Isnin, 29 November 2010

PAHLAWAN ADAMUS DIULANG-CETAK!


PTS sudah menerbitkan 20 judul novel fantasi. Namun sangat sedikit yang diulangcetak.
Novel 'Pahlawan Adamus' adalah salah sebuah yang diulangcetak. Feedback dari pembaca mengatakan mereka puas hati membaca novel tebal ini disebabkan daya imaginasi pengarangnya yang tinggi.
Dengan menganalisis novel-novel fantasi yang tersadai di dalam gudang PTS, didapati ciri-ciri novel fantasi yang tidak laku dalam pasaran adalah seperti di bawah:
(i) Nipis.
Ukuran 'nipis' adalah kurang daripada 350 halaman. Cerita yang baik, gaya bahasa yang indah, dan imaginasi yang tinggi sekalipun, apabila bukunya nipis, orang tidak teringin mengambilnya dari rak buku di dalam kedai buku.
Komplen yang popular diterima dari pembeli buku adalah 'tidak puas dibaca'.
(ii) Ceritanya tidak mempunyai kaitan dengan unsur-unsur sejarah alam Melayu ataupun Nusantara, yakni tidak mempunyai unsur historisiti.
(iii) Judul yang pelik.
Maksud judul yang 'pelik' adalah perkataan judul yang bukan perkataan Melayu, dan juga bukan perkataan yang ada dalam kamus mana-mana bahasa, yakni perkataan yang direka-reka sehingga pembaca tidak dapat mengagak apa maknanya. Dari sudut pandang teori interteks, judul itu tiada mempunyai unsur interteks sama sekali.
(iv) Judulnya perkataan Melayu yang 'pelik'.
Judulnya menggunakan perkataan Melayu tetapi perkataan itu tidak biasa digunakan dalam kehidupan sehari-harian, sehingga pembaca Melayu pun tidak tahu apa makna perkataan itu.
(v) Nama-nama watak yang 'pelik'.
Nama yang 'pelik' adalah nama-nama watak yang tidak dapat dikaitkan dengan perkataan Melayu, oleh itu tidak dapat diketahui maknanya ataupun kaumnya. Nama yang pelik itu direka-reka dengan tidak menggunakan teori makna, oleh itu pembaca tidak dapat menggambarkan ciri-ciri personaliti watak-watak itu.
(vi) Nama tempat yang 'pelik', yang tiada kaitan dengan perkataan Melayu dan alam Melayu-Nusantara.
Novel fantasi yang laku dalam pasaran adalah novel-novel yang kuat unsur-unsur interteks sejarahnya. Ini bermakna penulis fiksyen fantasi mestilah mempunyai pengetahuan yang luas tentang sejarah.

RUJUKAN : http://universitipts.com/index.php/site/comments/tip_survival_penulis_ciri-ciri_novel_fantasi_yang_tidak_laku_dalam_pas/

PENULIS S.K : Alhamdulillah... semoga pembaca terus terhibur... Insyallah Pahlawan Adamus part 2 dalam proses lagi... nantikan episod seterusnya!- AKU MASIH MENERUSKAN PENGEMBARAANNYA WALAUPUN AGAK TERHENTI-HENTI KERANA--- bebanan kerja yang semakin menumpuk-numpuk... sambil- sambil aku sedang menantikan perkembangan novel Supercyborg yang bakal diterbitkan nanti... Insyallah akan menyebarkan Aroma Matrix nya di pasaran... hehehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!