Kebanyakan orang Islam di seluruh
dunia, tiap kali nama Nabi Muhammad disebut, menyebut
“Salla’l-Lahu’alaih-i-wasallam” (SAW) yang bermaksud “Allah berselawat dan
memberi salam”.
Mengapa?
Apabila nama Nabi Ibrahim atau
nabi-nabi lain, disebut, mereka menyebut “’Alai-hi-salam” (AS) saja. Seolah-olah timbul dan munculnya KASTA di
sini. Sedangkan dalam Qur’an tidak
disebut nama-nama nabi dengan diiringi “Alai-hi-Salam” dan “Salla’l-Lahu’alaih-i-wasallam” untuk Nabi
Muhammad S.A.W. dan paling jelas sekali ialah ALLAH tidak membeza-bezakan
antara para utusanNya. Sepatutnya hal
ini tidak wujud kerana ia menyalahi kenyataan ALLAH dalam Qur’an.
ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Katakanlah : "Kami beriman
kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan kepada apa yang
diturunkan kepada Ibrahim dan Ismail dan Ishak dan Yaakub serta anak-anaknya,
dan juga kepada apa yang diberikan kepada Musa (Taurat) dan Isa dan kepada apa
yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; KAMI TIDAK MEMBEZA-BEZAKAN
ANTARA SESEORANG DARI MEREKA; dan kami semua adalah Islam (berserah diri,
tunduk taat) kepada Allah semata-mata".
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 136 ]
Namun secara lojiknya apabila
disebut nama-nama mereka itu memang secara lojik dan sebagai tanda kita
menghormati mereka maka kita katakan dua kalimat itu sebagai menguatkan iman
bahawa mereka di salam dan diberi rahmat, dibantu serta diselawati oleh ALLAH.
Namun, apa gunanya lojik saja kalau tiada arahan dan perintah ALLAH dalam Qur’an untuk berbuat demikian? Siapakah
yang berani menambah-nambah hukum ALLAH?
Hal ini melanggar dua perintah
Tuhan dalam Qur’an. Perkataan Arab “Salla / yusalli” ada tiga makna: Solat, Restu atau Bantu, dan
tempat Bersolat. Dalam surah Al-Ahzab (33), perkataan ini digunakan dua kali
dalam acuan yang sama. Pertama, ayat 43, yang berbunyi:
“Dialah yang bantu kamu dan
malaikatNya - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita kepada cahaya yang
terang-benderang dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada
orang-orang yang beriman.”
Perkataan ‘kamu’ dalam ayat ini
merujuk kepada orang yang beriman. Ayat 56, iaitu 12 ayat selepas ayat tadi,
ayat yang sama bentuknya berbunyi:
“Sesungguhnya Allah dan
malaikatNya bantu Nabi; wahai orang-orang yang beriman kamu bantunya serta
ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
Lihat juga ayat ini :
“.... dan doakanlah(Washalli)
untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
[ Q.S 9: 103 ]
Melalui ayat di atas Tuhan
memerintahkan Nabi supaya memberi sokongan dan galakan kepada
pengikut-pengikutnya, kerana sokongan dan galakan dari seorang pemimpin kepada
pengikut-pengikutnya memang wajar dan perlu.
Apabila kita melihat penggunaan
perkataan 'selawat' dalam konteks yang menyeluruh ini, kita akan mendapat
pemahaman yang lebih tepat. Keseluruhannya bermakna (a) Tuhan dan malaikat-Nya
menolong orang mukmin untuk mengeluarkan mereka dari kemunduran kepada
kemajuan, (b) Tuhan dan malaikatnya menolong pemimpin orang mukmin (Nabi pada
masa itu ialah pemimpin orang mukmin), dan menyuruh orang mukmin menolong
pemimpin mereka, dan (c) Tuhan menyuruh Nabi memberi ransangan dan galakan
kepada pengikut-pengikutnya supaya mereka rela dan sanggup berjuang di jalan
Allah. Dengan pemahaman yang menyeluruh ini, tidak timbul soal berselawat
kepada Nabi secara khusus dengan kata-kata itu.
Jadi, perkataan ‘selawat’ di sini
pertama dituju kepada orang mukmin, dan kemudian baru kepada Nabi. Mengapakah
kita berselawat kepada Nabi Muhammad saja dan tidak pula kepada orang yang
beriman atau Mukmin? .... Inilah kesilapan yang pertama!
Kesilapan kedua, mengapa kita
tidak berselawat kepada nabi-nabi lain?
Tuhan melarang kita membezakan antara nabi-nabi-Nya. (Quran, 2:136).
Sedangkan, Nabi Muhammad diperintahkan
oleh ALLAH untuk ikut agama Nabi Ibrahim yang hanif.
“Katakanlah (wahai Muhammad):
"Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama
Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang
musyrik.”
[ Q.S. AL-MAIDAH 3 : 95 ]
“Kemudian Kami wahyukan kepadamu
(wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, yang berdiri
teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.”
[ Q.S. AN-NAHL 16 : 123 ]
Secara lojiknya yang diikuti itu
lebih mulia dari yang mengikut. Secara
lojik juga, SAW itu sepatutnya diberi kepada Ibrahim berbanding Muhammad...
Kesilapan ketiga, kita boleh
berselawat atau membantu orang yang hidup saja, bukan yang telah mati, secara
lojik akalnya.
Jadi, selawat kepada Nabi
Muhammad itu salah dari tiga sudut. Kita hanya boleh menyebut
“Sallahu-alaihi-wassalam” apabila namanya disebut sebagai tanda
penghormatan. Tetapi kalau berselawat
seperti “Allahumma Salli ala Muhammad.”
Ia menjadi satu hal yang tidak lojik, kerana kita seolah-olah
memerintahkan atau meminta ALLAH membantu Nabi sedangkan nabi sudah lama ketika
masih hidup dibantu oleh ALLAH dalam misi menyampaikan Qur’an kepada seluruh
manusia dan jin. Dan tidak lojik pula
kita minta ALLAH bantu Nabi ketika nabi sudah lama wafat. Kalau sekadar menyebut
“Sallahu-alaihi-wassalam” itu, ya lojik kerana untuk mengingatkan kita bahawa
Nabi telah dibantu oleh ALLAH dalam misi baginda S.A.W. Dalam Hal memberi SALAM kepada baginda
SAW... ini hanya lojik dan diterima akal
kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup. Masalahnya Nabi Muhammad SAW sudah lama
wafat, tidak lojik kalau kita memberi salam ketika Nabi SAW sudah Wafat. Oleh itu perintah ALLAH tentang Salam kepada
Baginda SAW itu hanya berlaku ketika Nabi SAW masih hidup. Begitu juga selawat-selawat nabi yang telah
sekian lama wujud dan dicipta oleh ramai orang yang ahli ibadah. Meltakkan nama
pelbagai gelaran seperti Sayyidina dan sebagainya juga dilarang oleh Rasulullah
SAW sendiri, Tidak lojik kita berselawat
dan memberi salam kepada nabi dalam solat kerana ALLAH telah melarang keras hal
ini!
‘Katakanlah, "Serulah Allah,
atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama paling
baik." Dan jangan kamu lantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga
mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.”’
[ Q.S. AL-ISRA 17:110 ]
Kalau anda ingin dan mahu sangat,
salam kepada Nabi dan selawat kepada nabi boleh sahaja anda lakukan di mana
saja (walaupun ini menyalahi Qur’an) dan bila-bila masa KECUALI dalam
solat... kerana ini dilarang oleh
ALLAH. ALLAH hanya suruh untuk menyeru
namaNya sahaja dalam solat (17 : 110) dan Mengingati ALLAH sahaja :
"Sesungguhnya Aku ini adalah
Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah
solat untuk mengingati Aku.
[ Q.S. THAHA : 14 ]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan
kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang
percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan
amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya
kepada Tuhannya.”
[ Q.S. 18 : 110 ]
Kita berkomunikasi dengan ALLAH
secara terus tetapi Pada masa yang sama
kita menyeru Nabi dan memberi salam pula
kepada nabi pada tahiyyat awal dan akhir...
di dalam ‘bacaan Tahiyat’ meraka
berkata begini: "Assalamu alaika aiyuhan nabi…" yang bermaksud
"Sejahtera ke atas kamu wahai nabi…". Amat jelas di sini pada masa
mereka sedang berkata-kata atau berkomunikasi dengan Allah, mereka ambil
kesempatan ini untuk berkomunikasi dan menyeru pula kepada nabi di dalam solat
mereka. Ini melanggar titah perintah Allah di dalam ayat 72:18 tadi. Dengan
lain erti kata, mereka telah jadikan kedudukan Muhammad sebagai rakan kongsi
Allah dan mereka amat gembira dengan perbuatan itu".
"Segala penghormatan yang
berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau WAHAI Nabi dan
rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba
Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku
naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami,
selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad."
bukankah ini sangat BIADAB?!
Nabi sendiri tidak pernah membaca
Salam dan Selawat kepada diri sendiri dalam solat baginda SAW... apa relevennya
kita wajib buat? Jadi hadis-hadis yang berkaitan dengan selawat dan salam
kepada nabi majoritinya tidak selari dengan Al-Qur’an. Apatah lagi menyanyikan
“Ya Hanana” yang pernah menjadi viral baru-baru ini. Ini juga menjadi satu bentuk pemujaan dan
mendewa-dewakan nabi. Apakah kita mahu
kembali ke zaman nabi para yahudi yang dipuja-puja oleh umat mereka malah Nabi
Uzair dan Nabi Isa akhirnya bukan sahaja dianggap Anak Allah, malah menjadi
Tuhan. Anda lihat apa yang berlaku
kepada Yahudi dan Nasrani?
....Apakah ini yang diingini oleh
Allah dan RasulNya?
....Apakah ini yang kita
inginkan?
mengapakah kebanyakan orang Islam
melakukannya? Mengapakah guru-guru agama kita tidak melarangnya? Ini
menunjukkan kegagalan kita menggunakan akal, sedangkan iman dan akal itu harus
selaras.
“Dan tiadalah sebarang kuasa bagi
seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah; dan Allah menimpakan azab
atas orang-orang yang tidak mahu menggunakan akalnya untuk memahami.”
[ Q.S. YUNUS 10 : 100 ]
Jadi kita wajib menggunakan Iman
dan Akal. Kalau kita tidak guna Iman dan
Akal.... Apa bezanya kita dengan orang gila?
Ini satu lagi contoh fahaman
taqlid dan Islam baka, bukti kita telah mendewa-dewakan Nabi Muhammad: lihat di
kebanyakan masjid dan rumah orang Islam, nama ALLAH dan MUHAMMAD ditulis
separas dan sama besar. Sepatutnya, nama Muhammad ditulis di bawah. Lebih baik,
jangan ditulis langsung. Semua nabi membawa ajaran monoteisme;
Nabi Muhammad S.A.W adalah
penutup dan penyudah segala nabi dan melengkap dan menyempurnakan agama
monoteisme atau agama tauhid itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!