Isnin, 29 November 2010

AYAT-AYAT QUR'AN DIHINA! ISLAM DIHINA!

Seorang pembahas berbangsa India (dan bergama Hindu mungkin) bernama K.Subramaniam mewakili Angkatan Muda Keadilan semasa berbahas dalam Kongres Tahunan PKR semalam telah cuba membaca makna Ayat 190-191 Surah Ali Imran saperti berikut:

"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun".

Sememangnya ucapan beliau itu tidak sepenuhnya mengikut terjemahan sebenar Surah Ali Imran 190-191 yang berbunyi saperti berikut:



"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka".


Sebenarnya saya tidak nampak dimana silapnya ucapan K.Subramaniam itu. Malahan pada saya, apa yang beliau kupas itu ada kebenarannya, iaitu ayat tersebut mengajar manusia agar minda kita diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun.

Cuma apa yang perlu kita lakukan ialah menasihatkan K. Subramaniam dan mereka yang masih taksub mengikut Anwar Ibrahim dan konco-konconya bahawa beliau sepatutnya menggunakan akalnya untuk berfikir bahawa "adakah Anwar benar-benar melakarkan budaya sihat yang tidak songsang atau diluar tabi'i dan tidak menyeleweng dari norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamaddun!?

Pertanyaan yang ingin saya lontarkan kepada Saudara K.Subramaniam ialah, apakah seorang yang sanggup menggadai nama Tuhannya sendiri untuk kepentingan politik, yang sedang berhadapan dengan pertuduhan meliwat Saiful Bukhori seorang kakitangan dia sendiri, dengan dua bekas kakitangannya sendiri Rahimi dan Rasid membuat lapuran polis bahawa mereka dipaksa membuat surat akuan palsu untuk pembelaan Anwar dalam kes liwatnya; tidakkah Anwar sedang melakarkan satu budaya tidak sihat lagi songsang dan diluar tabi'i, dan cara kehidupan yang menyeleweng dari norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamaddun!!

Sebab itu saudara K.Subramaniam, peringatan ALLAH didalam Al Quran didalam surah Ali Imran ayat 190-191 yang saudara rujuk itu sangat relevan untuk mengingatkan saudara dan rakan-rakan supaya menggunakan akal untuk berfikir. Malahan saya beranggapan saudara K. Subramaniam adalah manusia terpilih kerana ALLAH memilih saudara seorang kafir untuk mengingatkan diri saudara dan bangsa Melayu beragama Islam didepan saudara itu supaya menggunakan akal yang diberi untuk melihat dengan jelas bahawa selagi saudara dan rakan-rakan taksub mengikut Anwar, selagi itu saudara sedang menghina akal fikiran yang ALLAH anugerahkan kepada saudara!!

Sebab itu saya menasihatkan saudara K. Subramaniam, bersyukurlah ALLAH masih mahu memberikan saudara peluang dan ruang untuk menggunakan akal saudara untuk mencari cahaya kebenaran. Kerana ada golongan yang walaupun Al Quran ada didepan batang hidung mereka, ditadarus dan dijadikan penghias almari, namun ditutup akal fikiran mereka oleh ALLAH sehingga bukan sahaja mereka buta terhadap kemungkaran dihadapan mereka, malah mereka mereka menganggap kemungkaran itu sebagai "anugerah yang dihantar ALLAH kepada mereka!!", na'uzubillah min zaaliq!

Sebagaimana kaum kafir musyrik yang melihat awan hitam bergulung menuju ke perkampungan mereka, kaum kafir muysrik itu bersorak gembira mendakwa ianya rahmat yang didatangkan ALLAH untuk mereka, sedangkan itulah awan la'nat yang didatangkan ALLAH hingga akhirnya awan la'nat itu memusnahkan mereka dan mencampakkan mereka ke azab ALLAH dineraka jahamanam abadan-abada!

Nasihat saya kepada saudara K. Subramaniam, janganlah ulangi kesilapan kaum terdahulu. Gunakanlah akal yang diberi ALLAH kepada saudara. Kembalilah kepada kebenaran, kembalilah kepada ketuhanan sebenar. Sembahlah ALLAH yang Satu, yang tiada sekutu bagiNya; tinggalkan kemungkaran dan serulah manusia kepada kebaikan, dan berimanlah kepada ALLAH. Kelak nanti saudara akan menjadi contoh ikutan manusia!

Sebab itu saudara K. Subramaniam, Rasulullah saw, Nabi junjungan mulia utusan ALLAH pembawa rahmat keseluruh alam, setiap kali waktu fajar sebelum mengerjakan solat Subuh akan membaca ayat 190 surah Ali Imran tersebut sambil melihat kelangit, untuk mengingatkan diri betapa besarnya anugerah akal fikiran yang ALLAH berikan kepada manusia!!

Bukan Islam tidak boleh guna ayat al-Quran
PUTRAJAYA 29 Nov. – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu para pemimpin politik bukan Islam tidak sewenang- wenangnya mempergunakan ayat suci al-Quran untuk kepentingan politik mereka.

Tegas beliau, ahli politik bukan Islam tidak dibenarkan menggunakan ayat suci al- Quran dalam ceramah mereka.

“Perkara itu sama seperti menghina Islam dan umat Islam yang menjadi majoriti rakyat di negara ini.

“Kita perlu ingat bahawa al- Quran merupakan kitab suci bagi umat Islam dan ayat suci al- Quran tidak boleh dipermainkan oleh sesiapapun,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) beragama Islam yang sanggup membenarkan seorang perwakilan bukan Islam menghina kesucian al-Quran apabila tafsir yang digunakan tunggang-langgang dan terkeluar daripada konteks sebenar.

Ia terjadi semasa Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K.Subramaniam membahaskan ucapan dasar Presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh di Petaling Jaya semalam apabila dia membaca tafsir daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran.

Tindakan beberapa ahli pakatan pembangkang menghina kesucian al-Quran bukan perkara baru di negara ini.

Tahun lepas, dalam satu ceramah politik Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan daripada PKR tanpa segan silu menggunakan ayat suci al-Quran bagi menarik perhatian penyokong parti itu.

Pada 4 April 2009 pula, Ahli Parlimen Taiping yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis daripada DAP, Nga Kor Ming turut melakukan perbuatan yang sama dalam ceramah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang.

Harussani mengingatkan, jika dibiarkan perkara itu berlarutan, ia boleh mencemarkan imej Islam.

PENULIS : Cadangan HUKUMAN bagi orang bukan Islam yang menggunakan ayat-ayat Qur'an perlu diadakan cepat! JAIS mesti bertindak mengeluarkan FATWA HARAM bagi mana individu bukan Islam atau islam yang menyalah-gunakan ayat-ayat Allah untuk kepentingan politik... Rasanya perlu dikenakan bayar denda RM 10 000 bagi satu ayat atau RM 100 000 ... Yang melayu pula, kononnya mengaku Islam, tidak terasa pun "penghinaan" ini. Maruah agama Islam dipijak-pijak oleh orang Tidak Islam. MANA MARUAH ANDA SEBAGAI ORANG ISLAM??? mari kita sama-sama pertahankan islam. orang bukan Islam yang menyalah-gunakan ayat-ayat Qur'an WAJIB dipulaukan sahaja.- LAYAKKAH PEMIMPIN RAKYAT SEPERTI INI MENJADI PEMIMPIN? FIKIR-FIKIRKANLAH... DEMI MARUAH ANDA SENDIRI... di mana maruah anda sebagai rakyat malaysia yang beragama islam???? FIKIRKAN!

Rasulullah SAW bersabda, " Barangsiapa yang meletakkan Al-Qur'an di hadapannya. Al-Qur'an itu akan membawanya ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkan Al-Qur'an di belakangnya. Maka ia dibawa oleh Qur'an ke Neraka."(H.R MUSLIM)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!