Dengan nama Allah, Yang Pemurah,
Yang Pengasih.
14:1. Alif Lam Ra. Sebuah Kitab
yang Kami turunkan kepada kamu supaya kamu keluarkan manusia dari kegelapan
kepada cahaya dengan izin Pemelihara mereka ke jalan Yang Perkasa, Yang
Terpuji.
14:2. Allah, yang kepunyaan-Nya
segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Dan kecelakaanlah bagi
orang-orang tidak percaya kerana azab yang keras,
14:3. Orang-orang yang lebih suka
kehidupan dunia daripada akhirat, dan halangi jalan Allah, dan inginkannya jadi
bengkok; mereka adalah dalam kesesatan yang jauh.
14:4. Dan Kami tidak utus
seseorang Rasul melainkan dengan lisan (bahasa) kaumnya supaya dia menjelaskan
kepada mereka; kemudian Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri
petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
14:5. Dan Kami utus Musa dengan
ayat-ayat Kami, "Keluarkanlah kaum kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan
kamu ingatkanlah mereka Hari-Hari Allah." Sesungguhnya pada yang demikian
itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang bersyukur (berterima
kasih).
14:6. Dan ketika Musa berkata
kepada kaumnya, "Ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia
selamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat,
dengan mengorbankan anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup
perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar
daripada Pemelihara kamu.
14:7. Dan apabila Pemelihara kamu
menyatakan, 'Jika kamu berterima kasih, sungguh Aku akan menambahkan kepada
kamu, dan jika kamu tidak berterima kasih (kafir), azab-Ku sungguh
keras.'"
14:8. Dan Musa berkata,
"Jika kamu tidak berterima kasih (kafir), kamu dan sesiapa yang di bumi
kesemuanya, namun begitu, sesungguhnya Allah Kaya, Terpuji."
14:9. Tidakkah datang kepada kamu
berita orang-orang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang
selepas mereka - tiada yang tahu mereka kecuali Allah? Rasul-Rasul mereka telah
datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tolak tangan
mereka ke dalam mulut mereka, dengan berkata, "Sesungguhnya kami tidak
percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya, dan kami adalah dalam keraguan
terhadap apa yang kamu seru kami kepadanya, dengan bimbang."
14:10. Rasul-Rasul mereka
berkata, "Adakah sebarang keraguan terhadap Allah, Pemula langit dan bumi,
yang menyeru kamu supaya Dia ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan
tangguhkan kamu ke satu tempoh yang dinyatakan?" Mereka berkata,
"Kamu tidak lain hanya manusia-manusia yang serupa dengan kami; kamu
hendak halang kami daripada apa yang bapa-bapa kami sembah; maka datangkanlah
kepada kami satu kuasa yang nyata."
14:11. Rasul-Rasul mereka berkata
kepada mereka, "Kami tidak lain hanya manusia-manusia yang serupa dengan
kamu; tetapi Allah berbudi baik kepada sesiapa Dia hendaki daripada
hamba-hamba-Nya. Tiadalah bagi kami untuk datangkan kepada kamu satu kuasa
melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin
tawakal.
14:12. Dan mengapakah kami tidak
akan tawakal kepada Allah memandangkan Dia telah beri kami petunjuk pada
jalan-jalan kami? Sungguh kami akan sabar atas apa sahaja yang kamu sakitkan
kami; dan kepada Allah hendaklah semua tawakal, orang-orang yang tawakal."
14:13. Orang-orang tidak percaya
berkata kepada Rasul-Rasul mereka, "Sungguh, kami akan usir kamu daripada
bumi kami, atau kamu kembali kepada anutan kami." Kemudian Pemelihara
mereka wahyukan mereka, "Sungguh, Kami akan musnahkan orang-orang zalim,
14:14. Dan sungguh Kami akan
tempatkan kamu di bumi selepas mereka; itu adalah bagi orang yang takut akan
medan-Ku, dan takut akan ancaman-Ku."
14:15. Mereka mohon satu putusan;
kemudian kecewalah semua penguasa yang degil.
14:16. Di belakangnya Jahanam, dan
dia diberi minum air nanah,
14:17. Yang dia hirup, dan
hampir-hampir dia tidak boleh menelannya, dan kematian datang kepadanya dari
segenap penjuru, tetapi dia tidak boleh mati; dan di belakangnya, azab yang
keras.
14:18. Persamaan orang-orang
tidak percaya kepada Pemelihara mereka: amalan-amalan mereka seperti abu, di
mana angin meniupnya dengan kuat pada hari musim angin kencang. Mereka tidak
berkuasa sedikit pun daripada apa yang mereka usahakan - itulah kesesatan yang
jauh.
14:19. Tidakkah kamu lihat bahawa
Allah cipta langit dan bumi dengan benar? Jika Dia hendaki, Dia hapuskan kamu,
dan datangkan ciptaan yang baru,
14:20. Dan tidaklah itu sukar
bagi Allah.
14:21. Mereka pergi kepada Allah,
kesemuanya; kemudian berkata orang-orang yang lemah kepada orang-orang yang
sombong, "Kami adalah pengikut-pengikut kamu; adakah kamu berguna sedikit
pun kepada kami terhadap azab Allah?" Mereka berkata, "Jika Allah
beri petunjuk kepada kami, tentu kami beri petunjuk kepada kamu. Sama sahaja bagi
kita; sama ada kita tidak boleh tahan, atau kita sabar - kita tidak ada tempat
lari."
14:22. Dan syaitan berkata,
apabila perkara telah diputuskan, "Sesungguhnya Allah telah janjikan kamu
satu janji yang benar; dan aku janjikan kamu, kemudian aku mungkiri kamu,
kerana aku tidak ada kuasa terhadap kamu, melainkan aku seru kamu, dan kamu
sahuti aku. Maka jangan kamu cela aku, tetapi celalah diri kamu sendiri; aku
tidak dapat tolong kamu, dan tidak juga kamu dapat tolong aku. Aku tidak
percaya kepada persekutuan aku dengan Allah daripada kamu dari dahulu."
Bagi orang-orang zalim, bagi mereka, azab yang pedih.
14:23. Tetapi bagi orang-orang
yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , dimasukkan ke taman-taman yang di
bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dengan
izin Pemelihara mereka; salam hormat mereka di dalamnya, "Salam!"
14:24. Tidakkah kamu lihat
bagaimana Allah buat persamaan? Kata yang baik seperti pokok yang baik -
akarnya teguh, dan cabangnya di langit,
14:25. Ia memberi hasilnya setiap
masa dengan izin Pemeliharanya. Begitulah Allah buat persamaan-persamaan bagi
manusia supaya mereka mengingati.
14:26. Dan persamaan kata yang
buruk seperti pokok yang buruk - membantun di atas bumi, tanpa kestabilan.
14:27. Allah meneguhkan
orang-orang yang percaya dengan ucapan yang teguh, di dalam kehidupan dunia,
dan di akhirat; dan Allah sesatkan orang-orang zalim; dan Allah buat apa Dia
hendaki.
14:28. Tidakkah kamu lihat
orang-orang yang menukar rahmat Allah dengan ketidakpercayaan (kekafiran), dan
menempatkan kaum mereka di tempat tinggal kebinasaan?
14:29. Jahanam, di dalamnya
mereka dipanggang; buruknya satu kestabilan!
14:30. Dan mereka adakan
rakan-rakan bagi Allah supaya mereka menyesatkan daripada jalan-Nya.
Katakanlah, "Maka gembiralah kamu! Kepulangan kamu ialah Api."
14:31. Katakanlah kepada
hamba-hamba-Ku yang percaya, bahawa mereka lakukan solat, dan nafkahkan
daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka,
sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada juga
persahabatan.
14:32. Allah yang cipta langit
dan bumi, dan turunkan dari langit, air; dengannya Dia keluarkan buah-buahan
untuk menjadi rezeki kamu. Dan Dia tundukkan untuk kamu kapal-kapal untuk berlayar
di laut dengan perintah-Nya; dan Dia tundukkan sungai-sungai untuk kamu.
14:33. Dan Dia tundukkan untuk
kamu matahari dan bulan, yang sentiasa beredar, dan Dia tundukkan untuk kamu,
malam dan siang.
14:34. Dan Dia beri kamu segala
yang kamu minta kepada-Nya. Jika kamu hitung rahmat Allah, kamu tidak dapat
jumlahkannya; sesungguhnya manusia sangat aniaya, berdegil dalam
ketidakpercayaan.
14:35. Dan apabila Ibrahim
berkata, "Wahai Pemeliharaku, buatkan tanah (negeri) ini aman, dan jauhkan
aku dan anak-anakku daripada menyembah patung-patung.
14:36. Wahai Pemeliharaku, mereka
telah sesatkan ramai manusia. Maka sesiapa yang ikut aku adalah daripadaku; dan
sesiapa yang menentang aku, maka sesungguhnya Engkau Pengampun, Pengasih.
14:37. Wahai Pemelihara kami, aku
tempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah di mana tidak ada
tanah yang disemai dekat Rumah Suci Engkau; wahai pemelihara kami, agar mereka
melakukan solat, dan buatkan hati manusia berkeinginan padanya, dan berilah
rezeki mereka dengan buah-buahan supaya mereka berterima kasih.
14:38. Wahai Pemelihara kami,
Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan, dan apa yang kami siarkan;
daripada Allah tiada sesuatu yang tersembunyi di bumi, dan tiada juga di
langit.
14:39. Segala puji bagi Allah
yang beri aku, walaupun aku tua, Ismail dan Ishak; sesungguhnya Pemeliharaku
mendengar seruan (doa).
14:40. Wahai Pemeliharaku,
buatlah aku seorang yang melakukan solat, dan daripada keturunanku. Wahai
Pemelihara kami, dan terimalah seruanku (doaku).
14:41. Wahai Pemelihara kami,
ampunkanlah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila
hitungan didirikan."
14:42. Janganlah sangka Allah
lalai daripada apa yang orang-orang zalim buat; Dia hanyalah beri tangguh
kepada mereka hingga satu hari apabila mata-mata menatap dengan tajam,
14:43. Apabila mereka berlari
dengan menjulurkan leher, dan kepala tercancang, gerlingan mereka tidak kembali
kepada mereka, dan hati mereka kosong.
14:44. Dan berilah amaran kepada
manusia akan hari apabila azab datang kepada mereka; dan orang-orang buat
kezaliman berkata, "Wahai Pemelihara kami, tangguhkanlah kami hingga satu
tempoh yang dekat, dan kami akan sahut seruan Engkau, dan ikut
Rasul-Rasul." "Tidakkah kamu telah bersumpah dahulu bahawa tidak ada
peralihan untuk kamu?
14:45. Dan kamu tinggal di
tempat-tempat tinggal orang-orang yang menzalimi diri-diri mereka sendiri, dan menjadi
jelas bagi kamu bagaimana Kami lakukan terhadap mereka, dan bagaimana Kami
adakan persamaan-persamaan bagi kamu."
14:46. Mereka buat tipu daya
dengan tipu daya mereka, dan tipu daya mereka adalah di sisi Allah, walaupun
tipu daya mereka yang dapat mengalihkan gunung-gunung.
14:47. Maka janganlah sangka
Allah mungkiri janji-Nya kepada Rasul-Rasul-Nya; sesungguhnya Allah Perkasa,
Pendendam.
14:48. Pada hari bumi ditukar
kepada selain daripada bumi dan langit, dan mereka pergi kepada Allah, Yang Satu,
Yang Menakluki.
14:49. Dan kamu lihat orang-orang
yang berdosa pada hari itu diikat bersama dalam belenggu.
14:50. Daripada gala-gala adalah
baju-baju mereka, muka (wajah) mereka ditutupi oleh Api.
14:51. Kerana Allah akan balas
tiap-tiap jiwa atas usahanya; sesungguhnya Allah cepat buat hitungan.
14:52. Ini ialah satu penyampaian
bagi manusia supaya mereka diberi amaran dengannya, dan supaya mereka tahu
bahawa Dia Tuhan Yang Satu, dan supaya semua yang empunya minda mengingati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!