ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Jika kamu dipanggil (diseru-Nadaitum) untuk Solat...”
[ Q.S. AL-MAIDAH 5 : 58 ]
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan
(Nudiya) untuk mengerjakan Solat pada hari Jumaat...”
[ Q.S. AL-JUMU’AH
62 : 9 ]
“Pemberitahuan (Azaanun) daripada Allah dan
RasulNya kepada sekalian manusia.”
[ Q.S. AT-TAUBAH 9 : 3 ]
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Apabila tiba waktu Solat hendaklah salah
seorang kamu melakukan Azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi
imam."
[ H.R.S : Imam Bukhari dan Imam Muslim Ra. A. ]
"Apabila dikumandangkan Azan untuk solat,
Syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila
muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun
lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa
menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya: "Ingatlah apa
yang belum kamu ingat!" Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa
rakaat dia telah solat."
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]
"Apabila kamu mendengar muadzin menyerukan
azan, maka ucapkan pula apa yang dibaca muadzin itu. Kemudian bacalah salawat
untukku, kerana sesungguhnya orang yang bersalawat bagiku, Allah memberi berkat
kepadanya sepuluh kali. Sesudah itu mohonkanlah bagiku kepada Allah
'Alwasilah', iaitu suatu tempat di syurga yang hanya akan ditempati oleh
seorang hamba Allah. Aku berharap, akulah yang akan menempatinya. Maka siapa
yang memintakan 'Alwasilah' itu untukku, dia akan beroleh syafa'at (pembelaan)
dariku."
Daripada 'Abdullah bin 'Amr bin 'Ash R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]
“Nabi Muhammad S.A.W pada malam
Israk-mikraj telah diperlihatkan dengan Azan dan diperdengarkan kepadanya di
atas langit yang ketujuh. Kemudian Malaikat Jibril A.S mendatanginya, lalu dia
menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam A.S dan Nabi Nuh
A.S. ALLAH S.W.T menyempurnakan
kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi.”
[ H.R.S : Al-Bazzar Abi Bakar Ahmad bin ‘Amr bin Abd
al-Khaliq Ra. A. ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!