Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang
Pengasih.
17:1. Dia disanjung, yang menjalankan
hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang lebih jauh
di mana sekitarannya Kami berkati, supaya Kami lihatkan kepadanya sebahagian
daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.
17:2. Kami beri Musa Kitab, dan
membuatnya satu petunjuk bagi Bani Israil, "Janganlah ambil untuk kamu
sebarang wakil selain daripada Aku."
17:3. Keturunan orang-orang yang Kami
bawa bersama Nuh; dia seorang hamba yang berterima kasih.
17:4. Dan Kami telah tentukan bagi Bani
Israil di dalam Kitab, "Kamu akan buat kerosakan dua kali di bumi, dan
kamu meninggi dengan peninggian yang besar."
17:5. Maka, apabila janji yang pertama
daripada keduanya datang, Kami bangkitkan terhadap kamu hamba-hamba Kami yang
mempunyai kekuatan yang sangat, dan mereka menggeledah melintasi tempat-tempat
tinggal, dan itu, satu janji yang dilakukan.
17:6. Kemudian Kami kembalikan kepada
kamu giliran terhadap mereka, dan Kami bantu kamu dengan harta dan anak-anak, dan
Kami buat kamu satu kumpulan yang lebih besar.
17:7. "Jika kamu buat baik, ia
adalah bagi jiwa kamu sendiri kamu buat baik, dan jika kamu buat jahat, ia
adalah kepadanya yang serupa." Kemudian, apabila janji yang akhir datang,
untuk memburuk-burukkan muka-muka kamu, dan untuk masuk masjid sebagaimana
mereka masuk pada kali pertama, dan untuk membinasakan, dengan kebinasaan, apa
yang mereka meninggikan.
17:8. Mudah-mudahan Pemelihara kamu
kasihani kamu; tetapi jika kamu kembali, Kami akan kembali; dan Kami buatkan
Jahanam sebuah penjara bagi orang-orang tidak percaya.
17:9. Sesungguhnya al-Qur'an ini beri
petunjuk pada jalan yang paling tegak, dan beri berita gembira kepada
orang-orang mukmin yang buat kerja-kerja baik bahawa bagi mereka upah yang
besar,
17:10. Dan bahawa orang-orang tidak
percayai akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab yang pedih.
17:11. Manusia seru (doa) untuk
kejahatan seperti dia seru (doa) untuk kebaikan; manusia adalah tergesa-gesa.
17:12. Kami buatkan malam dan siang
sebagai dua ayat; kemudian Kami hapuskan ayat malam, dan Kami buatkan ayat
siang untuk melihat supaya kamu cari pemberian daripada Pemelihara kamu, dan
supaya kamu tahu bilangan tahun, dan hitungan; dan segala sesuatu Kami jelaskan
dengan cukup jelas.
17:13. Dan tiap-tiap manusia, Kami ikat
ramalannya pada lehernya; dan Kami keluarkan untuknya, pada Hari Kiamat, sebuah
kitab yang dia temuinya terbuka.
17:14. "Bacalah kitab kamu!
Cukuplah dengan jiwa kamu sendiri pada hari ini sebagai penghitung terhadap
kamu."
17:15. Sesiapa dapat petunjuk, dia hanya
dapat petunjuk untuk dirinya sendiri, dan sesiapa sesat, dia sesat hanya
baginya sendiri; orang yang dibebankan tidak pikul beban orang lain. Kami tidak
mengazab sehingga Kami bangkitkan seorang Rasul.
17:16. Dan apabila Kami hendak musnahkan
sebuah bandaraya, Kami perintahkan orang-orangnya yang hidup mewah, lalu mereka
lakukan kefasiqan di dalamnya, kemudian wajarlah Ucapan ke atasnya, dan Kami
binasakannya sama sekali.
17:17. Berapa banyaknya generasi yang
Kami musnahkan selepas Nuh! Cukuplah Pemelihara kamu sebagai yang menyedari dan
melihat kesalahan-kesalahan hamba-hamba-Nya.
17:18. Sesiapa yang hendak kesegeraan
(dunia ini), Kami segerakan baginya di dalamnya apa yang Kami hendaki kepada
sesiapa Kami hendaki; kemudian kami berikannya Jahanam, di dalamnya dia
dipanggang, dengan terkutuk, terbuang.
17:19. Dan sesiapa yang hendak akhirat,
dan berusaha untuknya dengan usahanya yang sebenar, sedang dia seorang mukmin -
mereka itu, usaha mereka disyukuri.
17:20. Masing-masing Kami bantu, mereka
ini dan mereka itu, daripada kurnia Pemelihara kamu; dan kurnia Pemelihara kamu
tidak terbatas.
17:21. Perhatikan bagaimana Kami
lebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain! Dan sesungguhnya
akhirat adalah lebih besar darjatnya, lebih besar kelebihannya.
17:22. Janganlah adakan berserta Allah
tuhan yang lain, atau kamu duduk terkutuk, diabaikan.
17:23. Pemelihara kamu tentukan bahawa
kamu tidak sembah sesuatu melainkan Dia, dan buat baik kepada ibu bapa, sama
ada seorang atau kedua-dua mereka telah sampai umur tua di sisi kamu, maka
janganlah berkata kepada mereka, "Cis!", dan jangan juga herdik
mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia.
17:24. Dan rendahkanlah kepada mereka
sayap rendah diri daripada pengasihan, dan katakan, "Wahai Pemeliharaku,
kasihanilah mereka sebagaimana mereka pelihara aku semasa aku kecil."
17:25. Pemelihara kamu sangat-sangat
tahu apa yang di dalam jiwa kamu jika kamu orang-orang salih (baik);
sesungguhnya Dialah Pengampun kepada orang-orang yang kesal.
17:26. Dan berikan sanak saudara haknya,
dan orang-orang miskin, dan musafir; dan janganlah boros, memboroskan.
17:27. Orang-orang yang boros adalah
saudara syaitan, dan syaitan tidak berterima kasih (kafir) kepada
Pemeliharanya.
17:28. Tetapi jika kamu berpaling
daripada mereka, untuk inginkan pengasihan daripada Pemelihara kamu yang kamu
harapkan, maka ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang lemah lembut.
17:29. Dan janganlah buatkan tangan kamu
terbelenggu pada leher kamu, dan jangan juga menjulurkannya dengan segala
huluran, atau kamu akan duduk tercela, menyesal.
17:30. Sesungguhnya Pemelihara kamu menjulur
dan menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa Dia hendaki; sesungguhnya Dia
menyedari, melihat hamba-hamba-Nya.
17:31. Dan jangan bunuh anak-anak kamu
kerana takut akan kemiskinan; Kami beri rezeki untuk kamu dan mereka.
Sesungguhnya pembunuhan mereka adalah kesalahan besar.
17:32. Dan janganlah mendekati zina;
sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat.
17:33. Dan jangan bunuh jiwa yang Allah
haramkan, kecuali dengan patut, dan sesiapa yang dibunuh dengan tidak adil,
kami beri walinya (warisnya) kuasa; tetapi janganlah dia membazir (berlebihan)
dalam pembunuhan; dia ditolong.
17:34. Dan janganlah mendekati harta
anak yatim melainkan dengan cara yang paling baik, sehingga dia dewasa. Dan
tepatilah perjanjian; sesungguhnya perjanjian ditanya.
17:35. Dan tepatilah sukatan apabila
kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang lurus; itulah yang lebih
baik, dan lebih baik kesudahannya.
17:36. Dan jangan ikut apa yang kamu
tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua
itu ditanya.
17:37. Dan janganlah berjalan di bumi
dengan sangat gembira; sesungguhnya kamu tidak dapat pecah belahkan bumi, dan
kamu tidak akan sampai ketinggian gunung-gunung.
17:38. Semuanya itu, kejahatannya
dibenci di sisi Pemelihara kamu.
17:39. Itu adalah daripada Kebijaksanaan
(Hikmah) yang Pemelihara kamu wahyukan kamu; janganlah adakan berserta Allah
tuhan yang lain, atau kamu dilempar ke dalam Jahanam, tercela, terbuang.
17:40. Apa, adakah Pemelihara kamu
pilihkan untuk kamu anak-anak lelaki, dan Dia ambil untuk-Nya daripada para
malaikat perempuan? Ia adalah satu yang besar yang kamu ucapkan.
17:41. Kami mengulang-ulangi di dalam
al-Qur'an ini, supaya mereka ingat; tetapi ia menambahkan mereka hanya dalam
pelarian.
17:42. Katakanlah, "Sekiranya ada
tuhan-tuhan lain bersama Dia, sebagaimana mereka kata, tentu mereka mencari
jalan kepada Yang mempunyai Arasy."
17:43. Dia disanjung! Tingginya Dia
dengan ketinggian besar daripada apa mereka kata!
17:44. Tujuh langit dan bumi dan sesiapa
di dalamnya menyanjung-Nya; tiada sesuatu melainkan menyanjung dengan
memuji-Nya, tetapi kamu tidak faham sanjungan mereka. Sesungguhnya Dia adalah
Penyantun, Pengampun.
17:45. Apabila kamu baca al-Qur'an, Kami
letak antara kamu dan orang-orang tidak percayai akhirat, satu tabir yang
mengadang,
17:46. Dan Kami letak penudung pada hati
mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan
apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an,
mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian.
17:47. Kami sangat-sangat tahu bagaimana
mereka mendengarkannya, apabila mereka mendengarkan kamu, dan apabila mereka
berbicara rahsia, apabila orang-orang zalim berkata, "Kamu hanyalah ikut
seorang lelaki yang kena sihir."
17:48. Perhatikan bagaimana mereka buat
persamaan-persamaan terhadap kamu, dan menjadi sesat, dan tidak boleh dapatkan
jalan.
17:49. Mereka berkata, "Apa,
apabila kami jadi tulang-tulang dan benda-benda yang hancur, adakah kami
benar-benar dibangkitkan lagi dalam ciptaan yang baru?"
17:50. Katakanlah, "Jadilah kamu
batu, atau besi,
17:51. Atau, suatu ciptaan yang lebih
dahsyat menurut fikiran kamu!" Kemudian mereka berkata, "Siapakah
yang akan kembalikan kami?" Katakanlah, "Dia yang memulakan kamu pada
kali pertama." Kemudian mereka menggelengkan kepala mereka kepada kamu,
dan mereka berkata, "Bilakah ia?" Katakanlah, "Boleh jadi ia
sudah dekat,
17:52. Pada hari Dia seru kamu, lalu
kamu sahut dengan memuji-Nya, dan kamu sangka kamu tidak tinggal melainkan
sebentar sahaja."
17:53. dan katakan kepada
hamba-hamba-Ku, bahawa mereka berkata perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya
syaitan buat provokasi antara mereka, dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi
manusia.
17:54. Pemelihara kamu sangat-sangat
tahu mengenai kamu; jika Dia hendaki, Dia kasihani kamu, atau jika Dia hendaki,
Dia azab kamu. Kami tidak utus kamu jadi wakil kepada mereka.
17:55. Dan Pemelihara kamu sangat-sangat
tahu semua yang di langit dan bumi; dan Kami telah lebihkan sebahagian Nabi di
atas sebahagian yang lain; dan kami beri Daud Zabur.
17:56. Katakanlah, "Serulah
orang-orang yang kamu dakwa selain daripada Dia; mereka tidak berkuasa untuk
menghilangkan mudarat daripada kamu, dan tidak juga untuk memindahkannya."
17:57. Mereka itu, orang-orang yang
mereka seru, mereka sendiri mencari jalan kepada Pemelihara mereka, siapa
antara mereka yang lebih dekat; mereka mengharapkan pengasihan-Nya, dan takut
akan azab-Nya. Sesungguhnya azab Pemelihara kamu ditakuti.
17:58. Tiadalah sesebuah bandaraya,
melainkan Kami musnahkannya sebelum Hari Kiamat, atau Kami mengazabnya dengan
azab yang keras; itu adalah di dalam Kitab yang tertulis.
17:59. Tiada yang halangi Kami daripada
mengutus ayat-ayat melainkan bahawa orang-orang dahulu kala telah
mendustakannya; dan kami beri Tsamud unta betina, yang dapat dilihat, tetapi
mereka menzaliminya. Dan Kami tidak utus ayat-ayat melainkan untuk
menakut-nakutkan.
17:60. Dan apabila Kami berkata kepada
kamu, "Sesungguhnya Pemelihara kamu meliputi manusia", dan Kami
buatkan visi yang Kami lihatkan kepada kamu, dan pokok yang laknat di dalam
al-Qur'an, untuk menjadi hanya satu cubaan bagi manusia; dan Kami
menakut-nakutkan mereka, tetapi ia hanya menambahkan mereka dalam kelampauan
batas yang besar.
17:61. Dan apabila Kami berkata kepada
para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud,
kecuali Iblis. Ia berkata, "Adakah aku akan sujud kepada apa yang Engkau
cipta daripada tanah liat?"
17:62. Berkata, "Apakah pendapat
Engkau? Yang ini Engkau muliakan di atas aku - jika Engkau beri tangguh
kepadaku hingga Hari Kiamat, sungguh aku akan menguasai keturunannya, kecuali
sedikit."
17:63. Berkatalah Dia, "Pergilah!
Orang-orang antara mereka yang ikut kamu - sesungguhnya Jahanamlah balasan
kamu, satu balasan yang cukup!
17:64. Dan kejutlah sesiapa antara
mereka yang kamu boleh dengan suara kamu, dan kumpulkanlah terhadap mereka
pasukan berkuda kamu dan pasukan kamu yang berjalan kaki, dan bersekutulah
dengan mereka dalam harta mereka dan anak-anak mereka, dan janjikanlah
mereka!" Tetapi syaitan tidak janjikan mereka kecuali tipuan.
17:65. "Sesungguhnya kepada
hamba-hamba-Ku kamu tidak ada kuasa." Cukuplah Pemelihara kamu sebagai
wakil.
17:66. Pemelihara kamulah yang
menjalankan untuk kamu kapal-kapal di laut supaya kamu mencari pemberian-Nya;
sesungguhnya Dia adalah Pengasih terhadap kamu.
17:67. Dan apabila mudarat sentuh kamu
di laut, maka sesatlah (hilanglah) orang-orang yang kamu seru, kecuali Dia; dan
apabila Dia selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling; manusia tidak berterima
kasih (kafir).
17:68. Adakah kamu berasa aman bahawa
Dia tidak akan buat darat telan kamu, atau utus kepada kamu angin ribut yang
mengandungi batu, kemudian kamu dapati tiada wakil bagi kamu?
17:69. Atau, adakah kamu berasa aman
bahawa Dia tidak akan kembalikan kamu ke dalamnya pada kali yang kedua, dan Dia
utuskan kepada kamu angin taufan, dan tenggelamkan kamu kerana ketidakpercayaan
kamu, kemudian kamu dapati tiada pendakwa untuk kamu terhadap Kami?
17:70. Kami muliakan Bani Adam dan bawa
mereka di darat dan laut, dan rezekikan mereka dengan benda-benda yang baik,
dan lebihkan mereka dengan berlebihan di atas kebanyakan daripada apa yang Kami
cipta.
17:71. Pada hari Kami seru tiap-tiap
orang dengan imam mereka, dan sesiapa diberi kitabnya di tangan kanannya,
mereka itu akan baca kitab mereka, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.
17:72. Dan sesiapa yang buta di sini
jadi buta di akhirat, dan dia jadi lebih jauh sesat daripada jalan.
17:73. Sungguh, mereka hampir-hampir
goda kamu daripada apa yang Kami wahyukan kamu, supaya kamu mengada-adakan
terhadap Kami yang selain daripadanya, dan kemudian tentu mereka akan ambil
kamu sebagai sahabat.
17:74. Dan sekiranya Kami tidak
meneguhkan kamu, sungguh, kamu hampir cenderung sedikit kepada mereka dengan
sesuatu.
17:75. Kemudian tentu Kami akan
merasakan kepada kamu dua kali ganda dalam kehidupan, dan dua kali ganda
daripada kematian; dan kemudian kamu tentu dapati tiada sesiapa yang menolong
kamu terhadap Kami.
17:76. Sungguh, mereka hampir
mengejutkan kamu daripada bumi, untuk keluarkan kamu darinya, dan kemudian
mereka tidak akan tinggal di belakang kamu melainkan sebentar,
17:77. Sunnah (resam) orang-orang yang
Kami utus sebelum kamu, daripada Rasul-Rasul Kami, dan kamu akan dapati tiada
perubahan pada sunnah Kami.
17:78. Lakukan solat dari terbenam
matahari hingga kegelapan malam, dan bacaan (qur'an) fajar; sesungguhnya bacaan
fajar disaksikan.
17:79. Dan untuk malam, pada
sebahagiannya, berjaga-jagalah dengannya sebagai amalan tambahan bagi kamu;
mudah-mudahan Pemelihara kamu bangkitkan kamu kepada sebuah medan yang terpuji.
17:80. dan katakan, "Wahai
Pemeliharaku, masukkanlah aku dengan kemasukan yang sebenar, dan keluarkanlah
aku dengan keluaran yang sebenar; dan buatkan bagiku kuasa daripada sisi Engkau
untuk menolongku."
17:81. dan katakan, "Yang benar
telah datang, dan yang palsu telah lenyap; sesungguhnya yang palsu pasti
lenyap."
17:82. Dan Kami turunkan daripada
al-Qur'an, satu penyembuhan, dan satu pengasihan bagi orang-orang mukmin; dan
bagi orang-orang zalim, ia tidak menambah, selain dalam kerugian.
17:83. Dan apabila Kami rahmati manusia,
dia berpaling dan jauhkan diri ke tepi, tetapi apabila kejahatan sentuh dia,
dia berputus asa.
17:84. Katakanlah, "Tiap-tiap orang
buat menurut caranya sendiri; tetapi Pemelihara kamu sangat-sangat tahu siapa
dia yang lebih dapat petunjuk pada jalan."
17:85. Mereka tanya kamu mengenai Roh.
Katakanlah, "Roh adalah daripada perintah Pemeliharaku. Kamu tidak diberi
pengetahuannya melainkan sedikit."
17:86. Jika Kami hendaki, Kami hilangkan
apa yang Kami telah wahyukan kamu, kemudian kamu dapati tiada daripada itu
untuk mewakili kamu terhadap Kami,
17:87. Kecuali dengan pengasihan
Pemelihara kamu; sesungguhnya pemberian-Nya kepada kamu besar.
17:88. Katakanlah, "Jika manusia
dan jin berkumpul untuk datangkan yang serupa dengan al-Qur'an ini, mereka
tidak akan dapat datangkan yang serupa dengannya, walaupun mereka membantu satu
sama lain."
17:89. Sesungguhnya Kami
mengulang-ulangi untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan
tetapi kebanyakan manusia menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.
17:90. Mereka berkata, "Kami tidak
akan percayai kamu sehingga kamu pancarkan mata air daripada bumi untuk kami,
17:91. Atau, sehingga kamu mempunyai
kebun (jannah) palma dan anggur, dan kamu jadikan sungai-sungai memancar
berlimpah-limpah di celah-celahnya,
17:92. Atau, sehingga kamu jatuhkan
langit, sebagaimana kamu dakwa, kepada kami dalam serpihan-serpihan, atau kamu
datangkan Allah dan malaikat-malaikat sebagai satu jaminan,
17:93. Atau, sehingga kamu mempunyai
sebuah rumah daripada perhiasan (emas), atau sehingga kamu naik ke langit; dan
kami tidak akan percayai kenaikan kamu sehingga kamu turunkan kepada kami
sebuah kitab supaya kami membacanya." Katakanlah, "Pemeliharaku
disanjung! Tidakkah aku hanya seorang manusia, seorang Rasul?"
17:94. Dan tiada yang halang manusia
daripada percaya apabila petunjuk datang kepada mereka melainkan mereka
berkata, "Adakah Allah bangkitkan seorang manusia sebagai Rasul?"
17:95. Katakanlah, "Sekiranya ada
di bumi malaikat-malaikat yang berjalan-jalan dengan tenteram, tentu Kami
turunkan kepada mereka dari langit seorang malaikat sebagai Rasul."
17:96. Katakanlah, "Cukuplah Allah
sebagai saksi, antara aku dan kamu; sesungguhnya Dia menyedari, melihat
hamba-hamba-Nya."
17:97. Sesiapa Allah beri petunjuk, dia
dapat petunjuk yang benar; dan sesiapa Dia sesatkan, kamu tidak akan dapati
bagi mereka wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Dia. Dan Kami akan
kumpulkan mereka pada Hari Kiamat di atas muka-muka mereka; buta, dan pekak,
dan bisu; tempat menginap mereka ialah Jahanam, dan setiap kali ia pudar, Kami
tambahkan bagi mereka yang Menyala.
17:98. Itu balasan mereka kerana mereka
tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, dan berkata, "Apa, apabila kami jadi
tulang-tulang dan benda-benda yang hancur, adakah kami benar-benar dibangkitkan
lagi dalam ciptaan yang baru?"
17:99. Tidakkah mereka lihat bahawa
Allah, yang cipta langit dan bumi, berkuasa untuk mencipta yang serupa dengan
mereka? Dia tentukan bagi mereka satu tempoh, yang tiada keraguan padanya;
namun begitu, orang-orang zalim menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.
17:100. Katakanlah, "Jika kamu
miliki perbendaharaan pengasihan Pemeliharaku, jika demikian, tentu kamu
menahannya kerana takut menafkahkannya; dan manusia selamanya kedekut."
17:101. Dan Kami beri Musa sembilan
ayat, bukti-bukti yang jelas. Tanyalah Bani Israil apabila dia datang kepada
mereka, dan Firaun berkata kepadanya, "Wahai Musa, aku sangka kamu orang
yang kena sihir."
17:102. Berkata, "Sesungguhnya kamu
tahu bahawa tiada yang turunkan ini semua melainkan Pemelihara langit dan bumi,
sebagai bukti-bukti yang nyata; dan Firaun, aku sangka kamu dibinasakan."
17:103. Dia hendak mengejutkan mereka
daripada bumi; dan Kami tenggelamkan dia dan orang-orang yang bersama dia,
kesemuanya.
17:104. Dan Kami berkata kepada Bani
Israil selepas dia, "Tinggallah di bumi; dan apabila janji akhirat datang,
Kami datangkan kamu sebagai khalayak ramai."
17:105. Dengan yang benar Kami
turunkannya, dan dengan yang benar ia turun; dan Kami tidak utus kamu melainkan
sebagai pemberi berita gembira, dan pemberi amaran,
17:106. Dan sebuah al-Qur'an yang Kami
bahagi-bahagikan, untuk kamu baca kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami
turunkannya dengan satu penurunan.
17:107. Katakanlah, "Percayalah
kepadanya, atau tidak percayai; orang-orang diberi pengetahuan sebelumnya,
apabila dibacakan kepada mereka, jatuh di atas dagu-dagu mereka dengan
bersujud,
17:108. Dan berkata, 'Pemelihara kami
disanjung! Janji Pemelihara kami dilakukan.'
17:109. Dan mereka jatuh di atas
dagu-dagu mereka, menangis; dan ia menambahkan mereka dalam kerendahan hati
mereka."
17:110. Katakanlah, "Serulah Allah,
atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama paling
baik." Dan jangan kamu lantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga
mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.
17:111. Dan katakan, "Segala puji
bagi Allah yang tidak ambil seorang anak, dan yang tidak ada sebarang sekutu
dalam kerajaan, dan tidak juga sebarang wali (pelindung) daripada kerendahan
diri." Dan agungkanlah Dia seagung-agungnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!