ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Allah
menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu
(wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang
memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan
orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan
menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya
untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka
mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu
dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa
yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.”
[ Q.S. AN-NUR 24 : 55 ]
“Dan Kami ingin memberikan anugerah
kepada orang-orang yang tertindas di muka bumi ini, menjadikan mereka para
pemimpin, dan menjadikan mereka sebagai para pewaris.”
[ Q.S. AL-QASHASH 28 : 5 ]
RASULULLAH
NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda
:
"Sentiasa
ada di kalangan umatku golongan yang berperang di atas kebenaran, mereka
sentiasa zahir hingga hari Qiamat. Sabdanya lagi: "Kemudian turun Isa bin
Maryam A.S dari langit, dan berkata pemimpin mereka (Imam Mahdi), silalah menjadi
imam solat kami dan Nabi Isa menjawab, tidak, bahawa sebahagian Kamu sebagai
kemuliaan Allah S.W.T ke atas umat ini
(umat Islam).”
Daripada
Jabir bin Abdullah R.A
[ H.R.S
: Imam muslim Ra. A.]
"Al-Mahdi
itu seorang lelaki dari cucuku, ia akan berperang atas Sunnahku seperti aku
berperang atas wahyu."
Daripada
Ummul Mukminiin Saidatina Aishah R.A
[ H.R.S
: Na'im bin Hammad ]
"Al-Mahdi
itu dari keturunanku, dari anak cucu Fatimah."
Daripada
Said bin Al-Musaiyab daripada Ummu Salmah R.A
[ H.R.S
: Imam Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasa'i, At-Tabarani dan Al-Hakim Ra. A.
]
"Berpandukan
QUR’AN dan HADIS Nabi, kamu akan mengenali IMAM MAHDI dan Imam Mahdi tidak akan
muncul tanpa kamu memilih dan mengisytiharkannya sebagai Juru-Islah terakhir bagi
kamu di dunia ini."
IMAM
MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!