Hidup di dunia tidak akan sentiasa
menyenangkan. Setiap manusia digilirkan untuk merasai perkara yang disukai dan
yang dia benci. Ini kerana dunia adalah tempat ujian bagi manusia untuk
membuktikan siapa di kalangan hamba Allah yang benar imannya dan siapa yang
berdusta.
Firman ALLAH,
“Sungguh Kami telah menguji
orang-orang sebelum mereka, dan Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar
dan Dia pasti mengetahui orang yang dusta.”
(Al-Ankabut: 3)
Antara bentuk ujian yang dihadapi
manusia adalah seperti firman Allah,
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan
kepadamu, dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.
Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu yang apabila
ditimpa musibah mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun
(Sesungguhnya kita milik ALLAH dan kepadaNYA kita dikembalikan).” Mereka itulah
yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka
itulah yang mendapat petunjuk.”
(Al-BAqarah: 155-158)
3:185. … Tiap-tiap jiwa akan rasa KEMATIAN..
5:106 ….dan bencana KEMATIAN
timpa kamu….
Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang
sabar ketika ditimpa musibah mendapat tiga keutamaan sekaligus; selawat Allah,
rahmat dan petunjukNya. Allah SWT tidak pernah mengumpulkan tiga keutamaan
sekaligus dalam satu ayat kecuali dalam ayat ini iaitu keutamaan bagi orang yang
sabar ketika mendapat musibah.---
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!