MINUM AIR ZAM-ZAM DENGAN DOA INI
Ya Allah
Engkau disanjung
[Q.S. 10:10]
dan Segala puji
bagi-Mu,
WAHAI Tuhan seluruh alam.
Aku bersaksi tiada tuhan selain-Mu, Yang Esa, Yang tiada sekutu Bagi-Mu.
Tiada sesuatu yang disembah selain-Mu dan Tiada daya upaya
selain Engkau yang Tinggi, yang Agung.
Engkau yang hidup, lagi berdiri dengan sendiri. Tidak mengantuk dan tidak tidur, tidak akan mati sedangkan jin dan manusia serta
seluruh makhluk-Mu, semuanya pasti mati.
Aku beriman
bahawa Muhammad itu Rasul-Mu dan penutup nabi-nabi-Mu.
Engkau disanjung…
Wahai Allah Engkau bersihkanlah, Engkau keluarkanlah,
Engkau musnahkanlah, Engkau binasakanlah, Engkau hancurkanlah segala jisim
kejahatan iblis, syaitan, jin, bunian, syaitan manusia, polong, peleset, hantu
raya, saka, badi manusia*, badi binatang*, roh roh yang jahat, sihir sri muka,
sihir penunduk, sihir pengasih, lelaki dan perempuan yang jahat yang
mengkhianati diriku, ilmu bathil yang mengkhianati zahirku, batinku, batin
dalam batinku dan ampunilah dosa ku yang aku lakukan dengan sengaja dan tidak
sengaja…
dengan izin-Mu
ya ALLAH.
Dari keberkatan
air zam-zam dan keberkatan pengorbanan Nabi Ibrahim AS Rasul dan Nabi Ismail AS dan
ibunya, Siti Hajar.
Rahmat dan
berkat MU kepada Rasul dan nabi Muhammad SAW
Rahmat dan Berkat
kalimah Haq...
“LAA ILAAHA ILLALLAH”
Ya ALLAH yang Pengasih, yang Pemurah
Wahai Yang mendengar doa,
Kabulkanlah doaku
Sejahtera ke atasku, pada hari aku dilahirkan, dan pada
hari aku mati, dan pada hari aku dibangkitkan hidup."
[Q.S.19:33]
Salamun alaa mursaliin[Q.S.37:181]….dan Salam ke atas
hamba-hambaMu yang Engkau pilih.”
[Q.S. 27:59]
"Segala puji bagi-Mu, Ya ALLAH. Tuhan seluruh alam.”
[Q.S. 10:10]
v
Campurkan beberapa
titis air zam-zam tulin. Ke dalam segelas air biasa.- Ini, sekiranya tidak
dapat air zam-zam kerana sukar didapati.
v
Duduk sambil
mengadap kiblat.
v
bacakan doa air
zam-zam seperti di atas sambil mengadap gelas tersebut.
v
Teguk pertama
berhenti, teguk ke dua berhenti, habiskan air pada teguk ke 3.
v
Boleh dibuat
seberapa kerap yang anda mahu, 5 atau 2 kali sehari, terpulanglah kepada anda.
v
pembaca baca,
pembaca minum. jangan bacakan untuk orang lain walaupun isteri anda sendiri
atau suami anda sendiril atau sesiapapun. Pesakit perlu minta dan bergantung
terus kepada Allah tanpa ada perantara seperti perawat Ruqyah.
v
keberkesanannya
bergantung kepada jenis gangguan iaitu jalan gangguan itu sendiri. Jika
gangguan itu berpunca dari serangan amalan sihir orang, dan jenis tumpang. Anyasya-Allah gangguan boleh sembuh.
v
Kita boleh
bacakan doa diatas kepada air zam zam tetapi diubah untuk anak, Selepas bacakan doa pada air, akad pada anak. Ayah/
Mak bacakan doa untuk XYZ sahaja ya. Yang lain tak ada.
sebagai contoh:
Engkau disanjung…
Wahai Allah Engkau bersihkanlah, Engkau keluarkanlah,
Engkau musnahkanlah, Engkau binasakanlah, Engkau hancurkanlah segala jisim
kejahatan iblis, syaitan, jin, bunian, syaitan manusia, polong, peleset, hantu
raya, saka, badi manusia*, badi binatang*, roh roh yang jahat, sihir sri muka, sihir
penunduk, sihir pengasih, lelaki dan perempuan yang jahat yang mengkhianati
diri anakku, ilmu bathil yang mengkhianati anakku, batin anakku, batin dalam
batin anakku dan ampunilah dosanya yang dia lakukan dengan sengaja dan tidak
sengaja…
dengan izin-Mu
ya ALLAH.
Dari keberkatan
air zam-zam dan keberkatan pengorbanan
Nabi Ibrahim AS Rasul dan Nabi Ismail AS dan ibunya, Siti Hajar.
Rahmat dan
berkat MU kepada Rasul dan nabi Muhammad SAW
dan
Rahmat dan
Berkat kalimah Haq...
“LAA ILAAHA ILLALLAH”
Ya ALLAH yang Pengasih, yang Pemurah
Wahai Yang mendengar doa,
Kabulkanlah doaku
Segala puji bagi mu, Ya ALLAH, Tuhan seluruh alam.
-TAMAT-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!