Surah 15
AL-HIJR
(99 ayat)
Dengan nama
Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
15:1. Alif
Lam Ra. Inilah ayat-ayat al-Kitab, dan al-Qur'an yang jelas.
15:2. Boleh
jadi orang-orang tidak percaya inginkan bahawa mereka adalah muslim.
15:3.
Tinggalkanlah mereka untuk makan, dan untuk mereka gembira, dan untuk
dipesongkan dengan angan-angan; kelak mereka akan tahu.
15:4. Kami
tidak musnahkan sebuah bandaraya melainkan ada baginya kitab (ketentuan) yang
diketahui.
15:5. Dan
tiada umat mendahului tempohnya, dan tidak juga mengundurkannya
15:6.
Mereka berkata, "Kamu, yang Peringatan diturunkan, kamu sesungguhnya telah
dirasuk.
15:7.
Mengapakah kamu tidak datangkan malaikat-malaikat kepada kami, jika kamu
berkata benar?"
15:8. Kami
tidak turunkan malaikat-malaikat melainkan dengan benar; kemudian mereka tidak
ditangguhkan.
15:9.
Kamilah yang turunkan Peringatan, dan Kamilah yang menjaganya.
15:10.
Sesungguhnya Kami telah utus sebelum kamu, di kalangan golongan-golongan orang
dahulu kala,
15:11. Dan
seseorang Rasul tidak datang kepada mereka melainkan mereka
memperolok-olokkannya.
15:12.
Begitulah Kami susupkan ke dalam hati orang-orang yang berdosa.
15:13.
Mereka tidak percayainya, walaupun sunnah (resam) orang-orang dahulu kala telah
pun berlalu.
15:14.
Walaupun Kami bukakan kepada mereka sebuah pintu di langit, dan mereka terus
naik ke dalamnya,
15:15.
Tentu mereka berkata, "Mata (penglihatan) kami telah dikaburkan; tidak,
kami adalah kaum yang kena sihir!"
15:16. Kami
letak di langit gugusan bintang, dan nampakkannya indah bagi orang-orang yang
memandang.
15:17. Dan
jaga mereka daripada tiap-tiap syaitan yang direjam.
15:18.
Kecuali yang mendengar dengan curi, dan dia diikuti api yang nyata.
15:19. Dan
bumi, Kami bentangkannya, dan lemparkan di atasnya gunung-gunung, dan Kami
tumbuhkan di dalamnya segala sesuatu yang ditimbang dengan patut.
15:20. Di
dalamnya buatkan untuk kamu penghidupan, dan untuk mereka yang kamu tidak beri
rezeki.
15:21.
Tiadalah sesuatu melainkan perbendaharaannya adalah di sisi Kami, dan Kami
tidak turunkannya melainkan dengan ukuran yang diketahui.
15:22. Kami
utus angin untuk menyuburkan, dan Kami turunkan dari langit air, kemudian Kami
berikannya kepada kamu untuk minum, dan kamu bukanlah bendahari-bendaharinya.
15:23.
Kamilah yang menghidupkan dan mematikan, dan Kamilah pewaris-pewaris.
15:24. Kami
tahu orang-orang antara kamu yang mendahului, dan Kami tahu orang-orang yang
ketinggalan di belakang.
15:25. Dan
Pemelihara kamu, Dia yang kumpulkan mereka; sesungguhnya Dia Bijaksana,
Mengetahui.
15:26.
Sesungguhnya Kami cipta manusia daripada tanah liat yang kering, daripada
lumpur yang dibentuk.
15:27. Dan
jin, Kami cipta sebelumnya daripada api yang membakar.
15:28. Dan
apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Sesungguhnya, Aku
cipta seorang manusia daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang
dibentuk,
15:29.
Apabila Aku sudah membentuknya, dan hembus Roh-Ku ke dalamnya, jatuhlah kamu
bersujud kepadanya.
15:30.
Kemudian para malaikat sujud, kesemuanya.
15:31.
Kecuali Iblis; ia enggan untuk menjadi antara orang-orang yang sujud.
15:32.
Berkatalah Dia, "Wahai Iblis, apakah sebabnya kamu tidak bersama
orang-orang yang sujud?"
15:33.
Berkata, "Aku tidak akan sujud kepada makhluk yang Engkau cipta daripada
tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk."
15:34.
Berkata Dia, "Maka keluarlah kamu darinya; kamu adalah direjam,
15:35. Ke
atas kamu laknat hingga Hari Agama (Pengadilan)."
15:36.
Berkata, "Wahai Pemeliharaku, tangguhkanlah aku hingga hari mereka
dibangkitkan."
15:37.
Berkata Dia, "Kamu adalah antara orang-orang yang ditangguhkan,
15:38.
Hingga hari, waktu yang diketahui."
15:39.
Berkata, "Wahai Pemeliharaku, oleh kerana Engkau telah buat aku bersalah,
aku akan nampakkan semuanya indah bagi mereka di bumi, dan aku akan buat mereka
bersalah, kesemuanya,
15:40.
Kecuali hamba-hamba Engkau, antara mereka, yang tulus."
15:41.
Berkata Dia, "Ini, bagi-Ku, adalah jalan lurus,
15:42.
Kepada hamba-hamba-Ku, kamu tidak ada kuasa, kecuali orang-orang yang ikut
kamu, yang bersalah.
15:43.
Jahanam jadi janji temu mereka, kesemuanya.
15:44.
Baginya tujuh pintu, dan ke dalam tiap-tiap pintu, satu bahagian yang sudah
ditentukan daripada mereka."
15:45.
Tetapi orang-orang bertakwa, di dalam taman-taman dan mata-mata air.
15:46.
"Masuklah ke dalamnya, dengan sejahtera, aman!"
15:47. Kami
cabut perasaan dendam yang ada di dalam dada mereka; seperti bersaudara, mereka
berada di atas sofa-sofa berhadapan muka.
15:48.
Keletihan tidak sentuh mereka di dalamnya, dan tidak juga mereka akan
dikeluarkan darinya.
15:49.
Beritahu hamba-hamba-Ku bahawa Akulah Yang Pengampun, Yang Pengasih,
15:50. Dan
bahawa azab-Ku adalah azab yang pedih.
15:51. Dan
beritahu mereka mengenai tetamu-tetamu Ibrahim,
15:52.
Apabila mereka masuk kepadanya, dengan berkata, "Salam!" Dia berkata,
"Sesungguhnya kami takut pada kamu."
15:53.
Mereka berkata, "Jangan takut; sesungguhnya kami beri kamu berita gembira
dengan seorang anak lelaki yang alim."
15:54.
Berkata, "Apa, adakah kamu beri aku berita gembira walaupun umur tua telah
menyentuhku? Dengan apakah kamu beri aku berita gembira?"
15:55.
Mereka berkata, "kami beri kamu berita gembira yang benar. Janganlah kamu
termasuk orang-orang yang berputus asa."
15:56.
Berkata, "Dan siapakah yang berputus asa daripada pengasihan
Pemeliharanya, melainkan orang-orang yang sesat?"
15:57.
Berkata, "Dan apakah urusan kamu, wahai para utusan?"
15:58.
Mereka berkata, "Kami diutus kepada kaum yang berdosa,
15:59.
Kecuali keluarga Lut; mereka akan kami selamatkan kesemuanya,
15:60.
Kecuali isterinya; kami tentukan bahawa dia sesungguhnya termasuk orang-orang
yang tinggal."
15:61.
Maka, apabila para utusan datang kepada keluarga Lut,
15:62. Dia
berkata, "Kamu adalah kaum yang aku tidak kenal."
15:63.
Mereka berkata, "Tidak, tetapi kami datangkan kepada kamu mengenai apa
yang mereka ragui.
15:64. Kami
datang kepada kamu dengan yang benar, dan sesungguhnya kami berkata benar.
15:65. Maka
berjalanlah kamu dengan keluarga kamu pada sebahagian malam, dan ikutlah di
belakang mereka, dan janganlah seseorang daripada kamu berpaling ke belakang;
dan bertolaklah ke tempat yang kamu diperintah."
15:66. Dan
Kami tentukan kepadanya perintah itu, bahawa sisa-sisa terakhir mereka dipotong
pada waktu pagi.
15:67. Dan
penduduk kota itu datang, mereka gembira.
15:68.
Berkata, "Mereka ini tetamuku; jangan malukan aku.
15:69. Dan
takutilah Allah, dan jangan aibkan aku."
15:70.
Mereka berkata, "Tidakkah kami telah larang kamu daripada semua
alam?"
15:71.
Berkata, "Mereka ini anak-anak perempuanku, jika kamu mahu lakukan."
15:72. Demi
umur kamu, mereka merayau-rayau membabi buta dalam kekaburan mereka,
15:73. Dan
Teriakan ambil mereka pada waktu matahari terbit,
15:74. Dan
Kami terbalikkan yang atasnya ke bawahnya, dan hujaninya dengan batu-batu
daripada tanah liat yang dibakar.
15:75.
Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang
menandakan.
15:76.
Sesungguhnya ia adalah di satu jalan yang masih berada.
15:77.
Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang mukmin
(yang percayai).
15:78.
Sesungguhnya penduduk Aikah (hutan belukar) adalah orang-orang zalim.
15:79. Dan
Kami lepaskan dendam kepada mereka. Kedua-dua mereka adalah di atas imam
(jalan) yang nyata.
15:80.
Penduduk al-Hijr mendustakan para utusan.
15:81. Kami
beri mereka ayat-ayat Kami, tetapi mereka berpaling daripadanya.
15:82.
Mereka memahat gunung-gunung menjadi rumah-rumah yang aman.
15:83. Dan
Teriakan ambil mereka pada waktu pagi.
15:84. Apa
yang mereka usahakan tidak berguna bagi mereka.
15:85. Kami
tidak ciptakan langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya melainkan
dengan benar. Sesungguhnya Saat pasti datang; maka kamu maafkanlah dengan
permaafan yang manis.
15:86.
Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Pencipta, Yang Mengetahui.
15:87. Kami
beri kamu tujuh yang berulang-ulang, dan al-Qur'an yang besar.
15:88.
Jangan kamu panjangkan mata-mata kamu kepada apa yang Kami beri kesenangan
pasangan-pasangan antara mereka, dan jangan kamu sedih terhadap mereka, dan
rendahkanlah sayap kamu terhadap orang-orang mukmin.
15:89. dan
katakan, "Sesungguhnya aku ialah pemberi amaran yang jelas."
15:90. Maka
Kami turunkannya kepada orang-orang yang membahagi-bahagi,
15:91. Yang
memecahkan al-Qur'an kepada bahagian-bahagian.
15:92. Demi
Pemelihara kamu, sungguh Kami akan tanya mereka kesemuanya.
15:93.
Mengenai apa yang mereka buat.
15:94. Maka
berterus-teranglah dengan apa yang kamu diperintah, dan berpalinglah kamu
daripada orang-orang yang sekutukan.
15:95. Kami
adalah mencukupi bagi kamu terhadap orang-orang yang memperolok-olokkan,
15:96.
Orang-orang yang adakan berserta Allah tuhan yang lain. Sungguh mereka akan
tahu.
15:97.
Sesungguhnya Kami tahu bahawa dada kamu jadi sempit dengan apa mereka kata.
15:98. Dan
sanjunglah kamu dengan memuji Pemelihara kamu, dan jadilah antara orang-orang
yang sujud,
15:99. Dan
sembahlah Pemelihara kamu sehingga yang Yakin datang kepada kamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!