"Wahai
Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat
syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada
mereka hadir padaku."
Dengan nama Allah,
Yang Pemurah, Yang Pengasih.
24:1. Sebuah surah
yang Kami turunkan dan tetapkan; dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat,
bukti-bukti yang jelas, supaya kamu mengingati.
24:2. Perempuan yang
berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka
dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, janganlah kelembutan terhadap
mereka mengambil kamu, jika kamu percayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah
segolongan orang-orang mukmin saksikan azab mereka.
24:3. Lelaki yang
berzina tidak kahwini kecuali perempuan yang berzina, atau perempuan yang
sekutukan; dan perempuan yang berzina, tiada yang kahwininya kecuali lelaki
yang berzina, atau lelaki yang sekutukan; itu diharamkan kepada orang-orang
mukmin.
24:4. Dan orang-orang
yang membaling kepada wanita-wanita yang berkahwin, dan kemudian tidak
datangkan empat saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh sebatan, dan janganlah
terima sebarang kesaksian mereka selama-lamanya; mereka itu, merekalah
orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).
24:5. Kecuali
orang-orang yang bertaubat selepas itu, dan membetulkan, maka sesungguhnya
Allah Pengampun, Pengasih.
24:6. Dan orang-orang
yang membaling kepada isteri-isteri mereka tanpa saksi-saksi, kecuali diri-diri
mereka sendiri, maka kesaksian seorang daripada mereka ialah menyaksikan dengan
Allah empat kali, bahawa dia termasuk orang-orang yang benar.
24:7. Dan yang
kelima, bahawa laknat Allah adalah ke atasnya, jika dia termasuk antara
pendusta-pendusta.
24:8. Ia akan hindarkannya
(isteri) daripada azab, jika dia saksikan dengan Allah empat kali bahawa dia
(suami) adalah antara pendusta-pendusta.
24:9. Dan yang
kelima, bahawa kemurkaan Allah adalah ke atasnya jika dia (suami) termasuk
orang-orang yang benar.
24:10. Tetapi kerana
pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, dan bahawa Allah Menerima
Taubat, Bijaksana!
24:11. Orang-orang
yang datang dengan fitnah adalah satu kumpulan daripada kamu; janganlah sangka
ia jahat bagi kamu, tetapi ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap lelaki daripada
mereka mendapat dosa yang ia usahakan dikenakan kepadanya; dan sesiapa daripada
mereka yang mengambil bahagian yang lebih besar daripadanya, baginya azab yang
besar.
24:12. Mengapa tidak,
apabila kamu mendengarnya, orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin
perempuan, terhadap diri-diri mereka sendiri bersangka baik, dan berkata,
"Ini fitnah yang nyata"?
24:13. Mengapa mereka
tidak datangkan empat saksi terhadapnya? Oleh kerana mereka tidak datangkan
saksi-saksi, maka pada pandangan Allah, merekalah pendusta-pendusta.
24:14. Sekiranya
tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya di dunia dan di
akhirat, tentulah kamu disentuh kerana rungutan-rungutan kamu, dengan azab yang
besar.
24:15. Apabila kamu
terimanya dengan lidah kamu, dan kamu kata dengan mulut-mulut kamu apa yang
mengenainya kamu tidak ada pengetahuan, dan kamu mengiranya satu yang ringan,
tetapi di sisi Allah ia adalah satu yang besar.
24:16. Dan mengapa,
apabila kamu mendengarnya, kamu tidak berkata, "Tidak patut bagi kami
mengatakan mengenai ini; Engkau disanjung! Ini fitnah yang besar"?
24:17. Allah
menegurkan kamu, bahawa kamu jangan kembali kepada yang serupa dengannya lagi
selama-lamanya, jika kamu orang-orang mukmin.
24:18. Allah jelaskan
kepada kamu ayat-ayat; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
24:19. Orang-orang
yang suka bahawa kesumbangan disebarkan mengenai orang-orang yang percaya, bagi
mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat; dan Allah tahu, dan kamu tidak
tahu.
24:20. Tetapi kerana
pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, dan bahawa Allah Lembut,
Pengasih.
24:21. Wahai
orang-orang yang percaya, jangan ikut langkah-langkah syaitan, kerana sesiapa
yang ikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia menyuruh pada kesumbangan
dan mungkar. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu dan
pengasihan-Nya, tentu tiada seorang pun antara kamu yang menjadi suci
selama-lamanya; tetapi Allah menyucikan siapa Dia hendaki; dan Allah Mendengar,
Mengetahui.
24:22. Janganlah
orang-orang antara kamu yang mempunyai pemberian dan keluasan bersumpah untuk
tidak memberi sanak saudara, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang
hijrah di jalan Allah; tetapi hendaklah mereka maafkan dan ketepikan. Tidakkah
kamu suka bahawa Allah akan ampun kamu? Allah Pengampun, Pengasih.
24:23. Sesungguhnya
orang-orang yang membalingnya kepada wanita-wanita yang berkahwin, yang lalai
tetapi mukmin, akan dilaknati di dunia dan di akhirat; dan bagi mereka, azab
yang besar.
24:24. Pada hari
apabila lidah mereka, dan tangan mereka, dan kaki mereka, menyaksikan terhadap
mereka mengenai apa yang mereka telah buat.
24:25. Pada hari itu,
Allah bayar mereka sepenuhnya pembalasan mereka yang sebenar, dan mereka tahu
bahawa Allah, Dia adalah jelasnya Yang Benar (Hak).
24:26. Wanita-wanita
yang buruk untuk lelaki-lelaki yang buruk, dan lelaki-lelaki yang buruk untuk
wanita-wanita yang buruk; wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang
baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. Mereka inilah
yang terlepas daripada apa mereka kata; bagi mereka, ampunan dan rezeki yang
mulia.
24:27. Wahai
orang-orang yang percaya, janganlah masuk rumah-rumah selain daripada rumah
kamu, sehingga kamu minta izin dahulu dan beri salam kepada penghuninya; itu
lebih baik bagi kamu supaya kamu mengingati.
24:28. Dan jika kamu
tidak dapati seseorang di dalamnya, janganlah masuk sehingga diizinkan kepada
kamu. Dan jika dikatakan kepada kamu, "Kembalilah", maka kembalilah
kamu; itu lebih suci bagi kamu; dan Allah tahu apa kamu buat.
24:29. Tidak salah ke
atas kamu bahawa kamu masukrumah-rumah yang tidak didiami, yang di dalamnya ada
kesenangan bagi kamu. Allah tahu apa yang kamu nampakkan, dan apa yang kamu
sembunyikan.
24:30. Katakanlah
kepada orang-orang mukmin supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga
kemaluan mereka; itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah sedar apa yang
mereka kerjakan.
24:31. dan katakan
kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka tundukkan pandangan mereka,
dan jaga kemaluan mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang
nampak daripadanya; dan hendaklah mereka letak penudung mereka pada dada
mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau
bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki
suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki
mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau
apa yang tangan kanan mereka miliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa
mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat
(bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka hentakkan kaki
mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah
semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.
24:32. Kahwinlah
orang-orang yang tidak berkahwin di kalangan kamu, dan hamba-hamba lelaki kamu,
dan hamba-hamba perempuan yang salih; jika mereka fakir, Allah akan beri
kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya; Allah Merangkumi, Mengetahui.
24:33. Dan hendaklah
orang-orang yang tidak mampu untuk berkahwin menahan sehingga Allah beri
kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya. Mereka yang tangan kanan kamu
miliki yang inginkan kitab (pembebasan), maka adakanlah perjanjian dengan
mereka, jika kamu tahu ada kebaikan pada mereka; dan berikan mereka daripada
harta Allah yang Dia beri kamu. Dan janganlah kamu paksa hamba-hamba pemudi
kamu melakukan pelacuran, jika mereka hendak kesucian, kerana kamu cari
keuntungan kehidupan dunia. Sesiapa yang paksa mereka, maka sesungguhnya Allah,
setelah mereka dipaksa, Pengampun, Pengasih.
24:34. Sesungguhnya
Kami telah turunkan kepada kamu ayat-ayat yang menjelaskan, dan satu contoh
orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu, dan satu teguran bagi orang-orang
bertakwa.
24:35. Allah ialah
Cahaya langit dan bumi; persamaan Cahaya-Nya seperti sebuah ruang di dalam
dinding yang di dalamnya ada sebuah pelita. Pelita di dalam kaca. Kaca
seakan-akan bintang berkilauan yang dinyalakan daripada pokok yang diberkati,
zaitun, yang bukan dari Timur dan bukan juga dari Barat. Minyaknya
hampir-hampir menerangi walaupun tiada api menyentuhnya. Cahaya di atas Cahaya.
Allah beri petunjuk kepada Cahaya-Nya siapa Dia hendaki. Dan Allah buat
persamaan-persamaan untuk manusia, dan Allah tahu segala sesuatu.
24:36. Di dalam
rumah-rumah yang Allah izinkan untuk dinaikkan, dan nama-Nya disebut di
dalamnya; di dalamnya menyanjung-Nya, pagi dan petang,
24:37. Adalah
lelaki-lelaki yang perdagangan dan jual beli tidak pesongkan mereka daripada
Peringatan Allah, dan untuk melakukan solat, dan untuk memberi zakat, dan takut
akan satu hari apabila hati dan penglihatan dibalik-balikkan kepadanya.
24:38. Supaya Allah
membalas mereka kerana pekerjaan mereka yang paling baik, dan tambahkan kepada
mereka daripada pemberian-Nya; dan Allah beri rezeki kepada sesiapa Dia hendaki
tanpa hitungan.
24:39. Dan
orang-orang tidak percaya, amalan-amalan mereka seperti fatamorgana di dataran
yang luas, di mana orang yang dahaga menyangkanya air, sehingga, apabila dia
mendatanginya, dia dapatinya tiada sama sekali; dan dia dapati Allah di
sisinya, dan Dia bayar hitungannya dengan sepenuhnya; dan Allah cepat buat
hitungan.
24:40. Atau, mereka
seperti kegelapan di laut yang gelap, ditutupi gelombang besar yang di atasnya
gelombang besar, dan di atasnya awan, kegelapan bertindih satu di atas yang
lain; apabila dia keluarkan tangannya, hampir-hampir dia tidak dapat melihatnya.
Dan kepada sesiapa Allah tidak buatkan cahaya, tiadalah cahaya baginya.
24:41. Tidakkah kamu
lihat bagaimana segala di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan
burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing, Dia tahu
solatnya, dan sanjungannya; dan Allah tahu apa mereka buat.
24:42. Kepunyaan
Allah kerajaan langit dan bumi, dan kepada-Nya kepulangan.
24:43. Tidakkah kamu
lihat bagaimana Allah menjalankan awan, kemudian kumpulkan mereka, kemudian
buat mereka satu kelompok, kemudian kamu lihat hujan keluar dari celah-celah
mereka? Dan Dia turunkan dari langit, gunung-gunung, yang di dalamnya hujan
batu, supaya Dia timpakan kepada siapa Dia hendaki dengannya, dan palingkan
daripada siapa Dia hendaki; hampir-hampir sinar kilat-Nya menghilangkan
penglihatan.
24:44. Allah
membalik-balikkan siang dan malam; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah
pelajaran bagi orang-orang empunya penglihatan.
24:45. Allah cipta
semua haiwan daripada air, dan sebahagian mereka berjalan di atas perut mereka,
dan sebahagian mereka berjalan di atas dua kaki, dan sebahagian mereka berjalan
di atas empat; Allah cipta apa sahaja Dia hendaki; sesungguhnya Allah berkuasa
atas segala sesuatu.
24:46. Maka Kami
turunkan ayat-ayat yang menjelaskan; Allah beri petunjuk kepada sesiapa Dia
hendaki pada jalan lurus.
24:47. Mereka
berkata, "Kami percaya kepada Allah dan Rasul, dan kami mentaati."
Kemudian sesudah itu, segolongan daripada mereka berpaling; mereka itu, mereka
bukanlah orang-orang mukmin.
24:48. Apabila mereka
diseru kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya dia hakimkan antara mereka, tiba-tiba
segolongan daripada mereka berpaling.
24:49. Tetapi jika
mereka benar, mereka datang kepada dia dengan patuh.
24:50. Apa, adakah
penyakit di dalam hati mereka, atau adakah mereka ragu-ragu, atau adakah mereka
takut bahawa Allah akan berlaku tidak adil kepada mereka, dan Rasul-Nya? Tidak,
tetapi mereka itu, merekalah orang-orang zalim.
24:51. Ucapan
orang-orang mukmin apabila diseru kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya dia hakimkan
antara mereka, hanyalah bahawa mereka berkata, "Kami dengar dan kami
taat"; mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.
24:52. Sesiapa
mentaati Allah dan Rasul-Nya, dan takut kepada Allah, dan bertakwa kepada-Nya,
maka mereka itu, merekalah orang-orang yang menang.
24:53. Mereka
bersumpah dengan Allah dengan sumpah segenap hati, bahawa jika kamu suruh
mereka, mereka pasti akan keluar. Katakanlah, "Janganlah bersumpah;
ketaatanlah yang baik. Sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat."
24:54. Katakanlah, "Taatlah
kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul; kemudian, jika kamu berpaling, hanyalah
kepadanya apa yang dibebankan kepadanya, dan kepada kamu, apa yang dibebankan
kepada kamu. Jika kamu taati dia, kamu akan dapat petunjuk. Adalah hanya atas
Rasul untuk sampaikan yang jelas."
24:55. Allah berjanji
kepada orang-orang antara kamu yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, bahawa
Dia akan sesungguhnya jadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, sebagaimana Dia
jadikan orang-orang sebelum mereka pengganti-pengganti, dan sungguh, Dia akan
teguhkan agama mereka bagi mereka yang Dia relai untuk mereka, dan Dia akan
tukarkan untuk mereka, sesudah ketakutan mereka, dengan keamanan. "Mereka
menyembah-Ku, mereka tidak sekutukan Aku dengan sesuatu." Sesiapa yang
tidak percaya sesudah itu, maka mereka itu, merekalah orang-orang fasiq.
24:56. Lakukan solat,
dan berikan zakat, dan taatlah kepada Rasul, supaya kamu dikasihani.
24:57. Janganlah
sangka orang-orang tidak percaya dapat mengandaskan di bumi; tempat menginap
mereka ialah Api - satu kepulangan yang buruk.
24:58. Wahai
orang-orang yang percaya, hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu
miliki, dan mereka antara kamu yang belum cukup umur, minta izin kepada kamu
tiga kali - sebelum solat fajar, dan apabila kamu tanggalkan pakaian kamu pada
waktu zuhur (tengah hari), dan selepas solat isyak - tiga kali aurat
(penelanjangan) bagi kamu. Tidak ada kesalahan ke atas kamu atau ke atas
mereka, selain daripada ini, untuk kamu ke sana dan ke mari, sebahagian kamu
kepada sebahagian yang lain. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat;
dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
24:59. Apabila
anak-anak kamu sampai cukup umur, hendaklah mereka minta izin seperti
orang-orang sebelum mereka meminta izin. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu
ayat-ayat-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
24:60. Bagi
perempuan-perempuan yang melewati umur mengandung, dan tiada harapan untuk
berkahwin, tidak ada kesalahan ke atas mereka untuk tanggalkan pakaian mereka,
tanpa menunjuk-nunjukkan perhiasan; tetapi jika mereka menahan, adalah lebih
baik bagi mereka; dan Allah Mendengar, Mengetahui.
24:61. Tidak salah ke
atas orang buta, dan tidak salah ke atas orang cacat, dan tidak salah ke atas
orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di
rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara
lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu
sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa
saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu,
atau yang kuncinya kamu miliki, atau sahabat kamu; tidak salah ke atas kamu
untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu masukrumah,
berilah salam kepada diri-diri (sesama) kamu dengan salam hormat daripada
Allah, yang diberkati dan baik. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat
supaya kamu faham.
24:62. Orang-orang
yang mukmin hanyalah mereka yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan yang,
apabila mereka berada bersama dia berkumpul atas sesuatu urusan, mereka tidak
tinggalkan dia sehingga mereka minta izinnya. Sesungguhnya orang-orang yang
minta izin kamu, merekalah orang-orang yang percayai Allah dan Rasul-Nya; maka,
apabila mereka minta izin kamu kerana beberapa hal mereka sendiri, izinkanlah
sesiapa yang kamu hendaki antara mereka, dan mintalah ampunan Allah untuk
mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
24:63. Jangan buat
seruan Rasul di kalangan kamu sendiri seperti seruan kamu antara satu sama
lain. Allah tahu orang-orang antara kamu yang pergi meninggalkan dengan
diam-diam; maka hendaklah orang-orang yang menentang perintah-Nya takut akan
penganiayaan yang akan menimpa mereka, atau menimpa mereka azab yang pedih.
24:64. Ketahuilah
bahawa kepunyaan Allah segala apa yang ada di langit dan di bumi; Dia tahu
keadaan kamu; dan pada hari apabila mereka dikembalikan kepada-Nya, Dia akan
beritahu mereka apa mereka buat; dan Allah tahu segala sesuatu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!