Khamis, 2 Disember 2010

POPE BENARKAN GUNA KONDOM!


Pope Benedict benar guna kondom cegah HIV
PARIS 2 Dis. - Wanita pertama Perancis, Carla Bruni Sarkozy menyambut baik kenyataan terbaru Pope Benedict XVI tentang penggunaan kondom bagi mencegah jangkitan HIV, menggambarkan pendirian berlembut pihak gereja Katolik berhubung isu tersebut.
"Saya hairan, terkejut dan bersyukur," katanya dalam satu wawancara dengan sebuah stesen radio Perancis, RTL, berhubung Hari AIDS Sedunia, semalam.
"Beberapa negara Kristian di Afrika mengambil iktibar daripada kenyataan Pope itu," kata Bruni-Sarkozy, yang merupakan duta bagi Tabung Dunia Memerangi AIDS, Batuk Kering dan Malaria yang berpusat di Geneva.
Dalam kata-kata aluan dalam sebuah buku karya penulis Jerman, Peter Seewald berdasarkan wawancara panjang lebar dengan Pope Benedict, Pope itu menyatakan bahawa kondom boleh digunakan dalam keadaan tertentu bagi melindungi HIV, virus yang menyebabkan penyakit AIDS.
Ia mengambil contoh pelacur lelaki yang menggunakan kondom untuk mencegah jangkitan kepada pelanggannya.
Bruni Sarkozy, yang abangnya meninggal dunia akibat penyakit berkaitan AIDS pada 2006, sebelum ini mengkritik Pope yang membuat kenyataan ketika melawat Afrika tahun lalu bahawa kondom bukanlah penyelesaian bagi HIV/AIDS.
Penyanyi dan bekas model itu juga turut mengingatkan golongan muda supaya jangan terlalu mengambil ringan terhadap HIV dan AIDS memandangkan kini ubat dan rawatan mudah diperolehi. - DPA

PENULIS : contoh kerosakan umat manusia. Kilang kondom pun akan bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Maksiat bermaharaja lela dan akhirnya BALA Allah diturunkan dan semua manusia akan terbabit sama ada yang Islam ataupun bukan... lihatlah betapa jahatnya mereka ini. Pope ni pun satu... aku tak pasti mana satu dia ikut... kalau dalam Bible dibenarkan berzina... bagi gereja pula tak apsti, tetapi skandal pencabul seks berleluasa di dalam gereja kerana ikut sangat ajaran Bible... lepas tu, kali ini Pope pula yang menghalalkan penggunaan kondom,(apakah dia dah kena HIV? Atau penyakit kelamin yang lain?) sebagai kononnya memerangi penularan virus HIV dan AIDS ini... kan lebih elok kalau tak buat maksiat(zina)- kahwin je....dan amalkan Poligami untuk mengatasi jumlah perempuan yang semakin ramai(1 : 50) dan sekaligus menghapuskan sistem pelacuran-satu-satu pekerjaan tertua di dunia.... bila mende ni dah takde... maka keselamatan dan Rahmat Allah pula akan turun....dan sekaligus mengelakkan kita dari bala yang berupa bencana Alam dan sebagainya.... kalau hakikat ini berterusan, tentu gempa-gempa bumi di Indonesia semakin banyak dan gunungh-gunung berapi yang tak aktif akan diaktifkan oleh Allah SWT kerana dosa-dosa mereka ini...(Takut je gunung Kinabalu aktif dan meletus tiba-tiba!)- lihat negara-negara yang mengalami bencana alam yang teruk,,... ini kerana akibat dari melanggari Hukum Allah (Qur’an dan Sunnah Nabi)... mengapa tidak diambil pengajaran dari situ???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!