Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang
Pengasih.
18:1. Segala puji bagi Allah yang
turunkan kepada hamba-Nya Kitab, dan tidak buatkan padanya sebarang
kebengkokan,
18:2. Yang betul, untuk beri amaran akan
bencana yang keras daripada-Nya, dan untuk beri berita gembira kepada
orang-orang mukmin yang buat kerja-kerja baik , bahawa bagi mereka upah yang
baik,
18:3. Di dalamnya menetap
selama-lamanya.
18:4. Dan untuk beri amaran kepada
orang-orang yang berkata, "Allah ambil kepada-Nya seorang anak."
18:5. Mereka tidak ada pengetahuan
mengenainya, mereka dan tidak juga bapa-bapa mereka; dahsyatnya kata yang
keluar dari mulut mereka; mereka tidak kata melainkan dusta.
18:6. Boleh jadi, jika mereka tidak
percayai hadis ini, kamu binasakan diri kamu dengan kesedihan kerana mereka.
18:7. Kami buatkan segala yang di bumi
untuk perhiasan baginya, dan supaya Kami uji siapa antara mereka yang paling
baik dalam amalan.
18:8. Dan sungguh Kami buatkan segala
yang di atasnya debu tanah yang tandus.
18:9. Atau, kamu sangka penghuni Gua,
dan Ar-Raqim, adalah antara ayat-ayat Kami yang mengagumkan?
18:10. Apabila pemuda-pemuda mencari
perlindungan di dalam gua, dengan berkata, "Wahai Pemelihara kami, berikan
kami pengasihan daripada Engkau, dan sediakanlah kami dengan kelurusan dalam
urusan kami."
18:11. Kemudian Kami tutup telinga
mereka selama berbilang tahun di dalam gua.
18:12. Kemudian Kami bangkitkan mereka
supaya Kami tahu manakah antara dua golongan yang menghitung lebih tepat bagi
tempoh yang lama mereka tinggal.
18:13. Kami ceritakan kepada kamu berita
mereka dengan benar. Mereka adalah pemuda-pemuda yang percaya kepada Pemelihara
mereka, dan Kami tambahkan mereka dalam petunjuk.
18:14. Dan Kami kuatkan hati mereka
apabila mereka berdiri dan berkata, "Pemelihara kami ialah Pemelihara
langit dan bumi; kami tidak seru sebarang tuhan selain daripada Dia, atau kami,
jika demikian, telah mengatakan yang keterlaluan.
18:15. Mereka ini, kaum kami, mengambil
untuk mereka tuhan-tuhan lain, selain daripada Dia. Sekiranya mereka datangkan
kuasa yang jelas mengenai mereka! Tetapi siapakah lebih zalim daripada orang
yang ada-adakan dusta terhadap Allah?"
18:16. "Maka apabila kamu
tinggalkan mereka dan apa yang mereka sembah, melainkan Allah, carilah tempat
perlindungan di dalam gua, dan Pemelihara kamu akan bukakan untuk kamu
pengasihan-Nya, dan Dia sediakan kamu dengan suatu yang mudah daripada urusan
kamu."
18:17. Dan kamu lihat matahari, apabila
ia naik, condong dari gua mereka ke kanan, dan apabila ia membenam,
meninggalkan mereka di sebelah kiri, sedang mereka berada di rekahan yang luas.
Itu adalah satu daripada ayat-ayat Allah; sesiapa Allah beri petunjuk, dia
dapat petunjuk yang benar, dan sesiapa Dia sesatkan, kamu tidak akan dapati
baginya seorang wali untuk menunjukkan.
18:18. Kamu sangka mereka jaga, sedang
mereka tidur, sementara Kami membalik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, dan
anjing mereka menjulurkan lengannya di ambang. Sekiranya kamu lihat mereka,
tentu kamu berpaling daripada mereka, melarikan diri, dan dipenuhi ketakutan
yang amat sangat terhadap mereka.
18:19. Dan demikian Kami bangkitkan
mereka supaya mereka saling bertanya antara mereka. Seorang daripada mereka
berkata, "Berapa lamakah kamu tinggal?" Mereka berkata, "Kami
tinggal selama sehari atau sebahagian hari." Mereka berkata,
"Pemelihara kamu sangat-sangat tahu berapa lama kamu tinggal. Hantarlah
salah seorang antara kamu dengan duit perak ini ke kota, dan hendaklah dia
perhatikan siapa antara mereka yang mempunyai makanan yang paling suci, dan
datangkan kepada kamu rezeki daripadanya; hendaklah dia bersopan santun, dan
janganlah beritahu seorang pun mengenai kamu.
18:20. Jika mereka tahu mengenai kamu,
mereka akan rejam kamu, atau kembalikan kamu kepada anutan mereka, kemudian
kamu tidak akan beruntung selama-lamanya."
18:21. Dan begitulah Kami serempakkan
mereka, supaya mereka tahu bahawa janji Allah adalah benar, dan bahawa Saat itu
tidak ada keraguan padanya. Apabila mereka berbalahan antara mereka dalam
urusan mereka, maka mereka berkata, "Binalah di atas mereka satu bangunan;
Pemelihara mereka sangat-sangat tahu mengenai mereka." Berkata orang-orang
yang menguasai atas urusan mereka, "Kami akan ambil (bina) di atas mereka
sebuah masjid."
18:22. Mereka akan berkata, "Tiga,
dan anjing mereka yang keempat di antara mereka." Dan mereka berkata,
"Lima, dan anjing mereka yang keenam di antara mereka", dengan meneka
terhadap yang ghaib. Dan mereka berkata, "Tujuh, dan anjing mereka yang
kelapan di antara mereka." Katakanlah, "Pemeliharaku sangat-sangat
tahu bilangan mereka, dan tiada yang ketahuinya, kecuali sedikit." Maka
janganlah berdebat dengan mereka melainkan dalam perdebatan yang lahir, dan
janganlah tanya seseorang pun antara mereka atas satu keputusan.
18:23. Dan janganlah berkata terhadap
sesuatu, "Aku akan buat itu esok",
18:24. Tetapi hanya, "Jika Allah
hendak"; dan ingatlah akan Pemelihara kamu apabila kamu lupa, dan katakan,
"Mudah-mudahan Pemeliharaku beri petunjuk kepadaku pada sesuatu yang lebih
dekat dengan yang lurus daripada yang ini."
18:25. Dan mereka tinggal di dalam gua
selama tiga ratus tahun, dan ditambah sembilan.
18:26. Katakanlah, "Allah
sangat-sangat tahu berapa lama mereka tinggal. Kepunyaan-Nya keghaiban di
langit dan di bumi. Betapa terangnya Dia melihat! Betapa tajamnya Dia
mendengar! Mereka tidak ada wali (pelindung), selain daripada Dia, dan Dia
tidak bersekutu dalam putusan-Nya dengan sesiapa pun."
18:27. Bacalah apa yang diwahyukan
kepada kamu daripada Kitab Pemelihara kamu; tiada yang dapat tukar
kata-kata-Nya. Selain daripada Dia, kamu dapati tiada perlindungan.
18:28. Dan sabarkan diri kamu dengan
orang-orang yang seru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, dengan
hendakkan wajah (sokongan)-Nya, dan jangan mata-mata kamu berpaling daripada
mereka kerana hendakkan perhiasan kehidupan dunia; dan jangan taati orang yang
hatinya Kami lalaikan daripada peringatan Kami supaya dia mengikuti
keinginannya, dan urusannya melewati batas.
18:29. Katakanlah, "Yang benar
adalah daripada Pemelihara kamu; maka hendaklah sesiapa yang hendak, percaya;
dan hendaklah sesiapa yang hendak, tidak percaya." Sesungguhnya Kami
sediakan bagi orang-orang zalim, api, yang gejolaknya meliputi mereka; jika
mereka minta pertolongan, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti
leburan tembaga merah, yang melecurkan muka-muka mereka - betapa buruknya
minuman, dan betapa buruknya tempat istirahat!
18:30. Sesungguhnya orang-orang yang
percaya, dan buat kerja-kerja baik , sesungguhnya Kami tidak sia-siakan upah
orang yang amalannya baik.
18:31. Mereka itu, bagi mereka
Taman-Taman Adn yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka
diperhiaskan dengan gelang-gelang emas, dan mereka dipakaikan pakaian hijau
daripada sutera dan broked, di dalamnya bersandar di atas sofa yang indah -
betapa sangat baiknya ganjaran! Dan betapa baiknya tempat istirahat!
18:32. Dan buatlah bagi mereka satu
persamaan: dua lelaki - bagi seorang daripada mereka, kami beri dua kebun
anggur, dan kelilingkan keduanya dengan pohon-pohon palma, dan di antara
keduanya, Kami adakan sebuah ladang yang sudah disemai.
18:33. Masing-masing daripada dua kebun
itu memberikan hasilnya, dan tidak menzalimkan daripadanya sedikit pun; dan
Kami pancarkan di celah-celahnya sebuah sungai.
18:34. Maka dia mempunyai buah-buahan;
dan dia berkata kepada temannya, sedang dia berbual-bual dengannya, "Aku
mempunyai lebih banyak harta daripada kamu, dan kumpulan yang lebih
gagah."
18:35. Dan dia masuk kebunnya, dengan
menzalimi dirinya sendiri; dia berkata, "Aku tidak sangka ini akan binasa
selama-lamanya,
18:36. Aku tidak sangka Saat akan
datang; dan jika aku benar-benar dikembalikan kepada Pemeliharaku, aku pasti
akan dapati tempat balik yang lebih baik daripada ini."
18:37. Berkata temannya sedang dia
berbual-bual dengannya, "Adakah kamu tidak percaya (kafir) kepada Dia yang
cipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian
membentukkan kamu sebagai seorang lelaki?
18:38. Tetapi aku, Dia Allah,
Pemeliharaku, dan aku tidak sekutukan Pemeliharaku dengan sesiapa pun.
18:39. Kenapa, apabila kamu masukkebun
kamu, kamu tidak kata, 'Seperti yang Allah hendaki; tidak ada kekuatan
melainkan dengan Allah'? Jika kamu lihat aku lebih sedikit daripada kamu dalam
harta dan anak-anak,
18:40. Namun begitu, mudah-mudahan
Pemeliharaku akan beri aku yang lebih baik daripada kebun kamu, dan utuskan
kepadanya hitungan (halilintar) dari langit, supaya pada waktu pagi ia jadi
cerun berdebu tanah,
18:41. Atau, pada waktu pagi airnya
resap supaya kamu tidak boleh dapatinya."
18:42. Dan buah-buahannya diliputi
semuanya, dan pada waktu pagi dia memulas-mulas tangan-tangannya, kerana apa
yang dia nafkahkan (belanjakan) padanya, dan ia roboh di atas
junjung-junjungnya, dan dia berkata, "Aduhai, sekiranya aku tidak
sekutukan Pemeliharaku dengan sesiapa jua!"
18:43. Dan tidaklah ada golongan untuk
menolongnya, selain daripada Allah, dan dia tanpa pertolongan.
18:44. Di sana perlindungan hanyalah
kepunyaan Allah, Yang Benar; Dia yang paling baik mengganjar, dan yang paling
baik dalam balasan.
18:45. Dan buatlah bagi mereka persamaan
kehidupan dunia: ia seperti air yang Kami turunkan dari langit, dan tumbuhan
bumi bercampur dengannya; dan pada waktu pagi, ia jadi jerami yang angin
menerbangkan; dan Allah mempunyai kuasa atas segala sesuatu.
18:46. Harta dan anak-anak ialah
perhiasan kehidupan dunia; tetapi yang kekal, kerja-kerja baik - adalah lebih
baik di sisi Pemelihara kamu dalam ganjaran, dan lebih baik diangan-angankan.
18:47. Dan pada hari Kami menjalankan
gunung-gunung, dan kamu melihat bumi menjadi rata, dan Kami kumpulkan mereka,
lalu Kami tidak tinggalkan sebanyak seorang pun antara mereka di belakang.
18:48. Dan mereka dikemukakan di hadapan
Pemelihara mereka dalam barisan-barisan. "Kamu datang kepada Kami,
sebagaimana Kami cipta kamu pada kali pertama; tidak, kamu dakwa Kami tidak
buatkan kamu satu janji temu."
18:49. Dan Kitab diletakkan; dan kamu
lihat orang-orang yang berdosa ketakutan pada apa yang di dalamnya, dan
berkata, "Celakalah kami! Bagaimanakah dengan Kitab ini, bahawa ia tidak
tinggalkan sesuatu di belakang, kecil atau besar, tetapi ia jumlahkannya?"
Dan mereka dapati apa yang mereka telah buat hadir, dan Pemelihara kamu tidak
menzalimkan sesiapa pun.
18:50. Dan apabila Kami berkata kepada
para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud,
kecuali Iblis; ia adalah daripada jin, dan ia lakukan kefasiqan terhadap
perintah Pemeliharanya. Apa, adakah kamu ambil ia dan keturunannya untuk
menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, selain daripada Aku, sedang mereka
musuh bagi kamu? Betapa buruknya pengganti bagi orang-orang zalim!
18:51. Aku tidak jadikan mereka
saksi-saksi dalam ciptaan langit dan bumi, dan tidak juga dalam ciptaan
diri-diri mereka sendiri; Aku tidak akan selamanya ambil orang-orang yang
menyesatkan yang lain sebagai pembantu-pembantu-Ku.
18:52. Dan pada hari Dia berkata,
"Panggillah sekutu-sekutu-Ku yang kamu dakwa"; kemudian mereka seru
mereka, tetapi mereka tidak sahut mereka, dan Kami adakan tempat kebinasaan
antara mereka.
18:53. Kemudian orang-orang yang berdosa
melihat Api, dan sangka mereka akan jatuh ke dalamnya, dan mereka dapati tiada
tempat untuk berpaling daripadanya.
18:54. Sesungguhnya Kami
mengulang-ulangi untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan;
manusia adalah sesuatu yang paling banyak membantah.
18:55. Dan tiada yang halang manusia
daripada percaya apabila petunjuk datang kepada mereka, dan minta ampun kepada
Pemelihara mereka, melainkan bahawa sunnah (resam) orang-orang dahulu kala akan
datang kepada mereka, atau bahawa azab datang kepada mereka berhadapan muka.
18:56. Dan Kami tidak utus para utusan
melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran. Namun begitu,
orang-orang tidak percaya membantah dengan yang palsu supaya mereka sangkal
yang benar dengannya. Mereka ambil ayat-ayat-Ku dan apa yang mereka diamarankan
sebagai olok-olokan.
18:57. Dan siapakah lebih zalim daripada
orang yang diingatkan ayat-ayat Pemeliharanya, lalu dia berpaling daripadanya,
dan melupakan apa yang tangan-tangannya dahulukan? Sesungguhnya Kami letak
penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga
mereka sumbatan; dan walaupun kamu seru mereka kepada petunjuk, mereka tidak
akan dapat petunjuk selama-lamanya.
18:58. Tetapi Pemelihara kamu Pengampun,
penuh dengan pengasihan. Jika Dia pertanggungjawabkan mereka atas apa yang
mereka usahakan, tentu Dia segerakan kepada mereka azab; tetapi mereka ada satu
janji temu, yang daripadanya mereka akan dapati tiada tempat lari.
18:59. Dan bandaraya-bandaraya itu, Kami
musnahkan mereka apabila mereka buat zalim, dan adakan untuk kebinasaan mereka,
satu janji temu.
18:60. Dan apabila Musa berkata kepada
budak suruhannya, "Aku tidak akan berhenti sehingga aku sampai di
pertemuan dua laut, walaupun aku terus berjalan dalam masa yang panjang."
18:61. Kemudian, apabila mereka sampai
di pertemuan mereka, mereka lupa ikan mereka, dan ia ambil jalannya ke laut,
dengan mengorek lubang.
18:62. Apabila mereka telah melewati,
dia berkata kepada budak suruhannya, "Berikan kami sarapan kami;
sesungguhnya kami menemu keletihan daripada perjalanan kami ini."
18:63. Berkata, "Apa pendapat kamu?
Tatkala kita ambil perlindungan di batu, lalu aku lupakan ikan; dan hanya
syaitanlah yang buat aku lupakannya, supaya aku tidak ingatkannya; dan ia ambil
jalannya ke laut dengan cara menakjubkan."
18:64. Berkata, "Inilah yang kita
cari!" Maka mereka kembali (murtad) kepada kesan-kesan jejak mereka,
dengan mengikutinya.
18:65. Kemudian mereka dapati seorang
hamba daripada hamba-hamba Kami yang kepadanya Kami beri pengasihan daripada
Kami, dan Kami telah mengajarnya pengetahuan daripada sisi Kami.
18:66. Musa berkata kepadanya,
"Bolehkah aku ikut kamu supaya kamu ajar aku, daripada apa kamu telah
diajar, putusan yang betul?"
18:67. Berkata, "Sesungguhnya kamu
tidak akan boleh sabar dengan aku.
18:68. Dan bagaimanakah kamu akan sabar
dengan apa yang kamu tidak meliputi dalam pengetahuan kamu?"
18:69. Berkata, "Kamu akan dapati
aku, jika Allah hendaki, sabar; dan aku tidak akan tentang kamu dalam
urusan."
18:70. Berkata, "Jika kamu ikut
aku, maka janganlah tanya aku sesuatu sehingga aku sendiri kemukakan sebutan
mengenainya kepada kamu."
18:71. Maka mereka bertolak; sehingga
apabila mereka naik di atas kapal, dia melubanginya. Berkata, "Apa, adakah
kamu melubanginya untuk tenggelamkan ahlinya? Sesungguhnya kamu mendatangkan
sesuatu yang buruk."
18:72. Berkata, "Tidakkah aku kata
bahawa kamu tidak akan boleh sabar dengan aku?"
18:73. Berkata, "Janganlah kamu
pertanggungjawabkan aku kerana aku lupa, dan jangan juga paksa aku untuk buat
sesuatu perkara yang amat sukar."
18:74. Maka mereka bertolak; sehingga
apabila mereka bertemu seorang anak lelaki muda, dia membunuhnya. Berkata,
"Apa, adakah kamu bunuh satu jiwa yang suci, dan bukan kerana membalas
untuk jiwa yang dibunuh? Sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang
dahsyat."
18:75. Berkata, "Tidakkah aku kata
kepada kamu bahawa kamu tidak akan boleh sabar dengan aku?"
18:76. Berkata, "Jika aku tanya
kamu sesuatu selepas ini, maka jangan temani aku lagi; kamu sudah cukup beri
alasan kepadaku."
18:77. Maka mereka bertolak; sehingga
apabila mereka datang kepada penduduk sebuah bandaraya, mereka minta makanan
daripada penduduknya, tetapi mereka tolak mereka sebagai tetamu. Kemudian
mereka dapati sebuah tembok yang hendak roboh, lalu dia tegakkannya. Berkata,
"Sekiranya kamu hendak, tentu kamu ambil upah untuk itu."
18:78. Berkata, "Inilah perpisahan
antara aku dan kamu. Sekarang aku akan beritahu kamu interpretasi apa yang kamu
tidak boleh sabar dengannya.
18:79. Mengenai kapal, ia kepunyaan
orang-orang miskin yang bekerja di laut; dan aku hendak merosakkannya kerana di
belakang mereka ada seorang raja yang mengambil tiap-tiap kapal dengan paksa.
18:80. Mengenai anak lelaki muda, ibu
bapanya orang mukmin; dan kami takut dia akan paksa mereka dalam kelampauan
batas, dan ketidakpercayaan.
18:81. Maka kami hendak supaya
Pemelihara mereka beri mereka, dengan menukarkan yang lebih baik daripada dia,
dalam zakat (kesucian), dan lebih dekat dalam kasih sayang.
18:82. Mengenai tembok, ia kepunyaan dua
anak lelaki muda yang yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta simpanan
kepunyaan mereka. Bapa mereka orang salih; dan Pemelihara kamu hendak supaya
mereka sampai dewasa dan kemudian keluarkan harta simpanan mereka sebagai satu
pengasihan daripada Pemelihara kamu. Aku tidak lakukannya daripada kemahuanku
sendiri. Inilah interpretasi apa yang kamu tidak boleh sabar dengannya."
18:83. Mereka tanya kamu mengenai
Zul-Karnain (yang mempunyai dua tanduk). Katakanlah, "Aku akan bacakan
kamu Peringatan mengenainya."
18:84. Kami teguhkan dia di bumi, dan
kami beri dia jalan bagi segala sesuatu.
18:85. Dan dia ikut satu jalan,
18:86. Sehingga apabila dia sampai di
tempat terbenam matahari (barat), dia dapati ia membenam ke dalam mata air yang
berlumpur, dan dia dapati di situ satu kaum. Kami berkata, "Wahai
Zul-Karnain, sama ada kamu azab mereka, atau kamu ambil terhadap mereka satu
jalan kebaikan."
18:87. Dia berkata, "Bagi orang
buat kezaliman, dialah yang kami akan azab, kemudian dia dikembalikan kepada
Pemeliharanya, dan Dia akan mengazabnya dengan azab yang dahsyat.
18:88. Tetapi orang yang percaya dan
buat kerja-kerja baik , maka baginya balasan yang paling baik, dan kami akan
kata kepadanya daripada perintah kami, yang mudah."
18:89. Kemudian dia ikut satu jalan,
18:90. Sehingga apabila dia sampai di
terbit matahari (timur), dia dapatinya terbit pada satu kaum yang Kami tidak
buatkan sebarang penutup bagi mereka.
18:91. Begitulah; dan Kami meliputi
pengetahuan yang ada padanya.
18:92. Kemudian dia ikut satu jalan,
18:93. Sehingga apabila dia sampai di
antara dua benteng, dia dapati di bahagian sini mereka, satu kaum yang hampir
tidak memahami ucapan.
18:94. Mereka berkata, "Wahai
Zul-Karnain, sesungguhnya Yajuj dan Majuj buat kerosakan di bumi; maka adakah
kami adakan bagi kamu satu ufti, untuk kamu buatkan satu benteng di antara kami
dan mereka?"
18:95. Berkata, "Apa yang
Pemeliharaku teguhkan di dalamnya adalah lebih baik; maka bantulah aku dengan
kekuatan, dan aku akan buatkan satu benteng di antara kamu dan mereka.
18:96. Berikan aku jongkong-jongkong
besi." Sehingga, apabila dia telah buat separas antara dua tebing yang
tinggi, dia berkata, "Tiuplah!" Sehingga, apabila dia telah
membuatnya api, dia berkata, "Berikan aku, supaya aku tuangkan leburan
tembaga kuning di atasnya."
18:97. Maka mereka tidak boleh, sama ada
untuk mendakinya, atau menebuknya.
18:98. Berkata, "Ini adalah satu
pengasihan daripada Pemeliharaku. Tetapi apabila janji Pemeliharaku datang, Dia
jadikannya debu; dan janji Pemeliharaku adalah benar."
18:99. Pada hari itu, Kami biarkan
mereka menyerbu satu sama lain, dan trompet ditiup, dan Kami kumpulkan mereka
berkumpul-kumpul.
18:100. Dan pada hari itu, Kami
kemukakan Jahanam kepada orang-orang tidak percaya yang berpaling dengan jelas,
18:101. Yang mata mereka ditudung
daripada Peringatan-Ku, dan mereka tidak boleh mendengar.
18:102. Apa, adakah orang-orang tidak
percaya sangka mereka boleh ambil hamba-hamba-Ku sebagai wali (pelindung),
selain daripada Aku? Kami sediakan Jahanam untuk sajian orang-orang tidak
percaya.
18:103. Katakanlah, "Bolehkah kami
beritahu kamu siapakah yang jadi yang paling rugi dalam amalan mereka?
18:104. Orang-orang yang usahanya jadi
sesat di dalam kehidupan dunia sedang mereka sangka mereka buat perbuatan baik.
18:105. Mereka itulah orang-orang tidak
percaya kepada ayat-ayat Pemelihara mereka, dan pertemuan dengan-Nya;
amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan pada Hari Kiamat, Kami tidak tegakkan
bagi mereka sebarang timbangan.
18:106. Itu balasan mereka - Jahanam, kerana
mereka tidak percaya, dan mereka ambil ayat-ayat-Ku, dan Rasul-Rasul-Ku sebagai
olok-olokan.
18:107. Tetapi orang-orang yang percaya,
dan buat kerja-kerja baik - Taman Firdaus jadi sajian mereka,
18:108. Di dalamnya mereka tinggal
selama-lamanya, dan inginkan tidak berpindah keluar darinya."
18:109. Katakanlah, "Sekiranya laut
adalah dakwat untuk Kata-Kata Pemeliharaku, tentulah laut itu habis sebelum
Kata-Kata Pemeliharaku habis, walaupun Kami datangkan pengisian semula yang
serupa dengan itu."
18:110. Katakanlah, "Aku hanyalah
seorang manusia yang serupa dengan kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu
hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka hendaklah dia yang harapkan pertemuan dengan
Pemeliharanya buat amalan (kerja-kerja) kebaikan, dan dia tidak sekutukan dalam
penyembahan kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!