6:19. Katakanlah,
"Perkara apakah yang paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah,
"Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan Al-Qur'an ini diwahyukan
kepadaku supaya aku memberi amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia
sampai. Adakah kamu benar-benar mempersaksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain
selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak mempersaksikan." Katakanlah,
"Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa yang
kamu menyekutukan."
Ayat 6:114/115/116. Apa,
adakah aku akan mencari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang menurunkan
kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami
telah memberikan Kitab mengetahui bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu
dengan yang benar; maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.
Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dan keadilan; tiada
yang boleh menukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui. Jika
kamu mentaati kebanyakan orang di bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada
jalan Allah; mereka mengikuti hanya sangkaan, semata-mata dugaan. Ayat 7:52. Dan Kami telah mendatangkan kepada
mereka sebuah Kitab yang Kami menjelaskan, berdasarkan pengetahuan, menjadi
satu petunjuk, dan satu pengasihan, bagi kaum yang mempercayai. Ayat 10:35. Katakanlah, "Adakah daripada
sekutu-sekutu kamu orang yang memberi petunjuk pada yang benar?"
Katakanlah, "Allah, Dia memberi petunjuk pada yang benar; dan yang manakah
lebih wajar untuk ditakuti - orang yang memberi petunjuk pada yang benar, atau
orang yang tidak memberi petunjuk kecuali dia mendapat petunjuk? Mengapakah
kamu, bagaimanakah kamu menghakimkan?"
Ayat 18:27. Bacalah apa
yang diwahyukan kepada kamu daripada Kitab Pemelihara kamu; tiada yang dapat
menukar kata-kata-Nya. Selain daripada Dia, kamu mendapati tiada perlindungan.
Ayat 30:30. Maka
tegakkanlah wajah kamu kepada agama, seorang yang lurus - keaslian Allah yang
dengannya memulakan manusia. Tidak ada pertukaran dalam ciptaan Allah. Itulah
agama yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
Ayat 49:16. Katakanlah,
"Apa, adakah kamu akan mengajar Allah mengenai agama kamu, padahal Allah
mengetahui apa yang di langit, dan apa yang di bumi? Dan Allah mengetahui
segala sesuatu."
Ayat 50:45. Kami sangat
mengetahui apa yang mereka mengatakan; kamu tidak memaksa mereka. Maka berilah
peringatan dengan Al-Qur'an kepada orang yang takut akan ancaman-Ku.
Ayat 68:36. Mengapakah
dengan kamu, bagaimanakah kamu menghakimkan?
"Cuba Pak Rashid
perhatikan betul-betul, kesemua ayat-ayat diatas disuruh menghukum dengan Qur’an.
Mungkin kerena degil atau masih jahil, arahan Tuhan diambil ringan. Tidakkah kita takut kalau Allah bertanya
kepada kita seperti ayat 68:36." Kataku selamba.
"Walau bagaimana pun
Pak Rashid, bukan semua orang hendak mengikut arahan Allah. Yang lebih penting
dapur mesti berasap, cukup bulan ambil gaji, hal agama serah sahaja pada
tok-tok iman, ulamak atau pun Pak Kiai." Kataku lagi.
"Betul tu, yang ini
aku sokong penuh!" Kata Ustaz Harun.
"Yang semua ayat-ayat
Tuhan tadi Ustaz tak sokong ke?" Tanyaku ringkas. Dia membuat mimik muka masam. Aku sekadar senyum, gelihati dengan karenah
Ustaz Harun.
"Cuba Ustaz lihat,
ayat 2:41, 3:199, 5:44, 9:9 supaya jangan menjual ayat Allah dengan harga
sedikit, maka dengan tawaran gaji RM 4000 atau RM 5000 sahaja, disandarkan pula
dengan satu jawatan sedikit maka ayat Allah telah tergadai." Kataku lagi.
"Ini bahaya
besar!"Sampuk Pak Rashid.
"Betul, sebab tu
Allah berfirman - ikutlah orang yang tak ambil upah!" Jawapku selamba.
BAB
12 : QUR’AN, BAGI YANG TIDAK BERIMAN!
"Cuba tengok ayat 3:78. "Dan antara mereka, ada
segolongan yang memutarbalikkan lidah mereka dengan al-Kitab supaya kamu
menyangkanya daripada sebahagian al-Kitab, sedang ia bukanlah daripada
al-Kitab; dan mereka berkata, "Ia daripada Allah", tetapi ia bukanlah
daripada Allah, dan mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya."
Kataku lagi.
"Ini kerja puak
Yahudi dan Nasrani!" sampuk Lebai Ngah.
Aku sambung dengan ayat
4:46. "Sebahagian daripada orang-orang Yahudi mengelirukan
perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka berkata, "Kami
dengar dan kami menentang", dan "Dengarlah, dan jadilah kamu tidak
mendengar", dan "Peliharalah kami", memutarbalikkan lidah mereka
dan memfitnah agama. Sekiranya mereka mengatakan, "Kami dengar dan kami
taat", dan "Dengarlah", dan "Awasilah kami", tentulah
itu yang lebih baik bagi mereka, dan lebih tegak; tetapi Allah melaknatkan
mereka kerana ketidakpercayaan (kekafiran) mereka, maka mereka tidak
mempercayai kecuali sedikit." Kataku lagi.
"Bukan setakat itu
sahaja Allah telah berfirman 7:146 "Aku akan memalingkan daripada ayat-ayat-Ku
orang-orang yang menyombongkan diri di bumi, dengan tanpa patut; dan jika
mereka melihat tiap-tiap ayat, mereka tidak akan mempercayainya, dan jika
mereka melihat jalan yang benar, mereka tidak akan mengambilnya sebagai jalan,
dan jika mereka melihat jalan salah, mereka akan mengambilnya sebagai jalan. Itu ialah kerana mereka mendustakan ayat-ayat
Kami, dan lalai terhadapnya." Jelasku lagi.
"Macam tulah gayanya.
Kalau kita khabarkan yang betul, mesti mereka tak suka, seperti ayat 10:15.
"Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang
jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata,
"Datangkanlah Al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia."
Katakanlah, "Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku
sendiri. Aku tidak mengikuti apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku.
Sesungguhnya aku takut, jika aku mengingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang
besar."
"Sekali lagi 10:15,
nampak gaya tidak ada Sunnah Nabi lagi kan?". Kataku sambil tergelak
kecil. Melihat mereka sedang tekun
memikirkan sesuatu, lalu aku membaca ayat 13:1. "Alif Lam Mim Ra. Inilah
ayat-ayat Kitab; dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu
adalah yang benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mempercayai."
"Nampak gaya kamu, ni
bantai kami habis-habisan!" Sindir sang Ustaz.
"Bukan dia kata, dia
cuma baca jer…" Si Wak mula memberi sokongan kembali.
Aku tersenyum. “Dalam Ayat
17:45. Apabila kamu membaca Al-Qur'an, Kami meletakkan antara kamu dan
orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, satu tabir yang mengadang.
Ayat 17:46. Dan Kami
meletakkan penudung pada hati mereka supaya mereka tidak memahaminya, dan di
dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut)
Pemelihara kamu satu-satunya di dalam Al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang
mereka dalam pelarian.
Ayat 18:57. Dan siapakah
yang lebih zalim daripada orang yang diperingatkan dengan ayat-ayat
Pemeliharanya, lalu dia berpaling daripadanya, dan melupakan apa yang tangan-tangannya
mendahulukan? Sesungguhnya Kami meletakkan penudung pada hati mereka supaya
mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka sumbatan; dan walaupun
kamu menyeru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan mendapat petunjuk
selama-lamanya.
Ayat 27:1 hingga 6. Tha
Sin. Inilah ayat-ayat Al-Qur'an, dan sebuah Kitab yang jelas. Satu petunjuk,
dan berita gembira, bagi orang-orang mukmin, Yang melakukan solat, dan
memberikan zakat, dan yakin akan akhirat. Orang-orang yang tidak mempercayai
akhirat, Kami menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan mereka
merayau-rayau membabi buta. Mereka itulah orang-orang yang kepada mereka azab
yang jahat menunggu, dan merekalah orang-orang yang paling rugi di akhirat.
Kamu menerima Al-Qur'an daripada satu yang Bijaksana, Mengetahui.
Ayat 47:24. Apa, tidakkah
mereka merenungkan Al-Qur'an? Atau, adakah adanya kunci pada hati mereka?
Ayat 7:176. Dan sekiranya
Kami menghendaki, tentu Kami menaikkan dia dengannya, tetapi dia cenderung
kepada bumi, dan mengikuti keinginannya. Maka persamaannya seperti persamaan
seekor anjing: jika kamu menghalaunya, ia menjulurkan lidahnya, atau jika kamu
membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya juga. Itulah persamaan kaum yang
mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah ceritanya supaya mereka
memikirkan.
"Cuba perhatikan
betul-betul ancaman Allah daripada ayat-ayat di atas, rasa takut tak?" Aku
bertanya mereka.
"Takut nanti jadi
seperti 62:5. Persamaan orang-orang yang dibebankan dengan Taurat, kemudian
mereka tidak memikulnya adalah seperti persamaan seekor keledai yang memikul
buku-buku yang tebal. Adalah buruk persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat
Allah. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim". Kata ku lagi.
Ayat 7:179. Kami
menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi
tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat
dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka
adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka
itu, merekalah orang-orang yang lalai.
Ayat 2:18. Pekak, bisu,
buta; maka mereka tidak akan kembali.
"Tadi, Allah buat
macam persamaan anjing, sekarang Allah membuat persamaan lagi teruk, iaitu
lebih sesat dari binatang ternak. Binatang ternak itu macam ayam, itik, lembu,
kerbau, kambing, unta ataupun babi." Kata ku lagi.
HADIS-SUNNAH NABI DAN AL-HIKMAH
“Hadis-hadis nabi itulah yang disebut Al-Hikmah dalam
Qur’an. Apa kamu tidak baca ayat itu
Brahim?” soal Ustaz Harun, masih tidak puas hati. “… dan ingatlah akan rahmat
Allah ke atas kamu, dan al-Kitab, dan AL-HIKMAH, yang Dia turunkan kepada kamu
untuk menegurkan kamu. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah tahu
segala sesuatu. (2:231). Al-Kitab adalah
Qur’an itu sendiri. Manakala Al-Hikmah adalah hadis-hadis Sunnah nabi!”
“Ustaz, dalam firman Allah, "Allah turunkan
hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab" (39:23). Kitab yang dimaksudkan adalah al-Qur'an, yang
diturunkan kepada Nabi Allah yang terakhir, Nabi Muhammad. Kitab tersebut diturunkan
kepada baginda untuk dipanjangkan kepada seluruh manusia. Maka baginda, dengan cara lisan terutamanya,
sampaikan kandungan Kitab kepada orang-orang di sekelilingnya. Justeru, seluruh
kandungan kitab Hadis Allah yang diterima merupakan Hadisnya juga. Seperti
maksud firman Allah berbunyi, "Sesungguhnya ia adalah ucapan Rasul yang
mulia" (69:40).
Dalam kandungan Kitab
tersebut, terdapat ayat-ayat yang mengandungi kalimat qul yang lazim diterjemah
kepada katakanlah. Dengan itu, Allah menyuruh Nabi atau orang-orang mukmin
mengatakan sesuatu kepada orang-orang tertentu atau umum. Oleh yang demikian,
mungkin tidak keterlaluan terangkan ayat-ayat tersebut sebagai Hadis Nabi,
umpama istilah yang selalu disebut dalam masyarakat Islam, tetapi merupakan
hadisnya yang sebenar dan muktamad. Ayat-ayat
yang mengandungi kalimat qul di dalam al-Qur'an didapati banyak. Kesemua telah
dikumpul menurut kronologi. Contohnya, ayat ini. "Aku adalah di atas satu bukti yang
jelas daripada Pemeliharaku, dan kamu dustakannya. Tidak ada padaku apa yang
kamu minta disegerakan dengannya; putusan hanyalah bagi Allah. Dia ceritakan
yang benar, dan Dia yang terbaik daripada pembuat-pembuat ketetapan."
(6:57). Kataku, panjang lebar.
“Jadi apa maksud Hikmah
kalau bukan hadis nabi?” soal Ustaz Harun, semakin tidak puas hati.
“Lihat ayat ini,… 62:2. ‘Dia
yang bangkitkan pada kaum yang ummiy (orang Arab) seorang Rasul di kalangan
mereka untuk bacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, dan sucikan mereka, dan ajar
mereka Kitab dan Kebijaksanaan (Al-Hikmah), walaupun sebelum itu mereka adalah
dalam kesesatan yang nyata.’
16:125. ‘Serulah ke jalan
Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan(Al-Hikmah) dan teguran yang baik,…’. Hikmah itu ada dalam kitab Qur’an sendiri.
Lihat ayat-ayat ini…‘…Itulah dari apa yang diwahyukan Tuhanmu dari AL-HIKMAH’(17:39).
Apakah yang di maksud ayat itu? Allah mengatakan
itulah apa yang dari AL-HIKMAH. Kita lihat ayat-ayat sebelum itu, Ustaz….
17:22. Janganlah adakan
berserta Allah tuhan yang lain, atau kamu duduk terkutuk, diabaikan.
17:23. Pemelihara kamu
tentukan bahawa kamu tidak sembah sesuatu melainkan Dia, dan buat baik kepada
ibu bapa, sama ada seorang atau kedua-dua mereka telah sampai umur tua di sisi
kamu, maka janganlah berkata kepada mereka, "Cis!", dan jangan juga
herdik mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia.
17:24. Dan rendahkanlah
kepada mereka sayap rendah diri daripada pengasihan, dan katakan, "Wahai Pemeliharaku,
kasihanilah mereka sebagaimana mereka pelihara aku semasa aku kecil."
17:25. Pemelihara kamu
sangat-sangat tahu apa yang di dalam jiwa kamu jika kamu orang-orang salih
(baik); sesungguhnya Dialah Pengampun kepada orang-orang yang kesal.
17:26. Dan berikan sanak
saudara haknya, dan orang-orang miskin, dan musafir; dan janganlah boros,
memboroskan.
17:27. Orang-orang yang
boros adalah saudara syaitan, dan syaitan tidak berterima kasih (kafir) kepada
Pemeliharanya.
17:28. Tetapi jika kamu
berpaling daripada mereka, untuk inginkan pengasihan daripada Pemelihara kamu
yang kamu harapkan, maka ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang
lemah lembut.
17:29. Dan janganlah
buatkan tangan kamu terbelenggu pada leher kamu, dan jangan juga menjulurkannya
dengan segala huluran, atau kamu akan duduk tercela, menyesal.
17:30. Sesungguhnya
Pemelihara kamu menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa Dia hendaki;
sesungguhnya Dia menyedari, melihat hamba-hamba-Nya.
17:31. Dan jangan bunuh
anak-anak kamu kerana takut akan kemiskinan; Kami beri rezeki untuk kamu dan
mereka. Sesungguhnya pembunuhan mereka adalah kesalahan besar.
17:32. Dan janganlah
mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat.
17:33. Dan jangan bunuh
jiwa yang Allah haramkan, kecuali dengan patut, dan sesiapa yang dibunuh dengan
tidak adil, kami beri walinya (warisnya) kuasa; tetapi janganlah dia membazir
(berlebihan) dalam pembunuhan; dia ditolong.
17:34. Dan janganlah
mendekati harta anak yatim melainkan dengan cara yang paling baik, sehingga dia
dewasa. Dan tepatilah perjanjian; sesungguhnya perjanjian ditanya.
17:35. Dan tepatilah
sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang lurus;
itulah yang lebih baik, dan lebih baik kesudahannya.
17:36. Dan jangan ikut apa
yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati
- semua itu ditanya.
17:37. Dan janganlah
berjalan di bumi dengan sangat gembira; sesungguhnya kamu tidak dapat pecah
belahkan bumi, dan kamu tidak akan sampai ketinggian gunung-gunung.
17:38. Semuanya itu,
kejahatannya dibenci di sisi Pemelihara kamu.
17:39. Itu adalah daripada
Kebijaksanaan (Al-Hikmah) yang Pemelihara kamu wahyukan kamu; janganlah adakan
berserta Allah tuhan yang lain, atau kamu dilempar ke dalam Jahanam, tercela,
terbuang.
Maka dengan mudahnya ALLAH
beritahu bahawa Al-Hikmah adalah
Perintah-perintah dan Larangan-larangan dari Allah dan cara menjalani kehidupan
kepada orang yang percaya. Semua itu ada
dalam Qur’an itu sendiri, yang tadi itu sebahagian sahaja yang saya sebut. Maknanya apa yang diperintahkan oleh ALLAH
untuk sampaikan Al-Hikmah atau kebijaksanaan itu bukanlah dari luar Qur’an
seperti hadis-hadis rekaan Imam-imam hadis.
Tetapi dari dalam Qur’an itu sendiri.” Jelasku lagi.
“Lihat ayat-ayat ini, 10:1.
Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat Kitab yang bijaksana. 36:1-2. Ya Sin. Demi
al-Qur'an yang bijaksana. 43:4. Dan sesungguhnya ia adalah di dalam ibu Kitab,
di sisi Kami; sungguh tinggi, bijaksana. 31:1-2. Alif Lam Mim. Inilah
ayat-ayat al-Kitab yang bijaksana. Berikut
pula adalah kata-kata Nabi Ibrahim ketika ia memohon kepada Allah: “Ya Tuhan
kami, dan kirimlah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka untuk
membacakan kepada mereka ‘Ayat’ dan mengajari mereka ‘Al-Kitab’ dan
‘Al-Hikmah’.” (2:129). Lagi, kata
‘Al-Hikmah’ di sini tidak bererti apa-apa selain kebijaksanaan atau keputusan yang tepat. Nabi Ibrahim tidak memiliki pengetahuan
tentang ‘Sunnah’ Nabi Muhammad.
“Dia menganugerahkan
‘Al-Hikmah’ kepada siapa saja yang Dia kehendaki, dan siapa pun yang mencapai
‘Al-Hikmah’ telah benar-benar mencapai suatu berkat yang besar.” (2:269)
Kata-kata “siapa pun yang
Dia kehendaki” dalam ayat ini menunjukkan bahawa Allah melimpahkan ‘Al-Hikmah’
kepada siapa pun yang beriman dan bukan hanya kepada Rasul-rasul-Nya. Jika kita menganggap bahwa ‘Al-Hikmah’
berarti Sunnah, maka kita harus percaya bahwa setiap orang beriman biasa (yang
bukan Nabi) juga boleh memiliki Sunnah peribadi yang harus diikuti oleh orang
beriman lainnya. Hal ini tentu saja mustahil berlaku. Ayat ini sangat lojik jika kita berfikir
tentang ‘Al-Hikmah’ dalam erti yang tepat iaitu keputusan yang tepat tentang suatu permasalahan atau
kebijaksanaan.
Akhirnya, kata ‘Al-Hikmah’
dalam kamus bahasa Arab bererti kebijaksanaan atau keputusan yang tepat.
Meninggalkan makna harfiah yang sebenarnya dan memanipulasi artinya, maka sama
saja menolak kebenaran dari Al-Qur’an dan merosak agama Islam dengan cara yang
halus.” Aku tutup hujahku dengan
senyuman pada sang Ustaz.
Ustaz Harun kembali
terdiam dan berfikir.
BAB
13 : SYIRIK
"Sebenarnya Ustaz Harun, Lebai Ngah, Pak Rashid dan Wak
Seman, kita ini telah terperangkap oleh agenda sekutu-sekutu Allah. Mereka nak
kita bersama dengan mereka dalam Api Neraka, jadi kita terpaksa membebaskan
diri kita dari belengu mereka." Kataku lagi.
"Cuba Ustaz lihat
pada ayat 6:137. "Demikianlah sekutu-sekutu mereka menampakkan indah bagi
kebanyakan orang yang menyekutukan supaya membunuh anak-anak mereka, untuk
membinasakan mereka, dan untuk mengelirukan agama mereka kepada mereka.
Sekiranya Allah menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya; maka tinggalkanlah
mereka dan apa yang mereka mengada-adakan." Kataku.
"Lihatlah pada hari
ini, kita ada berpuluhan macam mazhab. Ini telah membuka ruang pada
sekutu-sekutu Allah untuk mengelirukan kita, akhirnya kita pun terjebak, lalu
kita mengabaikan perintah Tuhan. Hak telah bergaul dengan Bathil. Sesiapa yang
mengikut arahan Tuhan, sudah dikira pelik pada mata masyarakat. Dia akan
dipulau, dicaci-maki dan dihina. Seperti biasa, Ulamak dengan girangnya akan
siap sedia untuk memberi dia cop sesat dan murtad." Kataku penuh
bersemangat.
"Sampai kesitu pula
kamu.” Sindir sang Ustaz.
"Ya… murtad kena
bunuh!" Kataku lagi.
"Dan diakhirat kelak,
Allah akan tanya kita satu soalan, iaitu mana dia sekutu-sekutu yang kita
mendewa-dewakankan itu? Cuba tengok ayat 6:22, 10:28, 16:27, 18:52, 28:62,
28:74, dan 41:47." Kataku. "Dalam
Ayat 42:21. "Atau, adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang
mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak
mengizinkan? Jika tidak kerana Kata Ketetapan, tentu ia diputuskan antara
mereka. Bagi orang-orang yang zalim, azab yang pedih.”
"Sebenarnya Ustaz
Harun, Lebai Ngah, Pak Rashid dan Wak Seman, sekutu-sekutu Allah hanya
menginginkan supaya manusia melakukan Syrik pada Allah, 4:48. Allah tidak
mengampunkan apa-apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia mengampunkan yang
selain itu kepada siapa yang Dia mengkehendaki. Sesiapa menyekutukan Allah,
sungguh dia mengada-adakan dosa besar." Dan ayat 4:116. Allah tidak
mengampunkan apa yang dengan-Nya dipersekutukan, dan Dia mengampunkan yang
selain itu kepada siapa yang Dia mengkehendaki, dan sesiapa menyekutukan Allah
dengan sesuatu, dia sesat dalam kesesatan yang jauh." Ujarku lagi, dengan
penuh semangat.
"Seterusnya amalan
Syrik ini amat senang terjadi misalnya dengan penyembahan manusia (7:194),
pengambilan Anak Lembu (2:51), patung-patung (6:74), menjadi hamba selain dari
hamba Allah (3:79), mengambil malaikat atau nabi sebagai Tuhan. (3:80),
menggambil hamba-hamba Allah sebagai Tuhan (18:102), mengaku Nabi Isa sebagai
Tuhan (5:72) mentaati syaitan (6:121), mengambil habr/rahib/Nabi Isa sebagai
Tuhan selain daripada Allah. (9:31), mengambil pelindung-pelindung selain
daripada Allah.(39:3), menyembah jin (34:41); anak–anak (7:190), buah-buahannya
(18:42), kecintaan pada benda-benda (38:32) dan ego sendiri 25:43/45:23."
Aku berhujah panjang.
"Lalu, kenalah dengan
ayat 21:98. "Sesungguhnya kamu, dan apa yang kamu sembah selain daripada
Allah, adalah bahan bakar untuk Jahanam; kamu akan turun kepadanya. Cubalah tanya pada diri kita sendiri,
masihkah kita sembah sekutu-sekutu Allah dan pada masa yang sama kita meyembah
Allah?" Tanyaku lagi.
Semua diam kaku. Mungkin
si otak sedang bekerja keras memikirkan adakah dia sedang menyembah satu Tuhan,
dua Tuhan, tiga Tuhan atau beribu-ribu Tuhan.
BAB
14 : TUGAS ORANG MUKMIN
"Cuba Brahim khabarkan kepada kami secara ringkas apa harus
orang kami buat?" Tanya Ustaz Harun. Lebai Ngah pula mula menguap panjang. Keletihan sudah mula mengambil tempat di
kalangan kami. Aku sendiri dah mulai
penat dna mengantuk. Malam sudah semakin
tua.
"Esoklah kita sambung,"
Kataku. "Lebai pun dah menguap…"
"Teruskan, aku tak
pernah pun dengan ceramah macam ni, sambunglah." Pinta Lebai Ngah sambil
mencuit paha ku.
Nampaknya Lebai Ngah sudah
mulai faham apa yang telah didengari sejak dari tadi. Satu petanda yang baik untuk dirinya.
"Ini bukan ceramah,
ini ayat Qur’an. Kita sama-sama baca dan bawa berbincang." Kata ku sambil
menoleh pada Lebai Ngah. "Sekejap saja tau!?"
Sesekali angin sejuk
menderu, meremang bulu romaku. Aku membaca beberapa potong ayat.
* Berimanlah kepada Allah, lakukan kebaikan, dan percayalah
kepada-Nya.
(2:62/112; 11:123)
* Sembahlah Allah saja dan jangan sekutukan Dia dengan sesiapa
atau sesuatu
apapun. (17:22~23)
* Hormati dan muliakan kedua-dua ibu-bapa. (17:23~24)
* Menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar. (3:104)
* Cintailah Allah melebihi segalanya serta berjuanglah di
jalan-Nya, dengan
harta dan jiwa, jangan
menjual ayatNya dan jangan takut kepada manusia,
tetapi takutlah kepada
Allah. (4:75; 5:44; 9:111; 33:39)
* Lakukan solat dan ibadah lain, tanpa bertengkar tentang
kaedah, keluarkan
zakat. (22:67; 29:45;
98:5; )
* Bertindak adil dan hukumlah mengikut undang-undang Allah .
(4:58/135; 5:8;
5:44; 7:28~29)
* Taatilah pemimpin yang adil, hormati dan sokong mereka, tetapi
usah
mendewakan mereka.
(4:59)
* Jadilah insan yang sentaisa belajar dan berani, (2:30~34;
4:75)
* Berbuat kerja kebaikan, jangan ego dan bodoh sombong. (31:18,
2:54; 17:37;
25:43)
* Beri salam kepada semua orang, sederhana bila berjalan dan
jangan meninggi
suara. (4:86; 4:148;
31:19 dan 26:53)
* Jangan taksub kepada kaedah, bersatu dan jangan bermusuhan.
(2:67~71; 3:103;
22:67)
* Berbuatbaiklah, jangan membuat kerosakan di bumi. (28:77)
* Selamatkan nyawa dan jangan bunuh kecuali pada jalan keadilan.
(17:33)
* Jangan bunuh anak-anak kerana takutkan kemiskinan. (17:31)
* Jangan amalkan riba, tetapi amalkan sedekah. (2:275~80)
* Menulis hutang, berlaku jujur dalam semua urusan kewangan dan
ekonomi.
(2:282; 6:152)
* Berundinglah untuk menyelesaikan masalah. (3:159; 42:38)
* Jangan terima maklumat yang tidak sahih. (17:36)
* Dengar semua pendapat dan ikut yang paling baik. (39:18)
* Bacalah untuk mengetahui. (96:1~5)
* Berperang/bergerak dalam barisan/stretegi. (61:4)
* Tunaikan janji, amanah, jangan makan harta anak yatim. (17:34)
* Jangan lupa pada anak yatim dan beri makan pada org miskin
(107:2~3)
* Jangan lakukan rasuah. (2:188)
* Jangan boros dan bazir, tetapi jangan bakhil. (17:26~29)
* Bersedekahlah kepada fakir, miskin, berhutang dijalan Allah,
musafir dan
sanak-saudara(9:60; 17:26)
* Orang mukmin itu bersaudara dan perdamaikanlah saudara. Elak
daripada syak-
wasangka,
intip-mengintip dan kata-mengata antara mukmin. (49:9~10/12)
* Tekunlah mengerjakan pekerjaan baik dan jangan takut
menghadapi kesulitan dan
kesusahan. Kejayaan
hanya datang selepas kesusahan. (2:45/177; 94:5~8)
* Gunakanlah akal,contoh sejarah, dalam memahami dan
melaksanakan perintah-
perintah Allah. (2:164;
3:137 7:179; 8:22; 10:100; 12:111; 30:9; 35:44;
40:21/82 50:6; 40:57 )
* Bercakap benar. Jangan bohong, walaupun muslihat disahkan
terhadap musuh.
(8:8; 25:72; 33:70;
12:70~81)
* Berkahwinlah sesama mukmin, jangan kahwini orang kafir, dan
jangan berzina.
(5:5; 30:21; 17:32)
* Bekerjasamalah pada jalan kebaikan; jangan bekerjasama pada
jalan kejahatan.
(5:2)
* Makan dan minumlah dengan sederhana (7:31)
* Elak arak dan judi. (2:219)
* Pakailah Pakaian yang sopan. (24:30~31)
* Jadilah seorang pengampun dan pemaaf. (3:134, 42:40~43)
* Jangan persenda dan perolok-olok satu sama lain. (49:11)
* Jangan tanya perkara-perkara kecil dan yang tidak berfaedah.
(2:67~71;
5:101~02; 22:67)
* Berseru dengan bijaksana dan teguran yang baik (16:125, 6:51)
* Minta pertolongan Allah dari syaitan yang direjam (7:200)
"Maka itulah secara
ringkasnya." Kataku lagi. "Macam mana boleh terima tak?"
Aku tanya mereka.
"InsyaAllah". Ringkas sahaja jawapan mereka.
“Bukan Insya-ALLAH!”
“Salah juga kah?” tanya
Ustaz Harun.
“Ya, Lihat ayat ini. Allah mengajar kita dengan ayat dan perkataan
yang betul. Dalam ayat 18:23-24 “Dan janganlah berkata terhadap sesuatu,
"Aku akan buat itu esok", Tetapi hanya, "Jika Allah hendak"
(Anyasya-ALLAH);..."
Semua sedikit pelik mendengarnya tetapi saya
sekadar senyum.
“Anyasya-ALLAH…” tutur Pak
Lebai Ngah.
"Alhamdulilah.”
Ucapku."Lihatlah ayat 3:31 Katakanlah, "Jika kamu mencintai Allah,
ikutlah aku, dan Allah akan mencintai kamu, dan mengampuni kamu atas
kesalahan-kesalahan kamu; Allah Pengampun, Pengasih." Kataku lagi.
"Marilah kita
merenung ayat 6:112/113. "Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi
suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan
perkataan-perkataan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu;
dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka
tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan. Dan supaya hati
orang-orang yang tidak mempercayai akhirat condong kepadanya, dan supaya mereka
sangat berpuas hati dengannya, dan supaya mereka memperoleh apa yang mereka
memperolehkan." Kataku lagi.
"Marilah kita
berhenti dari perjuangan dan perbuatan yang tak berfaedah ini, masa untuk kita
semakin hari semakin suntuk. Ingatlah pada ayat 17:36 "Dan janganlah
mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan
penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.
Kuatkanlah hati kita dengan janji Allah seperti ayat 33:56 "Oleh
itu Orang-orang yang menyampaikan Mesej-Mesej Allah, dan takut kepada-Nya, dan
tidak takut pada sesiapa jua kecuali kepada-Nya; dan cukuplah Allah sebagai
penghitung." Kataku bersahaja.
"Pada ayat 2:42
"Dan janganlah mencampuradukkan yang benar dengan yang palsu, dan jangan
menyembunyikan yang benar sedang kamu mengetahuinya.
Ayat 8:27 Wahai
orang-orang yang percaya, janganlah mengkhianati Allah dan rasul, dan janganlah
kamu mengkhianati amanat-amanat kamu sedang kamu mengetahuinya. Ayat 18:106 Itulah balasan mereka - Jahanam,
kerana mereka tidak percaya, dan mereka mengambil ayat-ayat-Ku, dan
rasul-rasul-Ku sebagai olok-olokan.” Hari
hampir pagi, rasa-rasa cukuplah tu….". Aku meminta simpati, bukan main
penat lagi aku rasa. "Kira semua, saya belanja."
"Tak apa Brahim, kami
belanja, apa yang kamu katakan itu telah membuka ruang dalam kepala otak kami
untuk kami berfikir." Kata Ustaz Harun.
"Betul tu Brahim…."
Sampuk Lebai Ngah. "Apalah ada sangat pada kopi dan teh ini jika
dibandingkan dengan apa yang kau cakapkan ini, Brahim." Pak Rashid bersuara.
"Bukan begitu, kalau
nak belanja saya, tunggu bila saya balik cuti lagi, tapi malam ini saya
sangat-sangat nak bayar kerana saya terasa macam ada upah pula. Allah telah
larang kesemua para Nabi dan orang-orang yang beriman untuk tidak mengambil
upah dalam menyampaikan ayat-ayatnya seperti ayat 6:90, 10:72, 11:29, 11:51
12:104, 25:57, 26:109/127/145/164/180, 34:47, 36:21, 38:86, dan 42:23."
Kataku lagi.
Aku meletakan RM 30.00
diatas meja. Aku simpan Qur’an dan Bible kembali ke dalam beg galasku. Aku
bersalaman dengan Lebai Ngah, Pak Rashid, Wak Seman dan Ustaz Harun. Aku hendak
menyusur pulang. Jam didinding warung sudah mencecah 5.30 pagi. Ayam jantan
mula berkokok riang menandakan malam yang dingin ingin mengundurkan diri. Fajar
akan masuk sebentar lagi, Sebentar lagi
Solat Fajar wajib didirikan, Sang
mentari hendak silih berganti sesudah itu.
"Brahim, teringat aku
ayat 57:20. "Ketahuilah bahawa kehidupan dunia adalah tiada, melainkan
satu permainan, dan satu hiburan, dan perhiasan, dan bermegah-megah antara
kamu, dan persaingan dalam harta dan anak-anak. Ia persamaan hujan dimana
tanamannya mengagumkan orang-orang yang tidak percaya; kemudian ia menjadi
kering, dan kamu melihatnya menjadi kuning, kemudian ia menjadi jerami yang
hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras, dan keampunan daripada Allah, dan
kepuasan hati; dan kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang
menipukan." Ustaz Harun berkata.
"Betul!" Jawabku
ringkas. Aku mula melunjur kaki untuk membetulkan badanku yang telah
letih. Bila aku hendak bangun tiba-tiba
terdengar perkataan "Salamun Alaikum."
Ustaz Harun rupanya. Aku
tersenyum kerana aku terlupa untuk memberi salam. Teringat sebuah ayat yang
berbunyi, "Dan apabila kamu dihormati dengan salam hormat, maka berilah
salam hormat yang lebih baik daripadanya, atau kembalikan ia; sesungguhnya
Allah buat hitungan atas segala sesuatu" (4:86)
"Salamun
Alaikum…" jawapku ringkas. ‘Alhamdulilah’ bisik hati kecilku lantas aku
teringat kembali pada surah 103:3 "Supaya saling berwasiat pada yang
benar, dan saling berwasiat untuk bersabar."
"Alhamdulilah,
marilah kita sama-sama memuji kehadrat Allah, saya teringat akan satu surah
pendek yang ada tiga ayat 110:1 hingga 3. "Apabila datang pertolongan
Allah, dan kemenangan, Dan kamu melihat manusia masuk agama Allah
berkumpulan-kumpulan, Maka lafazlah sanjungan Pemelihara kamu, dan mintalah
ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dialah yang menerima taubat." Pintaku lagi.
"Allah menyebutnya sebagai agama Allah.”
"Baiklah, ini soalan
terakhir saya, adakah dengan ini bermaksud kita telah menolak kerasulan Nabi
Muhammad atau tidak mengiktirafkan Nabi Muhammad?" Aku bertanya.
"Tidak, sekali-kali
tidak!" Jawab sang Ustaz.
"Habis tu, apa yang
kita tolak?" Aku terpaksa bertanya lagi. "Macam fitnah dan tohmah
yang konon-kononnya dipanggil hadis sahih yang telah dilemparkan oleh
anasir-anasir jahat terhadap Nabi Muhammad, Qur’an dan Allah." Wak Seman
menyampuk.
"Jadi, kalau kita
kembali pada ajaran Allah yang suci murni ini berpandukan hanya pada Al-Qur’an
satu-satunya, adakah kita dikira murtad?" Aku bertanya lagi.
"Murtad. Ya, murtad
pada masyarakat." Jawab Pak Rashid selamba. Semua yang ada ketawa
terbahak-bahak melihat mimik muka Pak Rashid.
"Kalau macam tu, aku
rasa malam ini aku juga aku telah murtad. Aku nak masuk agama Allah."
Jawap Lebai Ngah, yakin.
"Habis, Lebai tak
takut pada masyarakat?" Aku bertanya lagi.
"Cukup takut dengan
satu Tuhan saja." Pendek saja jawapan si Lebai.
"Habis tu, tak takut
kena rejam sampai mati?" Aku menyindir.
"Sekarang dah kebal!"
Pak Rashid menyampuk. Semua yang ada
turut ketawa terbahak-bahak. Aku juga kagum dengan keikhlasan Lebai Ngah.
Sekali lagi aku lihat pada beg galasku. Aku berfikir sejenak. Aku buka kembali
beg hijau tua itu dan dengan perlahan-lahan aku keluarkan kembali Qur’an dan
Bible. "Ini Quran dan ini pula Bible. Kajilah. Selagi hayat dikandung
badan carilah kebenaran. Jangan pula ambil apa yang saya kata ini untuk
dijadikan kitab-kitab penganti Qur’an atau sebagai rumusan atau sebagai
ringkasan Qur’an. Berhati-hatilah, kita sekarang berada dipersimpangan dilema.
FIRDAUS atau JAHANAM - satu pulangan abadi!" Kataku sambil menoleh pada
sekian yang ada.
"Ingatlah, setelah
kita kembali kepada Allah satu-satunya, musuh-musuh kita akan bertambah ramai, terutamanya
Syaitan, yang akan memerangkap kita dijalan yang lurus, perhatikan juga ayat
7:16, dan ayat 17:64. "Dan kejutlah sesiapa antara mereka yang kamu boleh
dengan suara kamu, dan kumpulkanlah terhadap mereka pasukan berkuda kamu dan
pasukan kamu yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka dalam harta
mereka dan anak-anak mereka, dan janjikanlah mereka!" Tetapi syaitan tidak
menjanjikan mereka kecuali tipuan." Kataku lagi.
QUR’AN ADALAH RASUL
“Setelah Nabi Muhammad
wafat, tidak ada lagi nabi dan Rasul yang diutus dari kalangan manusia. Yang masih kekal ialah apa yang diterima dari
ALLAH dan dibawa oleh Nabi kepada kita sehingga ke hari ini. Tidak lain dan
tidak bukan adalah kitab Al-Qur’an ini.
Nabi Muhammad adalah Rasulullah
penutup nabi-nabi di kalangan manusia.
Jawatan Rasul dari segi fungsinya boleh sahaja digunakan pada kitab
terakhir yang mempunyai fungsi yang sama dengan Rasul di kalangan manusia. ALLAH berfirman dalam satu ayat. "Maka
berpegang-teguhlah kamu pada apa yang diwahyukan kepada kamu; sesungguhnya kamu
adalah di atas jalan lurus. Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi kamu, dan
bagi kaum kamu; dan sungguh, kamu akan ditanya." (43:43-44).
ALLAH perintahkan nabi
untuk berkata, “Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini
diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa
ia sampai." (6:19). Qur’an inilah
satyu-satunya peninggalan nabi Muhammad kepada kita. Dan tidak ada langsung disebut hadis atau
Sunnah nabi untuk kita. Inilah yang kita
mesti baca setiap hari dengan memahami mesej-mesejNya. Lihat ayat ini, "Bagaimanakah kamu boleh
tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah dibacakan, dan Rasul-Nya
berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi
petunjuk pada jalan lurus." (3:101).
Kerana Rasul dikatakan
hadir pada hari ini maka dia disangka hanya terdiri daripada orang-orang yang
menyampaikan ayat-ayat Allah, yang bilangannya didapati begitu ramai.
Kita sedia maklum bahawa
ayat-ayat Allah yang diturunkan, antara lain, beri petunjuk kepada manusia pada
jalan lurus. Tugas itu, apabila direnungkan tidak hanya mampu dilaksana oleh
Rasul jenis manusia kerana sebuah Kitab pun mampu buat demikian. Lalu Kitab itu
boleh juga dianggap sebagai Rasul, seperti ditunjukkan dalam kandungan
Peringatan ini yang berbunyi,
"Wahai ahli Kitab,
sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepada kamu banyak
perkara yang kamu sembunyikan daripada Kitab, dan banyak yang dimaafkan. Telah
datang kepada kamu daripada Allah satu cahaya, dan sebuah Kitab yang
jelas. Allah beri petunjuk kepada siapa
ikut kepuasan hati-Nya pada jalan-jalan kesejahteraan, dan keluarkan mereka
dari kegelapan kepada cahaya dengan izin-Nya; dan Dia beri petunjuk kepada
mereka pada jalan lurus." (5:15-16),
Rasul dikatakan telah
datang dan apa yang dikatakan telah datang di situ dijelaskan lagi dengan frasa
sebuah Kitab yang jelas. Justeru, ayat tersebut dengan jelas membawa mesej
iaitu Rasul adalah Kitab. Penurunan
Kitab ambil masa yang lama, di antara sebuah Kitab dengan Kitab yang lain. Contohnya Injil dan al-Qur'an yang memakan
masa kira-kira 600 tahun, atau al-Qur'an hingga ke hari ini selama lebih 1400
tahun. Kerana begitu lama mungkin terdapat orang-orang di kalangan ahli Kitab
menyatakan tidak ada sebarang pemberi berita gembira mahu pun pemberi amaran
datang kepada mereka. Namun Allah sangkal mereka dengan ayat berikut:
"Wahai ahli Kitab,
sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepada kamu pada satu
masa jeda antara Rasul-Rasul, supaya kamu tidak kata, 'Telah tidak datang
kepada kami sebarang pembawa berita gembira, dan tidak juga sebarang pemberi
amaran.' Sungguh, telah datang kepada kamu pembawa berita gembira, dan pemberi
amaran; Allah berkuasa atas segala sesuatu." (5:19).
Dia menyatakan bahawa
Rasul merupakan pemberi berita gembira dan pemberi amaran. Pembawa dan pemberi
tersebut boleh berbentuk sebuah Kitab. Seperti Kitab al-Qur'an, yang tidak
dinafikan berfungsi sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran menurut
firman berbunyi,
"Sebuah Kitab yang
ayat-ayatnya dijelaskan sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab bagi kaum yang tahu,
pemberi berita gembira, dan pemberi amaran, tetapi kebanyakan mereka berpaling,
dan tidak mendengar." (41:3-4).
Oleh itu, serupa mana-mana
Rasul jenis manusia, al-Qur'an juga dikatakan memberi berita gembira dan beri
amaran, dan kerana mesejnya masih terpelihara hingga hari ini maka mana-mana
manusia tidak perlu lagi menganggap diri mereka sebagai Rasul. Kerana Rasul boleh berbentuk sebuah Kitab,
seperti al-Qur'an, sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran, maka
Rasul kita pada hari ini ialah Kitab al-Qur'an ini, Ustaz.” Jelasku panjang
lebar.
Ustaz Harun sedikit
tersentak dengan peneranganku itu.
Aku serahkan kitab Qur’an
dan Bible itu kepada Wak Seman. Perlahan-lahan
Wak Seman menyambut kedua-dua kitab tersebut. Berat rasanya untuk kakiku
melangkah pergi.
Masa aku melintasi
jambatan gantung, terlintas dihatiku ayat 56:79. "Tiada yang menyentuhnya
kecuali orang-orang yang dibersihkan."
TAMAT
Sekian dari,
mohamedibraheem@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!