Khamis, 2 Disember 2010

JOM! KENALI SABAH-2


Bahagian Pantai Barat Sabah terletak di barat laut negeri Sabah. Dengan keluasan 7,588 km persegi, ia merupakan 10.3 % dari keluasan Sabah, dengan kira-kira 30 % dari jumlah penduduk Sabah. Bahagian ini terbahagi kepada beberapa daerah iaitu seperti berikut.

1.Ranau
2.Papar
3.Penampang
4.Kota Kinabalu
5.Tuaran
6.Kota Belud

RANAU
Ranau ialah sebuah daerah yang terletak Bahagian Pantai Barat Utara Negeri Sabah, Malaysia. Dianggarkan jumlah penduduknya pada tahun 2000 ialah seramai 70,649 orang.

Daerah Ranau terletak di antara garisan lintang (Latitude) 5° 30’ U dan 6° 25’ U dan garisan bujur (Longtitude) 116° 30’ dan 117° 5’ T dan di kelilingi oleh 7 buah daerah lain iaitu Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau, Kinabatangan, Beluran dan Kota Belud sebelum menjadi sebuah daerah penuh pada awal tahun 1960 an. Ranau pernah menjadi Daerah Kecil Daerah Tambunan dan Kota Belud.

Keluasan daerah Ranau pada masa ini ialah 294,224 hekter atau 1978.5 km persegi. Walaubagaimana, apabila perubahan persempadan baru yang melibatkan daerah Tambunan dan Beluran diluluskan, maka luas daerah Ranau akan bertambah kepada 3555.9 km persegi.

Ranau adalah sebuah daerah pelancongan yang terkenal di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Antara tempat-tempat pelancongan yang menarik di daerah ini ialah kolam air panas Poring, Taman Negara Gunung Kinabalu, Ladang Desa Tea, Pekan Kundasang yang terkenal dengan gerai sayurnya, bekas lombong tembaga Mamut, lokasi penjara Perang Dunia Kedua, Sungai Liwagu, tamu bulanan (pasar sehari sekali dalam sebulan) dan banyak lagi
Ranau berasal dari perkataan Ranahon yang bermaksud kawasan sawah padi. Biasanya masyarakat Dusun di daerah Ranau mengusahakan tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka bumi di sini yang berbukit bukau. Tetapi bagi penduduk di Lembah Ranau, mereka mengusahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan Ranahon.

Panggilan singkat Ranahon ialah Ranau. Kebetulan kawasan ini telah membangun dan menjadi pusat pentadbiran daerah dan oleh itu perkataan Ranau telah digunakan sebagai nama rasmi daerah ini.

Sebahagian ekonomi Ranau ialah tanaman koko. Seluas 1838 hektar ditanam dengan koko. Lembaga Koko Malaysia (LKM) menyeru 1,631 petani koko di Ranau menggunakan benis koko bermutu tinggi. Biji koko kering lebih tinggi harganya berbanding harga koko basah. LKM menggalakkan pembuatan coklat buatan tangan dan industri biskut berasaskan koko.Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia Tan Sri Bernard Dompok mahu Ranau terkenal dengan industri koko.

MASJID DI RANAU
1.Masjid Pekan Ranau
2.Masjid Lama Kg. Lingkudau -Masjid pertama Daerah Ranau
3.Masjid Kg. Lohan
4.Masjid Kg. Kundasang
5.Masjid Kg. Nalapak
6.Masjid Kg. Simpangan Randagong
7.Masjid Kg. Timbua
8.Masjid Kg. Tagudon Lama
9.Masjid Kg. Libang
10.Masjid Kg. Silou
11.Masjid Kg. Karanaan
12.Masjid Kg. Tanah Merah
13.Masjid Kg. Kaingaran Ulu Sudut
14.Masjid Kg. Kinapulidan



PAPAR
Papar merupakan sebuah daerah yang terletak dalam bahagian Bahagian Pantai Barat, Sabah.

PENAMPANG
Penampang merupakan sebuah daerah yang terletak di pantai barat negeri Sabah, bersebelahan dengan daerah Kota Kinabalu. Kedudukannya di pantai menjadikan Penampang antara tempat yang menarik untuk dilawati di Sabah, terutamanya untuk melihat kehidupan masyarakat Kadazan.

Asal-usul nama
Nama "Penampang" diambil daripada nama salah sebuah kampung yang terawal di daerah itu, iaitu Kampung Penampang. Nama "penampang" berasal daripada perkataan Kadazan yang bermaksud "batu besar". Ini kerana pada masa itu terdapat banyak batu besar di kampung tersebut.

Tempat menarik
Kampung Budaya Monsopiad ialah sebuah destinasi pelancongan yang terletak di Penampang. Monsopiad ialah nama seorang pahlawan terkenal yang memenggal kepala musuhnya dan menggantungkan tengkorak-tengkorak tersebut di halaman rumahnya sebagai amaran kepada musuh-musuhnya yang lain.

KOTA KINABALU
Kota Kinabalu (atau "KK") ialah ibu negeri Sabah, Malaysia. Nama bandar ini diambil sempena nama gunung yang tertinggi di Sabah dan juga ketiga tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu. Terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, ia merupakan pusat perdagangan dan industri yang utama di negeri Sabah. Kota Kinabalu mencapai taraf bandar raya pada 2 Februari 2000.

Kota Kinabalu berada pada latitud 5.983° dan longitud 116.067°. Sehingga banci pada tahun 2000, jumlah penduduknya ialah 354,153 orang, dengan populasi metropolitan seramai 900,000 orang.

Sejarah
Semasa pemerintahan British di negeri Sabah (dikenali sebagai "British North Borneo" pada waktu itu), pusat pemerintahannya Pulau Gaya. Satu peristiwa kebakaran telah melanda Pulau Gaya dan pihak British terpaksa mengalihkan pusat pemerintahan ke sebuah perkampungan nelayan di persisiran Pantai Barat Sabah yang dipanggil "Gentisan". Petempatan tersebut bertukar nama kepada "Jesselton" sempena memperingati Sir Charles Jessel. Apabila Sandakan, yang pada waktu itu merupakan ibu negeri "British North Borneo", musnah teruk dalam Perang Dunia Kedua, pentadbiran British telah dipindahkan ke Jesselton.

Jesselton kemudiannya bertukar nama kepada "Kota Kinabalu" pada tahun 1967, iaitu 4 tahun selepas Sabah menyertai gagasan Malaysia yang baru. Bandar raya ini telah melihat perkembangan yang pesat sekali pada tahun 1970-an dan 1990-an. Beberapa pekan yang baru telah muncul akibat daripada pembukaan paya bakau dan hutan belantara. Kota Kinabalu diisytiharkan menjadi bandar raya Malaysia yang pertama di alaf baru pada 2 Februari 2000. Datuk Ghani Rashid adalah Datuk Bandar Kota Kinabalu yang pertama. Datuk Iliyas Ibrahim dilantik sebagai Datuk Bandar kedua pada 2 Februari 2006, sempena ulangtahun keenam pengisytiharan Bandaraya ini, dan masih memegang jawatan tersebut sehingga hari ini.

Tempat-tempat menarik
Pasar Tamu Dongonggon (pasar mingguan)
Menara Tun Mustapha (menempatkan jabatan-jabatan kerajaan negeri Sabah)
Muzium Negeri Sabah
Masjid Negeri Sabah
Pantai Tanjung Aru
Karambunai Resort
Sutera Harbour Resort
Padang Merdeka Kota Kinabalu
Menara Jam Atkinson
Taman Zoologi
Muzium Tamadun Islam
Tinggalan Rumah Besar Kinarut


TUARAN
Tuaran adalah sebuah bandar serta merupakan sebuah daerah yang terletak di Daerah Pantai Barat, barat laut Sabah, Malaysia di Pulau Borneo. Daerah Tuaran berkeluasan kira-kira 1,166 kilometer persegi dan mempunyai jumlah kepadatan penduduk kira-kira seramai 94,100 orang pada tahun 2006.[1] Kira-kira setengah dari populasi penduduk ialah dari suku kaum Dusun, manakala diikuti etnik Bajau, dan Cina. Tuara juga terkenal dengan binaan 9 tingkat Pagoda Cina yang dijadikan lambang / mercu tanda bandar ini.

Berdekatan dengan tempat pelancongan seperti Kampung Air Mengkabong dan Kampung Air Penimbawan, yang merupakan rumah perkampungan yang kedudukannya seperti terapung diatas muara dan pesisir pantai. Terdapat beberapa lokasi resort pelancongan yang bertaraf 3 hingga 5 bintang seperti The Shangri-La's Rasa Ria Resort, The Mimpian Jadi Resort, and The Sabandar Resort. Tambahan dari itu terdapat juga beberapa resort kecil yang turut menyediakan khidmat penginapan, katering dan makanan serta aktiviti sukan air pada kos yang lebih rendah dan berpatutan sesuai bagi mereka yang menginginkan keriangan yang sederhana ketika melancong.

Bandar ini merupakan destinasi persinggahan yang begitu popular kepada para pelancong dan masyarakat yang dalam perjalanan pergi/balik ke/dari bandar-bandar di utara Sabah seperti (Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, dan Tenghilan) dan bagi mereka yang dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu. Bandaraya Kota Kinabalu terletak hanya 34 km ke selatan Tuaran. Kota Tuaran telah mengalami suatu betuk pembesaran kawasan yang drastik tetapi kini pembesaran kota ini mengalami sedikit renjatan akibat bentuk muka bumi Tuaran yang agak terhad berikutan terdapatnya sungai yang mengelilingi bandar ini.

Setiap pagi ahad, Tuaran akan dimeriahkan dengan pembukaan Pasar Tamu yang merupakan pasar besar ala tradisional yang menjual pelbagai barangan domestik rakyat Sabah khususnya dari daerah Tuaran dan sekitarnya. Diantara barangan yang dijual adalah seperti sayur-sayuran tuaian, buah-buahan tuaian, ikan dan makanan laut, kek tradisional, produk tembakau tradisional, cenderamata dan banyak lagi.Pasar Tamu sudah banyak menarik ramai pelancong ke Tuaran kerana barangan dan hasil tuaian yang dijual sanagt mengujakan dengan harga yang sangat munasabah. Pasar Tamu yang tedapat di Tuaran ini adalah yang kedua selepas satu lagi Pasar Tamu yang terdapat di Kota Belud. Perbezaan antara kedua-dua Pasar Tamu ini boleh dilihat dari segi saiz pasar dan nilai barang esotik yang dijualnya.

Nama Tuaran dipercayai berasal dari perkataan bahasa Melayu yakni tawaran yang beerti 'jualan' atau 'tawar' atau 'diskaun' atau 'promosi'. Nama ini dipercayai berasal daripada fungsi pasar dimana para penduduk bumiputera yang datang dari perkampungan tepi bukit dan genting bukit datang ke Tuaran untuk menjual hasil tanaman mereka kepada para nelayan pantai dan masyarakat Cina pantai.

Minuman tempatan
Tuaran adalah lokasi asal bagi Lotud yakni suatu minuman keras tradisional seperti 'liquor' yang terkenal, juga dipanggil bahar (air todi yang diperbuat dari air kelapa yang dicampur dengan ekstrak kulit kayu, masyarakat tempatan memanggilnya "rosok" yang akhirnya air tersebut bertukar menjadi warna merah. Minuman ini telah diperakui secara ujian kimia bahawa ia mengandungi kadar kosentrasi anti-oksidan yang tinggi. Malangnya, walaubagaimanapun, minuman ini berbau agak tajam (tengit) dan tidak disenangi untuk diminum, ia akan bertukar menjadi busuk dengan cepat dan menjadi masam dalam sehari.

Makanan tempatan
Mi Tuaran, juga dikanali sebagai 'Mi Goreng Tuaran' yang juga merupakan salah satu dari makanan tradisi di Sabah. Gentian mi tersebut diperbuat dari adunan sebati antara kuning telur dan tepung gandum, dimana apabila mi digoreng ini akan meningkatkan sensasi aroma telur tersebut. Gorengan mi biasanya memakan masa lebih kurang 5-10 minit pada suhu yang tinggi dan membiarkan tekstur mi menjadi kuning keemasan dan garing di bahagian bawah mi. Kemudian sayur sawi akan dimasukkan ketika proses gorengan dijalankan. Sebelum dihidang, mi biasanya akan dicampurkan dengan hirisan halus charseow, misalnya hirisan daging babi manis di paggang dan cecincin telur goreng berputar. Namun bagi masyarakat Muslim, penggunaan daging babi dalam makanan adalah diharamkan, maka alternatif lain yang boleh digunakan adalah dengan menghidangkan mi Tuaran ini dengan hirisan daging lembu atau kambing untuk rasa yang lebih menyelerakan dan berkhasiat.



KOTA BELUD
Daerah Kota Belud terletak di pantai barat utara negeri Sabah, 70 kilometer dari Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, iaitu kira-kira sejam perjalanan menggunakan kereta. Daerah ini turut mendapat jolokan nama sebagai 'Daerah Koboi Timur' kerana kehebatan penduduknya menunggang kuda, kerbau dan lembu.

Asal-usul nama
Nama Kota Belud ini berasal daripada bahasa Bajau, yakni "kota" yang bermaksud kubu pertahanan manakala "belud" pula bermaksud bukit. Justeru itu, Kota Belud diertikan sebagai 'Kubu Pertahanan di atas Bukit'.

PENULIS : ITULAH BAHAGIAN PANTAI BARAT SABAH, DI MANA AKU TINGGAL... KK IALAH TEMPAT AKU MEMBESAR... DAN AKHIRNYA AKU MERANTAU KELUAR DARI KK.... Bulan 12 ni...18.12.2010- aku akan berada di KK selama 10 hari.... insyallah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!