ALLAH S.W.T
Berfirman :
(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata):
"Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh
aman". Dan Kami cabut akan apa yang
ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka
bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di
atas pelamin masing-masing. Mereka tidak
akan disentuh susah payah dalam Syurga itu, dan mereka pula tidak sekali-kali
akan dikeluarkan daripadanya. Khabarkanlah
kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi
mereka yang bertaubat dan beramal soleh).
Dan bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka
yang tetap dalam kederhakaannya). Dan
khabarkanlah kepada mereka perihal tetamu Nabi Ibrahim.
Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam
dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata:
"Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu".
[ Q.S. AL-HIJR 15 : 46-52 ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!