Sabtu, 28 Mei 2016

Q.S. ORANG-ORANG ROM / AR-RUM ???

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

30:1. Alif Lam Mim.

30:2. Orang-orang Rom dikalahkan,

30:3. Di bumi yang dekat; dan, setelah kekalahan mereka, mereka akan mengalahkan,

30:4. Dalam beberapa tahun. Bagi Allah adalah Perintah, sebelum dan sesudah, dan pada hari itu, orang-orang mukmin gembira,

30:5. Dengan pertolongan Allah; Allah tolong sesiapa Dia hendaki; dan Dia Yang Perkasa, Yang Pengasih.

30:6. Janji Allah! Allah tidak mungkiri janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

30:7. Mereka tahu bahagian yang lahir daripada kehidupan dunia, tetapi terhadap akhirat, mereka lalai.

30:8. Apa, tidakkah mereka fikirkan di dalam diri-diri mereka? Allah tidak ciptakan langit dan bumi, dan apa yang di antaranya, melainkan dengan yang benar, dan satu tempoh yang telah dinyatakan; namun begitu, kebanyakan manusia tidak percaya kepada pertemuan dengan Pemelihara mereka.

30:9. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Mereka lebih kuat daripada mereka dalam kekuatan, dan mereka membajak bumi dan memakmurkannya dengan lebih banyak daripada apa yang mereka sendiri makmurkan; dan Rasul-Rasul mereka datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; dan Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka zalimkan.

30:10. Kemudian, kesudahan orang-orang yang buat jahat ialah kejahatan, kerana mereka dustakan ayat-ayat Allah, dan memperolok-olokkannya.

30:11. Allah memulakan ciptaan, kemudian kembalikannya semula, kemudian kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

30:12. Pada hari apabila Saat datang, orang-orang yang berdosa berputus asa.

30:13. Mereka tidak akan ada pengantara-pengantara di kalangan sekutu-sekutu mereka, dan mereka tidak percaya kepada sekutu-sekutu mereka.

30:14. Pada hari apabila Saat datang, pada hari itu, mereka berpecah belah.

30:15. Bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , mereka berjalan dengan gembira di padang yang cukup pengairannya.

30:16. Tetapi bagi orang-orang tidak percaya, dan dustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan di akhirat, mereka dihadapkan ke dalam azab.

30:17. Maka Allah disanjung, waktu kamu berpetang, dan waktu kamu berpagi.

30:18. Bagi-Nya segala puji di langit dan di bumi, pada waktu petang dan waktu zuhur kamu.

30:19. Dia keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan keluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Dia hidupkan bumi setelah ia mati; begitulah kamu akan dikeluarkan.

30:20. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia cipta kamu daripada tanah; kemudian tiba-tiba, kamu jadi manusia, bertaburan di merata-rata.

30:21. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia ciptakan untuk kamu, daripada diri-diri kamu sendiri, isteri-isteri, supaya kamu berehat pada mereka, dan Dia adakan antara kamu, cinta dan pengasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

30:22. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah ciptaan langit dan bumi, dan perbezaan dalam lidah (bahasa) kamu, dan warna. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang tahu.

30:23. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah tidur kamu pada waktu malam dan siang hari, dan kamu inginkan sebahagian daripada pemberian-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mendengar.

30:24. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah Dia perlihatkan kepada kamu kilat, untuk ketakutan dan harapan, dan Dia turunkan dari langit air, dan Dia hidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang faham.

30:25. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa langit dan bumi berdiri dengan perintah-Nya; kemudian, apabila Dia seru kamu dengan satu seruan, kamu seketika itu, dari bumi, kamu keluar.

30:26. Dan kepunyaan-Nya sesiapa di langit dan di bumi; semua patuh kepada-Nya.

30:27. Dan Dia yang mulakan ciptaan, kemudian kembalikannya semula, dan hal itu amat mudah bagi-Nya. Bagi-Nya persamaan yang tertinggi di langit dan bumi; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

30:28. Dia buatkan untuk kamu persamaan daripada diri-diri kamu sendiri: adakah bagi kamu, antara yang tangan-tangan kanan kamu miliki, sekutu-sekutu, dalam apa yang Kami rezekikan kamu, supaya kamu jadi sama padanya, dengan kamu takuti mereka seperti kamu takut pada diri-diri (sesama) kamu sendiri? Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang faham.

30:29. Tidak, tetapi orang-orang buat kezaliman ikut keinginan mereka, tanpa pengetahuan; maka siapakah yang akan beri petunjuk kepada orang yang Allah sesatkan? Mereka tidak ada penolong-penolong.

30:30. Maka tegakkanlah wajah kamu kepada agama, seorang yang lurus - keaslian Allah yang dengannya memulakan manusia. Tidak ada pertukaran dalam ciptaan Allah. Itu agama yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

30:31. Berkesesalanlah kepada-Nya. Dan kamu takutilah Dia, dan lakukan solat, dan janganlah jadi daripada orang-orang yang sekutukan,

30:32. Daripada orang-orang yang pecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa di sisi mereka.

30:33. Apabila mudarat sentuh manusia, mereka seru Pemelihara mereka dengan berkesesalan kepada-Nya; kemudian, apabila Dia rasakan kepada mereka pengasihan daripada-Nya, tiba-tiba segolongan daripada mereka sekutukan Pemelihara mereka,

30:34. Supaya mereka tidak berterima kasih (kafir) pada apa yang kami beri mereka. "Gembiralah kamu; sesungguhnya kamu pasti akan tahu."

30:35. Atau, adakah Kami telah turunkan sebarang kuasa kepada mereka, lalu ia kata apa yang mereka sekutukan dengan-Nya?

30:36. Dan apabila Kami merasakan kepada manusia pengasihan, mereka gembira dengannya; tetapi jika keburukan menimpa mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka sendiri dahulukan, tiba-tiba mereka berputus asa.

30:37. Tidakkah mereka lihat bahawa Allah menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa Dia hendaki? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang percayai.

30:38. Maka berikan sanak saudara haknya, dan orang miskin, dan musafir; itulah lebih baik bagi orang-orang yang hendak Wajah Allah; mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.

30:39. Dan apa yang kamu beri dalam riba, supaya ia menambahkan harta manusia, ia tidak bertambah di sisi Allah; tetapi apa yang kamu beri dalam zakat, dengan hendakkan wajah Allah, maka itulah yang melipatgandakan.

30:40. Allah ialah Dia yang cipta kamu, kemudian Dia rezekikan kamu, kemudian Dia matikan kamu, kemudian Dia hidupkan kamu; adakah daripada sekutu-sekutu kamu yang buat sesuatu daripada yang demikian itu? Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan!

30:41. Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri usahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa mereka buat, supaya mereka kembali.

30:42. Katakanlah, "Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka; kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang yang sekutukan."

30:43. Maka tegakkanlah muka kamu kepada agama yang betul, sebelum datang satu hari daripada Allah yang tidak dapat dikembalikan; pada hari itu, mereka dipisah-pisahkan.

30:44. Sesiapa tidak percaya, maka atasnyalah ketidakpercayaannya; dan sesiapa buat kerja-kerja baik, maka untuk diri-diri merekalah mereka buat persediaan,

30:45. Supaya Dia balas orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik daripada pemberian-Nya; Dia tidak suka orang-orang tidak percaya.

30:46. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia utuskan angin dengan memberi berita gembira, dan supaya Dia merasakan kepada kamu daripada pengasihan-Nya, dan supaya kapal-kapal berlayar dengan perintah-Nya, dan supaya kamu mencari pemberian-Nya; supaya kamu bersyukur (berterima kasih).

30:47. Sesungguhnya, Kami telah utus sebelum kamu Rasul-Rasul kepada kaum mereka, dan mereka datangkan kepada mereka bukti-bukti yang jelas; kemudian Kami lepaskan dendam kepada orang-orang yang berdosa; dan menjadi kewajipan kepada Kami menolong orang-orang mukmin.

30:48. Allah ialah Dia yang mengutus angin, yang menggiatkan awan, dan Dia menjulurkannya di langit sebagaimana yang Dia hendaki, dan membuatnya berkecai; kemudian kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan apabila Dia timpakan dengannya kepada sesiapa daripada hamba-hamba-Nya yang Dia hendaki, tiba-tiba mereka gembira,

30:49. Walaupun sebelum ia diturunkan kepada mereka, sebelum itu, mereka telah berputus asa.

30:50. Maka perhatikanlah bekas-bekas daripada pengasihan Allah, bagaimana Dia hidupkan bumi setelah ia mati; sesungguhnya Dia yang hidupkan yang mati, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

30:51. Tetapi jika Kami utuskan angin, dan mereka melihatnya jadi kuning, mereka sesudah itu tetap tidak percaya.

30:52. Kamu tidak akan jadikan orang yang mati mendengar, dan tidak juga kamu jadikan orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka berpaling, berundur.

30:53. Kamu tidak akan beri petunjuk kepada orang yang buta daripada kesesatan mereka, dan tidak juga kamu jadikan sesiapa mendengar, kecuali orang yang percayai ayat-ayat Kami, dan jadi muslim.

30:54. Allah ialah Dia yang cipta kamu daripada keadaan lemah, kemudian Dia buatkan setelah keadaan lemah, kekuatan, kemudian setelah kekuatan, Dia buatkan berkeadaan lemah dan beruban; Dia cipta apa yang Dia hendaki, dan Dia Yang Mengetahui, Yang Berkuasa.

30:55. Pada hari apabila Saat datang, orang-orang yang berdosa bersumpah bahawa mereka tidak tinggal lebih sesaat; begitulah mereka dipalingkan.

30:56. Tetapi orang-orang diberi pengetahuan dan keimanan berkata, "Kamu telah tinggal menurut Kitab Allah sampai Hari Kebangkitan. Inilah Hari Kebangkitan, tetapi kamu tidak tahu."

30:57. Maka pada hari itu, alasan mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang buat kezaliman , dan tidaklah mereka diberi keredaan.

30:58. Sesungguhnya Kami buatkan untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan; dan jika kamu datangkan kepada mereka satu ayat, orang-orang tidak percaya pasti akan berkata, "Tiadalah kamu, melainkan orang-orang yang buat kepalsuan."

30:59. Begitulah Allah tutup hati orang-orang yang tidak tahu.


30:60. Maka sabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah benar; dan janganlah orang-orang yang tidak yakin gelisahkan kamu.

Sabtu, 21 Mei 2016

SOLAT TANPA HADIS ???

Ingat bahawa QUR’AN adalah kitab yang cukup jelas, pejelasan atas segala sesuatu, petunjuk dan pengasihan, berita gembira bagi orang-orang Muslim.  Lihat ayat-ayat ini….
6:114. Apa, adakah aku akan cari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang turunkan kepada kamu KITAB yang cukup JELAS; dan orang-orang yang kepada mereka Kami beri Kitab tahu bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.
16:89. Dan pada hari Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi ke atas mereka daripada diri-diri mereka sendiri, dan Kami datangkan kamu sebagai saksi ke atas mereka itu. Dan Kami turunkan kepada kamu al-Kitab, PENJELASAN BAGI SEGALA SESUATU, dan petunjuk, dan pengasihan, dan sebagai berita gembira, bagi orang-orang Muslim.
5:48. Dan Kami turunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkan antara mereka menurut apa yang Allah turunkan, dan jangan ikut keinginan mereka untuk abaikan yang benar yang datang kepada kamu.
6:38. Kami tidak alpakan sesuatu di dalam al-Kitab.
20:52. “… Pemeliharaku tidak sesat, dan tidak juga lupa.”
12:1. Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat Kitab yang jelas.
44:58. Sesungguhnya Kami memudahkan ia dengan lidah (bahasa) kamu, supaya mereka mengingati.
7:3. Ikutlah apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu,
45:6. Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan percayai?
Siapa yang tidak percaya … bolehlah tunggu balasan ALLAH.
4:56. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, Kami pasti akan panggang mereka di Api. Setiap kali kulit-kulit mereka hangus kesemuanya, Kami tukar dengan kulit-kulit lain, supaya mereka rasakan azab. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.

SOLAT DISEBUT DALAM QUR’AN SEBANYAK 67 KALI.

Pakaian
Pakaian untuk solat adalah yang baik atau cantik kerana ketika itu umat berhadapan serta berkomunikasi dengan Penciptanya. Malahan, Allah telah menyuruh ambil perhiasan di setiap masjid, yang bermaksud tempat sujud. Dan sujud dilakukan juga dalam solat. Firman-Nya, 

"Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid" (7:31).


WARAS
4:43. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu tahu apa yang kamu ucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan, sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu telah sentuh perempuan, dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu; sesungguhnya Allah Pemaaf, Pengampun.
23:1-2. Beruntunglah orang-orang mukmin,Yang dalam solat mereka, mereka merendahkan hati;

WUDUK
5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkan diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu sentuh perempuan, dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu dan tangan kamu dengannya. Allah tidak hendak buat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia hendak bersihkan kamu, dan supaya Dia sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.

KIBLAT
2:144. Kami lihat kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke langit; sungguh Kami akan palingkan kamu kepada kiblat yang kamu puas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram (Masjid Suci); dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. orang-orang diberi al-Kitab tahu bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka kerjakan.

SOLAT UNTUK ALLAH
6:162. Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan matiku, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam.
20:14. Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukan solat untuk mengingati Aku.
23:1-2 Beruntunglah orang-orang mukmin, Yang dalam solat mereka, mereka merendahkan hati (Khusyuk);
17:46. Dan Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian."

Solat adalah hanya untuk Allah. Lalu hanya nama-Nya harus diseru. Firman-Nya,

"Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama paling baik." (17:110)

"Masjid-masjid adalah kepunyaan Allah; maka janganlah seru, berserta Allah, sesiapa pun." (72:18)

WAKTU SOLAT
Penjelasan dimulakan dengan memperihalkan nama bagi tiap-tiap solat. Terdapat hanya tiga nama solat di dalam al-Qur’an, iaitu Solat Fajar (24:58), Solat Isyak (24:58), dan Solat Wusta, atau solat yang di tengah (2:238). Tiga nama solat ini menunjukkan waktunya juga. Waktu-waktunya dijelaskan lagi dengan sebuah ayat lain berbunyi:
"Dan lakukan solat pada dua tepi siang, dan awal malam." (11:114)
Solat yang pada waktu tepi siang pertama ialah solat fajar, sementara solat wusta, atau solat yang di tengah, pada tepi siang yang kedua. Solat yang dilakukan pada awal malam itu ialah solat isyak.

Perkataan "wusta" ingin dijelaskan lagi di sini. Ia bermakna "di tengah",  Ditengah antara dua SOLAT. di tepi siang kedua.  Waktu yang pendek ini dikenali umum sebagai akhir siang sebelum matahari terbenam. Oleh kerana al-Qur’an menjelaskan sendiri, maka waktu solat wusta  dalam 11 : 114 di atas.

Lantas, waktu solat wusta adalah dari sebelum terbenam matahari hingga terbenam matahari, iaitu di tepi siang yang kedua.


BACA QUR’AN
29:45. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab, dan lakukan solat; solat melarang kesumbangan dan mungkar. Mengingat Allah adalah lebih besar; dan Allah tahu apa yang kamu kerjakan.
3:113. Tidaklah mereka semua sama; sebahagian daripada ahli Kitab adalah satu umat yang tegak, yang baca ayat-ayat Allah pada tengah malam, dan sujud.
18:27. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Kitab Pemelihara kamu; tiada yang dapat tukar kata-kata-Nya. Selain daripada Dia, kamu dapati tiada perlindungan.
16:98. Apabila kamu baca al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
23:97-98. dan katakan, "Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku."
*walaupun tiada ditentukan ayat mana yang dibaca pada permulaan solat.  Al-Fatihah adalah surah pertama dalam Qur’an dan pembukaan Qur’an.  Maka ia dibaca dalam solat. Kita berhak memilih ayat mana yang sesuai untuk dibaca dalam solat. Yang jelas solat adalah untuk memohon pertolongan, menyanjung dan memuji ALLAH.  Maka ayat-ayat yang berkaitan boleh dibaca.
*17:111. “Dan agungkanlah Dia seagung-agungnya.”-  perkataan ALLAHUAKBAR- boleh digunakan setiap kali posisi solat berubah. Atau pun nama “ALLAH”  atau Ar-RAHMAN(17:110)
*56:74. Maka sanjunglah nama Pemelihara kamu, Yang Agung.-  adalah kalimat SUBHANARABBIAL ADZHIIM adalah sesuai dan menurut ayat ini.
*87:1. Sanjunglah nama Pemelihara kamu, Yang Tinggi, - kalimat SUBHANA RABBIAL A’LA  adalah sesuai menurut ayat ini.
*50:40. Lafazlah sanjungan-Nya pada malam hari, dan pada hujung-hujung sujud.
*3:18. Allah saksikan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, dan para malaikat, dan orang-orang yang berpengetahuan, yang tegakkan keadilan; tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.--- “Aku bersaksi tiada tuhan selain ALLAH”. Kalimat ini sesuatu menurut ayat itu.

Baca ayat seterusnya  17 : 111
17:111. "Segala puji bagi Allah yang tidak ambil seorang anak, dan yang tidak ada sebarang sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga sebarang wali (pelindung) daripada kerendahan diri."

Bacaan di dalam Solat boleh dipetik daripada mana-mana ayat yang sesuai yang berjumlah dengan banyak di dalam al-Qur’an. Pilihan adalah berdasarkan keperluan dan selera sendiri kerana solat adalah suatu alat perhubungan yang amat peribadi antara hamba dan Pemeliharanya.
Sebagai contoh, ayat yang lazim diucapkan umat Islam pada permulaan solat mereka berbunyi "Inna solati wanusuki wamahyaaya wamamaati lillaahi rabbil aalamiin" yang bermakna, "Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, dan hidupku, dan matiku, untuk Allah, Pemelihara semesta alam". Ini sebenarnya adalah ayat 6:162 di dalam al-Qur’an.
Akan tetapi, di dalam al-Qur’an ayat tersebut bermula dengan kata "qul" atau "katakanlah", iaitu "Qul inna solati wanusuki..." atau "Katakanlah, ‘Sesungguhnya solatku, dan ibadahku ...." 
tinggalkan kata "qul" atau "katakanlah" pada ayat ini di dalam solat adalah wajar kerana ketika itu umat bercakap dengan-Nya. Mahukah kita menyuruh Dia dengan "Katakanlah ..."?
Justeru itu, pada ayat-ayat lain seperti "Qul a’udzu birabbin naas ...." (Surah 114) yang bermaksud "Katakanlah, ‘Aku berlindung kepada Pemelihara manusia ....’", atau "Qul huwal laahu ahad ..." (Surah 112) yang bermakna "Katakanlah, ‘Dialah Allah yang satu ...", haruslah ditinggalkan qulnya juga kerana meninggalkannya adalah amat munasabah.


Sesetengah pihak mendakwa bahawa solat adalah masa untuk membaca al-Qur’an. Ini tidak benar, kerana amalan kerjakan solat dan membaca al-Qur’an adalah dua perintah Tuhan yang berlainan, seperti yang disebut di dalam ayat 73:20. Seterusnya ada juga orang yang mendakwa bahawa mana-mana ayat al-Qur’an boleh dibaca dalam solat. Ini juga tidak benar. Sebagai contoh, bolehkah dibaca ayat al-Qur’an yang berikut di dalam solat:
"Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukan solat untuk mengingati Aku." (20:14)

Mahukah diucap kata-kata tersebut kepada Allah, walaupun ia ayat al-Qur’an?

DAN PILIHLAH MANA-MANA SURAH YANG BERMULA DENGAN ‘QUL’- BACALAH AYATNYA TANPA PERKATAAN QUL. TERUTAMANYA  SURAH AL-IKHLAS, AL-FALAQ DAN AN-NAAS. INI BOLEH DIJADIKAN BACAAN SELAIN AL-FATIHAH.


NADA SUARA
Nada suara dalam solat tidaklah terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah tetapi di pertengahan, dan ini adalah untuk semua solat. Firman-Nya:
"Dan jangan kamu lantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu." (17:110)

SERUAN
Solat dimulakan dengan menyeru Nama-Nya, seperti Allah, atau Ar-Rahman (Yang Pemurah) atau mana-mana nama-Nya yang indah yang diajar di dalam al-Qur’an (nama Allahu Akbar tiada di dalamnya). Firman Allah:
"Katakanlah, ‘Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama paling baik.’ Dan jangan kamu lantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu."  (17:110)
Ayat yang menyusulinya menetapkan apa yang harus diucap selepas seruan itu, iaitu:

"Dan katakan, ‘Segala puji bagi Allah yang tidak ambil seorang anak, dan yang tidak ada sebarang sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga sebarang wali (pelindung) daripada kerendahan diri.’" (17:111)


POSISI DAN LAKU SOLAT (berdiri, rukuk dan sujud)
2:238. Peliharalah salawat (doa mohon ampun), dan solat di tengah, dan BERDIRILAH kamu khusyuk patuh kepada Allah.
3:39. Dan malaikat-malaikat memanggilnya, sedang dia BERDIRI untuk menyembah di mihrab, "Allah beri kamu berita gembira dengan Yahya yang mengesahkan satu Kata Allah, dan seorang ketua, dan jujur serta suci daripada kejahatan nafsu berahi, dan seorang Nabi, dan seorang yang salih.
4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan lakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka BERDIRI bersama kamu, dan hendaklah mereka ambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka SUJUD, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum sembah datang, dan sembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang tidak percaya ingin kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan serbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidak salah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk letakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah sediakan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.
22:26. Dan apabila Kami menempatkan untuk Ibrahim tempat Rumah, "Janganlah kamu sekutukan Aku dengan sesuatu. Dan kamu bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang BERDIRI, dan orang-orang yang TUNDUK/RUKUK, orang-orang yang SUJUD.
48:29. Muhammad adalah Rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dia, keras terhadap orang-orang tidak percaya, pengasih sesama mereka. Kamu lihat mereka TUNDUK-RUKUK, SUJUD mencari pemberian daripada Allah, dan kepuasan hati. Tanda mereka adalah pada muka-muka (wajah) mereka, bekas sujud. Itu persamaan mereka di dalam Taurat, dan persamaan mereka di dalam Injil - seperti sebiji benih yang keluarkan tunasnya, dan menguatkannya, dan ia membesar dengan tegap, dan tegak di atas ganggangnya, menakjubkan penyemai-penyemai, supaya melaluinya Dia menimbulkan marah orang-orang tidak percaya. Allah janjikan orang-orang antara mereka, yang percaya dan buat kerja-kerja baik , dengan ampunan dan upah yang besar.

2 RAKAAT SOLAT
4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan lakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka ambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum sembah datang, dan sembah bersama kamu,

Cara solat di dalam al-Qur’an adalah senang serta mudah diubah menurut keadaan dan keikhlasan diri. Umpamanya bilangan rakaat. RAKAAT tidak disebut sama sekali di dalam al-Qur’an.  ia istilah bukan quranik, dan dengan ini ia beri peluang kepada umat untuk menunjukkan keikhlasan dalam lakukan solat mereka, sama ada untuk memanjangkan atau memendekkannya.


AKHIR SOLAT

"Dan Dia, Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Bagi-Nya segala pujian pada permulaan dan akhir, dan bagi-Nya juga Putusan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan."  
(28:70)
10:10. akhir seruan mereka, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam."
- Dibaca ketika dalam sujud terakhir.





Rabu, 18 Mei 2016

AL-AQSA : KIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM???

SIAPA KATA MASJIDIL AQSA ADALAH KIBLAT PERTAMA NABI MUHAMMAD DAN UMAT ISLAM?


2:142. Orang-orang bodoh antara manusia akan berkata, "Apakah yang memalingkan mereka daripada kiblat (haluan) yang mereka hadap dahulu?" Katakanlah, "Kepunyaan Allah Timur dan Barat; Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki pada jalan lurus."
2:143. Demikianlah Kami buat kamu satu umat yang di tengah, supaya kamu jadi saksi-saksi ke atas manusia, dan supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu; dan Kami tidak tentukan kiblat yang kamu hadapkan melainkan supaya Kami tahu siapa yang ikut Rasul, dan siapa yang balik di atas tumit-tumitnya. Sebenarnya ia sungguh berat, kecuali kepada orang-orang yang Allah beri petunjuk; tetapi Allah tidak akan biarkan iman kamu disia-siakan. Sesungguhnya Allah Lembut kepada manusia, Pengasih.

APAKAH DAN DI MANAKAH KIBLAT NABI MUHAMMAD ITU?

                      AL-AQSA DI PALESTIN?


KALAU ITU JAWAPAN KAMU…. MAKA KAMU SALAH…. 
AYAT SETERUSNYA MENYATAKAN KIBLAT NABI MUHAMMAD SEBELUM KIBLAT MASJIDIL HARAM!

2:144. "Kami lihat kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke LANGIT; sungguh Kami akan palingkan kamu kepada KIBLAT yang kamu puas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah MASJIDIL HARAM (Masjid Suci); dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. orang-orang diberi al-Kitab tahu bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka kerjakan."

YA… KIBLAT NABI MUHAMMAD SEBELUM ITU IALAH … BAGINDA MENDONGAK KE "LANGIT."

INI ADALAH LOJIK KERANA, ALLAH MENYATAKAN BAHAWA DIA BERADA DI LANGIT.

LIHAT AYAT-AYAT INI MENYOKONG QS. 2 :144 .

“Mereka takut kepada Rabb mereka yang (berada) di atas mereka.” (QS. An Nahl : 50)

“Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Rabbnya.” (QS. Al Ma’arij : 4)

“Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di (atas) langit bahwa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?” (QS. Al Mulk : 16)

“(Yaitu) Rabb Yang Maha Pemurah. Yang beristiwa’ (menetap tinggi) di atas ‘Arsy .” (QS. Thoha : 5)

JADI, KIBLAT YANG DIDAKWA SEBAGAI KIBLAT PERTAMA BUKANLAH AL-AQSA MENURUT QUR’AN. TETAPI ARAH KE LANGIT DI MANA ALLAH BERSEMAYAM DIARASY-NYA. HANYA HADIS-HADIS DAN RIBUAN PENDAPAT ULAMA SUNNI YANG MNEYATAKAN DEMIKIAN. DAN KENYATAAN MEREKA DITENTANG KERAS OLEH WAHYU ALLAH SEEPRTI YANG SAYA BERI DI ATAS…

WALLAHU’ALAM..

Selasa, 17 Mei 2016

WAKTU SOLAT MENURUT QUR’AN ???


WAKTU SOLAT

ALLAH S.W.T
berfirman :
 "Kami buatkan malam dan siang sebagai dua ayat; kemudian Kami hapuskan ayat malam, dan Kami buatkan ayat siang untuk melihat supaya kamu cari pemberian daripada Pemelihara kamu, dan supaya kamu tahu bilangan tahun, dan hitungan; dan segala sesuatu Kami jelaskan dengan cukup jelas."
[Q.S. 17 : 12]

Dalam sehari ada 24 jam, dalam sehari juga ada siang dan malam.  Pembahagian jam bagi siang adalah 12 jam dan malam pula mendapat bahagian yang sama iaitu 12 jam.  Oleh itu sekiranya matahari terbit pada jam 7 pagi, maka secara lumrahnya matahari akan terbenam pada jam 7 petang.  Ini menepati masa yang diperuntukan sebanyak 12 jam.

Untuk menentukan waktu solat yang tepat bagi  ‘2 TEPI SIANG’.  Kita wajib faham sistem 24 jam sehari ataui 12 jam siang dan 12 jam malam. 

"Dan lakukan solat(Sholaata) pada dua tepi siang, dan awal malam..."
[ QS 11 : 114 ]

KATA KUNCINYA : SIANG (zon yang merujuk kepada matahari terbit dan sebelum terbenam)

Tepi siang pertama ditentukan olehNya adalah tepat pada waktu Fajar  seperti yang digambarkan dalam surah AL-BAQARAH 2 : 187.   Waktu Fajar adalah permulaan bagi siang.  Ia digelar TEPI SIANG PERTAMA.  
Oleh itu,
Sekiranya, Waktu Fajar atau siang bermula pada jam 6 pagi.  Maka waktu siang akan berakhir pada tepat 12 jam bermula dari jam 6 pagi, iaitu tepat pada jam 6 petang.  Dan dari contoh ini, waktu TEPI SIANG KEDUA ialah pada jam 6 petang. Ini memenuhi peruntukan 12 jam untuk siang.

Sekiranya waktu solat Fajar ditentukan dari mula terbit Fajar hingga matahari terbit iaitu dalam lebih kurang dari jam 6 pagi hingga jam 7 pagi ketika matahari terbit.  Maka waktu solat Fajar itu ada tempoh masa selama sejam atau lebih. 
Waktu FAJAR dan Waktu SUBUH adalah berbeza.   

FAJAR
2:187.”… Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada FAJAR…,”
*Waktu ini adalah permulaan Siang atau tepi siang, Cahaya garisan sinar matahari pertama seperti benang putih di yang jelas kelihatan pada benang hitam. Ia menunjukkan waktu akhir malam.

SUBUH
74:34. “Dan subuh (pagi) apabila ia menyinari.”
*Waktu ini matahari sudah bersinar dan lebih cerah sinarannya berbanding waktu Fajar. Ia menunjukkan waktu akhir Fajar.



Manakala Tepi siang kedua ialah pada waktu Petang - akhir siang iaitu pada waktu sebelum matahari terbenam (Masih dalam zon Siang). Selepas matahari terbenam adalah waktu malam di mana orang berpuasa berbuka seperti mana digambarkan dalam AL-BAQARAH 2 : 187.

Manakala, Solat Wusta  yang ditunaikan di antara dua solat (Solat Fajar dan Solat Isyak) tepat pada jam 6 hingga 7 petang (cukup 12 jam peruntukan untuk siang : jam 7 pagi –jam 7 malam jumlah semuanya 12 jam). 12 jam lagi adalah peruntukan untuk waktu malam.


Menurut surah Al- Muzzammil : 20  

Malam dibahagikan kepada tiga.  Menggunakan sistem 1/3 malam, 2/3 malam  dan separuh malam(1/2).  Oleh itu malam ada 12 jam. Malam bermula dari jam 7 petang  pada waktu matahari terbenam hingga jam 7 pagi pada waktu matahari terbit.  Ini juga cukup 12 jam seperti mana siang ada 12 jam.

"Pemelihara kamu tahu bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah tentukan malam dan siang..."
[Q.S. AL-MUZZAMMIL : 20]


SISTEM MUZZAMMIL 20
berikut ialah pembahagian malam menurut sistem ini.
1/3 malam  kali dengan 12 jam :  setiap bahagian malam akan mendapat 4 jam.

Oleh itu :
Jam 7 hingga jam 11 malam ada 4 jam.  dari jam 11 hingga jam 3 pagi ada 4 jam  dan dari jam 3 pagi hingga jam 7 pagi ada 4 jam.  jumlah kesuluruhannya adalah 12 jam untuk malam.

2/3 malam pula merujuk kepada jam 3 pagi dalam sistem ini. 

Dan 1/2 malam ialah tepat pada jam 1 pagi kalau dikira dari jam peruntukan 12 jam bermula dari jam 7 malam hingga 7 pagi siang.

Oleh itu sekiranya waktu solat lebih awal berbanding dari terbit matahari iaitu sebelum jam 7 pagi.   Waktu solat tepi siang kedua akan berakhir pada jam 6 petang.  Ini merupakan pembahagian adil dari segi jam dan waktu siang dan malam.

Oleh itu untuk menentukan di mana awal malam berada.  Kita akan akan ikut sistem 1/3 ini.  Menurut sistem ini 4 jam pertama dari malam adalah awal malam, 4 jam seterusnya adalah kegelapan tengah malam atau tengah malam dan 4 jam selepas itu adalah akhir malam.

Oleh itu Solat yang dilakukan pada awal malam rentang waktunya adalah bermula dari jam 7 hingga jam 11 malam.  Ini merupakan ‘Awal Malam’.  Dalam surah 11 : 114, “..dirikanlah solat… dan pada awal malam(Zulafan minalail) .  Maka waktu kita solat dari jam 7 hingga jam 11 malam.  Solat yang ditunaikan di awal malam adalah solat ISYAK.  Kerana ISYAK bermaksud  SENJA  atau  “AWAL MALAM.”

"Dan mereka datang kepada bapa mereka pada waktu ISYAK (‘ISHAAN : AWAL MALAM); mereka menangis."
[ QS.12 : 16 ]

Yang bermula ketika ‘matahari terbenam hingga kegelapan malam’ - Selari dengan ayat AYAT INI YANG MENERANGKAN LAGI BAGAIMANA SITUASI DAN KIRAAN BERMULA UNTUK AWAL MALAM. IAITU DARI TERBENAM MATAHARI HINGGA KEGELAPAN MALAM.

"Lakukan solat(Sholaata) dari PENURUNAN matahari hingga kegelapan malam..."
[Q.S. 17 : 78]



Matahari terbenam dalam jam 7 ke atas dan Selepas jam 11 malam akan jadi lebih gelap.-KEGELAPAN MALAM.

Oleh itu, jelas di sini dari pengiraan siang dan malam, pembahagian masa dan wahyu yang diutarakan sebagai dalil.  Saya memutuskan bahawa waktu-waktu solat 3 waktu adalah seperti berikut.

SOLAT FAJAR  : Jam 6-7 pagi (Tepi siang pertama : Zon Siang-Bermula dengan waktu Fajar)
SOLAT WUSTA : Jam 6-7 petang (Tepi siang kedua: Zon Siang- berakhir dengan matahari terbenam)
SOLAT ISYAK : JAM 7-11 malam ( Zon Awal malam- bermula dengan matahari terbenam)
*WAKTU JAM adalah mengikut waktu tempatan:Malaysia.  Luar Malaysia pengiraannya bergantung pada jumlah jam siang dan malam masing-masing.




NAMA-NAMA SOLAT



SOLAT FAJAR  
(SALATI FAJR)
Keadaan Waktu Fajar disebut dalam ayat  2:187
Nama solat Fajar disebut dalam ayat 24:58
Waktu solat Fajar di sebut dalam 11:114




SOLAT WUSTA
(SALATI WUSTA)
Keadaan Waktu Wusta disebut dalam 17 :78
Nama solat disebut dalam 2:238
Waktu solat disebut dalam 11:114


SOLAT ISYAK
(SALATI ISYAK)
Keadaan Waktu Isyak disebut dalam 11:114, 17:78
Nama solat disebut dalam 24:58
Waktu Solat disebut  dalam 11:114



(SOLAATIMIYYAUMILJUMUAHT)


SOLAT PADA HARI JUMAAT/WAKTU BERKUMPUL  
-Didirikan pada waktu ZOHOR(30:18, 62:10), - hanya pada hari SITTAH ATAU DGN KATA LAIN-JUMAAT (berkumpul pada Hari Sittah) sekali dalam seminggu. Perniagaan dan hiburan diadakan sebelum  dan selepasnya (WAKTU ZOHOR) 
TIDAK Terikat dalam kefardhuan solat tiga waktu (Solat Fajar, Solat Wusta dan Solat Isyak).- JUMUAHT juga bermaksud solat berkumpul atau berjemaah yang dilakukan pada 3 waktu solat harian yang ditentukan.
disebut dalam 62 : 9-11
***
SOLAT BERJEMAAH/JUMUATH/BERKUMPUL
SOLAATIMIYYAUMIL JUMUAHT
Manakala Solat pada hari berkumpul/Jumaat (istimewa pada hari jumaat sahaja) boleh dilakukan pada waktu penurunan matahari hingga kegelapan malam – Perhatikan ini, sebelum waktu Zohor orangg berniaga, bila tiba waktu zohor orang berehat(24:58) dan memuji ALLAH(30:18) dan selepas waktu Zohor, ketika penurunan matahari(17:78) - solat berkumpul dilakukan. Sesudah solat berjumuah pada hari Jumaat, kembali mencari rezeki di bumi ALLAH(berniaga semula).


Maknanya di hari Jumaat kita disuruh mencari rezeki bukan bercuti atau berehat selepas solat pada hari Jumaat tersebut. Hal solat ini adalah istimewa kerana dilakukan seminggu sekali iaitu pada hari Jumaat.
Solat pada hari Jumuaht/ waktu berkumpul(berjemaah) 
*Berjemaah/berkumpul/Jumuaht juga ditunaikan pada selepas waktu Zohor, 62:10),  
Wajib ke atas lelaki dan perempuan Muslim.



*WAKTU ZOHOR ADALAH TITIK TENGAH SIANG HARI(SELEPAS 6 JAM) BERMULA DARI WAKTU FAJAR DAN BERAKHIR DI WAKTU ISYAK. (12 JAM SIANG). SEKIRANYA FAJAR BERMULA JAM 6.  MAKA WAKTU ZOHOR ADALAH PADA JAM 12 TENGAHARI. KIRAAN MINIT MENGIKUT 6 JAM DARI MINIT FAJAR.


*SEKIRANYA TERTINGGAL MANA-MANA SOLAT 3 WAKTU.  TIDAK PERLU MENGGANTINYA TETAPI MOHONLAH AMPUN KEPADA ALLAH. 

"Yang, apabila mereka lakukan satu kesumbangan, atau menzalimi diri-diri mereka sendiri, mengingati Allah dan minta ampun atas kesalahan-kesalahan mereka, dan siapakah yang akan ampunkan kesalahan-kesalahan melainkan Allah? Dan mereka tidak berterusan dalam apa yang mereka lakukan sedang mereka mengetahuinya." (3:135)


 *CONTOH DOA MOHON AMPUN KEPADA ALLAH.

"Wahai Pemeliharaku, aku telah menzalimi diriku. Ampunkanlah aku." (28:16)

"Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami percaya; ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lindungilah kami daripada azab Api." (3:16)


"Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak ampunkan kami dan kasihani kami, tentu kami jadi antara orang-orang yang rugi." (7:23)



WALLAHU'ALAM